31 May 2016

5 GAMBAR - HAFIZ SUIP & ISTERI BERBULAN MADU DI AUSTRALIA



"Akhirnya live aku tengok opera house ni...selalu nengok dalam tv ngan gambar," kata Hafiz Suip yang kini berada di Sydney, Australia sempena bulan madunya bersama isteri Nureffy Jasreel Abdullah.

Paling menarik, Hafiz juga tidak melepaskan peluang melawat Hard Rock Cafe di sana.

"Tempat yang tak boleh terlepas," ujarnya.

Jom tengok!



NAMA 'KELENTIT RINDU' BUKAN MENCARUT - AHYA ROSLI



Ramai pengguna laman sosial sebelum ini keliru dengan nama 'Kelentit Rindu' yang digunakan oleh anak pelakon Normah Damanhuri, iaitu Ahya Rosli. Tanggapan mereka pastinya nama tersebut menjurus ke arah mencarut atau lucah.

Malah mereka juga hairan kenapa Ahya mahu menggunakan nama 'Kelentit' sedangkan banyak lagi nama baik-baik yang boleh dipaparkan.

Mungkin kerana panas telinga, akhirnya Ahya menjelaskan bahawa kedai shisha miliknya yang diberi nama 'Kelentit Rindu' diambil sempena nama tumbuhan liar iaitu sejenis cendawan 'Kelentit Kering' atau saintifiknya 'Microparus Xanthopus'.



HAK JAGA ANAK - ELLY MAZLEIN BAKAL TUNTUT DI MAHKAMAH



"Sekarang ini tengah nak naik mahkamah untuk hak penjagaan anak, saya mahukan hitam putih. Jadi, tak mahu esok hari ada hak-hal yang berbangkit. Sebab dari hari pertama sehingga kini saya yang menjaga anak," ujar Elly Mazlein yang bakal memfailkan hak penjagaan anaknya Putri Sara Sefhia, di mahkamah.

Menurut Elly, dia tidak mahu ada perkara yang tidak diingini berlaku ataupun sebarang perkara berbangkit dikemudian hari. Dia hanya mahukan yang terbaik bagi diri dan anaknya untuk masa depan.



12 GAMBAR - RAGAM KEMBAR SEPASANG EINA AZMAN BERCUTI DI BANDUNG



Baru-baru ini, Datin Paduka Eina Azman dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet telah membawa kembar sepasang mereka, Arianna Aubrey dan Karl Kareef bercuti di Bandung, Indonesia. Turut bercuti bersama dengan mereka ialah keluarga Eina.

Menerusi gambar tersebut, Eina dilihat begitu gembira apabila dapat bercuti bersama keluarga besarnya itu.

Jom tengok ragam kembar sepasang yang kini berusia 3 bulan lebih!



30 May 2016

SELEPAS HARI RAYA - HAZAMA & KEKASIH BERHASRAT NIKAH



Tiga tahun menjalin cinta dengan Genervie Kam, akhirnya penyanyi Hazama bakal menamakan zaman bujang apabila beliau dan kekasihnya itu merancang berkahwin selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

"Kami mempunyai hasrat untuk berkahwin selepas hari raya nanti namun belum menetapkan tarikh. Lagipun kami menginginkan sebuah majlis ringkas dan sekadar akad nikah saja. Lakukan perkara wajib dan daripada membazir lebih baik wang itu dilaburkan membeli rumah.



YAZIT VS SEARCH - APAKAH SEJARAH 'BUBAR' AKAN BERULANG?



Kita semua tahu apa yang berlaku terhadap kumpulan Search yang dilanda masalah apabila Yazit dan ahli Search yang lain terutamanya Amy bertelingkah gara-gara masalah kewangan yang didakwa diseleweng.

Sehubungan itu, timbul pelbagai dakwaan antara mereka antaranya Amy mengaku punyai wang banyak dan tidak mungkin mengabaikan Yazit. Manakala Yazit pula menuduh dimaki 'tua sakit nak mampus' dan mendakwa Amy hanya berpura-pura melawat dan bergambar bersamanya ketika dia tidak sedarkan diri di hospital.

"Dia (Awie) sudah lama tengok saya begini, hanya berdiam diri saja. Dia sudah nampak satu perkara seperti saya dibuli," ujar Yazit.



11 GAMBAR - ANAK LIYANA JASMAY SAMBUT BIRTHDAY YANG KE-2



"Happy birthday to our kids! Sisters Adriana Jasmay, Dilla Jasmay. We will forever celebrate our kids' birthday together! Sisters Forever," demikian kata Liyana Jasmay mengenai sambutan hari lahir anaknya, Sofia Arissa yang ke-2 bersama sepupu.

Sambutan yang diadakan secara sederhana itu dihadiri oleh ahli keluarga serta teman rapat mereka.

Happy birthday kami ucapkan!



MAKAN DURIAN DI LANTAI KLIA - DATO' ALIFF KENA KRITIK



Menerusi Instagram dan Facebook pemilik produk kecantikan dan kesihatan D'Herbs Terlajak Laris, Dato' Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih popular dengan panggilan 'terlajak laris' bersama beberapa ahli keluarganya sedang makan durian sambil bersila di lantai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Namun selepas memuatnaik gambar tersebut, Dato' Aliff Syukri telah menerima kritikan netizen yang tidak suka dengan tindakannya itu.

Malah Dato' Aliff Syukri turut dilabel oleh warga laman sosial sebagai seorang yang sentiasa mencari perhatian.



DILANTIK DUTA - SIAPA KATA AMIR RAJA LAWAK 'ARTIS SUAM'?



Meskipun ada yang melabelkan Amir Raja Lawak sebagai artis suam-suam kuku gara-gara tidak menonjol sebagaimana pelawak yang lain, namun kalau sudah rezeki tak ke mana.

Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi atau Amir, 28, akhirnya menerima bayaran mencecah enam angka selepas dilantik menjadi duta bagi produk bijirin susu kambing.

"Alhamdulillah, saya mengikat kontrak selama setahun dan bayaran yang diterima amat memuaskan. Saya bersyukur di atas rezeki yang diterima.



29 May 2016

23 GAMBAR - SEKITAR PERKAHWINAN ALI PUTEH, ADIK ABAM BOCEY



Tahniah diucapkan buat Syed Ali yang merupakan adik kepada Abam Bocey serta anggota kumpulan Puteh yang selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Melati Fitri.

Majlis akad nikah dan resepsi mereka telah diadakan semalam di Kampong Gombak Utara, Kuala Lumpur.


AKAD NIKAH


25 GAMBAR - AKSI MENARIK FOUZIAH GOUS & SUAMI DI NEW YORK



Baru-baru ini, Fouziah Gous dan suaminya, Zhafran Yusof bersama rakan-rakan telah ke New York bagi melawat tempat-tempat menarik yang ada di sana.

Difahamkan, Fouziah bercuti ke sana tanpa anaknya, Muhammad Zeeshan yang kini berusia 6 bulan.

Jom tengok aksi dan gelagat Fouziah dan suami ketika di sana.



52 GAMBAR - KEMERIAHAN MAJLIS RESEPSI HAFIZ SUIP & NUREFFY



Selepas majlis resepsi di Sarawak yang diadakan awal Mei lalu, Hafiz Suip, 26, dan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah, 23, sekali lagi di raikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan di Hotel Dorsett Grand Subang, Subang Jaya, Selangor.

Dalam majlis yang meriah itu, Hafiz kelihatan segak dengan mengenakan sut berwarna hitam manakala isterinya pula anggun dengan gaun berwarna merah.



28 May 2016

MASUK UM - NOURUL BANGGA, YAKIN ANAK PANDAI JAGA DIRI



"Saya tidak mahu cakap besar, malah sentiasa risau setiap kali membaca mengenai masalah sosial remaja. Sebagai ibu, saya hanya mendoakan yang terbaik. Insya-Allah, perkara itu dapat dielakkan kerana Ayu mempunyai pendirian dan tidak mudah terpengaruh.

"Saya percaya, Ayu mampu melalui sebarang cabaran dan pada masa sama, menyelesaikan setiap masalah dengan baik mengikut caranya sendiri," demikian keyakinan penyanyi Nourul Wahab Depp yang rasa bangga apabila anak sulungnya, Ayu Nazirah, 18, terpilih untuk mengikuti pengajian asas dalam bidang Sains Hayat di Universiti Malaya (UM).

Tambahnya, gejala sosial yang sering berlaku kepada kebanyakan remaja, memang menyeramkan dirinya sebagai ibu, namun dia lebih mengenali anaknya. Malah dia yakin Ayu mampu menjaga diri dengan baik.



JUMLAH KUTIPAN CAPAI SASARAN - AWIE RASA PUAS & GEMBIRA



"Keseluruhannya, program ini dijalankan selama 47 hari dan syukur kerana kami berjaya mencapai jumlah kutipan yang disasarkan iaitu RM200,000.

"Jumlah ini pasti bertambah kerana tiket untuk sumbangan masih dibeli penyumbang biarpun program sudah berakhir.

"Paling menggembirakan, saya terbabit dari awal hingga akhir program dan kejayaan ini banyak dibantu oleh presiden dan tenaga kerja Bikers United Club (BUC)," kata Awie, 48, yang melahirkan perasaan gembiranya apabila program Bikers United Club yang berakhir Ahad lalu berjaya mencapai sasaran yang diletakkan.



BEG TANGAN DIRAGUT - AYDA JEBAT MASIH TERKEJUT



"Saya baru sahaja duduk dan mahu memesan minuman. Selepas saya membuka beg dan mengambil telefon bimbit, tiba-tiba datang dua orang lelaki ke meja saya dan melarikan beg tangan saya," demikian kata pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang masih terkejut apabila menjadi mangsa ragut.

Menurut Ayda, beg tangan miliknya diragut oleh dua orang lelaki ketika dia sedang berada disebuah kafe kira-kira pukul 12.00 tengah malam semalam yang terletak di Wangsa Melawati.



DINOBAT JUARA CERIA POPSTAR 2016 - JUN BOLOT RM23,000



Ceria Popstar 2016 telah sampai ke penghujungnya apabila peserta dari Sabah Jun atau nama sebenarnya Siti Junaidah Bekri, 14, diumumkan sebagai juara.

Dengan kemenangan tersebut, Jun berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 pada konsert kemuncak yang berlangsung di Studio Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) malam semalam.



27 May 2016

YAZIT DAKWA DIA SEOLAH SUDAH LAMA 'DIBULI' SEARCH



Pemain dram kumpulan Search, iaitu Yazit mendakwa yang dia seolah sudah lama dibuli oleh kumpulannya sendiri. Katanya, Awie Wings seperti sudah nampak perkara tersebut di mana dia seperti dibuli.

"Maksud Awie itu betul. Dia tidak berniat apa-apa. Dia sudah lama tengok saya begini, hanya berdiam diri saja. Dia sudah nampak satu perkara seperti saya dibuli.



INFO - 46 LAGU KANAK-KANAK DIDI & FRIENDS, KINI DI ASTRO FIRST



Setelah muncul sebagai siri animasi lagu kanak-kanak khas 2 - 5 tahun paling popular dan mempunyai 130 juta views di YouTube, kini Didi & Friends di siarkan pula di saluran 480 Astro First.

Untuk info, animasi ini merupakan co produksi bersama Astro dan pernah disiarkan di Astro Ceria dan mendapat lebih 533 juta view. Ia sekaligus menjadi kartun yang paling tinggi ratingnya di semua saluran di Astro.



"ASALKAN TAK PANJANG & PELIK" - YANA SAMSUDIN SERAH NAMA PADA SUAMI



Usia kandungan yang bakal memasuki 8 bulan, Yana Samsudin memberitahu yang dia menyerahkan kepada suaminya, Fadzil Zahari untuk memilih nama untuk anak mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Dalam masa yang sama, Yana berkata yang dia dan suami masing-masing sudah tidak sabar menantikan detik indah itu nanti.

"Dua minggu lagi usia kandungan akan masuk lapan bulan dan jika mengikut kiraan, saya dijangka bersalin pada 26 Julai depan. Maknanya, selepas dua minggu raya.



"SAYA BERHASRAT INGIN KE MEKAH" - ZAMANI SLAM



Penyanyi Zamani Slam, 45, yang beberapa kali melalui episod hitam membabitkan kehidupan dan kerjaya seninya, berhasrat untuk mengerjakan umrah hujung tahun ini.

Dalam masa sama, dia juga bercadang untuk membawa bersama abang dan kakaknya mengerjakan umrah nanti.

"Saya pun sudah berusia 45 tahun dan masih belum dapat ke Makkah sama ada untuk mengerjakan umrah atau ibadah haji. Sekiranya diizinkan Allah SWT, saya bercadang untuk mengerjakan umrah hujung tahun ini. Diharapkan semua pihak mendoakan agar ia menjadi kenyataan.



AZNIL BERHABIS RM4,000 SEBULAN UNTUK WAJAH - NAFI SUNTIK BOTOKS



"Orang kata saya pakai botoks pada wajah, tapi cuba tengok betul-betul wajah saya ada kedutan dan mempunyai reaksi. Jika saya guna botoks, muka akan jadi tegang dan tidak boleh memberi reaksi sedih atau gembira," ujar Datuk Aznil Nawawi sekaligus menepis dakwaan kononnya dia melakukan suntikan botoks pada wajahnya.

Malah wajahnya yang kelihatan lebih muda daripada usia sebenar katanya berpunca daripada dia menghabiskan kira-kira RM4,000 setiap bulan bagi mendapatkan pelbagai rawatan kecantikan menggunakan teknologi terkini.



SELAMAT BERSALIN - AZZA AF1 TIMANG 'BABY GIRL'



Bekas Akademi Fantasia musim pertama (AF1), Azza atau nama sebenarnya Azariah Suaymi, 34, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 18 Mei lalu di Hospital Ampang pada jam 5.57 petang.

Bayi yang dilahirkan dengan berat 2.72 kilogram itu telah dinamakan dengan nama Cempaka Nur Adriyana.



BILA ALYAH MENANGIS DI MAJLIS PELANCARAN SINGLE TERBARU



"Terima Kasih kepada Rakan media yang hadir. Kepada semua Rakan media yang mungkin selama ini terasa hati dengan saya. Saya mohon ampun Dan Maaf. Semoga dapat memberi peluang kepada saya memulakan perhubungan ini semula. Terima kasih," demikian kata Datin Alyah, ketika majlis pelancaran single terbarunya.

Pelancaran single berjudul 'Engkau Milikku' itu telah berlangsung di Restoran Rebung Kuala Lumpur.



26 May 2016

DATUK VIDA BAKAL 'BERHABIS' MEREBUT NOMBOR PLAT 'F 1'



Selepas hasratnya untuk membeli Rayani Air terkubur disebabkan pelbagai masalah, terkini Datuk Vida masuk pula ke dalam permainan baharu iaitu mahu membida nombor plat 'F 1'.

Nombor plat Putrajaya super eksklusif itu akan mula dibuka untuk bidaan minggu depan, dan ahli perniagaan itu memberitahu theSun, bahawa dia sudah bersedia untuk memberikan 'angka yang sangat menarik' untuk membeli plat pendaftaran itu.



ZIANA BAKAL BONGKAR RAHSIA SEBENAR CINTA AWIE & ERRA



Bagi generasi 1990-an, pastinya cinta antara Awie dan Erra Fazira bukan rahsia bagi mereka. Malah beberapa buah filem yang dilakonkan bersama seolah memberi bayangan bagaimana hangatnya percintaan mereka yang akhirnya terkandas di tengah jalan.

Terkini, akhirnya penantian peminat berbalas jua apabila Awie dan Erra merancang memaparkan kisah cinta mereka sewaktu di puncak kerjaya iaitu 1990-an melalui filem terbaru.



"JAGA BADAN SELEPAS CUKUP KUOTA" - SARAN FIZZ FAIRUZ BUAT ISTERI



Fizz Fairuz yang bakal menimang cahaya mata kedua memberitahu yang dia sangat bersyukur dan tidak kisah jika isterinya, Almy Nadia itu mengalami kenaikan berat badan kerana hamil lagi selepas melahirkan anak pertama, Nur Afrina Ariana tahun lalu.

"Alhamdulillah, kandungan Almy sudah pun memasuki usia lima bulan dan dijangka bersalin Oktober nanti.

"Buat masa sekarang kami tidak mempunyai pembantu rumah, jadi anak memang dijaga sepenuhnya oleh kami berdua dan dibantu oleh mak juga. Bagaimanapun, ia tidak mengganggu perjalanan kerja kami setakat ini.



7 TAHUN DISABOTAJ MUNCUL TV - HAZAMI KONGSI KISAHNYA



Penyanyi Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 41, yang sudah lama menyepi sebelum muncul kembali telah berkongsi kisah yang didakwanya pernah ada pihak cuba mensabotaj peluangnya daripada muncul di kaca televisyen baik dari segi untuk membuat persembahan mahupun lagunya dijadikan runut bunyi drama.

Menurut Hazami yang berkecimpung dalam dunia seni sejak hampir 15 tahun, perkara tersebut berlanjutan selama tujuh tahun sehinggalah memaksa dia membuat keputusan untuk berehat lebih kurang tiga tahun setengah daripada aktif di lapangan seni.



SHUKRI YAHAYA TERUJA BAKAL TIMANG 'BABY GIRL' OGOS INI



"Ini satu lagi khabar gembira buat kami sekeluarga. Selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan anak kami adalah perempuan

"Saya sentiasa berdoa semoga isteri dan anak yang bakal lahir sentiasa dalam keadaan sihat," demikian kata pelakon Shukri Yahaya, 28, yang teruja apabila dimaklumkan bahawa isterinya, Nurfatihah Ahmad Adnan atau Tya Adnan, 24, bakal melahirkan seorang anak perempuan.

Menurut Shukri yang masih mencari nama yang sesuai buat cahaya mata yang bakal lahir, usia kandungan isterinya kini mencecah enam bulan dan dijangka akan bersalin pada hujung Ogos nanti.



ABANG MENINGGAL DUNIA PUNCA AISYA HASNAA BERHIJAB



"There's so many things I wanna say. But no words could describe just how much we miss you. May we meet again in jannah my dear brother. Aamiin.. We love you so much Adam," demikian coretan pelakon drama Romi Cinta Julia, Aisya Hasnaa mengeni rindunya pada abangnya yang meninggal dunia pada 6 April lalu.

Malah dia juga mengesahkan bahawa dirinya bertudung penuh sejak 7 April lalu disebabkan menyedari kewajiban sebagai seorang muslim gara-gara 'kehilangan' abangnya itu.



KETIKA BERURUT... BARU JUE AZIZ SEDAR BAYINYA KEGUGURAN



"Saya keguguran tiga bulan lalu dan perkara itu disedari oleh orang yang mengurut saya kerana dia bertanya sama ada saya pernah keguguran atau tidak.

"Saya akui ada berlaku pendarahan dan saya sangkakan ia hanya ketulan darah haid sahaja dan tidak pun ke klinik namun ia adalah keguguran awal kandungannya," ujar pelakon Jue Aziz mengenai kandungannya yang keguguran.



'WINGS VS SEARCH' - AWIE HASRAT KUMPUL DANA UNTUK YAZIT



Mungkin gara-gara ditegur oleh Amy Search yang kecewa dengan Awie kelmarin akibat luahannya mengenai nasib yang menimpa Yazit Ahmad, 54, terkini Awie mengumumkan hasrat membantu pemain dram itu.

Kata Awie, derita sakit buah pinggang yang ditanggung oleh Yazit, harus dibela sewajarnya kerana mereka adalah sahabat lama.

Sehubungan itu, Awie, 48, berkata, dia bersama anggota Wings seperti Joe, Eddie dan Black kini dalam proses perbincangan untuk menganjurkan persembahan amal bagi mengumpul dana bagi membantu Yazit.



25 May 2016

27 GAMBAR - GELAGAT JIHAN MUSE DI JEPUN



Amboi... bukan main gembira Jihan Muse bila dapat pergi ke Jepun sekali lagi. Difahamkan, Jihan ke negara matahari terbit itu bagi menjalani penggambaran 'Jejak Jepun Jihan' bagi musim terbaru.

Menerusi laman Instagram Jihan, dia telah berkongsi gambar-gambar sekitar penggambaran di sana.

Jom tengok!



5 GAMBAR - BILA MARSHA JUMPA 'HERO DILWALE' DI LONDON



Nampaknya Marsha Milan Londoh sangat beruntung apabila dia dapat berjumpa dengan hero Dilwale iaitu Shah Rukh Khan ketika bercuti bersama keluarga di London baru-baru ini.

Menerusi gambar tersebut, Marsha kelihatan agak malu-malu gitu ketika bergambar dengan Shah Rukh Khan. Heh!

Jom lihat!



ALIFF SYUKRI AKUI HIDAP DISLEKSIA, TAK PANDAI INGGERIS



"Tidak ramai yang tahu sisi hidup saya yang tidak tahu berbahasa Inggeris dan disahkan disleksia.

"Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran dan mempunyai masalah untuk membaca dan menulis," ujar pengasas kosmetik D’herbs Holdings (M) Sdn Bhd Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Untuk makluman, Aliff Syukri berkata demikian sebagai berkongsi pengalaman hidupnya sebelum bergelar seorang jutawan. Ini kerana, beliau pernah mengalami enam kali bankrap dan tidak tahu berbahasa Inggeris ketika zaman susahnya.



DOA DI SEPANYOL MAKBUL - DIANA AMIR KINI HAMIL ANAK KEDUA



Pelakon dan hos Diana Amir, 29, yang berharap agar dikurniakan cahaya mata lagi termakbul apabila dia disahkan hamil lima minggu sekembali dari kunjungan ke Seville, Sepanyol pada April lalu.

Menurut Diana, dia berdoa dianugerahkan cahaya mata kedua ketika menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ukhwah 4 Ummah (U4U) melawat tapak pembinaan masjid pertama di bandaraya itu.



24 May 2016

"BIAR TAK ADA TEMAN LELAKI DARI TERUS MAKAN HATI" - IZREEN AZMINDA



"Jujurnya, pada waktu ini apa yang boleh saya katakan ialah, saya sudah tertutup untuk kenal mana-mana lelaki," demikian kata Izreen Azminda mengenai pintu hatinya kini sudah tertutup untuk mana-mana lelaki selepas rimas apabila dia sering dikaitkan dengan beberapa pelakon lelaki sebelum ini.

Menurut Izreen, dia kini lebih rela untuk bersendiri daripada terus makan hati kerana lelaki.



9 GAMBAR - KELUARGA BAHAGIA ASHRAF MUSLIM



Gambar keluarga bahagia Ashraf Muslim yang menarik perhatian ramai... tambah-tambah apabila Ashraf kembali popular melalui drama bersiri 'Mr Boss Miss Stalker' yang diputarkan di slot Dahlia di TV3.

Malah kehadiran anak ketiga mereka, Anas Ashraf, bagai melengkapkan lagi kebahagiaan mereka.

Jom tengok!



LEPAS TUDUNG DAN HIJAB, NEELOFA LANCAR PERFUME SENDIRI PULA



"Thank you so much kepada semua yang jayakan majlis malam tadi. My family, friends, NH staff, stokists and media. Majlis Pelancaran Koleksi Hari Raya Naelofar & Naelofahijab 2016," demikian kata Neelofa yang melangkah setapak lagi apabila melancarkan jenama minyak wanginya sendiri.

Apa yang menarik, packaging minyak wangi Neelofa kelihatan agak 'classy' berbanding beberapa jenama minyak wangi artis yang lain.



2 TAHUN REHAT - NURUL SYUHADA KINI KEMBALI KE KACA TV



"Saya kembali semula selepas dua tahun kerana memberi perhatian terhadap keluarga.

"Saya ambil keputusan berehat kerana ingin membesarkan mereka sendiri depan mata dan tidak mahu ketinggalan detik-detik mereka membesar.

"Sekarang Alhamdulillah, mereka sudah berusia setahun lapan bulan dan ada pengasuh yang menjaga, lagi pula masa bekerja saya agak flexible," ujar Nurul Syuhada Nurul Ain mengenai tugas terkininya mengendalikan rancangan Salam Dhuha di Astro Oasis selepas dua tahun berehat.



23 May 2016

EIRA SYAZIRA KINI HAMIL ANAK KEDUA



Menerusi twitter Eira Syazira, dia mengesahkan bahawa dirinya kini sedang mengandung anak kedua hasil perkahwinannya dengan Azad Jazmin.

Meskipun tidak memberikan butiran lanjut mengenai kandungannya itu, namun pengesahan tersebut membuat anak sulungnya cukup teruja kerana bakal menjadi kakak.



DISERANG STROKE - MAZIDUL AKMAL SIDEK BAKAL JALANI PEMBEDAHAN KEPALA



Berita ini dipetik melalui Facebook Syed Azmi, iaitu seorang sukarelawan yang kerap melawat mereka yang susah dan memerlukan.

Artikel terdahulu:
Dalam ziarahnya baru-baru ini melawat Mazidul Akmal Sidek, iaitu bekas wartawan TV3 yang popular melalui rancangan 999, katanya Akmal yang diserang stroke sejak 2 tahun lalu bakal menjalani pembedahan kepala pada 25 Mei ini.

Bagaimanapun katanya, Akmal yang kini bebas hutang setelah menghabiskan simpanan dan wang EPFnya tidak mampu bekerja lagi. Hanya isterinya sahaja yang masih bekerja dan banyak membantu keperluan mereka anak beranak.



PARU-PARU DIJANGKITI KUMAN - TAMAM IDRIS MASUK WAD KECEMASAN



"Keadaan bapa sangat lemah sejak beberapa hari ini dan malam tadi kami terpaksa memanggil doktor ke rumah untuk merawat, tetapi doktor meminta bapa di rujuk terus ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan pakar.

"Memang doktor mengesahkan bapa mengidap Pneumonia atau jangkitan kuman pada paru-parunya yang menyebabkan dia sangat lemah dan tidak bermaya," demikian kata Norassikin mengenai keadaan bapanya, Tamam Idris.

Tamam atau nama sebenarnya Bustamam Idris, 77, telah dikejarkan ke bilik kecemasan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), jam 12 tengah hari semalam akibat jangkitan kuman pada paru-parunya.



BEKAS KEKASIH ADIRA, SHAHRUL NASRUN SELAMAT NIKAH



Bekas kekasih penyanyi Adira Suhaimi, iaitu Shahrul Nasrun Kamarudin yang juga merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, selamat nikah dengan pilihan hatinya Fatin Amira Zainal Abidin.

Shahrul melafazkan sekali lafaz sahaja dalam majlis tersebut dan dia kelihatan segak dengan persalinan serba putih rekaan pereka fesyen Rizman Ruzaini.



CLEVER GIRL - FATIN (KELANTAN) MUNCUL JUARA, BOLOT RM100,000



Edisi pertama program berkonsep kuiz, Clever Girl Malaysia (CGM) terbitan TV3 telah melabuhkan tirainya semalam apabila peserta dari Kelantan, Fatin Nuraisya Mohd Hanipha atau Fatin dinobatkan sebagai juara dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi.

Manakala naib juara dengan wang tunai RM10,000 pula diduduki oleh Arina Mohd Fairin Lum dari Selangor.



22 May 2016

6 GAMBAR - CHE TA TUNAI UMRAH 'BERTIGA'



"Alhamdulillah.. syukur. Ya Allah permudahkanlah urusan ibadah kami..," ujar Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta yang kini sedang berada di Tanah Suci bersama suami Zain Saidin dan anaknya, Aaisyah Dhia Rana.

Apa yang menarik, Che Ta dilihat sekali lagi mengenakan 'purdah' sepertimana sebelum ini beliau menunaikan umrah bersama anak-anak tanpa suaminya.

Selamat menjalani ibadah umrah dan semoga segalanya dipermudahkan.



45 GAMBAR - AKSI COMEL ANAK YAYA MAEMBONG & WAN RAJA



Menerusi laman Instagram Yaya Maembong dan Wan Raja, pasangan ini telah berkongsi gambar-gambar sekitar sesi fotografi dan aksi comel anak sulung mereka yang diberi nama Seri Aileen Marissa.

Dalam pada itu, Yaya memaklumkan bahawa dia telah membuka akaun Instagram buat anak perempuannya itu.

Untuk rekod, anak perempuan pasangan ini dilahirkan pada 6 April lalu.

Jom kita saksikan gambar-gambar comel Baby Seri ni!



21 May 2016

22 GAMBAR - GELAGAT NUBHAN & ISTERI DI MESIR



"Esok dah nak balik Malaysia... Alhamdulillah... walaupon jauh... Kami jumpa setiap bulan... so next month will be the final month for Afifah Hidayah Ahmad Tawfek studying here in mesir... pastu balik Malaysia for good and be my personal dentist... doakan final exam dia dipermudahkan k?," ujar Nubhan yang kini selamat pulang ke Malaysia selepas beberapa hari menemani isterinya di Mesir.

Ketika di sana, Nubhan bukan setakat menemani je tapi turut berbulan madu sekali. Heh!

Menerusi gambar yang dikongsi Nubhan dan isteri di laman Instagram masing-masing, mereka dilihat begitu bahagia sekali.

Jom tengok!



LAGI 14 GAMBAR SEKITAR BULAN MADU 'CIK PIAH' & SUAMI DI BALI



Lagi aksi-aksi penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai 'Cik Piah' dan suaminya, Nurashid Abd Wahab ketika berbulan madu di Bali, Indonesia.

Menerusi gambar tersebut, 'Cik Piah' bukan main romantik lagi ketika disana.

Jom lihat!



20 May 2016

LEPAS ZIANA ZAIN, ZARINA ZAINUDDIN PULA DINASIHAT OLEH ANAK AGAR BERHIJAB



Jika Ziana Zain pernah dinasihatkan oleh anaknya agar berhijab dan menutup aurat, begitu jugalah dengan Zarina Zainuddin, 45, yang turut menerima nasihat yang sama dari anak-anaknya.

Menurut Zarina, anak ketiga dan keempat selalu memarahinya dan tidak membenarkannya hantar berhampiran sekolah sebab malu kerana ibunya tidak memakai tudung.

Terdahulu, Zarina pernah mencetuskan kontroversi gara-gara dikatakan membuka tudung untuk terus berlakon drama. Namun hakikatnya, pemilik Addura Marketing Sdn Bhd ini belum berhijab sepenuhnya. Tetapi hanya mencuba mengenakan tudung mengikut watak di dalam drama.



'KAYA ATAU MISKIN, TETAP MASUK KUBUR' - FASHA SANDHA



Nampaknya kehidupan Fasha Sandha terus hangat dan dilanda pelbagai kontroversi sejak dia bercerai dengan suaminya pada 20 Januari lalu. Terkini, Fasha atau na­ma sebenarnya, Nur Fasha San­dha Hassan, telah meluahkan perasaannya di laman Instagram bagi menyedarkan 'seseorang' yang didakwanya terlampau taksub dengan kekayaan dan kuasa yang ada.

"Jangan lupa, kaya atau miskin, tetap masuk kubur yang sama, tiada bezanya. Jadi jangan lupa, negara ada undang-undang, tak kira untuk yang kaya mahupun yang miskin.