31 January 2016

TAKZIAH - ISTERI U-WEI SAARI DITEMUI MATI LEMAS DI AMERIKA



Setelah hilang selama tujuh hari, akhirnya isteri kepada pengarah filem, U-Wei Saari, Diana Gail, 62, ditemui mati lemas di perairan sebuah pantai di Alameda, California, Amerika Syarikat.

"Terima kasih. Doakan rohnya dirahmati, ditenangi dan disenangi Allah dan berada bersama orang-orang yang beriman," demikian maklum balas U Wei atau nama sebenarnya Zuhir, melalui Whatsapp kepada media.



6 GAMBAR - MAJLIS HARI LAHIR ANAK NING BAIZURA LAIN DARI YANG LAIN



Majlis sambutan hari lahir Ryan Sky Dalton yang ke-3, anak kepada Ning Baizura dan Omar Shariff Christopher Layton Dayton telah diadakan hari ini.

Majlis tersebut telah diadakan secara sederhana oleh mereka sekeluarga.

Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah ahli keluarga, teman rapat serta rakan artis.



5 GAMBAR - GELAGAT STACY MENJELANG PERKAHWINANNYA



Nampaknya tak lama lagi penyanyi Ummu Shaikhah Stacy Anam kita bakal disatukan dengan pilihan hatinya iaitu Akim Ahmad. Khabarnya majlis pernikahan tersebut akan diadakan di Sabah.

Majlis meraikan bakal pengantin baru penyanyi lagu 'Not For Sale' ini telah diadakan semalam bersama adik-beradik, sepupu dan juga teman rapatnya.

Jom tengok!



"KITA BOLEH BELAJAR MELEPASKAN & MENGHARGAI" - FASHA SANDHA



Tiada apa yang mampu diungkapkan, Fasha Sandha hanya mampu mengucapkan terima kasih terhadap peminat serta rakan-rakan artis yang memberi kata-kata semangat dan komen-komen positif yang sentiasa mendoakan supaya beliau tabah dalam mengharungi dugaan yang melanda.

Menerusi salah satu gambar yang dikongsi pelakon itu baru-baru ini, beliau memetik kata-kata semangat untuk sentiasa percaya ada hikmah di sebalik semua yang menimpanya.



7 GAMBAR - BILA HANEZ SURAYA & ROMIE, BAHAGIA BERLIMA



"Happy Birthday Sayang. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Sentiasa menjadi suami dan ayah yang baik. Tahun ni hadiah paling berharga i beri pada u, Putri Aleesya penyeri kita sekeluarga.

"Allah makbulkan doa kita. Semoga u sentiasa bersyukur dengan rezeki yang tak ternilai ini. Bimbinglah anak2 kita jadi orang yang berjaya. Amin," demikian doa Hanez Suraya melalui IGnya sempena sambutan hari lahir suaminya Romie Razin Adilha, baru-baru ini.

Jom tengok!



30 January 2016

SETELAH LAMA MENJANDA - DJ LIN AKHIRNYA JATUH CINTA DENGAN PEMINAT



"Diri ini diduga lagi! DOAkan agar nasib dan tuah menyebelahi LIN ya... moga tabah hati ini melaluinya & moga diberi kekuatan mengharungi kesakitan yg dirasa.. Ameen!" demikian kata DJ Lin, penyampai radio Suria FM melalui IGnya.

Untuk info, Semalam melalui rancangan Suria Cinta (SC), Linda Onn tanpa disangka telah bertanya kepada Roslinda Abd Majid atau DJ Lin mengenai kekasih hati. Apa yang mengejutkan, DJ Lin yang popular menerusi rancangan Suria Cinta itu membuat pengakuan eksklusif yang cintanya telah terpaut dengan seorang pendengar radio yang merupakan peminatnya sendiri.



MENJELANG NIKAH - AKIM PILIH CINCIN LIMA PERMATA UNTUK STACY



Setelah kejayaannya merangkul anugerah di AJL 30 bersama The Majistret, Akim Ahmad, 25, akhirnya memilih cincin campuran emas putih dan kuning bertakhtakan lima permata buat bakal isterinya Stacy.

"Cincin pilihan saya ini adalah kejutan buat Stacy kerana coraknya yang berbeza dari kebiasaan. Ringkas saja bentuknya namun memberi erti yang mendalam.



8 GAMBAR - REMY ISHAK KINI DI MEKAH TUNAI UMRAH BERSAMA IBU TERCINTA



Remy Ishak yang baru balik dari New York selepas menjalani penggambaran drama bersiri Rumi dan Jawi, perlu terbang lagi iaitu ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah bersama ibu tercintanya. Difahamkan, Remy dan ibunya berangkat ke sana semalam.



"TINGGAL '3 ISTERI', TAK BERMAKNA SAYA PERLU LENGKAPKAN" - SALIH YAACOB



Semua mengetahui bahawa Salih Yaacob, 55, kini tinggal tiga isteri setelah dia berpisah dengan isteri keduanya, Nor Raha Hamad, 47, selepas Aidilfitri tahun lalu.

Artikel terdahulu:

Pengacara dan juga penyampai radio Sinar FM itu bercerai dengan Raha selepas didesak isterinya agar berbuat demikian dengan alasan Salih tidak berlaku adil terhadapnya.



29 January 2016

SHAHROL SHIRO NIKAH MAC DEPAN - INIKAH WAJAH BAKAL ISTERINYA?



Setelah hampir lima tahun menduda, akhirnya pelawak dan juga penyampai radio Era FM, Shahrol Shiro bakal berkahwin pada bulan Mac depan dengan seorang ahli perniagaan. Majlis nikah akan diadakan di kediaman bakal isterinya, di Johor Bahru.

"Insya-Allah majlis tersebut akan dilangsungkan pada bulan Mac ini. Tentang tarikh nikah, sampai masanya saya akan beritahu secara live di radio Era FM.



MAYA MATAHARI MULA KEHIDUPAN BARU SETELAH BERCERAI



Tahun 2015 dan awal 2016 ini, cukup ramai artis dan selebriti yang bercerai termasuklah Maya Matahari yang mengesahkan bahawa dirinya sudah bercerai talak satu dengan suaminya, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 17 Ogos tahun lalu.

Menurut Maya, selain melihatkan komen pedas individu luar di laman sosial yang membuatkan dia terkesan, pada masa yang sama ibunya juga berdepan masalah kesihatan membuatkan dia mendiamkan diri terlebih dahulu mengenai kisah rumahtangganya itu dan memendam perasaan.



"SAYA BUKAN MALAIKAT" - IQRAM DINZLY KOMEN ISU UQASHA SEKSI DI THAILAND



Jika sebelum ini, gambar percutian Iqram Dinzly bersama Uqasha Senrose yang menyaksikan aktres itu membuka tudung di pulau Koh Lipe, Thailand menjadi bualan hangat... terkini Iqram Dinzly, 33, menganggap gambar percutian tersebut adalah satu ujian besar buat dirinya.

Sehubungan itu, dia enggan memberi komen panjang tentang perkara itu tetapi sebaliknya meminta individu yang mendedahkan gambar dan maklumat itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh mereka.

"Saya bukan malaikat mahupun maksom kerana kita manusia sentiasa diuji dan diduga.



10 GAMBAR - AKSI PUTERI BALQIS YANG COMEL



Tidak dinafikan pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis Azizi, sememangnya berbakat besar dalam bidang lakonan. Gaya lakonannya memang hebat berbanding pelakon kanak-kanak yang lain hingga dia berjaya menambat hati pelbagai pihak termasuk penerbit antarabangsa.

Malah dalam usianya yang baru menginjak 9 tahun, Balqis nampaknya makin matang dan pandai bergaya.

Khas untuk peminat Balqis, jom tengok aksi-aksi terkini pelakon yang pernah memenangi 'Asian Television Awards' ke-19 itu.



TAHNIAH - PENYAMPAI BERITA ASTRO AWANI, ASHWAD ISMAIL KINI BERGELAR BAPA



Penyampai berita Astro Awani iaitu Ashwad Ismail telah bergelar bapa apabila isterinya, Raja Nadia (Nana) yang merupakan penerbit kepada stesen radio ERA fm selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 11.30 pagi semalam.

Ashwad dan isterinya telah memberi nama Raessa buat anak sulung mereka.



28 January 2016

ISTERI KEDUA NIKAH LAIN - SALIH YAACOB KINI TINGGAL '3 ISTERI'



Pelawak, pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, 55, kini mempunyai satu kekosongan lagi!

Semuanya gara-gara dia sudah berpisah dengan isteri keduanya yang bernama Nor Raha Hamad, 47, selepas Aidilfitri tahun lalu. Kata Salih, dia menganggap ia adalah satu ketentuan daripada Allah SWT.



SELENA NAMA PUTERI KEDUA LIYANA JASMAY



Menerusi Instagram Liyana Jasmay, dia telah berkongsi wajah serta nama puteri keduanya yang lahir pada 22 Januari lalu.

Liyana dan suaminya, Fathuddin Mazlan telah sepakat menamakan puteri mereka dengan nama Selena.



FARAH ASYIKIN SAH CERAI SECARA TEBUS TALAK SEBANYAK RM100



Sayang seribu kali sayang apabila rumahtangga pasangan Farah Asyikin, 36, dan suaminya, Zaahier Stanley, 39, telah berada dipenghujungnya. Tidak dapat diselamatkan lagi apabila mereka akhirnya sah bercerai secara tebus talak sebanyak RM100 di Mahkamah Rendah Syariah pada hari ini.

Lafaz berkenaan dibuat oleh hakam lantikan mahkamah iaitu Mohd Fateh Salleh yang mewakili Zaahier selaku defendan kes berkenaan di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus.



LEPAS BICARA MAHKAMAH - MAJLIS RESEPSI ADIRA & SUAMI BAKAL DIADAKAN DI SABAH



Adira dan suaminya, Datuk Seri Adenan Abu merancang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka di kampung halaman Adira di Kota Kinabalu, Sabah, selepas perbicaraan kes mereka selesai

Terdahulu, Adenan yang merupakan ahli perniagaan dan mempunyai syarikat ejen hartanah telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengemukakan bukti berupa salinan asal sijil pernikahan mereka di Songkhla, Thailand yang didakwa berlangsung pada 8 Disember 2015.



8 GAMBAR - SUASANA MAJLIS HARI LAHIR ANAK PEREMPUAN SERINA REDZUAWAN



Anak kedua kepada Serina Redzuawan dan Salahudin Ghafar, Isabella Saffiya telah menyambut hari lahirnya yang ke-4 pada 23 Januari lalu.

"HAPPY BIRTHDAY MY ANGEL ISABELLA.... NOW YOUR 4 YEARS OLD!! Sekejap masa berlalu... mummy doakan Isabella Saffiya panjang umur.. di lindungi Allah SWT selalu.. jadi anak yang bijak dan hormat orang tua.. serta merendah diri.



SEJAK BERHIJAB - MIA SARA KURANG DAPAT TAWARAN BERLAKON



"Tawaran lakonan semakin kurang dan saya faham mengapa saya tidak diambil berlakon," demikian kata Mia Sara Nasuha, 11, mengenai dirinya yang kurang mendapat tawaran berlakon sejak dia membuat keputusan menutup aurat dengan bertudung.

Menurut Mia, dia bagaimanapun akur dengan perkara itu kerana sudah bersedia dengan segala kemungkinan sejak membuat keputusan berkenaan pada Disember tahun lalu.



8 GAMBAR - WAJAH TERKINI 'BABY GIRL' SYARIF SLEEQ



Setelah 29 hari dilahirkan, kini Syarif Sleeq dan isterinya Malaque Mahdaly menunjukkan wajah terkini baby perempuan mereka yang diberi nama Selma Malika.

"Still in disbelief Masha AlIah I became a father on the 31st of December. I will love you like no other," ujar Syarif ketika anaknya itu dilahirkan hujung tahun lalu.

Jom tengok!



8 GAMBAR - AMAR ASYRAF RASA TENANG DI TANAH SUCI



"Alhamdulillah, benar seperti apa yang dikatakan, kunjungan kami ibarat penyucian jiwa. Sukar untuk saya ungkapkan ketenangan apabila berada di sini.

"Kami sekeluarga baik-baik saja. Cuaca sejuk pada kadar 24 darjah Celsius memudahkan kami untuk beribadat dan bergerak dari satu lokasi ke lokasi seterusnya," ujar Amar Asyraf, 30, yang kini berada di Madinah mengerjakan umrah bersama keluarga.



27 January 2016

11 GAMBAR - SEKITAR PERKAHWINAN NANA NURGAYA DIUSIA 42



Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Nana Nurgaya, 42, yang selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Mohd Azwan Muhamad Yusof Teh, 36. Majlis resepsi mereka telah diadakan di Bangunan Risda, Jalan Ampang, Kuala Lumpur Ahad lalu.

Awalnya, mereka telah diijab­kabul di Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak pada 13 Disember 2015 iaitu bersamaan dengan ulang tahun kelahiran Nana.

Meskipun berkahwin lambat dalam usia 42 tahun, namun Nana ada alasan tersendiri mengenai perkara tersebut yang tidak diketahui oleh orang lain.



PEMINAT GELAR ANAK LELAKINYA KANG GARY - AARON AZIZ SPORTING LAYAN USIKAN



Anak lelaki Aaron Aziz iaitu Danish Anaqi digelar Kang Gary oleh peminat kerana wajahnya dikatakan seiras ahli Running Man itu. Aaron bagaimanpun tidak kisah apabila anak pertamanya itu digelar Kang Gary.

Gelaran tersebut mula diberikan oleh peminat-peminat Aaron selepas aktor tersebut memuatnaik gambar percutiannya bersama keluarga di Paris tiga minggu lalu.



13 GAMBAR - AKSI COMEL ERRA FAZIRA DI CHIANG MAI, THAILAND



"Sawadeeka.. temperature 11°c di Chiang Mai.. tak ada persiapan sepatutnya.. so acara menggigil beramai-ramai!!" ujar Erra Fazira yang sedang sibuk menjalani penggambaran filem Soul Mate.

Erra berada di Chiang Mai, Thailand bermula 19 hingga 29 Januari ini.

Untuk info, filem tersebut turut dibintangi oleh Raja Ilya, Taufik Batisah dan ramai lagi. Ia diarahkan oleh Prof A Razak Mohaideen.

"Muah citet dr Chiang Mai buat semua.." - Erra



TERLANTAR SAKIT - JKM AKHIRNYA TAMPIL MEMBANTU AMRAN TOMPEL



Teman ketawa senang dicari, teman menangis seorang diri!

Demikianlah halnya dengan Amran Aman Ramli, 65, anak pelakon veteran terkenal, AR Tompel yang jatuh sakit baru-baru ini. Dia yang terlantar di rumahnya di Taman Matahari Height, Senawang, Negeri Sembilan selepas diserang angin ahmar tahun lalu mendakwa terpinggir tanpa perhatian sewajarnya.



26 January 2016

21 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS AKIKAH ANAK KEDUA BETTY BANAFE



Majlis akikah Bruce Dean Dargus, anak kepada Betty Banafe dan Bruce Dargus telah diadakan pada 21 Januari lalu di Johor.

"Finally, it's over. Akikah Baby Dean Dargus and Fathir Banafee. Thank you so much adik beradik, saudara mara, sahabat handai atas menjayakan majlis akikah kami. Moga kami semua diberkati. Amin Ya Rab.



GARA-GARA SEKSI DI THAILAND - UQASHA SENROSE DITUDUH HIPOKRIT



Hanya gara-gara bercuti bersama Iqram Dinzly di Thailand, pelakon Uqasha Senrose dilabelkan sebagai hipokrit oleh segelintir pihak yang tidak senang hati melihatnya berpakaian seksi di sana.

Malah sebelum inipun, ada pihak yang menyebarkan khabar angin mendakwa mereka pernah terlihat Uqasha Senrose ke kelab malam hanya dengan bertopi... tetapi pelakon itu menafikannya.



AMRAN TOMPEL TELANTAR SAKIT



"Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zulkifli Mohamad (Zack KOOL) sudah melawat Amran ketika dia dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban baru-baru ini dan ada menghulurkan bantuan.

"Saya tidak dapat hadir kerana ada urusan lain dan mewakilkan dia menziarahi Amran bagi pihak kami," demikian kata Presiden Seniman Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi berhubung kenyataan pelakon Amran Tompel, 65, yang terkilan kerana tidak dilawati mana-mana persatuan artis selepas terlantar akibat angin ahmar sejak Disember tahun lalu.



LIYANA JASMAY SELAMAT BERSALIN ANAK KEDUA



Pada Jumaat lalu (22 Januari 2016), Liyana Jasmay telah selamat melahirkan anak keduanya sekitar jam 3 petang.

Difahamkan, bayi perempuan tersebut lahir dengan berat 2.9kg.



8 GAMBAR - PRA PERKAHWINAN ANZALNA NASIR & MOHAMAD HANIF



Gambar-gambar pra perkahwinan Anzalna Nasir, 27, dan bakal suaminya, Mohamad Hanif Mohamad Zaki, 27, yang ala-ala lagu 'Jaanam' melalui filem Dilwale.

"The making of our pre wedding video. Jaanam Jaanam tak?" Ujar Anzalna melalui IGnya.



25 January 2016

46 GAMBAR - SUASANA MAJLIS MAKAN MALAM MILA JIRIN & ISZ MUSTAPHA



Bagi meraikan pengantin baru, majlis makan malam Mila Jirin dan Isz Mustapha telah diadakan pada 23 Januari lalu bertempat di Ballroom 1, ECity Hotel, One City, Subang.

Dalam majlis tersebut, Mila dan Isz kelihatan bergaya mengenakan busana berwarna hitam.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh ahli keluarga, rakan-rakan artis seta teman rapat pasangan ini.

Jom tengok!



ERRA FAZIRA NAFI DIRINYA DIPINANG SHAHIR



Sebelum ini hangat diperkatakan yang penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ke-8, Shahir telah menemui ibu Erra Fazira, Azizah Zaik untuk meluahkan hasrat mahu meminang bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu.



5 GAMBAR - USTAZ DON TIMANG ANAK KEDUA



Tahniah diucapkan buat Ustaz Don Daniyal Don Bijayid diatas kelahiran putera keduanya baru-baru ini.

Bayi keduanya itu telah diberi nama Don Ibrohim.



INFO - 'POTRET' MUNCUL JUARA AJL 30



Pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-30 malam semalam telah memberi kemenangan tidak dapat dilupakan oleh Akim & The Majistret apabila lagu 'Potret' dinobatkan sebagai juara.

Kumpulan tersebut telah menewaskan 12 lagu yang bersaing di mana ia melayakkan mereka dan komposer Hang Nadim serta penulis liriknya Kamar Empayer membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 termasuk trofi AJL.



24 January 2016

38 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS HARI LAHIR PUTERI EIRA SYAZIRA & AZAD JAZMIN



Majlis hari lahir Ammara Sofea Rose yang ke-3, anak kepada Eira Syazira dan Azad Jazmin telah diadakan 17 Januari lalu iaitu 6 hari selepas dari tarikh sebenar.

Majlis yang bertempat di La Vista Condo, Bdr Puchong Jaya, Puchong itu bertemakan Cinderella.

Jom tengok!



SAH HAMIL - RAJA FARAH BAKAL BERGELAR IBU



Raja Farah, 27, yang sebelum ini pernah menganggap dirinya tidak mungkin berpeluang menjadi ibu ternyata meleset apabila dia disahkan hamil dua bulan.

Menurut Farah, berita kehamilannya itu diketahui seminggu selepas dia pulang daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah bersama suaminya, Iskandar Ismail dari 18 hingga 29 Disember lalu.



23 January 2016

PRODUK QU PUTEH: "SAYA HARAP PENGGUNA TIDAK HILANG KEPERCAYAAN" - DATUK SERI VIDA



Semua sedia maklum mengenai dua produk Qu Puteh iaitu, Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block telah diharamkan penjualannya oleh Malaysia dan Brunei kerana mengandungi racun berbahaya.

Pengasas syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida berkata, pihaknya akan melakukan penelitian terhadap dua produk berkenaan kerana sebelum ini masalah sedemikian belum pernah lagi berlaku.



25 GAMBAR - SUASANA SAMBUTAN HARI LAHIR TASHA SHILLA BERSAMA PEMINAT



Tasha Shilla telah diberi kejutan awal oleh para peminatnya menjelang hari lahirnya pada 25 Januari nanti. Sambutan tersebut telah berlangsung di Shah Alam.

Gambar- gambar sekitar sambutan hari lahir ini telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu 712 Studio

Happy Birthday Tasha Shilla! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Jom lihat!



PRODUK QU PUTEH BERACUN - MALAYSIA & BRUNEI HARAMKAN PENJUALAN



Dua produk keluaran syarikat kosmetik jenama terkenal Vida Beauty Sdn. Bhd. (Vida Beauty) milik usahawan terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida yang pernah menjadi penaja utama Gegar Vaganza 2, telah diharamkan penjualannya oleh Malaysia serta Brunei.

Dua produk yang dimaksudkan adalah produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block. Ini kerana produk berkenaan didakwa mengandungi bahan-bahan yang berbahaya.



4 GAMBAR - LEPAS LONDON, MARSHA & SUAMI HONEYMOON DI ITALI



Lepas berbulan madu di London, terkini Marsha Milan Londoh dan suaminya, Mohamed Shaiful Nizam pula telah memilih Itali sebagai dentinasi kedua bulan madu mereka.

Jom lihat!



VIDEO - SWEETNYA TUN M DUET BERSAMA ISTERI



Alahai... sweetnya bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah berduet.

Rakyat Malaysia tahu, Tun M dan isterinya merupakan pasangan yang paling sweet. Walaupun umur sudah meningkat tetapi mereka masih mesra, bergurau antara satu sama lain dan saling memahami.

Ramai yang terhibur dengan persembahan dari pasangan ni. Tak lokek dari senyuman kami dibuatnya bila isteri Tun M buat kelakar. Aduhaii patut la pasangan ni kekal lama sebab masing-masing 'satu kepala'.. Hehe



VIDEONYA SELEPAS INI

25 GAMBAR - WAJAH TERKINI EVA, ANAK ELAINY DALY



Gambar terkini anak perempuan Elainy Daly dan Nick Borden iaitu Eva Jean Borden yang kini berusia enam bulan lebih.

Untuk rekod, Elainy melahirkan anak pertama hasil perkongsian hidup bersama Eric melalui pembedahan pada 11 Julai tahun lalu.

Jom tengok!



PUNCA CERAI - ADAM AF NAFI KERANA MASALAH KEWANGAN ATAU ORANG KETIGA



Berita mengenai penceraian antara Adam AF, 32, dan Fiza Elite, 34, mendapat perhatian ramai apabila penceraian ini merupakan kali kedua mereka.

Desas-desus yang mengatakan punca perceraian mereka adalah kerana masalah kewangan dan muncul orang ketiga. Bagaimanapun, Adam sendiri telah menafikan perkara tersebut.



JUARA PARODI AKHIR - KOBIS PEDAS MUNCUL JUARA, MENANG RM325,OOO



Tahniah diucapkan buat kumpulan Kobis Pedas yang dianggotai oleh Misha Omar dan Tauke Jambu apabila diumumkan sebagai juara bagi program Juara Parodi dan memenangi wang tunai RM300,000 dalam konsert akhir yang diadakan di Teater Shah Alam, malam tadi.

Selain itu, Kobis Pedas juga memenangi Anugerah Pilihan Penonton dengan hadiah wang tunai RM25,000.



22 January 2016

6 GAMBAR - AYU RAUDHAH & ZAQUAN ADHA SAMBUT ANNIVERSARY YANG KE-5



"My Sweetheart.. ‪On this special day, as we celebrate another year of our togetherness, I want you to know that your love & care makes a beautiful difference to my days. U are so special to me. Happy 5th Love Anniversary.

"Our Anniversary is not jus celebration of our wedding day, It is the celebration of everyday of being married to an awesome guy like you..," kata Ayu Raudhah yang menyambut ulangtahun perkahwinannya yang ke-5 semalam.



5 GAMBAR - MARSHA DAN SUAMI BERBULAN MADU DI LONDON



"I'm here!!! Alhamdulillah selamat sampai.." kata Marsha Milan Londoh yang berbulan madu bersama suaminya, Mohamed Shaiful Nizam, kelmarin.

Tak mainlah kat Langkawi atau Pulau Pangkor... tapi di London. Heh.

Siap buka lagu Dilwale lagi. Cayalah Marsha!



GOSIP MOSIP - BENARKAH SHAHIR DAH MEMINANG ERRA FAZIRA?



Nampaknya gosip antara Erra Fazira dan Shahir AF8 masih belum reda apabila timbul cerita mengatakan Shahir baru-baru ini sudah menghantar rombongan meminang Erra. Malah cerita tersebut juga sudah menjadi viral di alam maya.

Lebih meyakinkan mereka, Erra sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka berdua sedang mengenali hati budi masing-masing serta kerap berhubung melalui telefon.



11 GAMBAR - GELAGAT ANAK ALLY ISKANDAR & FARAH LEE YANG MENCUIT HATI



Pasti yang ramai yang ingin melihat perkembangan terkini anak sulung kepada pasangan Ally Iskandar dan Farah Lee yang bernama Maream Esabel.

Disini kami kongsikan beberapa aksi comel Maream yang kini berusia setahun lebih.

"She is all grown up. Alhamdulillah," ujar Farah di laman facebooknya.

Jom tengok!

GAMBAR TERKINI


21 January 2016

NAZIM OTHMAN & BELLA DALLY SAH TUNANG BULAN NOVEMBER



Tahniah diucapkan buat pasangan Nazim Othman dan Bella Dally yang selamat mengikat tali pertunangan pada 14 November tahun lalu.

Berita pertunangan ini telah disahkan sendiri oleh Nazim menerusi laman Instagram dengan memuat naik video mereka berdua berserta kapsyen.

Difahamkan, majlis pertunangan tersebut telah berlangsung di kediaman Bella di Kota Kinabalu, Sabah.