30 September 2016

"DIKUATKAN IMAN UNTUK ISTIQAMAH" - NADIYA NISAA KINI BERIMEJ BARU



"Jadi, Ramadan lalu semasa masih mengandungkan bayi kedua dan berpantang, saya mengambil keputusan untuk berehat di rumah. Ketika itulah saya perlahan-lahan cuba mengenakan tudung.

"Alhamdulillah, selepas tiga bulan berlalu, saya semakin selesa dengan perubahan diri dan berdoa agar terus dikuatkan iman untuk istiqamah," kata pelakon Nadiya Nisaa, 31, yang mengesahkan dirinya sudah bertudung sejak Ramadan lalu ketika masih mengandungkan bayi keduanya.



9 GAMBAR - AKSI ALIFF AZIZ & BELLA ASTILLAH DI TURKI



Baru-baru ini, pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah yang diijabkabulkan pada 9 September lalu telah terbang ke Turki bagi menikmati bulan madu mereka. Antara tempat yang dilawati oleh mereka di Turki ialah Istanbul dan Bursa.

Untuk info, selain bercuti dan meluangkan masa berdua, mereka sebenarnya turut merakamkan saat-saat manis tersebut untuk sebuah program terbitan Astro berjudul 'Romantika'.

Jom lihat!



4 GAMBAR - WAJAH COMEL 'BABY BOY' RAJA FARAH



Pelakon dan pengacara Raja Farah Raja Aziz, 28, yang akan menunaikan umrah kali kedua Disember depan bersama suami, Iskandar Ismail, 34, telah berkongsi wajah penuh puteranya, Imran Iskandar yang berusia sebulan lebih.

Apa yang menariknya umrah kali ini, Raja Farah dan suaminya itu akan ditemani anak tersayang mereka.



ISTERI FAHRIN AHMAD SELAMAT BERSALIN 'BABY BOY'



Tahniah diucapkan buat pelakon Fahrin Ahmad dan isterinya, Elena Eleas atas kelahiran bayi sulung mereka sekitar jam 4.15 petang semalam di KPJ Damansara Specialist Hospital.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Fahrin yang menimang cahaya mata lelaki menerusi laman Instagramnya.



29 September 2016

TIDAK LAWAT ANAK - BEKAS SUAMI ELLY MAZLEIN ENGGAN ULAS



Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein memberitahu bekas suaminya, Azmi Hatta yang merupakan pengarah drama itu tidak melawat anak mereka, Putri Sara Sefhia sejak dia dilahirkan enam bulan lalu, biarpun mahkamah memberi hak lawatan kepadanya seminggu sekali.

Kata Elly, kali terakhir bekas suaminya berjumpa anak adalah ketika mengiqomatkan Putri Sara sewaktu dilahirkan.



ISU FOTO BOGEL - WARTAWAN HM CABAR ATIKAH SUHAIME LAPOR POLIS



Gara-gara terlalu banyak kes moral yang dihadapi artis generasi sekarang, wartawan veteran dan juga Pengarang Rencana Metro Ahad iaitu Adam Salleh meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir artis tersebut yang jelas memalukan industri seni.

Apa yang paling dikesalkannya ialah kes Atikah Suhaime. Tulisnya, alangkah baik jika pelakon berasal dari Singapura itu membuat laporan polis bagi membersihkan namanya.



PENANTIAN BERAKHIR - SYAMSUL YUSOF & ISTERI BAKAL TIMANG ANAK



Setelah menunggu selama dua tahun, akhirnya pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana yang juga seorang pelakon bakal menimang cahaya mata apabila Puteri Sarah disahkan hamil tiga bulan.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Syamsul yang ternyata begitu teruja walaupun pada awalnya mereka terpaksa merahsiakannya kerana masih diperingkat awal.



28 September 2016

4 GAMBAR - ANAK KEMBAR SEPASANG NURUL SYUHADAH NURUL AIN KINI 2 TAHUN



Pejam celik... dua tahun dah usia anak kembar sepasang Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain dan Raja Amir Syah Raja Azwa yang bernama Raja Abdul Mateen (lelaki) dan Raja Nour Emaan (perempuan).

Untuk makluman anda, usia si kembar ini genap dua tahun pada 21 September lalu.

Selamat hari lahir kami ucapkan dan semoga Mateen dan Emaan menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapanya.



10 GAMBAR - BESARNYA BABY BUMP NAD ZAINAL



Gambar-gambar menarik  Nad Zainal dengan baby bumpnya.

Benarlah kata orang, jika kandungan besar... ia menandakan seseorang wanita hamil itu bakal mendapat anak lelaki.

Untuk info, Nad dijangka melahirkan baby lelaki sulungnya itu pada pertengahan bulan depan.



ISTERI HAMIL ANAK KEDUA DICERAI PENGACARA POPULAR?



Ada satu dakwaan disampaikan oleh Miss K di portal Astro Gempak dimana sumber beliau memberitahu bahawa pengacara popular tanah air telah menceraikan isterinya ketika wanita tersebut sedang hamil anak kedua mereka.

Menurut sumber Miss K itu, berita kehamilan bekas isteri pengacara tersebut sengaja tidak didedahkan atas sebab-sebab tertentu.



27 September 2016

DEDAH RAHSIA DI IG - ZARINA ANJOULIE KINI IBU TUNGGAL?



Rasanya baru sahaja Zarina Anjoulie mengecap kebahagiaan sebagai isteri dan baru-baru ini pula melahirkan anak sulungnya yang bernama Gabriel Martin Ezra. Tup tup terkini, tersebar pantas satu berita yang mendakwa pelakon itu sudah bercerai dengan suaminya iaitu seorang warganegara Brunei.

Lebih hangat, Desas-desus itu dikuatkan lagi dengan status yang dimuat naik oleh Zarina menerusi Instagram miliknya membayangkan seolah dirinya sudah bergelar 'ibu tunggal'.

"Keep calm, I’m a single mom. I’ve got this," luahnya melalui sekeping gambar.

9 GAMBAR - ULANGTAHUN KELAHIRAN YANA SAMSUDIN YANG KE-31



"3 dekad yang lalu, wanita (ibu Yana Samsudin) ini lah yang bersakit-sakitan bertarung nyawa melahirkan aku.

"Semoga doaku tidak putus untuk mu mak.. "Ya Allah, ampun kan dosa ibu bapa ku, tempatkan lah roh mereka di kalangan orang yang beriman apabila mereka meninggal dunia kelak.



ALMY NADIA SELAMAT BERSALIN ANAK KEDUA



Alhamdulillah! Tahniah kami ucapkan buat Fizz Fairuz dan Almy Nadia atas kelahiran bayi kedua mereka sekitar jam 9 malam semalam.

Berita gembira ini dikongsikan oleh Fizz menerusi laman Instagramnya dengan memuatnaik gambar isterinya sedang mendukung bayi kedua mereka.



6 FOTO & 2 VIDEO - BILA HAIRUL AZREEN SEKELUARGA JUMPA MAHATHIR & ISTERI DI LONDON



Beruntungnya Hairul Azreen sekeluarga bila dapat berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad bersama isterinya Tun Siti Hasmah ketika bercuti di London.

Lebih beruntung anaknya, Yusuf Iskandar yang bukan sahaja dapat berjumpa malah didukung oleh Tun Siti Hasmah. Bertuahnya Yusuf... bila dah besar nanti boleh tonton semula, sebab ayah dan ibu Yusuf sempat merakamkan memori indah itu.



LEPAS ISU SKANDAL, ADEL AKUI TAK SENGAJA SEBUT 'TOTO'



Bagi orang semenanjung, perkataan 'toto' mungkin tidak memberi makna besar melainkan bermakna 'selimut toto' atau 'nombor ramalan toto'.

Namun di Sabah, sebutan 'toto' dikatakan satu perkataan kurang sopan bagi masyarakat Kadazan Dusun yang membawa maksud 'alat sulit' wanita.

Sehubungan itu, penyanyi yang lahir melalui program Akademi Fantasia 2014, Adel, 23, tidak menyangka aksinya melatah perkataan tersebut menjadi viral ketika menjadi artis undangan program Hlive, semalam.



26 September 2016

15 GAMBAR - ADIRA SAMBUT BIRTHDAY BERSAMA PEMINAT



Adira Suhaimi baru-baru ini telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-25 bersama peminatnya bertempat di Red Box The Gardens Mid Valley.

Suami kepada Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red juga turut hadir bersama bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Jom lihat!



DATUK SERI ADNAN MEMANG GATAL - AKUI DATIN RED



"Sekuat mane badai datang, kami still together, walaupun dia memang gatai nak berbini banyak cinta n kasih kami tak goyang, this is true love.

"25/09/05 -25/09/16. 11 tahun bersame Suke duke, susah senang,ketawe menangis, dia penghibur hati, dia suke menyakitkn hati, dia kawan, dia sahabat, dia tempat bergantung, dia tempat mengadu, bermanje dialah suami dunia akhirat," demikian kata Datin Red di laman IGnya.



20 GAMBAR - SAHARUL RIDZWAN & ISTERI HONEYMOON DI SINGAPURA & INDONESIA



Baru-baru ini, pelakon Saharul Ridzwan dan isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir telah pergi berbulan madu di Singapura dan kini mereka sedang menikmati bulan madu di Indonesia pula.

Menerusi gambar yang dimuatnaik oleh pasangan ini di laman Instagram masing-masing, Saharul dan isteri bukan main romantik lagi ketika disana.

Jom kita lihat gambar-gambar sekitar bulan madu mereka ini.



HABIS PANTANG - RAJA FARAH PERLU MASA DEDAH WAJAH ANAK



Walaupun dirinya sudah pun habis berpantang beberapa hari lalu, pelakon Raja Farah Raja Aziz, 28, belum bersedia berkongsi gambar wajah Imran Iskandar iaitu anak sulungnya hasil perkahwinannya dengan Iskandar Ismail, 34.

Kata Raja Farah, antara sebab belum bersedia berkongsi adalah kerana bayinya yang dilahirkan pada 10 Ogos lalu itu perlu rehat yang secukupnya dan dirinya baru melepasi fasa pemulihan dan masih berusaha menstabilkan diri.



PELAKON DITAHAN MILIKI GANJA, PEDANG SAMURAI, PISAU & PISTOL



Seorang pelakon pembantu dalam beberapa drama tempatan berusia 28 tahun ditahan polis bersama dua rakannya selepas disyaki menanam dan memiliki ganja.

Selain ganja, mereka juga didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu tujuh pedang samurai, 21 pisau, tiga buku lima, empat pistol angin, dua laras senapang angin, sebilah kapak dan sehelai vest Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Ampang, semalam.



25 September 2016

9 GAMBAR - WARIS TERUJA LIHAT ANAK MEMBESAR



"Walaupun hanya berkesempatan melelapkan mata beberapa jam saja, tetapi saya seronok menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Disebabkan terlalu penat, saya pernah hampir terlelap ketika memberikan bayi susu," demikian kata penyanyi rap Waris yang tidak ralat terpaksa bersengkang mata kerana teruja menyambut kelahiran anak sulungnya, Muddassir sejak seminggu lalu.

Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias, 27, berkata, beliau seronok menggalas tanggungjawab baharunya itu, malah sentiasa membantu isterinya, Izzati Amirah Kamaruddin dengan mengambil giliran menjaga anak lelaki mereka.



15 GAMBAR - MAJLIS RESEPSI ALI PUTEH



Semalam Ali Puteh yang merupakan adik kepada Abam Bocey serta anggota kumpulan Puteh dan pasangannya, Melati Fitri telah mengadakan majlis resepsi mereka di Kampung Sungai Salak, Batu 10 Gombak.

Majlis yang berlangsung secara sederhana itu telah dihadiri ahli keluarga, saudara-mara, teman rapat serta rakan-rakan artis.



24 September 2016

LEPAS NABIL AHMAD, IG UMIE AIDA PULA DIGODAM



Baru-baru ini, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad memaklumkan bahawa beliau telah membuka akaun sosial baru Instagram setelah akaun yang lama yang dikongsi bersama isterinya, Nazirah Ayub itu telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Terkini kejadian itu berulang lagi apabila Instagram Datin Paduka Umie Aida turut digodam juga. Maka dari itu, Umie Aida telah membuka akan yang baru dengan nama @umieaida9.



KEJAYAAN OLA BOLA TERCALON DI SRIFF MALUKAN FFM?



Jika di Festival Filem Malaysia (FFM), Ola Bola seolah 'terpinggir' pada awalnya, namun luka mereka terubat juga apabila filem arahan Chiu Keng Guan itu menjadi satu-satunya filem dari Asia Tenggara yang tersenarai dalam Top 26 di Festival Filem Antarabangsa Silk Road (SRIFF) 2016 di Xian, China.

Ola Bola berjaya melepasi empat saringan daripada 676 filem seluruh dunia yang dicalonkan sebelum dipertandingkan di festival filem berprestij itu.



"SAYA SEMAKIN PULIH, BAKAL KEMBALI BERLAKON" - NADIYA NISAA



Belum bersedia berkongsi kisah berdepan ujian kehilangan anak kedua dalam kandungannya pada 31 Julai lalu, pelakon Nadiya Nisaa bagaimanapun berkata beliau kini semakin pulih dan sudah pun selesai daripada tempoh berpantang.

"Saya belum bersedia untuk bercakap mengenai perkara itu. Alhamdulillah, setakat ini saya semakin pulih. Saya juga bersyukur apabila keluarga, terutamanya suami, sentiasa memberikan sokongan dan semangat," ujarnya dipetik sebagai berkata.



23 September 2016

4 GAMBAR - ADIRA & 'BABY BUMP' NYA



Gambar terkini penyanyi Adira Suhaimi yang makin nampak seri ibu mengandung. Malah 'baby bumpnya' juga makin jelas kelihatan.

Kami berharap isteri kepada Datuk Seri Adnan Abu (Datuk Red) dan anak di dalam kandungan sentiasa sihat dan semoga proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Jom lihat!



17 GAMBAR - RAGAM YUSUF ISKANDAR BERCUTI DI LONDON



Amboiii... seronok Yusuf Iskandar dapat bercuti ke London bersama ibu bapanya, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Tapi sayangnya, abang kepada Yusuf Iskandar, Bujibu Chempel (kucing peliharaan) tidak dapat dibawa bersama. Heh!

Untuk makluman, Yusuf kini berusia 3 bulan lebih.

Jom lihat si comel ni!



WAJAH TERKINI 'RICKY MARTIN' MALAYSIA



Sudah lama kita tidak mendengar khabar mengenai penyanyi yang bergelar 'Ricky Martin' Malaysia iaitu Shawn Baharin.

Shawn yang pernah popular di era tahun 80-90an secara tiba-tiba menghilang kerana membawa diri ke luar negara.

Terkini, Shawn akhirnya pulang semula ke Malaysia, tetapi kepulangannya itu hanya seketika sahaja. Difahamkan melalui laman sosial adiknya Anis Suraya, Shawn kini aktif menyanyi di luar negara.



22 September 2016

BILA NETIZEN BUAT 'CSI' PADA GAMBAR PANAS PELAKON



Meskipun pelakon wanita yang dikaitkan dengan gambar panas baru-baru ini menafikan yang gambar tersebut adalah dirinya, namun entah kenapa ramai yang masih tidak mempercayai pengakuannya itu.

Lebih gempak, terdapat netizen yang telah membuat CSI sendiri terhadap gambar tersebut yang didakwa membuahkan hasil memeranjatkan.



KEHIDUPAN FARAH LEE SELEPAS BERCERAI DENGAN ALLY ISKANDAR



"Sekeping omma membawa diri," demikian kata Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli di FBnya mengenai kehidupannya selepas bercerai talak satu dengan personaliti TV3, Ally Iskandar pada 17 Ogos lalu.

Sejak bercerai, Farah yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Maream Esabel hasil perkahwinannya dengan Ally itu sering memuatnaik luahannya di FBnya.



21 September 2016

"SAYA MASIH KRISTIAN KATOLIK" - HANS ISAAC



Baru sahaja hari ini gosip tersebar mendakwa pelakon Hans Isaac, 45, telah memeluk agama Islam, terkini Hans sendiri menafikan perkara tersebut.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sudah memeluk agama Islam.

"Semua itu tidak betul. Siapalah orang yang pandai-pandai mengatakan saya sudah masuk Islam. Saya masih beragama Kristian (Roman Katolik).



KINI IG NABIL PULA JADI MANGSA GODAM



Sejak kebelakangan ini, beberapa artis dan selebriti tempatan telah menjadi mangsa penggodam termasuklah baru-baru ini pengacara dan pelawak Nabil Ahmad yang kehilangan 1.2 juta pengikut di laman sosial Instagram apabila akaun yang dikongsi bersama isterinya, Nazirah Ayub atau Zira digodam, petang semalam.

Kata Nabil, keadaan itu memberikan tekanan memandangkan akaun berkenaan bukan saja merakamkan detik indah perkembangan dua anak mereka malah turut berfungsi sebagai medium menjana pendapatan.



FOTO BOGEL - ATIKAH SUHAIME NAFI ITU DIRINYA



Itu bukan saya!

Demikian kata pelakon Atikah Suhaime, 25, apabila ditanya mengenai penyebaran foto bogel dua orang pelakon, seorang yang dikaitkan dalam foto tersebut adalah dirinya.

Malah, aktres berusia 25 tahun itu turut mengakui tidak melihat langsung gambar berkenaan, yang turut dikaitkan dengan seorang pelakon lelaki semakin meningkat naik, Idris Khan.



10 GAMBAR - FOUZIAH GOUS, SUAMI & ANAK 'HONEYMOON' DI LANGKAWI



"Alhamdulilah selamat sampai.. Ber 'honeymoon' katanya sempena anniversary yang ke3 tahun.. Mmmm honeymoon dengan si kecik ni?," ujar Fouziah Gous yang kini sedang menikmati percutian di Langkawi bersama suami, Zhafran Yusof dan anaknya, Muhammad Zeeshan sempena ulangtahun perkahwinannya.

Untuk info, hari ini iaitu 21 September merupakan tarikh dimana Fouziah bergelar isteri kepada Zhafran. Tiga tahun lalu, Fouziah dan suami diijabkabul di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.



20 September 2016

3 GAMBAR - WAJAH 'BABY BOY' HAZIQ AF4



Seperti yang dijanjikan, bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-4, Haziq Rosebi dan isterinya Maisarah Mohd Sidki telah berkongsi wajah anak lelaki mereka yang diberi nama Yusuf Zidane seminggu selepas kelahirannya pada 12 September lalu.

"Saya asik nantok je.. saya uwekkk bila nak susu & eyak je.. cian mama & abah saya.. Terima kasih Mak Anil Ezatul hadiahkan plate nama saya Yusuf Zidane.



12 GAMBAR - MAJLIS RESEPSI ALIFF AZIZ & BELLA ASTILLAH DI SABAH



Majlis resepsi kali kedua bagi pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah telah diadakan di dewan Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung secara sederhana tetapi meriah itu dihadiri ahli keluarga, saudara-mara dan teman rapat pasangan ini.

Dalam majlis tersebut, Aliff dan Bella kelihatan segak dan anggun apabila mengenakan persalinan berwarna sedondon iaitu merah jambu.



28 GAMBAR - MAJLIS ULANGTAHUN KELAHIRAN ASHRAF MUSLIM & ANAK



Baru-baru ini, majlis sambutan ulangtahun kelahiran pelakon Ashraf Muslim dan juga anak lelakinya, Adam yang merupakan anak keduanya bersama isteri kedua Wan Sakinah itu telah diadakan bersama.

Tarikh hari lahir Ashraf adalah pada 12 September manakala anaknya itu pada 14 September.

Dalam majlis tersebut, ternyata Ashraf kelihatan begitu bahagia bersama dua isteri dan tiga anaknya itu.



19 September 2016

ANUAR ZAIN KINI PUNYAI 'INSTAGRAM'



Setelah bertahun-tahun menghindar diri daripada teknologi internet, terkini penyanyi Anuar Zain akhirnya akur dengan kekuatan laman sosial apabila mula membuka akaun Instagramnya.

"Saya sudah ada laman sosial iaitu @Anuarzainnetwork yang baharu sahaja saya buka sejak 7 September lalu dan tidak sangka dapat banyak respons dan komen positif peminat.



FARHAN AF4 BAKAL BERGELAR IBU



Tahniah diucapkan buat bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-4, Farhan Azizan, 32, yang bakal menimang cahaya mata apabila dia disahkan hamil sekali lagi selepas kehamilan pertamanya mengalami keguguran sebulan sebelum menyambut Ramadan baru-baru ini.

"Sebenarnya saya tidak menyedari diri hamil kali pertama sehinggalah mengalami pendarahan. Apabila membuat pemeriksaan doktor mengesahkan saya mengandung tetapi janin tidak dapat diselamatkan.



7 GAMBAR - STACY MAKIN TEMBAM MENGANDUNG & 'BABY BUMP' NYA



Setelah lebih daripada empat bulan mengandung, Ummu Syaikhah Stacy Anam kini dilihat makin tembam. Mungkin agaknya isteri kepada Akim Ahmad ini makin berselera menjamu selera dan senang hati. Heh!

Untuk rekod, Stacy berkahwin dengan Akim pada 5 Februari lalu di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.

Jom tengok gambar terkini Stacy.



46 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS RESEPSI SAHARUL RIDZWAN & DEENA EMIR



Semalam telah berlangsung majlis resepsi bersama rakan-rakan dan peminat pelakon Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir yang diadakan di Shah Alam.

Majlis yang berlangsung secara sederhana itu telah dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara, teman rapat serta peminat pasangan ini.



32 GAMBAR - MAJLIS RESEPSI BEKAS HOS HLIVE, SHALMA AINAA



Bekas hos saluran h!Live, Shalma Ainaa Bruhanuthen, 25, dan pasangannya, penyanyi baharu Wan Imar Izzat telah diraikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan malam semalam di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Majlis yang berlangsung secara sederhana itu dihadiri ahli keluarga, saudara-mara, teman rapat serta rakan-rakan artis.

Antara rakan-rakan yang hadir ialah Lisa Surihani, Hanis Zalikha, Liyana Jasmay, Kilafairy, Sweet Farhana dan Norman Abdul Halim.



18 September 2016

10 GAMBAR - MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR YAHAIRA LEANNE



Semalam Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim telah mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama buat anak perempuan mereka, Yahaira Leanne yang lahir pada 15 September lalu.

"We celebrated our dear daughter's first birthday party with the presence of dear families and close friends yesterday on Saturday, 17th Sept 2016. Her birthday fell few days before that which was Thursday, 15th Sept 2016.



26 GAMBAR - BEKAS HOS HLIVE, SHALMA AINAA SELAMAT NIKAH



Petang semalam, bekas hos saluran h!Live, Shalma Ainaa Bruhanuthen, 25, telah selamat disatukan dengan pilihan hatinya iaitu penyanyi baharu, Wan Imar Izzat dalam satu majlis akad nikah.

Pasangan yang menjalin percintaan ketika menuntut di London, United Kingdom (UK), empat tahun lalu itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Burhanuthen Ahmed Mustafa pada majlis tertutup di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, pada jam 3.45 petang.



31 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS RESEPSI NAZIM OTHMAN & BELLA DALLY



Majlis resepsi sebelah pihak lelaki bagi pasangan Nazim othman dan Bella Dally telah berlangsung semalam di di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru.

Majlis bertemakan kontemporari tradisional itu menyaksikan Nazim yang baru menyambut ulangtahun kelahirannya ke-32 pada 16 September lalu dan isterinya, Bella Dally, 25, mengenakan busana ciptaan pereka terkenal, Rizman Ruzaini dan sentuhan solekan Sheila Mohamad.



TAHNIAH - PENYANYI RAP WARIS KINI BERGELAR BAPA



Menerusi laman Instagram penyanyi rap, Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Akias yang popular dengan lagu 'Rembau Most Wanted' telah memuatnaik gambar anak sulungnya yang selamat dilahirkan pada jam 1.43 pagi semalam dan diberi nama Muddassir.

Difahamkan, isterinya Izzati Amirah Kamaruddin selamat melahirkan anak lelaki mereka secara normal di Tropicana Medical Centre.



17 September 2016

LEPAS DIUGUT BUNUH - RUMAH REMY ISHAK KENA SERBU



Pelakon Remy Ishak menerusi twitternya telah memuatnaik gambar kediamannya yang telah menjadi sasaran apabila pihak polis menyerbu rumah beliau di Serdang kira-kira jam 1 pagi semalam setelah menerima aduan terdapat kegiatan dadah.

Remy yang pernah menerima ugutan bunuh oleh seorang wanita berstatus kenamaan itu percaya dirinya telah dianiaya oleh individu yang sama membuat ugutan bunuh sebelum ini.



FITRI AF2 SELAMAT BERGELAR SUAMI



Khabarnya, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-2, Fitri Zainal, 37, telahpun bergelar suami apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihannya, Nurul Azman, 30, pagi semalam dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan manakala acara resepsi pula bakal berlangsung hari ini. Kedua-dua majlis diadakan di Kuantan, Pahang.



56 GAMBAR - SUASANA MAJLIS RESEPSI SAHARUL RIDZWAN & DEENA EMIR



Jika pagi semalam telah berlangsung majlis akad nikah, kali ini pada waktu petang pula pasangan Saharul Ridzwan dan Deena Emir diraikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan di Dewan Sri Siantan Putrajaya.

Majlis yang berlangsung secara sederhana itu telah dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara, teman rapat serta rakan-rakan artis.



3 GAMBAR - BIRTHDAY PERTAMA YAHAIRA LEANNE



Pejam celik... usia anak Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim, Yahaira Leanne sudah genap setahun pada jam 11.44 malam kelmarin (15 September)

Meraikan ulang tahun kelahiran Yahaira, Lisa dan Yusry menganggap kehadiran anak perempuan mereka bukan sekadar membawa rahmat, sebaliknya mengajar masing-masing pelbagai perkara baharu sebagai ibu bapa.



16 September 2016

SELAMAT NIKAH - SAHARUL RIDZWAN KINI SUAMI DEENA EMIR



Alhamdulillah! Dengan sekali lafaz... pelakon Saharul Ridzwan, 27, kini sah bergelar suami kepada pilihan hatinya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohamed Akir Emir Bin Ahmad Teruki kira-kira jam 9 pagi tadi.

Dalam majlis yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya itu menyaksikan Deena Emir menerima mas kahwin berjumlah RM300.