31 July 2016

KAKAK DICEDERAKAN PEROMPAK - ADIRA LUAH RASA KESAL



"Emma sudah stabil namun masih trauma dengan insiden yang menimpanya hingga menyebabkan dia menerima enam jahitan di kepala dan telinganya juga hampir putus. Wajahnya juga bengkak akibat dibelasah bertubi-tubi," demikian kata Adira Suhaimi, 25, yang kesal dengan tindakan individu yang memecah masuk rumah hingga mengakibatkan kecederaan parah kepada kakaknya, Emma Suhaimi.

Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi memaklumkan dirinya bergegas pulang ke kampung halamannya di Sabah apabila diberitahu mengenai insiden yang menimpa kakaknya itu.

"Saya seperti merangkak ke lapangan terbang kerana terlalu terkejut apabila dimaklumkan kakak berada di hospital. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu.



AZRINAZ & WAK DOYOK SAH SUDAH BERTUNANG



Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, 37, dan Wak Doyok tidak pernah mengesahkan berada dalam alam percintaan meskipun sering memuatnaik gambar kemesraan berdua di laman sosial selain gambar bersama dengan rakan-rakan artis mereka. Tup-tup terkini, mereka telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 Julai lalu.

Menurut sumber kepada Mingguan Malaysia, majlis pertunangan pasa­ngan yang bermula sebagai sahabat baik sejak tahun lalu itu berlangsung di kediaman Azrinaz yang terletak di sebuah kawasan perumahan elit di Desa Hartamas.



33 GAMBAR - SELAMAT NIKAH, IKA NABELLA KINI ISTERI MUHAMMAD ZAID



Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi. Ika Nabella, 27, yang telah selamat bergelar isteri kepada Muhammad Zaid Aznam, 29, dengan sekali lafaz pada jam 2.25 petang semalam.

Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Ridwaniah, Sungai Batu Bayan Lepas, Ahmad Fuad Abd Hamid dalam satu majlis nikah yang diadakan di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang.



30 July 2016

ABAM BOCEY DEDAH DIGANGGU LELAKI GILA SEKS



"Saya sangat terkejut sebaik saja menerima gambar bogel lelaki terbabit di Facebook. Lebih menggelikan apabila dia cuba menggoda saya dan memanggil saya seksi. Tidak tahulah bahagian mana pada saya yang seksi?" demikian kata pelawak dan pelakon, Abam Bocey yang mendedahkan bahawa dirinya diganggu lelaki gila seks menerusi laman sosial, baru-baru ini.

Tidak mahu pisang berbuah kali, pemilik nama penuh Syed Muhd Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan berkata, beliau kini mengambil langkah berhati-hati sebelum menerima mana-mana pihak untuk berkawan dengannya di laman sosial.



DIUSIA MUDA - AKIM AHMAD TERINGIN MENIMANG ANAK



Akim Ahmad, 25, yang baru sahaja enam bulan mendirikan rumahtangga bersama Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, sudah bersedia untuk menimang cahaya mata andai dikurniakan awal. Walau bagaimanapun, dek kerana jadual yang agak padat mereka tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi kerana khuatir tertekan.

"Bagi saya di usia muda ini sangat cantik untuk menimang cahaya mata. Namun kita kena akur dengan ketentuan takdir Allah, rezeki dia yang berikan. Jadi, saya dan Stacy tidak mahu terlalu berharap, tambah pula jadual kami padat," ujar Akim dipetik sebagai berkata.



"SAYA TETAP AKAN KEKALKAN 'HUBUNGAN' DENGAN DATO RED" - RUHAINIES



Meskipun banyak gosip yang menghimpit dirinya termasuk baru-baru ini mengenai video mesra bersama Dato Seri Adnan Abu (Dato Red) sehingga ada yang mengelar dirinya 'perosak' rumah tangga dan juga 'playgirl', Ruhainies memberitahu bahawa dia tetap akan mengekalkan hubungan baik bersama Dato Red dan bersikap profesional dalam setiap urusan kerja bersama usahawan tersebut.

Kerana baginya, video mesra bersama Dato Red tidak akan sesekali memutuskan hubungan yang terjalin diantara mereka.



41 GAMBAR - SEKITAR 'MEHNDI NIGHT' IKA NABELLA



Bakal melangsungkan pernikahan hari ini (30 Julai 2016), Ika Nabella semalam telah mengadakan 'Mehndi Night' bertemakan 'Bollywood'.

Majlis yang berlangsung dengan sederhana tetapi meriah itu dihadiri oleh ahli keluarga serta teman rapat.

Ika bakal disatukan dengan pilihan hatinya, Muhammad Zaid, 29, di negeri kelahiran iaitu di Pulau Pinang

Gambar-gambar sekitar majlis ini telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu Silentz Studio.



29 July 2016

4 BULAN TAK TINGGAL SEBUMBUNG - ZILA AF4 DITUDUH NUSYUZ OLEH ALONG CHAM



"Benar, kami sudah tidak sebumbung. Pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu," demikian kata bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-4, Zila Seeron, 28, yang sudah empat bulan tidak tinggal bersama suaminya, Along Raja Lawak dan kini beliau berdepan dengan proses mahkamah yang difailkan suaminya membabitkan kes nusyuz.

Kata Zila, suaminya itu turut mengambil anak mereka, Ahmad Danial yang berusia 5 tahun bersamanya dan selepas itu tidak membenarkannya berjumpa dengan anak lelakinya itu.



20 GAMBAR - RAGAM LARA ALANA BERCUTI DI JEPUN



"Back in our favourite cityyyy," demikian kata Scha Al Yahya yang sekali lagi menjejakkan kaki di negara matahari terbit iaitu Jepun bersama suami, Awal Ashaari serta anaknya, Lara Alana.

Gambar-gambar sekitar percutian ini telah dikongsikan oleh mereka di laman Instagram masing-masing.

jom lihat!



52 GAMBAR - SUASANA MAJLIS AQIQAH ADAM & ANAS, ANAK ASHRAF MUSLIM



Baru-baru ini, Ashraf Muslim telah mengadakan majlis aqiqah buat dua anak lelakinya, Adam Ashraf iaitu anak isteri kedua, Wan Sakinah dan juga Anas Ashraf, anak isteri pertama, Noor Dayana.

Majlis yang berlangsung dengan sederhana di Zam Zam Cafe & Satay Club itu dihadiri ahli keluarga dan teman rapat pasangan ini.

"Alhamdulillah, dengan izinNya, Majlis Akikah untuk dua orang anak lelaki saya Adam Ashraf dan Anas Ashraf berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.



ISTERI KEDUA ADI PUTRA DITAHAN SELUDUP WARGA ASING?



"Saya tidak begitu pasti (butiran siasatan) tetapi biarkan pihak berkuasa menjalankan dulu kerja mereka. Apapun, saya akan maklumkan kemudian," kata Adi Putra atau nama sebenarnya Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 35, ketika dihubungi media melalui Whatsapp.

Ia berikutan laporan Beita Harian yang melaporkan bahawa isteri keduanya, Nor Shahida Zolkifly, antara penjawat awam yang ditahan untuk siasatan polis berhubung siasatan sindiket penyeludupan warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).



28 July 2016

INGIN ELAK INSIDEN SAMA BERLAKU - RUHAINIES PASANG 'BODYGUARD'



Setiap kali menghadiri urusan berkaitan kerjaya seni, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas mengambil tindakan terbaik dengan ditemani 'pengawal peribadi' iaitu ibunya sendiri bagi mengelakkan kontroversi berulang berikutan tersebarnya video mesra beliau bersama suami penyanyi, Adira, Dato Seri Adnan Abu (Dato Red) yang hangat diperkatakan minggu lalu.

"Saya bertuah kerana ibu yang mahu menemani saya dan menjadi teman paling rapat. Ibu juga banyak memberikan sokongan dan nasihat kepada saya. Seperti insiden yang berlaku baru-baru ini, ibu banyak nasihatkan saya supaya bertenang berdepan dengan dugaan," ujarnya dipetik sebagai berkata.



TERUJA BERGELAR IBU BAPA - YANA SAMSUDIN & SUAMI BELUM ADA NAMA UNTUK ANAK



Isteri kepada Fadzil Zahari, Yana Samsudin nyata teruja dengan kehadiran putera sulung yang dilahirkan secara pembedahan pada 21 Julai lalu dengan berat 3.37 kilogram pada pukul 7.01 pagi di Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC), Subang Jaya, Selangor.

"Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur kerana proses kelahiran berjalan dengan lancar. Kami masing-masing teruja dan seakan tidak percaya kerana telah bergelar ayah dan ibu sehingga menitik air mata kerana terlalu gembira dengan anugerah Allah ini.



REDA TERUS DIUJI - NORMALA OMAR TAK SANGKA DIRINYA & SUAMI SAKIT SAMA-SAMA



Pelakon veteran, Datin Normala Omar, 58, reda dengan ketentuan Allah terhadap keadaan kesihatan dirinya dan suami, Datuk Zulkifli Zain, 70, yang semakin merosot ketika ini.

Pada Ramadan lalu, kemalangan menimpa Normala apabila beliau patah kaki kiri kerana terjauh dari katil sehingga menyebabkan dia tidak boleh bergerak untuk menjaga suami yang diserang penyakit angin ahmar yang membuatkannya lumpuh separuh badan.

Pada 18 April lalu, suaminya yang juga menderita penyakit paru-paru berair itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) apabila terbabit sekali lagi mendapat serangan jantung.



16 GAMBAR - SUASANA 'BACHELORETTE PARTY' IKA NABELLA



"Thank you soooo much girls for the pleasant surprise!" demikian kata pelakon Ika Nabella, 27, yang menerima kejutan daripada rakan-rakannya yang mengadakan 'Ika's Bachelorette Party' baru-baru ini.

Ika yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-6 itu berkata ketika ini dia dan tunangnya, Muhammad Zaid, 29, berdebar menunggu masa untuk disatukan sebagai suami isteri Sabtu ini.



27 July 2016

ISU DIKRITIK TIADA PETI AIS & SOFA - SUHAIMI MAAFKAN PENGUTUK



"Saya maafkan," demikian kata penyanyi nasyid, Suhaimi Saad yang dikritik ramai ekoran banyak tindakannya bagaikan zuhud seperti tidak memiliki mesin basuh atau peti sejuk.

Bahkan tindakan Suhaimi yang tidak menghantar anak ke sekolah bagi mendapatkan pendidikan formal selain turut mendidik anak untuk menjalankan aktiviti mengutip derma turut mendapat kritikan pedas.



61 GAMBAR - AKSI RITA & IZREEN BERSAMA ANAK-ANAK BERCUTI DI INDONESIA



Amboi bukan main seronok Rita Rudaini dengan dua anak lelakinya, Ryan dan Arjuna serta Izreen Azminda bersama anaknya, Adrian Umar bercuti di Indonesia. Mereka bukan pergi bersama anak-anak sahaja malah turut ditemani rakan.

Antara tempat yang dikunjungi oleh mereka ialah Lombok Island, Gilitrawangan dan Kuta Beach.

Gambar-gambar sekitar percutian ini telah dikongsikan oleh mereka di laman Instagram masing-masing.

Jom lihat!



15 GAMBAR + VIDEO - COMELNYA 'BABY' LISA SURIHANI BERCUTI DI LONDON



Lisa Surihani bersama keluarganya baru-baru ini telah meluangkan masa dengan pergi bercuti di London. Apa yang menariknya, anak perempuannya, Yahaira Leanne turut dibawa bersama.

Menerusi gambar yang dimuatnaik Lisa di laman Instagram, mereka sekeluarga kelihatan gembira dan teruja lebih-lebih Yahaira comel ni yang pertama kali dibawa bercuti ke luar negara.

Jom tengok!



26 July 2016

KES SUAMI 'KANTOI' - KINI ADIRA FAHAM ERTI 'SAKIT HATI'



"Hati isteri mana yang tidak emosi berhadapan insiden sebegini. Sejujurnya saya terguris dan meminta ruang untuk menenangkan fikiran. Saya tidak mahu membuat kenyataan dalam keadaan marah.

"Apa pun saya tidak menyimpan dendam terhadap Ruhainies kerana dia sudah menjelaskan perkara sebenar. Mengenai video itu, biarlah mereka menyelesaikannya sendiri.



AKUI KELUAR DENGAN ISTERI ORANG - ADI PUTRA NAFI DIRINYA PUNCA PENCERAIAN



Selepas diasak soalan yang sama berulang kali dalam satu sidang media yang berlangsung di Casa Ombak, Ampang pada petang semalam, pelakon Adi Putra mengaku isteri keduanya, Norshahida Zolkifly, 33, masih berstatus isteri ketika mengenali wanita tersebut.

Dalam masa sama, Adi menolak dakwaan menjadi punca penceraian Shahida dan bekas suaminya, Rahizam Rahimpudin.

"Ya, saya tahu saya keluar dengan isteri orang. Tetapi tak perlu saya selidik apa yang berlaku dalam rumah tangga dia (isteri kedua) dan bekas suaminya.



YANA SAMSUDIN SELAMAT BERSALIN ANAK SULUNG



Menerusi laman Instagram suami Yana Samsudin, Fadzil Zahari telah memaklumkan bahawa isterinya telah selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 21 Julai lalu.

"Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah isteri saya Yana Samsudin selamat melahirkan seorang baby boy pada 21.07.2016.



SHIKIN MAEMBONG & CHEF RIZ SAH CERAI SEJAK JUN LALU



Tiada lagi jodoh antara kami!

Demikian kata kakak kepada Emma Maembong, Shikin Maembong, 33, yang mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan anak Chef Wan iaitu Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 34, sejak Jun lalu.

Shikin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai rumah tangganya yang dibina sejak setahun yang lebih.



25 July 2016

NAFI KAHWIN DUA KERANA ZURIAT - ADI PUTRA RANCANG ADAKAN RESEPSI



Adi Putra hari ini menerusi satu sidang media telah tampil menjelaskan dan menjawab segala persoalan mengenai pernikahan kali keduanya dengan ibu tunggal anak satu yang dikenali sebagai Norshahida Zolkifly yang tersebar luas itu.

Dalam sidang media tersebut, Adi memberitahu bahawa apa yang terjadi kepadanya bukanlah masalah dan beliau bukannya berkahwin lagi kerana zuriat.



LUAH PERASAAN DI IG - SHIKIN MAEMBONG SUDAH CERAI DENGAN CHEF RIZ?



Melalui muatnaik beberapa gambar terbaru Shikin Maembong di laman Instagram miliknya, beliau memberikan bayangan seakan beliau kini sudah kembali 'solo'.

Kata Shikin, tekanan yang dialaminya sudah pun semakin berkurang dan kini dirinya merasa lebih tenang. Beliau juga mengakui sudah tersilap langkah sebelum ini dan kini beliau bahagia hidup bersama anaknya, Putri Arianna Natasya.



DIIZIN BERLAKON SEMULA - HETTY SARLENE MAHU FOKUS RUMAH TANGGA DULU



Selepas disatukan pada Sabtu lalu dengan seorang ahli perniagaan iaitu Daniel Oakes (Dani Aaqil) Sabtu lalu, Hetty Sarlene memberitahu bahawa suaminya akur andai aktres yang pernah hit dengan drama 'Sembilu' terbitan Skop Productions Sdn Bhd itu mahu berlakon semula.

"Pada awalnya dia tidak tahu saya ini seorang artis, namun sewaktu kali pertama kami keluar dating di Universal Studio Singapura (USS) dia merasa hairan apabila ramai yang mendekati dan mahu bergambar dengan saya. Jadi, sejak itu saya beritahu siapa diri saya.



12 FOTO - AKSI QUE HAIDAR & KELUARGA KETIKA BERCUTI DI AVILLION PORT DICKSON



Baru-baru ini, Que Haider bersama isteri, Linda Jasmine serta tiga anaknya, Qalif Khan, Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haida telah pergi bercuti di Avillion Port Dickson.

Menerusi laman Instagram Que dan Linda, pasangan ini telah berkongsi beberapa keping gambar sekitar percutian mereka sekeluarga.

Jom lihat!



35 GAMBAR - GELAGAT AZWAN KOMBOS & EZZATY ABDULLAH HONEYMOON DI LONDON



Gambar menarik pasangan romantiknya Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah yang kini sedang berbulan madu di London.

Menerusi gambar yang dimuatnaik oleh pasangan ini menerusi laman Instagram, mereka nampaknya bahagia sungguh.

Apa-apapun, jom kita lihat gelagat pasangan ni!



SUAMI SAYA DULU HANYA PEMANDU LORI SAYUR - DATIN RED



Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red yang mengahwini penyanyi Adira tidak lama dulu sebagai isteri kedua dan 'kantoi' dengan pelakon baharu Ruhainies, sebenarnya hanya seorang pemandu lori sayur sebelum muncul sebagai usahawan berjaya.

Rahsia tersebut didedahkan sendiri oleh isteri pertamanya yang hanya mahu dikenali sebagai Datin Red atau Syarifah yang berkahwin dengan Adnan ketika usianya 19 tahun.

Malah katanya, dia sebenarnya sudah masak benar de­ngan perangai suaminya itu dan tidak pernah ambil pusing tentang hal-hal negatif melibatkan Adnan.



TIDAK TERLIBAT - ADLIN DAKWA DIEKSPLOITASI SINDIKET PELABURAN



Semua mengetahui berita dimana pelakon, pengacara dan pelawak Adlin Aman Ramlie, 44, telah ditahan pihak polis atas dakwaan terlibat didalam kes penipuan hartanah bernilai RM500,000.

Tidak mahu ada pihak yang terus salah faham dan menghakimi dirinya tanpa mengetahui perkara sebenar, Adlin semalam telah mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan setiap butiran mengenai dakwaan yang dilemparkan kepada dirinya.



24 July 2016

"TAK RELA BERMADU KERANA SAYA KUAT CEMBURU" - RUHAINIES



"Adira ada menghubungi saya pada malam kes ini dihebahkan. Dia bertanyakan dengan saya mengenai apa sebenarnya yang berlaku.

"Saya memberi penerangan kepada Adira tentang cerita sebenar. Dia memahami apa yang terjadi dan tidak menyalahkan sesiapa.

"Saya dan Adira tidak bermasam muka atau pun bergaduh. Dia pun belum memberikan apa-apa kenyataan kepada pihak media kerana mahu mendengar penjelasan saya terlebih dahulu.



67 GAMBAR - KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI LAHIR LARA ALANA YANG KE-2



Majlis sambutan hari lahir kedua Lara Alana iaitu anak Awal Ashaari dan Scha Alyahya telah diadakan semalam di Little Kingdom, Parkson Maju Junction Shopping Mall.

Majlis yang berlangsung meriah dengan bertemakan 'Hello Kitty' dan 'Princess' itu dihadiri ahli keluarga, saudara-mara, teman rapat serta rakan-rakan artis. Antara rakan artis yang hadir ialah Neelofa dan Fouziah Ghous.

Namun disebalik kemeriahan itu, Awal ada memaklumkan bahawa beliau dan isteri belum merancang untuk menambah cahaya mata kerana merasakan Lara masih belum bersedia untuk mempunyai adik.



23 GAMBAR - PENGACARA HLIVE DAHLIA SYAZWAN SELAMAT NIKAH



Dengan dua kali lafaz, pengacara Hlive, Dahlia Shazwan Mohd Amin, 28 kini sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Shafiq Ismet, 26, sekitar jam 10.15 pagi semalam di Glasshouse Seputeh.

Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa Dahlia, Mohd Amin Omar di hadapan jurunikah Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Mohd Azri Ahmad Kamil.



"ADIRA HAMIL" - DAKWA DATUK RED



Disaat tengah hangat pasal isu kemesraan dirinya dengan Ruhainies, tiba-tiba Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red membuat satu lagi kejutan dengan mendakwa isteri keduanya, Adira Suhaimi kini sedang berbadan dua.

Datuk Red yang ditemui pada majlis rumah terbuka anjurannya malam semalam, mendakwa isterinya membuat ujian kehamilan di rumah dan menunjukkan tanda positif.



14 GAMBAR - SEKITAR PERKAHWINAN HETTY SARLENE & DANI AAQIL



Pelakon dan penyanyi, Hetty Sarlene Abdul Hamid, 32, dan Daniel Oakes atau nama Islamnya, Dani Aaqil, 32, telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri sekitar jam 12.55 tengah hari semalam dalam satu majlis yang diadakan secara sederhana tetapi meriah bertempat Royal Palm @ Clarke Quay, Singapura.

Hetty Sarlene yang pernah popular dengan lagu Sangsi Asmara dan Demi Cinta Kita, kelihatan anggun mengenakan busana berona putih, manakala pasangannya yang berasal dari London segak memakai baju Melayu cekak musang warna sedondon.



MASUK HOSPITAL LAGI - DAHLAN ZAINUDDIN DIBERI UBAT PELALI



Akibat penyakit angin ahmar, penyanyi dan pelakon veteran, Datuk Dahlan Zainuddin, 75, sekali lagi dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira 6.30 petang kelmarin.

Datin Effa Rizan iaitu isteri kepada Dahlan memberitahu bahawa doktor telah memberi ubat pelali kepada suaminya agar beliau dapat berehat.

"Doktor memberi ubat pelali untuk tenangkan dia dan berehat secukupnya. Setakat ini, doktor masih belum mengesahkan tahap kesihatannya. Doakan yang terbaik buat suami. Sehingga kini, Dahlan masih lagi dipantau," ujarnya dipetik sebagai berkata.



23 July 2016

DENGAN JAMINAN POLIS - ADLIN KINI BEBAS



Selepas keterangannya diambil bagi membantu siasatan, akhirnya Adlin Aman Ramlie te­­­lah dibebaskan petang semalam dengan jaminan polis setelah ditahan dalam Op Nuri di rumahnya di Cyberjaya kelmarin kerana dipercayai terlibat dengan pe­nipuan pelaburan hartanah.

"Kita telah mengambil ke­terangan Adlin dan pihak polis berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan pelakon berkenaan. Dia kini telah dibebaskan di bawah jaminan polis.

"Bagaimanapun, kita tetap akan menjalankan siasatan terhadap Adlin mengenai peranannya dalam kegiatan pelaburan haram ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini," katanya.



ISU DATUK RED & RUHAINIES: "APA SEKALI PUN YANG TERJADI, SAYA REDA" - ADIRA



Ditanya mengenai penyebaran video suaminya, Datuk Seri Adnan Abu bersama pelakon Ruhainies yang menjadi viral di sosial media semalam, penyanyi Adira Suhaimi, 25, bagaimapaun enggan mengulas lanjut sebaliknya meminta semua pihak menghormati privasi rumahtangga dan memberi ruang buat dia sekeluarga.

"Benar saya sudah dimaklumkan mengenai video tersebut namun memilih untuk tidak memberi sebarang komen berhubung perihal itu.



20 GAMBAR - ELLA KINI SUDAH BERHIJAB?



Ratu rock negara, Ella Aminuddin dilihat sering memuat naik gambarnya dengan imej berbeza serta kata-kata atau madah berunsur ketuhanan ke laman sosial Instagram sejak akhir-akhir ini.

Situasi berkenaan bagai memberikan bayangan isteri kepada juruterbang, Azhar Ghazali, itu sudah pun berhijrah, seperti dilakukan beberapa teman artis wanita lain sebelum ini.



KES TIPU - ADLIN BERI PENJELASAN AHAD INI



Semua sedia maklum mengenai Adlin Aman Ramlie, 44, yang dituduh terlibat dengan kes penipuan pelaburan.

Adlin dalam satu kiriman mesej kepada pihak media berkata yang dia akan memberi penjelasan berhubung kejadian itu Ahad ini.

Kata Adlin, dia bakal muncul dalam rancangan Melodi di TV3 dan seterusnya akan berjumpa pihak media selepas tamat siaran langsung program itu.



32 GAMBAR - SEKITAR PERTUNANGAN AMYRA ROSLI & AMAR BAHARIN



Semalam telah berlangsungnya majlis pertunangan Amar Baharin, 31, dan Amyra Rosli, 25, yang diadakan di kediaman keluarga perempuan di Sunway Montana, Desa Melawati.

Dalam majlis yang dihadiri ahli keluarga, saudara dan rakan terdekat, Amyra kelihatan anggun menggayakan busana berona putih manakala Amar pula segak dengan kemeja berwarna putih.

Sebelum ini, pasangan selebriti ini sering menafikan status hubungan pencintaan mereka walaupun kerap dihimpit dengan pelbagai kontroversi mengatakan bakal bernikah.



"SAYA MAHU NIKAH 'MUSLIMAH' BUKAN RUHAINIES" - DATUK RED



Semalam dunia hiburan menjadi kecoh seketika apabila video Datuk Red dan Ruhainies bermesra dan keluar bersama tersebar di Internet.

Ramai yang tertanya apakah mereka berdua mempunyai hubungan? Iyalah, di dalam video berkenaan jelas memperlihatkan Datuk Red merangkul pinggang Ruhainies.



22 July 2016

RUHAINIES DAKWA 'TERPERANGKAP', DATUK RED KATA ADA 2 KOSONG LAGI



Datuk Red kantoi lagi...! Demikian tajuk email yang kami terima pagi tadi yang mengandungi sekeping gambar seorang lelaki memegang pinggang seorang wanita dan sebuah video pendek.

Awalnya kami hanya menyimpan sahaja kandungan email tersebut, namun apabila beberapa media mula menyiarkannya, kamipun mahu tumpang semangkuk. Heh!

Dan melalui laporan media, pelakon baharu Ruhainies didakwa sebagai wanita yang pinggangnya dipeluk oleh lelaki yang didakwa sebagai Datuk Red itu. Namun begitu, dakwa Ruhainies, dia bagaikan diperangkap apabila videonya keluar bersama suami Adira itu didedahkan pada umum.



ISU KAHWIN KALI KEDUA - ADI PUTRA BAKAL ADAKAN SIDANG MEDIA



Pelakon Adi Putra menerusi laman Instagram miliknya, memaklumkan yang beliau bakal mengadakan sidang media berhubung pernikahan kali keduanya dengan ibu tunggal anak satu yang dikenali sebagai Norshahida Zolkifly yang tersebar luas itu.

Dalam masa sama, Adi turut meminta agar pihak berkenaan tidak mencampuri sebarang urusan rumah tangganya dan beliau akan mengambil tindakan sekiranya masih ada lagi yang menjaja sebarang cerita mengenai perkahwinannya.



KES PENIPUAN HARTANAH - ADLIN DITAHAN POLIS, MAK MAH RASA TERKEJUT



"Saya tak tahu (anak ditahan). Wartawan telefon baru saya tahu. Maaf saya nak solat dulu," demikian kata seniwati veteran Ruminah Sidek, 70, atau Mak Mah yang terkejut selepas dimaklumkan anaknya iaitu pelakon Adlin Aman Ramlie, 44, ditahan polis.

Terdahulu media melaporkan seorang pelakon lelaki bersama beberapa individu lain berpangkat Datuk telah ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam penipuan hartanah yang melibatkan kerugian hampir RM500,000.



BILA NORA DANISH & NEDIM BERGAMBAR MACAM DAH KAHWIN



Mungkin ramai yang sudah tak hairan dengan gambar-gambar mesra Nora Danish dan Nedim Nazri yang sememangnya 'berlambak' di alam maya. Namun terkini, ada juga yang buka mata apabila aksi dua kekasih ini mereka ibaratkan bagai sudah berkahwin layaknya.

Bagaimanapun, bila diajukan soalan benarkah mereka berdua sudah kahwin secara rahsia, Nora menolak dakwaan tersebut yang hangat diperkatakan oleh segelintir pihak.



TAK MINAT MAINAN - PUTERI CHE TA LEBIH GEMAR TAS TANGAN & KASUT



Tidak seperti kanak-kanak seusia dengannya yang lebih suka setiap kali melangkah ke kedai permainan, situasi agak berbeza bagi puteri Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana, 18 bulan, yang lebih tertarik dengan tas tangan dan juga kasut.

Bukan hanya tas tangan sahaja malah kata Che Ta, puterinya itu turut meminati kasut tumit tinggi dan akan menggayakan sepatu miliknya ketika bermain sendirian di rumah.

Kata Che Ta, dia mula perasan minat puterinya itu apabila dia kurang gemar dengan alat permainan, tetapi akan leka apabila memasuki kedai menjual tas tangan setiap kali keluar bersamanya.



21 July 2016

SITI NORDIANA NAFI DAKWAAN DIRINYA BERLAGAK SOMBONG



"Sejak mula menyanyi, saya sudah terbiasa dengan gosip seperti ini. Jadi, jika ditanya terkesan atau tidak, saya hanya boleh menerimanya dengan hati yang terbuka.

"Cuma dakwaan yang mengatakan saya sombong dan tidak mahu menerima tajaan pakaian adalah tidak benar. Jika saya ada menyakiti mana-mana pihak, saya minta maaf," demikian kata Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana yang menyangkal dakwaan dia kini sudah mula mula berlagak sombong sehingga menolak permintaan seorang pereka fesyen yang mahu menaja pakaiannya.



KAHWIN KALI INI - NORA DANISH IMPIKAN KONSEP 'BEACH WEDDING' DI BALI



Perkahwinan kali ini Nora Danish mengimpikan perkahwinan berkonsepkan 'beach wedding' di Bali. Bagaimanapun, kata Nora yang dia masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.

"Insya-Allah, memang tahun ini saya akan kahwin. Kita cuma hanya mampu merancang dan perancangan itu sudah ada. Kalau berkahwin kali ini saya suka konsep beach wedding seperti di Bali," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, kata Nora tidak mustahil dia boleh berkahwin pada bila-bila masa walaupun pada tahun ini dia begitu sibuk dengan perniagaannya.



KENA 'QUEEN CONTROL' - HARITH ISKANDAR SUSUT 20 KILOGRAM



Gara-gara kena 'queen control', akhirnya perut buncit pelawak dan pengacara Harith Iskander, 50, makin susut dan berat badannya turuN 20 kilogram.

Ini kerana, dia terpaksa mengikat perut dan menahan nafsu makan demi menjaga kesihatan tubuhnya yang suatu ketika dahulu boleh dikategorikan obes.



SELEPAS UMRAH - NEELOFA RANCANG TUNAI HAJI PULA



Selepas menunaikan umrah bersama keluarga Mac tahun lalu, kini pelakon dan pengacara, Noor Neelofa bakal menjejakkan kaki sekali lagi di Tanah Suci apabila dia merancang mengerjakan haji pula tahun ini bersama keluarganya.

Khabar gembira tersebut dikongsikan oleh Neelofa menerusi laman Instagram miliknya dengan memuatnaik sebuah video berserta kapsyen.