31 December 2015

21 GAMBAR - SELAMAT NIKAH, MARSHA MILAN KINI MILIK SHAIFUL



Alhamdulillah! Dengan sekali lafaz... Marsha Milan Londoh kini sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail.

Majlis pernikahan tersebut telah berlangsung di kediaman pengantin lelaki di Green Lane, Pulau Pinang.



9 GAMBAR - NEWBORN PHOTOSHOOT ANAS MUSLIM, ANAK ASHRAF MUSLIM & NOOR DAYANA



Aksi 'newborn photoshoot' Anas Muslim, anak Ashraf Muslim dan Noor Dayana Lokman yang lahir pada 10 Disember lalu.

Seperti biasa, team 'The Photolicious' telah terpilih untuk menjadi 'official photographer' bagi photoshoot tersebut.

Enjoyzzz...



NADIA AF6 JALANI PEMBEDAHAN BUANG KETUMBUHAN DI MATA



Menerusi Instagram penyanyi dan penyampai radio Era, Nadia Haswani baru-baru ini telah menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di matanya.

Beberapa gambar yang dimuatnaik Nadia menunjukan bahagian kelopak matanya yang membengkak.



ISTERI SAH HAMIL - NUBHAN TERUJA BAKAL BERGELAR BAPA



Tahniah kami ucapkan buat Nubhan, 29, yang bakal bergelar bapa apabila isterinya, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 26, disahkan hamil anak sulung mereka.

Berita gembira ini disampaikan oleh Nubhan dengan memuatnaik gambar dia mendukung isteri sambil menciumnya.



8 GAMBAR - SEKITAR MALAM BERINAI MARSHA MILAN LONDOH



"Simple yet fun! Big thank you to all who organized me & sya's malam berinai!" demikian kata Marsha Milan Londoh sempena malam berinainya malam tadi di Pulau Pinang.

Artikel terdahulu:
Marsha akan berkahwin dengan Mohamed Shaiful Nizam yang merupakan seorang ahli perniagaan hari ini secara tertutup setelah mengakui yang dia sudah memeluk Islam kelmarin.



2 GAMBAR - WAJAH BABY GIRL HANEZ SURAYA



Semua maklum yang pelakon Hanez Suraya sudah selamat melahirkan baby perempuan semalam.

Dan buat kali pertamanya, dia berkongsi gambar cahaya mata sulungnya itu dengan peminat.



30 December 2015

"SAYA SUDAH PELUK ISLAM, KAHWIN ESOK" - MARSHA MILAN LONDOH



Setelah beberapa bulan berahsia, akhirnya Marsha Milan Londoh mengakui yang dia sudah memeluk agama islam dan bakal berkahwin. Semuanya gara-gara gambar pertunangan dan gambar kad kahwinnya yang telah tersebar.

"Ya saya sudah memeluk agama Islam. Segalanya berjalan lancar seperti apa yang dirancang. Apa yang saya harapkan penghijrahan saya ini tidak disensasikan kerana ia terlalu peribadi buat saya” 




TAHNIAH - HANEZ SURAYA SELAMAT LAHIRKAN 'BABY GIRL'



Tahniah diucapkan buat Pelakon, Hanez Suraya, 30, kerana selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.5 kilogram, jam 9.48 malam tadi di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

"Bersyukur padaMu Ya Allah di atas anugerah yang tidak ternilai pada ku dan suamiku.. Terima Kasih keluarga ku semua dan sahabat-sahabat yang tidak putus mendoakan untuk saya dan baby.. Syukur Alhamdulillah," kata Hanez melalui IG.



29 December 2015

ISTERI SELAMAT BERSALIN ANAK KEDUA - BEEGO DIKURNIA 'BABY GIRL'



Tahniah kami ucapkan buat pasangan Beego dan Linda Hashim yang telah menimang cahaya mata kedua mereka yang lahir pada jam 7.15 pagi tadi di Pusat Perubatan, KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur.

Bayi perempuan kedua pasangan dilahirkan secara normal dengan berat 2.58 kilogram.



DIDAKWA DIFITNAH - ISTERI EZANY NIZARIFF DEDAH CERITA SEBENAR



Lizda Nuryanti Abidin, 33, isteri kepada Ezany Nizariff mendakwa cerita yang mengatakan yang kononnya dia lari dari rumah kerana mengikut lelaki lain dan tergamak meninggalkan anak-anak adalah bohong semata-mata.

Ini kerana menurut Lizda yang lebih setahun menanggung malu diaibkan suami sendiri, sejak tiga tahun lalu mereka sudah berpisah bilik selepas Ezany sendiri didakwanya berlaku curang serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.



9 GAMBAR - MASIH SAMBUT NATAL, MARION CAUNTER BERI PENJELASAN



Gara-gara sering dikutuk di laman sosial kerana setiap tahun menyambut perayaan Hari Natal, akhirnya dua hari lalu Marion Caunter membuka mulut mengatakan dia sebelum ini pernah membesar selama 29 tahun sebagai penganut katolik. Memeluk Islam bukan bermakna dia harus berhenti menyambut perayaan itu bersama keluarganya kerana dia mahu anak-anak turut merasa kemeriahannya.

"Ia tidak menjadikan kita kurang Islam. Saya amat berterima kasih pada suami kerana memberi semangat dan sokongan dalam hal ini. Sebab itulah kami juga turut menyambut CNY (Chinese New Year), sebab saya sebenarnya separuh Cina.



ISU NIKAH DI THAILAND - ADIRA & DATIN RED MOHON HENTIKAN TANGGAPAN BURUK PADA SUAMI



"Saya sedar sebagai isteri kedua, perlu banyak pengorbanan. Malah, suami boleh meluangkan lebih banyak masa bersama isteri pertama disebabkan mereka mempunyai anak-anak yang masih kecil serta perlu diberi perhatian," ujar Adira membuka mulut buat sesekian kalinya mengenai isu perkahwinannya dengan Datuk Seri Adnan Abu, 37.

Menurut Adira atau nama sebenarnya Adira Suhaimi, 25, dia mahu semua pihak menghentikan spekulasi dan tanggapan negatif terhadap dia dan suaminya biarpun dirinya berkongsi suami dan melangsungkan pernikahan di Songkhla, Thailand, tiga minggu lalu.



28 December 2015

BILA NEELOFA JUMPA JULIANNE MOORE, MARIAH CAREY SECARA DEPAN



"Was very lucky to be seated next to Julianne Moore's table :) Ding!," demikian kata Noor Neelofa apabila dia terserempak dengan pelakon kelas A Hollywood, Julianne Moore ketika sedang menikmati makan malam di sebuah restoran Itali di New York, Amerika Syarikat.



26 GAMBAR - AKSI AYU RAUDHAH & KELUARGA BERCUTI DI ITALI



Jika Rozita Che Wan bercuti di London bersama keluarganya, tidak ketinggalan juga adiknya, Ayu Raudhah pun turut bercuti bersama keluarganya di Itali.

Jom kita tengok aksi Ayu dan keluarganya bercuti di sana!



33 GAMBAR - PERCUTIAN TERKINI CHE TA & KELUARGA DI LONDON



Sekali lagi Rozita Che Wan telah memilih London sebagai dentinasi percutian mereka sekeluarga.

Jom lihat!



3 VIDEO - PERSEMBAHAN MENARIK NANA & LAN DI JITRA KEDAH



Jom tonton persembahan Siti Nordiana dan Lan Kristal di DarulAman Park, Jitra, Kedah kelmarin.

Nampaknya, Nana makin tak menang tangan sekarang. Malah Lan Kristal turut mendapat 'durian runtuh' gara-gara berduet dengan Nana dalam Gegar Vaganza 2.





VIDEONYA SELEPAS INI:


6 GAMBAR - 'BABY BUMP' HANIS ZALIKHA MAKIN TERSERLAH



Aksi terkini Hairul Azreen bersama isterinya Hanis Zalikha yang makin nampak seri ibu mengandung. Malah 'baby bumpnya' juga makin jelas kelihatan apabila kandungannya itu sudah masuk bulan keempat.

"Ramai yang nak gambar saya bersama isteri masa buat umrah, jadi di kesempatan hari ni saya upload gambar di tiga masjid ini bersama Isteri tercinta dan baby dalam kandungan. Doakan baby kami sihat, amin," demikian kata Hairul dipetik melalui IGnya.



27 December 2015

TAKZIAH - AZIZ DESA KEMBALI KERAHMATULLAH



Takziah diucapkan buat keluarga bekas pengacara TV3 dan juga bekas wartawan Berita Harian (BH) iaitu Aziz Desa, 50. Allahyarham telah meninggal dunia kira-kira jam 10.50 pagi tadi akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.

Selain menjadi wartawan, Allahyarham juga merupakan pengacara yang mempopularkan rancangan 'Jejak Kasih' di mana ia menemukan ramai keluarga yang lama terpisah.



44 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS RESEPSI KALI KE-2 NABILA HUDA & BERT



Majlis resepsi kali kedua Nabila Huda, 31, dan pasangannya, Mohd Izwan Johar (Bert), 32, telah diadakan malam semalam.

Jom Lihat!



PERSENDAKAN INSIDEN MH370 MENERUSI BABAK DILWALE - JANNA NICK DIKRITIK



Niat pelakon baru, Janna Nick yang ingin bergurau telah mendapat kritikan hebat di twitter apabila jenakanya mengenai nahas MH370 yang melibatkan 239 nyawa tidak menjadi. Ini kerana jenaka Janna adalah sesuatu yang sangat tidak kena pada tempat dan situasinya.

Jenaka yang dimuat naik oleh Janna di twitter itu telah pun dipadam olehnya selain turut memohon maaf terhadap kesilapannya itu.



26 December 2015

25 GAMBAR - SUASANA MAJLIS RESEPSI NABILA HUDA & BERT



Hari ini telah berlangsungnya majlis resepsi sebelah pihak lelaki bagi pasangan Nabila Huda, 31, dan Mohd Izwan Johar (Bert), 32.

Majlis yang diadakan di Sham Alam, Selangor itu telah dihadiri oleh ahli keluarga, saudara terdekat dan teman rapat pasangan ini.

Enjoyzzz...



BILA ASYRAF KHALID (ANAK TIRI SITI NURHALIZA) BERGELAR PELAKON



Menerusi Instagram Tya Arifin, dia memuatnaik gambar suaminya, Asyraf Khalid anak tiri kepada Datuk Siti Nurhaliza sedang berlakon sebuah drama berjudul 'Penjara Hati' untuk siaran Astro Ria.

Waahhh... nampaknya Asyraf kini sudah bergelar pelakon, meskipun hanya sebagai pelakon tambahan.



9 GAMBAR - MAJLIS RESEPSI ZAIM HELMI & NUR DAMIA



Majlis resepsi sebelah perempuan bagi pasangan Zaim Helmi Zaini, 29, dan Nur Damia Mohamed Nasir, 28, telah pun diadakan semalam di De Palma Hotel, Ampang.

Di majlis tersebut, Zaim dan Damia yang kelihatan segak dan anggun ini telah diraikan oleh keluarga, saudara mara dan sahabat handai.

Jom kita saksikan!



25 December 2015

5 GAMBAR - PESANAN AERIL BUAT KELUARGA DI HARI AQIQAH HAYLA



Sempena majlis aqiqah Hayla, anak Aeril Zafrel dan Wawa Zainal semalam, Aeril telah menulis satu pesanan buat keluarganya di laman IGnya:

Jika ini sebuah amanah, maka ianya buatmu isteri - 'petenteram batin'... Andai ini bisa dianggap wasiat, ianya teruntuk buat putera puteri ayah - 'si pelumpuh jiwa'... Ingat kalian selalu pesanan ini.





23 GAMBAR - ZAIM HELMI (HOS MHI) SELAMAT BERGELAR SUAMI NUR DAMIA



Sekitar majlis pernikahan pengacara MHI, Zaim Helmi Zaini, 29, dan pasangannya, Nur Damia Mohamed Nasir, 28, yang berlangsung hari ini di De Palma Hotel, Ampang.

Pasangan ini bernikah kira-kira pukul 10.53 pagi tadi dan dinikahkan oleh bapa Damia, Mohammed Nasir Mohamed.



UPDATE: 7 GAMBAR & VIDEO - SAAT BAHAGIA NABILA HUDA



Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Nabila Huda dan Mohd Izwan Johar kini sah menjadi suami isteri.

Majlis yang dihadiri keluarga dan tetamu yang terdekat ini telah dijalankan di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor.



NABILA HUDA SELAMAT NIKAH KALI KEDUA



Tahniah diucapkan buat Nabila Huda, 31, yang telah selamat diijabkabul dengan pasangannya, pengurus restoran Kulcats, Mohd Izwan Johar, 32, pada jam 9.20 pagi tadi di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pasangan ini selamat dinikahkan oleh bapa Nabila sendiri iaitu Suhaimi Abdul Rahman (Amy Search) dengan sekali lafaz.



21 GAMBAR - SEKITAR PERCUTIAN DIANA RAFAR & KELUARGA



Baru-baru ini, Diana Rafar dan ahli keluarganya telah bercuti di Morib Gold Coast, Banting, Selangor.

Amboii kemain enjoy lagi diorang kat sana.

Layanzzz...!!



24 December 2015

TAHNIAH - ELLY MAZLEIN HAMIL SEMULA



Jika sebelum ini Elly Mazlein, 35, mengalami keguguran anak pertama setelah berusia lapan minggu, namun kali ini, kesedihannya terubat kembali. Ini kerana, Allah SWT telah memperkenankan doanya untuk kembali hamil.

Menurut Elly, usia kandungannya sudah pun berusia enam bulan malah dalam masa yang sama mengakui mengambil iktibar daripada kejadian sebelum ini.



UPDATE: AKHIRNYA SYUK SYJ MENGAKU DAH SELAMAT KAHWIN



Nampaknya, beberapa hari lalu hanya myartis.com sahaja yang mengetengahkan berita kahwin Syuk SYJ atau nama sebenarnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar, 29.

Terkini, pelawak tersebut akhirnya mengakui kahwin secara rahsia dan tertutup dengan gadis pilihannya Sera, 23, di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.



WALAUPUN SADO, SABHI SADDI RAJIN JAGA ANAK, HORMAT ISTERI



"Saya memang tak selesa bila berlakon dengan pelakon wanita apabila melibatkan adegan bersentuhan. Entah kenapa, muka saya akan jadi kemerahan menahan malu," ujar Sabhi Saddi bercerita tentang sifatnya yang masih malu-malu kucing.

"Bukan takut isteri, tetapi itulah hakikat yang sering saya alami ketika berhadapan dengan pelakon wanita," ujarnya ketika ditemui myartis.com di Kelana Jaya baru-baru ini.



20 GAMBAR - 'HENNA NIGHT' NABILA HUDA BERTEMA 'ALOHA TEAM'



Sekitar 'Henna Night' Nabila Huda malam semalam yang bertemakan 'Aloha Team' sebelum berinai.

Untuk info, Nabila akan melangsungkan pernikahannya esok dengan pengurus restoran Kulcats, Izwan Johar.



BELUM PUNYA ANAK - ELLA PASRAH, SEDIA AMBIL ANAK ANGKAT



"Saya percaya dengan rezeki. Jika Allah mengurniakan kami zuriat, kami terima dengan rasa syukur. Bagaimanapun jika sebaliknya berlaku, kami tetap menganggapnya sebagai satu pemberian daripada-Nya. Pasti ada rahmat di sebalik semua itu," ujar Ratu Rock Negara, Ella.

Dia mengakui rasa teruja dan seronok melihat ramai rakan seperjuangannya sudah mempunyai anak sendiri dan ada juga yang mengambil anak angkat.



23 December 2015

18 JANUARI DEPAN - TARIKH FAIL HUJAHAN BERTULIS AWIE & ROZANA



Semalam Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur telah menetapkan 18 Januari depan sebagai tarikh memfailkan hujahan bertulis bagi penyanyi Awie, 47, dan Rozana Misbun, 36, berhubung bantahan tuntutan nafkah sementara (interim) dua anak mereka.

Tarikh itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah ketika kes itu disebut dalam kamarnya.



GARA-GARA SAMBUT KRISMAS - STACY DIKRITIK PEMINAT



Baru-baru ini, melalui satu video keraian Krismas yang dimuatnaik Stacy di laman Instagramnya telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan peminat.

Menerusi video tersebut, ia memperlihatkan kumpulan koir itu menyanyi lagu 'carol' sambil memegang sebatang lilin dalam keadaan bergelap.



ISTERI MASIH SETIA DI SISI - YAZID SEARCH RASA TERHARU



Pemain dram kumpulan Search, Yazid Ahmad, 52, berasa risau jika isterinya, Ramlah Mat sudah bosan menjaganya apatah lagi dia sudah tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Bagaimanapun, Yazid berasa terharu apabila isteri masih setia di sisinya meskipun terpaksa menjaganya sejak disahkan menghidap kegagalan buah pinggang.



22 GAMBAR - SEKITAR MALAM GALA TAYANGAN FILEM 'LANGIT CINTA'



Nampaknya sejak kebelakangan ini, filem-filem terbitan Astro Shaw boleh dikatakan amat berjaya dari segi kutipan box office hingga mampu menenggelamkan beberapa penerbit filem lain.

Contohnya, filem Polis Evo baru-baru ini telah berjaya mencatat sejarah apabila mengutip lebih RM17.30 juta, 'The Journey’ pula pernah meraih RM17.28 juta, manakala sebelum itu filem Ombak Rindu mengutip RM15 juta.

Bagi meneruskan kesimbungan kejayaan Astro Shaw itu, terkini Osman Ali kembali dengan sebuah lagi filem terbaharu berjudul 'Langit Cinta' yang membariskan pelakon hebat seperti Nur Fazura, Keith Foo, Siti Saleha, Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy), Farid Kamil, Zaidi Omar, Dian P Ramlee dan Normah Damanhuri.



22 December 2015

NIKAH DI THAILAND - GAMBAR BAHAGIA ADIRA, MADU & DATUK SERI ADNAN ABU



Meskipun hanya berkenalan selama tiga minggu dan kemudian berkahwin, namun Adira tanpa berselindung mengaku bernikah dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand. Kenapa Thailand? Dakwanya ia dilakukan kerana masalah dokumentasi.

"Kami mengambil keputusan bernikah selepas hanya tiga ming­gu berkenalan. Jadi, agak sukar bagi pihak saya dan suami untuk menyediakan pelbagai dokumen yang diperlukan di Malaysia, apatah lagi perkahwinan kami membabitkan poligami.



5 GAMBAR - WAJAH COMEL ANAK ASHRAF MUSLIM & NOOR DAYANA



Menerusi laman Instagram Ashraf Muslim, dia telah memberitahu nama penuh anak ketiganya yang lahir pada 10 Disember lalu.

Untuk makluman, anak lelaki ini merupakan anak sulung buat Noor Dayana Lokman, 28, setelah empat tahun menanti penuh sabar.



7 GAMBAR - MAJLIS HARI LAHIR DATO' AC MIZAL MERIAH



"Happy bday my love , I luv u so much," demikian ucapan Datin Emylia buat suaminya, Dato' AC Mizal yang menyambut hari lahirnya yang ke-44 semalam.

Enjoyzzz...!!



DIHINA PENYANYI KAMPUNG - PENGUTUK SITI NORDIANA TERPAKSA 'TELAN AIR LIUR'



Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!

Demikian peribahasa yang tepat buat penghina Siti Nordiana yang pernah menganggap penyanyi itu sebagai 'penyanyi kampung'. Malah beberapa pereka fesyen popular juga seolah malu besar apabila penyanyi kampung itu kini menjadi rebutan ramai gara-gara menjadi juara Gegar Vaganza 2.



5 GAMBAR - BILA SYUK SYJ KAHWIN SECARA RAHSIA DI SABAH



UPDATE:

Ramai yang mengesahkan bahawa Syuk dari kumpulan SYJ telah melangsungkan perkahwinannya pada 20 Disember 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.

Menurut beberapa rakan FB, Syuk bernikah dengan wanita Sabah dan keluarga mereka membuat majlis itu secara sederhana dan terutup. Difahamkan, persandingan telah dilangsungkan sejurus akad nikah selesai. 



21 December 2015

NABILA HUDA AKHIRI ZAMAN JANDA JUMAAT INI



Tahniah kami ucapkan kepada Nabila Huda, 31, kerana bakal menamatkan zaman jandanya dengan kekasih hati yang merupakan pengurus kepada restoren Kulcats Jumaat ini (25 Disember).

Perkara ini disahkan sendiri oleh bapa Nabila sendiri iaitu Amy Search.



INFO & GAMBAR - SEKITAR GRAND FINAL 'K'STORM'



Pada 19 Disember lalu, telah diadakan satu pertandingan mengikut tarian Kpop di Mega Star Arena, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Magnum dan Mega Ultimate.

Tujuan utama pertandingan tersebut adalah bagi mencari anak-anak muda yang berbakat besar dalam tarian terutama Kpop untuk diketengahkan keperingkat antarabangsa.



BERMADU - ADIRA AKHIRNYA AKUI KAHWINI DATUK SERI ADNAN ABU



Berita yang tersebar bahawa Adira sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua ternyata benar apabila Adira sendiri mengesahkan perkara itu.

Artikel terdahulu:
Adira membuat pengakuan bahawa dirinya memang sudah berkahwin dan merupakan isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu.

Jelasnya, selaku isteri kedua, banyak hati yang perlu dijaga olehnya sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada umum.



FATHIA LATIFF & AIMAN HAKIM SAH PUTUS CINTA



Sudah tiada jodoh!

Demikianlah halnya dengan percintaan antara Fathia Latiff, 28, dan Aiman Hakim, 26, yang telah menemui titik noktah.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Fathia dengan mengatakan yang dia dan Aiman bukan lagi pasangan kekasih sejak 2 minggu yang lalu.



INFO - DIDI & FRIENDS CECAH 50 JUTA VIEWS DI YOUTUBE



Siapa sangka cerita animasi tempatan iaitu Didi & Friends yang mengetengahkan lagu kanak-kanak khas untuk yang berusia 2 hingga 5 tahun kini makin diminati.

Malah video promosi awal yang dimuatnaik di Youtube kini sudah mencecah 50 juta tontonan.



"JANGAN BANDINGKAN ANAK SAYA DENGAN ANAK CHE TA" - SCHA AL YAHYA



"Sudah tentulah, tiada persaingan di antara mereka. Kenapalah perkara ini harus terjadi? Kasihan. Mereka bayi lagi dan masih kecil," kata Scha Al Yahya yang beranggapan peminat terlalu fanatik dengan anak-anak selebriti sehingga menimbulkan perkara tidak sepatutnya.

Terkena tempias dengan situasi itu, Scha mengakui terkilan apabila anaknya, Lara Alana dikatakan bersaing dengan puteri kesayangan pelakon cantik, Rozita Che Wan (Che Ta), Aaisyah Dhia Rana.



66 GAMBAR - KEMERIAHAN MAJLIS PERSANDINGAN HAZLIN HUSSAIN & MIOR



Gambar-gambar sekitar majlis persandingan pengacara rancangan 999, Hazlin Hussain dan pembaca berita Buletin Utama TV3, Mior Abdul Malek Raiyani yang berlangsung di Seri Iskandar, Perak semalam.

Sememangnya, persandingan ini ditunggu-tunggu oleh ramai peminat setia Hazlin dan Mior yang mendoakan kebahagiaan mereka berdua.