31 August 2015

"SAYA MALU TONTON SEMULA BABAK SAYA DIROGOL" - JUE AZIZ



Jue Aziz bakal muncul dalam filem Kapsul yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, bagaimanapun mengakui merasa malu apabila melihat kembali babaknya telah dirogol oleh tentera Jepun didalam filem itu.

Ini kerana Jue kini sudah berhijrah dan tampil dengan imej bertudung yang membuatkannya kelihatan lebih manis dan jelita.

"Skrip filem ini sudah agak lama di tangan, namun ia senyap begitu saja hingga pada tahun 2013, produksi menawarkan kembali watak Fatimah. Sudah tentu saya tidak mahu melepaskannya kerana saya sudah jatuh cinta sejak pertama kali membaca skripnya dulu.

Klik gambar untuk size besar


GAYA RAMBUT TERBARU AISHAH AZIZ UNDANG PELBAGAI REAKSI



Baru baru ini, penyanyi Nur Aishah Aziz, 20, telah mewarnakan rambutnya dengan gabungan warna ungu dan kelabu.

Tindakannya mewarna rambut itu telah mengundang reaksi pelbagai pihak.

Menurut Aishah, perubahan imej itu dibuat secara spontan. Namun dia enggan melatah dengan komen negatif yang diberikan oleh orang ramai.

Klik gambar untuk size besar


"KAMI MASIH BERKAWAN BAIK" - YATT HAMZAH



Semua sedia maklum bahawa pelakon dan pengacara Yatt Hamzah sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, Rabu lalu.

Meskipun sebelum ini Yatt ini pernah berusaha menyelamatkan rumah tangganya, namun siapa sangka ia tidak mampu bertahan seperti yang diharapkan.

Mengulas ringkas mengenai perpisahan mereka, akui Yatt dia reda hubungan yang terjalin sejak enam tahun lalu itu tidak dapat diselamatkan.

Klik gambar untuk size besar


41 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS RESEPSI NUBHAN & HIDAYAH



Semalam telah berlangsungnya majlis resepsi Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 29, dan pasangannya, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 26, di City Kingdon Hotel, Seremban.

Gambar-gambar sekitar majlis resepsi ini telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu MHM Studio.

Layanzzz...

Klik gambar untuk size besar


30 August 2015

4 GAMBAR - TERBABIT KEMALANGAN, KERETA TASHA SHILLA TERBALIK



'Sudah jatuh, ditimpa tangga'.

Demikianlah keadaan yang menimpa pelakon jelita Tasha Shilla apabila didakwa pernah terlibat dalam satu kemalangan di Petaling Street, Kuala Lumpur kira-kira dua minggu lalu.

Tasha sebelum ini dihimpit dengan pelbagai cerita kontroversi melibatkan dirinya, sekali lagi terpaksa menelan dugaan berat yang dihadapi.

Klik gambar untuk size besar


36 GAMBAR - HANYA SEKALI LAFAZ, NUBHAN KINI SAH SUAMI HIDAYAH



Penyanyi Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 29, dan pasangannya, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 26, selamat disatukan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Seremban 2, Negeri Sembilan, sekitar jam 3.45 petang semalam.

Majlis akad nikah disempurnakan Penolong Pendaftar Nikah dan Cerai Seremban 2, Wan Nawang Wan Sulong dan berwalikan bapa pengantin perempuan Ahmad Tawfek Zulkifly.

Dalam majlis tersebut Nubhan telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000 dan wang hantaran sebanyak RM20,000.

Klik gambar untuk size besar


29 August 2015

"BERITA SAYA HIDAP KANSER ITU PALSU" - ADI PUTRA



Baru-baru ini, pelakon Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 34, memberitahu bahawa dirinya berasa terkejut dan terkilan apabila ada khabar angin yang didedahkan oleh beberapa blog kononnya dia ditahan di hospital akibat penyakit kanser sehingga berita itu menjadi viral di laman sosial.

Menurut Adi, laporan tersebut tidak sepatutnya dipaparkan sedemikian semata-mata mahu mendapatkan rating tinggi sedangkan dia masih sihat daripada sebarang penyakit.

"Saya terkilan dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu semata-mata mahu menaikkan rating blog.

Klik gambar untuk size besar


HAYLA, NAMA PUTERI AERIL ZAFREL & WAWA ZAINAL



Jika pada laporan awal lalu, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal hanya memberi maklumat anak kedua mereka lahir pada 18 Ogos lalu dengan seberat 2.84 kilogram... terkini menerusi IG Aeril, dia telah memberitahu nama anak perempuannya yang kini berusia 12 hari itu.

Nama yang diberi buat anak perempuan mereka ini ialah Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.

Klik gambar untuk size besar


TAKZIAH - 'P RAMLEE SINGAPURA', SHAFIIE HAMZAH KEMBALI KE RAHMATULLAH



Siapa yang tidak kenal dengan 'P Ramlee Singapura' yang mempunyai penampilan dan gaya rambut yang seiras dengan seniman Allahyarham Tan Sri P Ramlee, selama ini menghiburkan para penonton dengan gaya dan nyanyiannya yang serupa dengan legenda itu.

Pada Rabu lalu 'P Ramlee Singapura' atau nama sebenarnya Shafiie Hamzah, 43, telah menghembuskan nafas terakhirnya setelah menderita penyakit barah pundi kencing tahap lanjut.

Berita itu disahkan oleh Persatuan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus) kepada BERITAMediaCorp lewat malam kelmarin.

Klik gambar untuk size besar


NIKAH 6 SEPTEMBER INI - RAJA FARAH MASIH RAHSIAKAN IDENTITI BAKAL SUAMI



Raja Farah memaklumkan bahawa dia akan melangsungkan pernikahan kali keduanya pada pagi 6 September ini di sebuah masjid di Bukit Jelutong.

Walaubagaimanapun, Farah masih mahu merahsiakan identiti bakal suaminya itu dan hanya akan didedahkan pada majlis pernikahan itu nanti.

Hal itu disahkan sendiri Farah menerusi kad jemputan kahwin yang dilayangkan. Pasangan itu pada awal bulan ini sudah melangsungkan pertunangan.

Klik gambar untuk size besar


28 August 2015

"JIKA DIMURAHKAN REZEKI, SAYA RANCANG NAK DAPAT 8 ORANG ANAK" - AYU RAUDHAH



Biarpun sudah dikurniakan dua cahaya mata, namun Ayu Raudhah tetap berhasrat untuk menambah zuriatnya bersama Zaquan Adha dan siapa sangka dia mahu memiliki 8 orang anak dan dia juga sering berdoa agar keinginan itu tercapai atas berkat oleh-Nya.

"Alhamdulilah, syukur dengan kehidupan saya sekarang ini. Keluarga saya bertambah ceria dengan kehadiran 2 anak teruna yang sentiasa hiburkan hati saya dan suami.

"Anak saya yang sulong sudah terikut-ikut minat ayahnya yang suka main bola, pantang nampak bola dia akan tidak berhenti bermain. Sekiranya dimurahkan rezeki dikurniakan anak seramai 8 orang, saya rasa bersyukur dan bertambah ceria suasana keluarga kami, Insha Allah," ujar Ayu berseloroh.

Klik gambar untuk size besar


KEKASIH BARU HAN DAKWA TASHA SHILLA UPAH 40 KAKI PUKUL?



Baru-baru ini, wanita yang dipercayai kekasih baru Han Wong (seorang peninju Tomoi) mendakwa Tasha Shilla telah menyerang dia dan Han di sebuah kelab dan Tasha telah disimbah air oleh orang ramai kerana perbuatannya itu dan lebih teruk lagi, Tasha juga dikatakan telah mengupah 40 orang lelaki untuk memukul Han.

Malah, wanita yang dikenali sebagai Carmen Emirda ini juga dikatakan sedang membuat laporan polis bersama-sama dengan Han berikutan kes tersebut.

Klik gambar untuk size besar


WAJAH BABY JONAH, ANAK JACLYN VICTOR



Jaclyn Victor, 37, baru-baru ini telah sudi berkongsi gambar cahaya mata sulungnya yang berumur empat hari di laman Instagram miliknya.

Jacyln dan suaminya, Shawn Rivera, 41, sepakat menamakan bayi lelaki mereka dengan nama Jonah Joshiah Rivera.

Sebelum ini, Jaclyn menerusi laman Facebook miliknya memberitahu yang dia masih belum menetapkan nama buat bayi lelaki yang dilahirkan dengan berat 3.48 kilogram di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Klik gambar untuk size besar


14 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS ULANGTAHUN AMYRA ROSLI BERSAMA PEMINAT



Pada 24 Ogos lalu, peminat Amyra Ramadhani Rosli telah membuat kejutan ulangtahun kelahirannya yang ke-24

Dalam majlis tersebut, pelakon Amar Baharim turut hadir bersama bagi memeriahkan lagi suasana.

Enjoyzzz...

Klik gambar untuk size besar


GAMBAR MENARIK - BABY BUMP DAYANA & SAKINAH, ISTERI ASYRAF MUSLIM



Gambar terkini baby bump kedua-dua isteri Asyraf Muslim iaitu Noor Dayana Lokman, 28, dan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 31.

Untuk info, Dayana kini sedang hamil 4 bulan, manakala Sakinah pula sedang sarat mengandung 8 bulan.

"Alhamdulillah.. Hanya hatiku yg tahu betapa bersyukurnya aku pada Allah dgn setiap kehendakNya. Hanya SABAR yg mengajar erti kehidupan yg lebih bermakna.

Klik gambar untuk size besar


27 August 2015

KES MAHKAMAH - ERMA MAHU CERAI, TAPI BADE ENGGAN LEPAS



Meskipun isteri Pengarah Bade Azmi iaitu pelakon dan pengarah Erma Fatima telah memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003, namun Bade selaku defendan tidak bersetuju untuk menceraikan Erma.

Sehubungan itu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini memerintahkan Bade dan Erma melantik jawatankuasa pendamai apabila kes tersebut gagal diselesaikan.

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin yang mengendalikan kes berkenaan selepas Bade tidak bersetuju bercerai.

Klik gambar untuk size besar


SELAMAT BERSALIN - JACLYN VICTOR TIMANG 'BABY BOY'



Pada Isnin lalu, Jaclyn Victor telah selamat melahirkan seorang anak lelaki seberat 3.48 kilogram.

Berita gembira tersebut disampaikan oleh Jaclyn menerusi laman IGnya dan rata-rata peminatnya turut sama berkongsi perasaan gembira.



NETIZEN PERTIKAI DIRINYA PELUK ISLAM - STACY LUAH RASA TERKILAN



Stacy atau nama penuh Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam meluahkan rasa terkilan di Instagram terhadap sikap netizen yang sering mempertikaikan segala perkara baik yang orang buat.

Ini kerana keputusan Stacy untuk memeluk agama Islam beberapa hari lepas tidak diterima baik oleh sesetengah pihak, malah ada sahaja mulut yang mempertikaikan mengapa dirinya itu bertukar agama.

Bukan itu sahaja, Stacy juga dituduh mempunyai niat tersembunyi dan hanya di pengaruh oleh Akim untuk bergelar seorang muslim.

Klik gambar untuk size besar


"SAYA TAK TAHU PERBICARAAN ITU BERLANGSUNG SELASA LALU" - PUTRI MARDIANA



Putri Mardiana Zainal Abdiin, 34, memberitahu bahawa dirinya terkejut apabila dikenakan waran tangkap kerana perbicaraan kes khalwatnya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur berlangsung pada Selasa lalu tanpa pengetahuannya.

Menurut Mardiana, dia tidak diberitahu mengenai tarikh perbicaraan berkenaan dan tidak menyangka pihak mahkamah mengeluarkan perintah itu.

"Sebelum ini saya pernah cuba menghubungi pegawai syariah untuk bertanyakan mengenai tarikh perbicaraan tetapi tiada siapa pun yang menjawab.

Klik gambar untuk size besar


26 August 2015

SAH BERHENTI KERJA DI TV3 - SAIFUL NIZAM INGIN FOKUS PADA PERNIAGAAN



Baru-baru ini, personaliti TV3, Mohd Saiful Nizam Ismail dikatakan sudah berhenti kerja di TV3.

Beliau yang sudah berada lebih sedekad bersama TV3 yakni sejak menyertai Malaysian Top Host seangkatan dengan Nurul Syuhada Nurul Ain, pengacara yang juga ahli perniagaan mengesahkan yang beliau akan tinggalkan stesen tv popular Malaysia itu dan sudah menghantar notis sebulan berhenti kerja sejak dua hari lepas.

"Ya.. tapi saya tak mahu komen lebih," katanya ringkas.

Klik gambar untuk size besar


YATT HAMZAH KINI SEORANG JANDA



Jika sebelum ini, rumah tangga Haryati Hamzah atau Yatt dan suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor pernah dikatakan berantakan tetapi berjaya diselamatkan. Namun jodoh itu tak berjaya dipanjangkan lagi apabila rumahtangga mereka yang dibina sejak 2009 itu berakhir semalam.

Difahamkan, Yatt dan Mutalib bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah KL secara tertutup sekitar jam 4.23 petang.

Hal itu disahkan sendiri oleh Abdul Mutalib menerusi aplikasi WhatsApp.

Klik gambar untuk size besar


INFO - SALURAN BAHARU BOOMERANG 555 DI HYPPTV



Bertempat di Jungle Gym (Level 4), Bangsar Shopping Centre, Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya telah melancarkan Boomerang saluran baharu 555 khusus buat pelanggan HyppTV.

Saluran baharu ini telah dilancarkan oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM dan Mark Eyers, Ketua Pegawai Kandungan bagi Kids Network di Asia Pasifik, Turner International.

Majlis tersebut turut dimeriahkan oleh barisan selebriti tempatan seperti Hunny Madu dan Fazreen Rafi.

Klik gambar untuk size besar


BERPAKAIAN SEKSI KETIKA BERTEMU JAY PARK - TASHA SHILLA DIKECAM PEMINAT



Baru-baru ini menerusi Instagram pelakon Nazim Othman, dia telah memuat naik satu gambarnya bersama selebriti Korea Selatan iaitu Jay Park, dan Tasha Shilla turut bergambar bersama mereka. Apa yang mengundang perhatian ialah pakaian Tasha yang seksi dalam gambar itu.

Kami tidak pasti apa tujuan Tasha berpakaian sedemikian atau mungkinkah untuk menyambut kedatangan Jay Park yang popular itu?

Cara berpakaian Tasha ini telah mendapat kritikan dan kutukan pengikut Nazim di laman Instagram.

Klik gambar untuk szie besar


20 GAMBAR - MAYA KARIN BERCUTI DI GREECE BERSAMA KELUARGA



Baru-baru ini, Maya Karin telah pergi melancong dan bercuti di Greece bersama keluarga serta rakan terdekat daripada lima negara berbeza.

Difahamkan, keluarga ini meluangkan masa dengan belayar selama seminggu di sana.

Menurut Maya menerusi Instagram, dia berharap ketika di sana, dia tidak diajukan soalan bila mahu kahwin.

Klik gambar untuk size besar


"SEBELUM INI SAYA TAK MEMPUNYAI AGAMA TETAP, GEMBIRA DAPAT PELUK ISLAM" - STACY



Stacy yang baru memeluk Islam ini memberitahu bahawa sepanjang kehidupannya, dia tidak mempunyai sebarang agama yang tetap dan hanya menganuti agama Kristian tiga tahun lepas, selepas keluarganya membuat keputusan untuk menganuti agama tersebut.

Stacy bagaimanapun tidak pernah menyesal kerana beragama Kristian sebelum ini, dia malah merasa lebih seronok dan gembira ketika dia sudah sah bergelar seorang muslim kelmarin.

"Sepanjang saya bernafas di bumi ini, saya tidak mempunyai pendirian agama yang tetap. Saya menganuti agama Kristian kira-kira 3 tahun yang lalu selepas keluarga saya membuat keputusan untuk menganuti agama Kritsian.

Klik gambar untuk size besar


25 August 2015

SAH PELUK ISLAM - STACY HARAP PEMINAT DAPAT MENERIMA KEPUTUSANNYA



Akhirnya teka-teki mengenai Stacy memeluk agama Islam terjawab sudah apabila Stacy mengesahkan berita tersebut menerusi satu sidang media khas yang diadakan di Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil hari ini.

Stacy yang memilih nama Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam sebagai nama Islamnya telah melafazkan dua kalimah syahadah pada 24 Ogos 2015 (semalam) kira-kira jam 10 pagi di Jabatan Agama Islam Johor ditemani oleh ibu bapanya serta ibu bapa Akim.

Menurut Stacy, keputusan beliau untuk menjadi seorang muslim juga bukanlah satu paksaan dah ia juga mendapat restu daripada kedua ibu bapa beliau.

Klik gambar untuk size besar


4 GAMBAR - UCAPAN BIRTHDAY AERIL ZAFREL BUAT PUTRANYA



Semalam Ahmad Fakharuddin Attar, anak lelaki Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah menyambut hari lahirnya yang ke-2.

"Selamat ulangtahun kelahiran yg ke 2 Ahmad Fakharuddin Attar. Semoga sentiasa di bawah lindunganNya, menjadi anak yang soleh.... yang boleh menggembirakan hati abbiy dan ummi. Semoga termakbul segala doa2 abbiy & ummi buatmu Attar syg. Amin

Klik gambar untuk size besar


KES KHALWAT : GAGAL HADIR - PUTRI MARDIANA DIKENAKAN WARAN TANGKAP



Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Putri Mardiana atau nama sebenarnya Putri Mardiana Zainal Abdiin, 34.

Hakim Syarie, Mohamad Zaid Abdul Aziz mengeluarkan perintah itu selepas aktres filem Ngangkung itu tidak hadir pada perbicaraan atas tuduhan berkhalwat pada 14 Disember tahun lalu tanpa mengemukakan sebarang alasan munasabah kepada mahkamah.

Malah waran tangkap tersebut turut dikeluarkan kepada penjamin Mardiana yang sepatutnya hadir pada perbicaraan itu.

Klik gambar untuk size besar


PELUK ISLAM - STACY BERI PENJELASAN HARI INI



Desas desus yang mendakwa penyanyi kelahiran Akademi Fantasia iaitu Stacy telah memeluk agama Islam akan terjawab petang ini. Ini kerana, satu sidang media akan diadakan oleh Stacy bagi menjelaskan perkara tersebut.

Ketua Bahagian Muzik & Bakat Astro, Prakash Swami Nathan, berkata, sidang media itu dijadual diadakan di ibu pejabat ASTRO, Bukit Jalil. Tambahnya, penyanyi lagu I'm Not For Sale itu sendiri yang meminta agar sidang media berkenaan diadakan hari ini.

Objektif sidang media tersebut diadakan adalah bagi membolehkan artis berkenaan memberikan penjelasan berhubung dakwaan yang dia kini sudah pun memeluk agama Islam.

Gambar yang menjadi viral semalam - Klik untuk size besar


24 August 2015

GAGAL PEROLEH RM350 RIBU - SUKI KEMUKA SAMAN ULANGAN



Bekas juara rancangan TV realiti-nyanyian pertama Malaysia yang menawarkan sejuta Ringgit, Suki Low terus memperjuangkan haknya apabila beliau sekali lagi mengheret bekas pengurusannya ke muka pengadilan untuk mendapatkan kembali wang berjumlah lebih RM350,000 yang pernah beliau ‘laburkan’ untuk kerjaya nyanyiannya dengan sebuah syarikat rakaman tempatan.

Ini kerana, dakwanya syarikat tersebut bukan sahaja gagal mengembangkan kerjayanya seperti yang telah dijanjikan tetapi juga menamatkan operasi untuk mengelak daripada mengikuti perintah mahkamah yang mengarahkan mereka untuk mengembalikan wang tersebut.



TERKINI - STACY AF DAH PELUK AGAMA ISLAM?



Jika sebelum ini tersebar berita palsu yang mendakwa Stacy AF telah memeluk Islam, namun berita terbaru yang tersebar dikalangan media menyebut bahawa Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam telah selamat memeluk agama Islam.

Berita tersebut dipetik sumbernya melalui seorang peminat tegar penyanyi tersebut yang memaklum perkembangan terkini itu  di laman sosialnya.

Dakwanya, Stacy telah hadir ke jabatan agama Islam ditemani ibu dan kekasihnya Akim Ahmad.

Klik gambar untuk size besar


13 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS BABY SHOWER LISA SURIHANI & YUSRY KRU



Jika pada 15 Ogos lalu, Lisa Surihani dan Yusry KRU membuat kenduri doa selamat serta majlis rumah terbuka, terkini pasangan ini telah mengadakan majlis baby shower.

Majlis yang diadakan sebagai kejutan kepada Lisa itu telah dihadiri oleh rakan selebriti antaranya Diana Danielle, Farid Kamil dan juga Liyana Jasmay.

Klik gambar untuk size besar


TAK TAHAN DITUDUH - BEKAS PENGURUS MUAT NAIK VIDEO NAD ZAINAL



Jika sebelum ini, Nad Zainal menuduh bekas pengurusnya, Alog Zuren telah melarikan sejumlah wang dan menjadi dalang pembubaran kelab peminatnya, terkini bekas pengurusnya itu telah memuat naik video mengenai sikap kurang ajar Nad ketika menghadiri rumah anak yatim.

Ini kerana pengurusnya itu berang dengan tindakan Nad dan ingin menegakkan kebenaran yang membuktikan dia tidak bersalah.

Video yang dimuat naiknya itu menunjukkan Nad duduk dalam keadaan tidak sopan sambil asyik bermain telefon sehingga tidak mempedulikan seorang kanak-kanak yang cuba beramah-tamah dengannya dalam satu program yang berlangsung di sebuah rumah anak yatim Ramadan lepas.

Klik gambar untuk size besar


NORA DANISH & NEDIM NAZRI SAH PUTUS



Akhirnya khabar angin mengenai status percintaan antara Nora Danish atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, dan Nedim Nazri yang sebelum ini menjadi tanda tanya sejak beberapa minggu lalu terjawab apabila aktres tersebut mengesahkan perhubungan mereka sudah berakhir.

Menurut Nora, dia dan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu membuat keputusan tersebut atas persetujuan dan kebaikan bersama.

"Hmm... Kami mengambil keputusan mahu berpisah atas kebaikan bersama. Itu sahaja. Lagipun cinta tidak semestinya dimiliki," ujar Nora dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar


"SAYA 'MENGHIBURKAN' ORANG?" - FARA MENDOZA



Kisah Fara Mendoza dengan Fizz Fairuz masih berlarutan sehingga sekarang apabila baru-baru ini, Fara membuat pendedahan yang Fizz pernah bertanya sama ada dirinya 'menghiburkan' orang. Apa maksud 'menghiburkan' itu kami sendiri tidak tahu.

Dengan imej seksi yang ditampilkan oleh Fara, pasti ramai jejaka di luar sana yang senang salah faham. Namun itu bukanlah alasan untuk kita bertanyakan sesuatu yang tidak masuk akal seperti itu.

"Pada 3 Ogos lalu saya menemani kawan baik saya, Emma Maembong ke lokasi penggambaran di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Fizz turut membintangi filem itu. Pulang dari set penggambaran, dia menghubungi saya menerusi aplikasi WeChat. Entah dari mana dia mendapatkan nombor telefon saya.

Klik gambar untuk size besar


23 August 2015

4 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS KENDURI DOA SELAMAT LISA SURIHANI & YUSRY KRU



Pada 15 Ogos lalu, Lisa Surihani dan suaminya, Yusry KRU telah mengadakan kenduri doa selamat sempena menyambut kelahiran tidak lama lagi.

Apa yang menarik, majlis rumah terbuka Lisa dan Yusry turut diadakan sekali.

"15th August 2015 : Syukur Alhamdulillah, kenduri doa selamat and family Raya gathering went on smoothly. Thank you all that helped make it happen, wouldn't have been able to pull it off without all of your love, kindness and help," tulis Lisa dilaman IGnya.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


52 GAMBAR - SEKITAR MALAM BERINAI & MAJLIS PERNIKAHAN SHEERA ISKANDAR



Anak sulung kepada pelakon Aznah Hamid iaitu Sheera Iskandar telah selamat disatukan dengan Doul Harun yang merupakan seorang Chef dalam satu majlis pernikahan yang diadakan malam semalam.

Sebelum ini, Sheera pernah mendedahkan bahawa dia tidak pernah bercinta dengan Doul malah mereka sendiri kali terakhir berjumpa adalah empat tahun yang lalu.

Klik gambar untuk size besar


"SAYA TAK BERHASRAT KEMBALI AKTIF DALAM BIDANG PENGACARAN" - NORMALA SAMSUDIN



Lebih selesa dengan kehidupannya sebagai isteri kepada bekas menteri, Tan Sri Azmi Khalid, bekas personaliti TV3, Puan Sri Normala Samsudin, 51, tidak berhasrat untuk kembali aktif dalam bidang pengacaraan.

Menurut Normala, peluang sepatutnya diberikan kepada wajah-wajah baharu berpotensi bukan sahaja sebagai hos tetapi ilmu kewartawanan.

"Alhamdulillah saya gembira dengan kehidupan sekarang sebagai suri rumah dan langsung tidak rindu atau memasang impian untuk kembali semula dalam industri.

Klik gambar untuk size besar


22 August 2015

SERING DIEJEK - PELAKON CILIK, RYKARL ISKANDAR BERHENTI SEKOLAH



Pelakon cilik, Rykarl Iskandar, 10, memberitahu bahawa dia sudah berhenti belajar di sekolah sejak awal tahun lalu.

Menurut Rykarl, dia mengambil keputusan tersebut kerana dia tidak tahan diejek oleh rakan-rakan sekolahnya sehingga menggangu konsentrasi pembelajaran hanya kerana dia seorang pelakon.

Rykarl yang bersekolah di Sekolah Rendah Islam Seri Pintar Al-Amin, Bandar Sunway dekat sini meneruskan pembelajaran secara 'home schooling'

Klik gambar untuk size besar


VIDEO - SITI NURHALIZA & SUAMI SAMBUT ANNIVERSARY YANG KE-9



Pada 21 Ogos lalu, Dato' Siti Nurhaliza, 36, dan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K telah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-9.

Menerusi Instagram Siti, beliau telah memuat naik video yang sangat sweet.

"Asyraf Khalid & Tya Arifin beli lilin kalis tiup..hahaha..tiup sampai syurga la Yanggg... Tqsm semua yang sama2 berdoa untuk kami berdua.. semoga Allah SWT memberkati seluruh keluarga kita semua hingga ke Alam Syurga.. amin Ya Rabb,"tulis Siti di laman IGnya.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


VIDEONYA SELEPAS INI...

21 August 2015

CHEF WAN LUAH RASA GERAM KEPADA 'ANJING' YANG INGIN MENYAMANNYA



Sebelum ini Chef Wan telah menegur ahli keluarga beliau yang pemalas langsung tidak membantu beliau dan bangun lambat pada Hari Raya Aidilfitri lepas.

Perkara tersebut telah menjadi viral selepas salah seorang ahli keluarga Chef Wan telah tampil dengan kenyataan balas bahawa mereka sebenarnya terpaksa melayan peminat beliau yang tidak putus berkunjung ke rumah mereka.

Tidak mahu terus diperkotak-katikkan oleh Chef Wan, ahli keluarga yang telah dimalukan oleh chef selebriti itu bakal menyaman Chef Wan kerana telah memalukan, mengaibkan dan memfitnah insan-insan yang berada di dalam gambar tersebut.

Klik gambar untuk size besar


BERDEBAR TUNGGU DUA KELAHIRAN - ASYRAF MUSLIM ANGGAP INI CABARAN UNTUKNYA



Berita isteri pertama Ashraf Muslim iaitu Noor Dayana Lokman yang disahkan hamil selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga nyata mendapat perhatian ramai dan rata-rata mendoakan agar kandungan itu sihat. Lebih menggembirakan lagi, isteri kedua beliau Wan Sakinah juga sedang sarat mengandung.

Bakal menyambut dua cahaya mata pada tahun ini, Ashraf akui ia bukan satu perkara yang mudah kerana beliau harus meletakkan kepentingan kedua-dua isterinya itu dengan sama rata.

Klik gambar untuk size besar


10 GAMBAR - SEKITAR BULAN MADU RAMONA ZAMZAM & SUAMI DI PULAU GILI TRAWANGAN



Ramona Zamzam dan suaminya, Rami Alashkar telah terbang ke Pulau Gili Trawangan, Indonesia untuk berbulan madu di sana.

Melalui gambar tersebut, jelas kelihatan yang mereka berdua begitu 'deep in love' dan semoga bulan madu ini akan mengeratkan lagi hubungan Ramona dan Rami.

Layanzzz...

Klik gambar untuks size besar


10 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN ANAK TIRI SITI NURHALIZA, ASYRAF KHALID



Anak tiri Dato' Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid telah melangsungkan majlis pertunangannya bersama seorang selebriti Indonesia yang diadakan di Palembang, Indonesia.

Majlis yang berlangsung dengan meriah itu telah dihadiri oleh seluruh keluarga kedua belah pihak.

Apa yang menarik, sebuah majlis meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke 9 buat pasangan romantis dan bahagia Dato' Siti Nurhaliza dan Dato' Khalid Mohd Jiwa turut disambut selepas selesai majlis pertunangan Asyraf.

Tahniah kami ucapkan buat Asyraf dan tunangnya.

Enjoyzzz...

Klik gambar untuk size besar


14 GAMBAR - RUMAH BARU CHEF WAN DIHIASI DENGAN DEKORASI MEWAH ALA ENGLISH



Siapa yang mengikuti Chef Wan, pasti tahu yang chef terkemuka ini sudahpun berpindah di rumah baru yang memang hebat dan besar.

Jadi, jom kita tengok gambar-gambar dekorasi rumah baru Chef Wan ni.

Klik gambar untuk size besar


LISA SURIHANI & YUSRY KRU INGIN BESARKAN ANAK TANPA KILAUAN GLAMOR



Tinggal hanya beberapa minggu sahaja lagi, Lisa Surihani dan suaminya, Yusry KRU bakal menimang cahaya pertama mereka.

Semua sedia maklum bahawa hak eksklusif untuk siaran mengenai perkahwinan dan kelahiran bayi selebriti bukan lagi menjadi trend terbaru di dalam industri. Bagi pasangan Lisa dan Yusry, mereka punya pendapat tersendiri.

Klik gambar untuk size besar


"FFM 27 MACAM ANUGERAH KANAK-KANAK" - KUTUK QUE HAIDAR



Baru-baru ini, menerusi twitter Que Haider, dia telah meluahkan rasa tidak puas hati atas pemilihan filem untuk Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) dimana filem lakonan beliau Ophilia tidak terpilih dalam kategori cerita asal dan kostum terbaik.

Selain itu dia juga menyifatkan acara itu seperti anugerah untuk kanak-kanak dimana dia juga berpendapat mereka yang bertanggungjawab dalam hal pencalonan tidak ada pengetahuan yang luas dalam menilai sesuatu filem.

Dalam masa yang sama, Bront Palare juga turut menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku di dalam setiap pemilihan filem di dalam satu acara anugerah sama ada di luar mahu pun dalam negara.

Klik gambar untuk size besar


TAHNIAH - FAEZAH ELAI BAKAL TIMANG CAHAYA KEDUA DISEMBER INI



Sejak disahkan hamil anak kedua bulan Mac lalu, Faezah Elai, 33, memberitahu keadaan kesihatan tidak mengizinkan dia untuk terlibat dalam sebarang aktiviti seni.

Menurut Faezah, pangalaman mengandung cahaya mata kedua ini lebih sukar apabila dia mengalami alahan yang teruk sepanjang usia kandungannya yang kini memasuki bulan keenam.

"Saya dapat tahu yang saya mengandung selepas dua bulan ketika itu penghujung penggambaran drama Wadi yang kini sedang ditayangkan di TV3.

Klik gambar untuk size besar


20 August 2015

SAH CERAI - FEZRUL KHAN KINI DUDA



Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari!

Demikianlah halnya dengan pelakon Fezrul Khan, 35, yang mengesahkan bahawa dia dengan isteri Noorhafizah Zulkafli, 31, tidak lagi bergelar suami isteri selepas mereka bercerai talak satu.

Menurut pelakon itu, lafaz cerai telah dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor semalam.

Klik gambar untuk size besar


NABILA HUDA NAFI DIRINYA KINI SUDAH BERLAGAK



Akhir-akhir ini, Nabila Huda Nabila atau mesra dipanggil Abil dikatakan begitu cerewet untuk merima tawaran berlakon dan sangat selektif dalam memilih watak serta skrip. Ekoran daripada itu, ada yang mendakwa Nabila semakin berlagak.

Ditanya mengenai perkara ini, Nabila mengakui bahawa kini dirinya sudah pun berada di dalam zon selesa dan dalam masa turut menyatakan dia kini lebih memilih dalam membawa sebarang watak di dalam drama, filem mahu pun teater sekaligus menafikan khabar angin kononnya dia kini sudah berlagak.

"Memang benar saya lebih selektif menerima job berlakon sekarang ini. Tetapi ini bukan bermakna yang saya semakin berlagak. Saya mula berlakon semenjak umur 16 tahun. Sekarang saya sudah 31 tahun, rasanya setelah 15 tahun menjadi pelakon, tiba masanya untuk saya menjadi lebih selektif.

Klik gambar untuk size besar


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...