30 January 2015

GARA2 KES DADAH - ALBUM KOLEKSI 50 LAGU2 SLAM KINI TOP 10 ITUNES



Memang agak susah untuk kita melihat album Melayu memasuki carta top 10 Itunes kerana sebelum ini hanya lagu Inggeris, Cina dan lain-lain sahaja yang memonopoli carta tersebut.

Bagaimanapun, dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan kemampuan album koleksi 50 lagu-lagu slam yang menduduki carta nombor enam (6) semalam sebagai album Melayu paling top di Itunes (www.apple.com/my/itunes/charts/).

Selain album Slam, album Zikir Terapi Diri daripada Hafiz Hamidun turut tersenarai hari ini sebagai top 10 di carta Itunes.

Klik gambar untuk size besar


7 GAMBAR - AKSI 'PIRATE & ASTRONAUT' ANAK NURUL WAHAB



Gambar dan aksi terkini newborn baby Nurul Wahab Depp yang diberi nama Raphael Depp yang dirakamkan oleh CAMORA ARTS berkonsepkan 'PIRATE THEME' dan 'ASTRONAUT THEME'.

Meskipun melalui pelbagai kepayahan sebelum dan ketika melahirkan Raphael, namun nampaknya Nurul makin bahagia dengan kelahiran anak keduanya bersama Eric itu.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


DAKWAAN MILIKI DADAH - ZAMANI MENGAKU TIDAK BERSALAH



Zamani Slam, 43, dan Nur Juliana Abdul Rani,32, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah.

Mereka berdua membuat pengakuan itu semalam selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.

Mengikut pertuduhan, penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu dan Nur Juliana didakwa bersama-sama dalam milikan mereka dadah jenis heroin anggaran berat 1.20 gram di sebuah rumah di Jalan Enggang Timor 1, Taman Keramat dekat sini, pada 12.30 malam, 21 Januari 2015.



29 January 2015

5 GAMBAR - SALIMA HABIBI (AF4) LAHIRKAN BAYI LELAKI



Salima Habibi atau Salima (AF4) telah selamat melahirkan anak pertamanya pada 26 Januari lalu. Bayi lelaki itu lahir secara normal pada jam 5.49 petang dan seberat 3.2Kg.

Artikel terdahulu:

Untuk info, anak tersebut adalah hasil perkahwinannya dengan Ustaz Syed Kadir.

Meskipun pada awal perkahwinan Salima bagai dihimpit kontroversi kerana menjadi isteri kedua, namun terkini hubungannya dengan madu dan anak tirinya dilaporkan amat baik dan bertambah erat.

Klik gambar untuk size besar


14 MAC 2015 TARIKH KAHWIN TERBARU HANEZ & ROMIE?



Tarikh perkahwinan antara Hanez Suraya dan tunangnya Romie Razin Adilha kemungkinan telah dipercepatkan.

Info terkini yang disampaikan melalui laman pembuat kad perkahwinan mereka ialah pada 14 Mac 2015.

Jika benar tarikh baru tersebut, maka ia bermakna info yang disampaikan sebelum ini iaitu akan kahwin enam bulan selepas bertunang termasuk info pada bulan Mei tinggal gosip semata-mata. Ya lah... kalau nak kahwin cepat apa salahnya yak tak?

Klik gambar untuk size besar


IMPIAN JADI KENYATAAN - LISA SURIHANI SAH MENGANDUNG



Selepas tiga tahun menunggu, akhirnya Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim bakal bergelar ibu bapa apabila teka-teki mengenai kehamilannya terjawab. Yusry tanpa berselindung telah mengesahkan kebenarannya gosip tersebut.

"Kami sudah berbincang mengenai perkara ini dan ya, dia sudah mengandung. Cuma ia masih terlalu awal dan sebab itu kami tidak mahu kecoh," kata Yusry.

Tambahnya, meskipun pelbagai teori timbul berikutan gosip tersebut kononnya dia dan Lisa berdiam diri kerana terikat kontrak eksklusif dengan stesen TV.

Belajar dukung baby - Klik gambar untuk size besar


ISU 'QARI' PEGANG KEPALA: "DIA SAUDARA SAYA" - NEELOFA



Setelah mendiamkan diri apabila teruk dihentam di laman sosial akibat isu kepalanya disentuh oleh seseorang yang dipercayai Qari, akhirnya pelakon dan pengacara, Neelofa tampil mempertahankan diri.

Sambil menyifatkan isu tersebut terlalu diperbesar-besarkan tanpa mengetahui kisah sebenar, Neelofa mendakwa, lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudaranya yang berasal dari Pakistan. Mereka bertemu ketika dia hadir ke majlis perkahwinan sepupunya baru-baru ini.

"Tindakan dia (Qari) memegang kepala saya bukan dengan niat tertentu sebaliknya ia secara spontan dan juga merupakan budaya masyarakat Pakistan menyapa sanak-saudara dan bertanya khabar.

Klik gambar untuk size besar


28 January 2015

ISU SERANG & CEKIK - MAS IDAYU SEKADAR BERGURAU DENGAN ZUAN



Masihkah anda ingat dengan kes gempak penyanyi dangdut, Mas Idayu mencekik dan menyerang pengacara belakang pentas Mentor Legend, Zuan Azmi yang terkenal dengan slot 'bikin panas' di Melodi pada Ahad?

Kata Zuan, nasib baik perempuan... kalau Mas Idayu lelaki memang dia sudah lawan balik sebab dia diajar untuk hormat perempuan.

"Bukan setahun dua jadi artis, masih tidak tahu untuk bersikap professional," ujar Zuan dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun semalam, Mas Idayu menafikan ada berniat tidak baik tergadap Zuan. Dia sebaliknya mendakwa hanya sekadar bergurau sahaja.



SEPI & MENAKUTKAN - 2009 TAHUN 'GELAP' ANUAR ZAIN



"Saya pernah mengalami zaman suram pada 2009 apabila karier nyanyian saya seolah sepi tanpa sebarang undangan. Ketika itu ia agak menakutkan hingga saya terfikir apakah diri saya ini masih diperlukan dalam industri ini atau tidak," demikian luahan Anuar Zain mengenai kehidupan sebagai anak seni yang menjadi rahsianya selama ini.

Menurut penyanyi itu lagi, akibat tiada undangan dan sebarang 'job', dia jadi buntu dan tidak tahu sama ada mahu meneruskan kerjaya dalam bidang seni atau tidak.

"Akibatnya, saya pernah rasa nak berhenti menyanyi dan mahu buat sesuatu yang lain. Namun entah kenapa, benda lain yang saya cuba lakukan itu juga tidak menjadi.

Klik gambar untuk size besar


27 January 2015

14 GAMBAR - MANISNYA ANAK DARA SAIDA TARUDDIN



Gambar menarik anak gadis Saida Taruddin, kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza yang makin manis dan pandai bergaya seperti ibunya. Malah ada yang kata wajah anaknya itu mirip pelakon Nora Danish!

Meskipun menjadi ibu tunggal sejak Oktober 2011, namun Saida dilihat masih lagi solo walaupun tidak lama dulu ada gosip mengatakan dia sedang mengenali hati budi seorang duda.

"Alhamdulillah, saya sedang mengenali dirinya. Kini kami sedang menyelami hati budi masing-masing. Apa yang saya boleh katakan sekarang, saya hanya mahu 'go with the flow' dan mahu hubungan ini berjalan mengikut aturan langkah demi langkah (step by step)," ujar Saida baru-baru ini.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


3 GAMBAR - AKSI COMEL ENGKU ALEESYA



"Alhamdulillah... Semangat nak belajar tu ada... tapi lepas satu rakaat dah tumbang. Toleh belakang... dah sekiannnnn wabillahhhh," begitulah seloroh Erra Fazira mengenai ragam anak sulungnya Engku Aleesya ketika belajar sembahyang.

Kata orang... melentur buluh biarlah dari rebungnya ya tak?

Tahniah buat Erra!

Klik gambar untuk size besar


26 January 2015

EDDIE NAK RUJUK SEMULA - RAJA AZMI TERHARU, SERAH PADA TAKDIR



"Terkejut sangat. Tak sangka dia cakap macam itu dengan berani di televisyen. Dari situ Kak Mi nampak kesungguhannya. Sebelum ini dia ada pujuk supaya kami berbaik semula. Kak Mi selesa berkawan. Kami lebih mehamami (satu sama lain) kerana berkawan selepas bercerai.

"Apa pun Kak Mi pasrah pada ketentuan Allah. Tak mahu menafikan kami takkan rujuk. Buat masa ini Kak Mi masih dalam dilema," demikian ujar Raza Azmi dipetik sebagai berkata mengenai pujukan bekas suaminya untuk rujuk semula melalui program Melodi.

Apa yang menarik, Raja Azmi telah mengalirkan air mata kerana terharu dengan kesungguhan Eddie.

Saat bahagia - klik gambar untuk size besar


15 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS BABY SHOWER ZAREMA & AIDIL ZAFUAN



Waahhh... bukan main meriah lagi majlis baby shower anak pertama Aidil Zafuan dan Zarema Zainal, siap ada game menghias perut lagi.

Selain dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat, majlis tersebut turut dihadiri oleh Nora Danish.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


14 GAMBAR TERKINI - WAJAH ANAK SHARIFAH ALEYA BERNAMA 'ALI'



"My heart, my love, my life, my world... Alhamdulillah," tulis Sharifah Aleya melalui IG selepas berkongsi gambar wajah anaknya.

Untuk rekod, Aleya pada 9 Januari lalu telah melahirkan anak lelaki seberat 2.53 kilogram secara normal di Universiti Malaya Specialist centre. Bayi itu baru-baru ini telah diberi nama Ali Abdullah.

Klik gambar untuk size besar


23 January 2015

VIDEO - NOSTALGIA ZAMANI 2005: ANTARA KARIER, CINTA DAN JODOH



Nostalgia wawancara myartis dengan zamani slam pada tahun 2005 mengenai karier, cinta dan jodohnya yang tidak kesampaian.

Ikhlasnya, Zamani merupakan artis yang tidak pernah sombong dengan sesiapa sahaja. Sifat mudah mesranya amat disenangi oleh ramai peminat, rakan dan wartawan.

Jom tonton!



VIDEONYA SELEPAS INI:

KES VIDEO - ZAMANI MAAFKAN PERAKAM & TAK AMBIL TINDAKAN



Zamani yang kini ditahan atas dakwaan dadah meminta isu rakaman video nyanyiannya sambil bergari tidak dipanjangkan dan berkata dia sudah memaafkan individu terbabit.

Berikutan keputusan itu, abangnya, Zulfazil Ibrahim, 50, dan keluarga akur dengan permintaannya dan tidak akan mengambil sebarang tindakan.

"Ketika beliau ditahan dan penyebaran video ini berlaku, saya langsung tidak tahu sehinggalah dimaklumkan oleh kawan.

Zamani - Klik gambar untuk size besar


KES VIDEO ZAMANI - ANGGOTA POLIS YANG RAKAM DIKENAL PASTI



Sudah dikenal pasti!

Demikian kata Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat mengenai penyebaran video bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 43, yang ditahan atas kesalahan dadah.

Sehubungan itu, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin seterusnya dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.



22 January 2015

JANGKITAN BRONKIAL - CHEF WAN DITAHAN DI HOSPITAL GLENEAGLE



Akibat dijangkiti Jangkitan Bronkial, Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau dikenali sebagai Chef Wan terpaksa ditahan di hospital.

Anak Chef Wan iaitu Serina Redzuawan telah mengesahkan berita tersebut menerusi akuan Instagram miliknya.

"Papa please get well soon.. rina & cucu papa doakan papa cepat sihat balik, so sad tak boleh melawat papa. Doktor tak benarkan.. sbb papa kena berehat tak boleh ada guest or family visit.

Klik gambar untuk size besar


ISU VIDEO ZAMANI - KETUA POLIS NEGARA JANJI SIASAT PERAKAM



Berikutan video Zamani Slam yang bergari dan kelihatan bagai dipaksa menyanyikan lagu 'Gerimis Mengundang', Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan melalui Twitter berjanji pihaknya akan segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap perakam yang memuat naik video tersebut.

"PDRM akan siasat dan ambil tindakan tegas terhadap mereka yang memuat naik video Zamani nyanyi semasa bergari," tulisnya di Twitter.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar


VIDEO - RAMAI BANTAH BILA ZAMANI SLAM MENYANYI SAMBIL BERGARI



Umum memang sedia maklum bahawa penyanyi kumpulan Slam iaitu Zamani telah ditahan polis atas dakwaan penyalahgunaan dadah. Malah lapor akhbar, Zamani sendiri mengakui telah terbabit dengan najis dadah sejak 10 tahun lepas.

Namun bukan kes itu yang kami mahu ketengahkan, tetapi mengenai sebuah video di mana Zamani menyanyi lagu 'gerimis Mengundang' dalam keadaan bergari. Ia bukan sahaja mengundang kemarahan ramai, malah ia turut menjadi viral di media sosial.

Ini kerana, rakaman video yang didakwa dirakam oleh seorang anggota polis itu mendapat bantahan orang ramai melalui hashtag #BantahTindakanPolisKpdZamani.

VIDEO YANG TERSEBAR

6 GAMBAR - BABY BARU AYU DAMIT BERNAMA 'SYED AQIF NAJMI'



Gambar anak ketiga Ayu Damit diberi nama Syed Aqif Najmi yang lahir pada 10 Januari lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur. Meskipun hanya sekeping, namun ia pastinya dapat mengubat hati para peminatnya yang tidak jemu mengirimkan ucapan tahniah.

Selain berkongsi dengan peminat, Ayu juga seolah menujukan gambar itu buat suami tersayang, Syed Fauzi Syed Baharuddin yang menyambut hari lahirnya semalam.

Klik gambar untuk size besar


ISU QU PUTEH: "CHEF WAN ADALAH MENTOR SAYA" - DR VIDA



Meskipun hati Dr Vida masih tabah apabila dicemuh segelintir masyarakat, namun yang membuat jiwanya sedih dan remuk ialah kritikan pedas daripada orang yang dianggapnya sebagai sahabat iaitu Datuk Chef Wan.

Antara kritikan Chef Wan melalui Instagram miliknya ialah dia terpaksa beralih ke ruang tamu sebaik melihat iklan Qu Puteh disiarkan ketika menonton Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29).

Malah Chef Wan juga telah memuat naik gambar lucu seolah memerli produk Qu Puteh apabila memakai bedak sambil makan mi segera. Jika dibayangkan lebih lanjut, mee yang terjulur itu juga ibarat Chef Wan 'muntah' disebabkan melihat iklan produk tersebut.

"Dia seharusnya tidak berbuat demikian kerana saya pernah berkunjung ke rumahnya (Chef Wan) semasa menjadi pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kira-kira 15 tahun lalu.

Klik gambar untuk size besar


21 January 2015

BUKAN MUDAH BERPOLIGAMI - BADE MASIH BELAJAR BERLAKU ADIL



Bukan mudah berpoligami!

Begitulah luahan hati Bade Haji Azmi bila disentuh soal perkahwinan keduanya dengan Aida Abdul pada awal tahun 2014 lalu. Menurut Bade, tanggungjawabnya sebagai suami bertambah besar selepas mempunyai dua buah keluarga.

"Saya kini dalam proses belajar untuk berlaku adil dalam menguruskan kedua-dua buah keluarga itu," ujarnya.

Klik gambar untuk size besar


20 January 2015

AZWAN ALI AHLI RUNNING MAN VERSI MALAYSIA?



Bila dengar nama Diva Azwan Ali bakal menyertai program berkonsepkan Running Man berjudul 'Lari' yang bakal ditayangkan di TV9 tidak lama lagi, pasti ramai yang tersenyum lebar.

Ini kerana, apa agaknya karenah Azwan melalui siri tersebut dan watak apakah yang bakal disamakan dengannya jika mengikut barisan selebriti Running Man yang sebenar. Mungkinkah Jong Kook? Heh.

Klik gambar untuk size besar


TOLAK JADI ARTIS: "KAMI BUKAN PEMINTA SEDEKAH" - CALIPH BUSKERS



Tirai Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) telahpun berlabuh kelmarin, namun beberapa isu dan kontroversi terus melanda program terbitan TV3 itu. Selain ada segelintir pihak yang mempertikaikan kemenangan lagu 'Apa Khabar', terdapat juga isu sokongan terhadap kumpulan pemuzik jalanan, Caliph Buskers.

Kesempatan mereka berkolaborasi dengan kumpulan Mojo di pentas final AJL29 kelmarin, tiba-tiba ada pihak yang tersalah anggap mendakwa semua pemuzik jalanan seperti mereka adalah peminta sedekah.

"Pandangan sesetengah masyarakat terhadap orang celik dan buta berbeza. Apabila kami busking, ada yang anggap kami ini peminta sedekah tetapi kami bersyukur selepas ditawarkan lesen oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kami terus membuat persembahan.

Klik gambar untuk size besar


7 GAMBAR - SEKITAR PERTUNANGAN ANGAH RAJA LAWAK & AMEERA



Tahniah diucapkan buat pelawak, pengacara dan pelakon Angah Raja Lawak atau nama sebenarnya Iskandarsah Bin Hashim kerana telah selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan kekasihnya, Ameera Asyura.

Untuk info, Majlis pertunangan tersebut telah berlangsung pada 17 Januari lalu.

"Assalamualaikum, firstly saya nak kongsikan kepada semua peminat 'moment' tunang saya dan juga puteri yang tercinta, dan di kesempatan ini juga saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan saya," demikian tulis Angah menerusi Instagramnya.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


SAH PEREMPUAN - ALIF SATAR TAK SABAR NAK TIMANG BABY



Berita gembira buat peminat Alif Satar apabila isteri penyanyi dan pengacara itu Sha Dila Halid bakal menimang anak perempuan. Ia disahkan oleh doktor apabila satu imbasan telah dilakukan baru-baru ini.

"Hey baby girl, i can't wait to kiss and sniff you.. hurry up already!

"Just started buying slowly.. M telling ya, there's alot of stuff to buy," demikian tulis Alif menerusi Instagramnya.

Klik gambar untuk size besar


19 January 2015

AJL29 - LAGU 'APA KHABAR' DINOBATKAN SEBAGAI JUARA



Ramalan segelintir pihak bahawa Alyah sengaja membuat kontroversi untuk meraih kemenangan melalui lagu 'Sesal Separuh Nyawa' nyanyian Alyah (Alfie Alwi & Aidil/Shah Shamshiri & Alyah) di Anugerah Juara Lagu ke 29 ternyata meleset.

Sebaliknya tanpa diduga, lagu irama Hip Hop 'Apa Khabar' ciptaan SonaOne dan Joe Flizzow muncul sebagai pemenang AJL29 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam. Selain trofi, mereka berdua turut memenangi wang tunai RM50,000.

Shila Amzah yang merajuk pada ABPBH2015 pula berjaya muncul sebagai naib juara dengan lagu berjudul 'Masih Aku Cinta' yang dicipta sendiri olehnya sekaligus membawa pulang trofi dan wang tunai RM35,000.

Klik gambar untuk size besar


17 January 2015

JEP SEPAHTU KEMBALI, SYJ PULA TERSINGKIR DI MLM 2014



Jep Sepahtu yang kembali ke pentas Maharaja Lawak Mega 2014 setelah mengidap demam denggi minggu lalu ternyata masih bertenaga untuk terus berjuang bersama Shuib. Dengan tema Trend Terkini dan Radio, mereka dilihat tetap berjaya mencuri hati penonton dan juga juri.

Bagaimanapun, perjuangan kumpulan SYJ yang dianggotai oleh Jihan Muse, Yassin dan Syuk berakhir semalam selepas menerima undian terendah di minggu kesepuluh.

Selain SYJ... Nabil dan Zero turut tersenarai sebagai peserta di kelompok tiga terbawah.

Klik gambar untuk size besar


16 January 2015

RUGI RM11,000 - KERANA MARAH, ALYAH LANGGAR KERETA RAMLI MS



Lepas satu... timbul pula satu lagi kontroversi yang melibatkan penyanyi Alyah apabila dia dikatakan merempuh kereta suaminya hingga remuk.

Semuanya gara-gara gambar kontroversi suaminya dengan seorang wanita yang pernah dimuatnaik oleh Alyah baru-baru ini. Akibatnya, Alyah mengaku dengan sengaja melanggar kereta milik suaminya, Datuk Ramli MS ketika perbalahan berlaku.

"Memang saya buat sebab masa itu saya sudah hilang kawalan. Kalau terlalu ikutkan marah dan kegagalan mengawal emosi pada hari itu mungkin habis benda lain pun saya langgar. Tapi perkara itu pun sudah lepas. Apa sebab sebenar biarlah kami berdua saja yang tahu," ujar Alyah dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Keratan akhbar - klik gambar untuk size besar


TAHNIAH - NURUL WAHAB LAHIRKAN BAYI LELAKI MELALUI PEMBEDAHAN



"Alhamdulillah.. alhamdulillah. . babyR has arrived! He was born on 15/1/15 - sharing birth date with the champion qabilambak what a coincidence! Thank you for all the prayers and I do really appreciate it," demikian kata Nurul Wahab selepas melahirkan baby keduanya bersama Eric Deep melalui pembedahan.

Untuk info, bayi yang diberi nama timangan ‘Baby R’ itu sepatutnya dilahirkan pada awal Februari, namun akibat pendarahan disebabkan uri berada di bawah rahim, maka Nurul terpaksa dibedah untuk mengelakkan masalah.

Pembedahan telah dilakukan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur dan bayi tersebut lahir seberat 2.45kg.

Klik gambar untuk size besar


DEMAM DENGGI - MAMPUKAH JEP SEPAHTU BERAKSI MALAM INI?



"Sebenarnya, sebelum saya disahkan terkena jangkitan denggi, saya sudah pun mengalami demam selama empat hari. Mula-mula saya hanya fikir, itu cuma demam biasa dan buat tidak kisah sahaja.

"Saya cuma makan ubat macam biasa dan tidak pergi mendapatkan pemeriksaan di hospital. Tetapi, ada rakan menasihatkan agar saya membuat pemeriksaan doktor kerana suhu badan pada waktu itu mencecah hingga 40.1 darjah Celsius," demikian kata Jep Sepahtu mengenai kesihatannya sejak seminggu lalu.

Bagi yang masih tertanya-tanya, inilah sebenarnya penyakit Jep yang menyebabkannya tidak muncul beraksi di pentas MLM2014 minggu lalu. Dia terpaksa cuti selama 10 hari dan pulang berehat di kampung halamannya disebabkan demam denggi.



INFO - DUNIA TERSEMBUNYI: 'ZAPIN API MENGUJI KEKEBALAN PENARI'



Dalam misi menyelongkar warisan dan tradisi unik dunia, episod Dunia Tersembunyi Sabtu ini (17 januari) di TV3 akan memaparkan khazanah bumi Sumatera, Indonesia yang pada asalnya merupakan sebuah simbolik, kini bersifat sebuah persembahan iaitu Tari Zapin Api.

Kru penggambaran Dunia Tersembunyi telah mengembara ke Pulau Rupat, Daerah Bengkalis, Riau, Sumatera, Indonesia demi menyaksikan keistimewaan tarian tersebut.

Diperkenalkan menerusi pedagang Arab pada abad ke-18, zapin mula berkembang sebagai seni rakyat sekitar tahun 60an. Seni yang pernah terkubur sekitar tahun 40an, kini muncul hasil inisiatif anak jati Pulau Rupat, Mohd Nor Yan Chik.

Klik gambar untuk size besar


AMELINA - BILA 'IKAN PULANG KE LUBUK'



Siapa sangka melalui gambar-gambar kandid yang kami rakam dan siarkan beberapa bulan lalu di Bangsar Shopping Centre (BSC), ia telah membuatkan nama Amelina kembali meletop dipersada seni.

Malah diusianya yang menjejak 40 tahun dan mempunyai enam orang cahaya mata, kehadiran kembali Amelina akhirnya diterima ramai apabila dia kembali merakamkan album dan dijemput ke sebuah majlis eksklusif pertunjukkan fesyen ‘Tekat’ di mana dia diberikan penghormatan mendendangkan lagu duet Seri Langkat bersama Sabhi Sadhi.

Difahamkan, bukan calang-calang jemputan yang menyaksikan persembahan tersebut. Antaranya ialah Sultanah Terengganu, DYMM Sultanah Nur Zahirah dan Tengku Putri Jawaher dari Negeri Sembilan termasuk para kenamaan serta selebriti terkenal tempatan yang menyaksikan ‘comeback’ Amelina.

Klik gambar untuk size besar - Foto majalah Nona


15 January 2015

DIANA RAFAR FAIL PENCERAIAN TERHADAP ZAMARUL HISHAM



Nampaknya, badai penceraian terus melanda rumah tangga artis kita di tahun baru 2015. Terkini, Diana Rafar telahpun memfailkan perceraian ke atas Zamarul Hisham sekitar jam 1.00 petang tadi di sebuah mahkamah di Shah Alam, Selangor.

"Saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami lagi buat masa ini. Saya reda dengan apa yang terjadi," ujar Diana dipetik sebagai berkata kepada Berita Harian Online.

Terdahulu, ditanya oleh media mengenai perubahannya kini yang sudah mengenakan tudung, kata Diana di sebalik dugaan hidup yang dia lalui termasuk kisah rumah tangga yang sering menjadi buruan, dia sedar ini semua ujian Tuhan untuk dia jadi lebih kuat.

 klik gambar untuk size besar


12 GAMBAR - NORMAN BAWA MEMEY BERCUTI AWAL SEBELUM BERSALIN



Semua orang tahu bahawa Memey Suhaiza, 26, kini sedang hamil lima bulan anak keduanya bersama Norman Hakim.

Nah sebagai menenangkan fikiran dan bercuti awal sebelum melahirkan serta berpantang, Norman telah membawa isteri kesayangannya itu bercuti menaiki cruise dari Pulau Pinang, Phuket hingga ke Krabu.

Cayalah Norman!

Klik gambar untuk size besar


DAPAT BAYI LELAKI - JANGKITAN PUNCA ISTERI BLACK BERSALIN AWAL



Rezeki tahun baru!

Begitulah halnya dengan penyanyi Black dan isterinya, Cira yang menimang cahaya mata pertama jam 7.48 petang kelmarin. Apa yang mengembirakan, mereka dikurniakan bayi lelaki yang sihat seberat 2.09KG.

"Air ketuban isteri saya pecah awal kerana terkena jangkitan. Dia sakit dalam dua hari juga. Selepas dua hari, petang semalam barulah rahimnya terbuka.

"Ketika lahir anak saya tidak menangis dan memberikan respon walaupun ditepuk. Hampir 10 minit jugalah doktor yang bertugas berusaha. Ketika itu, saya rasa sangat resah dan 10 minit kemudian barulah terdengar tangisannya. Saya tergamam hingga tidak mampu berkata apa-apa.



URI BAWAH RAHIM & PENDARAHAN - NURUL WAHAB MASUK WAD KECEMASAN



"Takut… Mana tak takutnya… Uri ke bawah ni, macam-macam hal boleh jadi," begitulah kata Nurul Wahab atau lebih mesra dengan panggilan Nurul Deep.

Meskipun tarikh kelahiran bayi keduanya bersama Eric Deep pada Februari, namun masalah pendarahan disebabkan uri berada di bawah rahim menyebabkan dia terpaksa berkejar ke hospital seorang diri Ahad lalu.

"Okay tak nak fikir pasal macam-macam hal yang negatif tu. Apa yang aku tahu sekarang ni, selawat banyak, dok baca/dengar surah yassin dan berdoa banyak-banyak. Semoga Allah permudahkan dan memberi pengakhiran yang baik-baik sahaja selepas segalanya selesai nanti," tulis Nurul yang dinasihati doktor agar berehat secukupnya.

Klik gambar untuk size besar


14 January 2015

9 GAMBAR - MAJLIS AQIQAH & HARI LAHIR ANAK JOHAN & OZLYN



Waaahhh... anak yang sambut hari lahir serta majlis Aqiqah, tapi Johan dan Ozlyn pula yang melaram macam pengantin baru layaknya.

Untuk info, majlis Aqiqah tersebut adalah untuk anak mereka yang baru lahir iaitu Nur Latifah Chantiq termasuk disekalikan dengan sambutan hari lahir anak mereka iaitu Ahmad Haziq, 2 tahun.

Klik gambar untuk size besar


7 GAMBAR - GELAGAT SI KEMBAR SEPASANG NURUL SYUHADAH



Gelagat terkini anak kembar sepasang Nurul Syuhada Nurul Ain dan suaminya Raja Amir Shah Raja Azwa. Nampaknya, makin besar kembar yang bernama Raja Abdul Mateen (lelaki) dan Raja Nour Emaan (perempuan).

Malah mereka juga nampak gembira bila dibawa bersiar-siar oleh ibu bapanya sekitar bandaraya Kuala Lumpur hinggalah ke Pulau Pinang.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


PELAKON RIEZMAN KHUZAIMI BERCERAI TALAK SATU



Sudah tiada jodoh!

Demikianlah halnya dengan pelakon Riezman Khuzaimi yang sah bercerai talak satu dengan isterinya, Kartina Ayoob di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Selangor petang semalam.

Riezman atau nama sebenarnya, Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 45, telah melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin dalam keadaan sebak selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkannya.



13 January 2015

3 GAMBAR - AKIM PERGI UMRAH BERSAMA 'GELFREN'



Waahhh... boleh tahan Akim ni bergurau mengenai 'girlfriend'. Kami fikir Stacy yang ikut Akim ke Tanah Suci Mekah tadi... rupa-rupanya ibu tersayang.

Meskipun gagal melayakkan diri ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL), namun rezeki manusia siapa tahukan? Menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebenarnya satu hadiah lebih besar daripada Allh SWT buat Akim.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


KES REBUT RAMLI MS - ALYAH PERNAH KENA TOLAK DI HOTEL?



Ada yang memberi kata-kata semangat dan ada juga yang mengutuk Alyah berikutan pendedahan dan penafian cerita 'kahwin' melibatkan suaminya Ramli MS.

"#throwback semoga diberi peluang untuk aku ke sana lagi. Hanya Dia yang Maha mengetahui," demikian ujar Alyah melalui entry terbarunya di Instagram.

Entry yang berbentuk video itu memaparkan kenangan dia melakukan umrah di Mekah. Peliknya, gambar dia berdua atas katil dengan Ramli MS semalam sudah dipadam (delete).

Mungkihkah Alyah memberi pembayang yang dia rindukan Mekah dan mahu ke sana untuk berdoa bagi menenangkan fikiran?



BERTUNANG FEBRUARI INI - HAFIZ SUIP AKUI SUDAH MERISIK



Jika baru-baru ini hanya kami yang melaporkan bahawa Penyanyi Mohd Hafiz Suip 25, telah melangsungkan majlis merisik secara senyap-senyap, tetapi pada 27 Februari ini, satu majlis pertunangan pula akan diadakan.

Difahamkan, majlis tersebut bakal diadakan di Hotel Pullman Kuching, Sarawak;

Artikel terdahulu: "Sebelum ini upacara merisik telah diadakan di rumah bakal tunang saya di Kuching, Sarawak pada 21 Disember tahun lalu.

Klik gambar untuk size besar


12 January 2015

KES PUKUL TUTUP - MANGSA AMUK MAAFKAN ALIFF AZIZ



Masihkah anda ingat dengan kes amuk kononnya disampuk tapi rupanya mabuk yang melibatkan penyanyi Aliff Aziz Disember lalu? Amukan tersebut telah menyebabkan Pengurus Jabatan Kontrak yang dikenali sebagai Ismail Mahtar cedera hingga patah tulang bahu.

Bagaimanapun, tindakan pantas Aliff membuat permohonan maaf pada Ismail yang berhasrat menyamannya telah menyelamatkan penyanyi itu. Kini semuanya telah selesai tanpa melibatkan mahkamah.

Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih!

"Saya ingin membuat kenyataan di sini bahwa saya telah menghubungi abang Ismail (mangsa) dan memohon maaf kepada beliau. Saya juga telah terangkan kepada beliau bahwa saya memang tidak berniat langsung mahu menyerangnya tetapi kejadian berlaku dalam keaadan saya tidak sedar.

Klik gambar untuk size besar


SELEPAS BEBERAPA JAM - ALYAH NAFI SUAMINYA KAHWIN LAIN



Ini perkembangan terbaru yang kami terima!

Selepas beberapa jam pengakuan Alyah mengenai suaminya Ramli MS kahwin lain pada Berita Harian, tiba-tiba Alyah menafikan pula berita tersebut. Dakwa penyanyi itu, dia post gambar tersebut kerana sudah tidak mampu mengawal emosinya.

"Saya post pic tadi kerana saya sudah tak mampu mengawal emosi. Perempuan dalam pic Tu dari saya berkawan sampai saya dah berkahwin sering menganggu hubungan saya.

"Yang saya ucapkan pada sesiapa yang menghubungi saya untuk di temu bual adalah. Tahniah kepada perempuan tersebut kerana berjaya menghancurkan rumahtangga saya. saya tak pernah keluarkan kenyataan suami saya kawin dengan perempuan Tu.

GAMBAR TERBARU - Klik untuk size besar


11 January 2015

ALYAH KINI BERMADU - RAMLI MS KAHWINI SITI HAFILAH



Patutlah laman sosial Penyanyi Alyah sejak kebelakangan ini kata-katanya kelihatan seperti sedih dan seperti mahu mengetengahkan sesuatu yang tersembunyi. Rupa-rupanya, ada benda besar yang mahu disampaikan oleh penyanyi itu.

Dan hari ini, Alyah mengakui yang suaminya, Datuk Ramli MS sudah berkahwin lagi dengan wanita lain. Kira dia kini hidup bermadu!

Malah menerusi laporan Berita Harian hari ini, Alyah memberitahu yang dia sudah menghidu lama tentang berita perkahwinan suaminya. Difahamkan, madunya itu bernama Siti Hafilah Che Kar, dan dia mempunyai bukti bergambar mereka berdua (Ramli & Siti).

Klik gambar untuk size besar


10 January 2015

SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI?



Sebuah hartanah mewah bernilai RM2.1 juta milik Khairuddin Abu Hassan, terletak di Mont Kiara, Petaling, Selangor yang juga merupakan hadiah perkahwinan buat Umie Aida bakal dilelong pada hari ini di Hotel Istana oleh Ng Chan Mau & Co Sdn Bhd & CIMB Islamic.

Dokumen mahkamah tersebut hangat diperkatakan oleh blog blog politik menunjukkan yang Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) telah isytiharkan Khairuddin Abu Hassan muflis pada 14 Mei 2014 yang lalu, hari sama Mahkamah Tinggi Pulau Pinang keluarkan arahan serupa.

Untuk info, Khairuddin Abu Hassan adalah suami kepada Umie Aida, yang juga Naib Pengerusi UMNO Batu Kawan.



TAHNIAH - SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI



"Alhamdulillah, pada jam 5.55pg td (9.1.15), saya telah pun selamat melahirkan anak lelaki (2.5kgs) secara normal. Namanya InsyaAllah akan ditetapkan dan dikongsikan kelak. Terima kasih atas segala doa2 dan kata2 semangat anda semua. Alhamdulillah," demikian kata Sharifah Aleya melalui laman sosialnya.

Aleya yang juga bekas penyampai radio Hot FM, selamat melahirkan anak lelaki secara normal jam 5.52 pagi semalam.

Bayi lelaki seberat 2.53 kilogram itu lahir di Universiti Malaya Specialist centre, hasil perkongsian hidupnya bersama Mohammed Azam Abdullah atau Miko Abdullah sejak 11 Januari 2013.

Klik gambar untuk size besar


SURPRISE & CRAZY SALE DARIPADA ZACHEELA.COM



SURPRISE UNTUK DARLINGSSS TERSAYANG !!!

Ramai darlingsss yang terkilan tak sempat dapatkan koleksi ZACHEELA ketika YEAR END SALE tempoh hari pada harga istimewa. Kami faham ramai yang kesuntukan waktu, sibuk mempersiapkan keperluan persekolahan anak dan menunggu gaji. Hujung tahun pasti banyak urusan yang perlu diselesaikan. Kami memahami anda !!

Oleh itu kami buat surprise CRAZY SALE untuk darlingsss semua Both Online (www.zacheela.com.my) dan di BUTIK !! Boleh juga PM kami di >> https://m.facebook.com/messages/thread/471156102972013

Bagi menghargai pelanggan ZACHEELA yang kami sayangi, kami bakal menawarkan harga GILA dress terbaru kami ZAHIRA LACE DRESS ( eksklusif french lace ) , THE AWESOME, BEST-SELLING 'ISABELLE BLOUSE & SKIRT' buat anda yang teristimewa. Isabelle set sangat diminati ramai dan ramai sangat yang memberikan komen 'CANTIK SANGAT' pada koleksi ini setelah memilikinya. Masih ada sikit lagi.. JOM KASI LICIN !!!

YES FOR 5 DAYS TAU 9 JAN - 13 JAN 2015 --- ENOUGH TIME FOR ALL OF YOUR ZACHEELARIANS. DON'T MISS THIS EXCLUSIVE OPPORTUNITY !!!

cepat cepat roger kawan-kawan tau !!! Sebab lepas ni dah tak ada sales until Ramadhan 2015 !





         ________________________




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...