30 June 2016

18 GAMBAR - WAJAH TERKINI HAYDER, ANAK MON RYANTI



Nampaknya, pejam celik... dah besarlah Muhammad Hayder Hayyan, anak sulung kepada pelakon filem 'Jangan Pandang Belakang Congkak' dan juga penyampai radio Ultra FM, Mon Ryanti atau nama sebenarnya Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee ni.

Untuk info, umur Hayder kini sudah memasuki usia 11 bulan.

Jom kita tengok gelagat si comel ini!



PEMINAT BERANG 'KIMCY' BERLAGAK SOMBONG - INI JAWAPAN STACY



Penyanyi Stacy atau nama penuhnya Ummu Syaikhah Stacy Anam meluahkan rasa kesal apabila ada pihak menyifatkan beliau dan suaminya, Akim Ahmad sombong gara-gara tidak melayan peminat.

Stacy nyata terkejut apabila dituduh sedemikian. Perkara itu membuatkan Stacy menegur peminat berkenaan di akaun Instagramnya.

Katanya, beliau dan suaminya itu sebaliknya seorang yang mesra peminat dan tidak pernah mengabaikan mana-mana individu yang menegurnya jika ditemui di mana-mana sekali pun.



JIWA RASA KOSONG - JULIA ZIEGLER BAKAL KAHWINI JURUTERA



Gara-gara semua kakak-kakaknya beraya bersama suami, Julia Ziegler, atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler bagai terasa kosong di hati. Malah sejak kematian beberapa ahli keluarganya pada tahun lalu, perasaan seronok berhari raya juga semakin hilang.

"Tahun ini kakak-kakak saya semuanya beraya bersama keluarga sebelah suami. Oleh itu, hanya saya bersama kedua ibu bapa yang tinggal, sebab itu rasa agak kosong untuk menyambut raya tahun ini," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, bila ditanya kenapa dia tidak berkahwin sahaja sebagaimana kakaknya yang lain, Julia akhirnya mendedahkan rahsia besar yang disimpan selama ini.



29 June 2016

KAHWIN TAK JADI - RAJA EMA SEKADAR BUAT 'WAYANG'?



Jika sebelum ini, ramai yang meneka bahawa hasrat pelakon dan penyanyi Raja Ema untuk berkahwin sekadar 'wayang' semata-mata, terkini tekaan tersebut menjadi kenyataan apabila artis era 1980-an itu mengakui telah membatalkan hasratnya untuk berkahwin.

Untuk info, sebelum ini Raja Ema bersunguh-sungguh dikatakan bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan selepas Hari Raya Aidilfitri ini. Namun ia kini hanya tinggal kenangan semata.



MAS IDAYU & ELLY SURIATY SERIKAN AF2016



Untuk kesekian kalinya, program hiburan realiti iaitu Akademi Fantasia (AF) yang pernah menjadi kegilaan rakyat Malaysia satu ketika dahulu bakal bermula pada Ogos ini.

Tetapi bagi AF2016 kali ini, ada kelainan sedikit apabila penyanyi Mas Idayu dan aktres Elly Suriaty diumumkan sebagai tenaga pengajar baru dan juga juri tetap sesi ujibakat program realiti tersebut.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, perlantikan Mas Idayu dan Elly Suriaty adalah berdasarkan latar belakang dan pengalaman dalam industri hiburan tanah air.



DIFITNAH MENINGGAL LAGI - JALALUDDIN HASSAN RASA KESAL



"Saya terganggu kerana ia melibatkan orang tersayang, rakan-rakan dan peminat. Saya sedar kita hidup hanya sementara sahaja di dunia ini. Hentikanlah perbuatan tidak bermoral ini, berita yang tidak ada jangan diada-adakan. Kasihanilah peminat-peminat saya," demikian kata pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan, 62, yang sekali lagi berdepan dengan penyebaran berita palsu beliau meninggal dunia yang kini tersebar di laman sosial.

Kata Jalaludin, keadaan itu membuatkan beliau merasa terkejut dan kecewa dengan tindakan pihak tak bertanggungjawab yang menyebarkan berita itu buat kali kedua.



9 GAMBAR - NABIL & ISTERI TUNAI UMRAH BERSAMA



Gambar Nabil Ahmad dan isterinya, Nazirah Ayub menunaikan umrah di bulan Ramadan bermula pada 27 Jun hingga 4 Julai ini.

Nampaknya, Nabil dan isteri berpeluang merasai bagaimana nikmat berpuasa pada 10 hari terakhir di Tanah Suci Mekah.

Alhamdulillah... semoga mereka mendapat umrah yang mabrur dan selamat kembali ke tanah air.



28 June 2016

4 GAMBAR - SITI NURHALIZA DI TANAH SUCI TUNAI UMRAH



Dato' Siti Nurhaliza kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Apa yang menarik, Siti dilihat sekali lagi mengenakan 'purdah' sepertimana sebelum ini beliau menunaikan umrah bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K).

Difahamkan, Siti akan berada disana selama 10 hari iaitu bermula pada 25 Jun sehingga 4 Julai.

Kami ucapkan selamat menjalani ibadah umrah buat Siti dan suami.



7 GAMBAR - PENJARA UBAH AMENG TAAT AGAMA, SUAMI PENYAYANG



Bak kata pepatah, sekali air bah, sekali pantai berubah!

Demikian jugalah halnya dengan Ameng Spring yang dahulunya terpaksa meringkuk selama 8 tahun dalam penjara dan dikenakan 10 sebatan kerana kesalahan dadah.



PERNAH IDAM LELAKI BERUSIA - ERRA AKUI SUKAR TOLAK CINTA SHAHIR



Erra Fazira mengakui dirinya tidak dapat menolak rasa cinta kepada Shahir AF8 walaupun sebelum ini dirinya sememangnya berniat untuk bersuamikan lelaki yang lebih tua. Ini kerana kata Erra, Shahir telah melengkapi ciri lelaki idamannya.

Beza 14 tahun bukan penghalang untuknya menerima Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 28, sebagai calon jodohnya.

Erra bagaimanapun menyerahkan segala kepada Tuhan selain meminta orang ramai melihat perbezaan umur itu daripada sudut positif.



DEMI ISTERI - ZAIBO JADI 'SURI RUMAH' SEPENUH MASA



Bagi memberi peluang kepada isterinya, Siti Hawa untuk berkhidmat sebagai sukarelawan dengan sebuah agensi kerajaan, pelakon veteran Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abd Hamid, 60, rela mengalas tanggungjawab sebagai 'suri rumah' sejak lapan bulan lalu.

Kata Zaibo, dia berkorban menjaga lima anak tiri yang masih bersekolah berikutan isterinya sering diminta untuk terlibat menyertai misi bantuan dalam dan luar negara.

"Sejak lapan bulan yang lalu saya menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga anak-anak kerana saya beri peluang kepada isteri untuk melakukan perkara yang dia suka.



27 June 2016

16 GAMBAR - GELAGAT NAS-T & ISTERI DI INDONESIA



"Huaaaa hehehe maaf sayang sayang, aku ga bawak nya opi," demikian kata Atita Haris mengenai percutian di Indonesia bersama suaminya, Nas-T.

Untuk info, selain bercuti dan meluangkan masa di sana, mereka sebenarnya turut merakamkan saat-saat manis tersebut untuk sebuah program terbitan Astro berjudul 'Romantika'.

Jom kita tengok gelagat mereka!



19 GAMBAR - ZIZAN, ADI PUTRA, AZWAN ALI & ASHRAF MUSLIM TUNAI UMRAH



Zizan Razak, Adi Putra, Azwan Ali & Ashraf Muslim berangkat ke Tanah Suci Mekah, pagi kelmarin bagi menjalani ibadat umrah pada bulan ramadan ini.

Difahamkan, ini adalah kali pertama Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, 32, menjalani ibadat umrah.

Alhamdulillah... Semoga mereka mendapat umrah yang mabrur dan selamat kembali ke tanah air.



ANAK USIA 2 BULAN - BRONT PALARAE SERONOK JADI BAPA



Sebagaimana Rosyam Nor satu ketika dulu yang amat berahsia mengenai keluarga, Bront Palarae seolah mengikut jejak Rosyam apabila tidak begitu gemar berkongsi cerita kehidupan peribadinya.

"Orang nak tahu saya ini sudah kahwin atau belum. Ada yang fikir belum sedangkan saya sebenarnya sudah pun beristeri. Namun ada sebab mengapa orang panggil itu sebagai hal peribadi. Untuk disimpan sendiri.

"Kalau saya tayang kepada umum, tak jadi hal peribadilah lagi," ujarnya yang mengaku sering menerima pertanyaan sama ada benar dia sudah berkahwin termasuk disoal mengenai anak.



26 June 2016

IMPIAN ADIK SYAIRAH JUMPA JIHAN MUSE TERCAPAI



Impian seorang kanak-kanak yang menderita ketumbuhan otak sejak dua tahun lalu, Nur Syairah Mohd Zaidi, 7, yang teringin bertemu dengan artis kegemarannya, Jihan Muse akhirnya tercapai.

Adik Syairah kelihatan teruja sekali sebaik saja melihat kehadiran Jihan yang ditemani suaminya, Ungku Hariz Faizal di rumahnya yang terletak di Masjid Tanah, Melaka petang semalam.



PERBEDAHAN TEBUK BADAN - HAFIZ HAMIDUN SUDAH SERIK



Hafiz Hamidun, 32, yang baru-baru ini menjalani pembedahan membuang air dalam paru-paru disebabkan pneumonia yang dilaluinya menyifatkan pengalaman tersebut sangat mengerikan.

Ini kerana menurut Hafiz, walaupun dibius, dia masih dapat merasai sesuatu yang tebal seperti pen dimasukkan ke tulangnya ketika doktor menebuk belakang badannya.

"Saya tak tahu bagaimana untuk menggambarkannya, tetapi ia sangat mengerikan. Walaupun dibius, saya masih dapat merasakan sesuatu dimasukkan dalam badan.



ISTERI BERI LAMPU HIJAU - AJAK SHIRO ENGGAN TAMBAH



Ajak Shiro memberitahu bahawa isterinya, Nur Afifah Amin memberi kebenaran untuknya berkahwin satu lagi, namun baginya kesempurnaan yang dicari pada seorang wanita sudah dia temui, jadi dia menolak dengan baik peluang yang diberikan itu.

"Orang rumah (isteri) pernah menyuarakan hasrat memberikan kebenaran kepada saya menambah cawangan (isteri), namun saya berpendapat, kesempurnaan yang dicari pada seorang wanita sudah saya temui. Jadi, saya rasa tidak perlu untuk berkahwin satu lagi.



ISTERI SELAMAT BERSALIN - TMJ SAMBUT ANAKANDA PERTAMA



Tahniah kami ucapkan buat Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che Puan Khaleeda Bustamam yang menyambut kelahiran anakanda pertama mereka pagi semalam.

Isteri TMJ Tunku Ismail selamat melahirkan seorang puteri di Wad Diraja, Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli mengumumkan berita gembira itu dalam satu kenyataan, pagi semalam.



25 June 2016

"KERANA SUAMI, SAYA KINI RAJIN 'PASANG BADAN'" - SHARIFAH SHAHORA



Selepas peristiwa rumahtangganya bersama pengarah filem, Raja Mukhriz berantakan tahun lalu, Sharifah Shahora, 41, memberitahu yang dia kini semakin mementingkan soal kecantikan diri dan pemakaian.

Ini kerana kata Shahora, apa yang dilakukan itu adalah semata-mata untuk menggembirakan hati suaminya kerana tidak mahu kejadian serupa berulang lagi pada masa hadapan.

"Alhamdulillah keadaan sekarang sudah kembali tenang dan rumah tangga kami bahagia. Saya juga kini rajin 'pasang badan' untuk suami kerana sebagai isteri saya juga perlu main peranan dalam memikat suami," ujarnya dipetik sebagai berkata.



4 FOTO - NEWBORN PHOTOSHOOT BABY SYAWAL & FIQA PELAMIN FANTASIA



Pada 16 Mei lalu, Syawal dan Fiqa yang merupakan juara musim pertama Pelamin Fantasia telah menimang cahaya mata pertama mereka.

Bagi menunaikan hajat isterinya yang teringin merakamkan memori indah bersama anak mereka, Syawal atau nama sebenarnya Muhammad Syawaluddin Ghazali telah mengadakan sesi fotografi sempena kelahiran anak sulung mereka, Sofia Azzahra.

Difahamkan, anak perempuan mereka dilahirkan pada jam 3.00 pagi bertempat di Hospital Azzahra, Bandar Baru Bangi.



LEPAS SHAHIR AF - ERRA PULA AKUI PUNYAI HUBUNGAN ISTIMEWA



Jika baru-baru ini, Shahir Zawawi, 28, mengakui bahawa mereka mempunyai hubungan dan hubungan tersebut mendapat restu, kali ini Erra Fazira, 42, pula membuka mulut mengenai perhubungan mereka.

Erra mengakui bahawa dia memang sedang menjalin hubungan istimewa dengan bekas juara Akademi Fantasi musim kelapan itu.

Namun begitu, Erra menafikan dakwaan yang menyatakan mereka sudah mempunyai tarikh bagi melangsungkan hari bahagia mereka.



24 June 2016

GAGAL HADIR AWAL KE MAHKAMAH - LYDIAWATI DIBERI AMARAN KERAS



Kerana gagal hadir awal di mahkamah hari ini untuk sebutan kesnya yang menghadapi tuduhan mencederakan seorang wanita menggunakan besi, Mac lepas, Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon, 51, telah diberi amaran keras oleh Mahkamah Majistret Ampang.

Majistret, Haslinda A. Raof memberi amaran itu selepas pelakon popular tahun 80-an yang memakai jubah dan bertudung hitam dipanggil ke kandang tertuduh pada pukul 11.43 pagi.

Ketika ditanya Majistret Haslinda, Lydiawati memberi alasan punca kelewatan adalah kerana dia baru sahaja diberitahu yang dia perlu hadir di mahkamah hari ini.



TUNAI UMRAH DI BULAN RAMADAN - SITI NURHALIZA RASA SYUKUR



"Alhamdulillah, tahun ini saya mendapat peluang untuk menunaikan umrah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini," demikian kata Dato' Siti Nurhaliza yang bersyukur kerana mendapat peluang untuk menunaikan ibadah umrah sekali lagi pada bulan Ramadan tahun ini.

Difahamkan, Siti bakal bertolak ke Tanah Suci pada esok hari dan akan berada disana selama 10 hari.



AWIE SAHKAN DIRINYA SUDAH BERTUNANG



Pelakon dan penyanyi Awie Wings atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman mengesahkan bahawa sekeping gambar menyaksikan dua orang anaknya, Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha bersama Sharifah Ladyana dalam satu majlis pertunangan pada 3 Jun lalu adalah benar.

"Ya, memang saya telah bertunang dan semua fakta yang dinyatakan sebelum ini benar," ujar Awie berhubung perkara tersebut.



BERGELAR PENOREH GETAH - MAK MAH SERONOK DAPAT TEMAN SUAMI



"Mula-mula memang tidak tahu bagaimana cara nak menoreh getah, jadi saya belajar dengan suami sehingga saya menangis kenapa saya tidak pandai-pandai.

"Saya berdoa Allah permudahkankan saya untuk pandai melakukannya kerana saya benar-benar mahu menemani suami setiap pagi ke kebun getah. Sekarang suami pula kagum dengan kebolehan saya.

"Menoreh merupakan rutin kami setiap pagi, saya dan suami akan keluar seawal 6.30 pagi dan pulang kira-kira pukul 9 pagi," demikian kata pelakon veteran Ruminah Sidek atau Mak Mah, 70, yang gembira dirinya bergelar penoreh getah sejak dua tahun lalu kerana dapat menemani suaminya, peneroka Felda Jelai, Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 72.



23 June 2016

ISTERI SELAMAT BERSALIN - GJIE 6IXTH SENSE TIMANG 'BABY GIRL'



Sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah bersama anggota Akim & the Majistret semalam, Gjie 6ixth Sense sempat menemani isterinya, Farah Nabila melahirkan anak sulung mereka kelmarin.

Gjie dan isteri sepakat menamakan Raisya Malaeka kepada anak perempuan mereka yang lahir pada jam 6.25 pagi dengan berat 2.5kg.



TAHNIAH - ISTERI NAS-T KINI HAMIL 3 BULAN



Nas-T tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata apabila isterinya, Atita Haris kini sedang hamil tiga bulan.

Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh Nas-T menerusi laman Instagram melalui sebuah video sebelum ia dipadamkan.

Bagi mereka yang sempat melihat video, pasti akan mengetahui isi kandungan video tersebut yang menunjukkan imbasan ultrabunyi yang telah dilakukan keatas wanita mengandung pada minggu awal kehamilan, dan nama Atita jelas kelihatan pada skrin imbasan berserta hashtag '3 months 6 days'.



8 GAMBAR - DATIN RED BAKAL 'BERAYA SAKAN' DENGAN SUAMI



"Happy fathers day 'abg' dia suami, dia kawan,dia tempat mengadu, dia tempat gaduh, dia papa ank2 sye, dia bff,dialah segale galenye, seburukburuk sebaik baik dia lah suami.. we love u," demikian ucap Datin Red sempena hari bapa baru-baru ini buat suaminya Datuk Seri Adenan Abu (Datuk Red).

Namun bukan itu sahaja yang mengembirakannya, tahun ini Datuk Red bakal memeriahkan sambutan hari raya pertama di rumahnya dahulu. Manakala Adira, pulang ke Sabah seorang diri demi menghormati madunya itu.



17 GAMBAR - IZZUE ISLAM BUAT BIRTHDAY SURPRISE UNTUK ISTERI



"Thanks dear buat suprise semalam (21 Jun)... Izzue Islam and thanks to team Karma Cinta," demikian kata Awin Nurin yang menerima kejutan hari lahir dari suami tercinta, Izzue Islam di lokasi penggambaran 'Karma Cinta'.

Sweetnya Izzue apabila bekerjasama dengan team drama tersebut bagi membuat kejutan hari lahir buat isterinya yang menyambut pada 21 Jun.

Selamat hari lahir kami ucapkan buat Awin!



22 June 2016

ISU KAHWIN - ZAINOL MACWILSON MOHON MAAF, TIADA NIAT TIPU



"Ada sebab saya menafikan perkahwinan itu, bukan suka-suka mahu menipu. Maafkan saya jika ada pihak yang terasa.

"Saya tiada niat mahu melukakan hati mana-mana pihak, apatah lagi pada Ramadan yang mulia ini, tidak mungkin saya mahu bersikap buruk," demikian kata Zainol Macwilson yang memohon maaf kepada semua pihak atas kenyataan palsu berhubung status pernikahannya pada 19 Jun lalu di Kangar, Perlis.

Kata Zainol, dia menafikan cerita perkahwinannya dengan isteri baharu itu kerana beberapa sebab tertentu yang tidak dapat didedahkan.



-- IKLAN --


AMENG ATASI KEMURUNGAN DENGAN KHATAM AL-QURAN LEBIH 100X DI PENJARA



Jika dahulu dirinya buta Al-Quran namun sekarang Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 47, sudah boleh mengkhatam Al-Quran serta menjadi guru kepada 40 anak murid ketika di penjara.

Ameng yang mengakui mengalami kemurungan pada tahun pertama menjalani hukuman penjara kerana kesalahan dadah, mula belajar membaca sehingga khatam lebih 100 kali adalah selepas mendapat nasihat seorang pegawai penjara bernama Ramli dan semangatnya mula bangkit dengan mendalami ilmu agama.



-- IKLAN --


4 FOTO - SEMPENA HARI LAHIR, YUSRY KONGSI WAJAH TERKINI ANAKNYA



Pasti ramai yang ingin melihat wajah terkini anak perempuan Lisa Surihani dan Yusry KRU yang bernama Yahaira Leanne ni kan?

Nahh... sempena sambutan hari lahirnya yang ke-43, Yusry telah berkongsi wajah terkini anaknya itu.

Untuk pengetahun semua, Yahaira yang dilahirkan pada 15 September tahun lalu telah pun memasuki usia sembilan bulan.



-- IKLAN --


AL-FATIHAH - PELAKON 90-AN, LINDA HELMI KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada jam 4.30 petang semalam, pelakon drama era 90-an, Linda Helmi atau nama sebenarnya Norlida Ahmad telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Taiping, Perak, berikutan komplikasi hati.

Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu disebabkan penyakitnya.

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu pernah memenangi trofi 'Pelakon Pembantu Terbaik' di Anugerah Skrin 1996 menerusi drama 'Ribuan Mimpi-mimpi'.



-- IKLAN --


21 June 2016

SAH NIKAH - LELAKI DAKWA ZAINOL 'PUNCA' RUMAHTANGGANYA HANCUR



"Benar... wanita dalam gambar berkenaan adalah bekas isteri saya dan mereka telah pun berkahwin pada Ahad lalu di kawasan kampung ini juga.

"Saya dapat tahu pun daripada penduduk kampung lain dan cerita mengenai pernikahan mereka cepat tersebar.

"Kenyataan Zainol menafikan perkahwinan tersebut menunjukkan dia seorang penakut untuk mengakui kebenaran tetapi sampai bila dia ingin menipu?" tegas lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Rizal, 45, yang mengaku sebagai bekas suami kepada wanita yang dikahwini Zainol MacWilson.



-- IKLAN --


7 FOTO - RAGAM HAYYAN & ZAYYAN, ANAK KEMBAR FAD BOCEY



Pasti ramai yang ingin melihat ragam terkini baby kembar lelaki Fad Bocey dan Syaheera Rahman yang bernama Hayyan (abang) dan Zayyan (adik) ni kan?

Disini kami kongsikan telatah dan gelagat baby kembar Fad dan Syeera yang semakin membesar. Untuk makluman anda, Hayyan dan Zayyan kini sudah berusia 6 bulan lebih.

Jom lihat ragam si kembar ni!



SUSUT 8 KILO, HAFIZ HAMIDUN DIBENAR KELUAR HOSPITAL



"Empat hari pertama di hospital saya okay lagi, tetapi selepas lebih seminggu rasa sakit sangat. Setiap hari tubuh saya perlu dimasukkan ubat hingga selera makan pun kurang.

"Saya hanya mengambil makanan sedikit sebagai syarat untuk makan ubat. Saya perlu menjalani rawatan susulan untuk tempoh seminggu lagi," ujar Hafiz Hamidun yang susut berat badan sebanyak lapan kilogram selepas sekali lagi ditahan di Hospital Pakar KPJ, Damansara, Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada paru-paru.



OKTOBER INI - RADHI OAG BAKAL TIMANG 'BABY BOY'



"Alhamdulillah Ayu hamil lima bulan dan mengikut ujian imbasan, bayi dalam kandungannya lelaki," demikian berita gembira yang disampaikan oleh Radhi OAG mengenai isterinya, Nur Shahira Ayu, 22, yang kini sedang hamil anak lelaki.

Walaupun kehadiran cahaya mata baru ini tidak dirancang, Radhi menerima berita gembira itu sebagai rezeki dari Allah sekaligus kehadiran 'orang baharu' menjadi pelengkap kepada keluarga kecilnya.



20 June 2016

PENDAM HASRAT TERAWIH DI MASJID - MARSHA PERLU MASA PELAJARI



Keinginan pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh, 30, untuk mendirikan solat terawih di masjid terpaksa ditangguhkan kerana dirinya masih lagi dalam proses belajar selain memerlukan bimbingan.

"Saya ada melakukan tarawih bersama suami dan keluarga di rumah. Sudah beberapa kali juga. Niat untuk ke masjid memang ada tetapi saya masih belajar.

"Kalau solat pun saya perlukan imam kerana masih tidak tahu bila masanya untuk rukuk atau sujud. Gerakan itu pun saya tidak ingat, apatah lagi surah dan doa yang perlu dibaca.



"TRAGEDI TERSEBUT BUAT SAYA FOBIA" - ARIL AF7



Tragedi yang menimpa kawan baiknya telah membuatkan Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 31, lebih berhati-hati dalam penjagaan anaknya, Tun Adriel Mikael yang berusia tujuh bulan.

Ini kerana insiden memilukan pernah terjadi kepada kawan rapat Aril yang pernah belajar bersamannya di kolej apabila kematian anak yang berusia tiga bulan ketika dibawah penjagaan pusat kanak-kanak.



TAK SUKA BERAHSIA - FAHRIN AHMAD BAKAL TIMANG 'BABY BOY'



"Saya tidak pasti kerana orang berahsia mengenai jantina anak mereka tetapi pada saya apabila doktor sudah sahkan tiada salahnya berkongsi.

"Mungkin mereka yang berbuat demikian ada sebab tersendiri tetapi saya sedia kongsi kerana ia bukan sesuatu yang perlu menjadi rahsia," demikian kata Fahrin Ahmad, 37, yang tidak melihat keterbukaannya berkongsi tentang jantina anak yang sedang dikandungkan isterinya, Elena Hani yang kini sedang hamil 6 bulan secara terbuka sebagai satu kesalahan.



4 GAMBAR - AMENG SPRING 'TERKEJUT' BERTEMU ANAK DARANYA



"Selepas mama dan papa bercerai kami jarang bertemu dengannya dan apabila papa dimasukkan ke penjara saya mula tersedar bahawa kami jarang menghabiskan masa dengannya.

"Jadi sekarang adalah masa untuk saya, adik dan papa menebus kembali masa yang telah terbuang sebelum ini malah mama juga tidak pernah menghalang kami bertemu dengannya," demikian kata Wan Az Aleesa, 20, anak sulung kepada Ameng Spring mengenai pembebasan bapanya selepas 8 tahun terpenjara kerana dadah.



19 June 2016

3 GAMBAR - GELAGAT ELLY MAZLEIN BERSAMA KELUARGANYA DI KAMPUNG



Baru-baru ini, Elly Mazlein telah membawa anaknya, Putri Sara Sefhia pulang ke kampungnya di Tanjung Malim, Perak.

Menerusi gambar yang dimuatnaik oleh Elly di laman IGnya, bukan main seronok Elly bila dapat berkumpul bersama-sama keluarga besarnya itu.



KERJAYA LAKONAN SURAM - ELFAEZA BUAT KERJA AMAL CUCI SURAU



"Saya akui memang kurang muncul di televisyen sejak bertudung kerana tawaran berlakon semakin berkurangan. Ada tawaran yang datang tapi kebanyakannya untuk drama berbahasa Inggeris yang memerlukan saya membuka hijab.

"Ia seperti dugaan dan ujian buat saya kerana disaat saya tiada pekerjaan ini, saya terpaksa menolak tawaran-tawaran memerlukan saya buka tudung. Namun saya reda ia hanya satu ujian Allah kepada saya," demikian kata Elfaeza Ul Haq, 31, yang mengakui sejak berimej muslimah pada Januari lalu dia berhadapan dengan ujian apabila sering ditawarkan pelbagai watak yang memerlukannya membuka hijab.



IDENTITI BAKAL ISTERI - ZAMANI SLAM MAHU RAHSIAKAN DAHULU



Vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 45, sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk menamatkan zaman bujangnya.

Ketika diasak soalan mengenai identiti bakal isterinya, Zamani bagaimanapun enggan mendedahkan sebaliknya mengambil pendekatan untuk merahsiakan identiti bakal isterinya itu dan akan memaklumkannya bila tiba waktunya.

Ini kerana penyanyi lagu 'Gerimis Mengundang' yang mengakui sudah lama berkawan dengan bakal isteri itu enggan terburu-buru menguar-uarkan perancangan perkahwinannya kerana bimbang tidak menjadi kenyataan.



18 June 2016

RAIH LEBIH RM500K - AZNIL TAK SANGKA & TERKEJUT PRODUK BEGITU LARIS



Datuk Aznil Hj. Nawawi, 54, yang baru hampir sebulan melancarkan produk kecantikannya yang diberi nama Anell, berasa terkejut dan tidak menyangka bahawa produk yang berharga RM199 itu telah terjual sebanyak 3,000 unit.

Aznil yang lebih mesra disapa Pak Nil berkata buat masa ini sedang menunggu untuk proses pengeluaran kedua.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...