30 November 2015

SAMAN FITNAH: 7 DISEMBER INI - SHILA HAMZAH BERI KETERANGAN



Pada 7 Disember ini, penyanyi Shila Amzah atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah akan memberi keterangan dalam kes saman yang difailkannya terhadap seorang wartawan hiburan dan dua pihak lain berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Kosmo! pada 17 September 2014.



JENAZAH YUS JAMBU SELAMAT DIKEBUMIKAN



Jenazah pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nesam, Bintong, Perlis sekitar jam 2.30 petang tadi.

Ribuan peminat termasuk kaum keluarga, saudara mara, sahabat dan rakan artis hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.



"SAYA LIHAT ROZANA DALAM KEADAAN HIDUNG, TELINGA BERDARAH" - PEGAWAI BANK



Di Mahkamah Majistret Ampang hari ini, seorang saksi iaitu Zaila Zahid, 44, yang merupakan pegawai bank Alliance cawangan Ampang memberikan keterangan bahawa beliau melihat hidung serta telinga Rozana Misbun berdarah sewaktu beliau ke kaunter untuk mengeluarkan wang berjumlah RM29,650 pada 2 Jun tahun lalu.



"SAYA AKAN BERKAHWIN DISEMBER INI" - NABILA HUDA



Nabila Huda atau lebih mesra disapa sebagai Abil, 31, mengesahkan yang dia bakal berkahwin buat kali kedua Disember ini selepas beberapa tahun bergelar ibu tunggal.

Difahamkan, bakal suami Abil itu merupakan seorang pengurus kepada restoran Kulcats.



AKIM & STACY SAH NIKAH BULAN FEBRUARI 2016



"Kami percepat tarikh nikah iaitu pada Februari depan kerana saya tidak mahu bertunang lama-lama kerana kalau ikutkan perkenalan kami bukan baru, kami sudah enam tahun berkawan," demikian kata Akim Ahmad, 24, yang mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan tunangannya Stacy, 25, pada Februari depan di kediaman wanita itu di Sabah.



20 GAMBAR - FYNN JAMAL & KELUARGA TUNAI UMRAH



"Hambamu datang, Ya Allah, atas izin dan belasmu. hambamu datang penuh rindu. Janganlah kau serik menerima aku, Ya Allah. Akan aku manfaatkan setiapnya demi menyebar cintamu.

"Aku sudah tiba, wahai Nabiku Ibrahim as, meneruskan apa yang telah engkau ajarkan. Aku telah sampai, wahai kekasihku rasulku muhammad saw. Yang aku rindu dan mengharap akan bertemu di suatu hari nanti.



AL-FATIHAH - YUS JAMBU KEMBALI KE RAHMATULLAH



"Innalillah wainna illaihi rojiuun. Al-fatihah. Rehat sahabat... Rehat. Semoga Allah meletakkan roh mu bersama roh-roh org beriman. Alfatihah," demikian berita sedih yang disampaikan oleh pelakon, penyanyi dan pelawak Afdlin Shauki mengenai kehilangan Yus Jambu.

Untuk makluman, pelawak Yus Jambu, 39, atau nama sebenar, Yussry Edoo meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang sekitar jam 12.15 tengah malam tadi.



29 November 2015

HASRAT MIA SARA INGIN TUNAI UMRAH TERCAPAI



Pelakon cilik Mia Sara Nasuha, 10, bakal menunaikan umrah bersama ayahnya Muhammad Ridhuan Disember ini setelah permohonan visa diluluskan.

Menurut Mia, hasratnya menunaikan umrah pada cuti sekolah kali ini, menjadi detik sangat bermakna kepadanya. Dia bersyukur kerana ini merupakan kali pertama dirinya menjejak kaki di bumi Mekah.



ISU LIYANA MANAN & ANAK2 - HANEZ SURAYA NAFI GOSIP



Jika sebelum ini ada pihak yang seolah mahu melagakan Hanez Suraya dan bekas isteri suaminya Liyana Manan dengan mendakwa mereka seolah tidak membenarkan Liyana berjumpa dengan anak-anak selama berbulan, terkini Hanez menafikan gosip tersebut.

Dia sebaliknya menyuruh pihak terbabit mendapatkan sendiri kenyataan sebenar Liyana dan bukannya main hentam sahaja.



"KAMI ADA BANTU KELUARGA ALLAHYARHAM HARUN SALIM BACHIK" - ZED ZAIDI



"Sebenarnya agak sukar untuk saya jelaskan dengan lebih lanjut mengenai masalah ini. Tapi apa yang boleh saya katakan, pihak persatuan sudah membantu apa yang termampu.

"Malah pada pandangan saya, ada antara bantuan yang kami hulurkan tidak perlu diuar-uarkan kepada semua. Apa yang penting kami ikhlas untuk membantu," demikian kata Zed Zaidi yang mengakui pihak persatuan sudah memberi bantuan kepada keluarga Allahyarham Harun Salim Bachik.



WAJAH AURORA - FARID KAMIL SEDIA DEDAHKAN



Tidak sesetengah selebriti lain yang mungkin terlalu berkira untuk mendedahkan wajah anak pada khalayak, namum lain bagi Farid Kamil Zahari, 34, yang bersedia berkongsi gambar wajah anak keduanya itu dalam masa terdekat.

"Kami tunggu saat itu tersedia, maka kami akan kongsikan, namun tidaklah lama untuk disimpan," ujar Farid dipetik sebagai berkata.



HATI ABAM BOCEY - GADIS SABAH BERJAYA 'TEMBAK'



Semua mengetahui bagaimana Abam Bocey, 27, kecewa beberapa kali apabila melibatkan kisah cinta. Namun kini tidak lagi apabila pelakon dan pelawak ini telah berjumpa dengan pilihan hati yang turut disenangi oleh keluarganya.



"SAYA PERLUKAN MASA UNTUK DEDAHKAN FASAL ANAK" - FOUZIAH GOUS



Khamis lalu, Fouziah Gous, 32, telah selamat melahirkan anak lelaki di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam pada pukul 11.40 pagi.

Bagaimanapun, Fouziah dan suaminya Mohd. Zhafran Md. Yusof sehingga kini masih belum mendedahkan wajah anak pertama mereka untuk tatapan umum.



BEKAS ISTERI ROMIE DAH LAMA TAK BERJUMPA ANAK-ANAK?



Masihkah anda ingat lagi pasal gosip antara Hanez Suraya, Romie Razin Adilha dan Liyana Manan yang begitu panas suatu ketika dahulu? Sehingga mengadakan 'press conference'.

Namun bukan kisah lama yang kami ingin ketengahkan tetapi baru-baru ini timbul dakwaan dalam forum Cari mendakwa Hanez dan Romie tidak membenarkan Liyana (bekas isteri) berjumpa anak-anaknya... namun atas alasan apa, tidak dapat dipastikan.



28 November 2015

SUARA TAK KELUAR - FARADHIYA MINTA PEMINAT DOAKAN SUPAYA DIRINYA DAPAT BERAKSI DI GV2



Menerusi Instagram Faradhiya, dia telah memuat naik sekeping gambar ubat-ubatan dan memberitahu tentang keadaan dirinya yang sedang sakit.

Farahdhiya meminta peminat Gegar Vaganza 2 (GV2) mendoakan kesihatannya supaya boleh membuat persembahan pada konsert ketujuh minggu ini.



DIPANDANG NEGATIF MASYARAKAT - BALU HARUM SALIM BACHIK LUAH RASA KESAL



"Macam-macam tuduhan orang lemparkan kepada saya apabila saya memberikan kenyataan tentang Achey baru-baru ini sehingga ada yang kata saya cuba meraih simpati dan wang," kata balu kepada Allahyarham Harun Salim Bachik iaitu Surianti Mohd Nor, 35, yang terkilan apabila kenyataannya terhadap pelawak Achey di media baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai pandangan negatif terhadapnya.



BLACK HANIFAH BAKAL TIMANG ANAK KEDUA



Tahniah ucapkan buat Black Hanifah yang bakal menimang cahaya kedua selepas isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira disahkan hamil.

"Double check!!!!? Aamiin... Terima kasih Ya Allah.. Rezeki hari Jumaat!!! Berita baik kita kongsi bersama," demikian kata Black di laman Ignya.



'MEMORI BERKASIH' NYANYIAN NANA & LAN KRISTAL DAPAT PERMINTAAN TINGGI



Gara-gara Lan Kristal dan Siti Nordiana menyanyi lagu 'Memori Berkasih' pada konsert minggu keempat Gegar Vaganza 2 (GV2) telah menjadi viral dan mendapat permintaan tinggi.

Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yosof berkata, ada segelintir pihak tetap mehukan dia membawa lagu tersebut secara solo (tanpa Siti Nordiana) walaupun ketika itu dia memenuhi undangan persembahan bersama anggota Kristal.



"BERNIKAH KALI KEDUA SAYA TIDAK PERNAH RAHSIAKAN" - TEGAS ANDY FLOP POPPY



"Saya percaya umum sendiri sudah nampak saya pernah keluar bersama kedua-dua isteri saya. Itu menunjukkan bahawa hubungan kami baik dan tiada masalah," kata bekas penyanyi utama kumpulan Flop Poppy, Megat Effendy Zakaria atau Andy, 43, mengenai hubungannya dengan isteri-isterinya.



27 November 2015

35 GAMBAR & 12 VIDEO - GELAGAT ANAK HAIZA YANG MENCUIT HATI



Alahai comelnya si kerinting ni.... rasa macam nak cubit-cubit je pipi dia. Siapa lagi kalau bukan Nur Iman Shafi'e anak lelaki Haiza bersama suaminya, Norhanafpe Omar yang kini berusia tiga tahun lebih.



LAGI 36 GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN MARIA FARIDA & DATUK RAHMAN



Lagi gambar-gambar menarik sekitar majlis pernikahan Maria Farida, 45, dan Datuk Rahman yang diadakan di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) sekitar pukul 11.00 pagi semalam.

Untuk makluman, Maria telah menjadi ibu tunggal selama 10 tahun. Maria mempunyai seorang anak lelaki berumur 18 tahun, Mizan Ashley.



"SYUKUR BAPA SAYA DIPENJARA 31 TAHUN" - UMMI NAZEERA



Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64, yang merupakan ahli perniagaan dan juga bapa kepada pelakon Ummi Nazeera dijatuhkan hukuman penjara 31 tahun oleh Hakim Norsharidah Awang setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.



"ANAK ADALAH PENGKRITIK UTAMA BAGI SAYA" - SITI NORDIANA



Semua mengetahui bahawa Siti Nordiana atau Nana merupakan peserta yang sangat konsisten dan sering berada di kedudukan yang teratas di dalam Gegar Vaganza 2 (GV2).

Ketika di awal program, nama Siti Nordiana bukanlah calon pilihan ke peringkat final GV2. Dia boleh dikatakan sebagai peserta 'underdog'.



6 GAMBAR - KAPTEN KAPAL KEKASIH BARU TASHA SHILLA?



Ada yang mendakwa ini adalah gambar kekasih baru Tasha Shilla yang merupakan seorang pekerja kapal bergelar 'captaindawest' di IG.

Jika benar... nampaknya Tasha bertambah ceria disamping jejaka tersebut setelah sekian lama berduka akibat putus cinta dengan jejaka Thailand.



26 November 2015

14 GAMBAR - SELAMAT NIKAH, MARIA FARIDA KINI BERGELAR 'DATIN'



Jika sebelum ini, ada khabar angin yang mengatakan Maria Farida bakal berkahwin dengan rakan karibnya yang berpangkat Datuk, terkini terjawab sudah apabila Maria kini sah bergelar isteri kepada Datuk Rahman tengah hari tadi.



TAHNIAH - FOUZIAH GOUS & ZHAFRAN YUSOF TIMANG ANAK SULUNG



Pelakon dan pengacara Fouziah Gous yang telah selamat bersalin pada jam 11.40 pagi tadi di Hospital Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) Shah Alam.

Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh suami Fouziah iaitu Zhafran Yusof di laman Instagram miliknya.



ISTERI SELAMAT BERSALIN - ARIL AF7 KINI BERGELAR AYAH



Pada 24 November lalu, Aril AF7 atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 30, telah menerima kehadiran 'orang baru' di dalam hidupnya apabila isteri, Puteri Erma Edlinda selamat melahirkan anak sulung di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.



STATUS TIDAK MENGHALANG SHAH REZZA JADI PAK GUARD DALAM 'TUAN ANAS MIKAEL'



"Apa salahnya jadi pak guard? Bagi saya, melakonkan watak yang berlainan dengan diri kita adalah erti pelakon sebenar. Saya tidak kisah dan bersedia diberikan apa sahaja watak," ujar pelakon era 80-an, Datuk Seri Shah Rezza, 54, menganggap watak pengawal keselamatan yang dilakonkannya dalam drama 'Tuan Anas Mikael' tidak merendahkan statusnya sebagai bintang senior dan seorang yang disegani.



NUR AURORA NAMA PUTERI DIANA DANIELLE & FARID KAMIL



"Nur Aurora dianugerahkan kepada kami dalam Subuh yang hening, sekali gus nama ini adalah perlambangan keindahan alam di permulaan hari setiap insan," demikian kata Farid Kamil yang berpakat dengan isterinya, Diana Danielle dengan memberi nama Nur Aurora kepada puteri mereka.



25 November 2015

"SAYA ADA TANYA KHABAR MEREKA" - ACHEY BIDAS KENYATAAN BALU HARUN SALIM BACHIK



Sebelum ini, balu Harun Salim Bachik iaitu Surianti Mohd Nor mengadu kini hidupnya terhimpit dan mendakwa Achey menipu kerana pelawak itu tidak pernah bertanya khabar tentang anaknya serta memberikan 'share' perniagaan bersama arwah kepada beliau.



ISU LUAH RASA TERKILAN TERHADAP GAMBAR 'CURI' - LISA SURIHANI BERI PENJELASAN



Sebelum ini, Lisa Surihani meluahkan rasa terkilan apabila ada peminat mengambil gambar anaknya, Yahaira Leanne secara curi-curi.

Lisa bagaimanapun disini menjelaskan yang dia mempunyai prinsip yang tersendiri iaitu tidak berkongsi gambar anaknya di alam maya. Ia adalah satu prinsip yang harus dihormati.



AWIE BOLEH KAHWIN LAIN - ROZANA AKUI MEREKA SUDAH BERCERAI



"Buat sekian kalinya saya te­gaskan saya bukan lagi isteri dia (Awie), saya hendak jelaskan hal ini dan dia boleh nikah lain," demikian kata Rozana Misbun sambil menunjukkan surat pengesahan perceraian secara fasakh yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand pada 1 Disember 2014.



11 GAMBAR - PESERTA GEGAR VAGANZA 2 BERSAMA ANAK-ANAK



Selain menjadi penyanyi, mereka juga merupakan ibu bapa penyayang kepada anak-anak. Populariti tidak pernah melalaikan mereka kepada tangungjawab terhadap keluarga mereka.

Ayuh kita tengok!

Gambar  2015 - Siti Nordiana bersama anak lelakinya yang bernama Muhammad Rayyan Nakhaie


16 GAMBAR & VIDEO - SEKITAR SAMBUTAN BIRTHDAY NANA ISNIN LALU



Nampaknya... sambutan hari lahir Siti Nordiana atau Nana tahun ini (22 November) bertambah meriah apabila penyanyi itu diraikan oleh peminatnya secara surprise Isnin lalu yang bertempat di Cafe Hayaki Shah Alam.

Antara artis yang hadir pada majlis tersebut ialah Erry Putra, Azza Elite, Zul Yahya & Nubhan.

Namun rasanya hari lahir Nana akan lebih bermakna dan menjadi sejarah sekiranya dia memenangi GV2 itu nanti. Tak gitu?



HAFIZ SUIP BAKAL TUNAI UMRAH DISEMBER INI



Hafiz Suip, 25, yang bakal menamatkan zaman bujangnya pada 14 Mei tahun depan bersama tunangnya Nureffy Jasreel Abdullah, 22, memberitahu bahawa dia akan berangkat ke Mekah 3 Disember ini bagi menunaikan ibadah umrah buat kali pertama bersama ahli keluarga.

Menurut Hafiz, itu merupakan impian yang disimpan selama ini dan ingin menunaikan hasrat tersebut sebelum berkahwin.



24 November 2015

MARIA FARIDA BAKAL KAHWINI DATUK?



Baru-baru ini, ada khabar yang mengatakan Maria Farida kini sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinan beliau bersama seorang lelaki berpangkat Datuk yang bakal berlangsung beberapa hari lagi.



"KAMI TERPAKSA BALIK KAMPUNG" - BALU HARUN SALIM BACHIK



"Saya akui tertekan dan tidak mampu lagi untuk menyara hidup kami anak beranak di Kuala Lumpur, sebab itu saya ambil keputusan untuk balik kampung Isnin depan," kata Surianti Mohd Nor, 35, balu kepada Harun Salim Bachik yang terpaksa mengambil keputusan membawa diri dengan pulang ke kampung halamannya di Kulim, Kedah selepas tidak mampu menanggung sara hidup di ibu kota.



27 GAMBAR - CHEF NIK MICHAEL SELAMAT NIKAH



Bekas peserta MasterChef Malaysia musim pertama dan juga pemilik restoran Picknik yang beroperasi di Publika, Solaris Dutamas iaitu Nik Michael Imran telah selamat disatukan dengan pilihan hatinya, Siti Nadiah Shahril dalam satu majlis nikah yang diadakan malam semalam di kediaman keluarga Nadiah di Mines, Sri Kembangan.



GV2 - ANTARA NANA, EZAD, HAIZA, FARADHIYA & NASEER... SIAPA JUARA?



Meskipun tiada siapa tahu berapa minggukah tambahan untuk Gegar Vaganza 2 terbitan Astro menuju final, namun ramai peminat yang sudah mula memilih juara mereka sendiri yang dirasakan layak menjuarai rancangan tersebut.

Antara yang menjadi pilihan kuat ialah Siti Nordiana, Naseer Wahab, Ezad Lazim, Haiza dan Faradhiya. Malah jika dilihat melalui komen-komen di laman sosial, penyanyi yang cukup banyak menerima sokongan ialah Siti Nordiana dan diikuti oleh Ezad Lazim.



GAMBAR TERKINI - 'BABY BUMP' PERTAMA SITI NURHALIZA



Gambar terkini penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza, isteri kepada Datuk K yang memperlihatkan 'baby bump'.

Desas desus yang mengatakan bahawa Siti sedang hamil anak sulung terbukti berikutan sekeping gambar yang mula tersebar menunjukkan Siti dengan bentuk badan yang semakin berisi dan perut yang membuncit menguatkan lagi teka-teki peminat meskipun penyanyi itu masih belum membuat pengesahan mengenainya.



TAKZIAH - KOMPOSER SYED HARON KE KEMBALI RAHMATULLAH



Pencipta lagu 'Warisan' nyanyian asal Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Syed Haron Syed Ahmad, 65, telah menghebuskan nafas terakhir di rumahnya di Desa Subang Permai akibat serangan jantung sekitar jam 1.45 pagi semalam.



DIANA DANIELLE SELAMAT BERSALIN ANAK KEDUA



Pada 19 November lalu, isteri kepada Farid Kamil iaitu Diana Danielle telah selamat melahirkan anak kedua mereka menerusi teknik bersalin dalam air.

Menurut Farid, isteri serta anaknya berada dalam keadaan sihat.



23 November 2015

SEDIA TAMBAH ANAK - SCHA ALYAHYA IDAM ANAK KEMBAR



Umum mengetahui usia anak kepada Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu, Lara Alana sudah pun berusia 1 tahun empat bulan.

Sememangnya, setelah memiliki seorang anak, ramai pula bertanyakan soal anak kedua kepada pasangan ini.



"BUKAN TAK BOLEH AMBIL GAMBAR CUMA JANGAN KETERLALUAN" - ALTIMET



"Bukan tidak boleh ambil gambar saya secara sembunyi-sembunyi tetapi dia melakukannya secara keterlaluan sehingga membuatkan saya naik marah," demikian kata penyanyi rap Altimet yang berasa kurang senang dengan tindakan individu tersebut yang mengambil gambarnya secara sembunyi ketika dia sedang makan.



PENDAKWA GAGAL TIMBULKAN PRIMA FACIE - BENJY DIBEBAS KES SYABU



Dilepas dan dibebaskan!

Begitulah keputusan Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor terhadap pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 38, dan rakan wanitanya, Julia Ernie Jamaludin, 26, hari ini dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret Ampang Kuala Lumpur atas tuduhan memiliki syabu, Mac lalu.



ALYAH SEDIA TIMANG ANAK TAHUN DEPAN



Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat Alyah berbadan dua kan....!

Iyelah... ini kerana Alyah dan Datuk Ramli MS sudah dua tahun mendirikan rumah, namun sehingga kini masih belum mempunyai cahaya mata.



8 GAMBAR - RAGAM MENARIK ANAK-ANAK ANGKASAWAN MALAYSIA



"Bella & Tasha enjoys wrestling each other which makes me laugh," kata Angkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar mengenai ragam anak-anaknya yang comel.

Waahhh... nampaknya beruntung Bella dan Tasha mempunyai bapa yang selalu mengambil berat perihal mereka. Malah Dr Sheikh Muszaphar turut memperkemaskan mereka dengan pelbagai ilmu bagi menjadikan mereka angkasawan satu hari nanti.

Jom tengok!



AKUI KESILAPAN - SYAZWAN ZULKIFLY JANJI UNTUK BERUBAH



"Saya mengakui silap saya dan berjanji untuk berubah. Setiap masalah boleh diselesaikan dengan baik, mungkin lepas ini saya perlu mengawal emosi. Tetapi itu bukan bermakna saya seorang yang panas baran," kata Syazwan yang tidak berselindung apabila dikaitkan dengan kes pukul hos program rancangan televisyen, Shenty Feliziana yang juga kekasihnya.



22 November 2015

71 GAMBAR - SUASANA MAJLIS BERKHATAN & BERTINDIK ANAKANDA DIVA IFA RAZIAH



Majlis berkhatan Muhammad Shakir Aqili serta majlis bertintik Sharifah Putri Umairah anak kepada Ifa Raziah telah diadakan hari ini di N'Dah Catering.



MUAT NAIK GAMBAR PEMINAT YANG TANGKAP GAMBARNYA - ALTIMET DIKRITIK



Jika sebelum ini Lisa Surihani meluahkan rasa terkilan mengenai gambar anaknya dirakam tanpa kebenaran, terkini Altimet yang popular dengan 'Bila Aku Kaya' dan 'Malaysian Boy' pula berasa bengang kerana gambarnya diambil peminat ketika dia sedang menikmati soto di Shah Alam tanpa meminta izin darinya terlebih dahulu.