31 May 2015

KELIHATAN SEPERTI BERSELUAR PENDEK - ROZITA CHE WAN DIKECAM PEMINAT



Banyak gambar-gambar percutian di London yang dimuat naik oleh Rozita Che Wan dalam Instagram tetapi salah satu darinya telah mendapat perhatian pengikutnya di Instagram apabila mengecam pemakaian Che Ta yang kelihatan seperti memakai seluar pendek bersama boots.

Ini kerana Che Ta memakai skinny pants yang berwarna kulit menyebabkan dia kelihatan seperti tidak berseluar.

Ramai di antara mereka kurang senang dengan pemakainnya itu dan beranggapan Che Ta tidak alert dengan penampilannya yang kini sudah bertudung.

Klik gambar untuk size besar


ISTERI SELAMAT BERSALIN - ALIF SATAR DIKURNIA 'BABY GIRL'



Sha Dila Halid isteri kepada Alif Satar telah selamat melahirkan bayi perempuan sekitar jam 9.25 pagi tadi di Hospital Pantai.

Berita kelahiran itu disampaikan sendiri oleh Alif menerusi laman IGnya.

Bayi seberat 3.24 kilogram itu telah diberi nama Alisha Anugerah yang bermaksud dilindungi oleh Tuhan.

"Alhamdulillah.. Isteri Alif selamat melahirkan anak kami yang pertama.. Thank you all for the doa and wonderful wishes..

Klik gambar untuk size besar


12 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS HARI LAHIR SCHA ALYAHYA



"Selamat ulang tahun, Sayang," demikianlah ucapan Awal Ashaari buat isterinya, Scha Alyahya yang menyambut hari lahir yang ke-32 semalam.

"Thank you sang suami dan thank you each and everyone of you for your doas and wishes. Alhamdulillah. Tak sangka dah 24 tahun dah this year," ujar Scha berseloroh di laman IGnya.

Apa yang menarik, Scha bukan sahaja menyambut hari lahirnya bersama keluarga dan teman rapat, malah krew Garderobehaus dan Garderobbers juga.

Klik gambar untuk size besar


30 May 2015

AL-FATIHAH - IBU JOHAN AS'ARI KEMBALI KE RAHMATULLAH



Datin Firdaus Abdul Kader, 58, ibu kepada Johan As'ari, 29, telah menghembuskan nafas terakhirnya.

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh Johan menerusi IGnya kira-kira pukul 12 tengah hari.

"Assalamualaikum, dengan rendah hati Johan ingin memberitahu bahawa ibunda saya yang tercinta, Firdaus bte. Abdul Kader telah kembali ke rahmatullah.

Klik gambar untuk size besar


29 May 2015

ISTERI HARITH ISKANDER KINI HAMIL ANAK KETIGA



Tahniah diucapkan buat pelawak stand-up popular, Harith Iskander apabila isterinya, Jezamine Lim disahkan mengandung anak ketiga.

"Kami tidak pernah merancang soal anak dan apabila diberitahu diri saya hamil, kami berdua teruja sangat.

"Sebenarnya ini kali pertama kami berkongsi perkara ini kepada orang luar. Kami tidak umum tentang berita kehamilan ini kerana sebelum ini kandungan saya mempunyai komplikasi.

Klik gambar untuk size besar


ISU PELUK ISLAM - STACY TAK GEMBIRA, TERKILAN



“Saya tidak gembira dan terkilan," begitulah komen Stacy berkenaan kenyataan kekasih hatinya Akim mengenai isu peluk Islam baru-baru ini.

Artikel terdahulu:
Dakwa Stacy, kenyataan Akim telah diputarbelitkan oleh segelintir pihak hingga timbulnya kekeliruan.

"Dia (Akim) tidak cakap begitu sebenarnya mengenai isu agama. Bab agama adalah perkara yang sensitif dan ia bukan saja membabitkan saya, tapi keluarga juga.



45 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN IESYA TOH & HUZAIREE



Pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) dan penyanyi, Iesya Toh selamat bergelar isteri kepada Huzairee Mohamad sekitar jam 9.36 pagi tadi di Wisma Berita, Angkasapuri.

Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid An Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh, Ustaz Mohd Yusof Abdullah dan disaksikan ayah Iesya, Sanny Toh Abdullah.

Iesya telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,001 dan wang hantaran berjumlah RM50,000.

Klik gambar untuk size besar


TAKZIAH - BAPA MIMI ONE NATION EMCEES KEMBALI KE RAHMATULLAH



Norhisham Nasir bapa kepada salah satu ahli kumpulan One Nation Emcees (ONE) iaitu Mimi telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Selayang semalam.

Allahyarham meninggal dunia akibat barah hati dan pendarahan dalam perut yang dilaporkan kritikal.

Berita berkenaan cukup menyedihkan bagi Mimi atau nama penuhnya, Shamimi Amalina Norhisham yang akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pensyarah Tun Abdul Razak (Unitar) yang dikenali sebagai Firdaus hujung bulan ini.

Klik gambar untuk size besar


28 May 2015

LAGI 28 GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN AZZA AF1 & EHSAN



Lagi gambar-gambar menarik majlis pernikahan Azza AF1 dan Ehsan yang diadakan di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor pada 24 Mei lalu.

Jom tengok!

Foto kredit: PeveyHack Photography

Klik gambar untuk size besar


DIFITNAH BAKAL BERCERAI - SITI NURHALIZA LUAH RASA KESAL



Menerusi foto repost daripada Instagram kakak iparnya Rozi, Datuk Siti Nurhaliza telah meluahkan rasa terkilan beliau dengan sikap sesetengah pihak yang sanggup memfitnah beliau demi mendapat perhatian ramai.

"Ya Allah, hanya Dikau yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Dikau berilah hukuman sebaik baiknya buat pemfitnah yang menyebarkan fitnah ini. Semoga mereka kembali ke jalan yang benar. Amin Ya Rabb," demikianlah luahan Datuk Siti Nurhaliza apabila dia difitnah bakal bercerai dengan suaminya, Dato’ Khalid Mohd Jiwa. .

Klik gambar untuk size besar


JUARA KILAUAN EMAS 5 - MUSTAR RAIH RM100,000



Konsert terakhir Kilauan Emas Musim Ke-5 yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB semalam telah melabuhkan tirainya apabila Mustar atau nama sebenarnya Mustaffa Rasyid Abd Jabar dinobatkan sebagai juara.

Mustar telah membawa pulang wang tunai RM100,000 sumbangan Astro, sebuah motosikal bernilai RM50,000, kerusi urut dan trofi. Mustar turut menerima Anugerah Khas Juri dengan hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.

Naib juara telah diduduki oleh Wan Muhammad Logan Wan Abdul Rahman atau Elji yang melayakkan beliau menerima hadiah wang tunai RM50,000, perkakas memasak dan trofi.

Klik gambar untuk size besar


27 May 2015

10 GAMBAR - SEKITAR PERCUTIAN PERTAMA ROZITA CHE WAN BERSAMA ANAKNYA AAISYAH



"First vacation with her," demikianlah kata Rozita Che Wan yang pertama kali bercuti bersama dengan anaknya, Aaisyah Dhia Rana.

Memilih London sebagai dentinasi percutian, Che ta bukan sahaja bercuti bersama Aaisyah tetapi keluarganya turut sertai.

Apa yang menariknya, adik Che Ta, Ayu Raudhah juga turut bercuti bersama tetapi tanpa suami.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


SEJAK MULA BERHIJAB, SAYA TIDAK LAGI MENYANYI - LUFYA



Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-6 iaitu Lufya Omar atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 30, nekad meninggalkan bidang nyanyian selepas berhijrah dan mengenakan hijab sejak Februari lalu.

Menurut Lufya, dia telah memikirkan secara mendalam berhubung keputusannya itu dan menganggap ia adalah tindakan terbaik.

"Bukan kecewa terhadap industri tetapi ia adalah kehendak saya sendiri dan saya sudah berfikir semasak-masaknya sebelum nekad membuat keputusan itu.

Klik gambar untuk size besar


26 May 2015

SELAMAT NIKAH - AZZA AF1 KINI ISTERI ALIF EHSAN



Selepas ramai rakan-rakan Akademi Fantasia musim pertama mendirikan rumah tangga, kini tiba giliran Azza atau nama sebenar Azariah Suaymi 33, pula bergelar seorang isteri.

Dia telah selamat diijabkabulkan Ahad lalu dengan lelaki pilihan hatinya iaitu Alif Ehsan A Rahim 29. Akad nikah telah dilangsungkan di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor pada jam 9.15 malam.



9 GAMBAR - LAWATAN MOJO KE RUMAH ORANG TUA AL-IKHLAS



Semalam, Kumpulan rock MOJO telah menjayakan aktiviti amal yang dinamakan #DahsyatKasihMOJO bertempat di Rumah Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas (Rumah Al-Ikhlas) di Puchong, Selangor.

Aktiviti amal ini merupakan niat MOJO sendiri untuk bersama-sama meluangkan masa bersama orang-orang tua yang merupakan penghuni di Rumah Al-Ikhlas bagi menghargai dan meraikan mereka sempena sambutan Hari Ibu yang lalu, juga sekaligus meraikan Hari Bapa yang bakal tiba.

Klik gambar untuk size besar


KELUARGA MULA TERIMA : STACY BAKAL PELUK ISLAM - AKIM



"Dia sudah makin hampir kearah itu (untuk memeluk agama Islam) dan Alhamdulillah family sudah boleh menerima hubungan antara kami berdua," ujar Akim Ahmad, 24, mengenai perkembangan dia dan kekasihnya Stacy.

Tambah Akim, untuk mendidik kekasihnya itu, dia memang tiada masalah meskipun menyedari yang dirinya tidaklah sempurna. Bagaimanapun, dia sudah memiliki didikan agama daripada keluarga yang dirasanya cukup lengkap.

"Saya tahu batas-batas serta hukum kerana apa yang penting adalah niat," katanya.



25 May 2015

TERKINI - RAJA FARAH SAH BERCERAI TALAK SATU



Raja Farah akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya Megat Bashirun Qhuyum Zakaria hari ini.

Lafaz cerai telah dilakukan oleh Megat Qhuyum di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Untuk info, Raja Farah memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada 5 Mei lalu, selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.



3 GAMBAR - SEKITAR PERKAHWINAN ANAK DATO JALALUDIN HASSAN



Gambar perkahwinan anak pelakon veteran Dato Jalaludin Hassan yang berlangsung di Marina, Putra Jaya, baru-baru ini.

Turut hadir memeriahkan majlis yang penuh warna warni itu ialah Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail.

Untuk info, Datuk Jalaluddin mempunyai lapan orang anak hasil perkahwinan dengan Datin Hashimah Haji Aksan.

Tahniah diucapkan!

Klik gambar untuk size besar


SAH FAILKAN PERCERAIAN - KES RAJA FARAH DIBICARA HARI INI



Meskipun gosip yang mengatakan rumah tangga Raja Farah dan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, bermasalah dan retak di tengah jalan telah bertebaran sejak tahun lalu, namun awalnya ia tetap disangkal oleh pasangan ini.

Bagaimanapun, semalam Raja Farah akhirnya tampil menjelaskan bahawa rumah tangga yang dibina sejak 2010 itu kini bagaikan telor di hujung tanduk.

"Kami sudah tidak sefahaman. Kes kami akan dibicarakan esok (hari ini)," ujarnya yang sudah memfailkan perceraian pada 5 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.



24 May 2015

AKUI MANJAKAN ANAK - LINDA JASMINE TAK DEDAH GAJET PADA ANAK



"Sebenarnya memang saya manjakan mereka kerana mereka anak perempuan dan anak lelaki saya pula sudah besar," demikianlah kata Linda Jasmine, 42, isteri kepada Que Haidar yang mengakui memanjakan anak-anak terutama anak perempuannya.

Menurut Linda, dia sering memenuhi kehendak anak-anaknya kerana sudah lama memasang impian untuk memiliki anak perempuan dan ia juga menjadi faktor utama mereka dimanjakan.

"Sebelum kahwin dengan Que, impian saya memang mahukan anak perempuan, Alhamdulillah saya dikurniakan dua anak perempuan dan mungkin sebab itu, saya selalu memenuhi kehendak mereka," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar


NABIL AHMAD KINI BERBADAN SADO



Jika sebelum ini ramai artis kita mula tunjuk sado, kini giliran Nabil Ahmad pula yang tunjuk sadonya.

Siap ada six pack lagi! Waahhh... untunglah Nazirah Ayub dapat suami macam tu. Heh!

Yelah... Nabil kan ada buka gimnasium bersama seorang rakan kongsinya, Sam Adnan yang terletak di 11A Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Klik gambar untuk size besar


23 May 2015

ERRA FAZIRA KINI SUDAH MULA BERHIJAB?



Kemunculan Erra Fazira mengenakan tudung dan turban sejak kebelakangan ini telah menimbulkan tanda tanya di kalangan para peminatnya.

Melalui laman IG jurusolek Erra yang dikenali sebagai Deq Sha itu telah memuat naik gambarnya yang lengkap bertudung.

Kapsyen pada gambar tersebut yang berbunyi "N this one makeup for recording #primadona..." itu menguatkan lagi desas-desus mengatakan pengacara program Primadona itu kini sudah mula berhijab.

Klik gambar untuk size besar


GAMBAR TERKINI BABY SHIKIN MAEMBONG & CHEF RIZ



Pada 17 Mei lalu, Shikin Maembong isteri kepada Chef Riz telah selamat melahirkan bayi perempuan.

"All the gifts bestowed upon us, the greatest miracle of all, is the miracle of life, the birth of a child, a wondrous little magical soul.

"No one else will ever know the strenght of my life for you.. after all, you're the only one who knows what my heart sounds like from the inside..," ujar Shikin Maembong melalui laman IGnya.

Klik gambar untuk size besar


29 GAMBAR - MAJLIS RESEPSI FAD BOCEY & SYEERA



Sekitar majlis resepsi Fad Bocey atau nama sebenarnya Muhamad Fadzlie Bin Mohd Nizam, 24, dan isterinya Nur Syahirah A.Rahman, 21, yang berlangsung semalam di Casa Heliconia, Kuala Lumpur.

Seperti yang kita sedia maklum, Syeera kini sedang mengandung.

Gambar-gambar menarik ini telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu thePermaisuris.

Untuk rekod, Fad dan Syeera telah bernikah pada 14 Mac lalu di kediaman pengantin perempuan di Jitra, Kedah.

Klik gambar untuk size besar


22 May 2015

GAMBAR MENARIK - HIJRAH NASHA AZIZ



Gambar menarik Nasha Aziz yang dikatakan telah berhijrah dalam satu majlis ilmu Habib Ali Zaenal Abidin.

Selain Nasha, ramai juga artis lain sebelum ini yang turut hadir dalam majlis tersebut. Antaranya ialah Abby Abadi, Yatt Hamzah, Anne Ngasri, Lisdawati dan lain-lain.

Klik gambar untuk size besar


TAHNIAH - ISTERI SHUIB SEPAHTU SAH HAMIL ANAK KETIGA



"Alhamdulillah dan Syukur diatas segala Rahmat dan Nikmat mu Ya Allah....Sudah lama saya ingin berkongsi berita gembira ni. Hari ni dah masuk 2 bulan isteri saya Siti Sarah mengandung anak ke-3.

"Terima kasih pada yang mendoakan rezeki dan kebahagiaan kami sekeluarga. Saya juga doakan awak semua dikurniakan rezeki dan kebahagiaan dunia akhirat. Amin... " demikian berita gembira yang dikongsikan oleh Shuib Sepahtu melalui IGnya.

Klik gambar untuk size besar


PILIH PENGURUS SENDIRI - BABY SHIMA NIKAH 7 JUN DEPAN



Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli yang popular dengan lagu 'Tak Sabar' akhirnya memilih pengurus sendiri iaitu Mohd Afrendie Affendy (Andy) sebagai bakal suami.

Difahamkan, majlis perkahwinan Baby Shima dan Andy akan berlangsung di Dewan Azalea, Johor Baharu pada 7 Jun depan. Mereka sebelum ini telah bertunang dalam satu majlis ringkas di Sabah, pada 1 Mei lalu.

Klik gambar untuk size besar


21 May 2015

CHEF RIZ & SHIKIN MAEMBONG TIMANG 'BABY GIRL'



Tahniah kami ucapkan buat Shikin Maembong isteri kepada Chef Riz yang telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 17 Mei lalu.

Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh ayah Shikin iaitu Ismail Embong.

Difahamkan, Shikin Maembong baru hamil 6 bulan dan telah pun melahirkan bayi perempuan ini. Kemungkinan besar cahaya mata Chef Riz dan Shikin dilahirkan tidak cukup bulan. Sama-samalah kita doakan agar bayi ini diberikan kesihatan dan membesar dengan sihat.

Untuk rekod, Chef Riz dan Shikin mendirikan rumah tangga mereka pada 5 Disember 2014.

Klik gambar untuk size besar


VIDEO - GELAGAT AAISYAH DHIA RANA KETIKA MENYANYI



Alahai pandainya Aaisyah Dhia Rana anak kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin ni menyanyi.

Aksi Aaisyah ini mendapat perhatian ramai malah masing-masing geram dengan gelagatnya.

Menerusi laman Instagram Nina Ismail Sabri kakak kepada kepada Dafi telah memuat naik satu video Aaisyah Dhia Rana sedang menyanyi.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


UCAPAN SAYU AFDLIN SHAUKI BUAT HARUN SALIM BACHIK SEMPENA HARI LAHIRNYA



Pemergian pelakon dan pelawak Harun Salim Bachik pada 8 Mac yang lalu merupakan sesuatu kehilangan besar dalam dunia komedi tanah air.

Antara insan yang cukup merasai kehilangan Allahyarham ialah rakan baiknya, Afdlin Shauki.

Terbaru, sempena menyambut hari kelahiran pada 19 Mei, Afdlin telah memuat naik sekeping gambar menerusi laman instagram miliknya yang berkongsi cerita mengenai perjalanan kariernya bersama Allahyarham Harun Salim Bachik.

Klik gambar untuk size besar


HAFIZ SUIP & NUREFFY BAKAL NIKAH 14 MEI 2016



"Sebelum ini kami bertunang pada ulang tahun kelahiran saya (27 Februari) dan untuk bernikah, tarikh lahir dia pula dipilih," demikianlah kata Hafiz Suip, 25, yang memilih tarikh lahir tunangnya iaitu pada 14 Mei sebagai tarikh mereka disatukan.

Mengenai persiapan pula, Hafiz berkata sehingga kini mereka masih belum membuat sebarang persiapan kerana Nureffy Jasreel Abdullah, 22, perlu fokus terhadap pengajiannya dalam jurusan perakaunan.

Klik gambar untuk size besar


ISU GANGGUAN SEKSUAL - ARIF DOLLAH AKAN HERET PERTUDUH KE MAHKAMAH



Bekas pengurus Tegar iaitu Muhammad Arif Dollah, 30, kini tampil bersuara untuk mempertahankan dirinya setelah sekian lama mendiamkan diri. Kali terakhir berita tentang Arif ialah desas-desus dirinya ditahan oleh polis Singapura selepas Tegar dan bekas anak tirinya, Sufie Rashid, 24, membuat laporan polis di sana.

Menurut Arif, dia akan mengheret ke mahkamah pihak yang menuduhnya melakukan gangguan seksual termasuk anak tirinya, Sufie.

"Saya sudah puas diaibkan. Bukan saja dituduh melakukan gangguan seksual terhadap Tegar tetapi bekas anak tiri saya juga merancang agenda untuk meraih populariti dengan membuat tuduhan itu kepada saya.

"Pihak-pihak yang berkaitan akan saya heret ke mahkamah," ujar Arif dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar


20 May 2015

14 GAMBAR - PHOTOSHOOT NEWBORN BABY AJAK SHIRO



Sekitar photoshoot newborn baby Ajak Shiro yang diberi nama Nada Soffea yang lahir pada 25 Mac lalu iaitu sama tarikh lahir dengan dua abangnya Mohd Jad Thaqif dan Mohd Had Thaqif.

Gambar photoshoot ini dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu Camora Arts.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


BETTY BANAFE KINI HAMIL ANAK KEDUA



Tahun 2015 ini banyak artis kita yang hamil termasuklah Betty Banafe yang kini sedang mengandungkan anak keduanya hasil perkongsian hidup dengan Bruce Darghous.

Betty pada awalnya cuba merahsiakan perkhabaran gembira itu namun akhirnya dia mengakui yang dirinya sedang mengandung.

Katanya, dia tidak mahu memperbesarkan perkara itu kerana usia kandungannya masih berada di peringkat awal.

Klik gambar untuk size besar


SUDAH BERHIJAB - FARALYNA KINI HAMIL ANAK PERTAMA



Tahniah kami ucapkan buat Muhammad Fikri Abdullah apabila isterinya, Faralyna Idris disahkan mengandung anak pertama mereka.

Menerusi akaun Instagram Fikri, dia telah berkongsi foto imbasan kandungan anak mereka.

Apa yang menarik, Faralyna khabarnya sudah mula berhijab sejak berbelas minggu yang lalu.

Untuk rekod, mereka telah bernikah pada 12 Disember 2014 di atas kapal Cruise Tasik Putrajaya.

Klik gambar untuk size besar


JALANI UJIAN KEHAMILAN 4 KALI - FOUZIAH GOUS SAH HAMIL



"Mulanya saya tidak jangka hamil kerana saya memang mengalami masalah haid yang tidak menentu tetapi apabila merasakan ada perubahan pada hormon badan saya jadi tak sedap badan. Lantas, saya membuat ujian kehamilan sendiri sebanyak dua kali dan kedua-duanya memberi bacaan positif," demikianlah kata Fouziah Gous apabila dia disahkan hamil.

Fouziah yang kini sedang hamil dua bulan setengah berkata yang dia menjalani ujian kehamilan itu sebanyak empat kali bagi memastikan dia benar-benar hamil.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu gembira lagi dan minggu berikutnya barulah saya pergi membuat pemeriksaan di klinik biasa. Hasilnya juga sama iaitu positif. Sekali lagi saya masih tidak puas hati dan mengajak suami untuk malkukan ujian di pusat perubatan swasta.

Klik gambar untuk size besar


19 May 2015

ISTERI HAMIL - FAD BOCEY BAKAL JADI BAPA



"Alhamdulillah rezeki dari Allah. Walaupun baru 4 minggu awak dalam perut saya tapi saya dah dapat rasa. Awak baik-baik ye dalam perut saya. Awak lapar awak bagitau saya k, nanti saya bagi awak makan. 22 May nanti kita naik pelamin bertiga tau. Saya happy sangat sebab sekarang saya dah ada kawan. Awak baik baik ya kat dalam perut saya?" demikianlah kata Syaheera Rahman, 21, isteri kepada Fad Bocey, 24.

"Syukur Alhamdulillah.. Awak dah 4 minggu dalam perut mummy.. Awak jaga diri yee.. Daddy tunggu awak," ujar Fad yang teruja bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Klik gambar untuk size besar


OTAI MASIH BERBISA - PAK MUSTAR, 'HERO BARU' KILAUAN EMAS 5



"Saya bersyukur masih bertahan hingga ke hari ini kerana saya sedikitpun tidak menyangka akan terpilih ketika pusingan ‘Wild Card’ tempoh hari," ujar Mustaffa Rasyid Abd Jabar, 47, atau lebih popular dengan panggilan Pak Mustar.

Pak Mustar kini bukan hanya 'masih berbisa' dalam Kilauan Emas musim ke-5, tetapi menjadi 'hero baru' dalam rancangan terbitan Astro itu. Malah undian yang diterimanya juga amat tinggi hingga membolehkannya berada ditangga pertama selama beberapa minggu.

Bagaimanapun, ramai tidak tahu betapa susah payahnya pekerjaan Pak Mustar sebelum dia terkenal seperti sekarang. Ini kerana, kerja sebagai tukang rumah adakalanya memerlukan semangat tinggi demi mencari sesuap nasi.

Klik gambar untuk size besar


18 GAMBAR - MARIA FARIDA MASIH KEKAL 'HOT' KETIKA MAJLIS ULANGTAHUN KE-18 ANAKNYA



Sekitar majlis hari lahir Mizan Ashley yang ke-18 anak kepada Maria Farida yang telah diadakan baru-baru ini.

Apa yang menarik, Maria dan anaknya kelihatan sebaya, ibarat kakak dan adik katakan. Heh!

Gambar-gambar menarik ini telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu Art Nan Photo Studio.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


18 May 2015

22 GAMBAR + 5 VIDEO - SEKITAR PERCUTIAN NEELOFA DI THAILAND



Waahhh... seronoknya Neelofa pergi bercuti di Koh Samui, Thailand, siap belajar masak di sana lagi. Heh!

Melalui instagram Neelofa, dia telah berkongsi beberapa gambar dan juga video percutiannya.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


20 GAMBAR - KEMERIAHAN MAJLIS BABY SHOWER ELAINE DALY & NICK BODEN



"Showering love, prayers and kisses for these two beautiful couple and their soon to be born princess.. Can't wait to meet her already! Love you both," demikianlah kata Nur Fazura yang hadir dalam majlis baby shower Elaine Daly yang diadakan di Happikiddo Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Elaine berkahwin dengan seorang duda anak satu iaitu Nick Boden pada 4 Desember 2014.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


14 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN PENGARAH DRAMA CINTA IBADAH, AYIE MUSTAFA



Tahniah kami ucapkan buat pengarah drama 'Rindu Bertamu di Abu Dhabi' dan 'Cinta Ibadah', Ayie Mustafa atau nama sebenarnya Mazri Mustafa yang telah sah bergelar suami kepada Nurul Nadea pada 15 Mei lalu di Masjid Asy-Syakirin KLCC selepas solat Isya'.

Di majlis tersebut, Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin turut sama hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Untuk info, Ayie telah terlibat dalam bidang pengarahan drama sejak tahun 1990-an, dengan drama Cinta Antara Benua, Cenderalela dan Salam Tajmahal keluaran Kuasatek Pictures.

Klik gambar untuk size besar


17 May 2015

5 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS AQIQAH & SAMBUTAN HARI LAHIR ANAK NABIL AHMAD



Majlis aqiqah untuk Leyla Medyna dan sambutan hari lahir anak pertama Nabil Ahmad iaitu Naera Mikayla telah diadakan semalam di Yayasan Seni, Jalan Ritchie, Ampang.

Difahamkan, majlis aqiqah dan cukur jambul tersebut telah diadakan pada waktu pagi manakala sambutan hari lahir telah diadakan pada sebelah petang.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu telah dihadiri oleh rakan artis dan kelab peminat Nabil.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


SAYA SEMAKIN PULIH - ZAMANI SLAM



"Dari segi pemulihan dadah, saya semakin sihat. Alhamdulillah tetapisaya sekarang mengalami sakit tulang belakang bengkok. Penyakit itu memang sudah lama saya hidapi, tetapi apa yang penting sekarang minda saya tenang dan lapang... itu yang paling saya bersyukur," demikianlah kata Zamani Slam atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 44, mengenai perkembangan terkininya dalam satu sidang media yang diadakan baru-baru ini.

Zamani yang telah menjalani pemulihan selama tiga bulan di pusat pemulihan Persatuan Pengasih Malaysia di Jalan Syers berkata beratnya yang sebelum ini 45 kilogram meningkat sebanyak 11 kilogram dan program pemulihan di pusat itu menjadikannya lebih positif dari segi mental dan fizikal.

Menurut Zamani, tempoh dia berada di pusat berkenaan belum diketahui kerana ia bergantung kepada penilaian pihak pengurusan.

Klik gambar untuk size besar


16 May 2015

12 GAMBAR - FARHAN KINI SAH BERGELAR SUAMI KEPADA NORIAH



Bekas suami Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya dengan seorang penjawat awam, Noriah Mat Isa pagi tadi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Difahamkan, isteri kepada Farhan merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak.

Untuk rekod, Farhan dan Noriah mengikat tali pertunangan mereka pada 21 Mac lalu.

Tahniah kami ucapkan dan semoga bahtera yang dibina ini kekal hingga ke Jannah.

Klik gambar untuk size besar


28 GAMBAR - MAJLIS RESEPSI LANA NODIN & DAVID MCKENZIE MERIAH



Majlis resepsi Lana Nodin dan David Mckenzie telah berlangsung semalam di tempat yang sama iaitu di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan Selangor sejurus selesainya majlis akad nikah diadakan.

Ia telah dihadiri oleh ahli keluarga, tetamu dan juga rakan selebriti yang lain.

Mengenai bulan madu pula, Lana berkata yang dia dan suaminya bakal menghabiskan percutian bulan madu mereka di Amerika Syarikat sahaja memandangkan jadual suaminya yang ketat menyukarkan mereka untuk ke destinasi lain.

Klik gambar untuk size besar


15 May 2015

ISTERI KEDUA ASHRAF MUSLIM KINI HAMIL ANAK KEDUA



Tahniah kami ucapkan buat Ashraf Muslim mengenai isteri keduanya, Wan Sakinah yang khabarnya kini sedang mengandungkan anak kedua mereka.

Gambar yang dimuat naik oleh pemilik akaun instagram ayuasnene itu jelas kelihatan baby bump Sakinah.

Untuk rekod, Ashraf berkahwin dengan isteri pertama Noor Dayana Lokman pada tahun 2011 dan dengan Sakinah pada tahun 2013. Hasil perkahwinannya dengan Sakinah, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Sarah Ashraf yang kini berusia setahun lebih.

Klik gambar untuk size besar


34 GAMBAR - LANA NODIN SAH BERGELAR ISTERI KEPADA DAVID MCKENZIE



Dengan hanya sekali lafaz, Lana Nodin atau nama sebenar Mazlina Hasan Nodin, 35, telah sah bergelar isteri kepada Jurulatih Bola Tampar AS, Mohd Daud McKienzie sekitar jam 10.36 pagi tadi di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan Selangor.

Mereka telah dinikahkan oleh Mohd Ramizi Ramli Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al Islah Serdang Raya, Seri Kembangan dengan berwalikan bapa kandung Lana sendiri, iaitu Encik Hasan Nodin bin Mohd Zaidi.

Di dalam majlis tersebut, Lana telah menerima mas kahwin sebanyak USD10000 atau RM32,000. Manakala wang hantarannya pula dirahsiakan.

Klik gambar untuk size besar


BERITA SAYA PELUK ISLAM PALSU - STACY



"Saya tak tahu nak cakap apa. Tak kisah pun ya, geram pun ya. Sebelum ini saya pernah terpalit dengan khabar angin seperti ini tetapi bagi saya gosip kali ini agak melampau. Lebih-lebih lagi bab-bab berkaitan agama, kita tidak boleh main-main.

"Ia agak sensitif terutamanya bagi masyarakat kita.

"Kalau terkena dekat saya seorang, tidak apa. Ini tidak, kasihan keluarga saya menerima panggilan sejak kelmarin (Rabu) sehingga semalam (Khamis) yang hanya mahu mengesahkan sama ada saya masuk Islam atau tidak.

Klik gambar untuk size besar


12 GAMBAR - SAH RUJUK: SAAT BAHAGIA DIANA RAFAR & ZAMARUL HISHAM



"Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik. Kami kembali menjadi suami isteri. Jodoh kami masih kuat," ujar Zamarul Hisham, 44, sebaik Hakim Syarie, Mohd Hisham Zakaria mengesahkan lafaz rujuk yang dibuatnya terhadap Diana Rafar, 33, semalam.

Zamarul melafazkan rujuk tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada pukul 3 petang dan ia sah mengikut seksyen 61 Enakmen Keluarga Islam 2013.

Terdahulu, Diana yang memakai pakaian serba hitam tiba berasingan. Sementara Zamarul juga dilihat memakai pakaian serba hitam dan mereka berdua ditemani oleh keluarga masing-masing.

Klik gambar untuk size besar