30 September 2015

36 GAMBAR - MAJLIS HARI LAHIR ANAK CHE TA, AMMAR EFFENDY MERIAH



Anak sulung kepada pelakon jelita Rozita Che Wan (Che Ta), Ammar Effendy baru sahaja menyambut majlis hari lahirnya yang ke-19 pada Isnin lalu.

Majlis tersebut telah berlangsung secara eksklusif dan meriahnya di Flora Terrace, Hampshire Place, Ampang serta turut dihadiri kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan juga teman rapat.

Sempena ulangtahun anak sulungnya, Che Ta telah menghadiahkan jam tangan jenama Bell & Ross.

Klik gambar untuk size besar


6 GAMBAR - AKSI COMEL SHANIKA ANAK SAFEE SALI



Pada 24 September lalu, pemain pasukan bola sepak Johor Darul Takzim, Safee Sali telah mengadakan majlis kesyukuran dan aqiqah buat anak perempuannya, Shanika Salsabilla.

Shanika adalah cahaya mata pertama Safee daripada perkahwinan keduanya dengan wanita berketurunan Indonesia, Sasha yang dikahwininya pada penghujung Disember 2013 yang lalu.

Sebelum ini, Safee pernah mendirikan rumah tangga pada 2007 dan dikurniakan dua anak perempuan dari perkahwinan pertamanya yang kini masing-masing berusia 7 dan 5 tahun.

Klik gambar untuk size besar


"KAMI RANCANG KAHWIN TAHUN DEPAN"- AKIM AHMAD



Mengikat tali pertunangan Sabtu lalu, Akim Ahmad atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad dan Ummu Shaikhah Stacy Anam, 25, merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh setahun dari tarikh pertunangan mereka.

"Kami merancang namun menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT," ujar Akim dipetik sebagai berkata.

Jelas Akim, keputusan bertunang dengan Stacy walaupun baharu saja memeluk Islam dibuat atas permintaan kedua ibu bapa mereka.

Klik gambar untuk size besar


29 September 2015

DITUDUH TAMPIL NAMPAK PAKAIAN DALAM - FOUZIAH GOUS LUAH RASA KESAL



Pelakon dan pengacara Fouziah Gous, 32, menganggap tuduhan mengatakan dia memakai baju nipis sehingga menampakkan pakaian dalam ketika mengacarakan program Nona pada Ahad lalu sebagai tidak masuk akal.

Menurut Fouziah, 32, tindakan penulis di sebuah forum gosip membangkitkan isu itu sengaja diada-adakan untuk mensensasikan bahan tulisan mereka.

"Jujurnya saya tidak tahu isu pakaian berkenaan hebat diperkatakan kerana saya tidak membaca blog atau pun forum kerana blog dan forum sengaja mencipta atau mencari sesuatu perkara untuk disensasikan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Klik gambar untuk size besar


AFDLIN SHAUKI BAKAL TUBUH YAYASAN BANTU GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK



Baru-baru ini, pelakon dan pengarah Afdlin Shauki, 45, memaklumkan bahawa beliau bakal menubuhkan sebuah yayasan dalam usahanya membantu golongan kurang bernasib baik selain menyalurkan bantuan kepada pelarian Syria dan Palestin.

Menurut Afdlin, tujuan utama penubuhan yayasan diberi nama Yayasan Afdlin Shauki itu dengan niat untuk berbakti kepada masyarakat selain ibadah kepada Allah.

"Sebelum ini saya dan beberapa rakan ada terlibat dalam beberapa aktiviti amal dan kebetulan sahabat baik saya mencadangkan idea untuk membuka yayasan tersebut.

Klik gambar untuk size besar


TUNANG DISEMBER INI - ALIFF AZIZ & BELLA ASTILLAH RANCANG KAHWIN TAHUN DEPAN



Semua sedia maklum mengenai hubungan penyanyi Aliff Aziz dengan Bella Astillah yang sudah lama terjalin tetapi belum membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya.

Terkini, Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 25, memberitahu bahawa dia sudah memilih tarikh untuk mengadakan majlis pertunangannya dengan Bella iaitu pada 12 Disember depan.

Menurut Aliff, keluarganya ketika ini sedang sibuk menguruskan persiapan majlis pertunangannya selain keterujaan dia untuk menantikan hari bahagia tersebut.

Klik gambar untuk size besar


KELUARGA MAHU AKIM & STACY KAHWIN CEPAT



Ummu Shaikhah Stacy Anam, 25, berkata keputusan mengadakan majlis pertunangannya dengan Akim Ahmad atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 24, pada Sabtu lalu dibuat selepas keluarga kedua-dua pihak mahu perkahwinan mereka disegerakan.

Menurut Stacy, selepas memeluk Islam pada 24 Ogos lalu, keluarganya menganggap tidak manis dia dan Akim sering dilihat bersama apatah lagi hubungan mereka sudah menjangkau lebih enam tahun.

"Mak dan ayah kami minta ia disegerakan. Saya pun sudah masuk Islam, perlukan bimbingan. Tambahan pula kami sudah enam tahun berkawan. Dalam Islam pun tidak elok untuk lelaki dan wanita sering berdua-duaan jika tiada ikatan.

Klik gambar untuk size besar


"HUBUNGAN CINTA SAYA DENGAN GAYATRI SEMAKIN ERAT" - ZUL ARIFFIN



Hanya kerana terserempak bersama pelakon Zahirah MacWilson baru-baru ini, Zul Ariffin menjelaskan perkara tersebut tidak mengganggu hubungannya bersama kekasih, Gayatri Su-Lin Pillai selain menjelaskan bahawa Gayatri memahami kerjayanya sebagai pelakon.

"Sebenarnya, kami (Zul dan Zahirah) tiada sebarang hubungan istimewa pun. Baru-baru ini, saya hanya terserempak dengan dia secara kebetulan di One Utama, ketika saya baru keluar dari sebuah gimnasium. Saya kenal dia, jadi saya tegurlah. Bagi saya itu bukan satu kesalahan”

Klik gambar untuk size besar


"MANA ADA ORANG KETIGA" - YATT HAMZAH



Rumah tangga Yatt Hamzah dengan Abdul Mutalib yang sebelum ini kelihatan seperti dapat dipertahankan apabila Yatt menarik balik permohonan cerai namun perkara tersebut tidak dapat dielakkan juga akhirnya apabila mereka sah bercerai talak satu pada Ogos lalu.

Malah khabar angin yang mendakwa punca perpisahan pasangan ini adalah berasal daripada kehadiran orang ketiga turut tersebar.

"Tidak. Saya sangkal sama sekali (khabar angin). Perkara itu tidak wujud. Saya pun tak tahu dari mana perkara itu timbul. Biasalah, sebagai selebriti, apa saja yang kita lakukan akan diberikan perhatian khusus. Saya pernah dengar juga sebelum ini (tentang gosip itu) tapi tidak benar.

Klik gambar untuk size besar


"SAYA BERJANJI TAK AKAN BELI KEK SECRET RECIPE" - ABBY ABADI



Baru-baru ini, Abby Abadi telah membeli kek dari restoran Secret Recipe bagi menyambut hari lahir anak-anaknya iaitu Maria Danisha dan Marissa Dania.

Tetapi kek tersebut merupakan kali terakhir Abby membelinya kerana dia meragui status halalnya.

Menurut Abby, dia berjanji tidak akan membeli lagi makanan dari Secret Recipe kerana pemilik restoran tersebut bukan seorang muslim.

Klik gambar untuk size besar


10 GAMBAR - SEKITAR NEWBORN PHOTOSHOOT BABY KEDUA ASHRAF MUSLIM



Sekitar newborn photoshoot baby Ashraf Muslim yang diberi nama Adam Ashraf yang lahir pada 14 September lalu.

"Terima kasih sangat-sangat pada Allah kerana kurniakan lagi ahli dalam keluarga Ashraf. Rasa sedih dan happy sangat-sangat bila kita dapat rasa Allah sentiasa bersama dgn kita.

"Terima kasih yang tak terhingga kepada isteriku Dayana kerana sentiasa bersama-sama kami and turn awak bulan Disember plak yer," luah Ashraf di Instagram ketika itu.

Klik gambar untuk size besar


TAHNIAH - ISTERI SHAH JASZLE DISAHKAN HAMIL



Shah Jaszle memaklumkan bahawa beliau bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi apabila isterinya kini sedang hamil empat bulan.

"Memang tidak sabar menunggu kelahiran cahayamata pertama. Saya sudah bersedia menjadi seorang bapa meski ramai yang cakap masa tidur akan kurang apabila ada anak nanti. Sekarang pun saya sudah biasa melayan anak-anak saudara di rumah”

Klik gambar untuk size besar


GAMBAR MENARIK - WAJAH ANAK KETIGA NATASHA HUDSON



Pada 14 September lalu, isteri kepada Carleed Khaza iaitu Natasha Hudson telah selamat melahirkan anak ketiga mereka.

Difahamkan, bayi perempuan yang diberi nama Faatimah Mohd Khalid itu selamat dilahirkan secara normal di Hospital Umra, Shah Alam.

Kerana lambat berkongsi berita gembira ini, Natasha memohon maaf. Ini kerana beliau sibuk membuat persiapan menyambut kelahiran bayi tersebut.

Klik gambar untuk size besar


28 September 2015

HANYA KERANA SALAH FAHAM - AZWAN ALI SEKALI LAGI MAKI PEMINAT



Masih ingatkah lagi anda pasal isu Menate? Terkini perkara tersebut berulang lagi apabila Azwan Ali atau Diva AA ini memaki hamun peminatnya hanya kerana salah faham dengan perkataan singkatan bagi negeri Johor Bahru iaitu JB.

Semua berpunca apabila seorang peminat bertanya jika rendang hasil air tangan Diva AA yang cukup terkenal dan popular sekarang boleh dijual sehingga ke Johor Bahru.

Klik gambar untuk size besar


TANGGUH KERANA AYAH MENINGGAL - MAJLIS RESEPSI MIMI ONE DIADAKAN 7 NOVEMBER INI



Umum sedia maklum bagaimana penyanyi kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 28, telah bernikah awal iaitu pada 16 Mei lalu bagi memenuhi permintaan ayahnya, Norhisham Nasir yang menghidap penyakit barah hati.

Bagaimanapun, takdir Allah SWT tiada siapa yang menyangka apabila ayahnya itu akhirnya meninggal dunia 12 hari kemudian selepas menikahkan mereka.

Malah gara-gara kisah sedih itu, gambar majlis tunang dan resepsi Mimi dan pasangannya Muhamad Firdaus Ibnil Hajar tidak pernah dikongsikan secara rasmi untuk tatapan umum.

Klik gambar untuk size besar


LAGI 23 GAMBAR MAJLIS PERTUNANGAN AKIM & STACY



Lagi gambar-gambar menarik sekitar majlis pertunangan Akim Ahmad dengan Ummu Shaikhah Stacy Anam yang diadakan kelmarin di Amber Hills, Taman Melawati Ampang.

Enjoyzzz...

Klik gambar untuk size besar


27 September 2015

KES GUGUR - TEGAR & SUFI (AF2015) BAKAL DISAMAN



Bekas pengurus kepada Tegar Septian iaitu Muhammad Arif Dollah, 30, lega tidak akan ada sebarang dakwaan dikenakan terhadapnya selepas kes kononnya dia melakukan gangguan seksual terhadap penyanyi itu ditutup oleh pihak berkuasa Singapura.

Menurut Arif, dia mendapat khabar gembira itu menerusi panggilan telefon pada 18 September lalu dan pihak polis Singapura mengesahkan tidak akan membuat sebarang dakwaan terhadapnya.

"Alhamdulillah dengan rasa syukur selepas enam bulan melalui pelbagai tuduhan dan fitnah saya akhirnya dapat menarik nafas lega kerana siasatan mengenai dakwaan Tegar terhadap saya telah selesai.

Klik gambar untuk size besar


ZAHIRAH MACWILSON NAFI BERCINTA DENGAN ZUL ARIFFIN



Sebelum ini, Zul Ariffin didakwa bercinta dengan pelakon Zahirah MacWilson, 20, selepas gambar mesra mereka di sebuah pusat beli-belah tersebar.

Terkini, Zahirah tampil menyangkal dakwaan yang kononnya dia mempunyai hubungan istimewa dengan Zul.

Menurut Zahirah, hubungannya dengan Zul sekadar rakan biasa selepas sama-sama terlibat dalam drama Mr London Ms Langkawi sebelum ini.

Klik gambar untuk size besar


14 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN AKIM AHMAD & STACY



Semalam penyanyi Akim Ahmad dan kekasihnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam telah selamat mengikat tali pertunangan mereka.

Berita pertunangan Akim dan Stacy itu telah dikongsikan bersama oleh H!live.

Akim kelihatan begitu teruja dan meminta agar semua pihak mendoakan kebahagiaan dia dan tunangnya.

Klik gambar untuk size besar


26 September 2015

DILIHAT KELUAR BERSAMA - ZUL ARIFFIN BERCINTA DENGAN ZAHIRAH MACWILSON?



Menerusi kiriman e-mail, sumber tersebut turut mengirim sebuah gambar ataupun bukti bahawa Zul Ariffin didakwa telah keluar bersama pelakon Zahirah MacWilson, di Damansara.

Melalui gambar yang dikongsikan itu juga dalam masa yang sama turut menimbulkan tanda tanya sama ada Zul dan Zahirah mempunyai hubungan istimewa atau sekadar teman biasa.

Klik gambar untuk size besar


"MEMEY SEORANG ISTERI YANG SENANG DIJAGA" - NORMAN HAKIM



Mengakui ketika di awal perkahwinan mereka penuh dengan perkara pahit untuk dikongsikan, akhirnya pujukan Norman Hakim, 39, agar isterinya, Memey Suhaiza, 27, bersabar dengan situasi tersebut, akhirnya membuahkan hasil yang manis.

Siapa sangka mereka sudah empat tahun menyulam kasih sebagai suami isteri dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 2, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 5 bulan yang cukup comel. Walaupun sudah lama berkahwin, jelas terpancar lagi rasa cinta yang cukup mendalam antara Norman dan Memey.

Klik gambar untuk size besar


25 September 2015

INSIDEN REMPUHAN DI MINA - NABIL AHMAD SELAMAT



Semua sedia maklum bahawa pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad atau nama sebenarnya Ahmad Nabil bin Ahmad, 32, kini sedang berada di Makkah bagi mengerjakan ibadah haji.

Dan baru-baru ini telah berlakunya satu insiden rempuhan sewaktu jutaan umat Islam menunaikan ibadah Melontar Jamrah di Mina. Insiden tersebut setakat ini telah mengorbankan 453 orang.

Nabil bagaimanapun memberitahu yang dia dalam keadaan selamat sewaktu berlaku insidennya tersebut.

Klik gambar untuk size besar


24 September 2015

9 GAMBAR & VIDEO - SEKITAR MAJLIS ULANGTAHUN ISTERI AC MIZAL



Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis ulangtahun Datin Emylia isteri kepada Dato' AC Mizal.

Keluarga, sahabat dan pekerjanya telah membuat surprise party buat Datin sempena hari lahirnya. Wah... untunglah Datin!

Layanzzz...

Klik gambar untuk size besar


GAMBAR MENARIK - BABY BUMP PERTAMA SYEERA, ISTERI FAD BOCEY



Baby bump pertama Syeera atau nama sebenarnya Nur Syahirah A. Rahman, 21, sudah mula kelihatan.

Usia kandungan isteri kepada Fad Bocey atau nama sebenarnya Muhamad Fadzlie Bin Mohd Nizam, 24, ini sudah masuk 4 bulan sejak disahkan mengandung anak kembar sekitar Mei yang lalu.

Untuk rekod, Fad atau nama sebenarnya Muhamad Fadzlie Bin Mohd Nizam telah bernikah dengan Syaheera pada 14 Mac lalu di kediaman pengantin perempuan di Jitra, Kedah.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


4 GAMBAR + VIDEO - NAMA ANAK KEDUA FARAH AF2



Jika pada laporan awal lalu, Farah AF2 atau nama sebenarnya Farah Diana Anuar hanya memberi maklumat anak keduanya lahir pada 13 September lalu dengan seberat 3.45 kilogram... terkini menerusi IGnya, dia telah memberitahu nama anak perempuannya yang kini berusia 11 hari itu.

Nama yang diberi buat anak perempuannya kali ini ialah Mya Johan.

Sebelum ini Farah dan Johan Johari telah dikurniakan anak sulung perempuan iaitu Elsa Johan.

Klik gambar untuk size besar


"SAYA HARAP AKAUN PALSU INI DIPADAMKAN" - LISA SURIHANI



Tidak sampai beberapa jam Lisa Surihani memperkenalkan nama anaknya di hari ketujuh kelahiran puteri sulungnya, sudah pun wujud akaun Instagram palsu yang dicipta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kira-kira 2 jam dia memuat naik post memperkenalkan nama anaknya sebagai Yahaira Leanne, Lisa terus mendedahkan satu post gambar menunjukan akan palsu yang dicipta untuk anaknya tanpa pengetahuannya dan Yusry.

Klik gambar untuk size besar


23 September 2015

BANTU RUMAH KELUARGA MISKIN - NEELOFA DERMA RM10,000



Rasanya tidak ramai kalangan artis atau selebriti yang sanggup mengeluarkan duit sendiri berjumlah puluhan ribu ringgit untuk membantu keluarga miskin. Tetapi kalau membeli rumah mewah atau kereta mewah memang ramai yang sanggup sampai bergolok bergadai. Heh.

Bagaimanapun, baru-baru ini Neelofa telah tampil menyerlahkan kemurahan hatinya untuk menderma RM10,000. Wang tersebut adalah bagi membantu pembinaan rumah sepasang suami isteri di Pasir Mas Kelantan yang tidak mampu menyiapkan rumah mereka hampir sedekad. 



ISU KHALWAT - MAHKAMAH PERINTAH SHAH JASZLE BELA DIRI



Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling semalam telah memerintahkan pelakon Shahrizal Jaszle membela diri atas tuduhan melakukan khalwat dengan seorang pegawai bank, Farah Nurizzati Salleh, 23, pada 16 Mei 2013.

Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujudnya elemen kes yang boleh disabitkan kesalahan terhadap tertuduh.

Sehubungan itu, Abd Halim memerintahkan Shahrizal atau sebelum ini dikenali dengan nama Shahz Jaszle membela diri sama ada secara memberi keterangan bersumpah, keterangan tidak bersumpah atau berdiam diri.

Klik gambar untuk size besar


4 GAMBAR - NAMA PUTERI LISA SURIHANI & YUSRY KRU



Menerusi Instagram pasangan Lisa Surihani dan Yusry KRU, mereka berdua telah mengumumkan nama puteri sulung mereka.

Lisa dan Yusry telah sepakat menamakan puteri mereka dengan nama Yahaira Leanne yang membawa maksud 'wahai sebaik-baik kelembutan'.

Difahamkan, sehingga kini hanya dua keping gambar anak comel mereka dibenarkan keluar di laman sosial.

Klik gambar untuk size besar


22 September 2015

"INSYA-ALLAH KALAU ADA REZEKI, PASTI ADA" - PUTERI SARAH



Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan cahaya mata, begitulah dengan situasi Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof yang ingin memiliki anak setelah dua tahun mendirikan rumah tangga.

Dalam temubual terbaru bersama media selepas pembukaan butik baru beliau di Bangsar, Sarah memberitahu yang kehidupannya semakin bahagia bersama pengarah terkenal, Syamsul.

Sebelum ini, ada khabar yang mengatakan pasangan ini mengalami masalah rumah tangga nyata hanya cakap-cakap mereka yang tidak tahu kisah sebenar kehidupan mereka. Selain itu, Sarah dan Syamsul juga sering ditebak dengan soal cahaya mata.

Klik gambar untuk size besar


GAMBAR + VIDEO - BIRTHDAY PERTAMA SI KEMBAR NURUL SYUHADA NURUL AIN



Semalam merupakan birthday pertama si kembar iaitu Raja Abdul Mateen (lelaki) dan Raja Nour Emaan (perempuan) anak kepada Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain dan Raja Amir Syah Raja Azwa.

"When you were born, so cute and beautiful. My life changed so much, and time was endless. You grew up side by side and played and grew, Happy Birthday to my beautiful twins," tulis Nurul di laman IGnya.

Layanzzz...

Klik gambar untuk size besar


6 GAMBAR - AKSI MANJA ABBY ABADI BERSAMA SUAMI KETIKA MAJLIS BERTANDANG



Gembira melihatkan kehidupan Abby Abadi yang kini dipenuhi dengan bunga-bunga cinta bersama suaminya Jai Ezzany. Pernikahan kali ketiga di dalam sejarah hidupnya ini diharapkan akan berkekalan sehingga hujung nyawa.

Di saat ini, sudah tentu pasangan Abby dan Jai ini sedang dilamun cinta memandangkan koleksi gambar mereka yang dikongsikan di laman Instagram masing-masing menunjukkan mereka sepertinya tidak boleh dipisahkan, lebih-lebih lagi dengan status manja Abby yang kadang kala menimbulkan kontroversi.

Klik gambar untuk size besar


7 GAMBAR - GELAGAT JONAH ANAK JACLYN VICTOR



Gambar terkini Jonah Joshiah Rivera anak kepada Jaclyn Victor, 37, dan suaminya Shawn Rivera, 41, yang lahir pada 24 Ogos lalu.

Untuk pengetahuan anda, cahaya mata pertama mereka telah pun masuk usia 4 minggu.

"Our baby boy Jonah, fast asleep after his feed. He is growing steadily (4 weeks old today) and we are excited. Still can't believe he is here. My lil sweetheart," tulis Jaclyn di laman IGnya.

Jom tengok !

Klik gambar untuk size besar


21 September 2015

NAS ADILA BAKAL BERKAHWIN DENGAN ALIFF DISEMBER INI



Jika sebelum ini, Nas Adila pernah digosipkan dengan Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah, terkini bekas Akademi Fantasia musim ke-7 akhirnya akur dengan jodoh dengan lelaki yang cukup akrab di sisinya iaitu Aliff Razali pun seorang bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6.

Aliff mengotakan kata-katanya seperti temubual yang pernah dilakukannya bersama Allahyarham Mama Juwie tahun lalu untuk mengahwini Nas Adila pada tahun ini.

Kenal lebih enam tahun, mereka kemudiannya menjalin percintaan tiga tahun selepas itu. Dalam tempoh percintaan itu, hubungan mereka pernah putus seketika dan kini ia bertaut kembali.

Klik gambar untuk size besar


27 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS RESEPSI KALI KE-2 RAMONA ZAMZAM



Malam semalam telah berlangsungnya majlis resepsi Ramona Zamzam dan pasangannya Rami Alashkar di Kelab Impiana Shah Alam.

Enjoyzzz...

Klik gambar untuk size besar


SUAMI UMIE AIDA DIDAKWA SABOTAJ NEGARA



Pada Jumaat lepas, Datin Seri Umie Aida memuat naik satu gambar di Instagram dengan kapsyen mendoakan suaminya, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang ditahan polis.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Tan Sri Khalid Abu Bakar, tindakan suami Umie itu merupakan satu bentuk sabotaj yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara.

Khalid berkata, Khairuddin seharusnya memberi ruang dan peluang kepada agensi-agensi penguatkuasa tempatan untuk menjalankan siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Klik gambar untuk size besar


"KAMI BAKAL NIKAH AWAL TAHUN HADAPAN" - ANZALNA NASIR



Jika sebelum ini, Anzalna Nasir berdiam diri mengenai tarikh perkahwinan beliau, terkini menerusi rancangan H!Live Apa Kata Malaysia malam semalam akhirnya mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan kekasih Hanif Zaki pada awal tahun hadapan.

Di dalam program kendalian pengacara terkenal, Aznil Nawawi itu, Hanif turut memberitahu beliau dan serta Anzalna akan bertunang dan bernikah pada hari yang sama.

"Insya-ALLAH, majlis tunang dan nikah akan diadakan pada tarikh sama. Bukan tidak mahu buat pada tarikh lain, tetapi jadual Anzalna yang padat. Saya faham. Majlis nikah, tunang dan resepsi kedua-dua pihak akan diadakan di Kuala Lumpur kerana kedua2 keluarga kami menetap di sini," ujar Anzalna dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar


GAMBAR TERKINI HAYLA, ANAK PEREMPUAN WAWA ZAINAL & AERIL ZAFREL



Menerusi laman IG Aeril Zafrel, dia telah sudi berkongsi gambar terkini anak keduanya yang diberi nama Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.

Isterinya, Wawa Zainal melahirkan anak kedua mereka pada 18 Ogos lalu dengan seberat 2.84 kilogram.

Sebelum ini mereka telah dikurniakan anak sulung lelaki iaitu Ahmad Fakhruddin Attar.

Klik gambar untuk size besar


2 GAMBAR - NAMA ANAK KEDUA ASHRAF MUSLIM



Menerusi laman IG Ashraf Muslim, dia telah memberitahu nama penuh anak keduanya yang lahir pada 14 September lalu.

"Assalammualaikum. Nama sy ADAM ASHRAF BIN MOHD ASHRAF," tulis Ashraf di laman IGnya.

Difahamkan, semalam anak lelaki Ashraf telah tahnik oleh Habib Ali Zainal Abidin di Masjid TTDI. Dulu anak pertamanya, Sarah juga tahnik dengan Habib.

Klik gambar untuk size besar


"INSYA-ALLAH, SAYA BAKAL BERKAHWIN TAHUN HADAPAN" - SHAH ISKANDAR



Akhirnya gambar Shah Iskandar bersama kekasih berkunjung ke Registry Of Muslim Marriage (ROMM) di muat naik olehnya beberapa hari lepas mencetuskan tanda tanya terjawab apabila Shah bakal menamatkan zaman bujang bersama Siti Sarah Mohd Noor sekitar tahun hadapan.

Menurut Shah, dia mula berkenalan dengan Sarah kira-kira dua tahun lepas dan mereka mula rapat sejak beberapa bulan lalu dan sudah dapat merasakan keserasian bersama. Malah, Shah nampaknya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

"Insya-Allah kami akan berkahwin awal tahun hadapan. Kami akan pergi kursus kahwin di Singapura tak lama lagi.

Klik gambar untuk size besar


ROZITA CHE WAN TAK SERIK JADI JURI AF2015



Semua sedia maklum mengenai kisah penarikan diri Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta daripada menjadi pengkritik Akademi Fantasia 2015. Ini semuanya kerana Edry tak berpuas hati dengan komen jujur oleh Che Ta terhadap pelajar AF2015.

Tidak kurang juga yang mendakwa ini semua adalah drama yang sudah di aturkan oleh pihak produksi daripada awal untuk menghangatkan lagi suasana Akademi Fantasia kali ini kerana sejak awal lagi, ramai yang kurang senang dengan cara Che Ta memberikan komen.

Dihimpit pelbagai kontroversi mengenai perkara tersebut, Che Ta bagaimanapun memberitahu beliau sama sekali tidak serik dengan keputusan tersebut.

Klik gambar untuk size besar


"SAYA MAAFKAN ORANG YANG MENGHINA SAYA" - AMELINA



Sebelum ini, Amelina memberitahu mengenai dirinya yang masih tidak bersedia mengenakan hijab memandang ekonominya yang belum stabil.

Disebabkan kenyataan itu, Amelina telah mendapat pelbagai reaksi berbaur. Ada yang mendoakan yang terbaik untuknya dan tidak kurang juga komen yang menghinanya dengan begitu teruk.

"Saya masih beragama Islam dan tidak terpesong daripada akidah. Saya tahu kewajipan saya sebagai umat Islam di muka bumi ini. Apabila perkara ini terjadi, ia seolah-seolah menggambarkan diri saya seorang wanita yang jahat dan jahil tentang hal agama”

Klik gambar untuk size besar


"JANGAN KAITKAN ISU SEKSI DENGAN AGAMA" - TASHA SHILLA INGIN JADI DIRI SENDIRI



Tahun ini Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak sering dihimpit pelbagai kontroversi daripada dikatakan mabuk dan mengganggu teman wanita bekas kekasihnya di sebuah kelab malam sehinggalah cara pakaian beliau yang agak seksi dan melampau.

Walaubagaimanapun, menurut Tasha beliau hanya ingin menjadi diri sendiri dan percaya setiap kritikan yang diterima adalah harga yang perlu beliau bayar apabila menjadi artis. Pasti sahaja ada mata yang ingin mencari kesalah beliau dan setiap perkara beliau lakukan mendapat perhatian ramai.

Klik gambar untuk size besar


20 September 2015

ADIK IPAR DITAHAN - ERMA FATIMA TURUT RASA TERKESAN



Semua sedia maklum bahawa suami kepada Datin Paduka Umie Aida iaitu Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Suami Umie Aida yang juga merupakan mantan Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan ditahan oleh sepasukan polis yang datang ke rumah mereka malam kelmarin.

Berita itu disahkan sendiri oleh Umie menerusi kapsyen dan sekeping foto yang menampakan suaminya sedang tersenyum di kawasan rumahnya ketika ditahan.

Klik gambar untuk size besar


JOHAN AS'ARI KINI LEBIH POSITIF SELEPAS PULANG DARI MERANTAU



Selama dua bulan mendalami ilmu agama di India membuatkan Johan As'ari tidak dapat menahan rindu kepada keluarganya dan pulang ke tanah air.

Bagaimanapun, kepulangan Johan kali ini adalah dengan perubahan positif dan lebih matang.

"Banyak pengalaman baru saya perolehi di India. Selain tentang agama, saya juga berjumpa rakan-rakan baru dari seluruh dunia. Dalam masa yang sama dapat juga rehatkan diri dan segarkan semula fikiran.

Klik gambar untuk size besar


FIZO OMAR BERHARAP DIKURNIAKAN ZURIAT



Sudah dua tahun mendirikan rumahtangga Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 30, mengakui dia sememangnya menginginkan zuriat namun dalam masa yang sama menyerahkan perkara berkenaan kepada ketentuan Tuhan selain turut berikhtiar bagi mendapatkan zuriat.

Dalam masa sama, Fizo berharap agar peminat dan juga orang ramai dapat sama mendoakan dia dan juga isterinya, Mawar Abdul Karim agar segera beroleh cahaya mata.

Klik gambar untuk size besar


"SAYA PERNAH DITAWAR HARGA TINGGI JIKA BUKA TUDUNG" - LUFYA OMAR



Sejak membuat keputusan untuk berhijab iaitu pada 2 Februari lalu, Lufya Omar, 30, berkata yang dia pernah diuji apabila ditawarkan bayaran lumayan asalkan dia sanggup membuka tudung.

Sebelum ini Lufya berkata yang kerja lakonan yang ditawarkan tidak lumayan seperti yang diterima selepas dia berhijab dan menyifatkan perkara itu mungkin salah satu ujian oleh Allah kepadanya.

"Selepas berhijab, ada beberapa produksi yang menawarkan saya berlakon tetapi dengan syarat saya perlu berlakon tanpa tudung dan bayarannya juga lumayan.

Klik gambar untuk size besar


"RUMAH TANGGA KAMI TIADA MASALAH" - PUTERI SARAH



Hanya kerana Puteri Sarah Liyana, 29, sudah lama tidak dilihat bersama suaminya Syamsul Yusof, ada yang mengatakan rumah tangga mereka sedang bermasalah.

Namun dakwaan tersebut telah ditepis oleh Sarah dan dia juga menegaskan bahawa dirinya sangat bahagia menikmati alam rumah tangga yang dibina lebih setahun lalu bersama suami tercinta.

"Mana dengar cerita ini. Rumah tangga kami bahagia saja, ..kami sangat mencintai antara satu sama lain.

Klik gambar untuk size besar


19 September 2015

SUAMI DITAHAN POLIS - UMIE AIDA ANGGAP SEGALA YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA



Menerusi akaun Instagram Datin Seri Umie Aida, suaminya, Datuk Khairuddin Abu Hassan telah ditahan polis di kediaman mereka petang semalam.

Menurut Umie Aida, suaminya telah dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi dan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan.

"15 orang anggota polis tiba di kawasan rumah, lima hingga enam orang anggota polis naik ke rumah dan yang lain-lain di bawah.

Klik gambar untuk size besar


PELAKON MIMI LANA & NATASHA ELYZZA DITAHAN POLIS?



Kecoh di laman sosial mengenai dua pelakon wanita iaitu Mimi Lana atau nama sebenarnya Mimi Rozaina Zainal Abidin, 20, dan Natasha Elyzza Rohishim, 21, yang didakwa ditahan polis kerana memiliki ganja.

Menerusi laporan polis yang tersebar di laman sosial, Mimi dan Natasha turut ditangkap bersama seorang lagi rakannnya.

Menurut laporan polis tersebut, pihak polis telah menjumpai beg kertas bertulis 'pedro' mengandungi dua paket plastik lutsinar tiap-tiap satu mengandungi ketulan mampat berisi bahan disyaki ganja (66 gram) di dalam almari baju.

Klik gambar untuk size besar