07 June 2015

4 GAMBAR - RAISYYAH RANIA YEAP SELAMAT NIKAH



Gambar sekitar perkahwinan Raisyyah Rania Yeap atau sebelum ini dikenali dengan nama Felixia Yeap dan pasangannya Dr.Rezal Khairi Ahmad yang merupakan ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Berhad (sebuah agensi di bawah MOSTI).

Mengimbas kembali pada gosip Mac lalu katanya Raisyyah pernah digasak peminat dengan gosip bahawa beliau mempunyai hubungan dengan seseorang yang dikatakan kerabat diraja, namun Felixia Yeap menafikan sekeras kerasnya atas kesahihan gosip tersebut dan beliau memberikan penjelasan di laman facebook miliknya bahawa beliau masih berstatus bujang dan masih tidak berpunya.

Klik gambar untuk size besar




Semalam pada pukul 10.30 pagi, Raissyyah telah selamat dikahwinkan dengan pasangannya Dr Rezal Khairi Ahmad.

"Friends of more than 10 years. I'm so glad you girls made it for my big day and for the friendship bond that we have. Alhamdulillah," ujar Raissyyah di laman IGnya.



Setelah gambar perkahwinan Raissyyah dan Dr Rezal mulai tersebar di laman sosial terutama facebook, ruangan komen pada gambar itu dibanjiri dengan ucapan tahniah, mungkin juga ada yang bersedih tentang pernikahan Felixia Yeap kerana tidak dapat menjadi lelaki pilihan wanita cantik tersebut.

Apa pun kami doakan agar perkahwinan Raissyyah dan Dr Rezal kekal hingga ke Jannah. Amin.







         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...