30 April 2016

SUAMI SAHKAN YANA SAMSUDIN HAMIL 7 BULAN



Wahh pandai betul simpan rahsia ye!

Yana Samsudin sebelum ini tidak mengiyakan mahupun menafikan tatkala menyuarakan persoalan bahawa ramai yang menebak keadaan tubuhnya terutama di bahagian perut kelihatan seperti sedang hamil ketika menghadiri majlis resepsi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.

Terkini menerusi laman instagram suaminya Fadzil Zahari, beliau mengesahkan bahawa Yana kini sedang hamil tujuh bulan.



8 GAMBAR - RAGAM JIHAN & SUAMI KETIKA HONEYMOON DI KOREA



Kata orang, tak seronok berkahwin sekiranya tidak berbulan madu.

Begitu jugalah halnya dengan Jihan Muse dan suaminya, Ungku Hariz yang baru-baru ini berbulan madu di Korea Selatan.

Menerusi gambar yang dimuatnaik oleh Jihan menerusi laman Instagram barunya, mereka nampaknya bahagia sungguh.

Apa-apapun, jom kita lihat ragam pasangan comel ni!



9 FOTO + VIDEO - SUASANA SAMBUTAN BIRTHDAY FARAHDHIYA



"Ada ke birthday girl kene nyanyi??? Ish. Belanja sikit lagu 'Penasaran'," demikian kata Farahdhiya yang disuruh menyanyi ketika sambutan hari lahirnya yang diadakan semalam secara kecil-kecilan oleh teman rapatnya, Rebecca Nur Islam.

Untuk pengetahuan semua, usia Farahdhiya genap 32 tahun pada 28 April lalu.

"My Cute buchuk birthday girl last night. Kite suruh Dia nyanyi, mak buyong Buli dia, maklum la mak buyong nak beranak dah ni," ujar Rebecca di laman IGnya.

Selamat hari lahir kami ucapkan buat Farahdhiya!



MLM 2016 - BOCEY MUNCUL JUARA, LOL TERCOROT



Gelanggang Akhir Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) yang berlangsung di Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor Bahru telah melabuhkan tirainya malam semalam apabila kumpulan Bocey dinobatkan sebagai juara sebagaimana yang dijangka.

Kumpulan Bocey yang dianggotai oleh Achey, Fad dan Abam telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM500,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro.



29 April 2016

25 GAMBAR - FARA FAUZANA & RAKAN-RAKAN DI SEPANYOL



Fara Fauzana bersama selebriti tempatan, Heliza Helmi, Fynn Jamal dan Diana Amir telah selamat sampai di Sepanyol bagi menyertai program amal pertubuhan Ukhwah For Ummah dalam usaha mengutip dana untuk membina masjid di negara itu.

Difahamkan, Fara dan rakan-rakan akan berada di sana selama 10 hari untuk meninjau keadaan beberapa masjid dan masyarakat Islam di sana.

Semoga niat murni Fara dan rakan-rakan dipermudahkan dan kami doakan agar selamat pulang ke tanah air nanti.



6 GAMBAR - AWIE & ERRA MAKIN 'RAPAT', SERTAI BIKERS UNITED CLUB



Nampaknya hubungan Awie dan Erra Fazira makin rapat apabila masing-masing menyertai Bikers United Club.

Paling menarik, Awie juga telah memilih Erra sebagai duta Kelab motor tersebut memandangkan mereka berdua mempunyai sejarah sebagai bikers.

Sehubungan iu, satu majlis sidang media telah diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini, bagi mengesahkan pemilihan Erra Fazira sebagai duta dalam program Bikers United Club itu.



5 GAMBAR - BILA DATO' SITI NURHALIZA & DATUK K 'DATING' DI PULAU PINANG



Gambar menarik Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K sedang 'berdating' di Pulau Pinang sambil jalan-jalan menjamu mata melihat keindahan kota raya.

"Happy sangat saya dapat rasa pengalaman kayuh basikal 4 roda dan tengok 'art street & mural painting' yang popular di Pulau Pinang..," ujar Siti di laman IGnya.

Jom tengok!



7 GAMBAR - SWEETNYA BILA SHARNAAZ BELANJA NABILA GAMBAR 'TAK BERBAJU'



"Before take off ada orang belanja muka comel. Comellll ker??," ujar Noor Nabila berseloroh mengenai gambar Sharnaaz Ahmad yang tidak berbaju.

"Ada orang tu nak travel jauh.. Jaga diri elok elok.. Jangan dok buat pasai kat sana, satgi london kena bom sekali lagi free ja.. Safe flight and have a good journey syg," balas Sharnaaz pula melalui IGnya.



28 April 2016

LAPORAN TERKINI - PRINCE MENINGGAL DUNIA AKIBAT AIDS?



Kejutan terkini mengenai laporan kematian legenda pop Prince amat mengejutkan apabila penyanyi itu disahkan menghidap AIDS enam bulan lalu.

"Doktor memberitahu Prince kiraan darah beliau adalah yang luar biasa rendah dan suhu badannya menurun berbahaya di bawah 98.6 darjah normal kepada 94 darjah," kata sumber kepada penerbitan The National Enquirer.



8 GAMBAR - AKSI ELLY MAZLEIN SELEPAS HABIS BERPANTANG



Aksi Elly Mazlein yang baru-baru ini selesai berpantang selepas melahirkan Puteri Sara Sefhia pada 9 Mac lalu dan kembali aktif dalam bidang seni. Nampaknya, makin berseri wajah Elly selepas habis berpantang.

Melalui perkongsian di laman instagram, Elly kini dilihat sudah berjalan-jalan sambil membawa puterinya.

Jom tengok!



SUDAH HENTI MEROKOK - RAJA AZMI TEPATI JANJI PADA SUAMI



"Sekarang sudah lima minggu saya berhenti merokok. Alhamdulillah, Tuhan permudahkan langkah dan kuatkan semangat. Tidak mudah tau sebenarnya hendak berhenti merokok, tetapi saya nekad," demikian kata Penerbit Raja Azmi yang berkorban tabiat merokoknya demi suami tersayang.

Ikhlasnya, memang bukan mudah untuk membuang tabiat itu. Namun dengan tekad dan azam yang kuat, dia berjaya menyekat ketagihannya itu.



6 GAMBAR - CLEOPATRA SAMBUT BIRTHDAY KE-4



Diam tak diam rupanya puteri kedua Que Haidar dan Linda Jasmine iaitu Tengku Cleopatra Haida telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-4 baru-baru ini.

"Happy birthday to my little princess.. Miss Cleopatra," ucapan Que buat puterinya.

"Cleopatra is 4 years old now. Happy Birthday baby girl," ujar Linda pula di laman IGnya.

Kami ucapkan selamat hari dan semoga Cleo membesar dengan sihat, panjang umur dan sentiasa comel selalu. Jadi anak yang baik buat mummy dan daddy ye.



KENA KRITIK NETIZEN - ABANG TERLAJAK LARIS ANIAYA KUCING?



Semua sedia maklum bagaimana 'murahnya hati' Abang terlajak Laris kita iaitu Dato' Aliff Syukri Kamarzaman bila berbelanja hinggakan kucing yang berharga RM30,000 pun sanggup dibelinya.

Namun begitu, ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan cara penjagaan Dato' Aliff terhadap kucing yang diberi nama Dody yang kemungkinan daripada spesies Serval Cat itu.

Dakwa mereka, kucing tersebut seolah dianiaya apabila dikurung di dalam kurungan kecil dalam tandas yang mana boleh menyebabkan ia menjadi ganas.



ASTRO SHAW LANCAR NOVEL GRAFIK 'ALIFF DALAM 7 DIMENSI'



Semalam, Astro Shaw dan Gempak Starz telah melancarkan novel grafik terbaharu yang diadaptasi dari filem terbitan Astro Shaw yang berjudul 'ALIFF DALAM 7 DIMENSI' di Gallery @ Kadokawa Gempak Starz, Bandar Tasik Selatan.

Turut hadir ialah pelakon Izzue Islam, pengarah Faizal Ishak, pengarang Tadatada dan beberapa tetamu yang diundang khas bagi memeriahkan majlis.



27 April 2016

DURIAN RUNTUH - 'PERKAHWINAN' TAUKE JAMBU DAPAT BANYAK TAJAAN



Dapat rezeki terpijak!

Itulah kesimpulan perkahwinan pelawak Tauke Jambu atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria apabila banyak pihak mahu menjadi penaja meskipun belum menetapkan tarikh  perkahwinannya lagi.

"Alhamdulillah setakat ini memang ada yang email sudi untuk taja pelamin, jurukamera, baju kahwin dan jurusolek. Cuma saya tunggu masa yang sesuai untuk pilih tarikh perkahwinan sahaja. Insya Allah dalam tahun ini juga," ujar Tauke yang sebelum ini selamat bertunang dengan kekasihnya Nadia.



BERJAYA PERJUANGKAN HAK - RITA RUDAINI LUAH RASA SYUKUR



Akhirnya segala usaha Rita Rudaini, 40, memperjuangkan hak anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 7, dan Airit Qaqa Arjuna, 5, selama ini berhasil apabila bekas suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Razak, 29, diperintah oleh Mahkamah Tinggi Syariah untuk membayar nafkah tertunggak berjumlah RM68,530 kepadanya.

Tiada apa yang mampu dilafazkan oleh anak kelahiran Kangar, Perlis ini diatas kemenangan tersebut selain daripada memanjatkan kesyukuran kepada Allah.



PATAH KETIKA MAIN BOLA - BAHU TOMOK KINI BERANSUR PULIH



Pada 23 Oktober tahun lalu, Tomok atau sebenarnya Shah Indrawan Ismail telah mengalami patah dibahagian bahu kiri akibat terjatuh ketika bermain bola.

Terkini, Tomok menerusi laman Instagram memuatnaik gambar x-ray dan menjelaskan keadaan tulang bahu kirinya yang telah bersambung dan akan menjalani pembedahan pada bulan enam untuk mengeluarkan besi di dalam.



26 April 2016

PENERBIT BARU DIDAKWA JADI PUNCA RATING RUNNING MAN MERUDUM



Sungguh menyedihkan apabila laporan Nielsen Korea TV Audience Measurement, melaporkan bahawa rancangan variasi popular Running Man telah mencatatkan kadar rating yang agak rendah dan berada di kedudukan terakhir berbanding lima program variasi yang lain seperti ‘2 Days and 1 Night’ dan sebagainya.

Semuanya gara-gara penonton setia rancangan tersebut mula meluahkan rasa bosan setelah menonton episod istimewa berjudul ‘I Miss You, I Love You’ baru-baru ini.



HILANG 10 KAWAN LAMA, DAPAT 1000 YANG BARU - SAFIEY ILIAS



Pasti anda masih ingat dengan rancangan TV Al Hijrah yang mendapat sambutan luar biasa apabila episod khas yang disiarkan 9.30 malam khamis lepas mengenai Safiey Ilias, 22, yang berkongsi pengalaman kehidupannya sebagai pondan setelah mula menjadi jutawan pada usia 19 tahun.

Safiey yang nekad untuk kembali ke fitrah asal akhirnya bertindak berani melakukan pembedahan mengeluarkan implan payu dara dan seterusnya berhijrah ke jalan Allah.

Berikutan itu, ada yang mengatakan yang kemungkinan perniagaannya akan berkurangan atau lingkup disebabkan penghijrahannya itu. Bagaimanapun, iman Safiey menjadi makin kuat dan tidak pernah kisah dengan harta dunia.



6 GAMBAR - AKSI YATT HAMZAH KETIKA SESI 'OUTDOOR PHOTOGRAPHY'



Gambar-gambar di belakang tabir sesi outdoor photography Yatt Hamzah, 36, dan suaminya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26.

Sesi photoshoot tersebut diadakan di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Team The Yen Wedding Photography dan ANS Videographer Wedding telah terpilih untuk menjadi 'official photographer' bagi photoshoot tersebut.

Jom tengok!



FOKUS PADA FAMILI - DIANA AMIR TAK KISAH 'HILANG' DARIPADA DUNIA SENI



"Walaupun saya sudah tidak aktif sebagai pelakon tetapi saya masih dikenali sebagai hos-hos program keagamaan atau kerohanian,” ujar Diana Amir, 29, atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim.

Tambahnya, dia tidak pernah merasa kesal kerana kurang aktif sebagai seorang pelakon, kerana dia menganggap semua itu punya hikmah tersendiri sejak bergelar isteri dan seorang ibu.

"Terpulang kepada peminat-peminat saya sendiri, mereka punya pandangan dan hak masing-masing.



DERITA KANSER PANKREAS - SAMANTHA SCHUBERT TINGGAL KENANGAN



Setelah menderita kanser pankreas sejak beberapa tahun lalu, akhirnya pelakon dan model Samantha Schubert meninggal dunia dalam usia 46 tahun.

Samantha meninggal dunia di Prince Court Medical Centre, kira-kira 7.16 malam semalam.



25 April 2016

TAHNIAH - CHERYL SAMAD SELAMAT LAHIRKAN BABY KEDUA



Tahniah kami ucapkan buat pengacara, pelakon dan penyanyi Cheryl Samad yang telah selamat melahirkan baby keduanya baru-baru ini.

Melalui hashtag di laman Instagram Cheryl, anak perempuan keduanya itu kini berusia 2 minggu.

"Welcome into our lives little girl. Mummy, Daddy and your big sister Stella are so so happy to have you at home with us," ujar Cheryl di laman IGnya.



"BERHENTI BURUKKAN KAKAK SAYA" - NELYDIA SENROSE



Sejak kebelakangan ini, Uqasha Senrose sering terpalit dengan pelbagai kontroversi, termasuk baru-baru ini mengenai perselisihan faham diantara beliau dan pelakon, Hafidz Roshdi dan juga menerima kritikan keatas cara pemakaiannya yang dianggap tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung sehingga membuatkan ramai membencinya.

Disebabkan itu, adiknya, Nelydia Senrose tampil meminta orang ramai menghentikan melemparkan tuduhan jahat terhadap kakaknya.

Menurut Nelydia, segala tuduhan itu bukanlah sesuatu yang dibanggakan, malah dirinya juga turut terkesan dengan perkara itu.



24 April 2016

DIROMPAK KALI KE-3 - AYU RAUDHAH & ZAQUAN ADHA RUGI RM200K



Kali ketiga dirompak!

Itulah yang menimpa Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha apabila kediaman mereka yang terletak di Pasir Gudang sekali lagi dirompak oleh sekumpulan penyamun Jumaat lalu.

Perkara tersebut didedahkan oleh Zaquan menerusi akaun Instagramnya.



TAKZIAH - ABBY ABADI 'TUMPAH DARAH' DI MADINAH



Belum ada rezeki!

Demikian halnya dengan Abby Abadi yang mengalami keguguran ketika beliau menjalani ibadah umrah bersama suami, Muhammad Faizal Zakaria (Jai Ezzany) dan keluarga mentuanya.

Bagaimanapun Abby redha dengan apa yang berlaku kerana baginya, Allah lebih mengetahui perancangan terbaik buat dirinya.



10 FOTO + VIDEO - KERANA MINAT, DATO' TERLAJAK LARIS BELI KUCING UNIK DENGAN HARGA RM30K



Menerusi Instagram pemilik produk kecantikan dan kesihatan D'Herbs, Dato' Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih popular dengan panggilan 'Abang Terlajak ‎Laris' dilihat membeli seekor lagi kucing tetapi kucing ini sedikit unik daripada kucing yang beliau ada sebelum ini. Ini kerana kucing yang diberi nama Dody ini dipercayai daripada spesies Serval Cat.

Difahamkan, Dato' Terlajak Laris mula menyukai kucing jenis ini apabila melihat Sultan Terengganu menyukai kucing ini. Kucing terbaru kepunyaan Dato' Terlajak Laris ini dibeli dengan harga RM30,000.



45 GAMBAR - SAMBUTAN HARI LAHIR ZIZAN RAZAK BERSAMA PEMINAT



Semalam Zizan Razak telah diraikan oleh kelab peminatnya, Zizan Razak's Official FC sempena hari lahirnya yang ke-32. Sambutan tersebut telah berlangsung di Ruang Event Space, Shah Alam.

Sebenarnya mereka meraikan hari lahir Zizan 9 hari hari daripada tarikh sebenar iaitu 16 April. Zizan sangat bertuah kerana mempunyai peminat setia yang sentiasa menyokong kerjayanya.

Jom tengok!



12 GAMBAR + VIDEO - HAIRUL AZREEN SAMBUT BIRTHDAY KE-28



Semalam merupakan hari lahir suami Hanis Zalikha, Hairul Azreen yang ke-28. Sempena hari istimewa itu, Hanis telah menghadiahkan kerusi urut buat suami tercinta.

"Kesian dia. Permintaannya selalu kengkonon dipertimbangkan pastu ditolak. Sebab Keknis yang buat decor rumah, jadi eee takmolah meja foosball / aquarium / dan seangkatan. Termasuk massage chair. Like dah hias rumah elok-elok tetiba ada massage chair di sudut. Tidak!!! .



23 April 2016

39 GAMBAR - MAJLIS BERTANDANG YATT HAMZAH DI KELANTAN



Suasana majlis bertandang Yatt Hamzah, 36, dan suaminya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, yang berlangsung hari ini di Kota Bharu, Kelantan.

Majlis yang bertemakan warna merah jambu ini telah dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara serta teman rapat.

Yatt yang berkahwin dengan Zulfadhli pada 27 Februari lalu telah mengadakan malam berinai kali keduanya semalam.



5 FOTO - ZUL HUZAIMY BEKERJA SAMBIL BERCUTI BERSAMA KELUARGA DI THAILAND



Sambil menyelam minum air!

Demikian halnya dengan Zul Huzaimy yang mengambil kesempatan bercuti bersama isteri dan anaknya ketika sedang menjalani penggambaran drama 'Seindah Takdir Cinta' di Thailand.

"Alhamdulillah aku diberikan rezeki keluarga yang penyayang yang menyayangi aku, yang pengasih yang sentiasa mengasihi aku, yang ceria yang sentiasa menceriakan aku, yang tercinta yang sentiasa mencintai aku...terima kasih Allah," ujar Zul di laman IGnya.

Jom tengok!



KERJA AMAL - FARA FAUZANA AKAN BERANGKAT KE SEPANYOL



"Saya diberitahu masjid-masjid di sana terlalu jauh antara satu sama lain seperti jaraknya diantara Kuala Lumpur dan Pahang," demikian kata Fara Fauzana, 36, yang bakal berangkat ke Sepanyol bagi menyertai program amal pertubuhan Ukhwah For Ummah dalam usaha mengutip dana untuk membina masjid di negara itu.

Menurut Fara, dia bersama beberapa selebriti tempatan akan berada di negara tersebut selama 10 hari untuk meninjau keadaan beberapa masjid dan masyarakat Islam di sana.

"Saya terlibat dalam program amal itu bersama beberapa selebriti tempatan seperti Heliza Helmi, Fynn Jamal dan Diana Amir selama 10 hari.



12 GAMBAR - MALAM BERINAI YATT HAMZAH UNTUK MAJLIS BERTANDANG



Gambar-gambar suasana malam berinai Yatt Hamzah, 36, yang diadakan malam semalam di Kampung Padang Bongor, Kota Bharu, Kelantan. Difahamkan, pada hari ini akan berlangsung majlis bertandang pula bagi pihak lelaki.

Melalui perkongsian gambar di Instagram, Yatt kelihatan manis sekali.

Malam berinai ini dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu The Yen Wedding Photography.

Untuk rekod, Yatt berkahwin dengan seorang juruvideo iaitu Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, pada 27 Februari lalu.



22 April 2016

DAH MENANG RM260,000 - NAMUN WAK MUSTAR MASIH 'BERTUKANG'



Punya banyak duit (RM260,000) tetapi masih mahu jadi tukang kayu. Begitulah halnya dengan Wak Mustar yang berwajah selamba dan selalu lupa lirik bila muncul wanita cantik ketika sedang menyanyi.

Sehubungan itu, ramai yang berpandangan dia tidak sepatutnya melakukan kerja tukang kayu lagi kerana sudah kaya. Tambah-tambah Wak Mustar atau nama sebenarnya Mustaffa Rasyid Abd Jabar, 47, kini merupakan seorang penyanyi popular selepas menang Kilauan Emas musim ke-5 dan terkini Kilauan Emas Otai.

Untuk info, Wak Mustar, sebelum ini masih tetap melakukan kerja bertukang meskipun sudah mampu hidup mewah.



LEPAS STROK, ZULKIFLI ZAIN ALAMI SERANGAN JANTUNG



"Pada mulanya beliau (Zulkifli Zain) batuk-batuk. Selepas doktor periksa, suhu badannya turun secara mendadak dan doktor terus meminta kami membawanya ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) dengan segera.

"Selepas dimasukkan ke HKL, doktor sahkan suami saya diserang sakit jantung," ujar Datin Normala Omar, 58, isteri kepada kepada pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain, yang popular dengan filem 'Sayang Anakku Sayang' pada 1981.



21 April 2016

MILIKI DADAH - TONY EUSOFF DIPENJARA 8 BULAN OLEH MAHKAMAH SINGAPURA



Pelakon kelahiran Sarawak, Tony Eussoff atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 38, dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Singapura kerana memiliki dadah.

Artikel terdahulu:

Terdahulu pada 31 Mac lalu, Tony dihadapkan ke mahkamah dan didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.



DETIK BERGELAR IBU BAPA - PUTERI SARAH & SUAMI SABAR MENANTI



Sejak mengalami keguguran pada tahun 2014, Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof tidak pernah putus asa untuk mendapatkan cahaya mata.

Menurut Sarah, dia dan suami yang hampir setiap masa diajukan dengan soalan mengenai anak akur bahawa hal ini juga bergantung kepada rezeki dan mereka akan sentiasa bersabar menantikan detik untuk bergelar ibu dan bapa.

Dalam pada itu, kata Sarah, dia pada masa yang sama bersyukur kerana keluarganya dan keluarga mentua tidak memberikan sebarang tekanan untuknya mendapatkan anak.



15 GAMBAR - GELAGAT LARA ALANA DI JEPUN



Amboii... Lara Alana bukan main gembira bila dapat pergi ke Jepun lagi.

Difahamkan, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan anaknya sekali lagi dibawa terbang ke Jepun dengan perjalanan bersama syarikat minuman kesihatan, Yakult.

Apa yang menariknya, Remy Ishak turut serta dalam perjalanan ini.

Jom lihat beberapa keping gambar gelagat dan telatah Lara ketika bercuti di negara matahari terbit yang sempat dirakam untuk tatapan peminat.



ALI XPDC TENANG SETELAH BERHIJRAH



Mungkin sekali pandang, kita tidak mengenali lelaki berusia 48 tahun ini yang kelihatan jauh berbeza berbanding dahulu. Dia kini memakai jubah hitam, berserban dan berjanggut serta tutur katanya juga lembut.

Itulah yang berlaku kepada Ali XPDC atau nama sebenarnya, Mohd. Ali Ismail yang sudah berhijrah sejak lima tahun lalu. Dia kini yang kerap dijemput untuk menghadiri majlis agama, tidak pula melupakan minatnya terhadap muzik.



9 GAMBAR - FAHRIN TINGGALKAN ISTERI HAMIL DEMI 'MENCARI RAMLI'



"Maaflah sayang elenaeleas... aididmarcello kidnap saya nak suruh kerja, tidaklah gembira sangatpun. Saya akan merindu awak, u and a half," ujar Fahrin Ahmad melalui laman IGnya.

Meskipun terasa berat meninggalkan isterinya yang sedang hamil tiga bulan, namun demi tugas ia terpaksa ditempuh jua.

Untuk info, Fahrin kini berada di Manchester, England, kira-kira seminggu lalu bagi menjayakan program Mencari Ramli Musim kelima.



KILAUAN EMAS OTAI - WAK MUSTAR JUARA ANTARA JUARA



Meskipun selalu lupa lirik, namun aura Wak Mustar dengan suaranya yang mirip A.Ramlie telah melayakkan Juara Kilauan Emas musim ke-5 itu muncul juara sekali lagi dalam peringkat akhir Kilauan Emas Otai semalam.

Lebih menarik, Wak mustar telah mengalahkan ramai juara Kilauan Emas sebelum ini seperti Fuad, Idris, Silah (separuh akhir) dan ramai lagi.

Mustar atau nama sebenarnya Mustaffa Rasyid Abd Jabar, 47, dari Kuala Langat, Selangor, membawa pulang hadiah utama wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.



20 April 2016

SEBELUM 'TERIKAT' - FAZURA INGIN FOKUS KERJAYA DULU



"Buat masa sekarang tidak ada masa untuk berteman lelaki," demikian kata penyanyi 'Hancur Aku', Nur Fazura yang kini tidak mempunyai masa untuk bercinta kerana sibuk dengan kerjayanya yang semakin rancak pada tahun ini.

Menurut Fazura, dia mahu menumpukan sepenuh perhatian pada setiap kerja yang dilakukan sebelum terikat dengan komitmen sebagai seorang isteri pada suatu hari nanti.



9 GAMBAR - ULANGTAHUN KELAHIRAN KHATY FAUZIAH



Baru-baru ini, ibu kepada Shaheizy Sam, Khaty Fauziah telah menyambut hari lahirnya bersama keluarga tercinta dan juga sahabat handai.

Dari kecik sampai la ke besar, dia tetap comel!!! Doa yang paling baik untuk Mommy dari Adik takkan pernah putus selagi Adik bernyawa!!! InsyaAllah, Amin. I LOVE U SO MUCH," ujar Sam di laman IGnya.



17 GAMBAR - BIRTHDAY NASSIER WAHAB MERIAH



Kemeriahan majlis ulangtahun kelahiran yang ke-54 Nassier Wahab yang diadakan di kediamannya baru-baru ini.

Majlis tersebut telah diihadiri oleh rakan-rakan Gegar Vaganza 2, Norish Karman, Liza Abdullah, Khatijah Ibrahim, Noraniza Idris, Salwa Abd Rahman, Ziela Jalil, Salimah Mahmood dan ramai lagi.

Selamat hari lahir kami ucapkan dan semoga panjang umur dan murah rezeki.



BERTUDUNG - AKHIRNYA REZEKI ALLAH MELIMPAH RUAH BUAT MIA SARA



Meskipun ada segelintir artis kita yang ragu-ragu mengenai kebaikan bertudung kerana bimbang pintu rezeki mereka tertutup, tetapi pelakon remaja Mia Sara membuktikan sebaliknya.

Terkini, dia bukan sahaja tampil sebagai usahawan berjaya dengan melancarkan produk tudung dan pakaian muslim terbaru MS Couture, malah dia mengakui tawaran berlakon juga makin banyak tanpa diduga.



BUKU 'SELFIE' HAFIZ HAMIDUN DISINDIR REDZA MINHAT?



Mungkin bunyinya agak lucu... namun itulah hakikat terkini status Redza Minhat yang seolah menyindir penerbitan buku yang hanya berselfie dan berkapsyen ringkas oleh seseorang yang tidak dinyatakan namanya.

Namun begitu, banyak mata terus tertumpu ke arah Hafiz Hamidun yang baru sahaja melancarkan buku dengan tajuk Cerita Hati Hafiz Hamidun. Ini kerana mereka percaya yang status Redza itu pastinya ditujukan buat penyanyi nasyid dan penceramah itu.



19 April 2016

POSITIF DENGGI - RITA RUDAINI DIMASUKKAN KE WAD



Pada Sabtu lalu, Rita Rudaini, 40, telah dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan kerana disahkan menghidap demam denggi.

Menurut Rita, pada mulanya dia mengalami sengal-sengal badan dan kesejukan sebelum bergegas ke hospital pada Jumaat malam lalu. Sejak berada di wad, badannya terlalu lemah dan bacaan darahnya juga rendah.



16 GAMBAR - AKSI LINDA HASHIM & ANAK-ANAKNYA KETIKA DI JAKARTA



Baru-baru ini, Linda Hashim dan anak-anaknya, Jelita Clarissa dan Anggun Cassandra telah ke Jakarta, Indonesia bagi melawat tempat-tempat menarik yang ada di sana.

Difahamkan, Linda pergi bertiga tanpa suaminya, Beego kerana sibuk dengan shooting di Terengganu.

"We miss love u daddy " ujar Linda di laman IGnya.



7 GAMBAR - KEBAHAGIAAN LANA NODIN DISAMPING BABY & SUAMI



"Words cannot describe the connection you feel while feeding your child!!..alhamdulillah n tq Allah SWT," demikian luah Lana Nodin yang baru-baru ini mengikut suaminya ke Amerika Syarikat demi tugas.

Malah di hari pertamanya berada di New Orleans, dia telah berkesempatan membeli-belah untuk keperluan bayi di sana.



18 April 2016

‘KAULAH DIA’ - BUAH TANGAN TERKINI CALIPH BUSKERS



Selepas kejayaan single pertama mereka ‘Hanya NamaMu’, yang telah merangkul beberapa anugerah di pentas AJL dan juga sebagai lagu yang paling banyak didendangkan di pusat karaoke Redbox, terkini Caliph Buskers muncul pula dengan buah tangan terbaru mereka berjudul 'Kaulah Dia'.

Single solo kedua terbaru tersebut merupakan ciptaan dan terbitan sepenuhnya Edry Abdul Halim. Ia membawa genre pop kontemporari yang menampilkan muzik lebih matang dengan iringan koir dan orkestra sekaligus membawa dimensi baru dalam muzik kumpulan Caliph Buskers.