30 April 2015

GEMPAK - BEKAS SUAMI ABBY, FARHAN BERTUNANG DENGAN JANDA?



Dalam diam, bekas suami Abby Abadi, Noor Farhan Che Bakar baru-baru ini dikatakan sudah melangsungkan pertunangan dengan seorang gadis manis. Ia dikuatkan lagi dengan  sekeping gambar dia bersama seorang gadis bertudung.

Selanjutnya, menurut beberapa sumber, wanita tersebut dikenali dengan nama Noriah Mat Isa dan dia didakwa memang kini tunangan Farhan.

Klik gambar untuk size besar


4 GAMBAR - LEPAS HANEZ SURAYA, KINI YANA SAMSUDIN PULA BERHIJAB



Jika baru-baru ini, Hanez Suraya mengambil keputusan untuk berhijab selepas dia pulang dari Mekah bersama suami dan anak tirinya, terkini Yana Samsudin pula tampil berhijab.

Yana tampil dengan imej baru itu melalui rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang disiarkan secara langsung. Malah penghijrahan Yana itu disahkan sendiri oleh suaminya Fadzil Zahari.

Jom tengok gambar yang dikongsikan oleh Yana melalui laman Instagram yang mendapat respon baik daripada peminatnya.

Klik gambar untuk size besar


29 April 2015

FASHA SANDHA BUAT VIDEO DUBSMASH SEMPENA ANNIVERSARY KE-3



Fasha Sandha dan suaminya, Rizal Ashram Ramli (Jejai) kelmarin telah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 3.

Sempena ulangtahun perkahwinannya tersebut, Fasha telah memuat naik satu video dubsmash dengan kapsyennya yang menyentuh hati.

Happy 3rd Year wedding anniversary husband. 3 tahun berkahwin dan sepasang anak. I am truly blessed. Terima kasih Allah diatas segalanya. Terima kasih diatas perkahwinan ini.. Kita tidak tahu apa akan terjadi di kemudian hari.. Ini semua adalah pinjaman daripada Ilahi, sebagai seorang isteri kudoakan agar pinjaman ini kekal buat selama lamanya. Amin. I love you," ujar Fasha di laman IGnya.

Videonya selepas ini!

Klik gambar untuk size besar


TAKZIAH - KANDUNGAN FIZA HALIM GUGUR SELEPAS HAMIL 7 MINGGU



Belum ada rezeki untuk timang anak!

Itulah yang berlaku terhadap Fiza Halim apabila mengalami keguguran anak pertamanya bersama suami Adam AF kira-kira sebulan lalu selepas dia disahkan hamil tujuh minggu.

"Apabila mendapat perkhabaran isteri mengandung sudah tentu saya gembira kerana kehadiran cahaya mata akan mengeratkan lagi kasih sayang kami namun sudah tiada rezeki kami apabila dia mengalami keguguran.

Klik gambar untuk size besar


28 April 2015

GAMBAR TAK BERTUDUNG - NINA ISKANDAR DIKECAM PEMINAT



"Kadangkala anda mesti berani untuk mengawal hidup anda dan mengambil tanggungjawab bagaimana untuk menjalani kehidupan. Sekiranya ia bermaksud menemui dan menjadi diri sendiri, ia berbaloi untuk diusahakan. Tak perlu kisah diterima atau tidak, itu bukan langsung masalah anda," tulis Nina Iskandar di laman IGnya bersertakan gambarnya yang tidak bertudung.

Akibat dari itu, Nina telah dikecam oleh peminat yang mendakwa dirinya yang tidak ikhlas memakai tudung, sebaliknya hanya kerana negara kelahirannya iaitu Brunei melaksanakan perundangan syariah.

Dalam pada itu, Nina juga sebelum ini pernah dilanda kontroversi apabila hanya mengenakan topi dalam satu sesi fotografi dan turut mengundang kritikan daripada peminat hiburan.

Klik gambar untuk size besar


32 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS HARI LAHIR ANAK DYNAS MOKHTAR



Majlis sambutan hari lahir yang ke-5 Khayra Khalyssa anak kepada Dynas Mokhtar yang berlangsung kelmarin di rumah ibu bapa Dynas di Shah Alam.

Majlis yang bertemakan 'Princess Power' itu telah dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan artis.

Antara artis yang hadir ialah Awal Ashaari, Scha Alyahya, Farahdhiya dan ramai lagi.

Gambar-gambar menarik ini telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu REDPhotography

Klik gambar untuk size besar


ALHAMDULILLAH - HANEZ SURAYA KINI MULA BERHIJAB



"Semoga penghijrahan saya ini berkekalan.. Amin," demikian doa Hanez Suraya selepas mula berhijrah memakai tudung.

"Subhanaallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar.. Ya Allah, kuatkanlah aku dalam mengharungi hari-hari ku... kuatkanlah aku dalam menghadapi karenah manusia... janganlah kau biarkan titik hitam menular di hatiku... gagahkanlah aku dalam menjalani tugas dan amanah yang dipegang," tambahnya lagi melalui IG.

Untuk info, Hanez baru-baru ini telah menunaikan umrah bersama suaminya Romie Razin Adilha dan anak tirinya, Putera Adreeshah. Mereka baru sahaja pulang dari Tanah Suci Mekah kelmarin.

Klik gambar untuk size besar


27 April 2015

4 GAMBAR KANDID - BILA SYANIE MAKIN COMEL



Gambar yang dirakam secara kandid di Jalan Petaling, Kuala Lumpur memperlihatkan pelakon Syanie Hisham, 42, makin sihat dan bertenaga. Malah tubuhnya juga kelihatan kurang berisi berbanding sebelum ini.

Bersamanya ialah Nadi Putera Mohd Zainol, suami Syanie yang sering menjaga isteri kesayanganhya itu.

Klik gambar untuk size besar


23 GAMBAR - MAJLIS CUKUR JAMBUL & ULANG TAHUN PERKAHWINAN ALMY & FIZZ FAIRUZ



Akhirnya, wajah Nur Afrina Arianna, anak pelakon Almy Nadia didedahkan buat pertama kalinya sejak dilahirkan pada pada 16 Februari lalu di Hospital Columbia, Setapak Kuala Lumpur.

Mereka memilih hari ulang tahun pertama perkahwinan mereka yang dilangsungkan bersama majlis cukur jambul Nur Afrina yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam (Ahad) untuk memperlihatkan wajah anak mereka itu.

Apa yang menarik, turut hadir pada majlis itu ialah Tengku Besar Putra Selangor, Tengku Datuk Seri Ismail Shah Sultan Hishamudin Alam Shah, jurulatih bola sepak Pahang, Zainal Abidin Hassan, pelakon Sharifah Shahira dan suami, Ijoy serta ramai jemputan istimewa.

Klik gambar untuk size besar


26 April 2015

32 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS RESEPSI SAM BUNKFACE & AIDA AZIRA



Majlis resepsi bagi pihak lelaki telah diadakan semalam di tempat yang sama selepas sahaja selesai akad nikah.

Difahamkan, majlis resepsi bagi pihak perempuan pula akan diadakan pada 2 Mei depan di Masjid Tanah, Melaka.

Mereka berdua telah memilih Koh Tao, Thailand sebagai destinasi berbulan madu kerana mereka sememangnya gemar melancong dan begitu mencintai suasana pantai dan bakal bercuti di sana selama lima hari.

Klik gambar untuk size besar


18 GAMBAR - SAM BUNKFACE KINI SAH SUAMI AIDA AZIRA



Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, selamat bergelar suami kepada seorang penerbit program televisyen TV3 iaitu Aida Azira Husin, 28, sekitar jam 9.24 pagi semalam.

Dengan berwalikan abang kandung Aida, Azree Husin, mereka telah dinikahkan dengan hanya sekali lafaz oleh jurunikah Masjid Al-Islah Serdang Jaya, Mohd Ramizi.

Pengantin lelaki turut menyerahkan empat dulang barangan hantaran iaitu Al Quran, mas kahwin, cincin, sejadah dan set telekung.

Klik gambar untuk size besar


25 April 2015

VIDEO - ALAHAI COMELNYA DATUK SITI NURHALIZA



"Hahahahahahaha...pengsannn!!!," demikianlah kata Datuk Siti Nurhaliza apabila dia memuat naik satu video dubsmash di laman IGnya.

Bukan Siti sahaja yang memuat naik video tersebut tetapi beberapa artis lain turut memuat naiknya.

Videonya selepas ini!



GAMBAR TAK BERBAJU - AJAI TERUK DIKRITIK



"Pada saya isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana semua orang tahu saya cuma tidak memakai baju dan masih lagi berseluar bukannya gambar tersebut menunjukkan saya bogel," demikianlah kata Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 40, mengenai gambarnya yang tidak memakai baju di laman IGnya.

Menurut Ajai, dia tidak terkesan langsung dengan pandangan negatif sesetengah pihak yang tidak berpuas hati mengenai gambar tersebut.

Dalam pada itu, Ajai berkata yang dia tidak berhak untuk menghalang orang luar membuat penilaian terhadap tindakannya itu kerana masing-masing mempunyai pendapat sendiri.

Klik gambar untuk size besar


24 April 2015

11 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS SANDING IRINA, ADIK MAYA KARIN



Mungkin ramai yang tidak mengenali Irina Melati... namun jika Maya Karin yang diketengahkan, pasti ramai yang kenal. Bagi yang masih tidak tahu, Irina ialah adik kepada Maya.

Baru-baru ini, Irina telah mengadakan majlis persandingan di kampung halamannya di Pulai Pinang. Untuk makluman, pada penghujung 2014, dia dan suami bernama Alex telah melangsungkan pernikahan mereka di London.

Melihat gambar-gambar ini, ramai yang tertanya... Maya dan Remy bila lagi? Heh.

Photo Credit: IG Maya Karin
Klik gambar untuk size besar


HISAP ROKOK DALAM RUNNING MAN - JI SUK JIN TERUK DIKRITIK



Peserta Running Man yang sering digelar 'hidung besar' iaitu Ji Suk Jin teruk dikecam gara-gara menghisap rokok elektronik dalam salah satu siri tersebut. Lebih teruk, episod itu juga tidak disunting dan disiarkan untuk tontonan baru-baru ini.

Meskipun pihak produksi telah memohon maaf atas kecuaian yang tidak disengajakan itu, namun mereka dan Suk Jin telah menerima banyak komen negatif daripada peminat di Korea hingga ada yang mendakwa memberi pengaruh buruk pada penonton generasi muda.

Untuk info, semua rancangan yang diterbitkan stesen televisyen di Korea tidak dibenarkan melibatkan adegan rokok disiarkan.



23 April 2015

LEPAS NOIRMAN HAKIM, SABHI SADDI PULA BERBADAN 'SADO'



"Still in progress 'I am not PERFECT'," demikian kata penyanyi dan pelakon Sabhi Saddi yang mula kelihatan bertubuh 'sado' sebagaimana rakan artis lain seperti Norman Hakim.

Berbanding penampilannya sebelum ini, dia memang nampak berbeza daripada awal kemunculannya dalam bidang seni.

"Orang melihat kemunculan saya dalam industri seni ini sebagai biasa dan tiada yang istimewa mengenai saya. Penampilan berbadan 'sado' ini menampilkan sisi yang lain bagi diri saya.

Klik gambar untuk size besar


7 GAMBAR - GELAGAT MANJA TUN DR MAHATHIR BERSAMA CUCU



Gambar mesra bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama cucunya yang dikenali sebagai Ally anak kepada Datuk Mukriz Mahathir.

Ally yang memanggil atuknya dengan panggilan Tok Det itu beruntung mempunyai seorang atuk seperti Tun Dr. Mahathir kerana beliau banyak memberi sumbangan kepada negara dari segi pendidikan, moral, sosial serta ekonomi sehingga nama Malaysia dikenali dunia.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


HAMPIR MAUT, PUNCA YATT HAMZAH & SUAMI BERBAIK SEMULA



Hampir maut di Syria menjadi punca hati Yatt Hamzah insaf dan kembali ke pangkuan suaminya baru-baru ini. Semuanya bermula apabila dia mengikuti misi bantuan kemanusian baru-baru ini bagi menghulurkan bantuan pada penduduk yang mengalami penderitaan.

Ketika Yatt dan suami selesai memberi bantuan disatu kawasan, tiba-tiba sebutir bom meletop di situ selepas beberapa minit mereka beredar.

"Sebenarnya kesengsaraan yang dialami penduduk Syria lebih teruk dan dasyat berbanding penduduk di Palestin, banyak bangunan runtuh serta hilang tempat tinggal.

Klik gambar untuk size besar


PERSONALITI TV3, IRIN PUTRI DIANUGERAH SELEMPANG SRIKANDI



Tutur kata yang lembut namun mempunyai jiwa yang besar mengiringi wajah manis Irin Putri Azmi yang merupakan salah seorang personaliti TV3 yang mula menempa nama sejak tahun 2004.

Apa yang menarik, baru-baru ini Irin telah dianugerahkan Selempang Srikandi Media Malaysia oleh Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi. Penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Muadzam Shah di Istana Pahang di Kuala Lumpur.

Majlis penganugerahan itu meraikan jasa dan sumbangan wanita dari seluruh negara dalam pelbagai bidang yang membawa perubahan ke arah kesejahteraan rakyat dan negara.

Klik gambar untuk size besar


22 April 2015

HAMIL - JACLYN VICTOR BAKAL JADI IBU



Penyanyi yang lahir melalui rancangan realiti, Malaysian Idol pada 2004, Jaclyn Victor kini hamil anak sulung.

Dia yang berkahwin dengan Shawn Rivera iaitu anggota kumpulan R&B popular Amerika Syarikat pada 17 Julai 2014 sempat berkongsi kegembiraan itu bersama peminat.

"I absolutely love listening to Moms talk about all the good, the bad, the beautiful, the ugly, the inspiring, the not-so-glamorous moments of motherhood and still, somehow through it all, they feel so blessed and always thank God!



GAMBAR - INILAH WAJAH LELAKI YANG GELAR ANAK BLACK 'BERUK'



Gara-gara bengang dengan dengan tindakan seorang lelaki yang menggelar anaknya Khaleef Dayyan sebagai ,beruk, akhirnya penyanyi Black Hanafiah telah mendedahkan identiti lelaki terbabit.

Difahamkan, lelaki tersebut adalah pelajar di sebuah universiti.

"Jika dia masih berdegil untuk tidak membuat apa-apa permohonan maaf, tindakan undang-undang terhadapnya akan segera diambil.

Klik gambar untuk size besar


5 GAMBAR - MANISNYA BAKAL ISTERI ZIZAN



Bak kata pepatah, bangkai gajah yang disorok di bawah karpet pasti akan ketahuan jua!

Begitu jugalah halnya dengan wajah kekasih baru Zizan Razak yang menjadi persoalan sebelum ini. Sejurus Zizan selesai menghantar rombongan merisik, wajah manis gadis yang bernama Nor Edura Diyana Hisyam itu terus tersebar luas di alam maya.

Difahamkan, Nor Edura, 24, adalah seorang pelajar di sebuah universiti tempatan di Terengganu dalam bidang perakaunan. Nampaknya, Nor Edura sama manis dengan Emma Maembong. Heh!

Tahniah kami ucapkan buat Zizan dan Nor Edura di atas ikatan yang terjalin baru-baru ini.

Klik gambar untuk size besar


KES MAHKAMAH - JOHAN RAJA LAWAK DAPAT 'HABUAN' SEBANYAK RM160,000



Jika sebelum ini, Johan Raja Lawak memenangi kes saman yang melibatkan jumlah RM1 juta, terkini Johan memperoleh 'habuan' mencecah RM160,000 sebagai kos guaman dan kos kecederaan parut kekal di mukanya akibat dibaling dengan gelas kaca dalam satu pergaduhan, lima tahun lalu.

Rayuan yang dibuat oleh Pengarah, Mohd. Javed Mohd. Nizar dan syarikat penerbitan drama dan filem, Juara Filem Production Sdn. Bhd. telah ditolak oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan semalam.

Dalam pada itu, Mahkamah bagaimanapun membenarkan rayuan pengarah itu dan syarikatnya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahnya membayar RM20,000 kepada Ozlyn Wati, isteri kepada Johan.

Klik gambar untuk size besar


4 GAMBAR - AG HOT FM TIMANG ANAK KEEMPAT



"Alhamdulillah, syukur Ya Allah.. Kurniaan Allah.. Anugerah Allah.. Amanah Allah.. Lahirnya seorang bayi lelaki pada hari sabtu, 1.15mnt pagi, 18 April, seberat 4.02kg," ujar penyampai radio Hot FM, AG melalui Instagramnya.

Untuk info, isterinya telah selamat melahirkan anak keempat mereka yang merupakan bayi lelaki.

"Alhamdulillah ibu dan anak sihat. Terima kasih atas doa-doa kawan-kawan semua. Tq my darling," tambah AG.

Tahniah diucapkan!

Klik gambar untuk size besar


21 April 2015

2 GAMBAR - AC MIZAL LAWAT ADIK DERITA KANSER MATA



"Tq Dato AC Mizal meluangkan masa untuk adik Farisha, semoga adik Farisha cepat-cepat sembuh," begitulah penghargaan peminat Datuk AC Mizal apabila pengacara dan penyanyi itu melawat adik Nurfarisha binti Muhd Firdaus, 18 bulan.

Untuk info, Nurfarisha seorang penghidap kanser mata tahap 4 sejak tiga bulan lalu. Dia juga kini tidak mampu berjalan kerana virus kanser dari matanya sudah mula menyerang bahagian otak.

Apabila kisah penderitaannya yang disiarkan media baru-baru ini, ramai pihak yang terkesan dengan berita tersebut hingga menjadi viral di laman sosial.

Klik gambar untuk size besar


KES PENJAGAAN ANAK - ROZANA KEKAL HAK, AWIE TUNTUT RM1 JUTA



Permohonan Awie untuk membatalkan perintah interim hadhanah secara ex-parte terhadap tiga anak hasil perkongsian hidup dengan Rozana Misbun telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam.

Bukan itu sahaja, malah hasratnya untuk menuntut wang RM1 juta bagai terbantut apabila usaha untuk mendapatkan hak penjagaan sementara bagi ketiga-tiga anaknya terhalang.

Untuk makluman, tuntutan RM1 juta tersebut dibuat Awie kerana mahu pihak responden iaitu Rozana Misbun menanggung kos atau membayar ganti rugi kepadanya berdasarkan dakwaan fakta-fakta yang tidak benar mengenai kes tuntutan anak.

Klik gambar untuk size besar


LAGI 23 GAMBAR PHOTOSHOOT NEWBORN BABY NORMAN HAKIM & MEMEY SUHAIZA



Lagi gambar photoshoot newborn baby Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang bernama Muhammad Dikhriz Hakim.

Tema bagi photoshoot baby Norman dan Memey ialah bertemakan Cowboy dan Boxing

Difahamkan ketika sesi fotografi itu, bayi tersebut baru sahaja berusia 6 hari.

Jom lihat  gambar yang telah disediakan oleh Camora Arts.

Klik gamabr untuk size besar


MAMPUKAH 'WINTER SONATA' BAHARU KEMBALIKAN KEGEMILANGAN LAMA?



Pastinya peminat filem dan drama Korea tahu, drama bersiri Winter Sonata satu ketika dulu pernah memecah sejarah sebagai drama paling meletop. Malah drama tersebut yang dibintangi oleh Bae Yong Joon dan Choi Ji Woo itu masih ditonton hingga kini diseluruh dunia.

Terkini, berita baik untuk peminat Winter Sonata apabila drama bersiri tersebut bakal kembali dengan sekuel baharu pada 2016.

"Idea untuk menyambung drama bersiri itu sudah lama saya fikirkan dan saya yakin, ianya pasti mendapat sambutan yang hebat di kalangan penonton yang menantikan sekuel ini.



HIDAP KANSER TAHAP 1 - MAK JAH, SENYUM DALAM DERITA



"Lama tak jumpa Mak Jah, last kami bekerjasama masa 'shoot' telefilem Paku Di Dinding Hati versi 1st dalam tahun 2008. Mak Jah jadi jiran sekampung, aku budak kolej... *ok, tu citer lama. tak penting*

"Yang penting, selepas Mak Jah didiagnos mengidap kanser rahim stage 1 tahun lepas, dia tetap tabah. Cuma, itu lah, di usia 67, apa sangatlah kudratnya untuk terus berlakon. Tapi nak tak nak, dia perlu juga terus bekerja untuk tampung perbelanjaan rawatan dan beli ubat yang mahal.

"Mak Jah perlukan sekurang-kurangnya RM3,500 sebulan (kos ubat kanser saja sudah RM2,400 sebulan, belum lagi campur kos ubat untuk kencing manis dan darah tinggi). Pada mana-mana rakan produser dan pengarah yang perlukan khidmat Mak Jah, silakan.

Mak Jah dan Amirul


20 April 2015

ABBY ABADI BATAL NIAT CERITA KISAH PERKAHWINANNYA DENGAN NORMAN HAKIM



Jika sebelum ini, Abby Abadi ada mengeluarkan kenyataan dia berkahwin dengan Norman Hakim bukan kerana cinta tetapi sebab lain, terkini dia memberitahu yang dia tak mahu bercerita lebih lanjut mengenai perkara ini.

"Saya memutuskan untuk tidak lagi melanjutkan perkara ini. Tak ada apa yang serius dan kalau cerita pun, ia tidak berbaloi. Jadi, lupakanlah saja.

"Tak apalah, saya malas nak layan sebab kalau jawab nanti, orang akan panjangkan perkara ini. Lagipun, ramai sangat juri awam kat Malaysia ini.

Klik gambar untuk size besar


SAYA RANCANG INGIN TAMBAH SEKOLAH TAHFIZ - AMY SEARCH



"Bekalan amalan saya di akhirat nanti," demikianlah kata Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 57, yang kini sedang mengusahakan sekolah tahfiz bersama seorang rakannya.

"Apa yang saya lakukan ini (membuka sekolah Tahfiz) mengikut apa yang termampu dalam mengimbangkan bekalan amalan saya di dunia dan akhirat. Pun begitu saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bersara daripada industri muzik kerana itu semua ditentukan oleh Allah.

"Sekolah tahfiz tersebut dibuka oleh saya bersama dengan seorang rakan yang terletak di Sungai Buloh. Kini kami mempunyai seramai 15 orang pelajar dan itu sudah mencukupi kerana tempat tersebut tidak dapat menampung jumlah bilangan pelajar yang ramai.

Klik gambar untuk size besar


KENA TUMBUK - AMAR BAHARIN MASUK HOSPITAL PAKAR RAWANG



"Ketika kami sedang berlawan, saya tidak sempat untuk menepis tumbukan lawan saya. Tetapi masa itu saya tak rasa sakit," ujar Amar Baharin yang cedera di bahagian kening gara-gara ditumbuk.

Untuk info, ketika itu (semalam) dia sedang menjalani penggambaran drama 'Jalan Cinta Ke Syurga' di Rawang, Selangor.

"Dua jam selepas kejadian barulah saya ke Hospital Pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu luka saya agak dalam dan ia perlu dijahit," katanya yang tidak sempat mengelak tumbukan pelakon baru disebabkan terkeliru.

Klik gambar untuk size besar


19 April 2015

35 GAMBAR - RUMAH TANGGA PULIH, YATT HAMZAH BUAT MAJLIS KESYUKURAN



Yatt Hamzah sekeluarga telah mengadakan majlis kesyukuran sempena ulang tahun keenam perkahwinannya, sambutan hari lahirnya dan anaknya, Suci Hanania Malika, 5, yang bertempat di Casa Club, Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur.

Seperti yang kita sedia maklum, Yatt sebelum 24 Februari lalu pernah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur... namun hatinya terbuka kembali untuk bersama suaminya apabila membuat lawatan ke Syria tidak lama dulu.

"Saya enggan menoleh dan mengulas kisah lalu kerana berpendapat pergolakan rumah tangga sudah pulih.

Klik gambar untuk size besar


18 April 2015

12 GAMBAR - HANEZ SURAYA DI TANAH SUCI MEKAH



Jika sebelum ini suaminya, Romie Razin Adilha pernah berjanji ingin membawa Hanez Suraya ke Mekah sebagai salah satu destinasi bulan madu, terkini janji itu telah tercapai apabila mereka selamat sampai di Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah.

Dalam pada itu, ramai peminat Hanez memuji dirinya kelihatan manis ketika menutup aurat dan berharap Hanez akan kekal berhijab apabila pulang ke Malaysia nanti.

Di laman IGnya, Hanez telah berkongsi beberapa keping gambar ketika berada di Mekah.

Jom tengok!



RANCANG PINDAH KE MALAYSIA - TAUFIK BATISAH INGIN DEKAT DENGAN PEMINAT



Penyanyi yang popular dengan lagu 'Awak Kat Mana' iaitu Taufik Batisah merancang ingin berpindah ke Malaysia bagi memudahkan perjalanan kerjayanya di samping dapat memberi fokus lebih karier nyanyiannya itu.

Menurut Taufik, dia mengakui isterinya, Sheena Akbal tidak mempunyai sebarang masalah dengan rancangannya itu, tetapi bagaimanapun dia kini sedang memujuk ibunya untuk pindah bersama.

"Bila masa (mahu berpindah) tu belum tahu lagi. Isteri saya tak ada masalah. Sekarang saya kena pujuk ibu saya dulu. Saya rasa bila saya semakin sibuk di sini nanti kenalah pindah. Bila tinggal di sini lebih lama boleh saya buat benda lain juga, berlakon ke," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar


17 April 2015

EMMA MAEMBONG SAMBUT BIRTHDAY KAMAL ADLI DENGAN TEPUNG



Happy birthday Kamal Adli !! Haha kesian kene telo and tepung," demikianlah kata Emma Maembong apabila dia dan sahabat yang lain menyambut hari lahir Kamal Adli semalam.

Apa yang menarik, bukan Kamal je yang Emma ucapkan tetapi Emma juga turut mengucapkan selamat kepada bekas kekasihnya, Zizan Razak yang juga menyambut hari lahirnya kelmarin bersama keluarga.

Dalam gambar tersebut, nampaknya Kamal dan Emma kelihatan seronok apabila sama-sama mandi tepung.

Kami ucapkan selamat hari lahir buat dua jejaka ini.

Klik gambar untuk size besar


7 GAMBAR - PHOTOSHOOT NEWBORN BABY NORMAN HAKIM & MEMEY SUHAIZA



Sekitar photoshoot newborn baby Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang diberi nama Muhammad Dikhriz Hakim yang lahir pada 8 April lalu.

Gambar yang berkonsep ala-ala boxing itu dirakamkan oleh jurugambar Camora Arts.

Beberapa keping gambar telah dikongsi oleh Norman Hakim di laman instagram miliknya.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


HANS ISAAC AKUI PUNYAI KEKASIH BARU DEPAN NEELOFA



Akhirnya, Hans Isaac mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seseorang bagi menggantikan bekas kekasihnya Neelofa. Bagaimanapun, dia tidak ingin mendedahkan identiti teman wanitanya itu buat masa ini bagi mengelakkan gosip liar.

"Saya sedang mengenali seseorang. Itu saja yang saya boleh katakan selebihnya saya tidak mahu dedahkan.

"Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya tidak mahu lagi terlalu berkongsi mengenai hubungan cinta. Saya tidak berbohong dan benar saya sedang kenali seseorang," ujarnya ketika hadir dalam program Meletop terbikan Astro.

Klik gambar untuk size besar


3 GAMBAR - BILA REMY ISHAK BERASMARA DALAM AIR



"Babak saya dan Maya (lakonan Izara Aishah) berasmara antara babak mencabar pada saya," demikian jelas Remy Ishak mengenai babak panas dalam filem Pilot Cafe.

Untuk makluman, dalam babak tersebut juga, Remy dan Izara telah berbaring berduaan di atas batu di pantai sambil dilanda ombak sebelum berpelukan di dalam air.

"Sebelum buat babak itu saya ada beritahu Izara yang saya rasa takut sebab memang ombak kuat pada masa itu.

"Ada sekali kami dipukul ombak dan hampir hanyut. Mujurlah tangan saya mencengkam kuat pada batu tersebut.



16 April 2015

GAMBAR TERKINI ANAK KEDUA NABIL AHMAD



Gambar terkini anak kedua Nabil Ahmad, 32, iaitu Leyla Medina yang kini berusia satu bulan.

Alahai comelnya lah Naira Mikayla, 2, melayan adiknya kecil itu.

Untuk rekod, Nazirah Ayub, isteri kepada Nabil melahirkan anak kedua mereka secara pembedahan pada 18 Mac lalu.

Klik gambar untuk size besar


11 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS HARI LAHIR KE-2 ANAK FASHA SANDHA



Majlis sambutan hari lahir yang ke-2 Putra Rayfal Ramli anak sulung kepada Nur Fasha Sandha Hassan, 31 telah diadakan semalam di Kelab Diraja Selangor.

Di dalam majlis tersebut, ia telah dihadiri lebih 200 orang tetamu termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan artis.

Antara artis yang hadir ialah Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa, Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Erin Malek, Putri Balqish dan Eina Azman.

Klik gambar untuk size besar


FILEM BUKIT KEPONG DALAM HD, BAKAL DITAYANG OGOS INI



Filem epik Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsuddin kini telah berjaya melalui baik pulih kepada kandungan definasi tinggi (HD). Penaikkan taraf dari segi visual dan audio telah dilakukan oleh anak syarikat KRU iaitu Prodigital Lab Sdn Bhd.

"Kita menaik filem ini kepada kandungan definasi tinggi, malah meningkatkan kualiti warna seolah-olah penggambaran baharu sahaja dilakukan semalam.

"Selain itu, mutu audio juga dipertingkatkan dalam proses adunan semula daripada mono ke stereo, suntingan bagi menyelaraskan lipsync audio asal dengan visual, noise reduction serta penambahan kesan bunyi," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim pada sidang media Ops Selamatkan Bukit Kepong yang diadakan di Platinum Sentral, Kuala Lumpur.

Klik gambar untuk size besar


15 April 2015

PENDEDAHAN GEMPAK - ABBY KAHWIN NORMAN DULU BUKAN KERANA CINTA?



" Kita org kahwin bukan sebab cinta sebenarnya.... Sebab apa? Jeng! Jeng! Jeng! taktahu la En Norman Hakim nk akui ke tak perkara ni tapi..... Itulah dia yg sebenarnya....

"Rasa Sy la. Apa dia? Jemput Solat Isyak dulu k. Panjang umur murah rezeki, dpt persetujuan En Norman. Sy cerita nanti. Siap ngan gambar sekali sbg bukti hehe.. Jemput Solat dulu k," demikian tulis Abby Abadi di laman IGnya.

Entah apalah yang hendak didedahkan oleh Abby mengenai perkahwinannya bersama bekas suaminya, Norman Hakim. Heh.



KOTAK SUIS TERBAKAR - M NASIR & MARLIA MUSA CEMAS



"Kebakaran hanya berlaku pada kotak suis di luar rumah saja. Mujur tak merebak ke dalam rumah," jelas Datin Marlia Musa mengenai kejadian yang berlaku di rumah mereka di Jalan Tembusu, Sungai Pelong, Sungai Buloh.

Akibat kejadian itu, Marlia dan suaminya, Datuk M Nasir masing-masing terpaksa membatalkan kehadiran di dua acara hiburan semalam.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 1.30 petang semalam dipercayai berpunca daripada litar pintas dan ia berjaya dikawal dengan bantuan anggota bomba dan kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Klik gambar untuk size besar


22 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS RESEPSI ELIZAD & SHAMSUL



Majlis resepsi Siti Elizad Mohd Sharifudin dan pasangan Shamsul Baharin Rahman telah berlangsung pada 11 April lalu di The Sacred Garden, Kampung Pengantin, Kuala Lumpur.

Gambar-gambar menarik ini telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu Msgreen Art Gallery.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


'TUTUP KILANG' - AMYZA AZNAN TAK MAHU HAMIL LAGI



Tiga anak sudah mencukupi bagi pelakon Amyza Aznan dan dia kini sudah bertekad tak mahu hamil lagi atau 'tutup kilang'. Dengan pengakuan itu, maka Amyza telah mengikut jejak langkah Ziana Zain yang sebelum ini turut enggan hamil lagi.

"Tumpuan saya kini adalah membesarkan anak-anak dan menjaga rumah tangganya," ujar Amyza.

Klik gambar untuk size besar


14 April 2015

13 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS DOA SELAMAT & KESYUKURAN AWAL ASHAARI



Gambar majlis doa selamat dan kesyukuran yang diadakan oleh Awal Ashaari selepas dia terselamat apabila terlibat dalam kemalangan 29 Mac lalu. Ia telah diadakan kelmarin di Marhaba Restaurant, Publika.

Selain ahli keluarga dan rakan-rakan artis, turut hadir sebagai jemputan ialah anak-anak Tahfiz Al-Mustaqim, Paya Jaras, Selangor.

Bagaimanapun, menurut Awal, buat masa ini dia tidak boleh memandu kenderaan lagi kerana masih belum pulih. Berikutan itu, dia kemungkinan akan mencari pemandu bagi memudahkannya ke mana-mana.

"Ia adalah atas nasihat doktor," ujarnya ringkas.

Klik gambar untuk size besar


ISU ISTERI BERGAMBAR SEKSI - FARID KAMIL TERKILAN TAPI ENGGAN KOMEN



"Saya tidak mahu komen tentang perkara itu kerana ia adalah hal peribadi kami, cukuplah saya katakan bahawa saya terkilan dengan kontroversi tersebut," ujar Farid Kamil mengenai kontroversi yang melanda isterinya Diana Danielle apabila memperagakan pakaian agak seksi dalam majalah Esquire Malaysia edisi Mac.

Meskipun mengakui terkilan dengan kontroversi tersebut, namun Farid berkata, pihak pengurusan isterinya iaitu Prokuya Studio yang dimiliki oleh adiknya Fadzil Zahari yang seharusnya mmberi penjelasan.

"Perkara ini seharusnya dijawab oleh pihak pengurusan dia kerana ia adalah di bawah tanggungjawab pengurusan itu," tambahnya.

Klik gambar untuk size besar


13 April 2015

3 GAMBAR - ARNI NAZIRA LAHIRKAN ANAK KETIGA



Pelakon yang pernah popular dengan drama bersiri ‘Cinta Antara Benua’ Arni Nazira, telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lalu.

"Alhamdulilah, selamat melahirkan baby lelaki pada Jumaat, 10 April 2015," tulis Arni melalui IGnya.

Klik gambar untuk size besar


BELUM MASA BERKAHWIN - HUBUNGAN CINTA JIHAN & HARIZ MAKIN BERBUNGA



Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua!

Demikian juga perihal cinta pelawak dan pengacara Jihan Musa dengan kekasih hatinya Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 30, seorang pelakon yang sedang menungkat naik.

Percintaan yang disorokkan selama lapan tahun akhirnya dapat dihidu jua oleh media ketika mereka hadir di ABPBH 2014 baru-baru ini.