31 July 2015

GAMBAR 'BERCUMBU' DISEBAR - ABAM 'BOCEY' KESAL DIFITNAH



Gara-gara tersebarnya gambar seorang lelaki berbadan montel bercumbu, pelawak Abam (Bocey) telah terkena tempiasnya apabila difitnah sebagai tuan empunya badan.

Bagaimanapun, Abam dengan tegas menjelaskan bahawa foto lelaki berbadan montel yang sedang bercumbu dengan seorang wanita itu bukan dirinya.

"Ia adalah satu fitnah yang sengaja ditimbulkan oleh sebuah blog yang tidak bertanggungjawab.

Gambar yang disebar - klik untuk size besar


BILA UMIE AIDA & ERMA FATIMA 'BERPERANG'



Siapa sangka hubungan baik adik beradik antara sutradara Erma Fatima dan adiknya, Datin Umie Aida dalam diam-diam rupa-rupanya berantakan.

Memang diakui kedua-duanya berbakat besar dalam industri seni namun apa yang menjadi punca kepada keadaan tersebut bukan iri hati dengan bakat masing-masing tetapi kerana persaingan dan usaha mereka dalam memasarkan produk kecantikan masing-masing.

Namun itu bukan realiti kerana perang mereka hanyalah di dalam drama rantaian terbaharu TV3 yang bermula semalam 29 Julai setiap Rabu dan Khamis jam 9.00 malam berjudul Mak Cun.

Klik gambar untuk size besar


30 July 2015

NIKAH OGOS INI - SHEERA ISKANDAR PILIH CHEF SEBAGAI BAKAL SUAMI



Pelakon Sheera Iskandar ,30, mengesahkan dia bakal bernikah dengan seorang Chef bernama, Doul Harun, 31, pada Ogos depan.

Difahamkan, Sheera dan pasangan akan bernikah gantung terlebih dahulu sebelum melangsungkan majlis perkahwinan mereka yang dijangka akan diadakan pada awal tahun depan.

Klik gambar size besar


30 GAMBAR - MAJLIS RUMAH TERBUKA AYU RAUDHAH & ZAQUAN ADHA



Ayu Raudhah dan suaminya pemain bolasepak pasukan Johor Darul Ta’zim II, Zaquan Adha Abdul Razzak telah mengadakan majlis rumah terbuka pada 26 Julai lalu bertempat di kediaman mereka di Pasir Gudang.

Majlis yang berlangsung dengan meriah itu telah dihadiri oleh Aidil Zafuan dan isterinya Zarema Zainal serta baby Ayden Zeeyad, Zain Saidin dan isterinya, Rozita Che Wan serta baby Aaishah Dhia Rana, rakan-rakan artis, para pemain pasukan JDT dan JDT II termasuk jurulatih dan para penyokong pasukan Harimau Selatan

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


29 July 2015

DIDAKWA RUMAH TANGGA BERMASALAH - HANEZ SURAYA ENGGAN ULAS LANJUT



Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, enggan buka mulut apabila perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha Abd Rais yang baru mencecah empat bulan dikatakan sedang bermasalah.

Hanez diminta mengulas perkahwinannya dengan Romie yang dikatakan sedang dilanda masalah sehingga menyebabkan dia meluahkan perasaan sedih menerusi beberapa perkongsian status bergambar di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

Menurut Hanez, tiada apa perlu diperjelaskan berhubung dakwaan berkenaan selain dia perlu menghormati suami dan keluarga kedua-dua belah pihak.

Klik gambar untuk size besar


ATAS PERMINTAAN BAPA - MIMI ONE NIKAH MEI LALU



Melalui Harian Metro hari ini, penyanyi Kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 28, mengesahkan bahawa dirinya sudah bernikah dengan lelaki pilihannya, Mohd Firdaus Hajar, 29, sejak 16 Mei lalu.

Menurut Mimi, dia terpaksa menyembunyikan perkara itu daripada pihak media kerana belum bersedia ditambah dengan keadaan kesihatan bapanya Norhisham Nasir yang ketika itu tidak mengizinkan.

"Saya minta maaf. Ketika itu saya belum bersedia ditambah dengan keadaan kesihatan bapa tidak mengizinkan. Keputusan untuk bernikah segera adalah permintaan ayah. Mengikut perancangan asal, majlis sepatutnya berlangsung pada November depan," ujar Mimi dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar


8 GAMBAR - NEELOFA DITEMANI JEJAKA KACAK DI KOTA LONDON?



Bukan hanya Dato' AC Mizal sekeluarga bercuti ke London, malah Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor juga bercuti ke sana bagi memastikan perniagaan tudungnya berjaya dan cukup dikenali di seluruh dunia.

Walaupun baru-baru ini video Neelofa dalam 'Naelofar Hijab's Raya Collection' dikritik netizen namun Neelofa tetap positif dan jadikan kritikan tersebut sebagai pembakar semangat untuknya terus berjaya.

Naelofar Fantasia Raya 2015 (Video Jelita Neelofa Dalam 'Naelofar Hijab's Raya Collection') telah menggunakan model kacak dan telahpun dikaitkan mereka berdua mempunyai hubungan mesra.

Klik gambar untuk size besar


DIHENTAM TERUK - NOR ALBANIAH JAWAB ISU BERBIKINI



Baru-baru ini, pelakon Nor Albaniah atau nama sebenar Nor Albaniah Raffie, 45, telah dihentam teruk oleh netizen gara-gara sanggup berbikini walaupun usianya sudah senja.

Menerusi gambar itu kelihatan dia sedang bercuti di sebuah pulau. Pulau mana kami tak pastilah pula.

Gambar tersebut telah membuatkan ramai pengikutnya mengecam tindakan pelakon tersebut yang disifatkan sebagai tidak sedar diri.

Klik gambar untuk size besar


8 GAMBAR - SEKITAR PERCUTIAN AC MIZAL SEKELUARGA DI LONDON



Kami kongsikan gambar-gambar percutian pengacara top tanah air, Dato’ AC Mizal dan keluarga di Kota London.

Amboii kemain enjoy lagi diorang kat sana.

Layanzzz...

Klik gambar untuk size besar


36 GAMBAR - KEMERIAHAN MAJLIS BABY SHOWER JACLYN VICTOR



Jaclyn Victor telah diraikan oleh suaminya yang merupakan anggota kumpulan R&B terkenal, AZ Yet iaitu Shawn Rivera berserta keluarga terdekatnya serta rakan-rakan artis dalam satu majlis baby shower yang diadakan pada 26 Julai lalu.

Masih merahsiakan jantina bayi dalam kandungannya, acara baby shower yang bertemakan Safari itu telah diadakan di Restoran Ratatouille Publika.

Difahamkan, Jaclyn bakal melahirkan bayi sulungnya sekitar Ogos depan.

Klik gambar untuk size besar


NUBHAN BAKAL TAMAT ZAMAN BUJANGNYA OGOS INI



Nubhan, 29, mengesahkan yang dia akan menamatkan zaman bujangnya pada 29 Ogos depan bersama bakal doktor gigi, Afifah Hidayah Taufek, 26, dalam satu majlis di kediaman wanita itu di Seremban.

Menurut Nubhan, majlis pernikahan tersebut akan diadakan secara sederhana dengan dihadiri keluarga terdekat, rakan-rakan termasuk pihak media.

Difahamkan, majlis akad nikah mereka akan diadakan selepas Zuhur, manakala majlis resepsi pihak perempuan diadakan pada keesokan harinya iaitu 30 Ogos dan pihak lelaki pada 31 Ogos di sebuah dewan di Kuala Pilah.

Klik gambar untuk size besar


BAPA DIGUGUR JAWATAN TPM - NAJWA MAHIADDIN LUAH PERASAAN DI TWITTER



Anak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa Mahiaddin, 28, turut memberi reaksi kepada pengumuman senarai terbaharu Kabinet baru-baru ini.

Menerusi akaun laman sosial Twitternya, Najwa memuat naik status 'Allah Knows Best' yang membawa maksud Allah Lebih Mengetahui.

Tweet tersebut seolah memberi reaksi kepada pengumuman senarai terbaharu Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggugurkan ayahnya sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM)

Klik gambar untuk size besar


EDRY ABDUL HALIM DILANTIK PENGETUA - AF2015 MULA 18 OGOS INI



AF kembali lagi!

Untuk kesekian kalinya, program hiburan realiti yang pernah menjadi kegilaan rakyat Malaysia satu ketika dahulu bakal bermula pada Ogos ini.

Astro Ria semalam telah mengumumkan bahawa komposer dan anggota KRU serta Mojo, Edry Abdul Halim sebagai pengetua musim terbaru Akademi Fantasia 2015 (AF2015).

Klik gambar untuk size besar


28 July 2015

"LARANG BABAK PELUK CIUM INI TAK MASUK AKAL" - PENERBIT PENCIL PICTURES



Tindakan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) yang menetapkan garis panduan serta larangan untuk babak intim dan juga bersentuhan menimbulkan reaksi berbaur.

Berterus terang dengan perkara tersebut, Datuk Normashayu daripada produksi Pencil Pictures mempunyai pendapatnya sendiri.

Menurut Normashayu , walaupun dia merasakan arahan tersebut tidak masuk akal, dia bakal menggunakan kreativiti tersendiri untuk menyampaikan mesej filem terbitannya.

Klik gambar untuk size besar


ISU FOTO BERBIKINI: "BIARLAH MEREKA MEMBUAT PENILAIAN SENDIRI" - BAPA PUTERI BALQIS



"Kami gembira di sini (pulau) malah tidak peduli dengan orang lain. Biarlah mereka membuat penilaian sendiri," demikian kata bapa kepada Puteri Balqis, Azizi Aziz, 37, mengenai foto anaknya berbikini yang mendapat kritikan hebat daripada pengguna laman sosial sehingga ada yang tergamak melabelkannya sebagai pengikut Yahudi.

Malah ada berpendapat gambar berkenaan mampu mengundang kepada kegiatan pedofilia yang menjadi isu baru-baru ini dikalangan anak-anak selebriti.

Menurut Azizi, anaknya yang berusia lapan tahun itu membaca kesemua komen-komen negatif mengenai gambar tersebut namun dia tenang terhadap kritikan yang dilemparkan.

Klik gambar untuk size besar


DAKWAAN PEGANG ANJING - HASNUL NAFI CARI PUBLISITI MURAHAN



"Tidaklah sehingga terpesong agama seperti yang didakwa kerana saya masih tahu batas-batas sebagai seorang Islam. Tohmahan yang dilemparkan juga tidak berasas kerana dilakukan tanpa usul periksa," ujar Hasnul Rahmat mengenai dakwaan bergambar sambil memegang anjing dan memuat naik gambar yang kononnya jesus baru-baru ini.

Bagaimanapun, disebabkan tidak mahu isu tersebut berlarutan hingga disalah anggap, Hasnul, 36, akhirnya memadam entri itu selepas ia menjadi viral di laman sosial.

"Saya tidak terkejut apabila gambar yang dimuat naik di akaun Instagram itu mendapat reaksi negatif oleh banyak pihak. Malah anjing di dalam gambar itu hanya sekadar patung milik rakan di Singapura semata-mata.

Klik gambar umntuk size besar


27 July 2015

"SAYA MASIH BELUM BERSEDIA BERHIJAB PENUH" - FAZURA



Nur Fazura mengakui dirinya belum lagi bersedia untuk bertudung walaupun sering berselendang ketika Ramadan baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Fazura turut menyatakan bahawa perkara tersebut adalah sesuatu yang besar baginya dan bukanlah boleh dibuat main-main lebih-lebih lagi ia melibatkan hubungan dengan Tuhan.

"Saya belum lagi bertudung penuh, sebab saya rasa penghijrahan ini adalah satu yang besar. Kalau saya betul2 nak berhirah tu banyak benda yang saya kena fikirkan. Ianya perlu datang dari hati, bukannya saya tak bersedia sepenuhnya.

Klik gambar untuk size besar


VIDEO - LARA ALANA HAMPIR LEMAS DALAM SWIMMING POOL



Menerusi Instagram Lara Alana atau gelaran barunya, 'Si Helmet' ini telah memuat naik video yang mencuit hati.

Di dalam video tersebut, Lara dilihat hampir lemas dalam swimming pool tapi nasib baiklah pembantu mereka bertindak segera. Olololo memang kesian dekat Lara tapi dalam masa yang sama buat kita semua tertawa.

Disebabkan itu juga kenyataan Scha Alyahya bawa anak kecil bercuti tanpa pembantu beri tekanan membuktikan Lara seorang anak yang aktif dan memerlukan pengawasan yang rapi.

Jom tonton!

Klik gambar untuk size besar


VIDEONYA SELEPAS INI...

DIRAI PEMINAT PADA MAJLIS AIDILFITRI - ERRA FAZIRA RASA TERHARU



"Dua tahun kita tak berkumpul bersama seperti hari ini. Alhamdulilah, ia akhirnya dapat dilangsungkan dengan usaha ahli jawatankuasa kelab peminat saya.," demikianlah kata Erra Fazira apabila impiannya berjaya direalisasikan semalam hasil inisiatif kelab peminatnya yang dipanggil 'Bersama Erra'.

Kali terakhir Erra diraikan dalam satu majlis bersama peminatnya sekitar dua tahun lalu di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Majlis bertemakan beraya di desa itu berlangsung di Rumah Tamu Datin Halijah, Taman Datuk Senu, Sentul dan dihadiri lebih 150 peminat Erra selain pelajar tahfiz Rumah Al Bayan, Sungai Buloh, Selangor.

Klik gambar untuk size besar


BERPAKAIAN SEKSI - ZAHIDA RAFIK DIKECAM PEMINAT



Pada bulan Ramadan lalu, para peminat Zahida Rafik melahirkan rasa gembira apabila melihat pelakon ini berjinak-jinak memakai tudung walaupun sekadar untuk menghormati bulan tersebut.

Ramai yang mendoakan agar Zahida terus bertudung selepas tamat Ramadhan, atau sekurang-kurangnya tidak lagi tampil seksi.

Ternyata harapan hanya tinggal harapan apabila semalam satu gambar yang dimuatnaik oleh Zahida di laman IGnya telah mendapat kritikan netizen.

Klik gambar untuk size besar


26 July 2015

GARA-GARA BERBIKINI - PUTERI BALQIS DILABEL PENGIKUT YAHUDI



Nama pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis tiba-tiba panas gara-gara beberapa keping gambarnya berbikini tersebar di laman sosial.

Gambar tersebut mendapat reaksi pelbagai pihak hingga mencetuskan perbalahan antara pengikut di laman Instagram kanak-kanak berusia 7 tahun ini.

Ramai memberikan pandangan berbeza terhadap cara pemakaian pemenang anugerah 'Pelakon Wanita Terbaik Asean' ini malah turut dilabel sebagai pengikut Yahudi.

Klik gambar untuk size besar


4 GAMBAR - SYAIFUL ZERO SELAMAT NIKAH



"Alhamdulillah…. selesai majlis akad nikah my bro @syaiful_zero dgn sekali lafaz, semoga berbahagia selalu dan dimurahkan rezki," demikianlah kata Sharif Zero apabila abangnya, Syaiful Zero selamat disatukan dengan wanita pilihannya hatinya, Ashura Rudy, 27, dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Surau Kampung Pantai Bahagia, Kudat, Sabah, kelmarin (24 Julai).

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Kudat iaitu, Kabil Bin Sazali dengan hanya sekali lafaz.

Syaiful atau mesra dipanggil Melati telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM100 dengan wang hantaran sebanyak RM10,000.

Klik gambar untuk size besar


25 July 2015

"BERITA IBU SAYA MENINGGAL DUNIA ITU PALSU" - ANAK ZUR EDA



Anak sulung kepada penyanyi terkenal tahun 1980-an, Zur Eda iaitu Siti Sarah, 26, menafikan khabar angin tentang kematian ibunya seperti mana disebarkan di laman sosial pelakon Fauziah Nawi pada Jumaat.

Menurut Sarah, perkara tersebut tidak benar dan keadaan kesihatan ibunya kini bertambah baik selepas pembedahan buah pinggang pada awal Julai lalu.

"Saya terkejut apabila ramai kenalan dan saudara kami telefon untuk bertanyakan tentang berita ibu saya meninggal dunia dan ingin ditegasakan khabar angin itu tidak benar," ujar Sarah dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar


TERUK DIHENTAM - AZWAN ALI TUTUP AKAUN TWITTER



Nama Azwan Ali atau Diva AA sememangnya sentiasa panas. Sebelum ini, banyak kontroversi yang melanda dirinya. Antaranya ialah memaki hamun peminat wanita di Twitter pasal isu Me'nate, luahan rasa tidak puas hati terhadap agensi pengurusan umrah dan juga Nabil Ahmad yang tidak menegur dirinya dan kata-kata yang kurang bermoral dan dilihat menghina mangsa kemalangan jalan raya di Aidilfitri.

Akibat kata-kata yang ditulisnya, ramai pengguna Twitter yang mengecam dan mengkritik tindakannya. Kebanyakannya menganggap ia adalah satu perbuatan yang tidak patut. Ramai yang menasihati Azwan agar berubah, lebih-lebih lagi apabila dia telah menunaikan umrah beberapa kali.

Klik gambar untuk size besar


ADIK KENA BULI DENGAN SENIOR - ALMY NADIA LUAH RASA SEDIH



Baru-baru ini, isteri kepada Fizz Fairuz, Almy Nadia telah melahirkan rasa tidak puas hati di laman sosial apabila adiknya yang sedang menuntut di sebuah sekolah berasrama di Pulau Pinang disyaki dipukul oleh empat orang pelajar lelaki tahun akhir.

Tindakan beliau memuat naik status tidak berpuas hati dengan tindakan empat orang pelajar itu berjaya mendapat perhatian Kementerian Pendidikan dan mereka sudah membuat tinjauan ke sekolah berasrama terbabit.

"Saya begitu sedih apabila dimaklumkan adik saya dipukul oleh senior di sekolahnya. Apabila dimaklumkan, adik saya itu digantung sekolah kerana keluar pada waktu malam tanpa kebenaran, dia telah dimarahi oleh saya terlebih dahulu.

Klik gambar untuk size besar


24 July 2015

MERIAHNYA BILA STACY SEKELUARGA BERAYA DI KAMPUNG AKIM



"Sukar untuk saya mengungkapkan perasaan bersyukur dan gembira saya apabila pelawaan saya untuk menyambut raya bersama diterima baik oleh Stacy sekeluarga. Buat pertama kalinya ayah Stacy turut berkunjung ke rumah saya di Johor bersama adik beradik Stacy yang lain," demikian kata Akim Ahmad mengenai kekasihnya Stacy.

Nampaknya, Akim makin bersikap terbuka dan selesa berkongsi kisah cintanya bersama Stacy berbanding sebelum ini.

Malah dia nampak amat gembira bila pelawaannya untuk beraya bersama Stacy dan keluarga di kampung halamannya telah tertunai.



"MAKE PEOPLE 'SENTAP'? THAT SOUNDS SO WRONG" - TIZ ZAQYAH BACKUP MAWAR RASHID



Baru-baru ini, Mawar Rashid sekali lagi telah memuat naik gambar seksinya di laman Instagram.

Gambar dia berpakaian mendedah aurat sampai nampak pehanya yang gebu itu telah mengundang komen yang negatif dari followers Instagram Mawar Rashid.

Klik gambar untuk size besar


23 July 2015

6 GAMBAR & VIDEO - BIRTHDAY PERTAMA LARA ALANA



Sedar tak sedar, usia Si Pacak, Lara Alana semalam genap satu tahun.

"Happy birthday Lara Alana!! Thanks for the invite and the awesome marinated lambs," ujar Scha Alyahya di laman IGnya.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


REZEKI AIDILFITRI - ZIZIE EZETTE & BUNG MOKHTAR TIMANG 'ANAK'



Umum memang sedia tahu bahawa Zizie Ezette dan suaminya Bung Mokhtar sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi tidak mempunyai anak.

Namun mereka nampaknya bertuah apabila diberikan rezeki oleh Allah SWT untuk menimang 'anak'. Ini kerana, baru-baru ini mereka telah berjaya mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi gelaran Baby J.

Klik gambar untuk size besar


24 GAMBAR - GELAGAT HAIRUL AZREEN & HANIS ZALIKHA BERAYA SEBAGAI SUAMI ISTERI



Berhari raya pertama kali sebagai suami isteri Aidilfitri ini, ia sudah tentu menjadi satu pengalaman manis buat Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

Seri pengantin baru masih lagi jelas terpancar di wajah pasangan sama cantik sama padan ini. Seronok melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh kedua-duanya meraikan Hari Raya.

Insya Allah tahun depan beraya bertiga pulak. Heh!

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


"NAK DUDUK KERUSI COUPLE KENA TUNJUK SIJIL NIKAH DULU" - MDPT



Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) memaklumkan pasangan yang ingin menggunakan kerusi berkembar atau couple seat bagi menonton wayang di pawagam Lotus Five Star Cinemas (LFS) di Seri Iskandar, Perak perlu menunjukkan sijil nikah sebagai bukti mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.

Menurut Ahli Majlis Daerah Seri Iskandar, Khairul Shahril Mohamed, syarat tersebut ditetapkan pihak Majlis Daerah sekitar pertengahan tahun 2014 selepas permohonan dibuat pihak pengurusan pawagam berkenaan, empat tahun lalu.

Klik gambar untuk size besar


MANGSA KEMALANGAN DIHINA TERUK OLEH AZWAN ALI



Baru-baru ini, Azwan Ali atau Diva AA telah mengeluarkan kenyataan seakan menghina mangsa kemalangan jalan raya pada Aidilfitri.

Kenyataannya itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter apabila beliau telah mengguris perasaan keluarga mangsa kemalangan yang terlibat.

Klik gambar untuk size besar


22 July 2015

6 GAMBAR: PERSIAPAN RAYA TAHUN INI LEBIH KEPADA BARANGAN 'BABY' - YUSRY KRU



Berita mengenai kehamilan Lisa Surihani amat menggembirakan hati para peminat apatah lagi bagi Yusry KRU sendiri.

Kita sedia maklum bahawa usia kandungan Lisa telah masuk 3rd trimester iaitu sekitar 7 bulan. Yusry dalam pada itu akui persiapan raya tahun ini lebih kepada membeli barangan keperluan anak sulung yang bakal lahir nanti berbanding diri sendiri.

"Perbezaan paling ketara antara saya dan Lisa ialah tidak membeli barangan sendiri, tak kisahlah baju ke, kasut atau sebagainya, kami berdua sentiasa masuk ke kedai 'baby' untuk melihat barang-barang yang sesuai.

Klik gambar untuk size besar


9 GAMBAR & VIDEO - TUN M DALAM FILEM 'KAPSUL'



Syarikat produksi Two Tones Sdn Bhd mencipta sejarah apabila berjaya melamar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, 90, membintangi filem terbitan mereka berjudul Kapsul.

Filem arahan Allahyarham Martis Mohd Ali itu akan menemui penonton seluruh negara mulai 17 September depan.

Penerbitnya, Amru Najmi Osman berkata, penampilan Tun M dalam filem itu tidak ada kaitan dengan keadaan politik semasa.

Klik gambar untuk size besar


21 July 2015

CUCI TANDAS AWAM - YANA SAMSUDIN & SUAMI DIPUJI RAMAI



Pelakon Yana Samsudin dan suami, Fadzil Zahari antara yang sudah pulang selepas raya di rumah keluarga suami di Kedah. Namun yang menariknya semasa singgah di RnR Sungai Perak, Yana dan Fadzil membuat kerja amal cuci tandas.

Tindakan mulia Yana dan suaminya itu membersihkan tandas di sebuah stesen minyak di Sungai Perak menjadi viral di laman sosial Facebook.

Seorang individu yang turut sama berada di kawasan kejadian memuji tindakan Yana dan Fadzil kerana memudahkan pengguna yang berasak-asak di musim perayaan.

Yana serta Fadzil enggan memanjangkan isu itu dan sama sekali tidak menyangka ia menjadi viral dalam sekelip mata. Bagi Yana, tindakannya membersihkan tandas itu bukanlah kerana ingin menunjuk-nunjuk.

Klik gambar untuk size besar


NABIL AHMAD MOHON MAAF - AZWAN ALI BALAS DENGAN KATA-KATA KESAT



Artis kontroversi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah memaki hamun pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menerusi akaun twitternya. Punca Azwan bertindak demikian dipercayai kerana Nabil tidak menegur dirinya di KLIA sewaktu pulang dari mengerjakan umrah.

Meskipun dimaki hamun dengan kata-kata kesat, namun Nabil bertindak memuat naik status memohon maaf terhadap Azwan. Tindakan Nabil ini dipuji ramai kerana bersikap profesional dalam menangani kontroversi seperti ini.

Klik gambar untuk size besar


20 July 2015

BARU BALIK UMRAH - NABIL AHMAD PULA JADI MANGSA AZWAN ALI



Jika sebelum ini peminat wanita, Azhar Sulaiman dan agensi pengurusan umrah dimaki oleh Azwan Ali atau Diva AA ini, terkini Nabil Ahmad pula telah membuatkan Azwan marah.

Ini kerana Nabil tidak menegur Azwan ketika di lapangan terbang telah menyebabkan Azwan menyatakan rasa tidak puas hatinya itu melalui akaun Twitter miliknya.

Menurut catatan status Twitter Azwan, artis lebih muda harus menegur artis yang lebih tua dahulu sebagai tanda hormat dan bukan sebaliknya.

Klik gambar untuk size besar


TAK SERIK BERCINTA - MARSHA MASIH SUKAI JEJAKA MELAYU



Marsha Milan Londoh, 30, mengakui dirinya tidak serik untuk bercinta dengan jejaka Melayu walaupun sudah beberapa kali gagal dalam percintaan sebelum ini.

Dia yang kini dikatakan sedang bercinta dengan seorang jejaka Melayu berusia 28 tahun yang dikenalinya sejak setahun lalu memilih untuk merahsiakan identiti lelaki tersebut.

Menurut Marsha, dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak terlalu mendedahkan hubungan cintanya kerana sudah cukup banyak perihal peribadinya di kongsi bersama umum.

Klik gambar untuk size besar


ANAK SENDIRI - SITI NURHALIZA MASIH BERHARAP



"Kami sentiasa berdoa semoga kebahagiaan yang dikecapi ini akan kekal ke Jannah. Siti nak jadi bidadari kepada dia buat selama-lamanya. Semoga suatu hari nanti saya akan dikurniakan cahaya mata sendiri biarpun sudah memiliki anak daripada perkahwinan isteri yang terdahulu.

"Andai tiada rezeki untuk saya melahirkan anak sendiri pun, saya reda. Malah, saya dan suami ada cakap-cakap apabila tua nanti kami nak tinggal di Tanah Suci Makkah. Insya-Allah," demikian kata Datuk Siti Nurhaliza mengenai soal zuriat.

"Insya-Allah, Tuhan maha mendengar. Apa yang terbaik untuk kami berdua... kami terima dengan hati terbuka," ujar Datuk K pula.

Klik gambar untuk size besar


ELAK PAMER BAHAGIA - LINDA HASHIM TAK MAHU PEMINAT MELUAT



"Saya memang jarang berkongsi gambar-gambar anak saya, Jelita dan gambar mesra bersama suami di laman sosial.

"Bukan apa, saya tidak mahu orang meluat dan bosan, saya hanya akan muat naik kalau ramai peminat yang bertanya tentang Jelita dan ingin melihat perkembangannya," ujar Linda Hashim dipetik sebagai berkata.

Tambah Linda, dia memang tidak gemar berkongsi segala aktiviti yang memaparkan kebahagian keluarganya terutamanya di Instagram.



Tujuannya berbuat demikian adalah bagi mengelakkan rasa kurang senang segelintir pihak.

Untuk rekod, Linda berkahwin dengan Beego ( Mohd Aszerul Nizam Abdullah), 35, pada 8 Jun 2013 dan telah dikurniakan cahaya mata bernama Jelita Clarissa.

Perkembangan terkini mengenai Linda, dia kini hamil tiga bulan dan sedang membuat persiapan bagi menyambut kelahiran bayi keduanya lebih awal.

Menurut pelakon itu, sebelum ini separuh barang-barang kepunyaan anak sulungnya itu telah didermakan kepada mangsa banjir di Kelantan.

Klik gambar untuk size besar


19 July 2015

GAMBAR - JUARA MASTERCHEF PERTAMA LAHIRKAN BABY GIRL



"Salam Aidilfitri dari kami, Alhamdulillah tahun ini diserikan oleh 9 days old Baby Maryam Azalea ‪#‎babyM‬ . Maaf zahir batin. **siapa ada tips berpantang semasa raya? " Demikian kata Dr Ezani Farhana Md Monoto, Juara Masterchef 1 terbitan Astro.

Untuk info, Doktor Gigi tersebut telah selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Maryam Azalea pada 9 Julai lalu.

Tahniah diucapkan!

Klik gambar untuk size besar


MAAFKAN INDIVIDU YANG MENGATA DIRINYA - ZIZAN RAZAK BAKAL ADAKAN RUMAH TERBUKA



"Saya sudah maafkan mereka semua," demikianlah kata Zizan Razak apabila dia memaafkan individu yang mungkin ada mengata atau mengumpat dirinya dari belakang sepanjang tahun lalu.

Mengambil pendekatan yang sama, Zizan turut memohon kemaafan daripada siapa-siapa sahaja yang dikenali mahu pun tidak kerana secara tidak sengaja atau luar sedar, dia barangkali telah mengecilkan hati segelintir mereka.

"Ketika saya sedang alami kesusahan, saya sentiasa berdoa serta mengingati Allah S.W.T. Manakala orang yang paling saya ingati pula adalah ayah dan ibu saya. Mereka adalah sumber kekuatan saya selama ini

Klik gambar untuk size besar


RAYA DI NEW DELHI - JOHAN ASARI CERIAKAN STM



Disebabkan watak 'Botak' melalui filem Juvana, Johan Asari kini dikenali ramai hingga menarik minat Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM), New Delhi bagi menjemputnya memeriahkan Aidilfitri di sana.

Johan yang awalnya berada sebulan di India dan Bangladesh untuk mendalami ilmu al-Quran dan hadis berbesar hati menerima jemputan tersebut.

Dalam majlis itu, pelakon tersebut telah terlebih dahulu bersolat Aidilfitri dengan kira-kira 50 rakyat Malaysia di kompleks STM. Malah majlis itu juga disertai petugas Suruhanjaya Tinggi yang diketuai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid serta rakyat Malaysia di Delhi, yang berkumpul seawal 8.30 pagi.

Klik gambar untuk size besar


18 July 2015

GAMBAR - RAGAM ARTIS PERTAMA KALI BERAYA SEBAGAI SUAMI ISTERI



YANA SAMSUDIN:
1st day kami beraya sesama as a husband & wife! Yeayyy!!



Klik gambar untuk size besar


17 July 2015

TAKZIAH - RAHIM OTHMAN KEMBALI KE RAHMATULLAH DI AKHIR RAMADAN



Takziah diucapkan buat keluarga pemuzik dan komposer, Rahim Othman, 60, apabila seniman berbakat besar itu menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4.45 pagi semalam di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Difahamkan, Allahyarham telah diserang komplikasi paru-paru sejak dua minggu lalu. Bagaimanapun, keadaannya menjadi bertambah kritikal apabila mengalami pendarahan di paru-paru lalu merebak ke bahagian organ lain.

Allahyarham Rahim (kiri) bersama JayJay


16 July 2015

"SEBAHAGIAN BARANG KEMAS ANAK SAYA ADALAH HADIAH DARIPADA PEMINAT" - CHE TA



Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 41, menjelaskan sebahagian barangan kemas yang dipakai oleh anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan bulan adalah hadiah daripada peminat.

Menurut Che Ta, seorang wanita dari Kelantan yang juga stokis produk wangian miliknya beria-ia mahu menghadiahkan barangan tersebut kepada anaknya dan dia tidak sampai hati untuk menolak.

"Wanita berkenaan pada awalnya menghubungi saya untuk menjadi stokis tetapi dia kemudiannya memberitahu ingin menghadiahkan barangan kemas berupa cincin, rantai tangan dan kaki untuk Aaisyah.

Klik gambar untuk size besar


TAHUN KE-3 BERAYA BERSAMA KELUARGA AKIM - STACY RASA TERUJA



Kedatangan Syawal memang sentiasa dinantikan buat penyanyi Stacy terutama untuk menyambut hari yang cukup mulia itu bersama keluarga Akim Ahmad yang terletak di Johor Bahru, Johor.

Tahun ini merupakan tahun ketiga Stacy beraya bersama keluarga Akim.

Menurut Stacy, sudah menjadi kebiasaannya buat dia dengan ibu Akim untuk akan berada di dapur pada pagi Syawal bagi menyediakan juadah hari raya yang akan disajikan untuk seluruh keluarga.

Klik gambar untuk size besar


BAKAL BERAYA DI KAMPUNG SUAMI - ALYAH AKUI RASA KEKOK



Syawal tahun ini pasti membawa makna dan erti yang cukup besar buat penyanyi Datin Alyah apabila bakal menyambut raya bersama keluarga suaminya, Dato’ Ramli MS di Singapura.

Menurut Alyah, dia berasa agak berdebar dan kekok untuk berjumpa dengan keluarga besar besar suaminya itu.

"Saya memang pernah berjumpa dengan keluarganya sebelum ini tetapi belum pernah lagi berpeluang untuk beraya bersama mereka.

Klik gambar untuk size besar