30 June 2015

KES DADAH: MENGAKU SALAH - MAMAT EXIST DIDENDA RM4,000



Bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 37, didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan mengambil dadah pada Mac lalu.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman ketika menjatuhkan hukuman turut memerintahkan Mamat dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut mengarahkan Mamat diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.

Klik gambar untuk size besar


AKUI SILAP MUAT NAIK SELFIE ATAS KATIL - YAZER & EKIN KINI LEBIH BERHATI-HATI



Jika sebelum ini, Yazer dan Ekin menjadi perhatian selepas sekeping gambar selfie di atas katil dikongsikan di akaun sosial masing masing, terkini Yazer mengakui tindakan mereka itu adalah satu kesilapan besar.

Menurut Yazer, dia tidak menyangka tindakan itu menjadi kontroversi selepas mereka dikutuk walaupun pada mulanya niat mereka untuk memberitahu sudah berada di kampung halaman iaitu Kampung Bebuloh Laut, Labuan.

"Jujurnya kami tidak sangka foto tersebut akan menimbulkan isu di kalangan netizen.

Klik gambar untuk size besar


AKIBAT SALAH FAHAM - WANITA DIGELAR SUNDAL OLEH AZWAN ALI



Baru-baru ini kecoh apabila selebriti kontroversi dan bermulut lantang, Azwan Ali atau terkenal dengan panggilan Diva AA telah memaki hamun seorang peminat wanita yang mencadangkan beliau untuk mencuba stik terbaik di Me'nate Steak Hub.

Tidak tahu akan kewujudan restoran tersebut Azwan menyangka pengikutnya yang menggunakan tweethandle @NurAziraWA memanggilnya 'binatang' dalam loghat Kelantan.

Akibat salah faham, wanita tersebut terus dimaki hamun oleh selebriti tersebut secara membabi buta.

Klik gambar untuk size besar


29 June 2015

11 GAMBAR - PHOTOSHOOT NEWBORN BABY SAFEE SALI



Sekitar photoshoot newborn baby Safee Sali dan Sasha yang bernama Shanika Salsabilla yang lahir pada 15 Jun lalu.

Photoshoot yang bertemakan hutan ini telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu Camora Arts Photography.

Jom lihat!

Klik gambar untuk size besar


BIDADARI SAYA GIGIH TUNAI UMRAH WALAUPUN BARU JALANI PEMBEDAHAN - ADAM CORRIE



Meskipun baru tiga hari dibenarkan keluar hospital selepas menjalani pembedahan di perut, ia tidak menghalang Fazema Mohd Fuad untuk bersama-sama menunaikan ibadah umrah bersama suaminya, Adam Corrie Lee Abdullah, 40.

Menerusi laman IG Adam, dia telah berkongsi kisah kegigihan isterinya dalam menahan sakit untuk bersama menunaikan ibadah kepada Allah.

Klik gambar untuk size besar


SALIH YAACOB BAKAL DAPAT ANAK KE-13



Tahniah diucapkan buat pelakon, pelawak dan juga penyampai radio, Salih Yaacob, 54, kerana bakal dikurniakan anak ke-13 hasil perkongsian hidupnya dengan isteri keempat, Samihah Syeikh Amy atau Emi, 28, yang dijangka bakal bersalin pada bila-bila masa minggu ini.

Selain bakal memperoleh anak ke-13, Salih turut mempunyai enam cucu termasuk seorang cucu perempuan bernama Qaireena Ariana yang dilahirkan dua minggu lalu.

Klik gambar untuk size besar


SAYA TERKEJUT BILA DISYAKI SAKIT JANTUNG - BLACK HANIFAH



Black atau nama sebenarnya Hanifah Bin Md Hanafiah, 27, mengakui terkejut apabila doktor mengesyaki dia menghidap sakit jantung ketika menjalani pemeriksaan perubatan beberapa minggu lepas.

Menurut Black, dia tidak sangka rasa letih dan pening yang dialami merupakan sesuatu yang serius, namun bersyukur kerana kesihatannya kini sudah beransur pulih.

"Kejadian berlaku tiga minggu lepas sewaktu saya dan isteri sedang mencari lokasi untuk mengadakan majlis cukur jambul anak saya. Ketika naik tangga di Dewan N’dah Mahligai, badan saya tiba-tiba rasa letih dan jantung berdegup laju sangat.

Klik gambar untuk size besar


BELUM KAHWIN - SALWA RAZAK TIDAK BERNIAT MENCARI PUBLISITI MURAHAN



Jika sebelum ini ada khabar yang mengatakan Salwa Razak, 30, telah berkahwin, terkini Salwa memberitahu bahawa dia belum mempunyai teman lelaki untuk memasuki ke alam perkahwinan.

Mengenai gambarnya menggayakan baju pengantin sambil menunjukan cincin yang dimuat naiknya di laman sosial baru-baru ini sebenarnya dia sedang menjalani penggambaran drama terbaharu berjudul 'Singgahsana Cinta' dan ia hanya untuk promosi drama tersebut sahaja.

Salwa berkata dia tidak berniat mencari publisiti murahan dan tidak bermaksud untuk mempermainkan orang ramai dan pengikut di Instagram apabila meletakkan kapsyen "Alhamdulillah Selesai Akhirnya..." di gambar tersebut seolah-olah menunjukkannya sudah selesai acara akad nikah.

Klik gambar untuk size besar


28 June 2015

MULA RASA RIMAS - WAK MUSTAR INGIN KEHIDUPAN LAMANYA



Juara Kilauan Emas 5, Mustaffa Rashid Abdul Jabar, 47, atau lebih dikenali dengan panggilan Wak Mustar mula merasakan dirinya kini rimas dengan populariti yang dipegangnya setelah menang dalam program realiti Astro itu.

Ini bukan kerana sombong tetapi dia yang sudah biasa dengan kehidupan sederhana dan kurang dikenali itu.

Wak Mustar mahu kehidupan dulunya sebagai tukang buat rumah dan hidup dalam kelompoknya sahaja, tanpa ada yang mengenalinya ke mana sahaja ditujunya kembali kepada dirinya.

Klik gambar untuk size besar


ZAITON SAMEON KINI BERTUDUNG



Zaiton Sameon, 57, yang popular dengan lagu 'Menaruh Harapan' kini telah berhijab penuh.

Berita gembira ini dimaklumkan oleh adik angkatnya, Syed Yusuf Wafa menerusi laman facebook.

"Alhamdulillah termakbul doa Allahyarham Biduanita Sharifah Aini.

"Akhirnya dia selesa dan enggan membuka lagi aurat dengan kekal bertudung," ujar Yusuf dipetik sebagai berkata.


Klik gambar untuk size besar


LANA NODIN RASAI BERPUASA DI TANAH KELAHIRAN SUAMI



Lana Nodin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, 35, dan suaminya, Mohd Daud McKienzie, 35 telah terbang ke Los Angelas, Amerika Syarikat (AS) pada 20 Jun lalu bagi merasai suasana berpuasa di sana.

Lana yang sempat berpuasa bersama keluarga selama dua hari itu terpaksa meninggalkan keluarga dan tanah air demi mengikut suami, atlet sukan bola tampar yang harus pulang untuk sesi pemilihan mewakili negaranya dalam acara bola tampar pantai pada Sukan Olimpik Rio 2016.

Menurut Lana, suasananya sangat berbeza dengan di Malaysia kerana berpuasa selama 15 jam dalam keadaan cuaca tidak menentu, ada kalanya sejuk dan panas.

Klik gambar untuk size besar


DRAMA ARAHAN ERMA FATIMA 'PESAN DARI TUHAN' DI BANNED?



"PESAN DARI TUHAN takan MATI disini.. Insyaallah... Tuhan tahu apa yang kita perjuangkan. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. Lebih baik berkata benar dari selamanya hidup sebagai MUNAFIK!," tulis Erma Fatima di laman IGnya mengenai drama arahannya yang bertajuk 'Pesan Dari Tuhan' itu dibatalkan tayangannya.

Telemovie 'Pesan Dari Tuhan' yang sepatutnya ditayangkan di TV3 dalam slot Cereka Ahad jam 10 malam ini telah dibatalkan tayangannya pada saat-saat akhir.

Klik gambar untuk size besar


Antara pelakon yang menjayakan drama ini ialah Remy Ishak, Izreen Azminda, Ellie Suriati, Azhan Rani dan ramai lagi.

Kebanyakkan peminatnya juga turut meluahkan rasa kecewa atas apa yang berlaku pada Erma buat masa ini. Harap Erma dapat bersabar dan kuat, teruskan usaha dalam melakukan pembikinan karya yang menarik.











Klik link dibawah ini untuk tonton video

VIDEO 1
VIDEO 2
VIDEO 3
VIDEO 4
VIDEO 5
VIDEO 6
VIDEO 7


         ________________________




27 June 2015

LEPAS NI KITA LEPAK DEKAT DISCO SEBAB KEDAI MAMAK DAH KENA TUTUP - HAIRUL AZREEN



Baru-baru ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengeluarkan cadangannya untuk menghadkan waktu operasi kedai makan tidak melebihi 12 tengah malam.

Cadangan yang dilampirkan itu kebanyakkannya tidak dipersetujui oleh netizen terutamanya dalam kalangan generasi muda termasuklah pelakon Hairul Azreen, 27.

Klik gambar untuk size besar


TEMPAH 60 PASANG BAJU RAYA - CHE TA TERUJA SAMBUT RAYA BERSAMA SUAMI DAN ANAK



Rozita Che Wan, 41, telah menyediakan 60 pasang baju raya buat keluarganya untuk digayakan bersempena dengan Aidilfitri bulan hadapan.

Che Ta menyediakan 20 pasang baju untuk dirinya dan jumlah sama untuk suaminya, Zain Saidin dan anak perempuan mereka, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan bulan.

"Semua baju untuk hari raya sudah pun siap dan jumlah itu sebenarnya bukanlah hanya untuk dipakai pada hari raya sahaja tetapi ketika menghadiri jemputan rumah terbuka sepanjang sebulan Syawal. Paling penting bukan saya sahaja ada 20 pasang baju tetapi Zain dan Aaisyah juga," ujar Che Ta dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar


SAYA BERPUASA BUKAN KERANA KEKASIH - MARSHA MILAN LONDOH



Marsha Milan Londoh, 30, menegaskan bahawa dirinya berpuasa di bulan Ramadan bukan kerana dipaksa oleh kekasihnya yang merupakan seorang lelaki muslim berusia 28 tahun.

Ini kerana dia sudah mula berpuasa sejak 4 tahun lalu di bulan Ramadan demi menghormati rakan-rakan yang beragama Islam yang sentiasa bersamanya.

"Sebenarnya saya sudah lama mula berpuasa di bulan Ramadan. Iaitu sejak saya berhijrah di semenanjung dan kawan saya terdiri daripada orang Islam.

Klik gambar untuk size besar


3 GAMBAR - PHOTOSHOOT NEWBORN BABY SHIKIN MAEMBONG & CHEF RIZ



Sekitar photoshoot newborn baby Shikin Maembong dan Chef Riz yang bernama Putri Arianna Natasya.

Gambar-gambar menarik ini telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu Little Stars Photography.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


GAMBAR ANAK DI WEB LUCAH - BEKAS SUAMI ERRA FAZIRA SUDAH BUAT LAPORAN



Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 41, memberitahu bekas suaminya iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin sudah mengambil tindakan dengan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selepas gambar anak mereka, Engku Alessya, 6, digunakan sebuah laman web lucah.

Menurut Erra, bekas suaminya sudah melaporkan perkara itu pada Khamis lalu agar tindakan sewajarnya segera dilakukan.

Klik gambar untuk size besar


ISU GAMBAR BOGEL, SAYA SERAHKAN PADA POLIS - TASHA SHILLA



Tasha Shilla, 28, ketika ditemui media di majlis berbuka puasa anjuran AirAsia di Hotel Hilton berkata, dia memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat berhubung penyebaran gambar separuh bogel yang dipercayai miliknya baru-baru ini.

"Saya sudah serahkan hal ini kepada pihak polis dan peguam saya. Laporan polis sudah dibuat pada 9 Jun lalu dan selebihnya di balai polis mana dan jam berapa tak perlu saya dedahkan.

Klik gambar untuk size besar


26 June 2015

SAH PUTUS TUNANG DENGAN ADIRA - SHAHRUL NAFI CURANG



Dakwaan yang mengatakan Adira Suhaimi, 24 dan Shahrul Nasrun, 29, putus tunang itu adalah benar apabila hari ini Shahrul mengakui dirinya sudah putus tunang beberapa bulan yang lalu dan dalam masa yang sama memohon izin agar dia dan juga Adira mencari kabahagiaan masing-masing.

Mengenai dakwaan memikat Elizabeth Tan, Shahrul berkata yang dia berhubung dengan Elizabeth hanyalah atas urusan kerja dan tidak lebih daripada itu.

"Tidak ada hal personal mahupun ajak keluar atau sebagainya. Kalau nak dikatakan flirt (mengorat) tak mungkin. Sebab ramai lagi kaum wanita lain yang kerjasama dalam apa saja program atau campaign saya.

Klik gambar untuk size besar


IZZUE ISLAM NAFI ISTERI BUAT KECOH DI LOKASI



Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 25, menafikan bahawa isterinya, Awin membuat kekecohan di lokasi penggambaran dengan meminta penggambaran dihentikan akibat tidak berpuas hati babak bersentuhan suaminya dengan pelakon wanita.

Menurut Izzue, apa sahaja yang berlaku ketika di set penggambaran adalah atas arahan pengarah dan mengikut skrip yang sudah dipersetujui bersama.

"Awin tidak pernah minti hentikan penggambaran, begitu juga saya kerana hak sepanjang penggambaran adalah atas kuasa pengarah dan ia adalah mengikut skrip yang kami setujui.

Klik gambar untuk size besar


VIDEO - KESUNGGUHAN HAIRUL AZREEN MEMASAK UNTUK ISTERI



"Diam2 bangun konon2 nak masak utk isteri! tapi ada tak baju utk halang dr kena minyak!!! kalau la Fear Factor ada minyak mcm ni dah lama bye," tulis Hairul di laman IGnya yang berusaha memasak untuk isteri tercintanya.

Walaupun pernah masuk Fear Factor merentasi segala ketakutan tapi rupa-rupanya Hairul ni takut dengan minyak panas. Ahak!

Apa-apa pun semoga Hairul dan Hanis Zalikha sentiasa dilindungi dan dilimpahkan rezeki oleh Allah.

Klik gambar untuk size besar


TOMOK TERKEJUT GAMBAR ANAK TURUT DISIAR DI LAMAN WEB LUCAH



Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 31, akui tertekan dan terkejut ekoran gambar anaknya Arrianshah Akid, 3, dan Andrashah Iman, 3 bulan, turut dimuat naik di laman web lucah tersebut.

Susulan daripada kes ini, Tomok juga mengambil langkah yang sama seperti Harith Iskander untuk membuat laporan polis serta ke Suruhanjaya Komunikasi & Mutlimedia (SKMM) secepat yang mungkin.

"Saya baru dapat tahu lewat malam semalam, saya dah pun berbincang dengan isteri mengenai tindakan apa yang perlu kami buat, sebagai ibu bapa saya amat terkilan dengan individu yang terbabit dalam penyebaran gambar anak-anak kami.

Klik gambar untuk size besar


25 June 2015

VIDEO - ANZALNA NASIR BUAT IBUNYA MENANGIS DI HARI LAHIRNYA



"I made my mum cry on her birthday. I'd do anything to make you happy ma! Syurga di bawah telapak kaki ibu.. I love u mama!," demikianlah tulis Anzalna Nasir di laman IGnya apabila ibunya menangis kegembiraan bila dapat hadiah hari lahir darinya.

Klik gambar untuk size besar


RANCANG TUNANG DISEMBER INI - ALIFF AZIZ INGIN BERUBAH



Hampir enam bulan menjalin hubungan dengan Bella Astillah, Aliff Aziz merancang untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang seterusnya.

Aliff juga berkongsi yang mereka sudah saling berjumpa dan mengenali keluarga masing-masing.

"Saya mengenali Bella sudah hampir tiga tahun. Tetapi saya hanya mulai rapat dengan Bella pada akhir tahun lalu, selepas kami bejumpa di sebuah acara. Dari situ, saya mulai berkawan dan rapat. Mengenali dirinya, Bella merupakan seorang gadis yang sangat baik dan memahami saya. Dia juga tidak gagal memberi sokongan buat saya.

Klik gambar untuk size besar


RESPON JOHAN AS'ARI MENGENAI ISU SELFIE BOLEH HAPUSKAN PAHALA



Pada Isnin lalu, Pengerusi Majlis Agama Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadut mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan menangkap foto sendiri (selfie) selepas solat ataupun solat Tarawih di masjid dan memuat naik ke media sosial dengan niat untuk menunjuk-nunjuk ataupun riak disifatkan boleh menghapus pahala ibadah seseorang.

Kenyataan Noh Gadut mendapat reaksi daripada pelbagai pihak termasuklah Johan As’ari yang kini sedang mendalami ilmu agama di negara India. Johan dalam foto terbaru beliau di Instagram mempersoalkan selain merasa pelik kenapa perbuatan selfie mampu menghapuskan pahala seseorang.

Klik gambar untuk size besar


ADIRA & SHAHRUL PUTUS TUNANG?



Baru-baru ini, sebuah akhbar menerusi kolum seorang wartawan telah menyatakan khabar angin kononnya Siti Adira Suhaimi, 24, dan tunangnya Shahrul Nasrun Kamarudin, 29, sudah pun putus tunang.

Kakak Adira, Edayu Suhaimi berkata, dia tidak terkejut dengan berita ini tetapi dia tidak berani untuk memberikan sebarang kenyataan selagi tuan punya badan iaitu Adira tidak membuat apa-apa pengesahan mengenai perkhabaran itu.

Klik gambar untuk size besar


GAMBAR ANAK DIJADIKAN BAHAN SEKS - HARITH ISKANDER BAKAL BUAT LAPORAN POLIS



Gambar anak lelaki Harith Iskander yang berusia tiga tahun bersama gambar kanak-kanak lain, telah disiarkan di sebuah laman web pornografi kanak-kanak, dipercayai dari Malaysia.

Menurut Harith, dia menyedari perkara tersebut pada pagi Rabu ketika mendapat notifikasi 'Google Alert' menerusi emel pada Rabu.

"Menerusi notifikasi emel tersebut, ada artikel bertajuk macam ‘Gambar terbaru anak Harith Iskander’.

Klik gambar untuk size besar


24 June 2015

KAKA AZRAFF DITUDUH SEBAR GAMBAR SEPARUH BOGEL



Jika sebelum ini, Kaka Azraff pernah dikatakan menjadi orang ketiga dalam hubungan Tasha Shila dan Hans Wong, terkini dia telah dituduh sebagai dalang disebalik penyebaran foto selfie separuh bogel yang didakwa milik Tasha yang menjadi berita hangat baru-baru ini.

Menurut Kaka, dakwaan tersebut disifatkannya sebagai satu fitnah yang melampau terhadap dirinya sedangkan dia sama sekali tidak tahu mengenai isu tersebut.

"Mengaitkan diri saya dengan penyebaran foto terbabit sememangnya satu fitnah terlampau. Saya sangat marah pada orang yang menyebarkan gambar itu.

Klik gambar untuk size besar


SAYA PEROLEH TENAGA LUAR BIASA KETIKA BERPUASA - SOO WINCCI



Sempena bulan Ramadan ini, penyanyi dan pelakon Soo Wincci juga tidak ketinggalan untuk turut berpuasa dan bangun bersahur.

Menurut Wincci, dia tidak menjadikan amalan berpuasa dilakukannya sebagai alasan untuk dia tidak bergiat aktif menjalani aktiviti hariannya yang sentiasa padat.

Malah amalan berpuasa di bulan Ramadan memberikannya tenaga luar biasa termasuk dia lebih teliti dalam melakukan perancangan dan berfikiran tajam ketika membuat sesuatu keputusan.

Klik gambar untuk size besar


VIDEO - MAT SALLEH KENA MAKI DENGAN PENIAGA BAAZAR RAMADHAN



"Baru Berniaga Baazar Dah Jadi Gangster"

Demikianlah kritikan netizen terhadap beberapa peniaga Baazar Damansara Damai yang berlakuan kasar terhadap dua lelaki Mat Salleh pada petang semalam.

Dalam kejadian itu, dua lelaki Mat Salleh berpakaian kemas itu dikasari oleh beberapa peniaga Baazar Ramadan Damansara Damai, sehingga berlaku adegan tolak menolak menyebabkan dua lelaki berkenaan terpaksa beredar kerana tidak mahu bertambah buruk.

Klik gambar untuk size besar


4 GAMBAR - SALWA RAZAK SUDAH KAHWIN?



Jika sebelum ini Salwa Razak pernah dikaitkan dengan seorang VIP, terkini dia dikatakan sudah berkahwin.

Dengan siapa dia berkahwin kami tidak ketahui tapi mungkinkah dengan seorang VIP?

Menerusi laman IG Salwa, dia telah memuat naik beberapa keping gambarnya yang memakai baju kahwin beserta kapsyen yang menunjukan yang dia telah selesai berbuat sesuatu.

Klik gambar untuk size besar


SAH BERCERAI - WAN MAIMUNAH & MAKPOL BERPISAH SEJAK APRIL



Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari!

Peribahasa tersebut bertepatan sekali dengan pelakon Wan Maimunah apabila rumahtangga yang dibinanya bersama Makpol Saimon, 55, seorang pengusaha kedai makan Kacang Pol berakhir di tengah jalan sejak April lalu.

Menurut Maimunah, kisah terperinci punca berlakunya perceraian antara mereka enggan dikongsikan kerana ingin menghormati keputusan bekas suaminya yang enggan perkara itu disebarkan.

Klik gambar untuk size besar


23 June 2015

HUBUNGAN KEMBALI PULIH - SHARIFAH SHAHORA & SUAMI BAKAL BERCUTI



Jika sebelum ini, Shahora atau nama sebenarnya Sharifah Shahora Syed Akil, 40, mendedahkan mengenai kecurangan suaminya, kini perkara tersebut telah membuatkan hubungan mereka kembali pulih apabila suaminya, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin berjaya memujuknya.

"Alhamdulillah, dua minggu selepas pendedahan itu, Mukhriz memujuk dengan memberi bunga, menghantar video-video dan meluahkan kata-kata cinta di WhatsApp dan Facebook. Saya nampak usahanya yang mahu perbaiki hubungan ini”

Klik gambar untuk size besar


SEKOLAH TAHFIZ DIIKTIRAF JAIS - AMY SEARCH LUAH RASA SYUKUR



Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 57, meluahkan rasa syukur apabila operasi sekolah tahfiz, Al-Bayan School of Quran & Hadith miliknya di Sungai Buloh diiktiraf Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Pemberian sijil bagi mengesahkan operasi sekolah berkenaan telah berlangsung di pejabat jabatan itu di Shah Alam pada Isnin.

Menurut Amy, dengan adanya sijil tersebut ia dapat memudahkan lagi pengendalian sekolah tahfiz berkenaan terutamanya dalam mendapat kepercayaan orang ramai.

Klik gambar untuk size besar


22 June 2015

NORMAN HAKIM SEBAK DI PAGI RAMADHAN



Walaupun kita nampak Norman Hakim berbadan sado, namun dalam hati Norman ada sudut kelembutan dan kasih sayang. Ini kerana anak perempuannya, Marissa Dania Hakim pagi-pagi ni dah buat Norman sebak.

Menerusi laman IG Norman, dia telah memuat naik sekeping gambar anaknya sedang memegang Muqaddam beserta kapsyen perbualannya bersama Dania.

Klik gambar untuk size besar


SUAMI SAYA TAK GEMAR MAKANAN BELI TAPI RAJIN MASAK DI RUMAH - ALYAH



Kebanyakan muslim di negara ini akan memilih untuk membeli juadah berbuka puasa di mana-mana bazar Ramadan ataupun memasak di rumah. Namun lain pula bagi Datin Alyah dan keluarganya yang suka menjadikan amalan berbuka puasa di masjid sebagai rutin sepanjang Ramadan.

Menurut Alyah, ketika ini dia memperlahankan aktiviti seni untuk mengambil peluang berpuasa bersama keluarga sekaligus memperbanyakkan ibadah seperti solat Terawih di masjid.

"Setelah hampir sembilan tahun setiap kali bulan puasa jadual saya tetap sibuk dengan aktiviti seni tetapi pada tahun ini, saya relaks sikit dan memperlahankan aktiviti seni. Saya mahu ambil peluang sebanyak mungkin untuk menjalani ibadah puasa dan berterawih bersama keluarga.



CALIPH BUSKERS FENDY & NADIRA DIKURNIA 'BABY GIRL'



Pasangan Istimewa Caliph Buskers Fendy dan Nadira telah dikurniakan cahaya mata pertama mereka lima hari yang lalu.

Bayi perempuan yang diberi nama Nur Azalia Zafirah itu dilaporkan disihat dan ibunya kini sedang berpantang di rumah.

Klik gambar untuk size besar


UCAPAN RINDU LISA SURIHANI BUAT ARWAH BAPANYA



Sempena Hari Bapa semalam, Lisa Surihani yang tidak dapat menyembunyikan kerinduan terhadap bapanya telah memuat naik satu gambar bersama arwah bapanya sewaktu dia berusia dua tahun beserta kapsyen yang sangat menyentuh hati.

"I was 2 years old. Year 1988. A picture of me and my arwah Daddy. Al-Fatehah. Thank you for appearing in my dream the other day when I was in Melbourne, Daddy. Terubat sikit rindu Surihani pada Daddy. Miss and love you," tulis Lisa di laman IGnya.

Klik gambar untuk size besar


'DAULAT SEORANG AYAH' - NUKILAN KHAS MUKHRIZ MAHATHIR BUAT AYAHNYA



Seperti yang sedia maklum bahawa tanggal 21 Jun iaitu semalam merupakan sambutan Hari Bapa bagi negara Malaysia.

Pasti ramai yang memuat naik foto bersama ucapan kasih buat bapa tersayang, begitu juga dengan anak kepada Tun Dr Mahathir Mohammad iaitu Mukhriz Mahathir yang menghasilkan satu nukilan khas buat bapanya.

Kisah yang panjang, tapi kami ternyata tidak jemu membacanya kerana ia adalah 'Daulat Seorang Ayah' dan bagi kami Tun Dr Mahathir adalah 'ayah' kepada semua rakyat Malaysia.

Klik gambar untuk size besar


21 June 2015

13 GAMBAR - SEKITAR PENGAJIAN JOHAN AS'ARI DI INDIA



Johan Ariff As’ari, 28, terbang ke negara itu sehari sebelum Ramadan bersama lapan rakan pengajian dan lokasi pertama menjejakkan kaki ialah New Delhi. Johan akan berpuasa dan menyambut Syawal di India.

Menurut Johan, keputusan tersebut dibuat selepas berbincang dengan rakan pengajian yang mencadangkan dia keluar berguru selama 120 hari, amalan yang sering dilakukan penggiat tabligh.

Klik gambar untuk size besar