28 February 2015

80 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN HAFIZ DAN NUREFFY



Meskipun mengalami kecederaan tulang belakang (slipped disc) baru-baru ini dan masih dalam rawatan, namun Hafiz Suip, 25, selamat melangsungkan pertunangannya dengan Nureffy Jasreel Abdullah, 22, malam semalam di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak.

Klik gambar untuk size besar


ANDRASHAH IMAN, NAMA ANAK KEDUA TOMOK



Tahniah diucapkan buat Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan dan isterinya, Siti Rahayu Abas atas kelahiran bayi lelaki keduanya mereka yang lahir sekitar jam 1.34 petang semalam di Pusat Perubatan Prince Court.

"Alhamdulillah saya bersyukur kerana kali ini segala-segalanya berjalan lebih lancar kerana mempunyai pengalaman daripada kelahiran Arrian dulu.

"Jadi saya dah bersedia dari segi barang persiapan bersalin isteri serta doktor juga telah memberikan tarikh jangkaan bersalin pada Jumaat lalu.

Klik gambar untuk size besar


27 February 2015

8 GAMBAR - ZAIN SAIDIN & CHE TA DI TANAH SUCI



Sebagaimana Zahiril Adzim dan isterinya Shera Aiyob yang merindui anak mereka ketika di tanah suci Mekah, begitu jugalah halnya dengan Zain Saidin dan Che Ta yang kini turut berada di Mekah untuk menunaikan umrah.

Kerinduan pada puteri sulung mereka, Aaisyah Dhia Rana yang tidak ikut serta terserlah apabila mereka meluahkan rindu tersebut di laman sosial.

Klik gambar untuk size besar


AKUR NASIHAT DOKTOR - HAFIZ SUIP HARUS TERIMA RAWATAN SETAHUN



"Kecederaan slipped disc itu telah menghimpit beberapa saraf lain pada badan saya. Biarpun ia semakin pulih namun doktor mahu saya menjalani rawatan fisioterapi selama setahun bagi memastikan masalah itu tidak berulang.

"Biarpun perlu berulang-alik ke hospital dalam jangka masa setahun ini tetapi saya akur demi kesihatan saya," ujar Hafiz Suip dengan nada sedih.

Untuk makluman, Hafiz terpaksa akur nasihat doktor untuk menjalani rawatan fisioterapi selama setahun di hospital akibat kecederaan tulang belakang (slipped disc) baru-baru ini.

Klik gambar untuk size besar


26 February 2015

TAK PAKSA PELUK ISLAM - CINTA AKIM & STACY DAPAT RESTU KELUARGA



"Proses untuk memeluk agama Islam saya serahkan kepada Stacy kerana kalau hati dia telah dibuka, Insya-Allah dia dengan sendiri akan buat.

"Saya tidak letak sebarang tempoh atau paksaan untuk dia berbuat demikian. Biarlah datang dari hatinya sendiri," ujar Akim Ahmad mengenai Stacy selepas dia membuat pengakuan baru-baru ini bahawa penyanyi tersebut adalah kekasih hatinya.

"Jujurnya saya bukanlah tahu sangat tentang agama tetapi jika dia tanya perkara tentang solat, Al-Quran dan perkara-perkara mudah yang lain saya akan jawab.

Klik gambar untuk size besar


25 February 2015

UJIAN ALLAH PUNCA LUFYA KINI BERTUDUNG



"Ikutkan dari tahun ke tahun saya ada niat ke arah itu (menutup aurat). Tetapi ketika itu saya masih memikirkan soal kerja dan komitmen. Saya pernah menangis memikirkan hal ini kerana hati belum kuat untuk membulatkan keputusan bertudung," begitulah luahan hati Lufya Omar yang kini bertudung secara kekal selepas menyambut ulangtahunnya yang ke-30.

Tambahnya, awalnya dia rasa takut dengan kemungkinan tawaran seni akan putus. Tapi berkat dorongan dan nasihat ibunya, dia akhirnya mendapat kenyakinan diri.

"Tiada siapa yang tahu, sebenarnya Lufya telah ditimpa dengan pelbagai ujian termasuk kesakitan secara tiba-tiba dalam perjalanan memenuhi tuntutan agama Islam sejak Disember tahun lalu.



DEMI ANAK, AMELINA KEMBALI BERDANGDUT



"Saya kembali demi mencari rezeki untuk besarkan anak-anak saja," begitulah pengakuan penyanyi dangdut Amelina.

Tambahnya, kemunculannya tidak harus dicemburui penyanyi lain kerana dia hanya ingin mencari rezeki buat enam cahaya matanya yang berusia antara enam hingga 14 tahun.

Amelina berkata demikian bagi menjawab dakwaan segelintir pihak yang kurang senang dengan kehadiran semulanya.



10 GAMBAR - ZAHIRIL ADZIM & ISTERI RINDU ANAK DI MEKAH



Beberapa keping foto Zahiril Adzim bersama isterinya Shera Aiyob menunaikan umrah di Mekah.

Difahamkan, mereka telah berada di sana selama 13 hari dan terpaksa berpisah dengan anak lelaki mereka, Anaqi.

"Di Masjid Al-Nabawi ini, bila bukan waktu solat atau sementara menunggu azan, akan ada kelas-kelas kecil seperti ini. Seperti ini, kelas 'Quran Reading For Visitors', Sheikh ini mengajar kami membaca Surah Al-Fatihah dengan betul dan lebih detail. MasyaAllah," ujar Zahiril melalui IGnya.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


24 February 2015

21 GAMBAR - CHE TA MANIS BERTUDUNG DIHARI LAHIR ZAIN SAIDIN



Manis bertudung!

Demikian komen peminat Rozita Che Wan ketika menyambut ulangtahun ke-31 suaminya Zain Saidin malam semalam.

"Happy Birthday suami ku," ujar Che Ta melalui IGnya.

Mungkinkah Che Ta akan kekal dengan imej bertudung atau mungkin dia sekadar menghormati majlis kesyukuran dan bacaan Yasin yang difahamkan dipimpin oleh Imam Muda Asyraf ketika majlis berlangsung.



7 GAMBAR - EZAD LAZIM, ISTERI & ANAK MENGERJAKAN UMRAH



"Kami baru sarapan dekat Madinah jam 7.28pagi di Hotel Al Mukhtara," demikian tulis Ezad Lazim melalui FBnya semalam.

Untuk info, Ezad dan isterinya Nor Azeana Ramli serta anak mereka Puteri Rania Keisha kini berada di Mekah mengerjakan umrah sehingga 4 Mac depan.

Klik gambar untuk size besar


23 February 2015

SITI NURHALIZA NAFI BELIAU WANITA KETIGA TERKAYA DI MALAYSIA



Datuk Siti Nurhaliza semalam menafikan bahawa dia adalah wanita ketiga terkaya di Malaysia sebagaimana senarai laporan yang dikeluarkan oleh SaveMoney.my baru-baru ini.

"Artikel tersebut sedikit sebanyak memberi impak kepada keselamatan diri saya," ujar Siti dipetik sebagai berkata ketika ditemui media di Anugerah MeleTOP Era 2015, di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

TONTON VIDEO:

Sumber: Astro Gempak



         ________________________




LISA SURIHANI DIDAKWA HAMIL ANAK KEMBAR GUNA IVF?



Ramai yang sudah mula menyebarkan gosip ini di laman-laman sosial. Dakwa mereka, Lisa dan Yusry menggunakan kaedah tabung uji (In Vitro Fertilization) atau ringkasnya IVF untuk mendapatkan anak kembar!

Aduuhh... rasa sedih dan kasihan bila membaca dakwaan tersebut yang pastinya melukakan hati pasangan bahagia ini. Iyalah... mereka penat berusaha, sedap aja orang mengata dan menyebarkan cerita bukan-bukan.

Klik gambar untuk size besar


JOHAN & AIDA JEBAT DOMINASI AME 2015



Ternyata Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohammad Yazid Lim,30, masih popular dikalangan peminatnya apabila meraih empat kategori di kemuncak Anugerah Meletop Era (AME 2015).

Dengan kemenangan itu, Johan membawa pulang trofi bagi kategori Penyampai Radio Meletop, Program Radio Meletop, Artis Lawak Meletop dan Top Top Meletop (Lelaki) di tahun kedua AME semalam yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.

Sementara pelakon baru Ayda Jebat pula diumumkan sebagai pemenang kategori Top Top MeleTop dan Artis Baharu Meletop.

Klik gambar untuk size besar


22 February 2015

8 GAMBAR - ALMY NADIA & FIZZ FAIRUZ BERSAMA BABY



Gambar menarik Almy Nadia yang baru-baru ini selamat melahirkan baby perempuan seberat 3.25 kilogram di Hospital Columbia, Setapak, Kuala Lumpur. Waahhh... tembamnya pipi Almy!

Untuk info, gambar ini kami cilok dari rancangan Melodi yang bersiaran hari ini.

Menurut Almy dan Fizz, mereka hanya akan berkongsi wajah anak mereka selepas berusia 40 hari.



7 GAMBAR - ZACH X-FACTOR AKHIRI ZAMAN BUJANG



Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi Zach X-Factor atau nama sebenarnya Zachery Francis yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan Jennifer Carterina Gilbert dalam satu majlis sederhana.

"Syukur akhirnya saya bertemu dengan seorang wanita yang saya sifatkan cukup sempurna di mata saya dan sangat selesa bersamanya," ujar Zach dipetik sebagai berkata tidak lama dulu.

"My big day," demikian kata Jennifer pula melalui IGnya.

Klik gambar untuk size besar


SEKITAR MAJLIS ULANGTAHUN DATUK K BERSAMA KELUARGA



Pada 19 Februari lalu, majlis ulangtahun  Dato' Sri Khalid Bin Mohamad Jiwa atau lebh dikenali sebagai Datuk K yang ke-56 telah disambut secara sederhana oleh keluarga tersayang.

Dalam majlis tersebut, Izara Aisyah turut hadir meraikan majlis ulangtahun bakal bapa mentuanya. Heh!

"Alhamdullillah...'makan besar' kami anak beranak meraikan ulang tahun kelahiran suami tersayang .. B.. terima kasih kerana menjadi Suami yg melindungi, Ayah yg bertanggungjawab, Mentor yg berdedikasi & sahabat yg sejati.. Doaku sentiasa bersamamu sayang..



21 February 2015

8 GAMBAR - ZUL HUZAIMY SELAMAT BERGELAR SUAMI KEPADA ERNA



Sekitar majlis pernikahan Zul Huzaimy Marzuki, 36, dan pasangannya Nur Ernawati Mohamad Nor (Erna), 27, yang berlangsung malam semalam.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Zul setelah bercerai dengan isteri pertamanya Nor Dalilah Muhammad pada 1 Julai 2010. Hasil perkahwinannya dengan Dalilah, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Awal Haziq yang kini berusia 9 tahun.

Tahniah diucapkan!



19 February 2015

DITIPU PENGURUS BARU - TEGAR KINI KEMBALI MENGEMIS



'Cita-citaku menjadi orang kaya... Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah... Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa... Memberi.. ... memberi .. jalan untukmu semua'.

Pasti ramai yang masih ingat dengan lirik lagu tersebut yang dinyanyikan oleh penyanyi remaja Indonesia Tegar. Malah selepas berjaya mencipta nama, Tegar sering bertandang ke Malaysia membuat persembahan atas jemputan pelbagai pihak.

Bagaimanapun, semuanya kini sudah berubah apabila Tegar dilaporkan telah ditipu oleh bekas pengurusnya dan kini kembali hidup susah. Paling sedih, ibunya juga didakwa sudah kembali menjadi pengemis jalanan untuk mencari sesuap nasi.

Klik gambar untuk size besar


18 February 2015

23 TAHUN DALAM SENI - AC MIZAL BAKAL PUNYAI STESEN TV SENDIRI



"Dalam dunia perniagaan ini, kita sentiasa buat benda yang kita selalu arif. Saya sudah ada hotel di Danok dan Bali. Sekarang masanya untuk saya punyai stesen TV pula," ujar AC Mizal mengenai projek TV sendiri yang sedang diusahakannya.

Difahamkan, stesen TV online itu adalah yang pertama di Malaysia dan akan beroperasi sekitar Mac ini.

"Saya mendapat idea untuk membuka stesen TV online ini selepas 23 tahun saya terlibat dalam dunia hiburan dan ingin memberi peluang kepada bakat baru.



10 GAMBAR & VIDEO - AKSI PRE WEDDING ZUL HUZAIMY, ANAK & ERNA



Aksi menarik Zul Huzaimy dan bakal isterinya, Nur Ernawati Mohamad Nor (Erna) dalam sesi foto pre-wedding mereka. Lebih menarik, anak zul iaitu Awal Haziq turut dibawa bersama bagi menjalani penggambaran tersebut.

Untuk info, Zul dan Erna akan melangsungkan pernikahan mereka pada 20 Februari ini (Jumaat) setelah mengikat tali pertunangan Disember lalu.

Selamat berbahagia diucapkan buat mereka!

Klik gambar untuk size besar


TAHNIAH - ELLY MAZLIEN DAN LIZA HANIM HAMIL



Alhamdulillah dan tahniah diucapkan buat dua artis berbakat besar iaitu Elly Mazlien dan Liza Hanim yang kini dilaporkan hamil.

Elly Mazlein disahkan hamil anak sulung (satu bulan satu minggu), manakala Liza Hanim pula hamil anak keempat dan kini usia kandungannya sudah masuk 11 minggu.

"Assalamualaikum sayang, alhamdulillah akak 'pregnant'. 'Gestational age' satu bulan dua minggu. Doakan akak ya.

Klik gambar untuk size besar


17 February 2015

TUNGGU DUIT MLM2014 UNTUK KAHWIN, BUKANNYA LUPA DIRI - SYAIFUL ZERO



Bukan lupa diri... tetapi wang kemenangan belum dapat!

Demikian alasan Syaiful dari kumpulan Zero (Melati) yang didakwa dalam laman sosial lupa diri akibat menangguhkan perkahwinannya. Jika awalnya Syaiful memberi asalan mahu tumpu perhatian pada kerjaya, terkini dia mendakwa sedang menunggu duit kemenangan MLM2014.

"Saya tangguh kerana menunggu duit kemenangan berjumlah RM500,000 tempoh hari benar-benar sudah berada di dalam tangan kami. Itu sahaja. Insya-Allah selepas dapat duit, saya dan tunang akan berkahwin. Kami tidak ada sebarang masalah dan pihak keluarga juga memahami situasi saya.



ASET LEBIH RM50 JUTA - SITI NURHALIZA WANITA KETIGA TERKAYA DI MALAYSIA



Jika ini hakikatnya, pasti ramai yang bersetuju dengan kebenaran laporan terkini yang menyatakan bahawa penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tersenarai sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia.

Siti dilaporkan memiliki jumlah pendapatan melebihi RM4.9 juta hasil jualan album dan meraih lebih RM50 juta daripada hasil keuntungan perniagaannya.

Klik gambar untuk size besar


SELAMAT BERSALIN - ALMY NADIA DAPAT 'BABY GIRL'



"Alhamdulilah... Wife saya dah selamat bersalin anak sulung kami, terima kasih atas semua yg mendoakan," demikian tulis Fizz Fairuz melalui IGnya.

Untuk info, Almy Nadia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.25 kilogram di Hospital Columbia, Setapak, Kuala Lumpur jam 6.49 petang semalam.



16 February 2015

LEPAS FIZZ FAIRUZ, PEKIN IBRAHIM PULA JADI 'WANITA' DALAM 'COVERINA'



Masihkan anda ingat dengan dengan watak wanita dalam filem Mat Tudung yang dilakonkan oleh Fizz Fairuz? Selain menerima kritikan, ada juga pihak yang memuji lakonan Fizz Fairuz kerana berjaya membawa watak tersebut dengan baik.

Terkini, watak yang serupa digalas pula Pekin Ibrahim yang turut membawa watak wanita dalam filem 'Coverina'. Cuma bezanya, Pekin menjadi wanita tidak bertudung, seksi, bersopan santun dan pemalu.

"Dalam filem ini, saya bukan jadi mak nyah atau pondan, tetapi perlu berpakaian wanita dan menjadi seorang gadis. Semuanya bermula selepas watak Kamal Ali pergi meminta kerja di sebuah kedai motosikal yang dimiliki bos wanita lakonan Siti Elizad.

Klik gambar untuk size besar


5 GAMBAR NIKAH - TAHNIAH, ZATUL MENTOR AKHIRI ZAMAN SOLO



Gambar majlis pernikahan Noor Nazatul Farahin atau lebih dikenali sebagai Zatul Mentor baru-baru ini dengan pasangannya yang hanya dikenali sebagai Yie.

"Terima kasih semua.. InsyaAllah nanti saya akan jemput kenduri," tulis Zatul melalui laman sosialnya yang menggunakan nama Farah Hanny.

Klik gambar untuk size besar


10 FOTO - HANIS ZALIKHA & HAIRUL CARI BARANGAN KAHWIN KELILING DUNIA



Waahhh... bukan main pusing satu dunia Hanis Zalikha dan kekasih hatinya Hairul. Khabarnya, mereka baru-baru ini sibuk mencari barang untuk kegunaan majlis perkahwinan mereka nanti. Kelass gitu!

Untuk info, pasangan dua sejoli ini telah ke luar negara minggu lalu bagi memilih cincin kahwin di Dubai, sesi penggambaran pra perkahwinan di Paris, termasuk mencari kain di Jakarta, Indonesia.

"Sebenarnya memang saya telah me­rancang sebelum berkahwin, saya ingin membawa keluarga pergi bercuti. Kebetulan sudah berada di sana, lebih baik terus beli barang perkahwinan. Ibu bapa saya pula meminta saya membawa Hairul sekali.

Klik gambar untuk size besar


SELAMAT BERSALIN - ANA RAFFALI & SUAMI DIKURNIAKAN 'BABY BOY'



"Syukur Alhamdulillah saya dan suami selamat menyambut kelahiran #babyboy ini pada 12 Februari 2015. Terima kasih atas doa korang semua dan dengan izin Allah proses kelahiran secara normal dipermudahkan. Doakan kesihatan kami pula ye, InsyaAllah," tulis Ana Raffali di IGnya.

Untuk makluman, Ana Raffali telah selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 12 Februari lalu, hasil perkongsian hidup bersama suaminya Ahmad Aznaim Abdullah sejak 25 Februari 2012.

Klik gambar untuk size besar


69 GAMBAR + VIDEO MAJLIS PERSANDINGAN YANA SHAMSUDIN & FADZIL



Sekitar majlis persandingan Yana Shamsudin dan Fadzil Zahari yang telah berlangsung kelmarin di Dataran Gemilang Yong Peng, Johor. Kira-kira 6,000 orang telah hadir menyaksikan majlis gilang gemilang itu.

Yana dan Fadzil telah mengenakan busana berona putih hasil rekaan Zery Zamry. Manakala tatariasnya pula oleh jurusolek terkenal Deqsha.

Klik gambar untuk size besar


14 February 2015

NIKAH APRIL - SARIMAH IBRAHIM SAH BERCERAI TALAK TIGA



Sarimah Ibrahim akhirnya sah bercerai talak tiga dengan suaminya warga Australia iaitu Amir Andrew John Browning. Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan kelmarin telah mengesahkan yang lafaz cerai yang dibuat Amir itu sah mengikut syarak.

Menurut Sarimah, bekas suaminya itu membuat lafaz cerai dengan menyebut 'I Divorce You' sebanyak tiga kali di kondominiumnya di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 15 Mei 2009 sekitar jam 9 malam.

Tambahnya, lafaz itu turut disaksikan oleh tiga adik-beradiknya.



13 February 2015

20 GAMBAR - SEKITAR PERNIKAHAN YANA SAMSUDIN & FADZIL DI JOHOR



Gambar menarik sekitar pernikahan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari yang diadakan di Taman Kota Impian, Yong Peng, Johor. Yana sah bergelar isteri Fadzil dengan sekali lafaz sahaja.

Majlis tersebut telah diadakan kira-kira jam 4.15 petang di mana pengantin lelaki menghantar 5 dulang hantaran dan dibalas 7 hantaran oleh pihak perempuan. Mas kahwin pula adalah sebanyak RM10,000 dan wang hantaran sebanyak RM50,000.

Klik gambar untuk size besar


HADIAH ULANGTAHUN PERKAHWINAN - RESTORAN KACANG POOL BUAT WAN MAIMUNAH



Hidangan kacang pool sememangnya amat popular di Johor iaitu di gerai Haji bersebelahan Balai Bomba Larkin dan juga tiga cawangan lain. Disebabkan populariti tersebut, maka permintaan makin banyak hingga tidak tertampung di gerai yang kecil itu.

Selanjutnya, satu pembukaan Restoran Haji Pool yang baharu di Larkin Idaman dijangka dapat memenuhi permintaan ramai. Yang paling menarik, ia adalah hadiah ulang tahun pertama perkahwinan pelakon terkenal, Wan Maimunah, 61, daripada suaminya, Makpol Saimon, 54.

Klik gambar untuk size besar


12 February 2015

19 GAMBAR - NEWBORN SHOOTING ANAK AIDIL & ZAREMA ZAINAL



Gambar-gambar official 'newborn shooting' untuk baby pemain pertahanan pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan dan isterinya Zarema Zainal.

Seperti biasa, team camora Arts telah terpilih untuk menjadi 'official photographer' bagi photo shoot tersebut yang diadakan dikediaman keluarga Zarema di Klang, Selangor.

Untuk info, ketika 'Newborn shooting; ini dilakukan, baby Aidil dan Zarema baru sahaja sahaja berusia 5 hari. Hero comel ini telah diberi nama 'Ayden Zeeyad'. Cantik nama tu!

Klik gambar untuk size besar


AL-FATIHAH - HASBULLAH AWANG KEMBALI KE RAHMATULLAH



Berita sedih buat peminat sukan negara. Datuk Hasbullah Awang yang terkenal dengan celotehnya sebagai pengulas sukan paling sensasi meninggal dunia ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 12.20 tengah hari tadi.

Untuk info, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sendiri telah menyampaikan berita sedih tersebut melalui laman sosialnya.

Klik gambar untuk size besar


LEPAS MENANG MLM 2014 - SYAIFUL ZERO TANGGUH KAHWIN



Mahu fokus pada kerja!

Itulah alasan Syaiful Zero mengenai penangguhan majlis perkahwinannya yang dijadualkan pada pertengahan bulan Februari ini.

"Perkahwinan tersebut ditunda kepada satu tarikh lain kerana saya mahu fokus kepada kerjaya bersama dua adik saya iaitu Sharif dan Atu," ujarnya.

Klik gambar untuk size besar


11 February 2015

INFO TERKINI - ABBY ABADI KAHWIN USTAZ FEBRUARI INI?



Jika diamati kata-kata Abby Abadi di laman Instagramnya, pasti ramai yang bersetuju bahawa dia seolah memberi pembayang bahawa hari bahagianya semakin hampir. Malah ada peminat yang memberi komen di situ mendakwa Abby akan berkahwin pada Februari ini.

"Akak congrats! Jgn lupa jemput nana tau! Hehehe so sweet nana dgr tadi dlm radio kata bulan feb ni betul ke akk :) kalo betul alhmdulillah ! Love u akk :) U deserved ustat hehehe!" tulis peminat itu.

Jika benar gosip dan pembayang ini, pastinya jejaka yang bakal menggantikan tempat Farhan ialah seorang Ustaz bernama Khairul Azli. Ini kerana, Ustaz tersebut kini merupakan seorang sahabat yang mendapat tempat istimewa dihati Abby.

Klik gambar untuk size besar


13 GAMBAR - RESEPSI PERKAHWINAN LEEZ & AEPUL



Sekitar resepsi perkahwinan pasangan yang paling banyak mendapat perhatian peminat dunia hiburan iaitu Leez Rosli dan Aepul (Drama Band).

Untuk rekod, mereka berdua bernikah pada bulan Disember 2014 lalu dan telahpun melangsungkan resepsi perkahwinan mereka yang pertama baru-baru ini.

Namun yang kedua ini nampaknya sama meriah dengan yang pertama. Malah Leez juga nampak makin cantik dan berseri-seri.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


KES DADAH - EZAD LAZIM TIDAK 'DI PENJARA' SELEPAS BAYAR DENDA



Ezad Lazim terlepas daripada hukuman penjara sembilan bulan (sekiranya gagal membayar denda) apabila dia membayar denda sejumlah RM3,500 selepas didapati bersalah memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram pada 19 November 2014.

Selain denda, dia juga diarah berada di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Majistret Nurul Izzah Hassan Basri telah menjatuhkan hukuman tersebut di Mahkamah Majistret Selayang semalam mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.



10 February 2015

11 GAMBAR PRA-PERKAHWINAN SHARIFAH SAKINAH & ALIFF ADHA



Selepas bertunang pada 25 Oktober lepas, pasangan dua sejoli Sharifah Sakinah dan Aliff Adha (juruterbang) akan berkahwin pada 28 Mac ini.

Bagi artis seperti Sharifah, memang tak sah kalau tidak merakamkan gambar pra-perkahwinan mereka untuk kenangan hari esok. Namun begitu, sesi foto tersebut telah dibuat secara ringkas dan santai... tanpa taman, gaun dan kostum.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


9 GAMBAR - ZULIN AZIZ BERTUNANG DENGAN ARIZ (FORTEEN)?



Akibat beberapa keping gambar ala-ala bertunang, ramai yang berteka-teki mengenai status terkini bekas pengacara Melodi TV3, Zulin Aziz.

Dakwa mereka, Zulin, 25, baru-baru ini telah bertunang secara senyap dengan Ariz Lufias (Forteen). Ehh... biar betul?

Tapi memang tak mustahilkan sebab mereka sebelum ini memang pernah digosipkan bercinta.



HABIS EDAH ESOK - RAJA AZMI ENGGAN RUJUK SEMULA



Bak peribahasa, di luar bagai madu... di dalam bagai empedu!

Artikel terdahulu:
Demikianlah hati dan perasaan Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, mengenai bekas suaminya Eddie Ghazali, 46, berkaitan isu mahu rujuk kembali.

Walaupun kemunculan Eddie dalam program Melodi baru-baru ini seolah memujuk dan melembutkan hatinya, namun Raja Azmi tidak punya apa-apa perancangan untuk kembali bersatu.



09 February 2015

GAMBAR TERKINI - 'BABY BUMP' LISA SURIHANI



"Glowing. Just as she should. May you be blessed with health, peace and tranquility throughout. Mudah mudahan Allah setuju. Much love," demikian caption sekeping gambar Lisa Surihani di Instagram yang memperlihatkan 'baby bump' semalam.

Meskipun belum mendedahkan usia kandungannya, namun ramai yang teruja dengan kehamilan Lisa itu. Iyalah... tiga tahun kahwin baru hamilkan.!

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


TAHNIAH - ZAREMA ZAINAL BERSALIN ANAK LELAKI MELALUI PEMBEDAHAN?



Isteri kepada pemain bola sepak Aidil Zafuan iaitu Zarema Zainal dikatakan telah selamat melahirkan anak lelaki pada Khamis 5 Februari secara pembedahan di Hospital Columbia Asia, Klang.

Bagaimanapun, maklumat tersebut tidak dapat disahkan buat sementara ini kerana tiada apa-apa kenyataan rasmi yang dibuat oleh mereka. Apa yang ada hanyalah sekeping gambar Aidil bergambar dengan seorang doktor di hospital terbabit.



08 February 2015

24 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS HARI LAHIR ANAK MEMEY



Majlis Majlis Hari Jadi anak memey iaitu Mohamed Darwisz Hakim (Awish) yang berlangsung di Taman Layang Layang Kepong bertemakan 'racer'.

"Alhamdulillah selesai majlis #awishzturns2 .. Memang tak menang tangan melayan semua yg hadir.. Tq byk2..ampun maaf klu ada yg terkurang ye..️️ Nasib baik kita serahkn pd yg pakar @thephotolicious utk rakam segala kenangan manis hari ni.. Tq," tulis Memey melalui IGnya.

Untuk info, Memey kelihatan cantik dengan pakaian serba putih di majlis tersebut. Paling menarik, Abby Abadi turut hadir memeriahkan suasana bersama 'kekasih' hatinya. Heh.

Klik gambar untuk size besar


4 GAMBAR - FARID KAMIL & KELUARGA MELAWAT JINS SHAMSUDIN



Jika sebelum ini, Persatuan Seniman Malaysia telah melawat Jins Shamsudin, terkini Farid Kamil dan keluarganya pula menziarah Seniman veteran tersebut yang sememangnya menjadi idola pada ramai pelakon.

"Alhamdulillah Kesihatan Beliau berada pada tahap yang sempurna pada Usia Beliau. Beliau mampu menukar gaya penulisan dari Kanan ke tangan Kiri dengan begitu baik sekali. Saya kagum dengan cara hidup Islam yang di amalkan oleh beliau. Sangat Mudah," tulis Farid di laman IGnya.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


07 February 2015

ZERO MUNCUL JUARA MLM 2014 - RAIH RM500,000



Gelanggang Akhir Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil telah melabuhkan tirainya malam semalam apabila kumpulan Zero dinobatkan sebagai juara MLM 2014.

Kumpulan Zero yang dianggotai oleh tiga adik-beradik iaitu Sharif Kadil Doli Sharif (Sharif), Mohammad Syaiful Doli Sharif (Syaiful) dan Sharid Kunal Doli Sharif (Atu) telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM500,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Manakala kumpulan Sepahtu (Jep dan Shuib) dan peserta solo Nabil Ahmad pula masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.