30 September 2014

21 GAMBAR - FIFFY NATASYA KINI SAH ISTERI MUSLIM AZMAN



Selepas bertunang pada 21 Disember tahun lalu, akhirnya Fiffy Natasya, 21, kini sah bergelar isteri kepada juruterbang sebuah syarikat penerbangan, Muslim Azman, 27, di kediaman keluarganya di Putra Height, Selangor, semalam.

Artikel terdahulu:
Pernikahan tersebut berwalikan bapa pengantin perempuan sambil disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor, Ustaz Sujak.

Klik gambar untuk size besar


KEJUTAN HARI LAHIR - IZARA AISHAH TERHARU DIRAI PEMINAT



"Early Birthday surprise from shiseidomalaysia! Thank you I love you," begitulah kata Azara Aishah sebaik mendapat surprise kek bertingkat sempena hari lahirnya yang ke-22 kelmarin.

Untuk info, surprise tersebut telah diadakan dalam majlis pelancaran produk terbaru jenama kosmetik Shiseido di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Klik gambar untuk size besar


ISU PUTUS CINTA - INTAN LADYANA TOLAK BERSEMUKA DENGAN KAMAL ADLI



Meskipun Kamal Adli baru-baru ini kelihatan seolah berlembut dan mendakwa rasa kesal apabila hubungannya dengan Intan Ladyana putus di tengah jalan, namun bagi Intan, dia sudah malas mengulangi cerita yang sama.

Malah katanya, dia tidak perlu bersemuka dengan Kamal Adli untuk memberi peluang pemuda itu berbincang mengenai hubungan mereka. Bukan jual mahal, tetapi memang sudah hakikat yang mereka berdua sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi.



29 September 2014

11 GAMBAR - MAJLIS BERTUNANG SARIMAH & CUCU RAJA BAGAIKAN MAJLIS NIKAH



And..... were engaged!!!

Itulah luahan Sarimah Ibrahim, 36, apabila dia selamat bertunang dengan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau lebih mesra dipanggil Jamie, 42, kelmarin di sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur.

Untuk makluman, majlis pertunangan itu telah dimulakan dengan acara merisik dan bertukar barangan hantaran.

Ibu saudara kepada Tunku Jamie, Datin Raja Massaha Raja Harun telah menyarung cincin pertunangan ke jari Sarimah.



3 GAMBAR MENARIK - INILAH WAJAH ANAK NORYN AZIZ



Jika sebelumnya, wajah anak Noryn Aziz, 38, telah dirahsiakan daripada umum, terkini Noryn akhirnya mendedahkan wajah dan juga nama penuh anaknya itu. Memang sah comel dan nama yang dipilihpun terbaik!

'Raja Bariq Umar Shah' merupakan nama yang diberi oleh Noryn dan suaminya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, 59, yang lahir pada 25 Ogos lalu di di Hospital Prince Court, Jalan Kia Peng.

Doa kita semoga Raja Bariq membesar menjadi anak yang bertaqwa kepada Allah SWT. Amin!



26 September 2014

NIKAH 4 OKTOBER INI - ALIFF OMAR ALI MULA EDAR KAD KAHWIN



Masa yang dinanti makin tiba. Berikutan itu, anak lelaki kepada Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Aliff Omar Ali, 32, yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada 4 Oktober ini telah mengedarkan kad jemputan perkahwinannya.

Sebagai imbasan, Aliff telah melangsungkan majlis pertunangannya pada 23 Ogos lalu dengan seorang doktor gigi yang berasal daripada Subang Jaya, iaitu Sharifah Nur Athirah Syed Azmi, 28.



NIKAH TANPA KEBENARAN - AERIL ZAFREL DIDENDA RM1,000, WAWA ZAINAL RM800



Akibat nikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Rujuk dan Cerai menurut Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor, pelakon Aeril Zafrel, 26, didapati bersalah oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Selangor semalam atas kesalahan melakukan pernikahan tanpa kebenaran.

Pelakon tersebut telah dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,000 atau penjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda. Sementara isterinya, pelakon Wawa Zainal, 22, yang turut mengaku bersalah bersubahat atas kesalahan sama didenda RM800 atau penjara sekiranya gagal membayar denda.



SAKIT ANGIN AHMAR - DATUK JAMIL SULONG KEMBALI KE RAHMATULLAH



Akibat penyakit angin ahmar yang dihidapi oleh pengarah filem veteran, Datuk Jamil Sulong, 88, beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir di rumah anaknya di Bukit Utama Damansara, Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.35 malam semalam.

Menurut anak Allahyarham, Dr Anwardi Jamil, sebelum ini Allahyarham pernah dirawat kira-kira sebulan di hospital.

Jenazah Allahyarham dijadualkan akan dibumikan di Tanah perkuburan Islam Janda Baik, Bentong, Pahang selepas solat Jumaat.

Tinggal kenangan - klik gambar untuk size besar


25 September 2014

INFO - SELAMAT HARI LAHIR BUAT YANA SAMSUDIN



Hari ini adalah hari lahir Yana Samsudin yang ke 30 (lahir 25 September 1984). Nampaknya, banyak perubahan yang telah berlaku dalam hidup pelakon berbakat besar ini.

Malah baru-baru ini, Yana makin aktif membuat kerja kebajikan untuk golongan yang memerlukan. Sebagai contoh, dia baru sahaja melawat Kaum Orang Asli Batek, di Kuala Koh Gua Musang Kelantan.



TERPAKSA CUKUR JANGGUT - LEPAS SAMSENG, SYAMSUL YUSOF JADI PEGAWAI POLIS



Semua orang tahu bahawa pelakon dan pengarah berbakat besar, Syamsul Yusof sinonim dengan watak 'Shark' dalam filem KL Gangster. Namun terkini... Syamsul bertukar menjadi pegawai polis pula!

"Licin sudah janggut kesayanganku. Sedihnya aku cuma DIA yg tahu. Ni bukan taiko Shark kl gangster, bukan juga Johan dlm Khurafat. Nak tahu ni sapa nantikan siri terbaru gerakkhas2014. Yes I'm the new street kings n I got the job done ya feel me? Hehe...

"I'm on the move again. Back 2 reality. You gonna watch me go get it," kata Syamsul melalui IGnya.

Handsome tak? Klik gambar untuk size besar


KALAU DAH JODOH - ELLY MAZLEIN NIKAHI AZMI HATTA 9 NOVEMBER



Jika sebelum ini pelbagai andaian dibuat terhadap penyanyi dan pelakon Elly Mazlein, disebabkan dia tidak lagi memakai cincin tunang, namun berita baik akhirnya muncul apabila dia memberitahu akan melangsungkan pernikahan pada 9 November 2014.

Malah sehari sebelumnya (8 November), Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 33, akan mengadakan majlis berinai sebelum bernikah dengan pengarah, Azmi Hatta keesokkannya.



24 September 2014

16 GAMBAR - KEMERIAHAN MAJLIS BABY SHOWER CHE TA



Setelah ramai artis kita mengadakan majlis baby shower, kini tiba giliran Rozita Che Wan atau Che Ta pula mengadakan majlis tersebut. Meskipun kelihatan sarat, namun Che Ta masih menawan dan mempunyai daya tarikan tersendiri.

Jika sebelum ini Che Ta mempunyai dua anak lelaki, pastinya dia tidak sabar untuk menimang 'baby girl' pula. Ini kerana, Che Ta dijangka akan bersalin pada awal November ini.



3 GAMBAR - BILA ABBY ABADI SAMBUT BIRTHDAY 'BUAH HATI'



Surprise!

Itulah ungkapan Abby Abadi ketika membuat kejutan majlis hari lahir untuk Ustaz Khairul Azli yang didakwa sebagai buah hatinya. Nampaknya, Abby seolah dapat melupakan sebentar apa yang berlaku antaranya dengan bekas suami mengenai isu hutang.

Malah di sebalik belon yang berbentuk hati itu, Abby kelihatan cukup gembira disamping Khairul. Iyalah... kalau bukan Abby yang buat kejutan, siapa lagi nak buat untuk Khairul ya tak? Itulah satu hati namanya. Heh.

Klik gambar untuk size besar


15 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS RESEPSI JACLYN VICTOR & SUAMI



Nampaknya, makin berseri-seri wajah Jaclyn Victor yang berkahwin dengan Shawn Rivera pada 19 Julai lalu di Philadelphia, Amerika Syarikat. Malah menerusi gambar yang dikongsi oleh Jaclyn ketika majlis resepsinya baru-baru ini, penyanyi itu kelihatan makin ceria berbanding sebelumnya.

Untuk info, majlis resepsi tersebut telah berlangsung meriah dengan dihadiri oleh bebarapa rakan artis seperti Adibah Noor, Anuar Zain, Fazli Zainal, Ning Baizura, Salamiah Hassan, Datuk Ramli MS serta rakan-rakannya yang pernah menyertai program Malaysian Idol.

Klik gambar untuk size besar


23 September 2014

LIGA LAWAK - 'MUKA CARI MAKAN’ MULA TUNJUK TARING



Petaling Jaya, 23 September – Liga Lawak Superstar musim 2 (LLS2) yang bersiaran semalam menyaksikan kejayaan kumpulan Muka Cari Makan yang dianggotai Naz Rahman, Pian (Kepoh) dan Uncle Jo mendahului carta liga kumpulan B dengan jumlah 67 markah. Uncle Jo, 52 yang merupakan peserta tertua dalam musim ini membuktikan usia bukan penghalang untuk kumpulan mereka mendominasi saingan pertama kumpulan B.

Mendapat tempoh persediaan yang lebih lama berbanding kumpulan A, ternyata persembahan kumpulan B dilihat lebih konsisten dan cemerlang memainkan situasi yang diberikan pengacaranya, Afdlin Shauki dan Adibah Noor.

Selain Muka Cari Makan, kumpulan Ohsem yang disertai Ammar (Titan), One (Sofazr) dan Danial Hasif hanya mampu mengutip sebanyak 56 markah diikuti rapat oleh kumpulan Melodrama yang satu-satunya kumpulan dengan dua peserta wanita iaitu Zulin Aziz dan Ain selain Izu (Kepoh) dengan 55 markah.



PARU-PARU BOCOR - FARHAN TERPAKSA UNDUR DIRI DARI PENTAS DA'I



Minggu lalu pentas Da’i musim ke-2 dikejutkan dengan berita pengunduran salah seorang peserta yang sepatutnya beraksi pada malam itu. Da’i Farhan atau nama sebenar beliau, Nik Ahmad Farhan bin Nik Muhamad yang berasal daripada Tanah Merah, Kelantan terpaksa mengundurkan diri daripada meneruskan perjalanannya untuk bergelar pendakwah Milenia atas faktor kesihatan.

Farhan telah dikejarkan ke hospital berdekatan oleh pihak produksi Jumaat lalu setelah mengadu sakit di bahagian dada. Farhan kini masih lagi dirawat di Hospital Sungai Buloh kerana penyakit 'Pneumothorax' iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan paru-paru menjadi kecut kerana terdapat kebocoran di antara rangka dada dan paru-paru.



ISU HUTANG : MAHU BAYAR RM5,000 ABBY TOLAK - FARHAN



Berikutan isu hutang sejumlah puluhan ribu yang ditimbulkan oleh Abby Abadi baru-baru ini, bekas suaminya Muhammad Noor Farhan akhirnya tampil menjelaskan yang dia sebelum ini telah cuba membayar sebahagian hutangnya kepada Abby, namun ianya ditolak.

Entah kenapa, Abby tidak mahu menerima Wang sejumlah RM5,000 yang mahu dibayarnya. Tetapi sebaliknya, bekas isterinya itu menuntut dia melangsaikan kesemua hutang tersebut sekali gus.



22 September 2014

INFO - PENGACARA TV3 NURUL SYUHADA DIKURNIA ANAK KEMBAR



Tahniah diucapkan buat pengacara TV3 iaitu Nurul Syuhada Nurul Ain, kerana selamat melahirkan anak kembar semalam. Berita gembira tersebut telah disampaikan oleh Nurul sendiri melalui rancangan MHI TV3 pagi tadi.

Untuk info, Nurul telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang perempuan. Proses kelahiran dibuat secara normal untuk seorang bayi, manakala seorang lagi melalui pembedahan.

Klik gambar untuk size besar


GAMBAR SANA SINI - PELANCARAN ALBUM DAFI





  • Events : Dafi launching latest album and U mobile announced Dafi as the 1st u mobile brand ambassador
  • Vanue : Kuala Lumpur Convention Centre


  • Klik gambar untuk size besar




    FAREZ, PELAJAR KEDUA TERSINGKIR DARI AF2014



    Meskipun alunan Akademi Fantasia 2014 (AF2014) agak kurang menyengat, namun rasanya masih ramai yang ambil tahu mengenai perkembangan program terbitan Astro ini.

    Dan semalam, Farez atau nama sebenarnya Muhammad Fareezuan Adnan yang menyampaikan lagu ‘Awan Nano’ nyanyian asal Hafiz Suip menjadi pelajar kedua tersingkir.

    Dia yang berada di kedudukan terendah sejak minggu lalu, kecundang apabila namanya diumumkan tersingkir apabila mendapat peratusan undian terendah.



    AKUI MAKIN AKRAB: KELUARGA SAYA 'MENYENANGI' SHARIFAH ANIS - SHARNAAZ



    Bukan mudah untuk seseorang itu mengakui bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan pasangannya. Namun bagi Sharnaaz Ahmad, dia tidak kekok atau malu untuk mengakui bahawa hubungannya dengan pelakon baharu dan model, Sharifah Anis Al Idrus, adalah akrab.

    "Saya tidak mahu berkongsi hal peribadi secara berlebihan dan saya enggan mengaku atau menafikan tentang perhubungan ini. Kami sudah berkawan sejak dua tahun lalu dan sekarang ini hubungan itu lebih 'akrab'.

    Sambut hari lahir bersama - klik untuk imej besar


    8 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS RESEPSI ALIFF SATAR DAN SHA DILA



    "Hey everybody.. Meet my extended family:) The Fadzils/ The Freddys/ The Satars!" begitulah kata Alif Satar ketika bergambar di majlis resepsinya dengan Sha Dila di Marina Putrajaya semalam.

    Antara tetamu yang hadir di majlis itu ialah beberapa rakan artis seperti Datuk Aznil Hj Nawawi, Azwan Ali, Tomok, Erin Malik, Shahrol Shiro dan ramai lagi.

    Mereka berdua telah naik bersanding terlebih dahulu sebelum makan beradab bersama keluarga pihak lelaki. Sejurus kemudian, satu tayangan visual majlis nikah mereka dan beberapa visual yang istimewa telah ditayangkan hingga menyebabkan Alif dan isteri mengalirkan air mata.



    19 September 2014

    5 GAMBAR - LANA NORDIN SHOPPING SAKAN DI SINGAPURA



    "Having a good life... shopping shopping shopping," demikian kata Lana Nordin yang baru-baru ini membuat reunion dengan rakan-rakan di Singapura.

    Nampaknya, Lana makin happy dengan kehidupannya sekarang. Gosip dan kontroversi yang melandanya baru-baru ini tidak sedikitpun meninggalkan parut baginya.

    Jom tengok!

    Klik gambar untuk size besar


    KES ANAK DENGAN AWIE - KEJAYAAN AWAL ROZANA MISBUN



    Akhirnya, Rozana Misbun, 36, semalam berjaya mengetepikan bantahan suaminya penyanyi rock dan pelakon Awie terhadap perintah hak jagaan anak secara sebelah pihak yang diperolehinya sejak dua bulan lalu.

    Sehubungan itu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, telah diarahkan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk membayar kos sebanyak RM900 kepada isterinya.



    18 September 2014

    INFO - ISTERI SYAMSUL YUSOF TERSELAMAT DALAM KEMALANGAN



    Isteri kepada Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana terselamat dalam satu kemalangan di Ukay Perdana, Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini. Kejadian tersebut telah dikongsi oleh ibu mertuanya Datin Patimah Ismail di laman sosial beliau.

    "Alhamdulillah menantu saya Putri Sarah selamat dlm kemalangan kereta," kata Datin Patimah yang dipetik melalui FBnya.



    MUFTI KELANTAN - KONSERT ARTIS TAJAAN SYARIKAT JUDI HARAM



    Rupa-rupanya kemelut yang melanda Shila Amzah masih belum reda apabila beberapa media memanjangkan isu tersebut gara-gara ketidakpuasan hati Shila mengenai isu media Melayu kurang membuat liputan di konsertnya baru-baru ini.

    Selain mereka mendedahkan bahawa konsert itu ditaja oleh syarikat judi, semalam mStar Online pula menghubungi Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang mengatakan bahawa mana-mana acara kesenian yang ditaja oleh syarikat perjudian ataupun arak adalah aktiviti yang haram dan ditegah oleh agama Islam.

    Meskipun tidak menyebut secara jelas artis yang dimaksudkan, namun ramai yang dapat meneka bahawa ia adalah berkaitan dengan konsert Shila Amzah. Nampaknya, media Melayu yang didakwa Shila tidak memberi sokongan padanya melainkan media berbahasa Cina membuat serangan balas pada artis itu.

    Ada jemput - demikian kata Shila - klik untuk gambar besar


    17 September 2014

    8 GAMBAR - RAGAM TERKINI ANAK LEUNIEY & APEK



    Rasanya sudah hampir tujuh bulan kita tidak melihat keletah Kayla Elayna, anak sulung Leuniey Natasha dan penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat.

    Terkini, Kayla semakin comel bagaikan anak Jepun layaknya dan juga sudah boleh bangun sendiri. Mungkin beberapa bulan lagi, dia dah boleh tangkap bola pulak. Heh.

    Jom tengok!

    Klik gambar untuk size besar


    RUMAH TANGGA BERMASALAH - EDDIE MASIH SAYANGKAN RAJA AZMI



    Berikutan kemelut rumah tangga yang melanda Raja Azmi Raja Sulaiman dan Mohd Eddie Ghazali atau Eddie, di mana mereka kini membawa haluan masing-masing kerana perlukan ruang untuk berfikir serta memperbaiki diri, Eddie bagaimanapun mengakui yang dia masih sayangkan Raja Azmi.

    Semuanya bermula gara-gara salah faham hingga mencetuskan masalah dalaman antara Raja Azmi dengan Eddie yang juga pemain bass kumpulan CRK hingga rumah tangga mereka dilanda badai.

    "Apa yang saya boleh katakan di sini, apa yang berlaku di antara kami berdua, bukan salah sesiapa tetapi keadaan yang membuatkan kami jadi begini.



    15 September 2014

    ALIF SATAR DAN SHA DILA KINI SAH SUAMI ISTERI



    Alif Satar akhirnya sah bergelar suami kepada Sha Dila Halid dengan hanya sekali lafaz. Mereka berdua bernikah kira-kira jam 11. 40 pagi dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup di Bilik Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

    Bapa pengantin perempuan, Halid Mohamad telah menjadi wali sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Zaki Mahmood.

    Klik gambar untuk size besar


    GAMBAR MENARIK SANA SINI - RAGAM FASHA SANDHA & ENGKU ALEESYA



    Waahhh... memang manis bila Engku Aleesya, anak Erra Fazira dan Engku Emran, bertudung. Kalau boleh, Erra dan Emran kenalah kekalkan anak mereka begini, sedap mata memandang!

    Selain itu, nampaknya Fasha Sandha pula makin 'moncet' dan bukan main bulat lagi perutnya. Untuk info, Fasha merakamkan gambar ini ketika hadir dalam satu majlis kahwin baru-baru ini.

    Klik gambar untuk size besar


    MENARIK - NORISH KARMAN TEMUI 'CINTA' BARU



    Berita gembira buat peminat Norish Karman! Ibu tunggal ini dikatakan sudah menemui 'cinta' baru setelah sekian lama hidup berseorangan.

    Laporan menyebut, Norish telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan... tetapi hubungan mereka agak baru lagi. Ibaratnya, mereka dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

    Klik gambar untuk size besar


    KAHWIN ALA 'CRYSTAL SPARKLE' - FIFFY NATASYA NIKAH 14 HARI LAGI



    Akhirnya pelakon dan penyanyi remaja yang pernah mencetuskan kontroversi kerana isu 'buka tudung', Fiffy Natasya, 21, akan bernikah dengan Muslim Azman, 27... 14 hari lagi di kediaman keluarganya di Putra Height, Subang, Selangor.

    Artikel terdahulu:

    Sementara majlis persandingan pula akan berlangsung pada sebelah malam di Dewan Sri Melati, Presint 3, Putrajaya pada hari yang sama.

    Untuk rekod, Fiffy dan Muslim yang merupakan seorang pilot di sebuah syarikat penerbangan telah mengikat tali pertunangan pada hujung tahun lalu.



    TERSINGKIR - WAWA JADI 'MANGSA' PERTAMA AF2014



    Tidak dinafikan, saat penyingkiran merupakan saat paling mendukacitakan bagi peserta Akademi Fantasia (AF2014). Saat inilah yang dirasakan oleh peserta dari Selangor, Walfadhilah Suhaizat, 19, (Wawa) yang menjadi peserta pertama tersingkir pada minggu kedua program AF 2014.

    Program tersebut telah disiarkan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor, semalam.

    Wawa tersingkir akibat mendapat undian terendah. Dia ketika itu telah menyampaikan lagu Wajah Kekasih nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza.

    Klik gambar untuk size besar


    12 September 2014

    AKAN BERTUNANG : SAYA TAK TAHU DIA 'KERABAT RAJA' - SARIMAH



    "Pertama kali seumur hidup saya menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berbangsa Melayu. Saya juga tidak pernah tahu yang Jamie berasal dari golongan kerabat diraja," begitulah komen Sarimah Ibrahim, 37, mengenai bakal tunangnya.

    Jika benar apa yang dikata Sarimah, kiranya perhubungannya itu ibarat rezeki datang bergolek! Mana tidaknya, selepas mengalami kegagalan rumah tangga beberapa tahun lalu, dia bertemu dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42 atau lebih dikenalinya sebagai Jamie.



    DAKWA MELAMPAU - AIDIL ZAFUAN BANTAH TUNTUTAN MUTAAH 300K



    Peguam pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Razak iaitu Rushdan Sujak Rafie, kelmarin memfailkan bantahan awal anak guamnya yang tidak bersetuju dengan nilai tuntutan mutaah sejumlah RM300,000 yang dikemukakan oleh bekas isterinya, Rita Rudaini.

    Pembelaan tersebut difailkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Atrasina Mohd Zahrullail. Antara alasan Aidil, nilai mutaah yang dipohon oleh Rita Rudaini adalah melampaui daripada jumlah sepatutnya.

    "Anak guam saya tidak bersetuju dengan nilai yang dituntut oleh bekas isterinya," kata Rushdan kepada media.



    11 September 2014

    GARA2 MAKANAN RINGAN - IRMA HASMIE JALANI PEMBEDAHAN KAKI HARI INI



    Baru sahaja Irma Hasmie mengadakan kenduri kesyukuran dan tahlil di kediaman mentuanya hujung minggu lalu sempena selamat bersalin anak kedua pada 18 Julai 2014. Hari ini, dia akan menjalani satu pembedahan di bahagian kakinya!

    Khabarnya, pembedahan yang akan dilakukan hanya melibatkan 'minor operation'.

    "Ia hanya pembedahan kecil di bahagian tapak kaki iaitu bagi membuang cyst. Menurut doktor cyst itu terbentuk kemungkinan disebabkan oleh faktor pemakanan saya sebelum ini yang gemar memakan makanan ringan.



    GOSIP CINTA NEGRO & KAHWIN DATUK MENGARUT - ZARINA ANJOULIE



    Pelakon yang tak lekang dengan kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah, 27, naik angin apabila ada pihak yang mendakwa dia bercinta dengan 'Awang Hitam' (Negro). Bukan itu sahaja, malah dia juga didakwa sudah berkahwin secara senyap dengan seorang Datuk. Heh.

    "Saya pun tak faham... Angin tak ada, ribut tak ada tahu-tahu orang kata saya bercinta dengan ‘Pak Hitam’ (Negro).

    "Tak cukup dengan itu, orang kata pula saya sudah berkahwin senyap-senyap dengan seorang Datuk. Benda tu semua tak masuk akal," jelas Zarina ketika ditemui media pada malam tayangan filem Amir & Loqman, arahan Mamat Khalid bertempat di e@Curve, Damansara, Petaling, Selangor.



    TAHNIAH - SABHI SADDI TIMANG ANAK KEDUA DI HARI LAHIR



    "Alhamdulilah. Pada hari lahir saya, Isteri saya telah selamat melahirkan seorang lagi cahaya mata perempuan menjadi penambah seri ke dalam keluarga. Terima kasih di atas ucapan semua peminat. Tahun depan dapat sambut hari jadi sama2," demikian kata penyanyi lagu 'Cinta Sesungguhnya', iaitu Sabhi Saddi.

    Untuk info, hari lahir Sabhi Saddi ialah pada 4 September 1984 dan ia bersamaan dengan kelahiran anak keduanya di Pusat Perubatan Salam, Shah Alam, Selangor.

    Sama hari lahir - Klik gambar untuk size besar


    10 September 2014

    'GOSIP MANJA' DENGAN USTAZ - ABBY ABADI MALU KUCING



    Masihkah anda ingat dengan gosip manja Aby Abadi dengan ustaz Khairul Azli yang 'dikenenkan' oleh rakan baiknya Azza?

    Meskipun ada video yang memaparkan mereka bergurau tentang jodoh, namun Abby tetap menafikan yang ustaz itu sebagai kekasih barunya. Katanya, lelaki itu hanya sekadar kawan lama yang dia kenal.

    Namun apa yang menarik, Khairul Azli sebenarnya mengajar anak-anak Abby Abadi dan dirinya mengaji Al-Quran. Perkenalan mereka kini sudah menjangkau usia 4 tahun.



    MENGAKU KEGUGURAN - PUTERI SARAH IMPI ANAK KEMBAR PULA



    Tiada rezeki!

    Demikianlah perihalnya mengenai Puteri Sarah Liyana, isteri kepada Syamsul Yusof yang mengaku mengalami keguguran pada Ramadan lalu.

    "Bukan rezeki saya. Insya-Allah saya dan suami akan terus berusaha melahirkan zuriat sendiri. Saya nak minta semua yang baca cerita ini terus mendoakan saya dan suami. Saya tak rasa sedih dengan ujian ini dan saya percaya ada golongan isteri di luar sana yang melalui fasa yang sama.

    Ketika berdoa di Mekah - klik untuk gambar besar


    09 September 2014

    MENARIK - FOTO PRA-PERKAHWINAN HANEZ SURAYA?



    Gambar menarik Hanez Suraya bergaya dengan rekaan Hatta Dolmat dikatakan untuk Set Gambar Pra-Perkahwinan. Bagaimanapun, kami tidak pasti ia sekadar untuk iklan atau memang benar untuk perkahwinan Hanez.

    Namun begitu, idea rekaan Hatta nampaknya ada kelainan berbanding sebelumnya. Malah Hatta turut memberi bayangan bahawa seorang selebriti bakal mengenakan rekaannya untuk foto pra-perkahwinan.

    Klik gambar untuk size besar


    PENYINGKIRAN SAYA DARI AF2014 HANYA GIMIK - JIHAN MUSE



    Penyingkiran pelawak dan pengacara Jihan Muse sebagai pengacara utama di konsert Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) pada malam ahad lalu adalah hanya satu gimik. Ia diakui sendiri oleh Jihan kerana dia sememangnya sengaja kelihatan seperti terkejut.

    "Sebenarnya itu salah satu gimik sahaja dan saya sengaja kelihatan terkejut dengan penyingkiran itu. Sedangkan, saya sudah pun sedia maklum tugas saya sebagai pengacara kosert AF2014 hanya untuk malam itu sahaja.



    DEMAM DENGGI - SHAHEIZY SAM MASIH BELUM STABIL



    Umum pastinya sudah tahu bagaimana pelakon Shaheizy Sam baru-baru ini mengalami penyakit semam denggi. Dia telah dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri sejak 4 September lalu apabila penyakitnya itu kian teruk.

    Namun berita terkini yang media terima, ibunya, Khaty Fauziah berkata, keadaan anaknya itu masih belum stabil.



    08 September 2014

    19 GAMBAR - MAJLIS AQIQAH ANAK KEDUA IRMA HASMIE



    Meriah sungguh majlis Aqiqah dan kesyukuran yang berlangsung kelmarin di kediaman ibu bapa Redza Syah Azmeer, iaitu suami kepada Irma Hasmie, di Bandar Baru Ampang, Selangor.

    Untuk info, majlis tersebut turut dihadiri oleh keluarga terdekat Redza dan Irma termasuk pihak media. Gambar menarik ini telah dirakamkan oleh Camora Arts.

    Jom tengok!



    37 GAMBAR - PERCUTIAN MISLINA MUSTAFA DI AMERIKA SELATAN



    Gambar menarik sekitar percutian pelakon Mislina Mustafa ke beberapa buah negara di Amerika Selatan.

    Antara negara yang yang sempat dilawatinya ialah Cuba, Colombia dan Brazil. Malah Mislina juga telah berpeluang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014 yang telah berlangsung pada Jun lalu.

    Nampaknya, Mislina amat gembira dengan kehidupannya sekarang.

    Jom tengok!



    AF2014 - HATTAN PENGETUA, FAIZAL & ZIZAN PENGACARA BERSAMA



    Masih mengekalkan Zizan Razak, namun pelawak itu kali ini digandingkan dengan bekas penyampai radio Hot FM iaitu Faizal Ismail sebagai pengacara bersama untuk program Akademi Fantasia 2014 (AF2014).

    Terdahulu, penyanyi rock terkenal, Datuk Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 49, diumumkan sebagai Pengetua AF2014.



    05 September 2014

    GOSIP & GAMBAR MENARIK - PAKWE BARU ABBY ABADI?



    Gagal dua kali bukan bererti gagal selamanya! Mungkin kata-kata ini ada benarnya buat Abby Abadi yang digosipkan mempunyai 'pakwe' baru selepas bercerai dengan Farhan baru-baru ini.

    Malah beberapa komen di laman sosial oleh rakan baik Abby bagaikan mengiyakan gosip tersebut. Jika benar, kita juga tumpang gembira dengan perkembangan tersebut. Ialah, sekurang-kurangnya Abby tidak sendirian lagi.



    LARA ALANA - WAJAH COMELNYA BUAT HATI TERTAWAN



    Jika sebelum ini, wajah anak sulung Scha Alyahya dan Awal Ashaari yang dipaparkan oleh mereka agak sipi dan kurang menampakkan wajahnya, terbaru... wajah comel Lara Alana yang lahir 22 Julai lalu akhirnya didedahkan kepada umum.

    "Salam Jumaat semua. Name given is Lara Alana Ahmad Awaluddin. Have a blessed Friday all 2weeks schaalyahya schawal babyschawal," ujar Scha di laman instagramnya.

    Jom tengok!

    Klik gambar untuk size besar


    DEMAM DENGGI - SHAHEIZY SAM SAMBUT 'BIRTHDAY' DI HOSPITAL



    "Thank u mimie. Amin 😊by @fatensyamimie "Selamat ulangtahun kepada @shaheizy_sam Semoga Sam diberikan kesihatan yang baik-baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di bawah barakahNya. Get well soon Sam," begitulah ucapan dan doa sahabat, keluarga dan peminat buat Shaheizy Sam.

    Ini kerana, Shaheizy menyambut hari lahirnya yang ke 32 semalam di katil hospital gara-gara demam denggi.

    Ayuh kita doakan semoga Shaheizy cepat sembuh dan kembali cergas seperti biasa.

    Klik gambar untuk size besar