31 October 2016

6 GAMBAR - RAGAM NAD ZAINAL KETIKA BERPANTANG



"Persoalan yang tak terjawab. Walaupun badan dah kuat, tapi ibu berpantang harus menjalani pantangnya sampai habis (44hari). Lama GILA!!!," demikian kata Nad Zainal yang masih dalam pantang selepas melahirkan seorang anak lelaki pada 14 Ogos lalu.

Menerusi gambar yang dikongsikan Nad di IGnya, Nad nampaknya makin berseri. Selepas habis pantang ini, Nad bolehlah menjamah pelbagai makanan. Heh!

Untuk makluman, anak Nad dan Muhammad Faliq Amirudin bernama Fahad Ibrahim ini dilahirkan secara pembedahan di pusat perubatan di Kuala Lumpur.



KAKI NORMAN HAKIM KINI KEMBALI PULIH



Kaki pelakon sado dan tampan iaitu Norman Hakim kini kembali pulih selepas beberapa menjalani proses rawatan pemulihan kaki atau nama saintifiknya 'patella dislocation'.

Sepanjang sakit, kata Norman, meskipun pergerakkan sedikit terbatas namun dia masih tetap gigih berjalan dan menjalani penggambaran drama 'Andartu Kau Bidadariku'.

Sebelum ini, Norman pernah juga mengalami derita penyakit yang sama disebabkan bermain bola sepak dan kini terjadi lagi di sebelah kaki kirinya.



ADI PUTRA BAKAL TIMANG ZURIAT?



Baru-baru ini ada satu dakwaan dimana isteri kedua Adi Putra yang dikahwininya pada pertengahan tahun lalu dikatakan sedang hamil anak pertama mereka.

"Khabarnya, Nor Shahida sedang hamil anak pertama bersama Adi selepas berkahwin dengan aktor itu pertengahan tahun lalu. Alhamdulillah, syukur kalau benar berita itu. Sebab selama ini pun sudah lama Adi mengidam untuk menimang cahaya mata sementelah sudah mempunyai seorang anak angkat dengan isteri pertamanya, Aida Yusof.



30 October 2016

19 FOTO - SUASANA BIRTHDAY ANAK DIANA & ZAMARUL



Semalam genap enam tahun usia Kashfi Haiqal, anak kepada pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisham. Majlis sambutan ulangtahun kelahiran anak pasangan ini telah berlangsung dengan meriahnya di McDonald Seksyen 3 Shah Alam.

Majlis yang bertemakan 'Pokemon' itu telah dihadiri ahli keluarga, rakan-rakan artis serta teman rapat.

Selamat hari lahir kami ucapkan dan semoga Kashfi menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapanya. Amin.



KERANA IG DIGODAM - NABIL RUGI RM200,000



Selepas akaun Instagram digodam baru-baru ini, pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad, 33, bukan hanya kehilangan 1.2 juta pengikut malah turut juga kerugian hampir RM200,000 apabila kontraknya bersama beberapa produk terpaksa dibatalkan.

Anak kelahiran Mambau, Negeri Sembilan itu mengakui, laman sosial itu turut menyumbang sebahagian daripada sumber pendapatannya membuatkan dirinya agak tertekan pada permulaan. Nabil bagaimanapun, akur dengan ketentuan rezeki yang tidak berpihak kepadanya.



29 October 2016

VIDEO - JAWAPAN BIJAK ANAK ZUL YAHYA BILA DITANYA KAWAN SEKOLAH



Menerusi Instagram pelakon dan pengarah filem, Zul Yahya telah memuat naik sebuah video perbualannya dengan anak perempuannya bernama Arissa.

Melalui video berdurasi kurang satu minit itu, Arissa menceritakan situasi diajukan persoalan oleh kawan-kawan sekolahnya kenapa bapanya tidak berlakon lagi.

Namun jawapan yang diutarakan oleh Arissa menyejukkan hati bekas pelakon drama bersiri superhero tempatan 'Pepaya' ini.



10 GAMBAR - ERIN MALEK & KELUARGA BERCUTI DI DUBAI & LONDON



Baru-baru ini, Erin Malek yang kini sedang hamil anak kedua itu telah bercuti di Dubai dan London bersama suami Farriz Fauzy serta anaknya Mohamed Faliq.

Menerusi laman Instagram pasangan ini, mereka telah berkongsi gambar-gambar sekitar percutian mereka di sana.

Jom lihat!



ANAK KAK TON, NADIA ANNUAR SELAMAT BERSALIN



Semalam anak kepada Kak Ton iaitu Nadia Annuar dan suaminya Hafiz Salleh telah menerima kehadiran 'orang baru' dalam hidup mereka. Nadia telah berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagramnya.

Selain itu, Nadia yang merupakan personaliti TV itu turut memberitahu yang dia dan suaminya itu telah sepakat menamakan bayi perempuan mereka dengan nama Dya Naylaa.



28 October 2016

"LAYANAN SAMA RATA, TIADA ISTIMEWA" - ADIRA



"Saya sangat memahami situasi suami. Jadi, saya tak pernah menjadikan hamil sebagai satu kelebihan untuk mendapat lebih layanan atau keistimewaan lain.

"Suami bijak membahagikan masa sama seperti dahulu. Dalam erti kata lain antara saya dengan isteri pertama, tak ada yang lebih atau kurang. Pendek kata dia berlaku adil," kata penyanyi Adira Suhaimi.



'MONDAY COUPLE' TINGGAL KENANGAN - SONG JI HYO AKUR



Semua sedia maklum mengenai pengumuman yang dibuat oleh salah satu bintang Running Man iaitu Kang Gary pada 25 Oktober lalu.

Dalam kenyataan itu, Gary menyatakan bahawa beliau akan meninggalkan program realiti popular terbitan SBS. Keputusan itu dibuat atas alasan dia mahu menumpukan pada kerjaya sebagai pemuzik.

Sehari selepas itu, Song Ji Hyo telah diminta berkongsi pandangan beliau tentang pemergian 'Pasangan Isnin' nya (Monday Couple) itu.



PASANGAN BAHAGIA LANA NODIN & DAVID MCKIENZIE



Menerusi laman Instagram pasangan Lana Nodin dan David Mckienzie, mereka telah memberi ucapan yang sweet sempena anniversary mereka baru-baru ini. Difahamkan ini adalah anniversary sempena perjumpaan pertama kali mereka sekitar 2 tahun lalu.

"Today marks the day that forever changed my life. 2 years ago I met my this beautiful lady. Now we are married and have a beautiful baby girl. You are truly an amazing woman Lana Nodin. Thank you for always being by my side," ujar suami lLana di IGnya.



27 October 2016

12 GAMBAR - DIANA AMIR & SUAMI SAMBUT ANNIVERSARY KE-3 DI THAILAND



Sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-3 semalam, Diana Amir yang kini sedang hamil 7 bulan anak kedua itu kini sedang berada di Thailand bersama suami, Mohd Habibbullah A Rahman serta anak sulungnya, Khawlah Al-Azwar.

Menerusi Instagram Diana, dia telah berkongsi sekitar percutian mereka di sana.

Semoga pasangan ini sentiasa kekal bahagia hendaknya.

Jom tengok!



11 GAMBAR - RAGAM TERKINI IMRAN, ANAK RAJA FARAH



Ragam terkini Imran Iskandar, anak kepada pelakon dan pengacara Raja Farah Raja Aziz yang lahir pada 10 Ogos lalu.

Melalui perkongsian gambar tersebut di laman Instagram Raja Farah, Imran yang dilahirkan secara normal itu kini semakin comel dan tembam.



BERTUDUNG - NABIL TAK MAHU DESAK ISTERI



Berikutan dipersoalkan oleh ramai netizen mengapa isterinya masih belum bertudung meskipun dia telah bergelar haji, jawab pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, dia tidak mahu terlalu mendesak isterinya.

"Saya tidaklah sampai ke tahap mendesak hingga membuatkan dirinya berasa seperti terpaksa memakai tudung. Dalam soal itu, biarlah kesedaran untuk berhijab datang daripada hatinya sendiri, tanpa sebarang tekanan mahupun desakan sesiapa," ujarnya dipetik sebagai berkata.



26 October 2016

TERIMA IJAZAH BAGI PIHAK ARWAH ABANG - TOI RASA SAYU



Komposer, penyanyi dan juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6), Toi semalam telah menerima segulung ijazah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) mewakili abangnya Badrulhisham Bin Baharom yang telah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung sekitar bulan Mei lalu.

"Alhamdulillah..I did it for u my late bro. Attended the convocation on your behalf when u already there in peace. #uitm #shahalam #AlFatihah to Arwah Badrulhisham bin Baharom #arwahude #restinpeace," ujar Toi di laman IGnya.



KEKASIH TERIMA LAMARAN LELAKI LAIN - HARAPAN NADZMI ADHWA MUSNAH



Harapan pelakon Nadzmi Adhwa untuk membawa hubungan yang dibina selama enam tahun bersama seorang gadis ke jenjang pelamin musnah apabila mengetahui buah hatinya itu menerima lamaran lelaki lain, Isnin lalu.

Nadzmi berkata, berita itu amat mengejutkan tetapi dia reda dan menerima keputusan itu dengan baik.



BYE BYE GARY - BINTANG RUNNING MAN 'TARIK DIRI'



Peminat rancangan bersiri Running Man pasti akan merasa 'kehilangan' selepas 31 Oktober nanti apabila bintang utamanya Kang Gary, 38, sah meninggalkan rancangan tersebut selepas 6 tahun bersama.

Oleh yang demikian, 'bibit-bibit percintaan' antara Gary dengan ‘Pasangan Isnin-nya’, Song Ji Hyo, juga pasti terencat gara-gara perkembangan terbaru itu.



25 October 2016

6 GAMBAR - AKSI HAFIDZ ROSHDI & ISTERI BULAN MADU DI KOREA



Baru-baru ini, pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri telah terbang ke Korea untuk berbulan madu di sana.

Gambar-gambar sekitar bulan madu mereka ini telah dikongsikan oleh Hafidz mmenerusi laman Instagramnya.

Jom tengok aksi comel pasangan ni!



"SAYA TAK AMBIL HATI" - ELLY MAZLEIN



Walaupun ramai yang menganggap gurauan Nabil Ahmad di Gegar Vaganza 3 (GV3) pada minggu 2 itu kasar, namun menurut penyanyi dan pelakon Elly Mazlein dia hanya menganggap itu sebagai gurauan dan tidak terasa atau pun ambil hati.

"Saya faham Nabil hanya bergurau sahaja dan saya tidak mengambil hati dengannya. Alhamdulilah ramai yang perihatin, maknanya saya disayangi sekarang dan ramai mahu menjaga hati saya," ujar Elly ketika diminta mengulas mengenai gurauan pengacara GV3 itu apabila mengeluarkan kenyataan "macam ni punya cantik pun berpisah jua," kepadanya.



NAS ADILA, MASIH MENYANYI MESKIPUN SARAT MENGANDUNG



"Saya menyanyi bukan kerana terdesak untuk cari wang, sebaliknya sebagai proses untuk memudahkan bersalin. Lagipun saya tak nak duduk diam tanpa melakukan apa-apa aktiviti," demikian jelas penyanyi Nas Adila Mohd yang masih aktif menyanyi meskipun sedang sarat mengandung lapan bulan.

Katanya, dia mula menyanyi di sebuah restoran di Presint 5, Putrajaya, sejak pertengahan September lalu. Memang sebelum ini dia menyanyi setiap malam menghiburkan pengunjung, namun sekarang dia telah mengehadkannya.



SAHARUL RIDZWAN BAKAL BAWA ISTERI HONEYMOON DI MEKAH



Pelakon Saharul Ridzwan yang berkahwin pada 16 September lalu memberitahu yang dia mahu pula berbulan madu bersama isterinya, Deena Emir di Mekah pada tahun hadapan.

Kata Saharul, pengalaman bercuti berdua bersama isterinya belum dilakukannya lagi. Ini kerana bulan madu mereka sebelum ini di Singapura, Batam dan Egypt adalah atas urusan bekerja dan ditemani oleh krew-krew penggambaran dan mempunyai jadual bagi setiap lokasi yang dilawati.



24 October 2016

20 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS HARI LAHIR ZARA ZYA



Pada 22 Oktober lalu, pelakon Zara Zya telah diraikan oleh peminat serta tulang belakang businessnya dalam satu majlis sambutan hari lahirnya yang ke-31.

Majlis sambutan hari lahir yang diadakan secara sederhana tetapi meriah itu telah berlangsung di Redbox Pavilion.

Gambar-gambar sekitar majlis ini telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu @gcxandrastudio dan @awakeningart.gallery.



NIKAH 25 DISEMBER - AHLI PERNIAGAAN BAKAL SUAMI DOTTIE



Tahniah diucapkan buat pelakon komedi, Dottie atau nama sebenarnya Nor Syuhaida Abdul Razak yang akhirnya bakal menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini, selepas beberapa kali berdepan kegagalan dalam percintaan

Kata Dottie, dia mengambil masa setahun untuk mengenali hati budi bakal suaminya yang juga seorang ahli perniagaan menerusi laman sosial yang dikenali sebagai Haffis. Meskipun tempoh percintaan mereka agak singkat tetapi keputusan tersebut merupakan sesuatu cukup diyakini Dottie.



LAWAK PERSENDAKAN ELLY MAZLEIN - NABIL TERIMA KRITIKAN



Ini bukan kali pertama Nabil Ahmad mencetuskan kemarahan orang ramai dengan lawaknya ketika mengacarakan program Gegar Vaganza (GV). Malah Nabil pun pernah berjanji untuk lebih berhati-hati dalam berkata.

Tetapi menerusi GV3 minggu kedua yang berlangsung malam semalam, Nabil telah membuat lawak yang seakan mempersendakan penderitaan yang Elly sedang tanggung. Disebabkan lawaknya yang berbunyi "Macam ni punya cantik pun berpisah jua" telah mengundang perhatian orang ramai.



LUAR NEGARA - BILA JANET JACKSON BERTUDUNG



Jika artis kita ada yang membuka tudung, tetapi lain halnya pada adik michael jackson iaitu Janet Jackson yang kini hamil anak pertamanya. Dia buat pertama kalinya muncul di tempat awam di London dengan imej bertudung bersama suaminya Wissam Al Manna.

Janet kelihatan begitu santai dengan kepala ditutupi anak tudung dan hud daripada pakaian yang seakan-akan pakaian tradisi Mexico, poncho dan berseluar besar serta memakai stokin dan kasut.



23 October 2016

23 FOTO - BEKAS PROTEGE FAIZAL TAHIR & RAMLAH RAM SELAMAT NIKAH



Tahniah diucapkan buat bekas naib juara Mentor musim ke-6, Anas Ridzuan, 27, yang selamat bergelar suami kepada Ana Syuhada, 25, yang juga bekas peserta program realiti berkenaan dengan sekali lafaz tepat pada jam 10.17 pagi semalam.

Majlis yang berlangsung secara sederhana di Masjid Seksyen 7, Shah Alam itu menyaksikan bekas protege kepada Faizal Tahir dan Ramlah Ram itu masing-masing secocok mengenakan persalinan sedondon berwarna hijau.



"HUBUNGAN KAMI TAK ADA MASALAH" - ERRA FAZIRA



Sebelum ini Erra Fazira pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau enggan dikaitkan dengan Shahir lagi. Disebabkan kenyataan itu, ramai yang menggangap hubungan antara mereka mempunyai masalah.

Enggan perkara disalahartikan, Erra telah tampil mengatakan hubungannya dengan bekas juara Akademi Fantasia musim ke-8, Shahir Zawawi itu masih baik dan tidak mempunyai masalah.



22 October 2016

TIADA TAWARAN BERLAKON - SOFI JIKAN CEBURI BIDANG PERNIAGAAN



Kekurangan tawaran berlakon sejak tiga tahun lalu mendorong pelakon Sofi Jikan, 46, menceburi bidang perniagaan dengan menjual minyak silinder atau minyak hitam jenama 'Aerorev'.

Sofi menganggap rezeki yang kurang dalam bidang berkenaan mendorong dia kepada bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan utama keluarganya.

"Saya sudah tidak ada tawaran berlakon sejak dua, tiga tahun lalu dan disebabkan itu saya mula beralih ke bidang perniagaan.



BAPA DIBENAR KELUAR HOSPITAL - ACHEY CUBA LUANG MASA



"Saya memang asyik teringatkan bapa yang belum pulih sepenuhnya. Kalau ikutkan hati, saya mahu selalu berada di sisinya saat ini.

"Saya tahu, anak-anak akan menjadi antara ubat paling berkesan bagi ibu bapa yang tidak sihat," kata pelawak Achey dalam nada sedih.



BELUM DI PASARAN - KULIT ALBUM FAIZAL TAHIR JADI PERHATIAN



Penyanyi yang popular dengan lagu 'Assalamualaikum' Faizal Tahir sebelum ini pernah dikecam dan kena 'banned' dengan stesen televisyen gara-gara dirinya itu membuka baju ketika melakukan persembahan.

Terkini, Faizal yang bakal melancarkan album terbaharu berjudul 'Anatomi' pada 4 November ini telah menarik perhatian ramai walaupun album tersebut belum pun berada di pasaran.



INSTAGRAM FIZZ FAIRUZ PULA MENJADI MANGSA



Menerusi laman Instagram Almy Nadia, dia memberitahu bahawa akaun Instagram suaminya, Fizz Fairuz telah menjadi mangsa godam.

"Insta suami kami kena hack.. sian suami kami.. nanti ada insta baru kami bagitau k..," maklum Almy di IGnya.



21 October 2016

NOVEMBER DEPAN - AARON AZIZ TUNAI UMRAH BERSAMA ANAK & ISTERI



"Inilah kali ketiga saya ke Makkah bagi menunaikan umrah. Istimewanya, ibadat kali ini turut disertai ketiga-tiga anak kami," kata Aaron Aziz atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 40, yang bakal membawa isteri dan anak-anaknya menunaikan umrah pada November depan.

Menurut Aaron, kunjungan ketiga beliau ke Tanah Suci bersama keluarganya itu sekaligus mempersiapkan mereka untuk ibadat haji.



ALHAMDULILLAH, RAMAI ARTIS LELAKI KITA TELAH BERHIJRAH



Kebiasaannya, kita sering menumpukan perhatian pada artis wanita yang berhijrah.

Malah pelawak Saiful Apek yang pernah diundang menjadi ahli panel bagi forum agama di masjid-masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur selepas mendalami agama Islam kurang kita ambil peduli.

Terkini, giliran pelakon Zul Yahya pula mengikut jejak Saiful apabila memberi kuliah agama selepas berhijrah.



20 October 2016

KEITH FOO TERBABIT DALAM KEMALANGAN



Malang tak berbau!

Demikian halnya dengan pelakon Keith Foo apabila dia dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya yang dikatakan berlaku di Gemas.

Ketika kejadian itu, Keith tidak mengalami kecederaan teruk, hanya luka dan telah pun membuat pemeriksaan x-tray.



20 DISEMBER DEPAN - KEPUTUSAN PERMOHONAN KOMITAL ROZANA



Sementara menunggu keputusan semakan rayuan daripada Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini menetapkan 20 Disember depan bagi keputusan permohonan komital difailkan Rozana Misbun terhadap bekas suaminya, Awie yang merupakan vokalis kumpulan Wings.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zin menetapkan tarikh itu berikutan Mahkamah Rayuan Syariah menetapkan 15 November ini bagi mendengar semakan rayuan yang difailkan oleh Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48.



AKAN BERKAHWIN - FAYE KUSAIRI NAFI KERANA KONTROVERSI



Kerana kekecohan yang berlaku itu, pelakon Faye Kusairi berkata ianya hanya merapatkan lagi hubungan dan mereka hanya akan berkahwin apabila tiba masa sesuai.

Bagaimanapaun, menurut Faye yang dia tidak akan berkahwin semata-mata untuk menutup semua kontroversi yang sedang melanda mereka ketika ini.

"Ada orang kata kalau kami kahwin dapat menutup semua cerita tetapi bagi saya situasi sekarang tidak sesuai untuk ke arah tersebut.



KERAP BERDALIH - AKHIRNYA MIA MENGAKU NAK KAHWIN



"Saya sudah berkenalan selama setahun. Setakat ini hubungan kami sudah direstui keluarga. Jujur kami selesa dengan hubungan ini.

"Jadual Izham hanya akan dikeluarkan pada bulan Disember ini. Jadi memang tidak mungkinlah dalam waktu terdekat," jelas Mia Ahmad yang sebelum ini sering berdolak-dalih mengenai hubungan cintanya.



BAKAL BERSALIN ANAK KELIMA - PERUT SHIERA 'TERLEBIH' BESAR



"Apabila mengandung pada usia 40 tahun ke atas, memang proses kehamilan akan berbeza. Sebelum ini apabila hamil, berat saya akan meningkat sehingga 62kg saja. Tetapi, kali ini bertambah 10kg pula.

"Bayangkan, ketika kandungan berusia lima bulan, orang ingat saya sudah mahu bersalin. Badan saya tidak berisi pun, sebaliknya perut yang terlebih-lebih membesar," ujar pelakon Sharifah Shahirah atau mesra dengan panggilan Shiera, yang hamil anak kelima.



19 October 2016

4 GAMBAR - ANAK KEDUA FIZZ FAIRUZ DITAHNIK USTAZ KAZIM ELIAS



"Terima kasih ustaz Kazim luangkan masa untuk taknik anak saya.. hehehehe... nasib baik dapat ustaz, kalau tak melilih air liur... hahahahaha," ujar Fizz Fairuz mengenai anak keduanya yang di telah ditahnik.

Buat masa ini, pasangan sama cantik sama padan ini belum mendedahkan wajah penuh serta nama anak kedua mereka.



21 GAMBAR - AKSI DIANA DANIELLE & SUAMI DI AUSTRALIA



Diana Danielle dan suaminya, Farid Kamil baru-baru ini telah ke Australia bagi merakamkan saat-saat manis tersebut untuk sebuah program terbitan Astro berjudul 'Romantika'.

Selain menjalani pengambaraan tersebut, pasangan ini tidak melepaskan peluang untuk bercuti dan meluangkan masa di sana.



CINTA FAYE LEPAS SOLAT ISTIKHARAH - AZMI HATTA BUAT AKUAN BERSUMPAH



Nampaknya isu antara Elly Mazlein dan bekas suaminya seorang pengarah, Azmi Hatta belum berakhir lagi apabila Azmi tampil mendedahkan setiap butiran mengenai penceraian mereka selepas tidak tahan dengan segala tomahan dan tuduhan dibuat oleh bekas isterinya itu.

Ini kerana sejak Azmi bercerai dengan Elly, saban hari penyanyi dan pelakon wanita itu membongkar satu demi satu sikap buruk Azmi kepada umum. Malah, Elly ada menyindir Azmi menerusi beberapa hashtag di Instagram.

Perbuatan Elly itu nyata memberikan kesan terhadap Azmi, apabila pengarah itu sering dikecam oleh masyarakat dan dilabelkan sebagai bapa tidak bertanggungjawab.



18 October 2016

21 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS HARI LAHIR ANAK ANGKAT ADI PUTRA



Baru-baru ini, Adi Putra dan isteri pertamanya, Aida Yusof telah mengadakan majlis sambutan hari lahir yang ke-4 buat anak angkat meraka, Zara Adelia.

Majlis hari lahir yang bertema 'Pocoyo' itu telah diadakan di Casa Ombak.

Selamat hari kami ucapkan!



"SAYA SUDAH MAAFKAN" - ELLY MAZLEIN



'Peperangan' berakhir!

Demikian halnya dengan penyanyi dan pelakon Elly Mazlein yang tidak mahu 'peperangan' di laman sosial terus berlanjutan. Ini kerana kata Elly, dia kini ingin membuka lembaran baru dalam hidup dan mahu menjadi lebih positif.

"Hidup perlu diteruskan. Saya mahu menutup buku lama dan buka buku baru. Saya sudah dapat apa yang saya mahukan dan ini bukan sahaja untuk diri saya, tetapi untuk keluarga. Penderitaan selama ini terbayar dan kali ini, saya benar-benar akan bergerak ke depan.



TAHNIAH - ZAIM HELMI (HOS MHI & CJWS) TIMANG 'BABY BOY'



"Syukur, Alhamdulillah Ya Allah... Zaaef Al-Ikhlas Bin Zaim Helmi. Born today 17 October 2016 (11.50am), welcome to this beautiful world my dear baby boy. Syukur, wife and my baby both healthy! Baby weight 3.7KG.

"Zaaef Al-Ikhlas Bin Zaim Helmi, semoga menjadi anak yang soleh, taat perintah Allah dan ibu bapa and please be friendly to everyone ya sayang," demikian kata pengacara Malaysia Hari ini (MHI) dan juga hos program CJ Wow Shop (CJWS), Zaim Helmi Zaini, 30, yang menimang cahaya mata lelaki pada jam 11.50 pagi semalam.



17 October 2016

CINTA ANIS AL IDRUS & RAJA AFIQ 'BERKUBUR' SEJAK DUA BULAN LALU



Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari... ikhlasnya, pepatah ini amat bersesuaian sekali dengan Raja Afiq, yang mendedahkan bahawa hubungan cintanya dengan Anis Al Idrus sudah berkubur.

Sekitar bulan lepas, ada khabar angin mengatakan hubungan cinta antara Raja Afiq dan Anis telah berakhir. Namun, Anis menyifatkan penyebaran berita berkenaan sebagai satu fitnah kerana mereka masih lagi bercinta.

Walaubagaimanapun, Raja Afiq yang tidak mahu terus menipu peminat mengesahkan beliau dan Anis sebenarnya sudah putus cinta sejak dua bulan lalu.



KEMALANGAN MAUT - BEKAS GITARIS KRISTAL SELAMAT DIKEBUMIKAN



"Alhamdulillah.. selamat semuanya.. HAIRY FITRI AHMAD / BOB KRISTAL Moga ditempatkan bersama dengan orang2 yang soleh.. Aaamiiinnn! " demikian ucap Lan Kristal sebaik selesai pengkebumian rakannya itu yang terbabit dalam kemalangan.

Allahyarham disemadikan di Taman Rhaudatus Sakinah, Tanah Perkuburan Taman Batu Muda, Koperasi Polis, Kuala Lumpur.



ISTERI SAH 'PREGGY' - SHAHEIZY SAM RASA TERUJA



Pelakon Shaheizy Sam bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya yang juga seorang pelakon, Syatilla Melvin disahkan hamil anak sulung mereka.

Berita gembira ini disahkan sendiri oleh Sam yang mengetahuinya kira-kira dua minggu lalu selepas isterinya menjalani pemeriksaan kehamilan di hospital.



16 October 2016

BERSALIN SECARA PERBEDAHAN - NAD ZAINAL KONGSI PENGALAMAN



"Pada mulanya saya berharap dapat bersalin normal tetapi apabila dimaklumkan doktor bayi dalam kandungan hampir lemas, saya terpaksa dibedah.

"Ketika itu memang agak cemas. Cuma apa yang saya boleh lakukan adalah terus berdoa. Alhamdulillah, proses pembedahan hanya dua jam. Apa yang penting bayi saya selamat dan sihat," ujar Nad Zainal, 26, yang berkongsi pengalamannya melahirkan cahaya mata pertama secara pembedahan pada 14 Oktober lalu.



3 GAMBAR - WAJAH BABY KEDUA RADHI OAG & NUR SHAHIRA



Menimang cahaya mata kedua semalam, isteri kepada Radhi OAG, Nur Shahira Ayu telah berkongsi wajah anak lelakinya di laman Instagramnya.

Radhi atau nama sebenar Muhammad Radhi Razali, 39, dan Ayu, 22, yang berkahwin pada 4 April 2014 sebelum ini telah dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Aisyah berusia 2 tahun.



5 GAMBAR - NAD ZAINAL & 'BABY BOY' NYA



Semua sedia maklum bahawa Nad Zainal dan pasangan Muhammad Faliq Amirudin kelmarin telah menimang cahaya pertama mereka yang diberi nama Fahad Ibrahim.

Memiliki anak adalah satu perkara yang indah terutama buat mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa.

Tidak kebanyakkan artis lain, Nad lebih suka berkongsi gambar serta nama anak lelakinya lebih awal untuk tatapan peminatnya.

Jom lihat!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...