31 December 2014

FITNAH VIDEO LUCAH - FAZURA SERAH PADA PEGUAM



Fitnah yang melanda pelakon, model dan terkini juri tetap Maharaja Lawak Mega 2014, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 31, apabila video lucah palsu disebarkan oleh pihak tidak bertanggung jawab akhirnya melibatkan sistem perundangan negara.

Menurut Fazura yang baru-baru ini menjadi penghias kulit majalah ELLE Malaysia edisi Januari 2015, dia telah menghantarkan kenyataan akhbar rasmi dan buat masa ini dia tidak boleh mengulas lanjut.

"Kenyataan akhbar ini adalah untuk menjelaskan bahawa saya telah menerima panggilan telefon dari seorang rakan wartawan akhbar Harian Metro bahawa seorang penghantar email yang menggunakan alamat email yahoo.com ingin menyebarkan sedutan video lucah dan cuba mengaitkan video itu dengan saya.



30 December 2014

BANJIR - HASRAT ZARINA ZAINUDDIN PERKENAL SUAMI & MADU DITUNDA



Setelah sekian lama berahsia mengenai suami dan hidup bermadu, tiba-tiba terbuka hati pelakon dan penerbit Zarina Zainuddin, 44, untuk memperkenalkan mereka kepada peminat. Namun begitu, tarikh pengenalan pada 31 Disember ini terpaksa ditangguh seketika kerana bencana banjir.

Untuk info, Zarina sudah 21 tahun hidup bermadu. Dia adalah isteri kedua kepada lelaki bergelar ahli perniagaan berusia 57 tahun berpangkat Datuk Seri yang sudah beristeri sejak 32 tahun lalu.

"Memang perancangan nak meraikan ulang tahun saya dan madu serentak termasuk mengadakan malam berinai. Bayangkan sudah banyak pihak yang mahu menaja.

Klik gambar untuk size besar


KONTRAK TIDAK DISAMBUNG - SHERRY & ZULIN TINGGALKAN MELODI



Rating jatuh bukan punca kontrak Sherry Alhadad dan Zulin Aziz tidak disambung untuk Melodi musim 2015 oleh stesen televisyen TV3.

"Pihak pengurusan hanya mengekalkan Awal Ashaari sebagai pengacara utama dalam rancangan tersebut, ini kerana kami masih peringkat perbincangan untuk memberi pengisian baru buat Melodi tahun 2015.

"Kedua-dua mereka sudah tamat kontrak pada Disember 2014 iaitu selama enam bulan sahaja dan ia tiada kena mengena dengan rating atau masalah disiplin sepanjang mereka bersama Melodi," ujar penerbit Melodi, Michelle Wee, 30, dipetik sebagai berkata.



29 December 2014

SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG - IFA RAZIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA?



Meskipun dia digelar sebagai 'Diva Kekwat' dalam program Gegar Vaganza terbitan Astro, namun Ifa Raziah tetap berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir program tersebut yang akan berlangsung pada 4 Januari 2015.

Bagaimanapun, akibat batuk berterusan hampir sebulan, penyanyi tersebut yang disahkan mengalami jangkitan paru-paru atau pneumonia terpaksa di tahan di Pusat Perubatan Colombia, Setapak, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, penyakitnya itu turut menjejaskan sesi latihannya untuk persiapan ke program akhir Gegar Vaganza. Ini kerana, Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 38, tidak dapat memastikan sama ada mampu pulih sepenuhnya untuk terlibat pada pertandingan akhir tersebut.



49 GAMBAR - SEKITAR PERNIKAHAN LEEZ AF4 & AEPUL DRAMA BAND



Gambar menarik sekitar pernikahan Leez Rosli atau nama sebenarnya Rosliza Rosli, 27, yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-4. Leez telah selamat dinikahkan dengan Noorsyaiful Md Zalaludin (Aepul Drama Band) kelmarin dengan tiga kali lafaz.

Majlis serba sederhana tersebut telah berlangsung di Masjid Salahuddin Al Ayubi, Taman Melati, Kuala Lumpur.

Bapa Leez sendiri iaitu Encik Rosli yang telah menikahkan pasangan ini sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Muhamad Jalani Ahmad.

Tahniah diucapkan!

Klik gambar untuk size besar


27 December 2014

6 GAMBAR - YAZER & EKIN AF3 SELAMAT NIKAH



Setelah menjalin hubungan cinta selama sembilan tahun, termasuk dilanda badai perpisahan tidak lama dulu, akhirnya pasangan kekasih Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Ekin dan Yazer sah bergelar suami isteri semalam.

Mereka bernikah di Kampung Bebuloh Laut, Wilayah Persekutuan Labuan iaitu kampung halaman Ekin sendiri.

"Alhamdulillah jodoh kami kuat. Harap ia berpanjangan hingga ke jannah," ujar Ekin dipetik sebagai berkata.

Tahniah diucapkan!

Klik gambar untuk size besar


26 December 2014

5 GAMBAR - A RAHMAN HASSAN & FADILAH MANSOR KINI SAH SUAMI ISTERI



Akhirnya, pasangan emas A Rahman Hassan, 67, kini sah bergelar suami kepada dramatis Fadilah Mansor dengan sekali lafaz. Majlis nikah yang berlangsung di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur semalam dihadiri kira-kira lebih 400 tetamu.

Untuk info, majlis tersebut disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Kampung Baharu Kuala Lumpur, Azizi Ab Hamid.

Pihak lelaki telah menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Fadillah bersama lima dulang hantaran iaitu beg, kasut, wangian, alat solek dan sepersalinan pakaian.

Klik gambar untuk size besar


25 December 2014

10 GAMBAR - MIZZ NINA & YUNA KERJAKAN UMRAH BERSAMA



Gambar menarik penyanyi Mizz Nina dan suaminya, Noh Salleh serta Yuna (Yunalis Zarai) yang baru-baru ini mengerjakan Umrah bersama-sama di tanah suci Mekah.

"Thank you Alwani family for my new telekung. I shall take this with me for my Umrah trip. So happy! Thank you all for your wishes and prayers," demikian kata Yuna Zarai melalui IGnya.

Sementara Mizz Nina pula berkata "It was lovely spending time with @yunaliszarai @kunumz & Aunty Rosnah. May Allah accept our good deeds and pilgrimage for this year, ameen."

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


24 December 2014

5 GAMBAR - AKSI KEMBAR SEPASANG NURUL SYUHADA



Gambar-gambar terbaru anak kembar sepasang Nurul Syuhada Nurul Ain dan suaminya Raja Amir Shah Raja Azwa yang bernama Raja Abdul Mateen (lelaki) dan Raja Nour Emaan (perempuan).

Nampaknya makin besar anak mereka berdua ni dan kalau dilihat sekali imbas, memang sukar untuk dibezakan yang mana lelaki dan mana perempuan.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


TIDAK MAHU JADI BEBAN - PENARIKAN DIRI ILYA, TERBAIK BUAT SEPAHTU



Mungkin ramai yang menganggap faktor kesihatan merupakan punca utama penarikan diri pelawak Ilya Buang daripada kumpulan Sepahtu. Bagaimanapun menurut Ilya, dia menarik diri dan tidak bertanding dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014 kerana enggan menjadi beban pada Sepahtu.

"Saya menarik diri daripada kumpulan Sepahtu kerana memikirkan itu adalah jalan terbaik buat mereka meneruskan perjuangan di MLM 2014.

"Selama beberapa minggu ini saya tidak menyumbang idea dan keadaan kesihatan saya kadang kala menyusahkan mereka untuk sesi latihan," ujar Ilya yang menganggap dia tidak dapat memberi fokus dan menyumbangkan idea untuk kumpulan tersebut.

Klik gambar untuk size besar


23 December 2014

DIDAKWA 'GILA GLAMER' - USTAZ KAZIM ELIAS 'BIDAS' PENGKRITIK



"Dijemput buat persembahan pun dikata gila glamer.. Apa la dunia ni, nak jadi pengomen tak habis-habis.. Kalau nak kira glamer rasanya tak payah dah nak cari glamer.. Sekarang ni pun, pi ke mana pun orang sapa saya.. Syukur..

"Pasni kalau jadi pelakon mesti dikata meroyan nak glamer.. Dunia-dunia," begitulah luahan Ustaz Kazim Elias melalui FB miliknya.

Beliau melahirkan rasa kesal itu berikutan ada pihak yang mendakwa beliau 'gila glamer' berikutan dijemput hadir untuk membuat persembahan serta menjadi salah seorang barisan pihak juri untuk program realiti berbentuk Islamik, Pencetus Ummah Musim kedua.

Klik gambar untuk size besar


MAJLIS SENYAP-SENYAP - HAFIZ SUIP DAN KEKASIH SELAMAT BERTUNANG?



Ini info yang baru kami terima, Hafiz Suip didakwa telah selamat melangsungkan majlis pertunangan (atau mungkin majlis merisik) dengan kekasihnya yang hanya dikenali sebagai ‘Fy'. Info ini kami terima daripada seorang rakan Facebook yang enggan identitinya didedahkan.

Majlis bertunang atau merisik awal ini menurut kami boleh diterima akal memandangkan Hafiz pernah merancang untuk berkahwin awal dengan kekasihnya itu.

"Dia (kekasih) masih lagi belajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara. Jadi, saya perlu menghormati hak privasinya.

Klik gambar untuk size besar


MISI KE SYRIA - AFDLIN SHAUKI BANTU UMAT ISLAM HADAPI MUSIM SEJUK



Membantu saudara Islam bukan sekadar sokongan dan wang ringgit semata-mata. Tetapi ia disusuli tenaga dan usaha tanpa henti demi meringankan beban mereka sama ada di Palestin, Syria dan negara Islam seluruh dunia.

Demikian jugalah halnya dengan pengarah, pelakon dan penyanyi Afdlin Shauki yang akan berlepas ke Jordan dalam misi membantu masyarakat Syria pada Januari depan.

Dia akan berangkat bersama Yayasan Kubra bagi membantu penduduk negara itu yang kini dalam kesusahan terutama menghadapi musim sejuk.

Klik gambar untuk size besar


22 December 2014

ROSYAM NOR BERANG BILA ANAK DISURUH BUKA TUDUNG



Gara-gara anaknya disuruh buka tudung, penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor naik berang dengan peraturan pihak pengurusan butik permainan kanak-kanak, Hamleys Malaysia.

Semuanya bermula apabila salah seorang pekerja butik itu tidak membenarkan anaknya memakai tudung sekiranya ingin bekerja dipremis berkenaan.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan dikeluarkan butik berkenaan di Facebook semalam, pihak pengurusan dikatakan telah mengambil tindakan disiplin terhadap pekerja yang mengendalikan sesi temu duga itu.

Tambah kenyataan itu, pekerja terbabit juga tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja. Malah dia turut memberikan maklumat tidak benar kepada Nur Lisa, 17.

Klik gambar untuk size besar


7 GAMBAR - MUNIFF ISA SAH BERGELAR SUAMI DENGAN SEKALI LAFAZ



Tahniah diucapkan buat Mas Muharni atau nama sebenarnya Mas Normuharni Sheikhah Mohd Satar telah selamat dinikahkan dengan Muniff Isa dengan sekali lafaz pagi kelmarin.

Artikel terdahulu:
Selepas majlis nikah, majlis persandingan bagi kedua-kedua mempelai turut dilangsungkan di Batik Homestay, Sungai Petani, Kedah.

Untuk info, pihak lelaki telah menyerahkan 5 dulang hantaran berbalas tujuh dulang dari pihak perempuan. Sementara mas kahwin adalah senaskhah al-Quran serta jumlah wang hantaran yang dirahsiakan.

Klik gambar untuk size besar


20 December 2014

CUBA NASIB - BEKAS SUAMI ABBY ABADI TERJUN BIDANG LAKONAN



Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Mungkin itulah yang cuba dikejar oleh bekas suami kepada Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 26, yang kini mencuba nasib dalam bidang lakonan.

Ini kerana, kontroversi perkahwinan dan perceraiannya dengan Abby sedikit sebanyak membuat namanya dikenali ramai. Sehubungan itu, dia dikatakan sudah menjalani beberapa uji bakat termasuk sesi fotografi dengan media hiburan.

"Saya ingin cuba nasib dalam bidang lakonan dan tidak kisah watak apa yang ingin diberikan asalkan ia memberi pengalaman dan laluan kepada saya berada dalam bidang ini.

Klik gambar untuk size besar


19 December 2014

BERPISAH & BERSATU - FADILAH MANSOR KINI TENANG



Kalau sudah jodoh tak ke mana!

Demikian jugalah halnya dengan Fadilah Mansor yang disahkan lafaz cerai oleh Mahkamah Rendah Syariah semalam. Lafaz cerai tersebut dibuat oleh bekas suaminya Mat London dua tahun lalu (28 September 2012)

Untuk info, mereka bernikah di Narathiwat, Thailand pada 18 Oktober 1989 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alia Farhani, 23 dan Faeesal Aswad, 20 tahun.

"Semuanya berjalan dan selesai dengan cara baik. Saya berpisah dengan baik. Bersyukur ke hadrat Ilahi. Masalah ini sudah selesai. Saya tak mahu ada perkara berbangkit. Saya rasa tenang kini," ujar Fadilah.

Klik gambar untuk size besar


RAYU RUJUK SEMULA : "SAYA MASIH MENYINTAI SYURA" - SUAMI



Meskipun sudah sah bercerai dengan talak satu pada September lalu, namun bekas suami Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron iaitu Mohd Fadhly Md Yassin merayu penyanyi itu agar menerima cintanya semula.

Malah dia juga bersedia untuk rujuk kembali kerana masih mempunyai perasaan sayang terhadap penyanyi itu.

"Saya berharap dia bersetuju untuk memulakan kehidupan baharu bersama tiga anak kami yang sedang membesar.

Klik gambar untuk size besar


18 December 2014

VIDEO & FOTO - PUTERI BALQIS BAKAL JADI ARTIS ANTARABANGSA



Siapa sangka selepas berjaya membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin dan dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian Television Awards 2014 (ATA 2014), di Singapura baru-baru ini, Puteri Balqis telah dilamar oleh Walt Disney Asia Tenggara termasuk penerbit Amerika dan Australia.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh bapanya, Azizi Aziz, yang turut gembira dengan perkembangan baik untuk anaknya itu.

"Selain saluran Disney, kami juga disapa oleh beberapa penerbit filem dari Amerika Syarikat dan Australia dan meminta kami menghubungi mereka semula untuk perbincangan lanjut," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar


5 GAMBAR - AKSI 'HANGAT' HETTY SARLENE BERSAMA MAT SALLEH



Jika anda masih ingat pada Januari lalu, pelakon Singapura yang pernah popular melalui drama bersiri Sembilu Kasih, Hetty Sarlene tiba-tiba bikin panas apabila tampil seksi berbanding imej sebelumnya.

Artikel terdahulu:
Terkini, artis yang kembali ke negara asalnya iaitu di Singapura dilihat amat bahagia dengan kekasih barunya seorang jejaka mat salleh.

Malah bukan setakat bahagia, tetapi agak intim apabila fotonya bersama boyfriend mat salleh tersebut dikongsinya melalui Instagram.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


17 December 2014

'BULAN JATUH KE BAHU' BILA FAZURA LENTOK DI BAHU WAK DOYOK



Jika baru-baru ini penonton Astro yang menyaksikan Maharajalawak perasan mengenai jelingan Wak Doyok terhadap Fazura di dalam TV, terkini ramai yang makan hati apabila tersebar gambar kepala Fazura melentok manja di bahu Wak Doyok.

"Muka ada senyum..!!! Dah boleh mimpi yang indah-indah @missfazura ini malam. Ini lah yang dikatakan bulan jatuh kebahu. Dia suke orang yang kelako.. untung abang Jamil.

Klik gambar untuk size besar


"KES KHALWAT TELAH SELESAI" - PUTRI MARDIANA



"Semuanya telah pun selesai kerana semasa kejadian di rumah, tiada apa-apa yang berlaku di antara kami.

"Kes berkenaan juga tidak akan dibawa ke Jais atau pun mahkamah," kata Putri Mardiana, artis yang tiba-tiba menjadi hangat apabila ditangkap khalwat dengan suami orang baru-baru ini.

Putri Mardiana yang popular melalui filem Ngangkung menjelaskan, kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah syariah. Dakwanya, mereka tidak bersalah dan tidak melakukan apa-apa ketika kejadian.



FELIXIA YEAP & HANEZ SURAYA, TRENDING CARIAN GOOGLE MALAYSIA 2014



Felixia Yeap dan Hanez Suraya semalam telah menjadi trending enjin carian Google Malaysia bagi kategori selebriti untuk tahun 2014. Mereka telah menjadi selebriti paling banyak di cari di internet tempatan disebabkan isu memeluk Islam dan skandal suami orang.

Selain itu, Google turut mengumumkan senarai teratas ‘Carian Tahunan Malaysia’ melalui carian di google.com.my tertumpu kepada berita sedih kehilangan pesawat Malaysia Airline, MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai di ruang udara Ukraine.

Sementara Piala Dunia di Brazil memberikan negara sedikit kelegaan dari tragedi berkembar tersebut. Apa yang menarik, Astro Awani menjadi sumber berita atas talian paling dicari untuk kedua-dua tragedi udara itu ekoran laporan berita secara langsung 24 jam sehari.

Klik gambar untuk size besar


16 December 2014

17 GAMBAR - SEKITAR PERTUNANGAN ZUL HUZAIMY & MISZ ERNA



"Alhamdulillah, selesai sempurna semuanya. majlis tunang aku dan dirinya yang tersayang Misz Erna. Terima kasih mak merestui diriku. Joy sayang mak. Terima kasih puteraku Awal Haziq yang sangat gembira bila diriku sudah berpunya. Buat allahyarham ayahanda Marzuki Yusie, moga ayah tenang dan bahagia di sisi Allah. Al-fatihah," begitulah kata-kata gembira Zul Huzaimy yang selamat bertunang dengan Misz Erna.

Untuk makluman, Zul Huzaimy yang bergelar duda sejak 2010 mempunyai seorang anak lelaki berusia 9 tahun bernama Awal Haziq.

Jom tengok gambar-gambar menarik majlis pertunangan mereka itu!

Klik gambar untuk size besar


3 GAMBAR - AKSI TERKINI CICO HARAHAP DAN TUNANGNYA FERNIE



Tentu anda semua masih ingat cerita tentang Cico Harahap, 36, atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin yang sudah bertunang dengan gadis bernama Fernnie Yong yang kami siarkan pada awal Januari lalu.

Artikel terdahulu:
Terkini, mereka berdua ditemui media ketika menyertai sesi mini bootcamp dan zumba anjuran Tuty D'adza di Leha Fitness, Taman Melati, Kuala Lumpur.

"Kami banyak berkongsi minat yang sama termasuklah dalam bidang kecergasan. Tapi setakat ini belum lagi ada perancangan nak kahwin.

Klik gambar untuk size besar


9 GAMBAR - SITI NURHALIZA RAI BIRTHDAY CUCU DI MALDIVES



"Birthday boy Ayden having good time in Maldives," demikian kata Dato' Siti Nurhaliza melalui IGnya.

Untuk info, jika baru-baru ini Siti meraikan kemenangannya di AIM21, terkini penyanyi popular negara itu telah terbang ke sebuah kepulauan yang indah terletak di lautan Hindi iaitu Maldives.

Khabarnya Siti dan suami ke sana adalah untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran cucunya iaitu Ayden.

Klik gambar untuk size besar


15 December 2014

AL-FATIHAH - MUSTAPHA MAAROF KEMBALI KE RAHMATULLAH



Berita sedih buat peminat filem Melayu lama apabila seniman berbakat besar Datuk Mustapha Maarof kembali ke rahmatullah kira-kira jam 8.30 pagi tadi di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, Selangor iaitu berdekatan pusara isterinya, seniwati Roseyatimah.

Untuk info, Allahyarham meninggal dunia dalam usia 79 tahun.

Sebelum ini pada 25 November Allahyarham telah dimasukkan ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami kesukaran bernafas akibat komplikasi masalah paru-paru. Bagaimanapun, Allahyarham kemudian telah dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 2 Disember lalu.



4 GAMBAR - MADU ERMA FATIMA SELAMAT BERSALIN



"My new born baby Jihad," demikian kata Bade Haji Azmi mengenai kelahiran bayi sulungnya kelmarin.

Untuk info, bayi bernama Jihad itu adalah hasil perkahwinannya dengan isteri kedua iaitu Aida Abdul.

"Malang bagi seorang perempuan yg tidak mampu memberikan zuriat buat suaminya... kerana anak adalah anugerah Allah paling berharga.

Klik gambar untuk size besar


13 December 2014

6 GAMBAR - VELVET AF4 LAHIRKAN ANAK KETIGA



Dalam diam, Velvet AF4 yang mengahwini lelaki yang juga bakatnya digilap menerusi Akademi Fantasia iaitu penyanyi kumpulan Estranged, Richael L Gimbang ( Rich AF4) telah selamat melahirkan anak.

Dia melahirkan anak lelakinya itu secara normal tiga hari lalu dan bayi tersebut diberi nama Kianu Richael Gimbang.

Selain Kianu, Velvet dan Richael mempunyai dua anak lain bernama Joshua dan Caroline.

Klik gambar untuk size besar


20 GAMBAR - SEKITAR PERNIKAHAN YAYA MAEMBONG & WAN RAJA



Gambar-gambar sekitar pernikahan Yaya Maembong, iaitu kakak kepada pelakon Emma Maembong yang diadakan di Masjid Al Ridhuan, Hulu Kelang, semalam.

Mereka dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Daerah Gombak, Kamarudin Omar.

Selain menerima 5 dulang hantaran, Yaya Maembong turut menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta wang hantaran sebanyak Rm12,120.40.

Klik gambar untuk size besar


12 December 2014

MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA - KOLABORASI HEBAT FAZURA & SAM



Global Station, Astro Shaw dan Red Films buat julung kalinya bergabung dalam menerbitkan sebuah filem romantik komedi 'Manisnya Cinta Di Cappadocia' (MCDC) yang memulakan tayangan seluruh Malaysia semalam.

Semalam juga, Satu sesi tayangan khas dan sesi bertemu peminat serta pemenang telah diadakan di GSC One Utama, Petaling, Selangor.

Nur Fazura dilihat tidak menang tangan melayan karenah peminatnya yang mahu bergambar serta mendapatkan tandatangannya. Malah rata-rata yang menonton filem tersebut memuji kolaborasi hebat antara Fazura dan Sam.

Klik gambar untuk size besar


DIDAKWA MABUK - PENGURUS MINTA ALIFF AZIZ MOHON MAAF



Awalnya mendakwa dirinya disampuk, tetapi terkini seorang Pengurus Jabatan Kontrak dikenali sebagai Ismail Mahtar, 53, mendakwa dirinya adalah mangsa kepada kes amuk membabitkan penyanyi Aliff Aziz.

Dia yang masih terkejut dengan kejadian tersebut mendakwa secara tidak semena-mena diserang Aliff dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.15 pagi, pada Isnin lalu.

"Saya dari Labuan dan datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Saya menginap di tingkat 19 hotel tersebut dan pada pagi itu saya ke lobi kerana mahu merokok.

Klik gambar untuk size besar


TAKZIAH - IBU AWIE KEMBALI KE RAHMATULLAH



Berita sedih buat peminat Awie apabila ibu kesayangan penyanyi dan pelakon itu kembali ke rahmatullah kira-kira jam 8 pagi tadi kerana sakit tua.

Difahamkan, Allahyarhamah Azizah Abdul Hamid, 75, meninggal dunia di kediaman Awie di Ukay Perdana.

Arwah ibunya itu dikatakan telah menetap bersama dengan Awie sejak anaknya itu mengalami krisis rumahtangga.

Jenazah akan dimandikan dan diuruskan di kediaman Awie dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras selepas solat Jumaat petang ini.

Takziah diucapkan!



KEMENANGAN TERKINI BALQIS DI ANUGERAH ASIAN TUTUP MULUT PENGKRITIK



Jika sebelum ini adik Puteri Balqis Azizi, 7, menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2014, terbaru dia telah memperoleh kemenangan lagi sekali apabila dia dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Asia di Anugerah Asian TV Award 2014 yang berlangsung di Singapura malam semalam.

Kemenangan tersebut jelas membuktikan bahawa Balqis bukan sekadar menang nasib di Anugerah Skrin 2014 lalu.



11 December 2014

GEMPAK - WAJAH ZAIN SAIDIN & CHE TA JADI WATAK KARTUN THE SIMS 4?



Nampaknya populariti Zain Saidin dan isterinya Rozita Che Wan seolah makin popular di seluruh dunia apabila wajah mereka dilihat menyerupai watak kartun 3D dalam versi permainan The Sims 4.

Bagaimanapun, tidak diketahui permainan itu memang watak Zain dan Che Ta atau ia sekadar kebetulan semata-mata.

Paling menarik, 'Zain' dilihat diwatakkan seolah Mr Middleton dalam Oh My English. Dan seperti biasa, anda boleh memakaikan atau membuka baju watak-watak tersebut untuk disesuaikan dengan selera anda. Heh.

Jom tengok, sama tak?

Klik gambar untuk size besar


29 FOTO PRA PERKAHWINAN, MALAM BERINAI YAYA MAEMBONG & WAN RAJA



Wahhh... nampaknya anak dara Maembong makin laris kebelakangan ini. Bermula dengan Emma Maembong bercinta dengan Zizan Razak, kemudian Shikin Maembong berkahwin dengan Chef Riz, terkini Yaya Maembong pula akan berkahwin esok.

Untuk info, bakal suami Yaya bernama Wan Raja dan mereka bakal disatukan pada 12 Disember (esok). Mereka awalnya telah bertunang pada 10 Syawal lalu selepas berkenalan lebih dua tahun melalui drama 'Diari 3G' yang dilakonkan bersama.

Klik gambar untuk size besar


DAKWA DISAMPUK - ALIFF AZIZ MENGAKU MENGAMUK & TUMBUK PEKERJA HOTEL



Jika sebelum ini penyanyi seberang Aliff Aziz menafikan yang dia pernah mencuri telefon bimbit dan mendakwa terpaksa mengaku kesalahan akibat undang-undang Singapura yang berlainan, terbaru... dia diselubungi kontroversi lagi!

Kali ini Aliff dikatakan bergaduh di sebuah hotel dekat ibu negara hingga polis terpaksa campur tangan bagi meleraikan kekecohan.

Bila ditanya media mengenai insiden itu, Aliff mengakui kebenarannya tetapi mendakwa ketika itu dia tidak sedarkan diri akibat disampuk.

"Ketika kejadian, saya memang tidak ingat apa yang berlaku. Saya mula sedarkan diri selepas semuanya sudah selesai.

Klik gambar untuk size besar


10 December 2014

GAMBAR TERKINI DATUK PIAN CECUPAK JADI BAHAN BUALAN



Jika sebelum ini gelaran Datuknya menjadi bahan bualan, terkini gambar terbarunya pula menjadi bualan akibat dia didakwa kembali ke perangai lama. Siapa lagi kalau bukan Datuk Pian Cecupak yang pernah mengakui hampir gila akibat dihentam ramai pihak.

Untuk info, gambar tersebut telah dimuat naik di laman Facebook Media Hiburan, hingga mencetuskan perbualan ramai. Rata-rata pelawat melahirkan rasa terkejut dengan cara pemakaian Pian itu.

Malah ada antara mereka yang menyindir bahawa mati-mati ingat Pian Cecupak yang berada di sebelah kiri... rupa-rupanya yang belah kanan. Heh!

Klik gambar untuk size besar


SAH CERAI TALAK SATU - LIYANA MANAN KINI BEBAS



Bebas!

Itulah perkataan yang tepat buat Liyana Manan, bekas isteri kepada Romie Razin Adilha Abd Jais,34, yang juga bekas kekasih pelakon Hanez Suraya, apabila dia sah bercerai talak satu semalam.

Talak satu tersebut telah dilafazkan oleh Romie dihadapan Hakim Syarie Azmi Aziz selepas mahkamah membenarkan permohonan Nur Liyana mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Azmi kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan Nur Liyana menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama Shah Alam dan sijil nikah dibatalkan.



SEBUTAN KES 18 DISEMBER - SUAMI IEDA MOIN FAIL PENCERAIAN



Jika sebelum ini, penyanyi dan pelakon Ieda Moin pernah menafikan yang rumah tangganya mengalami pergolakan, namun perkembangan terkini melaporkan bahawa suaminya sendiri iaitu Mohd Naquib Idris, telah memfailkan perceraian ke atas Ieda.

Mereka dilihat telah berada di Mahkamah Syariah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 2 Disember lalu. Hasilnya, 18 Disember ini dilaporkan sebagai tarikh sebutan kes pasangan ini.

"Ya... memang benar," jawab Ieda ketika dihubungi media mengenai kes Mahkamah Syariah itu.

Klik gambar untuk size besar


09 December 2014

ISU DIDAKWA 'LALOK' - AKIM AF7 HARAP PENYEBAR FITNAH BERTAUBAT



Meskipun difitnah dengan dakwaan 'lalok' di bawah pengaruh dadah dalam pertandingan separuh akhir ketiga Muzik-Muzik ke-29, namun penyanyi Akim Ahmad (Akim AF7) tetap tenang dan meminta penyebar fitnah itu agar segera bertaubat.

"Memang isu itu sangat memberi kesan kepada kerjaya saya apabila perlu berdepan dengan pengurusan saya dan beberapa pihak lain terutama ibu bapa saya.

"Ibu saya mengalir air mata apabila membaca isu ini di akhbar. Saya tidak pernah membuat atau berada dalam keadaan seperti apa yang didakwa.



PENYANYI NAJWA MAHIADDIN & PEMUZIK IDRIS KOH SELAMAT BERTUNANG



Anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu penyanyi Najwa Mahiaddin atau nama sebenarnya, Najwa Muhyiddin telah selamat bertunang dengan Idris Koh Keng Hui, juga seorang ahli muzik, selepas solat Isyak, semalam.

Untuk makluman, pertunangan tersebut telah diadakan di kediaman Timbalan Perdana Menteri itu di Sri Satria, Putrajaya.

Dalam majlis tersebut, keluarga Idris telah memberi tiga dulang hantaran dan dibalas lima hantaran oleh Najwa.

Klik gambar untuk size besar


08 December 2014

FOTO & VIDEO - NELYDIA SENROSE & QI RAZALI TONTON BOLA



"It's not about winning or losing, it's about the spirit and atmosphere. #selamanya #harimaumalaya," begitulah semangat Nelydia Senrose yang menonton perlawanan bolesepak antara Malaysia menentang Vietnam bersama Qi Razali dan adik beradiknya di Stadium Shah Alam, Selangor semalam.

Meskipun Malaysia tewas 2-1, namun Malaysia masih berpeluang menebus kekalahan tersebut apabila bertandang ke Vietnam nanti.

Klik gambar untuk size besar


LAGI 34 GAMBAR PERNIKAHAN CHEF RIZ & SHIKIN MAEMBONG



Lagi gambar-gambar menarik majlis pernikahan anak Chef Wan iaitu Chef Riz dan Shikin maembong pada malam Jumaat lepas dengan hanya sekali lafaz.

Untuk makluman, gambar ini dirakamkan oleh team @thephotolicious yang dipilih oleh Chef Riz dan Shikin sebagai jurugambar rasmi.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


07 December 2014

33 GAMBAR - SHIKIN MAEMBONG KINI SAH ISTERI CHEF RIZ



Tahniah diucapkan buat Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, kerana telah selamat bergelar suami kepada Shikin Maembong yang merupakan kakak kepada Emma Maembong pada malam Jumaat.

Di majlis tersebut, Chef Riz dan Shikin kelihatan bergaya mengenakan busana berwarna putih.

Menurut bapa pengantin lelaki iaitu Chef Wan, dia tidak tahu hadiah apa yang mahu diberikan kepada anak lelaki dan menantunya itu.

Klik gambar untuk size besar


AIM 21 - SITI NURHALIZA RANGKUL ALBUM TERBAIK



Datuk Siti Nurhaliza, 35, merangkul tiga anugerah termasuk Album terbaik pada Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM 21) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam semalam.

Selain itu, Siti itu turut menerima anugerah Vokal Terbaik Wanita menerusi lagu Lebih Indah dan Rakaman Album Terbaik melalui Konsert Lentera Timur Bersama Orkestra Tradisional Malaysia.

Klik gambar untuk size besar


06 December 2014

SAKIT PARU-PARU - ANAK NAFI LATIFF BORGIBA MENINGGAL DUNIA



"Siapalah yang mencanang cerita ayahanda saya dah meninggal dunia.. Jenuh menjawab call.. Alhamdulillah, Beliau semakin sihat.. Da potong nama.. Ondaway balik rumah ni.

"Terima kasih pada semua staf, jururawat dan Doktor (wad 26) yang bersusah payah menjaga dan merawat.. Jasa mu dikenang.. Terima kasih di atas doa yang dipohon dan perhatian yang diberikan.. Alhamdulillah.. Terima kasih semua," demikian kata anak pelakon era 60-an, Latiff Borgiba, 77.

Untuk info, Latiff awalnya memang diserang sakit paru-paru dan dimasukkan ke hospital, namun keadaannya kemudian dilaporkan stabil. Beliau dimasukkan ke hospital selepas dipujuk anaknya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Keluar hospital - klik gambar untuk size besar


05 December 2014

SELESAI CARA BAIK - AWIE MAHU BERCERAI DENGAN ROZANA?



Mungkin berpisah!

Itulah pembayang daripada Awie mengenai kemelut rumah tangganya dengan Rozana Misbun.

"Rasanya kami berdua sudah tidak boleh bersama lagi. Selepas kes ini selesai di mahkamah, saya tidak mahu dia hadir dalam kehidupan saya lagi," ujarnya dipetik sebagai berkata.



BEKAS KEKASIH HANEZ BAKAL BERCERAI DENGAN ISTERI



Bekas kekasih Hanez Suraya, iaitu Romie atau nama penuhnya Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, bakal bercerai dengan isterinya Liyana Manan pada Selasa depan.

"Ada beberapa perkara yang mahu dibincangkan dan diselesaikan secara muktamat," ujar Romie dipetik sebagai berkata.

Rubiah Jaafar peguam kepada Romie memohon penangguhan prosiding kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum permohonan cerai secara baik yang difailkan plaintif, Nur Liyana Abdul Manan diputuskan.



ELAINE DALY SELAMAT KAHWIN DENGAN JEJAKA AFRIKA



Elaine Daly akhirnya selamat disatukan dengan seorang Doktor Chiropractor iaitu Nick Boden yang juga jejaka Afrika Selatan semalam.

Nick merupakan seorang duda dan mempunyai seorang anak lelaki.

Majlis tersebut telah berlangsung di Restoran Ciao, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.