31 March 2016

10 GAMBAR - ELFIRA LOY SAMBUT BIRTHDAY DI HOSPITAL



"Jaga 10 orang bayi baru lahir lagi senang daripada jaga seorang nenek tua yang kuat bebel," demikian seloroh rakan Elfira Loy yang bernama Palikeqal di IGnya.

Untuk info, Kelmarin Elfira Loy telah dimasukkan ke hospital selepas dilaporkan kurang sihat selama dua minggu. Buat masa sekarang, Elfira masih menanti keputusan dari doktor sama ada akan terus dirawat atau sebaliknya.



37 GAMBAR - SUASANA SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-22 BELLA ASTILLAH



Haih! nampaknya memang ramai selebriti dan artis kita yang menyambut ulangtahun kelahiran mereka pada bulan Mac ini ya. Termasuklah tunang kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah yang telah menyambut ulangtahunnya yang ke-22 baru-baru ini.

Majlis bertemakan 'white shirt & jean' yang diadakan di Lavender Garden Hall ini telah dihadiri oleh ahli keluarga, teman rapat serta rakan artis.

Kehadiran tetamu yang mengikuti warna tema menjadikan majlis kelihatan begitu casual dan santai.

Bagi memeriahkan lagi majlis ini, tiga buah game telah diadakan.



7 GAMBAR - LAWATAN MENGEJUT LEONARDO DICAPRIO KE ACEH



Aceh nampaknya amat bertuah apabila Pelakon Lelaki Tebaik filem 'The Revenant', iaitu aktor Leonardo DiCaprio datang melawat Taman Negara Gunung Leuser, baru-baru ini.

Leonardo dilihat ditemani oleh dua orang rakan artis yang lain iaitu Adrien Brody dan Fisher Stevens.



GOSIP - SHARNAAZ AHMAD & NABILA HADIRI KURSUS KAHWIN?



Bukan mudah jadi artis. Ke mana-mana sahaja mereka pergi, pasti ada sahaja mata yang memandang dan mengambil tahu hal mereka.

Demikian jugalah halnya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad yang baru-baru ini didakwa dilihat menghadiri satu kursus kahwin bersama kekasihnya iaitu kakak kepada pelakon dan pengacara Neelofa, Noor Nabila, 31.



TAKZIAH - KANDUNGAN SHARIFAH SAKINAH ALAMI KEGUGURAN



Belum ada rezeki!

Demikian halnya dengan Sharifah Sakinah yang mengalami keguguran baru-baru ini. Bagaimanapun Sakinah dan suaminya redha dengan ketentuan Ilahi dan menganggap bahawa mungkin tiada rezeki lagi untuk mereka memiliki anak.

"Saya mendapat tahu mengenai keguguran ini sekitar dua minggu lalu. Kandungan itu sendiri masih pada peringkat awal. Bagaimanapun, saya menerima ketentuan ini dengan redha. Suami, Aliff Adha turut berperasaan sama.



TARIK BALIK TUDUHAN - FAYE BERI TEMPOH 2 BULAN PADA ELLY MAZLEIN



"Niat saya cuma ingin melindungi keluarga daripada cemuhan masyarakat dan menegakkan kebenaran yang saya bukan punca kes cerainya itu," demikian kata Faye Kusairi yang meminta Elly Mazlein untuk tampil menarik balik dan memohon maaf kepadanya atas tuduhan dia punca penceraian beliau dan bekas suami, Azmi Hatta.

Kata Faye, dia belum ada masa untuk berbincang dengan peguam mengenai tindakan susulan yang akan diambil selepas kenyataan balas Elly berhubung perkara ini.



30 March 2016

25 GAMBAR - SAMBUT BIRTHDAY - ENGKU ALEESYA KINI BERUSIA 7 TAHUN



Diam tak diam rupanya puteri kesayangan Erra Fazira dan Engku Emran iaitu Engku Aleesya telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-7 baru-baru ini.

Dalam satu majlis bertemakan 'Pyjama Party', Erra dan anak kesayangannya itu kelihatan comel sekali apabila mengenakan baju tidur sedondon.



BAKAL KAHWIN LAGI - RAJA EMA AKAN BERSARA



"Saya mahu bersara selepas kahwin," kata penyanyi dan juga pelakon popular sekitar era 80an, Raja Ema.

"Sebenarnya saya merancang untuk berkahwin, namun saya akan umumkan bila sampai masanya nanti. Saya berharap agar semua mendoakan perancangan saya ini. Jadi sebab itulah saya rasa nak bersara selain fokus pada perniagaan.



MAMPUKAH CINTA ERRA & AWIE KEMBALI BERTAUT?



Semua tahu yang Awie dan Erra Fazira bakal mengimbau kembali kenangan percintaan di zaman remaja mereka melalui sebuah filem. Namun ada juga yang berharap agar pasangan yang pernah bertunang pada 1996 ini kembali bersatu sebagai kekasih.

Ini kerana, Awie dan Erra pernah menjalin cinta selepas sama-sama membintangi filem Sembilu satu ketika dahulu. Bagaimanapun, cinta mereka tidak kekal lama apabila masing-masing berkahwin dengan pilihan sendiri gara-gara pelbagai kontroversi yang melanda.



21 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS HARI LAHIR FASHA SANDHA YANG KE-32



Gambar-gambar sekitar majlis sambutan hari lahir Fasha Sandha yang ke-32 yang diadakan malam semalam

Majlis yang berlangsung secara sederhana itu telah dihadiri oleh ahli keluarga, teman rapat serta rakan artis.

Menerusi gambar tersebut, Fasha kelihatan sangat cantik dengan pakaian serba putih serta bunga di atas kepala.



29 March 2016

9 GAMBAR - ANAK SULUNG AYU RAUDHAH & ZAQUAN ADHA SAMBUT BIRTHDAY YANG KE-3



Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha telah mengadakan majlis hari lahir yang ke-3 putera sulung mereka yang bernama Aisy Qaiser.

"You are one of the most beautiful things that ever happen to me. For that, I thanks to Allah for giving me a wonderful child! H a p p y B i r t h d a y M y S o n," ucap Ayu di laman IGnya.

Selamat hari lahir kami ucapkan dan semoga Aisy menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapanya. Amin.



TAYANG 'LELAKI' DI IG - FIZA ELITE NAFI KEKASIH, TAPI ADIK



Orang lawa memang cepat dapat pengganti, demikian komen beberapa pengunjung laman sosial mengenai Fiza Elite yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang pilot.

Malah di Instagram milik Fiza, penyanyi dan pelakon itu telah meletakkan gambar seorang lelaki yang diambil secara sipi-sipi sahaja. Ia sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi hangat yang mendakwa ia kekasih Fiza.



DIRISIK LELAKI MISTERI - MAYA KARIN RASA PELIK, TAKUT



"Apa yang boleh saya katakan, mengabaikannya adalah tindakan paling wajar harus saya buat kerana saya langsung tidak mengenali tuan empunya diri dan bimbang akan mendatang ancaman bahaya pada diri saya kelak," demikian kata Maya Karin yang dirisik lelaki misteri baru-baru ini ketika sedang bercuti di Jerman.

Kata pelakon itu, dia menerima risikan daripada lelaki tersebut yang telah menemui ibunya seminggu lalu di Sungai Pencala dengan hanya membawa sebentuk cincin.



NOSTALGIA - KENANGAN NORANIZA IDRIS BERSAMA ALLAHYARHAM ABDULLAH CHIK



Gambar nostalgia dan kenangan Noraniza Idris bersama Allahyarham Abdullah Chik ketika hari terakhir mereka untuk membuat persembahan di Negeri Kelantan.

Tambah Noraniza: "di Hotel Perdana malam yang sama. Setelah check in bagasi, kami berbual. Suara nya agak ke dalam . Ssys tegur kenapa suara Abang Dollah tu. Katanya letih shooting drama back to back. Ssys nasihat kan dia berehat dan makan ubat. Katanya dia sihat tspi bawa stock keperluan sakit kepala@demam.



7 GAMBAR - UCAPAN JEJAI BUAT BEKAS ISTERI SEMPENA HARI LAHIRNYA



Untuk pengetahuan semua, pada hari semalam iaitu 28 Mac merupakan ulangtahun kelahiran Fasha Sandha yang ke-32. Fasha telah menyambut hari lahir itu bersama dua anaknya iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma serta teman rapatnya.

Apa yang menariknya, Fasha telah memuatnaik gambar repost daripada Instagram bekas suaminya, Jejai. Menerusi repost itu, Jejai telah memberi ucapan hari lahir buat bekas isterinya itu. Walaupun simple sahaja ucapannya, tapi cukup bermakna.



BAPA PELAKON POPULAR JADI GELANDANGAN, PENGEMIS



Meskipun anaknya seorang artis popular, namun entah bagaimana, dia menjadi seorang gelandangan yang sudah lama menetap di kaki lima berhampiran daerah JI Bangka, Jakarta Selatan, Indonesia. Begitulah nasib yang menimpa Irwan Yusuf, yang mengaku sebagai ayah kandung kepada Marshanda atau lebih dikenali sebagai Chacha.

Rahsianya terbongkar apabila dia ditahan oleh petugas Pelayanan, Pengawasan, dan Pengendalian Sosial (P3S) Suku Dinas Sosial Jakarta Selatan ketika sedang mengemis di Jalan Bangka, Jakar Selatan baru-baru ini.



28 March 2016

"BUKAN KERANA KECEWA PUNCA SAYA BELUM BERKAHWIN" - ZAMANI SLAM



Vokalis kumpulan Slam, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim menafikan bahawa dirinya itu belum berkahwin sehingga hari ini adalah kerana kecewa dengan cinta lama.

Zamani yang mengakui dirinya masih solo dan tidak mempunyai kekasih hati bagamanapun menyerahkan soal jodohnya kepada qada' dan qadar.

"Tiada istilah kecewa dalam hidup saya walaupun pernah beberapa kali putus cinta. Sebagai manusia biasa saya ada keinginan untuk berkahwin, tetapi mungkin belum tiba masanya.



PERNIKAHAN ADIRA & DATO RED SAH IKUT HUKUM SYARAK - MAHKAMAH



Pernikahan penyanyi Adira Suhaimi dengan Dato Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adenan Abu secara poligami di Songkhla, Thailand pada 3 Disember tahun lalu adalah mengikut hukum syarak apabila Mahkamah Tinggi Syariah mengesahkan pernikahan mereka hari ini.

Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab membuat keputusan itu selepas meneliti dan berpuas hati dengan semua keterangan, hujahan bertulis serta bukti pernikahan yang dikemukakan pasangan itu.



SUDAH TEMUI PENGGANTI - FIZA HALIM AKUI BAHAGIA



Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti.

Demikiannya dengan Fiza Halim atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 35, yang sudah menemui pengganti setelah bercerai dengan Adam AF2 buat kali kedua pada 28 Disember 2015. Kali pertama mereka bercerai adalah pada 28 April 2014.

Tanpa berselindung, Fiza telah mengesahkan dirinya kini sedang bahagia bersama seorang jejaka yang baharu dikenalinya. Fiza bagaimanapun enggan mendedahkan identiti jejaka itu buat masa ini.



AZMI HATTA AKUI CINTA ELLY MAZLEIN SAMPAI BILA-BILA



"Cinta saya dengan Elly tidak akan berubah sampai bila-bila. Cuma masalahnya jodoh kami tidak panjang. Kenyataan itu harus diterima," demikian kata Azmi Hatta yang mengakui beliau masih sayang dan cintakan bekas isterinya, Elly Mazlein meskipun sudah bercerai.

Kata Azmi, dia tidak akan pernah mendedahkan punca penceraian beliau dan Elly meskipun diasak dengan pelbagai persoalan kerana dia percaya setiap yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri.



11 GAMBAR - SAMBUTAN AWAL BIRTHDAY LIYANA JASMAY DI BUTIK



Menerusi laman Instagram Liyana Jasmay, staf serta teman rapatnya telah meraikan hari lahir Liyana yang ke-28 lebih awal dari tarikh sebenar iaitu pada 28 Mac (hari ini) di butik Liyana diberi nama Mermaid Store.

Gambar-gambar sekitar sambutan ini telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu Foto Cantik Studio.

Selamat hari lahir kami ucapkan dan semoga panjang umur hendaknya. Amin



11 GAMBAR PRA PERKAHWINAN 'CIK PIAH' & NURASHID



Gambar-gambar pra perkahwinan penyampai radio dan pengacara Feeya Iskandar, 27, dengan Nurashid Wahab yang dilakukan oleh jurugambar rasmi mereka lifestyleweddings.co.

Selain sibuk dengan kerjaya masing-masing, mereka kini juga sedang sibuk menguruskan majlis pernikahan dan persandingan yang bakal diadakan pada Mei depan.

"Saya hendak nikah dan mengadakan majlis resepsi. Kalau saya terus sibuk, macam mana saya mahu menguruskan majlis saya?



62 GAMBAR - KEMERIAHAN MAJLIS RESEPSI JIHAN & UNGKU HARIZ



Semalam majlis resepsi Jihan Muse dan Ungku hariz telah berlangsung dengan meriahnya di Menara Naza Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Shah Alam.

Dalam majlis tersebut, Jihan dan Ungku Hariz nampak bergaya dan sama padan dengan berpakaian songket berwarna kuning laksana pasangan diraja sedang bersanding.



27 March 2016

11 GAMBAR + VIDEO - SEKITAR MAJLIS RESEPSI ADIRA & DATO RED DI SABAH



Selepas perbicaraan kes mereka selesai, Adira Suhaimi dan suaminya, Dato Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu telah mengadakan majlis resepsi mereka di Sabah semalam.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu telah dihadiri ahli keluarga, saudara terdekat serta teman rapat pasangan ini.

Dalam majlis tersebut, Adira kelihatan anggun mengenakan busana berwarna merah jambu manakala Dato Red pula segak dengan sut berwarna kelabu.



TERBABIT KEMALANGAN - YATT HAMZAH ALAMI TRAUMA



Malang tak berbau!

Itulah yang boleh diungkapkan buat Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 36, apabila dia terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Karak sekitar jam 7 malam semalam.

Kereta jenis Kia Optima K5 yang dipandu oleh Yatt telah mengalami kerosakan teruk.



26 March 2016

AL-FATIHAH - BEKAS SUAMI SENIWATI SARIMAH AHMAD KEMBALI KE RAHMATULLAH



Bekas suami seniwati Datuk Sarimah Ahmad iaitu Datuk Zulkifli Ahmad meninggal dunia kira-kira pukul 6.40 pagi tadi akibat penyakit tulang belakang yang dihadapinya sejak beberapa tahun lalu.

Datuk Zulkifli Ahmad menghembus nafas terakhirnya di Pusat Perubatan KPJ Damansara pada usia 80 tahun. Berita tersebut telah di sahkan sendiri oleh anaknya, Shahray Zulkifli.

"Ayah meninggal dunia kerana sakit tulang belakang dan beliau baharu sahaja melakukan pembedahan tulang belakang sebulan lalu.

Datuk Zulkifly Ahmad bersama tiga cucunya yang juga anak kepada Shahray


ISU BELASAH PENGKID - LYDIAWATI BERI KETERANGAN PADA POLIS



Selepas Lydiawati memuatnaik dua siri rakaman video beliau membelasah seorang pengkid gara-gara wanita bergaya lelaki itu sering mengganggu dirinya dan keluarga dalam laman Facebook miliknya 'Lyd Saimon', telah dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Daerah Ampang semalam.

Artikel terdahulu:

Difahamkan, Lydiawati hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang kira-kira pukul 6 petang dan dibenarkan pulang selepas polis merakam kenyataannya.



JANGAN SELFIE & KELUAR JUMPA PENYOKONG - AMARAN FMLLP BUAT DATO VIDA



Ketua pegawai eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam memberi amaran kepada pengasas produk kecantikan yang juga penasihat kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Hasmiza Othman agar mematuhi peraturan ketika berada di kawasan teknikal bagi menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan The Red Warriors.

"Beliau perlu mematuhi peraturan di kawasan teknikal seperti elakkan menggunakan telefon bimbit, pakaian tidak boleh sama dengan yang dipakai oleh pemain di padang... itu sebab pemain yang berada di bangku simpanan memakai bib agar tidak sama dengan rakan sepasukan yang sedang beraksi.



37 GAMBAR - SUASANA MAJLIS HARI LAHIR MEMEY SUHAIZA YANG KE-28



Ulangtahun kelahiran ke-28 Memey Suhaiza telah diadakan secara sederhana di Wangsa Grill by Chef Zubir semalam.

"Senafas yang tak seiras, yang selalu sekata, kadang-kadang tak seia... Namun darahmu akan terus sentiasa mengalir dalam tubuhku...

"Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-28 sayangku.. Semoga Allah & para malaikat memberkatimu... Hamba yang hina akan terus menjagamu... Aamiin YRA," ucapan hari lahir Norman Hakim buat isterinya.

Gambar-gambar sekitar majlis ini telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu The Photolicious.



25 March 2016

3 GAMBAR + VIDEO - HANGAT... BILA LYDIAWATI BELASAH PENGKID



Peminat Lydiawati semalam menjadi gempar apabila pelakon itu mengaku membelasah seorang pengkid gara-gara wanita bergaya lelaki itu sering mengganggu dirinya dan keluarga. Malah dua video yang menunjukkan pelakon terbabit sedang menyerang dan mengamuk turut dimuatkan dalam akaun Facebook miliknya 'Lyd Saimon'.

Untuk info, sebelum ini Lydiawati pernah memberi keterangan kepada wartawan Harian Metro mengenai masalah gangguan yang dihadapinya itu. Dakwanya, dia sering dimaki, diugut dan menerima SMS serta panggilan telefon berunsur seksual setiap hari hingga membuat dirinya tertekan.



3 GAMBAR - SAAT BAHAGIA JIHAN MUSE & UNGKU HARIZ



Gambar menarik saat bahagia Jihan Muse dan suaminya, Ungku Hariz yang dirakamkan secara eksklusif oleh CST Production untuk kenangan mereka.

Untuk makluman, pasangan ini sekali lagi akan diraikan dalam satu majlis resepsi yang akan diadakan pada 27 Mac ini di Shah Alam.

Jadi khas untuk peminat Jihan dan Ungku Hariz, kami paparkan gambar-gambar saat bahagia mereka itu untuk tatapan bersama. Selamat pengantin baru..!



24 GAMBAR - TERIMA KEJUTAN HARI LAHIR, EMMA MAEMBONG RASA TERHARU



Emma Maembng telah diberi kejutan awal oleh peminatnya menjelang hari lahirnya yang jatuh pada 27 Mac ini.

"I'm sooo bless, thank u all," ujar Emma Maembong.

Happy birthday kami ucapkan buat Emma. Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki.



REZEKI 6 ANAK - AMELINA TERIMA RATUSAN RIBU SEBAGAI DUTA



"Mengenai berapa banyak jumlah yang saya terima daripada syarikat tak perlulah saya ulas dengan lebih lanjut.

"Ini bukan rezeki untuk saya seorang, malah untuk anak-anak saya yang seramai 6 orang itu. Mereka kini semakin membesar seperti anak-anak orang lain," ujar penyanyi dangdut Amelina yang mengakui menerima amaun sebanyak ratusan ribu apabila dilantik sebagai Duta Pewarna Rambut D’Herbs.



RAKAN RASA SEDIH BILA PIE KERAP DIFITNAH MENINGGAL



"Penyebaran berita seumpama ini bukan pertama kali berlaku kerana sebelum ini pernah tersebar berita palsu yang menyatakan Pie meninggal dunia," ujar sahabat baik Pie, Omar Hashi, dipetik sebagai berkata.

Omar berkata demikian bagi menepis dakwaan bahawa pelawak veteran, Shafiee Jaafar, 85,atau lebih dikenali sebagai Pie yang dikhabarkan meninggal dunia, petang semalam oleh beberapa laman sosial.



24 March 2016

18 GAMBAR - LAGI RAGAM TERKINI MAREAM ESABEL, ANAK ALLY ISKANDAR & FARAH LEE



Lagi gambar-gambar terkini Maream Esabel, anak perempuan Ally Iskandar dan Farah Lee yang sangat comel.

Jom kita tengok ragam Maream ni!



KERAP BIMBANG TAK HAMIL, INI JAWAPAN 'BERNAS' SUAMI RAJA FARAH...



"Pernah saya tanyakan kepada suami, jika benar saya tidak boleh mengandung, apa yang dia akan lakukan? Sampai sebegitu sekali rasa ragu dan bimbang saya," ujar Raja Farah, 27, yang pernah rasa bimbang pada perkahwinan terbarunya seandainya dia gagal memberi zuriat seperti perkahwinan yang terdahulu.

Untuk info, sebelum ini Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz pernah terpalit dengan tuduhan mandul selepas lima tahun mendirikan rumah tangga tanpa zuriat bersama bekas suami.



LISA SURIHANI MAHU TINGGALKAN DUNIA SENI KERANA ANAK



Pasti anda semua sudah mengetahui isu mengenai rancangan Astro iaitu eBu Babypedia Lisa & baby Yahaira. Ramai yang memberi komen positif dan ramai juga yang mengutuk pasangan ini kerana didakwa 'lokek' wajah anak mereka, tetapi 'pemurah' pula dengan Astro.

Namun, Yusry akhirnya menjelaskan bahawa mereka masih tetap berpegang kepada prinsip dan keputusan bersama untuk tidak kerap mendedahkan gambar anak sulung mereka yang kini berusia enam bulan itu.

Dalam perkembangan berlainan, Lisa Surihani mengakui kehidupannya kini berubah selepas mendirikan rumahtangga lebih-lebih lagi setelah kelahiran Yahaira Leanne. Tambah Lisa, dia tidak menolak kemungkinan untuk menarik diri daripada industri hiburan atau dalam kata lainnya bersara.



23 March 2016

KECANTIKAN HOS RUNNING MAN, SONG JI HYO ASLI - DOKTOR



Akhirnya doktor mengesahkan bahawa kecantikan hos Running Man iaitu Song Ji Hyo adalah asli dan bukan gara-gara dandanan berlebihan, botox atau pembedahan.

Menerusi satu episod Running Man, doktor pakar bedah tersebut yang diundang khas telah menjelaskan mengenai 'kecantikan asli' Ji Hyo itu tanpa berselindung.



62 GAMBAR - BILA HAFIZ SUIP KENA MANDI TEPUNG DI MAJLIS HARI LAHIRNYA



Happy birthday Hafiz Suip !! Haha kesian Hafiz kena mandi tepung ketika diberi kejutan oleh para peminatnya di majlis sambutan hari lahirnya yang ke-26. Majlis yang diadakan pada 19 Mac lalu itu telah berlangsung dengan meriahnya.

Menerusi gambar tersebut, Hafiz nampaknya kelihatan seronok dan menikmati permainan yang disediakan di para peminatnya itu.

Jom lihat!



8 GAMBAR - RAGAM ERRA FAZIRA & EMRAN DI ACARA SUKAN ALEESYA



Hadir... tapi tidak bergambar bersama!

Artikel terdahulu:
Demikianlah ragam ibu-bapa kepada Engku Aleesya iaitu Erra Fazira dan Engku Emran yang hadir bagi menyokong anak mereka dalam acara sukan sekolah yang diadakan baru-baru ini.



6 GAMBAR - RAGAM AKIM, STACY & BELLA RONDA KL



Gambar menarik keluarga bahagia Akim Ahmad, Ummu Shaikhah Stacy Anam dan anak mereka Bella De Luna Valentina.

Bila saja ada masa terluang, mereka bertiga pastinya akan ronda-ronda sekitar Kuala Lumpur terutamanya di IKEA, Mutiara Damansara untuk makan-makan atau membeli-belah.

Wahhh... untung Bella dapat ibu bapa yang happy go lucky macam ni!



4 GAMBAR - BUNGA CITRA LESTARI SAMBUT BIRTHDAY YANG KE-33



Amboi amboi... bukan main romantik lagi Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari ketika menyambut ulangtahun BCL yang ke-33 yang jatuh pada 22 Mac.

"Happy Birthday to this one... My thru thick and thin one, my partner in life, who knows me better than I know me, my friend and confidant, my love BCL Sinclair. Happy Birthday sayang. May all ur dreams be sweet," ucapan hari lahir Ashraf buat isterinya.

"My 9th birthday with you.. We are kinda old now I guess. Thank you Bun.. I love u," ujar BCL di pula.



22 March 2016

14 GAMBAR - FASHA SANDHA LUANG MASA BERSAMA KELUARGA DI INDONESIA



Fasha Sandha kini sedang meluangkan masa bersama keluarganya dengan bercuti di Bali, Indonesia.

Ketika disana, Fasha telah meraikan sambutan hari lahir adik lelakinya yang ke-19 dan ulangtahun ke-5 Chinta Salon.

Menerusi laman Instagram Fasha, dia telah berkongsi gambar-gambar sekitar percutian mereka di sana.

"Taking a short break with my family and Chinta Salon team. Happy 19th birthday my little brother Ikmal Daniels and happy 5th anniversary Chinta Salon," ujar Fasha di IGnya.

Jom tengok!



28 GAMBAR - SEKITAR PERKAHWINAN SYAMIM FARID & KERABAT SELANGOR TENGKU EZRIQUE



Kehadiran Syamim Farid dalam bidang pengacaraan HLive akhirnya membawa tuah pada dirinya apabila selamat melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Ezrique Ezzuddean, 28, kerabat diraja Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Boleh dikatakan, Syamim dan Tengku Ezrique sama padan, sama lawa macam pinang dibelah dua.

Untuk makluman, Syamim yang juga merupakan bekas naib juara program pencarian Dewi Remaja 2014/2015 awalnya telah mengikat tali pertunangan dengan Tengku Ezrique pada 10 Oktober 2015.

Tahniah diucapkan.



8 GAMBAR - ELLY MAZLIEN NAMAKAN ANAKNYA 'PUTRI SARA SEFHIA'



Sedap nama anak Elly Mazlein apabila diberi nama Putri Sara Sefhia. Lebih menarik, Elly yang sedang berpantang dijaga dengan baik oleh keluarga terutama anak tirinya.

Untuk info, Putri Sara Sefhia dilahirkan seberat 2.5kg di Hospital Naluri secara normal baru-baru ini.

Jom tengok!



21 March 2016

34 GAMBAR - NORA DANISH SEKELUARGA BERCUTI DI LONDON & ICELAND



Nora Danish dan ahli keluarganya baru-baru ini telah pergi bercuti di London dan Iceland. Bukan Nora dan ahli keluarganya sahaja bercuti disana malah kekasih hati Nora, Nedim Nazri pun turut serta.

Difahamkan, Nora dan keluarga bercuti di London terlebih dahulu sebelum terbang ke Iceland.

Jom lihat!

LONDON


NAFI FAYE SEBAGAI PUNCA - BEKAS SUAMI ELLY MAZLEIN RASA RALAT



"Saya terkilan dengan tuduhan mengaitkan nama orang ketiga iaitu Faye Kusairi dalam hal rumah tangga kami. Faye tiada kena mengena dengan hubungan kami, apatah lagi sebagai punca perpisahan kami," demikian kata bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta, 40, mengenai laporan ruangan pojok akhbar mingguan bahawa perpisahannya dengan Elly disebabkan orang ketiga iaitu Faye Kusairi.

Kata Azmi, tuduhan mengaitkan pelakon wanita itu adalah tidak berasas dan sangat tidak adil buat dirinya.



61 GAMBAR - MAJLIS RESEPSI JIHAN MUSE & UNGKU HARIZ YANG SEDERHANA



Malam semalam, majlis resepsi Jihan Muse, 33, dan Ungku Hariz, 31, telah diadakan sejurus selepas majlis pernikahan petang semalam.

Majlis yang berlangsung di Laman Kayangan, Shah Alam itu diadakan secara sederhana tetapi meriah.

Dalam majlis itu, Jihan kelihatan anggun dengan menggayakan gaun putih hasil rekaan Rizman Ruzaini manakala Ungku Hariz pula segak dengan suit yang cukup eksklusif hasil pereka fesyen yang sama.



20 March 2016

46 GAMBAR - SELAMAT NIKAH, JIHAN MUSE KINI ISTERI UNGKU HARIZ



Alhamdulillah! Dengan sekali lafaz... pengacara dan pelawak popular, Jihan Muse atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 33, kini sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 31 tepat jam 3.20 petang tadi.

Majlis pernikahan yang berlangsung di Laman Kayangan, Shah Alam itu dihadiri kira-kira 300 jemputan yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat pengantin.



5 GAMBAR - SEKITAR PERSIAPAN PERNIKAHAN JIHAN MUSE & UNGKU HARIZ



Gambar-gambar sepanjang persiapan majlis pernikahan Jihan Muse dan Ungku Hariz yang akan berlangsung beberapa jam sahaja lagi.

Jom lihat!