31 October 2014

IKUT SUAMI PINDAH KE KELANTAN - RAJA FARAH BANTU KEDAI RUNCIT



Bertudung sejak 2011 selepas berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria bukan punca tawaran berlakon terhadap Raja Farah Raja Aziz kian berkurang. Tetapi adakalanya dia memilih tawaran yang sesuai dengan imejnya termasuk menumpukan perhatian terhadap rumah tangga.

Untuk makluman, Farah kini sudah berpindah ke Pasir Mas, Kelantan mengikut suaminya yang bertugas sebagai jurulatih selam skuba. Mungkin sebab itulah kelibatnya jarang dilihat oleh media.

"Ikutkan saya masih aktif berlakon. Bahkan sejak tinggal di Kelantan, saya masih berulang alik ke Kuala Lumpur kalau ada tawaran berlakon yang sesuai. Memang dulu selepas kahwin, saya seakan menyepi kerana memberi tumpuan kepada rumah tangga.

Klik gambar untuk size besar


30 October 2014

STACY NAFI SUNTIK WAJAH, SEKADAR PERBAIKI PENAMPILAN



Disebabkan ramai yang melihat penampilan Stacy atau nama penuhnya Stracie Angie Anam, 24, kini agak berlainan daripada sebelumnya, timbul dakwaan yang kemungkinan penyanyi itu menyuntik wajahnya untuk cantik.

"Cantik?! Tidaklah... biasa-biasa saja", ujar Stacy bila diajukan soalan tersebut.

"Mungkin sebab dulu saya kan nampak berisi, kulit pun gelap dan tak pandai senyum. Sekarang mungkin dah nampak saya lain sikit.

Klik gambar untuk size besar


JACLYN VICTOR MAHU TIMANG ANAK SEBELUM USIA 40 TAHUN



Anak merupakan penyeri rumah tangga. Malah kehadiran seorang anak juga mampu merapatkan hubungan suami isteri sekaligus menjadikan perkahwinan itu kekal bahagia.

Dalam hal ini, Jaclyn Victor turut tidak ketinggalan mempunyai impian untuk memiliki anak bersama suaminya. Bagaimanapun, dalam usia yang bakal menginjak ke 40 tahun dalam masa empat tahun lagi, penyanyi itu enggan terlalu tertekan sebaliknya menyerahkan segalanya kepada rezeki.

"Tipulah jika saya cakap tak nak anak, tapi saya enggan terlalu berharap kerana semuanya adalah kuasa Tuhan. Saya redha saja jika ada rezeki maka adalah. Malah suami saya juga baru pulang ke Los Angeles dan kami sedang menyesuaikan diri dengan hubungan jarak jauh yang mana beza masa kami adalah 15 jam.

Klik gambar untuk size besar


SABUNG NYAWA DI HOSPITAL - WAFA ABDUL KADIR KINI PULIH



Bak kata orang, semasa kita susah atau sakit... ketika itulah kita akan tahu siapa sahabat yang benar-benar mengambil berat tentang kita. Kerana teman ketawa mudah dicari, tetapi teman menangis seorang diri!

Begitu jugalah halnya dengan Penerbit Wafa Abdul Kadir yang baru-baru ini menyabung nyawa di bilik pembedahan Hospital Tropicana Center akibat kecederaan di leher sejak dua tahun lalu. Doa dan keprihatinan rakan-rakan seangkatan amat dihargainya terutama daripada sahabat baik yang sering menemaninya Betty Banafe.

Klik gambar untuk size besar


29 October 2014

GOSIP - LEPAS BERSALIN, ADIK ARTIS POPULAR BAKAL BERCERAI?



Sudah heboh di laman sembang mengatakan bahawa seorang penyanyi yang juga adik kepada seorang artis popular bakal bercerai dengan suaminya. Dakwa mereka, penyanyi tersebut yang beberapa bulan lalu melahirkan anak ketiga telah pergi ke mahkamah syariah untuk urusan penceraiannya.

Tambah gosip itu lagi, suami penyanyi terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap dan kini menetap di Pahang. Manakala penyanyi tersebut pula kini menetap di Kuala Lumpur bagi membantu kakaknya.

Mereka berdua sudah tidak tinggal sebumbung lagi gara-gara masalah rumah tangga yang melanda.





         ________________________




11 GAMBAR - AKSI ROMANTIS AERIL ZAFREL & WAWA ZAINAL DI EROPAH



"Hari terakhir kami di Amsterdam sebelum ke Belgium," demikian kata Aeril Zafrel mengenai percutian romantisnya di Eropah bersama isteri iaitu Wawa Zainal.

Untuk info, selain bercuti dan meluangkan masa berdua, mereka sebenarnya turut merakamkan saat-saat manis tersebut untuk sebuah program terbitan Astro berjudul 'Romantika' yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Jom kita tengok aksi mereka!

Klik gambar untuk size besar


REZEKI NUR FAZURA - PUNYAI PROGRAM REALITI SENDIRI DI SALURAN E!



Inilah yang dikatakan rezeki!

'Gagal' sekali bukan bererti gagal selamanya apabila Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura, 31, akhirnya menjadi artis Malaysia pertama mempunyai program realiti sendiri.

Lebih istimewa, Program dokudrama lima episod yang diberi judul 'Facing Up To Fazura' akan disiarkan di saluran antarabangsa E!. Ia akan mendedahkan kepada penonton mengenai suka duka kehidupan Fazura sendiri.

Klik gambar untuk size besar


28 October 2014

4 GAMBAR - TAHNIAH, AZHARINA AZHAR KINI BERGELAR 'IBU'



"This little man that take my breath away, stole my heart and the boss in my life (sll bos kat org Skg anak bos kita) semoga menjadi imam , Al Tahfiz dan anak yang soleh Beriman berAmal buat kita sekeluarga sayang ku Rahmat Azharin Aziz Mohammad Faisal.

"My loving son at 26 day his already travel have sabah and now home to his palace .. Alhamdulilah ... Peacefully sleeping at his bed," begitulah kata Azharina Azhar mengenai anaknya melalui IG.



PERKAHWINAN TMJ - NUR FAZURA UCAP TAHNIAH



Pasti ramai yang sudah tahu dan menatap gambar menarik majlis perkahwinan diraja Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama pasangan hidupnya, Cik Puan Khaleeda Bustamam yang berlangsung Jumaat lalu di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Namun yang paling menarik, bekas 'teman tapi mesra' TMJ iaitu Nur Fazura tidak ketinggalan mengucapkan tahniah buat kedua mempelai. Pelakon dan model itu turut mendoakan mahligai yang dibina itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat.



27 October 2014

LAHIRKAN ANAK KEDUA - BIENDA TERPAKSA DIBEDAH KERANA DEMAM PANAS



"Alhamdulillah... syukur pada Allah SWT yg memudahkan segala urusan kami hari ini & mengurniakan segalanya kebahagian di dunia dan akhirat," demikian kata penyanyi Bienda yang selamat lahirkan anak baru-baru ini secara pembedahan.

Untuk info, Bienda yang merupakan anak kepada penyanyi dangdut Sheeda, tidak dapat melahirkan bayinya secara normal kerana mengalami demam panas.

Klik gambar untuk size besar


MAKIN LAMA MAKIN MANJA - FOTO MESRA DATUK SITI & DATUK K CECAH 24.4K LIKE



Inilah yang dikatakan, makin lama makin sayang!

Meskipun sudah berkahwin hampir lapan tahun (21 Ogos 2006), namun kasih sayang antara mereka terus kukuh.

Terbaru, gambar romantis Siti dengan suaminya yang dimuat naik di laman IGnya telah mencecah 24.4 ribu like. Ia menandakan betapa peminat menyukai sikap mesra pasangan ini walaupun mereka sudah boleh digelar 'otai' dalam rumah tangga.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


JATUH DITIMPA TANGGA - SELEPAS UIAM, RAJA AZMI DILARANG KE UITM PULA



Jika sebelum ini pelakon dan penerbit kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, dilarang melakukan dialog bersama pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan, terkini beliau dilarang pula ke UiTM, Shah Alam, Selangor.

Larangan tersebut timbul ketika Raja Azmi mahu mempromosikan novel 'Karkuma' termasuk mengadakan pertemuan dan dialog bersama pelajar universiti. Ia dijadualkan berlangsung semalam (Ahad 26 Oktober) bersempena dengan ArtFest anjuran Kelab Pengurusan Seni Anomalist universiti terbabit.



26 October 2014

20 GAMBAR - MAJLIS TUNANG SHARIFAH SAKINAH BAGAIKAN MAJLIS KAHWIN



Gambar-gambar majlis pertunangan Sharifah Sakinah, 25, dengan pasangannya Aliff Adha Jamil, 26, yang berlangsung semalam di kediaman keluarga Sakinah di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Pihak lelaki telah menyerahkan lima dulang hantaran yang berupa tepak sirih, sirih junjung, sepasang kain, kain telekung dan kek. Sementara Sakinah pula telah membalas dengan tujuh dulang hantaran berupa jambangan sirih junjung, cincin, sepasang kain, set wangian, buah-buahan dan dua dulang manisan.

Adat menyarung cincin telah sempurnakan oleh ibu Aliff, Rodzi Abdullah.

Klik gambar untuk size besar


25 October 2014

BERTUNANG HARI INI - SIKAP SHARIFAH SAKINAH TETAP AKAN 'GILA-GILA'



"OMG!! Beautiful @WHITEDISTRICTKL cantik depa buat.. Kemas dan memahami konsep apa yang client nak good job.. Love lovee," ujar Sharifah Sakinah merujuk mengenai persiapan pertunanganya.

Untuk info, Sakinah akan melangsungkan pertunangan dengan Aliff Adha Jamil, 26, hari ini. Manakala majlis pernikahannya pula bakal dilangsungkan pada 28 Mac 2015.

Ditanya mengenai sikapnya yang gila-gila sebelum ini, kata Sakinah: "Saya masih akan jadi diri sendiri dan tidak akan berubah menjadi seorang yang hipokrit".



CUBAAN SAMUN - 'TINTED CERMIN' SELAMATKAN DIRA ABU ZAHAR



"Subhanallah... Bila Jalan singkat jadi pilihan hidup, ada yang terleka bahawa ada kehidupan lain yang terkesan. Yes, cubaan untuk menyamun Tapi nasib saya sedikit baik, sebab: 1. Allah masih sayang kan saya 2. Tinted kereta sedikit membantu - Impak cermin pecah tidak Lah teruk mana. 3. Tindakan Cepat tidak panik ( hasil didikan dive master supaya Jgn Cepat panik ketika dalam laut dalam), bikin usaha Si penyamun jadi Sia-sia.

"Misi sang penyamun gagal!! Jadi, anda semua pls berhati2. Jangan leka. Semangat kene kuat k. Walau apa pun berlaku. Kepada sang penyamun, Maaf.... Tidak semua yang Kita rancang akan terlaksana. Jgn lupa Allah SWT Maha.... Jaga diri anda," demikian kata pelakon Dira Abu Zahar selepas berdepan detik cemas apabila cubaan samun ke atas dirinya gagal.

Klik gambar untuk size besar


24 October 2014

9 GAMBAR - RAGAM AIDIL ZAFUAN & ZAREMA MAKAN ANGIN



Gambar menarik Aidil Zafuan dan isteri, Zarema Zainal makan angin di Legoland Johor Bahru sementara menanti lahirnya cahaya mata sulung.

Untuk info, mereka bukan pergi berdua... tetapi ditemani oleh kembar Zafuan iaitu Zaquan Adha dan isterinya Ayu Raudhah.Waahhh... best lah. Heh!

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


BEKAS PESERTA FEAR FACTOR 'BERSELFIE' BERSAMA JENAZAH AYAH



Gambar seorang bekas peserta Fear Factor dan pernah menjadi Gadis Harian Metro yang menjadi bahan kutukan di alam maya apabila berselfie bersama jenazah ayahnya. Menurut segelintir pihak, meskipun niatnya mungkin hanya mahu merakamkan saat sedih itu... namun tindakannya itu amat tidak wajar.

Menurut segelintir daripada mereka, bukan sekadar selfie di rumah, malah beliau turut merakam gambar ibunya menangis di kuburan.

Klik gambar untuk size besar


PENYANYI, ANTARA PESERTA 'I WANT TO TOUCH A DOG'



Ramai yang marah apabila program gila 'I Want To Touch A Dog' dilaksanakan oleh segelintir individu yang mengaku sebagai umat Islam. Dan yang paling sedih, terdapat juga artis kita yang turut hadir bagi menyokong program tersebut.

Antaranya ialah seorang penyanyi indie yang secara terang-terangan menepek gambarnya membelai anjing menerusi akaun Instagram miliknya. Malah dia juga secara terang-terangan menyokong program anjuran sebuah badan NGO itu.

Klik gambar untuk size besar


23 October 2014

FAR EAST LANCAR ALBUM BARU 'AKU ZIKIRKAN NAMA-MU'



Satu majlis pelancaran album baru Far East yang berjudul 'Aku Zikirkan Nama-Mu' telah berlangsung pada 21 Oktober 2014 (Selasa) di Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur.

Far East sebuah kumpulan nasyid yang sudah bertapak di dalam persada muzik tanahair sejak dari tahun 2001. Pembabitan mereka dalam industri muzik tanahair lebih dari sepuluh tahun ini, telah membolehkan anak-anak muda ini menimba pengalaman dengan mengadakan persembahan di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, Singapura, Thailand, Indonesia, India dan negara-negara lain.

Klik gambar untuk size besar


7 GAMBAR - AKSI KEMBAR SEPASANG NURUL SYUHADA NURUL AIN



Inilah dia wajah yang dinanti-nantikan oleh ramai pihak iaitu wajah anak kembar sepasang (lelaki dan perempuan) Nurul Syuhada Nurul Ain yang dilahirkan pada 21 September 2014.

Artikel terdahulu:
Untuk info, seorang dari kembar ini dilahirkan secara normal manakala seorang lagi secara pembedahan. Myartis.com merupakan media online terawal yang menyiarkan berita mengenai kembar tersebut pada September lalu.

Klik gambar untuk size besar


6 GAMBAR : ISU TUNANG & KEKASIH - JEP SEPAHTU TAK BERAHSIA LAGI



Entah kenapa, pelawak sememangnya selalu berjaya mencuri hati ramai wanita meskipun mereka tidak sekacak mana. Dalam hal ini, Jep Sepahtu turut tidak ketinggalan dilanda pelbagai gosip hangat dengan segelintir wanita yang didakwa sebagai kekasihnya.

Mungkin sudah penat, tambah-tambah melayan dakwaan yang dia telah mengikat tali pertunangan awal Januari lalu dengan wanita sekampung di Kluang, Johor... akhirnya membuat Jep mengakui dia kini 'amat rapat' dengan seorang pelakon.

Lebih menarik, dia juga tidak lokek untuk berkongsi fotonya bersama wanita tersebut yang dikenali sebagai Nazeera Sardi di IG miliknya.

Klik gambar untuk size besar


22 October 2014

MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 - TIADA PESERTA INDONESIA YANG LAYAK



Sudahkah anda bersiap sedia untuk disajikan dengan pelawak yang sama bagi merebut wang tunai RM500,000 dalam Program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang akan bermula pada 14 November?

Ini kerana, gelanggang MLM 2014 kali ini seolah gelanggang 2013 apabila Shiro, Bocey, Nabil, SYJ dan Sepahtu yang menambah seorang lagi anggota iaitu Ilya (Senario) bakal berentap sesama mereka.

Manakala pelawak lain yang turut terlibat tetapi menggunakan nama kumpulan baharu ialah Virus iaitu Tauke, Yus dan Zizan Razak, Comey (Suhaimi Yusof dan Rophie), Jalor (Along Cham, Rahim dan Joey), Sayot (Zam, Filzah dan One) serta Kepoh (Izu, Pian dan Kamal).

Klik gambar untuk size besar


21 October 2014

HUBUNGAN DENGAN BAIM WONG - ELFIRA TAK TOLAK JODOH, MAHU KAHWIN TERUS



'How sweet' apabila Elfira Loy dijemput oleh Baim Wong menghadiri perkahwinan pelakon seberang, Raffi Ahmad dengan Nagita Slavina yang diadakan di Jakarta, Indonesia.

Iyalah... rasanya gosip cinta yang mengaitkan mereka kini agak sepi. Maklumlah tiada projek lakonan yang membabitkan mereka berdua.

Namun kehadiran Elfira di Jakarta dengan busana rekaan Rizman Ruzaini berwarna krim akhirnya menghangatkan kembali gosip cinta mereka. Apa yang lucu, ada yang mengatakan gaya Elfira saling itu tak tumpah seperti dia pula yang nak berkahwin.

Klik gambar untuk size besar


PATAH TULANG RUSUK - FARID KAMIL SERIK BUAT AKSI 'STUNTMAN'



Bukan takut... tapi tak berbaloi dengan apa yang dilakukan. Tambah-tambah indusri perfileman Malaysia tidaklah begitu besar berbanding Hollywood atau negara lain yang memerlukan banyak aksi 'stuntman' yang mengerikan.

Mungkin itulah pendapat Farid Kamil yang kini mengurangkan tawaran berlakon melibatkan aksi ngeri (stuntman) yang dilakukannya sendiri. Dia rasa agak insaf selepas beberapa kali mengalami kecederaan termasuk patah tulang rusuk.

"Lepas filem Anak Jantan ini saya banyak ambil filem-filem cinta yang tidak ada aksi, memang saya kurangkan untuk berlakon filem aksi kerana beberapa kali sudah tercedera.

Klik gambar untuk size besar


20 October 2014

ISU BERSOSIAL & MABUK - ZUL ARIFFIN SEKADAR LAYAN PEMINAT



Tidak timbul isu mabuk atau bersosial dengan wanita seksi. Malah tujuan dia bergambarpun hanya sekadar memenuhi permintaan peminat yang memintanya berbuat begitu!

Begitulah jawapan Zul Ariffin mengenai dakwaan dia mabuk dan bersosial dengan wanita seksi di sebuah kelab di Pulau Langkawi, Kedah, baru-baru ini.

"Ketika kejadian saya sedang menonton persembahan live band di sebuah kelab dan disapa oleh wanita berkenaan untuk mengambil gambar dan saya sekadar memenuhi permintaannya.



8 GAMBAR MENARIK - KEKASIH ANAK CHE TA?



Fuhhh... memang amat menarik bila anak Che Ta iaitu Ammar Effendy bergambar dengan seorang gadis bernama Diyanah Nadia sambil tangannya 'baik punya hinggap'. Menurut laporan, gadis tersebut dikatakan sebagai kekasih anak kesayangan Rozita Che Wan.

Tambah mereka, beberapa gambar tersebut telah dihantar melalui emel dan diambil dari IG di mana gadis manis berhijab itu baru sahaja menyambut hari lahir ke-16. Waahhh, untung Ammar!

Klik gambar untuk size besar


GOSIP FAUZI NAWAWI DENGAN MIERA LEYANA - HATI LISDAWATI TERLUKA



Hati isteri mana yang tidak terluka apabila timbulnya gosip hangat mengenai sang suami bermain cinta dengan wanita lain. Demikianlah halnya dengan isteri Fauzi Nawawi, 41, iaitu Lisdawati, 36, yang tergores hati gara-gara khabar angin hubungan mesra suaminya dengan aktres Miera Leyana.

Bagaimanapun, Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 41, rasa terkilan dengan khabar angin tersebut dan memberitahu bahawa dia tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan mesra dengan Miera. Katanya, dia sedar perbezaan umur antaranya dengan pelakon itu dan sama sekali tidak melakukannya.

"Beza umur kami 20 tahun dan saya percaya dia mempunyai lebih ramai pilihan selain saya. Gosip ini sememangnya mengarut. Ia telah membuatkan perasaan isteri saya terluka.



MESKIPUN PERNAH SAKIT PARU-PARU BOCOR - NIK AHMAD FARHAN JUARA DA'I MUSIM KEDUA



Da'i musim kedua akhirnya sampai kepenghujung apabila pelajar Pendidikan Islam dan Pengajian al-Quran, Universiti Malaya, Nik Ahmad Farhan Nik Muhammad, 24, muncul sebagai juara. Beliau berjaya mengalahkan dua finalis lain melalui program Pendakwah Milenia terbitan TV3 itu.

Untuk info, Nik Ahmad Farhan, berjaya menewaskan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ahmad Izzhar Ahmad Nazrui, 22 dan pelajar Usuluddin, Universiti Yarmouk , Jordan, Ammar Ismail, 25.



17 October 2014

BABAK PANAS PELUK LISA SURIHANI DAN MIERA LIYANA - FIZZ FAIRUZ MOHON MAAF



"Saya minta maaf awal-awal atas beberapa babak yang menjolok mata. Ini adalah dunia seni saya. Saya jalani filem ini dua tahun lalu, sewaktu itu saya belum kahwin... saya dapat peluk Lisa, dapat peluk Miera.

"Saya tidak ambil kesempatan. Tapi ini adalah tanggungjawab dan saya buat itu adalah atas dasar anak seni", demikian kata Fizz Fairuz ekoran isu babak panas lakonannya dalam filem 'Dendam Orang Mati'.

Fizz Fairuz ditemui media ketika previu filem tersebut di e@curve, kelmarin. Semuanya bermula disebabkan karya arahan pengarah Jason Chong yang memerlukan Fizz memegang watak seorang suami kepada dua orang isteri iaitu Lena lakonan Lisa Surihani dan Min lakonan Miera Liyana.

Klik gambar untuk size besar


16 October 2014

8 GAMBAR - LIYANA JASMAY, SUAMI DAN ANAK BERCUTI DI LONDON



"Morning London! So excited to be here again. At the same hotel when we were honeymooning! And now we have Sofia with us! Syukur alhamdulillah..." begitulah kata Liyana Jasmay ketika bercuti dengan suami dan anaknya di London.

Selain tempat menarik, Liyana sempat juga membelah-belah di Liberty shoes boutique London, yang menjual pelbagai kasut berjenama.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


KELAKAR - BABAK TELEFON TERBALIK LARISKAN DRAMA 'CINTA IBADAH'



Inilah dinamakan rezeki. Meskipun hanya babak memegang telefon bimbit terbaik, ia menjadi satu viral di laman sosial hingga dijadikan bahan lawak menerusi parodi.

Itulah yang berlaku pada pelakon Raja Ramilah Begum Raja Mohamad atau Raja Ilya menerusi drama lakonannya dalam drama Cinta Ibadah. Raja Ilya tanpa sedar dikatakan telah memegang telefon bimbit terbalik semasa berlakon.

Ekoran babak itu, drama Cinta Ibadah yang disiarkan di Astro Prima naik mendadak ratingnya hingga 2 juta penonton.



7 GAMBAR - ZUL ARIFFIN DIHADIAH KERETA 'MASERATI' SETENGAH JUTA



Nampaknya semenjak meletop melalui drama Rindu Awak 200%, rezeki Zul Ariffin makin bertambah banyak dan melimpah ruah.

Apa yang menarik, Zul kini sudah memiliki sebuah kereta mewah baru berjenama Maserati warna putih berharga sekitar RM538,000 hingga RM628,000. Melalui desas-desus yang tersebar, kereta tersebut dikatakan pemberian hadiah dari Gayatri Su-Lin Pillai, kekasih hatinya.

Klik gambar untuk size besar


KALAU DAH JODOH TAK KE MANA - EKIN & YAZER AF3 NIKAH 28 DISEMBER INI?



Masihkah anda ingat dengan kenyataan Ekin dan Yazer AF3 bahawa mereka berdua sudah berpisah setelah lapan tahun bercinta? Alasan perpisahan itu, Yazer mengakui masih belum cukup wang untuk menyunting Ekin sebagai isteri.

"Saya bercinta dengan dia selepas keluar Akademi Fantasia pada tahun 2005 lagi. Selama lapan tahun kami bercinta pernah juga putus tetapi sambung kembali. Tetapi kali ini hubungan kami benar-benar sudah putus," demikian kata Ekin sebelum ini yang membuat ramai peminatnya mengeluh.

Namun berita terkini yang berlegar di alam maya, mereka berdua dikatakan bakal berkahwin pada 28 Disember ini. Aikkk... biar betul??

Klik gambar untuk size besar


15 October 2014

10 GAMBAR MENARIK - QI RAZALI & NELYDIA SENROSE BERCUTI DI KRABI



"Island trips are the best with you... And your family of course," ujar Qi Razali apabila dia dan Nelydia Senrose pergi bercuti di Krabi, Thailand.

Percutian ini bukanya percutian pertama buat pasangan ini kerana sebelum ini mereka pernah melancong ke London pada bulan Februari yang lalu.

Menurut Qi, dia bukannya pergi berdua dengan Nelydia tetapi keluarga Nelydia pun turut bercuti bersama.

Klik gambar untuk size besar


ELAK PISANG BERBUAH DUA KALI - IZREEN AZMINDA SERIK DILUKAI LELAKI



Masih belum terfikir untuk mencari pengganti!

Demikian luahan Izreen Azminda yang sah bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Riza pada Jun lalu. Perhatiannya kini hanyalah pada kerjaya dan anak kesayangannya, Muhammad umar Adrian.

Meskipun ada gosip yang mendakwa dia kini sedang hangat bercinta bersama Amar Baharin, namun pelakon itu mengambil sikap mendiamkan diri.

"Buat masa ini, hati saya belum terbuka untuk mencari pasangan. Saya lebih selesa begini dan tidak akan membiarkan lelaki melukai hati saya dalam masa terdekat ini.



NOVEL DIDAKWA MENGANDUNGI UNSUR SEKS MELAMPAU - RAJA AZMI DILARANG TEMUI PELAJAR UIAM KAMPUS KUANTAN



Entah di mana silapnya, Penulis novel KARKUMA, Raja Azmi Raja Sulaiman telah dilarang mengadakan pertemuan bersama pelajar Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan pada 18 Oktober ini bersempena dengan Hari Terbuka UIAM Kuantan, Pahang.

Menurut pihak pengurusan UIAM Kuantan, antara sebab Raja Azmi tidak dibenarkan untuk mengadakan dialog bersama pelajar ialah kerana banyak novel-novel Raja Azmi mengandungi unsur seks dan fantasi melampau.

Pihak pengurusan UIAM Kuantan juga memberitahu dalam jawapan pesanan ringkas whatsapp: "apa faedah bedah buku tu kepada mahasiswa, kenapa tidak buku-buku ilmiah yang lain?"



14 October 2014

3 GAMBAR BERSOSIAL - ADA PIHAK NAK SABOTAJ KEBAHAGIAAN ERIN MALEK?



Yang lepas biarlah lepas... begitulah penerimaan ikhlas suami Erin Malek, iaitu Farriz Fauzy selepas memperisterikan Erin.

Menurut Farriz, dia tidak terkesan dengan gosip yang sengaja direka untuk menjatuhkan mereka malah menganggap ianya sekadar perkara ringan dan tidak perlu difikirkan terlalu jauh.

Kata-kata ikhlas itu diluahkan Farriz ketika mereka didakwa melakukan benda-benda yang tidak senonoh di depan orang ramai. Dan terbaru selepas nikah pula... ada gambar Erin yang tersebar di laman Oh!media yang mendakwa Erin sedang bersosial di Rootz Club Kuala Lumpur.



NIKAH TARIKH SAMA - PASANGAN ERIN MALEK, REDHA ROZLAN AKHIRI ZAMAN BUJANG



Rasanya tidak ramai yang tahu bahawa pasangan Fear Factor Erin Malek iaitu Redha Rozlan, 25, turut menamatkan zaman bujangnya sama tarikh dengan Erin (10 Oktober). Mereka macam sudah berjanji pula!

Pasangan Redha bernama Nureain dan majlis perkahwinan mereka khabarnya kemungkinan akan disiarkan dalam rancangan Raikan Cinta.

"Tak de sape tau betapa susahnya nak lalu semua nie.. kite cume nampak yg indah ja.. tapi yg busuk kite tak nampak.. sebab semua org akan sorok yg busuk.. begitu juga dengan kami.. bende yg xsettle kami settle kan, bende yg xboleh kami cube bagi boleh, lari sane sini.. berpeluh masam muke dengan org, terpekik jerit carut semua ade..

Klik gambar untuk size besar


13 October 2014

LEPAS WARIS TOMPEL, KAKAK MELISSA SAILA PULA KRITIK BIOPIK SALOMA



Jika sebelum ini waris Allahyarham AR Tompel dan waris Allahyarham Puan Sri Saloma, melahirkan ketidakpuasan hati mengenai biopik Saloma, terbaru kakak kepada Melissa Saila yang juga anak Seniwati Mariani Ismail, Rozita Rohaizad turut mengkritik adiknya.

Menurut Rozita yang juga penyanyi era 90-an ini, kisah negatif mengenai AR Tompel itu tidak wajar dipertontonkan kerana mendedahkan aib Allahyarham.

"Sebenarnya, saya tengok filem itu sekali sahaja. Jadi, tak ingat sangat babak dia. Namun, sebagai orang Islam, kita kena pegang pada ajaran agama, tak boleh papar aib orang lain.



HAMIL 4 BULAN - PIJA MENTOR MASIH AKTIF MENYANYI



Mungkin ramai yang bertanya-tanya ke manakah perginya Pija Mentor selepas dia berkahwin dengan ahli perniagaan bernama Datu Anwar Datu Amir Kahar pada 21 Mac lalu di Kota Kinabalu, Sabah.

Ini kerana, pada 28 September lalu, satu majlis keraian telah diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur bagi meraikan teman dan saudara-mara mereka.

Sebenarnya, dalam diam, ada berita gembira daripada Pija atau nama sebenarnya Norafizah Mohd Yasin, 25. Dia memberitahu... dirinya sudah hamil lebih empat bulan.



BILA SALWA RAZAK KENA TIPU - CINCIN RM900 DISANGKA RM14,000



Macam-macam hal yang berlaku dalam industri hiburan negara kita. Baru sahaja meletop isu saman menyaman, timbul pula isu kawan makan kawan apabila penyanyi Salwa Razak baru sahaja menyedari bahawa cincin berlian yang dibeli dengan harga RM14,000 sebenarnya hanya bernilai kurang daripada RM1,000.

Awalnya, dia tidak menyangka boleh diperdaya rakan baik sendiri dalam urusniaga yang dijalankan beberapa tahun lalu. Katanya, perkara itu baru disedarinya baru-baru ini apabila dia menghantar cincin berkenaan untuk dibaiki akibat mengalami sedikit kerosakan.

"Saya amat terkejut apabila diberitahu oleh pekerja kedai emas bahawa cincin berkenaan sebenarnya hanya bernilai kira-kira RM900 dan segera mengunjungi beberapa kedai lain untuk memastikan kesahihan maklumat berkenaan," ujarnya dipetik sebagai berkata.



SELEPAS IZARA AISHAH AKUI BERCINTA - ADIB KHALID KINI CEO TUNE STUDIOS



Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu!

Demikianlah halnya dengan anak Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa (Datuk K) yang juga anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid yang mendapat dua berita istimewa.

Pertama ialah pengakuan Izara Aishah yang mengakui pada media bahawa hubungannya dengan Adib lebih daripada kawan biasa, atau lebih tepatnya mereka kini bercinta, kedua pula (pada Jumaat) Adib telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) Tune Studios/Tune Records.

Klik gambar untuk size besar


11 October 2014

34 GAMBAR - SEKITAR MALAM BERINAI DAN MAJLIS PERNIKAHAN ERIN MALEK



Masa yang dinanti akhirnya tiba jua... Erin Malek yang awalnya merancang untuk bernikah pada 10 Januari 2015 dan menukar tarikh nikahnya itu kepada semalam (10 Oktober) kini sah bergelar isteri.

Juara Fear Factor musim kedua itu, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Farriz Fauzy, 30, tepat jam 9.13 malam.

Mereka dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Yusof. Manakala walinya pula ialah bapa Erin sendiri, Abdul Malek Mari.

Klik gambar untuk size besar


10 October 2014

SEKALI LAFAZ - FARHAN AF4 KINI BERGELAR ISTERI



Farhan AF4 atau nama penuhnya Farhan Azizan, 30, telah selamat bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, dengan sekali lafaz di Masjid Al Hasanah, Bangi sekitar pukul 10.15 pagi tadi.

Mereka dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Yusof berwakilkan bapa Farhan, Azizan Mohd. Khir.



ALLLAHYARHAM TOMPEL BUKAN LELAKI 'MIANG' - RUMINAH SIDEK



Makin hangat dan menimbulkan pelbagai kontroversi! Begitulah bayangan mengenai majlis sidang media khas yang dianjurkan oleh waris Allahyarham AR Tompel di Perbadanan dan Kemajuan Nasional Filem Malaysia (Finas), semalam.

Tambah hangat, bekas isteri Allahyarham iaitu pelakon veteran Ruminah Sidek, 68, mengaku bekas suaminya merupakan seorang lelaki yang sering menjadi perhatian dan digilai ramai wanita. Maksudnya, bukan Allahyarham yang sengaja mengejar wanita... tetapi ramai wanita yang tergila-gilakannya.

Malah beliau turut menyangkal watak 'miang' Alllahyarham yang dipaparkan dalam telefilem Saloma siaran Astro First Eksklusif adalah gambaran identiti bekas suaminya itu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...