31 March 2015

DITAHAN KALI KEEMPAT - KALI INI BENJY BERDEPAN HUKUMAN MATI?



Gara-gara ditahan kali keempat, pelakon Benjy atau nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim bakal menerima hukuman gantung sampai mati jika dia didapati bersalah akibat dadah.

Untuk info, Benjy ditahan dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh, baru-baru ini bersama peralatan dan bahan kimia yang biasanya digunakan untuk memproses syabu.

Klik gambar untuk size besar


SERIK DENGAN JEJAKA TEMPATAN - RAMONA ZAMZAM NIKAH JEJAKA PALESTIN 15 MEI INI



Lelaki warganegara asing mempunyai karakter yang lebih memikat berbanding lelaki tempatan, demikian kata Ramona Zamzam mengenai jejaka pilihan hatinya seorang rakyat Palestin bernama Rami Alashkar.

"Saya bukan jenis yang pilih lelaki luar, tetapi pengalaman saya bercinta dengan lelaki tempatan membuatkan saya sedikit serik. Berbeza dengan Rami kerana dia tidak mengongkong saya, jauh sekali bersikap cemburu buta. Pendek kata, semuanya senang dan aman.

Klik gambar untuk size besar


30 March 2015

22 GAMBAR - KEMESRAAN ERRA & EMRAN DI MAJLIS HARI LAHIR ALEESYA



"Me and my ex-girlfriends... as u can see they love their wigs!" demikian kata engku Emran melalui Instagramnya semalam.

Untuk info, Engku Emran dan Erra Fazira telah bersama-sama menyambut hari lahir anak mereka, Engku Aleesya semalam. Pejam celik, Engku Aleesya kini rupanya sudah berusia enam tahun.

"Alhamdulillah.. aleesya's birthday went well.. we had so much fun," ujar Erra yang turut memakai baju sedondon dengan anaknya di majlis tersebut.

Klik gambar untuk size besar


KEMALANGAN KERETA - AWAL ASHAARI KINI STABIL



Berikutan mengalami kemalangan kereta pagi semalam, Awal Ashaari yang dimasukkan ke Hospital Besar Melaka, berada dalam keadan baik dan stabil.

Berita itu disahkan sendiri oleh isteri pengacara tersebut iaitu Scha Alyahya, kepada media.

Untuk info, semalam kereta BMW 6 Series yang dipandu rakan Awal iaitu Izuan remuk teruk selepas terbabit kemalangan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, Melaka ketika mereka dalam perjalanan ke Karnival Jom Heboh.

Klik gambar untuk size besar


KESAL FAIL CERAI - YATT HAMZAH INSAF SELEPAS PULANG DARI SYRIA



Ketabahan wanita di negara bergolak seperti Syria ketika berhadapan dengan pelbagai dugaan seperti kehilangan suami dalam peperangan membuat pelakon Yatt Hamzah, 35, insaf dan kesal kerana memfailkan penceraiannya dengan suami.

"Tindakan itu membuatkan saya malu dengan diri sendiri yang cepat melatah dengan membawa masalah rumah tangga saya yang tidak seberapa ini ke mahkamah.

"Balu-balu wanita disana terlalu tabah hingga mereka tidak mahu berkahwin lain semata-mata untuk bersama suami di syurga nanti," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar


29 March 2015

17 GAMBAR - SEKITAR PERKAHWINAN SHARIFAH SAKINAH & ALIFF ADHA



Sekitar majlis pernikahan Sharifah Sakinah, 25, yang telah selamat bergelar isteri kepada juruterbang Aliff Adha, 27, dengan hanya sekali lafaz petang semalam.

Majlis yang berlangsung di Hotel Shangri-La Putrajaya itu adalah tertutup daripada pihak media dan ia hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak termasuk rakan-rakan artis terdekat.

Mereka dinikahkan oleh bapa Sakinah sendiri iaitu Syed Abu Bakar di hadapan Imam Masjid Wilayah Putrajaya, Ustaz Fairuz Suhari dengan mas kahwinnya dirahsiakan.

Klik gambar untuk size besar


28 March 2015

TASIK BAKUN, SARAWAK - DESTINASI PENGAMBARAAN RUNNING MAN KALI INI



Jika sebelum ini, lima dari mereka pernah berkunjung ke Malaysia menerusi acara 'Running Man Fan Meeting Race Start Season 2 in Malaysia' yang diadakan di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada November tahun lalu.

Terkini khabarnya kesemua tujuh ahli Running iaitu Yoo Jae-suk, Kang Gary, Lee Kwang-soo, Jin Seok-jin, Song Ji-hyo, Kim Jong-kook dan Haha akan menjalani penggambaran Running Man di Tasik Bakun, Sarawak pada April depan.

Difahamkan, pemilihan lokasi tersebut dibuat kerana ia mempunyai landskap yang cukup menarik dengan pelbagai biodiversiti.

Klik gambar untuk size besar


27 March 2015

MAMAT (EXIST) DITAHAN AKIBAT POSITIF AMPHETAMINE?



Seorang penyanyi lelaki yang pernah popular pada awal 90-an ditahan polis malam tadi selepas ujian air kencing terhadapnya positif dadah jenis Amphetamine.

Beberapa pembayang yang diberi dilihat menjurus kepada Mamat (Exist) yang dikatakan pernah mendapat tempat ketiga sebuah program realiti.

Untuk makluman, Harian Metro hari ini melaporkan seorang penyanyi lelaki telah ditahan polis pada pukul 9 malam semalam selepas ujian air kencing positif dadah.

Klik gambar untuk size besar


BAYI CHE TA, ARTIS TERMUDA SERTAI LOL ENTERTAINMENT



Meskipun Aisyah Dhia Rana baru berusia lima bulan, namun anak kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini telah menjadi artis pertama menyertai syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment.

"Saya senang bersama pengurusan LOL dan sejak tiga tahun dengan syarikat ini, saya percaya kepada kredibiti LOL sebagai antara syarikat pengurusan popular tanah air.

Klik gambar untuk size besar


8 GAMBAR - ANUGERAH SANDANG KEBESARAN GAYONG UNTUK AWIE



Vokalis kumpulan Wings, Awie bukan hanya hebat sebagai penyanyi rock dan pelakon, tetapi dalam masa yang sama turut aktif dalam seni silat. Sehubungan itu, dia telah dianugerahkan 'Sandang Kebesaran Gayong' yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anugerah tersebut telah berlangsung di Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015 anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia bertempat di Universiti Putra Malaysia, baru-baru ini.

Klik gambar untuk size besar


11 GAMBAR - KARTUNIS UJANG KINI MELUKIS DI KEPINGAN EMAS



Siapa tidak kenal kartunis Ujang. Lukisannya di majalah Gila-gila dengan karektor Atuk, Ujang dan Aca melalui siri Aku Budak Minang sememangnya amat diminati ramai.

Terkini, watak-watak kartun itu tidak hanya dilukis di atas kertas, tetapi turut dilakarkan sebagai koleksi di atas kepingan emas.

Bersama-sama dengan syarikat Nubex.my, sebuah syarikat yang terlibat dalam perniagaan emas dan perak... Ujang tampil dengan nafas baru bagi menghasilkan kartun di atas kepingan emas. Malah beliau merupakan kartunis tempatan pertama berbuat begitu.

Klik gambar untuk size besar


13 GAMBAR - SEKITAR PERKAHWINAN NAJWA MAHIADDIN & IDRIS KO



Tahniah diucapkan buat penyanyi Najwa Mahiaddin, yang telah selamat bergelar isteri kepada pasangannya Idris Koh.

Majlis meriah tersebut berlangsung tengah hari semalam di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sri Satria Putrajaya.

Klik gambar untuk size besar


26 March 2015

MASUK HOSPITAL - SHILA AMZAH LAWAT IBU JOHAN ASARI



"Kepada kau yang tersayang, pada teman yang ku kenang @shahilaamzah. Hati suci mu terlalu kasih kepada ibunda hamba. Jazakillah! Take care and good luck for your career. Allahumma Amiin," begtitulah tulis Johan Asari melalui laman sosialnya.

Penghargaan tersebut khas ditujukan buat Shila Amzah yang sempat meluangkan masa melawat ibunya Datin Firdaus Abdul Kader, 58, yang kini terlantar di hospital kerana diserang strok kali keempat.

Klik gambar untuk size besar


57 GAMBAR - BILA NORMAN HAKIM PULA BERI KEJUTAN HARI LAHIR MEMEY



Jika Januari lalu, Memey Suhaiza telah memberi kejutan hari lahir buat suaminya, terkini giliran Norman Hakim pula membuat kejutan hari lahir buat isteri ang disayanginya itu.

Sebagai makluman, Majlis tersebut telah berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Ia turut idihadiri oleh ramai ahli keluarga, sahabat handai serta rakan artis.

Apa yang menarik, Memey jelas terharu dengan kejutan trsebut hingga menitiskan air mata kegembiraan. Cayalah Norman!

Klik gambar untuk size besar


EVA HEIDI, CINTA KEDUA VINCE AF1



"All clean and shaven for baby's delicate skin... Otherwise cannot kiss kiss," seloroh Vince AF1 yang amat teruja apabila dianugerahkan 'cinta keduanya' baru-baru ini.

Untuk info, apa yang dimaksudkan oleh Vince atau nama sebenar Vincent Chong Ying-Cern, 35, itu ialah kehidupannya bersama isteri Fiona Edward, 32, kini begitu bermakna dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka yang diberi nama Eva Heidi Chong.

Klik gambar untuk size besar


25 March 2015

TIDAK MEROKOK & MINUM ARAK BUAT LANA NODIN TERPIKAT DENGAN DAVID



"Walaupun dia seorang lelaki Inggeris, dia tidak merokok dan minum arak. Itu antara ciri yang memikat saya," demikian kata Lana Nodin mengenai bakal suaminya David Mckienzie.

Lana ditemui media ketika mengumumkan tarikh perkahwinannya iaitu pada 15 Mei depan dalam satu sidang media hari ini di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Tambah Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, 35, David berjaya membuka pintu hatinya kerana kesungguhan lelaki tersebut ketika dia mengenalinya di Singapura sewaktu menyertai sebuah acara sukan.



TAHNIAH - AJAK SHIRO DAPAT ANAK KETIGA



"Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah... Hari ini tepat jam 1 petang isteri saya selamat bersalin dan hadiahkan saya seorang anak perempuan.

"Lagi satu saya nak bagi tahu.. wife saya bagi hadiah ni pada hari yang sama.. Walaupun bukan kembar dan dia bersalin normal. Terima kasih pada semuanya.. Alhamdulillah," begitulah tulis Ajak Shiro melalui IGnya.

Apa yang yang dimaksudkan oleh Ajak, bayi perempuannya itu sama tarikh lahir dengan dua lagi abangnya Mohd Jad Thaqif dan Mohd Had Thaqif iaitu pada 25 Mac 2010 dan 2013.

Klik gambar untuk size besar


ANITA SARAWAK 'BERPISAH' DENGAN MAHATHIR



Penyanyi dan pengacara bertaraf antarabangsa, Anita Sarawak diberitakan telah berpisah dengan suaminya Mahathir Abdullah akibat perkahwinan mereka dilanda masalah.

Malah menerusi laporan BiPop, pasangan ini dikhabarkan sudah berpisah sejak tahun lalu dan kini Anita atau lebih dikenali sebagai Kak Nita kembali menyanyi di tempat lamanya iaitu di Caesar’s Palace, Las Vegas, USA.



HIDAP KANSER PROSTAT - AZIZ SINGAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL



Pelakon veteran dan bekas Presiden Seniman, Aziz Singah, telah dimasukkan ke hospital Selayang baru-baru ini kerana menghidap kanser prostat.

Difahamkan, Aziz dijangka akan menjalani pembedahan pada 1 April nanti.

"Sama-samalah kita doakan semoga Datuk akan segera sembuh dan pulih seperti biasa," ujar rakan Aziz, Zulkifli Ismail dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar


3 GAMBAR - SEKITAR PERKAHWINAN AZUAN MAZLAN & TENGKU PUTERI SHADIRA



Gambar majlis perkahwinan pelakon drama bersiri 3 Janji, Azuan Mazlan, 32, dengan Tengku Puteri Shadira, 29, di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini (22 Mac).

Untuk makluman, Puteri telah menerima wang hantaran sebanyak RM20,000.00.

Satu majlis resepsi bagi meraikan pasangan tersebut turut diadakan pada sebelah petang.

Klik gambar untuk size besar


7 GAMBAR - AKSI MENARIK TMJ & CIK PUAN KHALEEDA



Ramai yang memang sedia maklum mengenai Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor baru-baru ini yang disambut meriah. Sempena istiadat itu juga, telah diadakan satu majlis Makan Malam yang dihadiri oleh pembesar-pembesar negara serta tetamu VIP.

Untuk info, majlis tersebut merupakan satu ‘private function’ tanpa kehadiran pihak media membuat liputan.

Bagaimanapun, menerusi Instagram pemilik akaun yang dirahsiakan, gambar-gambar menarik TMJ dan isterinya Cik Puan Khaleeda, dapat dikongsikan untuk tatapan semua.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


24 March 2015

5 GAMBAR & VIDEO - ERMA FATIMA SAMBUT BIRTHDAY MADU



Gambar menarik Erma Fatima dan suami membuat surprise birthday buat Aida Abdul.

Selain menyambut birthday madunya itu, Erma juga turut mendoakan kebahagiaan berpanjangan buat Aida dan suami.

"Semuga Allah memberkati dan merahmati hidupmu serta memberikan kebahagiaan buatmu dan suami hingga ke akhir hayat. Terima kasih Allah!" demikian tulis Erma melalui iGnya.

Selain itu, di laman Instagram Aida... dia turut bersyukur kerana dikurniakan madu sebaik Erma.

Klik gambar untuk size besar


MOHON MAAF - AISYAH TAJUDIN NAFI HINA ISLAM



Gara-gara mendapat kecaman meluas di laman sosial dan bakal disiasat polis berhubung video lakonan yang mempersoalkan pelaksanaan hudud di negeri Kelantan, penyampai radio BFM, Aisyah Tajuddin akhirnya tampil membuat permohonan maaf.

Dakwanya, menerusi klip video tersebut, dia tiada niat untuk mengherdik dan menghina agama hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

"Saya benar-benar menyesal dan memohon maaf.

Klik gambar untuk size besar


DISERANG 'SLIPPED DISC' - ADI PUTRA DIMASUKKAN KE HOSPITAL



Selepas beberapa artis kita mengalami sakit belakang atau 'slipped disc' gara-gara membuat senaman berlebihan, terkini aktor popular Adi Putra pula telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur kerana disyaki mengalami penyakit yang sama.

Untuk info, finalis kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 204) itu dikatakan mula diserang sakit urat pada bahagian tulang belakang ketika hadir pada sesi promosi filem Isyarat Cinta semalam.

"Saya diserang sakit belakang ketika pertengahan majlis promosi Isyarat Cinta dan terpaksa meninggalkan majlis lebih awal untuk ke hospital. Selepas diberikan suntikan tahan sakit, saya kemudiannya ditahan di wad kerana doktor mengesyaki berlaku slipped disc.

Klik gambar untuk size besar


23 March 2015

88 GAMBAR - MAJLIS AQIQAH & KESYUKURAN ANAK DIANA AMIR DAN HABIBBULLAH



Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Khaulah Al Azwar anak kepada Diana Amir dan Mohd Habibbullah A Rahman telah diadakan semalam.

Untuk info, gambar telah dirakam oleh jurugambar rasmi mereka iaitu ThePhotoLicious di kediaman mereka di Setia Alam, Selangor.

Jom tengok.

Klik gambar untuk size besar


18 GAMBAR - MAJLIS RESEPSI HANEZ SURAYA & ROMIE PENUH WARNA WARNI



Mungkin ramai yang masih belum puas menatap gambar perkahwinan dua sejoli iaitu Hanez Suraya dan Romie Razin Adilha. Terkini, mereka telah mengadakan majlis resepsi di Sime Darby Convention Centre.

Apa yang membuat mereka nampak lebih bahagia ialah dengan kehadiran anak Romie yang turut memeriahkan majlis tersebut.

Moga mereka akan terus bahagia hendaknya.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


48 GAMBAR & 4 VIDEO - SEKITAR MALAM BERINAI SHARIFAH SAKINAH



Gambar-gambar malam berinai Sharifah Sakinah yang agak unik, gila-gila dan berkonsepkan ala Bali. Majlis meriah tersebut telah berlangsung di kediaman Sakinah sendiri iaiu di Taman Melawati, Kuala Lumpur malam kelmarin (Sabtu).

Ia telah dihadiri oleh ahli keluarga, sahabat terdekat dan beberapa rakan artis seperti Anzalna, Elfira Loy, Nabila Huda, Jihan Muse, Tasha Shilla, Marsha dan Siti Saleha. Siap mandi bunga lagi!

Klik gambar untuk size besar


22 March 2015

KAHWIN 5 JUN - HANIS ZALIKHA & HAIRUL SELAMAT BERTUNANG



"Awak sudah jadi tunang saya Hanis Zalikha," tulis Hairul Azreen di laman IGnya.

Hairul telah selamat melangsungkan majlis pertunangannya dengan kekasih hatinya Hanis Zalikha semalam.

"3 bulan saya rancang untuk melamar awak di Gegar Vaganza, 3 bulan kemudian iaitu hari ini kita bertunang dan InsyaAllah lagi 3 bulan kita nikah. Doa untuk kami wahai penyokong setia Hairul & Hanis amin," tambah Hairul.

Klik gambar untuk size besar


21 March 2015

ELFIRA LOY AKUI BAIM WONG BERNIAT MEMPERISTERIKANNYA



Walaupun tidak dihebahkan, namun ramai peminat sudah tahu bahawa Elfira loy, 21, dan Baim Wong sudah lima tahun bercinta. Bagaimanapun, masing-masing masih menyimpan rahsia tersebut demi menjaga hati ramai pihak.

Terkini, tiba-tiba Elfira memberi bayangan bahawa Baim memang berniat mahu membawa hubungan mereka keperingkat seterusnya atau lebih jelas lagi... mahu memperisterikannya.

"Jika saya ini lelaki, barangkali saya boleh cakap lebih. Tapi saya hanya perempuan yang molek berdiam diri. Itu yang sepatutnya. Cuma sebelum ini apabila saya tidak mahu hal ini dicetuskan spekulasi, saya bersuara dan mengeluarkan kenyataan.

Klik gambar untuk size besar


20 March 2015

SIDANG AKHBAR RABU INI - LANA NORDIN BAKAL NIKAH MAT SALLEH?



Mungkin disebabkan jolokan 'Pamela Anderson Malaysia', Lana Nodin sering mendapat perhatian jejaka macho terutamanya mat salleh.

Terbaru, sidang akhbar yang bakal dibuatnya oleh Lana di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada rabu bagi mengumumkan tarikh kahwin dan siapa bakal suaminya seolah sudah pecah tembelang!

Sumber memberitahu bahawa jejaka yang berjaya menambat hati Lana itu ialah David McKienzie, seorang atlit skuad bola tampar USA sukan Olimpik 2012. Malah jejaka itu juga kini menjadi coach untuk sebuah kelab bola tampar, American Volleyball Academy yang berpusat di Singapura.

Klik gambar untuk size besar


19 March 2015

ISTERI SELAMAT BERSALIN - LAYLA DAMITA NAMA ANAK KEDUA NABIL



Nazirah Ayub isteri kepada Nabil Ahmad, 31, telah selamat melahirkan bayi perempuan mereka.

Bayi seberat 3.2 kilogram itu diberi nama Layla Damita merupakan anak kedua mereka setelah Naera Milayla.

"Layla Damita.. Welcome to the new world of life! Happy Born Day..," ujar pengurus Nabil di laman IGnya.

Tahniah diucapkan!

Klik gambar untuk size besar


INFO SEMASA - PM DAN TPM SAMBUT MENANTU



Tahniah diucapkan buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bakal menyambut menantu.

Apa yang menarik, mereka berdua bakal menyambut menantu lelaki bukan berbangsa melayu, di mana anak perempuan sulung Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa, 26, akan bernikah dengan warganegara Uzbekistan, Daniyar Kessibayev. Manakala anak kepada TPM, Najwa Mahiaddin pula akan bernikah dengan lelaki berbangsa cina, Idris Koh Keng Hui.

Untuk info, Perkahwinan Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev dijadual akan berlangsung hari ini di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana.

Klik gambar untuk size besar


9 GAMBAR - NEWBORN PHOTOSHOOT BABY RADHI OAG & NUR SHAHIRA



Gambar-gambar newborn baby Nur Aishah, anak Radhi OAG bersama isterinya Nur Shahira Ayu. Baby Aishah kini hampir berusia 1 bulan.

Atas permintaan Radhi dan Nur Shahira sendiri, konsep yang dirakamkan adalah konsep yang simple dan penuh dengan emosi iaitu candid. Selain itu, jurugambar Camora Arts juga telah membuat satu konsep padang pasir (Puteri Jasmine) dan (jin lampu Ajaib) seperti dalam cerita Aladdin termasuk Konsep 'Announcement'.

Pada anda yang mahu menggunakan khidmat Camora Arts, mereka boleh dihubungi melalui Facebook Camora Arts ( www.facebook.com/camora.arts ).

Klik gambar untuk size besar


18 March 2015

22 GAMBAR - LAGI AKSI KHAULAH AL AZWAR, BERTEMAKAN 'PUTERI ARAB'



Jika sebelum ini, anak kepada Diana Amir dan Mohd Habib iaitu Khaulah Al Azwar, diphotoshoot bertemakan 'Bidadari Besi' dan 'baby announcement' oleh oleh Camora Arts, terkini, The Photolicious Team pula telah merakamkan gambar baby comel itu dengan tema 'puteri arab'.

"Doa ibumu agar kamu membesar nanti menjadi pejuang islam seperti nama mu, menjulang megah nama islam hingga ke akhir hayatmu," demikian harapan Diana dan suaminya terhadap Khaulah.

Klik gambar untuk size besar


103 GAMBAR - MAJLIS HARI LAHIR AYDA JEBAT MERIAH



Baru-baru ini telah diadakan satu 'suprise party' sempena ulangtahun Ayda Jebat yang ke-23 oleh para peminat tanpa pengetahuannya.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


DALAM DIAM, ALYAH DAN RAMLI MS SAMBUT ANNIVERSARY KEDUA



"Happy 2nd anniversary 2 me. TQ Allah swt memberikan aku pengalaman yg mengajar aku ertinya hidup, ertinya pengorbanan, ertinya mempertahankan, ertinya menjadi lebih dewasa. TQ so much ya Allah swt ya tuhanku," tulis Alyah di laman IGnya.

Untuk info, ucapan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 34, itu adalah sempena menyambut ulangtahun perkahwinan keduanya dengan suami, Datuk Ramli MS. Ucapan tersebut turut diselitkan dengan kad lambang 'love'.

Harapan dan doa kita, moga selepas ini rumah tangga Alyah dan Ramli akan bertambah bahagia hendaknya. Amin.

Klik gambar untuk size besar


4 GAMBAR - AKSI MANJA GAYATRI DISISI ZUL ARIFFIN



Bukan selalu kita dapat menatap aksi dan gaya manja Gayatri Su-Lin Pillai dan kekasih hatinya Zul Ariffin.

Terkini, mereka berdua telah bercuti di Bali, Indonesia sambil posing 'maut' seolah membayangkan yang mereka sudah bersedia untuk 'makan nasi minyak'.

Bagaimanapun, mereka bukan pergi berdua sahaja tau... family pun ikut sama. Heh.

Klik gambar untuk size besar


17 March 2015

GAMBAR MENARIK - BABY BUMP PERTAMA ERIN MALIK



Walaupun usia kandungan Erin Malik atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, masih diperingkat awal tetapi baby bumpnya sudah mula kelihatan.

Erin disahkan mengandung anak kembar sejak gambar imbasan kandungannya dikongsikan oleh ahli keluarga terdekat.

Klik gambar untuk size besar


KES DERA TEGAR - RAMAI CABAR ARIF DOLLAH BUAT 'LIE DETECTOR TEST'



Berani kerana benar, takut kerana salah!

Demikian cabar beberapa selebriti di Singapura yang terus memberi tekanan terhadap bekas pengurus Tegar iaitu Arif Dollah. Terkini, mereka mencabar Arif untuk melakukan ujian penipuan (lie-detector) sekiranya dia benar-benar tidak bersalah terhadap dakwaan menganiaya dan melakukan perbuatan tidak senonoh dan salah laku seks ke atas penyanyi Indonesia Tegar.

"Jika dia benar-benar tidak salah, dia tidak perlu takut. Apa yang penting, ujian ini dapat membantu untuk menunjukkan sama ada kenyataan yang dibuatnya itu betul atau sebaliknya. Dia hanya perlu bercakap ya atau tidak saja dengan doktor yang bakal membuat ujian tersebut.

Klik gambar untuk size besar


7 GAMBAR - PHOTOSHOOT BABY DIANA AMIR & MOHD HABIB



Gambar menarik Khaulah Al Azwar, baby Diana Amir dan Mohd Habib yang dirakam oleh jurugambar rasmi Camora Arts yang merupakan sebuah syarikat photographer Newborn, Kids & Family portraiture.

Untuk info, sesi photoshoot Khaulah yang lahir pada 8 march 2015 lalu itu telah dilakukan di rumah Diana dan Habib di Setia Perdana.

Antara konsep Khaulah ialah bertemakan 'Bidadari Besi', dengan menggunakan warna fabric yang terang dan 'fresh flower' sebagai tema utama. Penggunakan props natural seperti Sarang burung yang dihias dengan bunga-bunga segar turut digunakan termasuk konsep terbaru iaitu 'baby announcement' bagi mengetengahkan tarikh lahir, berat dan panjang.

Klik gambar untuk size besar


16 March 2015

NINA ISKANDAR NAFI 'BUKA TUDUNG' KERANA PUTUS TUNANG



"Flightless bird," demikian tulis pelakon yang berasal dari Brunei, Nina Iskandar, 24, melalui Instagramnya baru-baru ini.

Berikutan itu, dia menerima banyak kritikan gara-gara memuat naik sekeping gambar yang memperlihatkan dirinya sudah tidak memakai tudung.

Bila ditanya oleh media, Nina pantas menafikan penampikannya itu ada kena mengena dengan isu putus tunang sebagaimana yang didakwa

Klik gambar untuk size besar


15 March 2015

14 GAMBAR - AMIR RAJA LAWAK KINI SAH SUAMI NUR INTAN SYAFINAZ



Amir Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27, yang sering menggunakan tagline 'I'm Sorry' itu telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya bersama pasangannya Nur Intan Syafinaz Shaari, 21, yang diadakan di kediaman pihak perempuan di Kampung Kubu Gajah semalam.

Mereka dinikahkan oleh jurunikah Masjid Kampung Kubu Gajah iaitu Mahmud Ahmad dengan hanya sekali lafaz. Syafinaz berwalikan bapa kandungan sendiri iaitu Shaari Sabri.

Di dalam tersebut, Shafinaz telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantarannya pula sebanyak RM13,000.

Klik gambar untuk size besar


25 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS TUNANG & MAJLIS NIKAH FAD BOCEY



Salah satu ahli kumpulan Bocey iaitu Fad Bocey atau nama sebenarnya Muhamad Fadzlie Bin Mohd Nizam, 24, telah selamat bergelar suami kepada Nur Syahirah A.Rahman, 21, dengan hanya sekali lafaz yang berlangsung semalam di kediaman pengantin perempuan di Jitra, Kedah.

Apa yang menarik, majlis pertunangan mereka juga turut diadakan di tempat yang sama.

Tahniah diucapkan!

Klik gambar untuk size besar


14 March 2015

17 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN HANEZ SURAYA & ROMIE



Dengan hanya sekali lafaz, Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, kini sah bergelar isteri kepada Romie Razin Adilha Abd Jais, 35, sekitar pukul 11.25 pagi di Masjid Putra, Putrajaya.

Mereka dinikahkan oleh bapa Hanez sendiri, Abdul Aziz Mohd Said di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Abd Manaf Mat.

Pengantin lelaki turut menyerahkan tujuh dulang barang hantaran iaitu tepak sirih, Al Quran, mas kahwin dan wang hantaran, rantai, wangian dan alat solek, beg tangan dan sepasang kasut.

Klik gambar untuk size besar


10 GAMBAR - MALAM BERINAI HANEZ SURAYA BERTEMAKAN BAJU TIDUR



Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat Hanez Suraya kerana dia bakal disatukan dengan tunangnya, Romie Razin Adilha yang akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya.

Malam berinai Hanez telah berlangsung malam semalam dengan bertemakan baju tidur.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


13 March 2015

2 GAMBAR - FAEZAH ELAI KINI BERHIJAB



"Forgive me if i ever hurt anyone of you.. May Allah have mercy upon us.. Good night.. Salam everyone," begitulah tulis Faezah Elai melalui IGnya.

Apa yang menarik, Faezah kini sudah bertudung berbanding penampilan sebelumnya.

Malah dia juga sudah membuang kesemua gambar-gambar tak bertudungnya di laman Instagram. Alhamdulillah.

Klik gambar untuk size besar


QI RAZALI BAKAL BERTUNANG DENGAN NELYDIA SENROSE



"Setelah lebih dua tahun bercinta saya rasa sudah sampai masanya untuk saya memikirkan langkah seterusnya hubungan kami ini. InsyaAllah, dalam masa terdekat ini saya akan menghantar rombongan meminang Nelydia," demikian kata Qi Razali atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali.

Keputusan untuk bertunang itu diambil tambahnya adalah untuk mengelak kontroversi dan dia juga tidak mahu berlengah lagi kerana usianya kini sudah menjengah 38 tahun.



12 March 2015

LEPAS KES TIPU, TEGAR MENGAKU BEKAS PENGURUS DERA CARA SEKSUAL



Selepas isu ditipu oleh pengurusnya baru-baru ini, timbul pula isu baru apabila penyanyi indonesia, Tegar, 13, mendakwa diganggu secara seksual oleh bekas pengurusnya itu.

Menurut laporan media Indonesia, Tegar telah membuat aduan kepada Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas Pa) iaitu sebuah badan yang melindungi hak kanak-kanak di negara tersebut.

"Dia memaksa saya tidur dengan hanya memakai seluar dalam sahaja, menemani saya ketika mandi dan beberapa lagi perkara yang lain.

Klik gambar untuk size besar


GAMBAR - BILA KERETA DAZRIN KAMARUDIN REMUK TERUK



Jika baru-baru ini, pelawak Jep Sepah dan Achey Bocey terlibat dalam kemalangan, terkini pelakon Dazrin Kamarudin turut terlibat dalam kemalangan jalanraya.

Menerusi laman Instagramnya, Dazrin telah memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan keretanya yang remuk teruk disebabkan kemalangan tersebut.

Klik gambar untuk size besar


11 March 2015

BEBAS DADAH - BERAT ZAMANI NAIK 9 KILO



Dulu kurus, kini makin berisi!

Begitulah perkembangan terbaru Zamani Slam yang kini sedang menjalani rawatan di sebuah pusat pemulihan di ibu negara. Berat badannya dikatakan telah bertambah seberat 9 kilogram.

"Alhamdulillah, dia menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan kenaikan berat badan sebanyak sembilan kilogram iaitu daripada 45 kilogram kepada 54 kilogram dalam masa sebulan di pusat pemulihan itu.

Klik gambar untuk size besar


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...