30 August 2014

GAMBAR MENARIK - KEMESRAAN ALYAH & RAMLI MS SEBAGAI SUAMI ISTERI



Umum semua sudah tahu bagaimana perkahwinan rahsia antara Datuk Ramli MS dan Alyah kelmarin bocor gara-gara serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di rumah banglo mereka. Bagaimanapun, hingga kini, baik Ramli MS mahupun Alyah, masing-masing mengambil pendirian berdiam diri mengenai kisah perkahwinan mereka itu.

Namun terkini, Alyah telah memuat naik foto bersama suaminya sebagai gambar profil di aplikasi WhatsApp. Aktiviti terbaru itu seolah membayangkan bahawa penyanyi itu memang selesa berkongsi kisah mengenai rumah tangganya.

Klik gambar untuk size besar


29 August 2014

TIDAK BERTUDUNG - PEMINAT SHARIFAH AINI KECEWA DENGAN TV3



Jika anda masih ingat... sebelum biduanita negara Allahyarham Datuk Sharifah Aini menghembuskan nafas terakhirnya, Allahyarham pernah ditemuramah oleh Prof Dr Muhaya di sebuah rancangan di TV9. Beliau jelas memohon jasa baik agar gambarnya sebelum berhijrah tidak dipaparkan dalam mana-mana media.

Namun pada 25 Ogos 2014 lalu, TV3 telah menyiarkan kisah Allahyarham menerusi program Majalah 3. Dokumentari tersebut memang amat menarik kerana ia menyiarkan kisah perjalanan hidup Allahyarham dari mula ketika beliau menceburi industri hiburan.



BANGLO KENA SERBU JAIS - SIAPA PERANGKAP RAMLI MS & ALYAH?



Macamlah buat kesalahan serius atau Jual Dadah!

Demikian komen konduktor muzik terkenal Datuk Ramli MS berikutan rumahnya diserbu oleh sekumpulan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pagi semalam.

Semuanya gara-gara Ramli MS atau nama sebenarnya Ramli Mohamed Salleh merahsiakan pernikahannya dengan penyanyi Alyah yang berlangsung di Batam, Indonesia kira-kira setahun lalu.

Klik gambar untuk size besar


28 August 2014

BERIKUTAN MADU ERMA FATIMA HAMIL - BADE TERUJA NAK TIMANG ANAK



Badaruddin Hj. Azmi (Bade) mengaku yang dia teruja bila mengetahui isteri keduanya Aida Abdullah, hamil baru-baru ini. Tambahnya, dia bersyukur dan gembira.

"Saya tentunya teruja tapi saya releks saja. Lagipun lama lagi tempo untuk menantikan kelahiran tersebut. Anak-anak saya pun teruja bila dapat tahu mereka bakal dapat adik baru.



NIKAH DI KAMPUNG - AZLEE KHAIRI SUDAH BUAT PERSIAPAN KAHWIN



"Persiapan kahwin memang kami sudah lakukan sedikit demi sedikit. Ada masa saja, kami akan buat persiapan. Tarikh kahwin memang seperti diketahui sebelum ini sekitar hujung tahun. Ia mungkin boleh jadi bulan September, Oktober, November atau Disember," demikian kata Azlee Khairi, 25, mengenai perancangan perkahwinannya.

Tambahnya, dia telah merancang untuk melangsungkan pernikahan dengan Dayang Norlelawati Puteh, 31, di kampung halamannya di Kuala Kangsar, Perak. Bagaimanapun, belum ada tarikh tepat pernikahan yang dapat dikongsinya buat masa ini.



27 August 2014

KES NUSYUZ - EZANY TERUSKAN PERMOHONAN DI MAHKAMAH SYARIAH



Ezany Nizariff, 41, meneruskan permohonan nusyuz iaitu perintah kembali taat terhadap isterinya, Lizda Nuryanti Abidin, 32. Permohonan tersebut dinyatakannya di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Selangor.

Antara alasan Ezany ialah isterinya bertindak keluar dari rumah kelamin mereka di Sri Kembangan, Selangor pada 17 Julai 2014.



BUAT LAPORAN POLIS - SIAPA AGAKNYA YANG ABBY NAK SAMAN?



"Buat yg berkenaan ???? Laporan Polis telah dibuat…. Sy terpaksa kerana tidak mendapat kerjasama dr dot dot dot…. Siapa? Biarlah Sy rahsiakan dulu buat masa ini yer…. Sy bagi ruang & peluang sebaiknya utk selesaikan dgn Sy je….. ‘dia itu’ buat mcm tiada apa2 yg berlalu.. cal tak berangkat, msg tak berbalas.

"Sy tiada cara lain. Tindakan Undang2 yg terbaik. Harap yg berkenaan beri perhatian yer……….. Janji bulan puasa nk selesaikan… tiada. Bulan raya janji lagi… tiada juga. Sudahnya……… Maafkan Sy. Masih ada peluang lagi ni… Cal atau msg Sy dengan kadar segera yer ????" begitulah ayat yang ditulis oleh Abby Abadi ketika membuat lapoiran polis yang diupload melalui IGnya.

Klik gambar untuk size besar


4 GAMBAR - DIDIE ALIAS & BABYNYA SELEPAS HABIS BERPANTANG



Gambar terkini Muhammad Dayyan, anak Didie Alias atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40.

Nampaknya, makin berseri wajah Didie lepas habis sebulan berpantang. Pasti lepas ni pelbagai makanan dijamah oleh Didie bagi melepaskan dendamnya.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


INFO SEMASA - KELVIN ONG (TV3) KINI PEMBANTU SULTAN SELANGOR



Masihkah anda ingat dengan bekas pembaca berita TV3 yang popular dalam era 90-an, iaitu Kelvin Ong? Perkembangan terbaru tentang Kelvin, beliau yang berkahwin dengan wanita Muslim Zetty Juyanty A. Rahim, pada 2012, kini telah menjadi Pembantu Khas Sultan Selangor.

Sekadar untuk info, nama Islam beliau ialah Zahir Kelvin Ong Abdullah. Kelibat beliau ditemui ketika pihak istana mengedarkan kenyataan rasmi berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Tahniah diucapkan pada Kelvin!

Klik gambar untuk size besar


26 August 2014

5 GAMBAR - ANAK LIYANA JASMAY YANG MAKIN MONTEL



Gambar terkini anak Liyana Jasmay dan Fathudin Mazlan yang bernama Sofia Arissa. Wahh... makin montel muka Sofia nampaknya. Ni mesti Liyana banyak bagi minum susu ni. Heh.

Untuk makluman, baru-baru ini mereka juga telah mengadakan majlis rumah terbuka dan akikah untuk anak sulung mereka itu.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


HANGAT - EINA AZMAN SAH KAHWINI JEJAKA SIKH MERDEKA INI



Meskipun dilanda kontroversi kerana memilih jejaka sikh sebagai teman hidup, namun itu semua tidak menghalang Eina Azman, 19, untuk berkahwin ketika negara menyambut kemerdekaan.

Untuk info, Eina atau nama sebenarnya Cik Ainur Syakina Azman, bakal melangsungkan pernikahannya pada malam 31 Ogos ini (Ahad) dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Kaiser Gurmeet yang telah mendalami agama Islam kini lebih mesra dipanggil sebagai Datuk Gmix, oleh Eina. Dakwanya, Gmix sudah berminat mendalami agama Islam sebelum mengenalinya lagi.



WAJAH ANAK AWAL ASHAARI & SCHA - NAMA PENUH 'LARA LODIN'?



"Finally get to see Acik & Tisha in real life! Baby Lara cant wait for her first outing with the both of you," ujar Awal Ashaari mengenai kunjungan Lisa Surihani dan Yusry melawat anaknya, Lara.

Malah melalui caption yang ditulis oleh Scha Al Yahya melalui IGnya, "Hey Lara Lodin"... ia seolah memberitahu bahawa nama penuh anak mereka ialah 'Lara Lodin'.

Untuk tatapan semua, jom kita lihat wajah anak Awal dan Scha ini.

Klik gambar untuk size besar


DIJANGKITI VIRUS KENCING TIKUS - SUAMI YASMIN HANI TERSELAMAT



Terselamat daripada penyakit yang dipercayai boleh membawa maut!

Demikian berita terbaru yang disampaikan oleh suami Yasmin Hani iaitu Sha'arin yang baru-baru ini dijangkiti virus kencing tikus. Namun setelah mendapatkan rawatan, doktor akhirnya telah mengesahkan yang dia kini beransur pulih dan dibenarkan keluar hospital.

"Sebenarnya Sha’arin baru saja keluar dari hospital Rabu lepas dan Alhamdulillah doktor telah mengesahkan keadaannya kini beransur pulih, bagaimanapun perlu konsisten dengan ubat-ubatan yang diberikan.

Klik gambar untuk size besar


TIADA JODOH - KAMAL ADLI & INTAN LADYANA PUTUS CINTA



Gelaran 'loving couple' terhadap dua sejoli iaitu Kamal Adli dan intan Ladyana akhirnya sampai kepenghujung apabila mereka berdua putus cinta. Hubungan yang mereka bina sejak enam tahun lalu kini hancur berkecai.

Difahamkan, keputusan 'berpisah' itu diambil oleh mereka atas persetujuan bersama pada akhir Ramadan lalu. Bak kata orang... jodoh pertemuan, rezeki dan ajal maut merupakan ketetapan Allah SWT.

"Saya dan Kamal sudah tidak lagi mempunyai sebarang hubungan istimewa. Keputusan ini sudah lama kami fikirkan, tetapi sekarang baru dapat dibuat.



25 August 2014

ISU FAIL CERAI - ERMA FATIMA SERAH PADA TAKDIR TUHAN



Masihkah anda ingat dengan gosip hangat yang mendakwa Erma Fatima akan memfailkan penceraian dengan suaminya Bade Azmi?


Artikel terdahulu:

Semua cerita itu timbul gara-gara Bade kahwin lain dengan Aida Abdul, pada Mac lalu.

Namun ketiia ditanya media mengenai isu tersebut, Erma yang ditemui selepas pementasan teater Bahayanya Wanita di Istana Budaya Ahad lalu, menafikan akan berlakunya perpisahan.



BAWA KES KE MAHKAMAH TINGGI - RITA RUDAINI TUNTUT MUTAAH RM300,000



Pelakon Rita Rudaini hari ini menuntut bekas suaminya Aidil Zafuan membayar RM300,000 dalam satu tuntutan mutaah yang difailkannya di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor.

Menurut peguamnya, Datuk Zaidi Mohd Zain, Rita memfailkan permohonan tuntutan itu pada 7 Julai lalu dan ianya telah disebut hari ini di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Atrasina Mohd Zahrullail.



6 GAMBAR - PILOT, KEKASIH BARU SHARIFAH SAKINAH



Waahh... beruntungnya Sharifah Sakinah yang baru-baru ini menayangkan gambar kekasih barunya yang dikatakan bekerja sebagai juruterbang. Siap berjambang lagi!

Untuk info, Sharifah yang sebelum ini menjalin hubungan dengan anak Erma Fatima, Ahmad Albab, telah disahkan putus cinta pada penghujung 2013.

Klik gambar untuk size besar


9 GAMBAR - PELBAGAI AKSI COMEL ENGKU ALEESYA



Pelbagai ragam dan aksi comel Engku Aleesya, anak kepada Erra Fazira dan Engku Emran. Ikhlasnya, memang ramai yang geram melihat Aleesya. Ada yang rasa macam nak cubit-cubit pipinya. Ha ha.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


SELFIE KETIKA SAMBUT JENAZAH MH17 - SHARNAAZ HENTAM AZWAN ALI



Dunia hiburan kita kadangkala memang kelakar apabila sesama artis bertikam lidah gara-gara kena tegur atau tidak sependapat. Contoh paling terbaru ialah antara Sharnaaz Ahmad dan Azwan Ali disebabkan gambar selfie.

Semuanya bermula apabila Sharnaaz menyelar tindakan Azwan yang masih sanggup berselfie ketika rakyat Malaysia sedang berkabung menyambut kepulangan jenazah warga negara ini yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, pada 22 Ogos lalu.

Klik gambar untuk size besar


FOTO PRA PERKAHWINAN DI JEPUN SANGAT PERIBADI - ZIZAN RAZAK



Ia satu perkara yang sangat peribadi!

Demikian ulas Zizan Razak apabila diajukan soalan mengenai dia dan kekasihnya, Emma Maembong telah menjalani sesi fotografi pra perkahwinan di Jepun baru-baru ini.

"Jadi tak perlulah saya bercerita lanjut. Dah sampai masanya nanti baru saya kongsikan berita gembira ini," ujar Zizan dipetik sebagai berkata.

klik gambar untuk size besar


DIKHIANAT BUAT KALI KEDUA - LEPAS DISANTAU, LYDIAWATI KINI SAKIT SARAF



Bukan kali pertama, tetapi pelakon Lydiawati mendakwa telah diserang penyakit misteri buat kali kedua (disantau kali pertama pada 1997) apabila sarafnya kini mengalami kesakitan. Dakwanya, dia telah dimaklumkan tentang perkara tersebut oleh beberapa orang ustaz yang ditemuinya.

"Itulah, orang kata, nak percaya susah, tak percaya pun susah. Selepas berubat oleh beberapa ustaz, mereka cakap benda yang sama bahawa penyakit saya adalah kerana khianat orang.



24 August 2014

GAMBAR - KESEDIHAN HATTAN SAMBUT JENAZAH MH17



Gambar hiba Mohd Shukri Sahabuddin atau Hattan bersama saudara yang lain ketika hadir kelmarin bagi menyambut ketibaan jenazah sepupunya, Dora Shahila Kassim yang merupakan Ketua Pramugari yang bertugas dalam pesawat nahas Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine pada 17 Julai lalu.

Selain sepupu Hattan, antara mangsa yang turut terbabit dalam nahas ialah saudara terdekatnya iaitu Sherliza Zaini, 45, yang menaiki pesawat bersama suami dan tiga orang anak mereka.

Takziah buat Hattan dan saudaranya.



21 August 2014

TAHNIAH - MEMEY SUHAIZA HAMIL ANAK KEDUA



"Doktor ckp sy mengandung 6 minggu. Rezeki tak ternilai dr Allah, Hadiah utk suami tercinta, Adik utk #awishz, Cucu baru utk mak & abah + mak n ayah mertua sy️ syukur ya Allah," begitulah caption gambar scan baby yang diupload oleh Memey Suhaiza, isteri kepada Norman Hakim di laman sosialnya.

Nampaknya, lepas ni Mohamed Darwisz Hakim akan dapat adik comel untuk teman bermain. Tahniah diucapkan!

Klik gambar untuk size besar


MAHU BATAL HAK PENJAGAAN ANAK - PERMOHONAN ROZANA DIBANTAH AWIE



Jika sebelum ini (21 Julai) Awie mendapat hak penjagaan sementara (hadanah) ke atas tiga anaknya, tetapi hari ini isterinya Rozana Misbun, 36, telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Selain itu, Rozana juga memohon pada mahkamah bagi membatalkan permohonan injunksi yang difailkan secara ex-parte (sebelah pihak) oleh Awie sebelum ini yang menghalang Rozana daripada mendekati atau menghubunginya termasuk anak-anak mereka dalam apa jua cara sekalipun.



'RIBBIT' - BILA SI KATAK DAH TERSALAH LOMPAT



'Ribbit' – sebuah cereka animasi 3D mengisahkan seekor katak yang mengalami krisis identiti telah memenangi anugerah 'Filem Keluarga Terbaik' semasa tayangan perdana dunia di Niagara Integrated Film Festival (NIFF) 2014 yang berlangsung di Canada pada 21hb Jun 2014.

Filem Ribbit diarahkan oleh Chuck Powers menggunakan suara-suara artis terkenal Hollywood seperti Sean Astin (Lord of the Rings), Tim Curry (The Hunt for Red October) dan pelawak antarabangsa Russell Peters (Fast Food Nation) di mana rakaman suara telah dilakukan di Los Angelas, California. Pra produksi serta pasca produksi telah dijalankan sepenuhnya di Cyberjaya, Malaysia sementara produksi animasi telah dijalankan di Cyberjaya dan Mumbai, India. Segala proses rendering telah dilakukan di Hong Kong, China, sekali gus menjadikan 'Ribbit' sebuah projek global yang berlatarbelakangkan hutan Amazon.



KAHWIN KERABAT - HANS ISAAC 'PERCAYA' PADA GOSIP



"Bagi saya gosip ini sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana kalau tidak benar bagaimana berita itu boleh keluar?" demikian komen Hans Isaac tentang isu yang hangat diperkatakan sekarang mengenai Neelofa yang dikhabarkan bakal berkahwin dengan kerabat diraja.

Artikel terdahulu:
Menurut Hans, sepanjang dia 'rapat' dengan Neelofa, aktres itu sering berkata yang dia tidak berminat berkawan dengan golongan istana.



BUAT KERJA BERAT - KANDUNGAN ROZITA CHE WAN ALAMI PENDARAHAN



Suami mana yang tidak cemas apabila isteri tercinta yang sedang hamil mengalami pendarahan? Detik cemas seperti itulah yang dihadapi oleh Zain Saidin apabila isterinya Rozita Che Wan melakukan kerja di rumah hingga berlaku pendarahan.

Menurut Zain, kejadian tersebut berlaku sekitar awal Ramadan lalu gara-gara isterinya membuat kerja yang tidak sepatutnya dilakukan oleh orang hamil.

"Kejadian ini tak silap saya berlaku hari puasa pertama. Dia ada buat kerja pada hari berkenaan.

Klik gambar untuk size besar


12 GAMBAR - WAJAH ANAK-ANAK AWIE YANG CERIA



Masihkah anda ingat kenyataan Awie yang mengakui hubungannya dengan anak-anaknya menjadi lebih erat berbanding sebelum ini? Tambah pelakon dan penyanyi itu, insiden kontroversi rumah tangga bersama isterinya, Rozana Misbun, telah menjadikannya lebih tabah sebagai bapa.

"Kalau dulu saya hanya kerja dan cari rezeki untuk keperluan mereka sahaja, tetapi sekarang saya sentiasa berada bersama mereka. Kadang-kadang saya terpaksa curi-curi masa untuk balik ke rumah melihat keadaan mereka dan masak untuk mereka," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Bagi anda yang masih belum mengenali anak-anak Awie, jom lihat gambar-gambar terbaru yang dikongsikan khas oleh mereka termasuk yang dikongsi oleh bekas isteri Awie iaitu Arni Nazira.

Dari album anak-anak Awie - klik gambar untuk size besar


3 GAMBAR - BILA 'MIMPI' SHILA AMZAH JADI KENYATAAN



"Dreams do come true when you believe in yourself," demikian kata Shila Amzah sambil bergaya dengan kereta mewahnya.

Untuk info, harga BMW X6 kalau tak silap melebihi setengah juta. Malah jika dibeli yang terpakai sekalipun ia boleh mencecah harga ratusan ribu.



20 August 2014

5 GAMBAR - CERIANYA FIZA SAMBUT HARI LAHIR DI SISI ADAM



Gambar menarik Fiza Elite, suaminya Adam dan anak-anak di majlis sambutan hari lahir secara kecil-kecilan. Inilah yang dikatakan sinar kebahagiaan Selepas kembali rujuk dengan suaminya baru-baru ini.

"Terima kasih ya Allah krn telah mengatur rencana yg indah utk hari ini.setelah sekian lama tak bjumpa dgn semua sahabat2 sy... rakan seperjuangan sy... akhirnya mlm ini Allah mpertemukan kami di hari yg penuh istimewa ini.syukur ke hadrat Allah dgn adanya suami @adamaf2 dan anak2 disisi ... terima kasih Abi... buat haji, mama, abg fendi, missM... mudah2an persahabatan kami akan sampai hingga ke syurga," demikian ungkap Fiza.

Selamat hari lahir diucapkan buat Fiza. Moga keluarganya dilimpahi kebahagiaan berpanjangan oleh Allah SWT. Amin.



GAMBAR - AKSI TERKINI DAYANG NURFAIZAH



Ragam terkini Dayang Nurfaizah dan rakan seperjuangannya yang sedang 'hot' diperkatakan di laman sosial. Entah kenapa, gambar yang dimuat naik itu menjadi kritikan dan 'sakit mata' segelintir pihak yang amat prihatin tentang 'cleavage’.

Nampak macam tak ada apa-apa je? Mungkin mata kami kurang jelas agaknya. Heh.



SAYA BERTUDUNG BUKAN SEBAB NAK KAHWIN - ADIRA AF8



Bukan sebab nak kahwin, tetapi tiada alasan tertentu untuk perubahannya itu. Demikian komen Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi mengenai imej terbarunya yang kekal bertudung.

Menurut Naib Juara Akademi Fantasia musim kelapan itu, hasratnya tersebut lahir dari hati yang ikhlas.

Foto terkini - Klik gambar untuk size besar


BINCANG KAHWIN - TEMAN LELAKI NABILA HUDA MOHON RESTU AMY SEARCH?



Mohon restu bapa Nabila Huda untuk berkahwin!

Nampaknya kekasih Nabila (Bert) memang 'Gentleman' apabila didakwa berjumpa Amy Search pada awal Syawal lalu untuk berbincang mengenai rancangan berkahwin dengan Nabila.



19 August 2014

13 GAMBAR - 'MAREAM ESABEL' NAMA ANAK ALLY ISKANDAR & FARAH LEE



UPDATE: 
Ally Iskandar dan Farah Lee hari ini mengumumkan bahawa nama anak perempuan mereka yang lahir pada 7 Ogos lalu ialah 'Maream Esabel'.

Pengumuman tersebut dibuat oleh mereka berdua melalui program Wanita Hari ini, terbitan TV3. Apa yang menarik, Farah dilihat mengalirkan air mata ketika Ally mengucapkan terima kasih kepadanya kerana melahirkan 'MarEam'.

Istimewa untuk anda, jom kita lihat wajah penuh anak Ally dan Farah.

Klik gambar untuk size besar


10 GAMBAR - MESKIPUN COMOT, SITI NURHALIZA TETAP COMEL



Gambar Datuk Siti Nurhaliza yang sempat meluangkan masa beriadah dengan menyertai larian ‘The Color Run’ di ibu negara pada pagi Ahad lalu. Walaupun comot dicalit dan dibaling dengan pelbagai warna, namun Siti nampaknya masih lagi comel. Heh.

"Berjaya habiskan larian (jalan) sejauh 5km... pulang dgn penuh bangga," ujar Siti melalui IGnya.

Klik gambar untuk size besar


MASIH TERIMA RAWATAN - ISTERI MAZIDUL AKMAL SIDEK ENGGAN ULAS



Jika sebelum ini ada yang melaporkan bahawa personaliti TV3 iaitu Mazidul Akmal Sidek tenat di hospital akibat serangan strok pada Julai lalu, terkini beliau dilaporkan beransur pulih.

Bagaimanapun, bekas pengacara 999 itu dikatakan masih dirawat di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur. Namun entah mengapa, sumber rapat personaliti itu enggan mendedahkan keadaan kesihatannya secara terperinci.



18 August 2014

TAHNIAH - ZAREMA ZAINAL , ISTERI AIDIL ZAFUAN 'SAH' HAMIL



Mungkin rezeki bertudung!

Kerana dalam diam, isteri Aidil Zafuan iaitu Zarema Zainal dikhabarkan kini sudah hamil.

Meskipun khabar baik tersebut sebelum ini tidak disahkan oleh Aidil dan Zarema, namun melalui rakan baik mereka iaitu Nora Danish... ia akhirnya makin jelas.

"I was at Lego Land with my family earlier today n decided to stay for a night at Lego Hotel, JB. The rooms? Mmg cantik. Tetapi paling teruk pernah saya pergi. Here’s the story. My sister @danishnadya, my pregnant friend @zaremazainal and ned’s bodyguard @gg_brutale was stuck inside the lift for an hour!!!!" ujar Nora melalui laman sosialnya.



4 GAMBAR - HEBATNYA BILIK AIR SHEILA RUSLY



Gambar menarik apabila Sharifah Shahirah berkongsi gambar bilik air Sheila Rusly yang sememangnya lain daripada yang lain. Siap ada air pancur daripada atas ibarat hujan. Memang kelas gitu!

Malah kalau melawat rumah Sheila yang tersergam indah, ia boleh diibaratkan sebagai rumah idaman ramai pihak. Iyalah... setelah bekerja keras sebagai pelakon, pengacara dan penerbit, pastinya Sheila kini boleh menarik nafas lega dengan hasil pencapaiannya.

Alhamdulilah!

Klik gambar untuk size besar


PEYAMPAI RADIO ERA RETAK BAHU AKIBAT KEMALANGAN



Malang tidak berbau!

Demikian halnya dengan penyampai radio Era, Adi Fashla Jurami, 36, (Adi AF1) yang retak bahu kiri akibat terbabit dalam kemalangan di Kilometer 47 Lebuhraya Karak arah Kuantan, Pahang.

Adi yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dikatakan telah terbabas sebelum melanggar penghadang jalan pada pukul 10 pagi.

Klik gambar untuk size besar


17 August 2014

9 GAMBAR - ASHRAF MUSLIM & 2 ISTERI RAI 'KEHAMILAN' DI BANDUNG?



Gambar menarik keluarga bahagia Ashraf Muslim dan isteri-isterinya bercuti di Bandung, Indonesia. Mungkin percutian tersebut sebagai meraikan berita gembira di mana isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman dikhabarkan hamil baru-baru ini. Heh.

Difahamkan, selain melawat persekitaran gunung berapi di Tangkuban Parahu, mereka juga melawat tempat menarik yang lain sambil merasai pelbagai makanan enak di sana.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


16 August 2014

8 GAMBAR - 'HONEYMOON' DI SINGAPURA, 'BABY BUMP' ALMY NADIA MAKIN JELAS



Gambar menarik Almy Nadia, isteri kepada Fiz Fairuz yang baby bumpnya makin jelas kelihatan. Kalau nak dihitung, rasanya kandungan Almy sudah masuk tiga bulan sekarang.

Apa yang lebih menarik, mereka berdua juga sempat 'honeymoon' ke Universal Studio Singapore.

Waahhh... tahniah diucapkan. Semoga mereka terus kekal bahagia hendaknya.



15 August 2014

6 GAMBAR - KELUARGA BAHAGIA FIZA HALIM & ADAM AF



Selepas hampir sebulan rujuk, akhirnya gambar-gambar mesra Fiza Halim dan Adam AF2 kembali mewarnai Instagram selepas gambar sebelum ini 'di delete'. Malah ramai peminat mereka juga tumpang bahagia melihat perkembangan tersebut.

Bak kata pepatah, laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan. Oleh itu, buang yang keruh ambil yang jernih. Anggaplah apa yang berlaku sebelum ini sebagai ujian daripada Allah SWT.

Klik gambar untuk size besar


GAMBAR - ANAK ALLY ISKANDAR & FARAH LEE



Gambar anak perempuan Ally Iskandar dan Farah Lee yang selamat dilahirkan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor pada 7 Ogos lalu.

Meskipun hanya sebelah sisi, namun rasanya ia sudah memadai sebelum gambar penuh dimuat naik oleh mereka... kemungkinan selepas pantang nanti.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


BELI KATIL BABY - ISTERI BARU JIMMY SHANLEY HAMIL?



"No comment buat sementara ini. Rileks dulu... Nanti-nanti bila saya sudah bersedia, saya akan beritahu.

"Ia masih lagi terlalu peribadi untuk diceritakan buat masa ini," demikian komen Jimmy Shanley bila diajukan soalan mengenai kehamilan isteri barunya, Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27.



14 August 2014

4 GAMBAR - RAGAM HANEZ SURAYA BERCUTI DI SINGAPURA



Gambar menarik Hanez Suraya makan angin di Singapura bersama rakan-rakannya. Bagaimanapun, tiga gambar Hanez itu kami ambil melalui Instagramnya, manakala yang satu lagi kami 'cilok' di laman sosial yang lain. Heh.

Jom tengok!

Klik Gambar untuk size besar


GAMBAR BAJU TULISAN LUCAH - JOE FLIZZOW DAKWA DIANIAYA



"Saya hadir sebuah acara fesyen dan seorang pereka fesyen memberi sehelai baju T dengan tulisan 'Jantan' untuk tujuan promosi, saya rasa ia cool dan cantik.

"Apabila saya pakai ada dua orang individu lain yang pakai baju T dengan label yang sama ingin bergambar. Selepas bergambar baru saya sedar tulisan pada baju mereka agak lucah," demikian dakwa penyanyi rap Joe Flizzow mengenai kecuaiannya bergambar dengan dua indivdiu yang memakai baju T bertulisan lucah.

Klik gambar untuk size besar


13 August 2014

AL-FATIHAH - PELAWAK MAIDIN KEMBALI KE RAHMATULLAH



Meninggal ketika solat!

Begitulah keadaan pelawak veteran Maidin Ibrahim, 76, yang kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 2 petang tadi. Beliau disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung di rumahnya di Pokok Tai, Gurun Kedah.

"Saya ingin mengesahkan, bapa mertua saya telah meninggal dunia ketika dalam solat kira-kira pukul 2 petang tadi," kata menantu Allahyarham iaitu Mohd. Saiful Nizam Saari, 38, pada media.



GARA-GARA GAMBAR, ISTERI JOHAN RAJA LAWAK KENA TEGUR



"Lepas solat isyak semalam.. 3 bradik doa sama2.. abg long n abg ngah doa mcm2 permintaan.. tp adik doa mcm2 bahasa.. mama aminkan dr belakang," demikian caption Ozlyn Wati, isteri Johan Raja Lawak melalui IGnya.

Namun entah kenapa, gambar yang dimuat naiknya itu menjadi isu hangat pada segelintir pihak yang kurang senang dengan tindakan tersebut. Meskipun ramai pengikut yang mempertahankannya, namun Ozlyn dilihat tampil memberi penerangan mengenai gambar tersebut.

Klik gambar untuk size besar


KENA TAHAN POLIS - ALONG EYZENDY MENGAKU KUNJUNGI KELAB MALAM



Gara-gara berada dikelab malam bagi menemai seorang rakan untuk mencari lokasi penggambaran, pelakon Along Eyzendy, 35, telah ditahan dalam serbuan Ops Cantas Khas, Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Operasi polis di sebuah premis hiburan di Jalan P. Ramlee yang diadakan pada 20 April lalu itu bagaimanapun tidak mendapati Along terbabit dalam aktiviti sosial termasuk dadah. Dia akhirnya telah dilepaskan oleh pihak berkuasa selepas mendapati ujian air kencingnya adalah negatif.



12 August 2014

JACLYN VICTOR SELAMAT KAHWINI BINTANG R&B DI PHILADELPHIA USA



Teka-teki mengenai rahsia besar (kejutan) yang bakal didedahkan oleh penyanyi Jaclyn Victor, 37, akhirnya terjawab. Jaclyn kini sah menjadi isteri kepada Shawn Rivera, 40, anggota kumpulan R&B dari Amerika Syarikat, Az Yet.

Artikel terdahulu:

Untuk info, pemuda tersebut berasal dari Puerto Rico dan menetap di Amerika Syarikat dan mereka berkenalan pada Januari tahun lalu semasa terlibat dalam program muzik.

Klik gambar untuk size besar