30 June 2014

NAJUA P.RAMLEE TAK 'TERASA HATI' SHARNAZZ 'HINA' DATUKNYA



Sudah lali dan ada yang lebih teruk lagi!

Begitulah komen cucu kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Najua, 28, mengenai hinaan masyarakat terhadap datuknya termasuklah yang terbaru apabila Sharnaaz Ahmad 'bergurau' meletakkan taraf senimaan agung itu pada 'paras kaki'.

"Saya dan keluarga menerima dengan hati terbuka status Sharnaaz itu kerana apa yang diperkatakan pelakon tersebut adalah pandangan peribadinya.



15 GAMBAR - KELUARGA BAHAGIA BETTY BANAFE



Gambar menarik keluarga bahagia Betty Banafe yang dirakamkan secara eksklusif oleh Littlestars Photography untuk kenangan mereka.

"Julia sudah 7 bulan umurnya. 28 June 2014 tanggal yang penuh kenangan apabila kami dapat mencolek daddy Julia untuk photography keluarga dari dunia kerjaya nya yang sentiasa sibuk memanjang.

Klik gambar untuk size besar


29 June 2014

'RANIA' ADALAH NAMA ISLAM FELIXIA YEAP



Rania merupakan nama Islam yang dipilih oleh Felixia Yeap, 28, yang bakal mengucap dua kalimah syahadah pada 3 Julai ini. Bagaimanapun, nama penuhnya hanya akan diketahui pada 3 Julai nanti disebabkan ada satu lagi huruf R di belakang Rania.

"Saya selalu letak huruf 'R & R' di hashtag saya, tetapi itu bukan nama teman lelaki sebagaimana yang diteka oleh segelintir pihak. Ia sebenarnya ada kena mengena dengan nama baru saya," ujar Rania kepada media.



28 June 2014

FELIXIA YEAP PELUK ISLAM 3 JULAI - CARI LELAKI YANG MAMPU BIMBING



Felixia Yeap, 28, mengesahkan yang beliau bakal memeluk Islam pada 5 Ramadan( 3 Julai 2014) yang merupakan tarikh hari lahirnya.

"Saya akan mengucap dua kalimah syahadah pada 5 Ramadan ini.

"Untuk pengetahuan semua, 5 Ramadan yang jatuh pada 3 Julai ini ialah hari 'birthday' saya. Malah hari itu juga merupakan hari kegemaran Nabi Muhammad SAW," ujar Felixia ketika ditemui media kelmarin.



27 June 2014

TAHNIAH - DIDIE ALIAS SELAMAT LAHIRKAN BAYI LELAKI



Akhirnya setelah hampir 15 tahun, Didie Alias, 40, hari ini selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, (PPUKM) Cheras, Kuala Lumpur.

Bayi tersebut merupakan anak keenam bagi Didie dan merupakan yang pertama dalam perkahwinannya dengan suami kedua Norisham Ismail.

Klik gambar untuk size besar


NIKAH TAK SAH - SHAM KAMIKAZE DI ARAH BUBAR PERKAHWINAN



Gara-gara urusan pernikahan yang dibuat oleh pihak ketiga, Sham Kamikaze dan Nurul Halimin Mohd Salleh diarahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, untuk membubarkan perkahwinan mereka.

Ini kerana, pihak mahkamah hari ini memutuskan pernikahan di antara Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 38, dan Nurul pada 16 Januari 2012 adalah tidak sah.

Sam dan Nurul di arah berpisah


INFO - KEMERIAHAN 'ZAPIN ALDILFITRI' DI SUNGEI WANG PLAZA 9 JULAI INI



Kuala Lumpur, 27 Jun 2014 – Sempena Majlis Pelancaran Zapin Aidilfitri di Sungei Wang Plaza, pada 9 Julai 2014, tiga artis tempatan iaitu Marsha Milan Londoh, Sabhi Saddi dan Azhael AF13 telah dijemput untuk berbuka puasa dengan 37 remaja dari Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah (RACTAR), Subang Jaya, Selangor.

Difahamkan, artis tersebut juga akan membuat persembahan secara 'live' dengan menyanyikan lagu-lagu terkini mereka termasuk beberapa lagu Hari Raya.

Malah kehadiran Marsha yang sebelum ini memang terkenal dengan watak suara 'Elsa' dalam filem Disney Melayu 'Frozen' pastinya akan membuat anak-anak yatim tersebut lebih ceria.



TERSEBAR DI LAMAN SEMBANG - FOTO ISTERI AWIE?



Gambar ini telah tersebar di beberapa laman sembang yang didakwa sebagai isteri kepada pelakon dan penyanyi Awie.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan kenapa wajah wanita tersebut cedera, mungkin agaknya ditimpa kemalangan.

Iyalah kadangkala kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Contohnya terjatuh atau terlanggar sesuatu yang keras atau tersilap pakai alat kosmetik. Allahu Alam.

Klik gambar untuk size besar





         ________________________


ISU PEGANG TANGAN FARID KAMIL - NORA DANISH ANGGAP SATU PENGAJARAN



Akan lebih berhati-hati bila bersama dengan suami orang!

Demikian luahan Nora Danish, 33, yang baru-baru ini menimbulkan kekecohan gara-gara berpegang tangan dengan suami Diana Danielle, iaitu Farid Kamil. Semuanya bermula apabila Nora memuat naik foto tersebut di Instagtamnya bagi mempromosikan filem 'Pengantin Malam' sehingga Diana menegurnya.

"Selepas ini saya akan lebih berhati-hati apabila bekerjasama dengan pelakon lelaki yang berstatus suami orang.



26 June 2014

SAYA MEMASAK BUKAN KEJAR POPULARITI - CHEF KAMARUL



Chef Kamarul yang tidak asing lagi melalui rancangan Baba's Cu~Bits menafikan spekulasi yang dia mahu membina nama sepertimana Chef Selebriti di Malaysia contohnya Chef Wan.

Menurut Kamarul atau nama sebenarnya Kamarul Hasni Che Rose, dia sebenarnya seorang Chef yang lain berbanding kebanyakan Chef di negara ini. Bukan populariti yang mahu dikejarnya, tetapi dia mahu membantu anak muda  membina kerjaya dalam bidang masakan sekaligus mencipta nama di mata dunia.



TINGGAL JAUH DI JOHOR BAHRU PUNCA AIDIL ZAFUAN TAK JENGOK ANAK



Aidil Zafuan menafikan tuduhan Rita Rudaini yang dia sengaja tidak mahu menjengok anak-anaknya selepas berkahwin baharu. Malah dia juga mempersoalkan tujuan dan niat Rita memberikan kenyataan 'tidak benar' kepada media baru-baru ini.

Meskipun awalnya dia enggan berbalah dengan bekas isterinya itu, namun dakwanya kenyataan Rita yang agak menyentuh perihal isterinya Zarema Zainal, membuat dia bangkit mempertahankan kebenaran.

"Mengapa tiba-tiba Rita membuat pendedahan seperti itu. Apakah tujuannya berbuat demikian? Dalam hal ini, hanya saya dan isteri saya tahu perkara sebenar. Jujurnya kami tidak terkesan langsung dengan pendedahan yang dibuat.

Aidil dan Zarema kini menetap jauh di Johor Bahru


16 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS AKIKAH & HARI LAHIR ANAK ZAHIRIL ADZIM



Baru-baru ini, pasangan Zahiril Adzim dan Shera Ayob telah mengadakan majlis hari lahir yang pertama untuk anaknya iaitu Nadi Anaqi.

Apa yang yang menarik, majlis akikah juga diadakan serentak dengan dihadiri oleh ramai pelajar sekolah tahfiz. Mereka kemudian beramai-ramai telah membacakan selawat dan bersama mendoakan kesejahteraan Zahiril sekeluarga.

Klik gambar untuk size besar


25 June 2014

USAHAWAN BERJAYA - EBBY YUS KINI MELARAM GUNA MERCEDES SPORT



Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Begitulah nasib Abby Yus yang hampir 30 tahun bergelumang dalam dunia seni. Siapa sangka, dia sudah mampu 'melaram' menggunakan kereta mewah iaitu Mercedes Benz Sport dengan nombor cantik ABY444.

Bagaimanapun, kereta Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, sebenarnya bukan hasil bidang seni, tetapi melalui kerja keras dalam bidang perniagaan yang diceburinya. Malah kereta tersebut sebenarnya sudah dimiliki oleh Ebby sejak tahun lepas lagi.

Klik gambar untuk size besar


ISU LAPOR POLIS - AZWAN KOMBOS NAFI 'UGUT' NAD ZAINAL



Jika sebelum ini Nad Zainal telah membuat satu laporan polis mendakwa diganggu oleh bekas teman lelakinya Azwan Kombos, hari ini Azwan menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tidak pernah mengganggu Nad.

Menurut Azwan, meskipun hubungan mereka telah berakhir, dia tidak pernah menghubungi atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada bekas teman wanitanya itu.



MUNIR 'PHYNE BALLERZ' AKUI SUDAH BERCERAI SEMINGGU LALU



Tiada jodoh!

Demikian luahan hati bekas anggota Phyne Ballerz, Munir yang kebelakangan ini aktif dalam lakonan dan lawak. Dia mengakui sudah menceraikan isterinya, Yuhaznimie Yaakob pada 18 Jun 2014 dan sekaligus memfailkan penceraian di Mahkamah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

"Jodoh kami sampai setakat ini sahaja. Keputusan ini dibuat atas persetujuan bersama tetapi atas permintaan dia. Dalam perceraian, saya perlu memberitahu kepada umum supaya tidak timbul fitnah suatu hari nanti. Sekarang bekas isteri masih dalam tempoh edah.



RAKAN ARTIS PERTIKAI MAJLIS KAHWIN - ALMY NADIA KECEWA



Gara-gara tidak membuat majlis resepsi di Kuala Lumpur, entah kenapa ada rakan artis yang 'sentap' dengan tindakan Almy Nadia dan suaminya Fizz Fairuz. Akibatnya, ada mulut yang berbisik di belakang memburukkan pasangan itu yang hanya sekadar membuat majlis di kampung halaman.

"Memang dari awal saya tidak bercadang untuk buat majlis di Kuala Lumpur dan tidak sangka pula ada yang mempersoalkan perkara itu.



24 June 2014

5 GAMBAR - AKSI MENARIK DON MUSTOFA, ANAK USTAZ DON



Aksi menarik dan terkini Don Mustofa, anak Ustaz Don Daniyal Don Bijayid dan Husna Mohd Zahry. Nampaknya, pasangan suami isteri ini makin sibuk dengan karenah anak mereka termasuk melakukan tugas harian sebagai doktor dan penceramah.

Untuk rekod, Don Mustofa lahir di Mesir pada Januari 2014 ketika Husna sedang menuntut di University Cairo, Mesir (Kasr El-Ainy Medical Faculty).

Jom tengok!


LANA NORDIN TEMUI KEKASIH JAUH LEBIH MUDA, 'MAS KHAN'



Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti. Kecewa dalam cinta bukan bererti gagal dalam dalam hidup. Terkini, Lana Nordin, 34, akhirnya bangun kembali setelah gagal dalam cinta yang penuh dugaan dan kontroversi dengan Johan As'ari.

Tanpa berselindung lagi, Lana semalam telah memperkenalkan pengganti Johan kepada media iaitu Mas Khan (20-an), seorang pelakon baharu meningkat naik yang lebih muda daripada usianya.



23 June 2014

WAJAH KEKASIH NABILA YANG MENIMBULKAN KEMARAHAN AMY SEARCH



Inilah wajah jejaka yang didakwa membuat Amy Search memarahi anaknya Nabila Huda hingga keadaan menjadi semakin hangat. Malah Amy juga dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap jejaka tersebut di laman sosialnya hingga menimbulkan rasa kurang senang Nabila.

Meskipun Nabila berusaha merahsiakan identiti jejaka tersebut, namun ada sumber memberitahu bahawa jejaka tersebut adalah pemilik restoran Kulkats Barrio di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Damansara, Kuala Lumpur yang dipanggil 'Bert'.

Klik gambar untuk size besar


CINTA HANEZ SURAYA & ROMIE PUTUS - BENAR ATAU SANDIWARA?



Mungkin ramai yang tidak percaya pasangan dua sejoli iaitu Hanez Suraya dan Romie benar-benar boleh berpisah. Namun itulah yang didakwa berlaku oleh 'Metro Ahad' yang melaporkan Hanez sudah mengambil keputusan untuk mengorbankan hubungannya dengan suami orang itu.

Persoalannya sekarang, benarkah mereka kini sudah tidak ada apa-apa lagi? Atau ia sekadar satu sandiwara mereka berdua untuk meredakan kontroversi gara-gara dihentam teruk oleh masyarakat disebabkan isu 'perampas'?

Bagi yang masih kabur, jom baca luahan Hanez ini:



LEPAS SURPRISE BABY SHOWER - AWAL ASHAARI BUAT MAJLIS KESYUKURAN, TUNAI NAZAR



Selepas kontroversi dihentam oleh seorang 'haters' gara-gara majlis 'Surprise Baby Shower' mereka baru-baru ini, akhirnya Scha Al-Yahya dan suami, Awal Ashaari telah mengadakan majlis kesyukuran.

Bertemakan warna kuning, majlis tersebut turut dihadiri rakan selebriti, media, peminat dan golongan yang kurang bernasib baik. Menurut Awal, majlis yang diadakannya itu adalah kerana menunaikan nazarnya apabila Scha hamil.

Klik gambar untuk size besar


8 GAMBAR - SELAMAT BERTUNANG : ERIN MALEK NIKAH OKTOBER DEPAN



Juara Fear Factor Malaysia musim 2, Erin Malek, 20, akhirnya selamat bertunang dengan kekasih hatinya Farriz Fauzy, 30, di kediaman ibunya, Harryzah Hassan, di Duta Suria Residency, Ampang, Kuala Lumpur, kelmarin.

Menurut Erin, dia bersyukur dengan majlis pertunangannya itu meskipun jarak usia 10 tahun di antara mereka.



21 June 2014

GOSIP - BAPA PELAKON WANITA MAKI TEMAN LELAKI ANAKNYA BABI?



Kami tidak tahu sama ada screenshot mesej ini benar ataupun palsu atau mungkin ia sengaja dibuat orang. Oleh yang demikian, kami tidak mahu reka cerita sendiri. Anda baca, anda yang tafsirkan.

Bak kata pepatah, tepuk dada... tanya selera!



DIMINTA MENYANYI BULAN RAMADAN - JAMAL ABDILLAH 'TERKEJUT'



Awalnya dia ingat hanya diundang untuk hadir dalam satu majlis amal di bulan Ramadan. Namun apabila diberitahu dikehendaki menyanyi, penyanyi tersohor negara Jamal Abdillah agak terkejut kerana dia tidak mengetahui perkara tersebut.

"Perkara itu tidak dimaklumkan secara terperinci kepada saya ketika pihak pengajur acara 1001 Malam Majlis Berbuka Puasa 2014 membuat tawaran tersebut.


Klik gambar untuk size besar - Jurufoto: Nur Ain

LAGI GAMBAR MENARIK ANAK LISDAWATI & FAUZI NAWAWI



Gambar menarik anak Lisdawati dan Fauzi Nawawi yang bernama Ahmad Nur Fyrdaus yang dirakam oleh 'Littlestars Photography'.

Untuk imbasan, Lisdawati baru-baru ini selamat melahirkan anak lelakinya itu di Hospital Selayang, Selangor. Selain Nur Fyrdaus, Lisda dan Fauzi mempunyai dua anak perempuan sebelum ini.

Klik gambar untuk size besar


20 June 2014

KEKASIH BERTATO MASUK ISLAM - TASHA SHILLA NIKAH 2015



Kekasih bertato Tasha Shilla, 27, iaitu Han Chen Wong, 24, yang aktif dalam sukan Muay Thai sudah bersedia memeluk Islam. Hal ini diluahkan sendiri oleh Tasha dan mereka merancang untuk bernikah pada 2015.

"Han meluahkan keinginan itu bukan kerana mahu memiliki saya, tetapi cinta dia terhadap Islam sudah lama tersemat.



AIDIL ZAFUAN NASIHAT BEKAS ISTERI JANGAN ASYIK CARI SALAH



Janganlah asyik cari salah sehingga memburukkan isterinya Zarema Zainal dengan dakwaan menjadi punca dia tidak menjenguk dua orang anaknya sejak mendirikan rumah tangga. Demikian nasihat Aidil Zafuan buat bekas isteri Rita Rudaini yang didakwanya asyik memburukkan dirinya.

"Sebagai seorang suami, saya perlu mempertahankan isteri saya daripada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan Rita kepada pihak media.

"Dengan penjelasan ini, diharap ia sedikit sebanyak dapat membersihkan nama baik saya dan isteri yang selama ini sering dikecam masyarakat," ujar Aidil kepada media.

Jom kita ikuti penjelasan Aidil itu:



INFO - KRU LANCAR KARTUN STUDIOS



Dengan objektif memperluaskan pasaran diperingkat domestik dan antarabangsa khususnya penerbitan produk-produk animasi 2D dan 3D bagi kanak-kanak; Kumpulan Syarikat KRU mengumumkan penubuhan Kartun Studios Sdn Bhd, anak syarikat ke sebelasnya yang dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia baru-baru ini.

"Untuk mencapai status negara ekonomi berpendapatan tinggi, pembangunan berterusan dan bersepadu sektor Komunikasi, Kandungan dan Infrastruktur adalah amat penting. Oleh yang demikian pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan termasuk rebat penerbitan 30 peratus yang ditawarkan oleh FINAS bagi menggalakkan pelaburan penerbitan kandungan tempatan dan antarabangsa, penyediaan jalur lebar berkelajuan tinggi, penyediaan rangkaian televisyen digital menjelang 2015 dan pelbagai insiatif yang lain.



GAMBAR - ENGKU ALEESYA VS ERRA FAZIRA



Biasanya, kita sering mendengar pepatah 'bapa borek anak rintik'.

Namun bagi Erra Fazira dan anaknya Engku Aleesya, pepatah yang sesuai buat mereka berdua ialah 'ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?'. Ini kerana, Aleesya dilihat makin pandai bergaya apabila gambarnya dirakam berbanding ibunya yang banyak pengalaman.

Cayalah Aleesya..!!

Klik gambar untuk size besar


19 June 2014

BERTUNANG TAHUN LALU - DAZRIN KAMARUDIN & AMYRA KAHWIN 8 OGOS DEPAN



Akhirnya pelakon Dazrin Kamarudin mengakui bakal melangsungkan perkahwinan dengan aktres Amyra Rosli, 23, pada 8 Ogos depan. Ini bermakna, pernikahan mereka esok akan berlangsung ketika umat Islam masih meraikan Hari Raya iaitu dalam bulan Syawal.

"Insya-Allah saya dan Amyra akan disatukan sebagai suami-isteri pada 8 Ogos depan iaitu dua minggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.



DI AJAK PELUK AGAMA LAIN - AMY SEARCH DAH MALAS BIMBING NABILA?



"Saya tidak tahu dan dah malas. Saya tak mahu komen apa-apa," begitulah luahan bapa kepada Nabila Huda iaitu Amy Search mengenai perkembangan terkini anaknya itu.

Ternyata, tugas sebagai bapa sememangnya agak berat untuk ditanggung oleh Amy. Ini kerana, apa sahaja keburukan yang tersebar tentang anaknya itu pasti dia juga terkena tempiasnya.

"Sebenarnya, saya baru tahu perkara ini. Saya hanya akan berkongsi perasaan bersama isteri saya sahaja. Saya tidak akan bercerita kepada media.

Klik gambar untuk size besar


BEKAS ISTERI 'RESTUI' HUBUNGAN NORA DANISH & NEDIM



Dalam ramai pihak bertelagah mengenai hubungan Nora Danish, 32, dengan Nedim Nazri... bekas isteri Nedim iaitu Nabilah Khan sebaliknya merestui hubungan tersebut. Malah Nabilah turut berharap isu Nora yang kononnya menjadi orang ketiga hingga menyebabkan perceraiannya tidak lagi diperbesarkan.

"Saya gembira dengan hubungan pasangan itu yang sudah lama terjalin lebih-lebih lagi anak saya iaitu Mohamed Nedrin (Dre) turut bahagia di samping Nora.

Nabilah Khan dan anaknya - klik gambar untuk size besar


ZUL ARIFFIN NAFI PERNAH 'DIKASARI' ABBY ABADI



"Selama tiga tahun kami bercinta hubungan kami baik-baik sahaja dan dia bukan seorang wanita seperti mana didakwa," ujar Zul Ariffin dipetik sebagai berkata.

Dia berkata demikian bagi menepis dakwaan segelintir pihak bahawa bekas kekasihnya itu ada bersikap kasar terhadapnya sepanjang perhubungan mereka dahulu. Malah, aktor tersebut sebaliknya bertindak mempertahankan Abby yang disifatkannya sebagai wanita yang baik.



18 June 2014

4 GAMBAR - SAMBUTAN HARI BAPA UNTUK YUSOF HASLAM



Gambar menarik majlis sambutan 'Hari Bapa' khas untuk Datuk Yusof Haslam yang diadakan di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

Untuk info, ia telah diadakan khusus oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sri Rohani Abdul Karim bagi menghargai jasa para bapa di negara ini.

Jom tengok!



GARA-GARA SEKSI - ROSALINDA 'DIKIR BARAT' DIDENDA RM1,000



Kerana memakai pakaian seksi dan menjolok mata, penyanyi dikir barat wanita tersohor di Kelantan, Rosalinda atau nama sebenarnya Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 23, dikenakan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, Kelantan, semalam.

Hukuman tersebut dijatuhkan selepas dia mengaku bersalah kerana memakai pakaian menjolok mata ketika mengadakan persembahan di Felda Aring Enam, Mei lalu.



SKANDAL ADI PUTRA - PEGAWAI PENYIASAT KENA TINDAKAN : KES BAKAL DIBUKA SEMULA?



Dalam ketenangan kes skandal Adi Putra yang awalnya telah diumumkan sebagai No Further Action (NFA) atau bermaksud tiada tindakan selanjutnya daripada pihak polis, tiba-tiba ia kini hangat semula apabila bekas suami Nooraida Abdul Mutalib iaitu Amiruddin Othman memuat naik sekeping gambar di Instagram menunjukkan keratan surat rasmi dari Bukit Aman

Kalau anda masih ingat, Amiruddin sebelum ini pernah membuat laporan tatatertib di Bukit Aman kerana meragui sikap profesional pegawai yang menyiasat kes berkenaan.

Klik gambar untuk size besar


17 June 2014

NUR LIYANA (ISTERI KEKASIH HANEZ SURAYA), BATALKAN TUNTUTAN FASAKH



Permohonan Nur Liyana Manan semalam untuk menarik balik tuntutan fasakh terhadap suaminya, Romie Razin Adilha Abd. Jais yang juga kekasih kepada pelakon Hanez Suraya telah dibenarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah.

Hakim Syarie Zainal Abidin Kusmin memutuskan demikian selepas mendengar hujahan peguam kedua- dua belah pihak yang terlibat dalam kes ini.



KEPOH, SUMBU & MMMMM - SIAPA JUARA BINTANG MENCARI BINTANG 2



Bintang Mencari Bintang musim kedua (BMB2) hampir berada di penamat. Tinggal satu minggu lagi untuk melangkah ke konsert akhir. Malam Ahad lalu, telah menyaksikan kumpulan KEPOH (Adlin Aman Ramlie), SUMBU (Ebby Yus) dan MMMMM (Afdlin Shauki) mara ke pusingan akhir yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 22 Jun 2014 nanti.

Sementara itu, kumpulan TOKAN (Faizal Ismail) dan LAMPU (Saiful Apek) terpaksa meninggalkan pentas BMB2 apabila gagal meraih markah tertinggi.



INFO - MELISSA JUARA 'STREPSILS THE RIGHT NOTE'



Selepas sebulan 'Strepsils The Right Note' menyaring lebih 500 penyertaan dalam talian, Melissa Jane Ariffin akhirnya diumumkan sebagai juara pada pertandingan akhir yang diadakan baru-baru ini di One Utama, Petaling, Selangor. Dia telah berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Untuk info, pertandingan tersebut dilancarkan sempena dengan sambutan Hari Suara Sedunia pada 16 April lalu. Selain Melissa, empat finalis lain turut membuat persembahan di hadapan panel juri yang diketuai oleh Dato’ Sheila Majid.

"Saya amat gembira dan berbangga kerana dipilih sebagai pemenang pertandingan The Right Note.



GAMBAR - IMBASAN KEDUA BABY CHE TA & ZAIN SAIDIN ADA 'ABS'



Masihkah anda ingat apabila Zain Saidin dan Rozita Che Wan sebelum ini pernah mempamerkan foto imbasan bayi mereka yang masih kecil dan berupa ketulan? Namun kelmarin Zain telah mendedahkan satu lagi foto imbasan bayi mereka yang dilihat sudah mempunyai sifat.

"Best caption of the year: My baby got abs," ujar Zain seolah memberi bayangan yang babynya turut mempunyai otot 'six pack' sepertinya. Heh.

Untuk info, usia kandungan Che Ta kini sudah menjangkau kira-kira 4 bulan. Malah ramai yang meneka kandungan mereka itu adalah anak lelaki berdasarkan imbasan tersebut.

Waahhh... kalau lelaki mesti rupanya nanti sama dengan 'Mr. Henry Middleton'. Tak gitu?



16 June 2014

ANAK KETIGA - LISDAWATI SELAMAT LAHIRKAN BAYI LELAKI



Dalam keriuhan peminat bolasepak menyaksikan siaran langsung Piala Dunia, rupanya Sabtu lalu Lisdawati iaitu isteri kepada Fauzi Nawawi telah selamat melahirkan anak ketiga mereka.

Waahhh... bertambah murahlah rezeki mereka nanti. Maklumlah anakpun dah ramai (tiga orang)!

Klik gambar untuk size besar


AWAL ASHAARI BENGANG BILA 'HATERS' KOMEN BABY LAHIR JADI SUNDAL



Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan oleh Awal Ashaari apabila hatinya terguris gara-gara 'mulut longkang' seorang 'haters' yang mengutuk isterinya Scha Alyahya di laman sosial.

Semuanya berpunca apabila 'haters' yang merupakan seorang wanita menggunakan nama 'Sagawa' itu mengeluarkan komen negatif mengenai majlis surprise baby shower pasangan itu baru-baru ini dengan kata-kata kesat: "ngade je keje Scha. Nanti anak keluar (lahir) jadi sundal."

Majlis surprise baby shower Awal & Scha baru-baru ini


AKSI 'HOT' NABILA HUDA DI KOTA LONDON BERSAMA 'KEKASIH'?



Aksi Nabila Huda bercuti di kota London bersama 'kekasih' barunya. Namun tidak dapat dipastikan sama ada jejaka tersebut seorang pemain bolasepak yang pernah digosipkan dengannya sebelum ini atau jejaka lain.

Apa yang menarik, mereka kelihatan tidak segan silu berpegang tangan di sana. Malah Nabila juga nampak 'hot' mengenakan pakaian yang pastinya menawan dan mencairkan hati lelaki. Ahak!

Klik gambar untuk size besar


15 June 2014

5 GAMBAR - WAJAH KEKASIH ENGKU EMRAN, PENGGANTI ERRA FAZIRA?



Sejak beberapa hari lepas, ramai yang mengikuti perkembangan Erra Fazira dan Engku Emran, gara-gara Emran memberi 'pembayang' bahawa dia kini sudah bertemu pengganti Erra yang lebih manis dan pandai dalam ilmu agama.

Bak kata 'orang lama', hidup harus diteruskan (move on). Kenangan silam hanya tinggal satu sejarah suka duka yang tidak mungkin kembali lagi. Apa guna 'menunggu' jika orang sudah tak sudi? Heh.



14 June 2014

AIDIL ZAFUAN NAFI BERLAKON SEBAB CARI HUTANG NAFKAH



"Tuduhan saya mahu tambah pendapatan kerana perlu membayar nafkah sangat mengarut. Saya terkejut apabila ada pihak yang sengaja mahu memanaskan isu.

"Sedangkan apa yang saya lakukan sekarang ini (berlakon) sekadar suka-suka. Tak ada kena mengena dengan nafkah. Gaji saya sebagai pemain bola sepak sahaja dah cukup untuk beri nafkah anak," demikian luah pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan menafikan dakwaan yang dia berlakon kerana mahu bayang hutang nafkah.



13 June 2014

PANGGILAN HANGIT 'ISU HAMIL' - HOT FM MOHON MAAF



Gurauan yang tidak kena pada tempatnya!

Demikianlah komen ramai pihak mengenai segmen Panggilan Hangit melibatkan pemain bola sepak,  Nor Farhan Muhammad dengan isterinya. Ini kerana, isu yang diketengahkan oleh stesen radio Hot FM itu ialah isu 'hamil luar nikah' atau hubungan terlarang dengan suami orang.

Akibatnya, pihak pengurusan stesen radio berkenaan semalam memohon maaf berhubung insiden tersebut kerana menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pendengar.



Dengar panggilan tersebut selepas ini:

12 June 2014

HUTANG NAFKAH RM100,000 - AIDIL ZAFUAN TERJUN KE BIDANG LAKONAN



Kami rasa tujuan pemain pertahanan pasukan JDT, Aidil Zafuan terjun dalam bidang lakonan tidak ada kena mengena dengan hutang nafkah berjumlah RM100,000.

Untuk info, Aidil khabarnya telah menerima tawaran berlakon dalam '#TheGlups'. Namun tidak pasti ia sebuah drama, filem atau sekadar iklan sahaja.



ISU CERAI ABBY ABADI - FARHAN MAIN KAYU TIGA?



Dalam perbicaraan pengesahan cerai di mahkamah semalam, Abby telah memaklumkan pihak mahkamah yang wujudnya kronologi SMS di dalam telefon bimbit bekas suaminya Muhammad Noor Farhan Che Bakar dengan seorang wanita. Rantaian SMS itu diketahui Abby pada Januari tahun ini, ketika dia memeriksa telefon bimbit Farhan.

"Saya tidak mahu komen berkenaan itu kerana ia tidak memberi manfaat pada sesiapa” kata Abby kepada wartawan apabila diminta untuk mengulas lanjut tentang SMS tersebut.



TIADA 'PENDERAAN' - FARHAN NAFI SEBAR CERITA PADA MEDIA



Berikutan isu bekas suami Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang mendakwa didera, dicakar dan dibaling kunci hingga berdarah... Mesej terkini daripada Farhan untuk bekas isterinya, dia menafikan ada menceritakan hal itu pada media.

Kata Farhan, "Saya tak cakap saya didera. Maafkan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Takpa la, semua salah saya je ok!"

Berikut adalah komen Abby pula mengenai kontroversi tersebut.

Klik gambar untuk baca


11 June 2014

SAH CERAI TALAK SATU - FARHAN DAKWA 'DIDERA' ABBY ABADI



Kalau sudah tersurat sampai di sini jodohnya, tiada apa yang dapat kita lakukan. Dan itulah suratan takdir Abby Abadi dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang sah bercerai talak satu hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Lafaz cerai yang dihantar oleh Farhan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Mei lalu, akhirnya disahkan oleh Mahkamah.

Bukti (gambar) kecederaan yang dialami oleh Farhan