30 November 2016

1 JANUARI 2017- JULIA ZIEGLER AKHIRI ZAMAN SOLO



Pelakon Julia Ziegler memberitahu bahawa beliau akan mengakhiri zaman solonya dengan pilihan hatinya seorang jurutera mekanikal dikenali sebagai Johan pada 1 Januari 2017.

Beliau sebelum ini berahsia mengenai tarikh perkahwinannya berkata, majlis perkahwinan tersebut akan diadakan di kediamannya yang terletak Kampung Baru.



14 GAMBAR - HONEYMOON AMYRA ROSLI & SUAMI DI JEPUN



Baru-baru ini, pelakon Amyra Rosli dan suaminya yang juga seorang pelakon, Amar Baharin telah pergi berbulan madu di negara matahari terbit iaitu Jepun.

Menerusi gambar yang dimuatnaik oleh pasangan ini di laman Instagram masing-masing, Amyra dan Amar bukan main happy dan romantik ketika disana.

Jom kita lihat gambar-gambar sekitar bulan madu mereka ini.



RAMPAS TELEFON AYDA JEBAT - INDIVIDU INI TAMPIL JELASKAN



Semua mengetahui mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan sehingga hari ini di laman sosial iaitu telefon Ayda kena rampas oleh 'guard' kerana ingin selfie bersama bintang rancangan popular Running Man, Lee Kwang Soo.

Perkara tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga ada yang sempat merakamkan insiden tersebut. Video merakamkan detik-detik telefon Ayda dirampas itu telah menjadi viral.



29 November 2016

ANAK TERLIBAT KEMALANGAN - CIKGU SITI HAJAR MOHON DOA



"Saya mendapat panggilan kira-kira jam 2.30 pagi yang mengatakan anak saya kemalangan. Doktor memaklumkan keadaan dia sangat kritikal kerana mengalami pendarahan di otak dan tekanan darahnya rendah.

"Jadi doktor terpaksa meletakkan dia dalam keadaan koma dan pembedahan pertama memasukkan tiub untuk monitor tekanan otak sudah pun dilakukan tadi..



FAYE KUSAIRI NAFI BERPISAH DENGAN AZMI HATTA



Sebelum ini, hubungan percintaan antara pelakon Faye Kusairi dengan bekas suami Elly Mazlein iaitu pengarah drama, Azmi Hatta mendapat perhatian ramai kerana dakwaan mengatakan Faye sebagai punca Azmi dan Elly bercerai.

Namun baru-baru ini, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja netizen kecoh mengatakan Faye sudah berpisah dengan Azmi kerana orang ketiga.



TAHNIAH - MILA JIRIN HAMIL SEMULA



Sebelum ini pada bulan puasa lalu, kandungan Mila Jirin telah mengalami keguguran ketika usianya baru memasuki minggu kelima. Terkini, Mila memaklumkan bahawa dirinya itu kembali hamil.

Berita gembira ini dikongsikan Mila atau nama sebenarnya, Noorsyarmilla Jirin, 29, menerusi lama Instagramnya dengan memuatnaik gambar imbasan kehamilan.



27 FOTO - SEKITAR MAJLIS AQIQAH ANAK NADIA ANNUAR & HAFIZ SALLEH



Anak kepada Kak Ton iaitu Nadia Annuar yang merupakan personaliti TV dan suaminya, Hafiz Salleh baru-baru ini telah mengadakan majlis aqiqah buat anak perempuan mereka, Dya Naylaa yang kini berusia sebulan.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu dihadiri oleh ahli kelurga, sanak-saudara dan teman rapat pasangan ini.

Untuk makluman, anak sulung mereka ini dilahirkan pada 28 Oktober lalu.



28 November 2016

12 GAMBAR - FOUZIAH GOUS & SUAMI SAMBUT BIRTHDAY PERTAMA ANAK



Pejam celik... setahun dah usia anak lelaki Fouziah Gous dan Zhafran Yusof bernama Muhammad Zeeshan ini yang lahir pada 26 November tahun lalu.

Majlis sambutan hari lahir pertama Zeeshan telah diadakan kelmarin dengan memilih tema 'Construction'.

Selamat hari lahir kami ucapkan dan semoga Zeeshan menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapa.



RAHSIA SHARIFAH SAKINAH KINI SEDANG HAMIL BOCOR?



Sebelum ini, Sharifah Sakinah pernah menafikan dakwaan dirinya hamil selepas status yang dimuatnaik oleh kakaknya, Sharifah Shahirah di laman Instagram. Jelas Sakinah, kakaknya hanya bergurau sahaja.

Namun terkini, menurut Miss J menerusi portal Utusan Online, ada seorang selebriti sudah terlepas cakap dan mengesahkan Sakinah kini sedang hamil anak pertamanya hasil perkahwinannya dengan juruterbang Aliff Adha.



NORA ARIFFIN GAGAL KE FINAL GV3



Konset separuh akhir Gegar Vaganza 3 (GV3) yang berlangsung malam semalam telah menyaksikan enam peserta iaitu Azharina, Zarul Umbrella, Intan Sarafina, Ameng Spring, Gmie Screen dan Siti Sarah bakal berentap di peringkat akhir program tersebut.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi penyanyi Nora yang membawakan lagu 'Lagu Untukmu' dan gabungan 'Sandiwara' dan 'All I Ask' pada malam separuh akhir itu selepas dia mendapat tempat tercorot dan gagal meneruskan perjuangan minggu depan.



ALAMI BENGKAK JANTUNG, JANGKITAN KUMAN - WAN MAIMUNAH RASA TERPINGGIR



Seniwati Wan Maimunah yang kini dirawat di Hospital Jasin, Melaka selepas mengalami bengkak jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru menitiskan air mata ketika menerima kunjungan Timbalan Presiden, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zulkifli Mohamad, 50, bersama Zuraini Kasim.

Ini kerana Wan Maimunah tidak menyangka ada pihak yang masih mengingatinya dan sudi meluangkan masa melawat dia yang kini sedang sakit.



27 November 2016

AL-FATIHAH - BAPA ANDING AF2 KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada Anding atas kehilangan bapa tercintanya iaitu Zaini Oze, 65, yang juga Tokoh Sasterawan Sarawak, pada jam 1.39 tengahari semalam. Difahamkan, bapa Anding itu meninggal dunia selepas 10 tahun menderita penyakit Parkinson.

Anding atau nama sebenarnya, Anding Indrawani Zaini, 32, memberitahu bahawa keluarganya terkejut dengan pemergian Allahyarham yang dilihat sihat pada sebelah pagi.



VIDEO - BILA KWANG SOO JADI 'HERO' AYDA JEBAT



Setibanya bintang Running Man iaitu Lee Kwang Soo di Paradigm Mall, pusat beli-belah tersebut bergema dengan jeritan peminat. Lebih 5,000 peminat membanjiri Paradigm Mall semalam untuk menemui bintang popular Korea Selatan itu.

Sejak awal pagi lagi, ratusan remaja mula beratur memasuki pusat beli-belah terbabit bagi melihat lebih dekat wajah Zirafah (gelaran Kwang Soo) itu.



35 GAMBAR - SEKITAR PERKAHWINAN LUFYA & SUAMI



Pada jam 8.32 malam semalam, pelakon yang sedang popular menerusi drama 'Umairah', Lufya Omar, 31, telah selamat bergelar isteri kepada doktor kacak, Che Muhammad Hafiz Che Baharom dengan sekali lafaz.

Pasangan ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Sheikh Omar Sheikh Abdullah. Upacara pernikahan disaksikan Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim.



26 November 2016

TAHNIAH - SITI SALEHA BERTUNANG DENGAN LUTFI PAGI TADI



"Hari ini hari pertunangan awak Saleha. Maaf kerana tidak dapat hadir menjadi pengapit.

"Saya pasti akan hadir pada majlis besar awak nanti," ujar rakan pelakon Siti Saleha yang dikenali sebagai Serenna Fadzil menerusi kapsyen gambar yang dimuat naik di Instagramnya beberapa jam lalu.



BERSALIN ARRIL 2017 - PUTERI SARAH INGIN ANAK NAMA HURUF S



Isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana yang kini sedang hamil empat bulan itu dijangka bakal melahirkan anak sulung mereka iaitu anak lelaki pada awal bulan April 2017.

Ternyata keterujaan untuk menyambut kehadiran anak sulung kelak, membuatkan Sarah dan suaminya itu sibuk mencari nama yang sesuai untuk cahaya mata mereka.



'THE BLACK' MUNCUL JUARA CERIA I-STAR - BOLOT RM15,000



Berakhir sudah Konsert Akhir..Akhir Lagi! Ceria i-Star 2016 apabila kumpulan The Black dari Malaysia diumumkan sebagai juara.

Dengan kemenangan tersebut, kumpulan The Black berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 pada malam kemuncak tersebut.



6 GAMBAR - ALIF SATAR & ISTERI DI TANAH SUCI TUNAI UMRAH



"Alhamdulillah.. the greatest journey of all. Alhamdulillah Alhamdulillah.. perfect. just perfect," demikian kata Alif Satar yang kini sedang menunaikan ibadah umrah di tanah suci bersama isterinya, Shadila Halid.

Untuk makluman, tidak lama lagi pasangan ini bakal menimang cahaya mata kedua mereka. Alif dan isterinya sebelum ini telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Alisha Anugerah yang kini berusia setahun.

Alhamdulillah... semoga mereka mendapat umrah yang mabrur dan selamat kembali ke tanah air.



25 November 2016

PESERTA GV3 'TUKAR LAGU' - NASSIER WAHAB RASA TERKEJUT



Semua mengetahui mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan iaitu terdapat peserta Gegar Vaganza 3 (GV3) tukar lagu di dalam pertandingan tersebut. Isu ini turut mendapat perhatian penyanyi senior yang juga merupakan bekas peserta program GV2, Nassier Wahab.

Nassier menerusi ruangan komen di laman Facebook miliknya telah mengeluarkan pendapatnya berkenaan isu tersebut.



"TIADA MAJLIS PERTUNANGAN, TERUS NIKAH - RANDY PANGALILA



Pelakon dan penyanyi Indonesia, Randy Pangalila menafikan dakwaan sebelum ini yang megatakan dirinya itu sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Michella Putri.

Dalam masa sama, Randy berkata yang dia merancang ingin terus nikah tanpa mengadakan majlis pertunangan dalam masa dua tahun lagi.

"Belum, saya jelaskan di sini, sewaktu pertanyaan itu muncul pada tahun 2011, pada saat itu saya belum faham bahasa Melayu sepenuhnya. Pada kefahaman saya tunang itu seperti berkawan ataupun sebagai kekasih.



HAZAMA BAKAL KAHWINI GENERVIE DISEMBER DEPAN



"Memang saya berhasrat untuk bernikah dulu pada bulan depan. Diharapkan, dengan pernikahan itu akan mengelakkan fitnah dan cakap-cakap orang mengenai hubungan kami," kata penyanyi Hazama yang bakal mengahwini pasangannya, Genervie Kam pada Disember depan setelah empat tahun menyulam cinta.

Difahamkan Hazama dan Genervie akan menghadiri kursus perkahwinan pada awal bulan depan bertempat di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Genervie juga kini dalam proses untuk memeluk agama Islam.



24 November 2016

BUKA TUDUNG KETIKA BERLAKON - ZARINA ZAINUDDIN BERBELAH BAHAGI



Bulan lepas, pelakon Zarina Zainuddin, 45, mengesahkan sudah kembali bertudung sepenuhnya selepas mendapat hidayah ketika mengerjakan solat subuh. Beliau juga menyatakan komitmen untuk berhijab sepenuhnya namun meminta sokongan doa daripada peminat.

Tetapi kini, pelakon drama 'Menongkah Kasih' itu memberitahu bahawa dirinya berbelah bahagi sama ada ingin kekal bertudung seperti dihajatinya atau membukanya untuk menjayakan lakonan.

Ini kerana kata Zarina, beliau sukar untuk berjanji tidak menanggalkan pakaian Islam itu demi memenuhi kriteria watak walau pernah menolak dua tawaran yang perlu menampakkan rambut.



NADYA SYAHERA SAHKAN DIRINYA SUDAH NIKAH



Pelakon yang terkenal menerusi drama 'Dia Semanis Honey' dan 'Abang Bomba I Love You', Nadya Syahera Rosli, 23, memberitahu bahawa dirinya itu telah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Fizul Nawi, 24, pada 25 September lalu selepas lapan bulan berkenalan.

Menurut Nadya, pernikahan yang diadakan di ibu kota dan hanya bersaksikan keluarga rapat kedua-dua pihak itu dibuat bagi mengelakan sebarang fitnah memandangkan mereka selalu keluar bersama.



6 GAMBAR - PRE WEDDING LUFYA OMAR & BAKAL SUAMI



"Menghitung hari. Doakan yang terbaik untuk kami semua," demikian kata Lufya Omar yang bakal menamatkan zaman solonya bersama tunang, Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November ini.

Difahamkan, majlis pernikahan serta majlis resepsi pasangan ini akan berlangsung pada hari sama di ibu kota.



KOMEN BERBAUR FITNAH - SUAMI NORA AKAN BUAT LAPORAN POLIS



Sejak akhir-akhir ini, peserta Gegar Vaganza 3 (GV3), Nora Ariffin sering menerima pelbagai cemuhan, kecaman serta tuduhan oleh netizen di laman sosial.

Isu berkenaan tercetus sejak minggu lalu lagi apabila Nora enggan menyanyikan lagu dangdut dan menukarnya kepada rock pada minggu ke-6 GV3. Netizen menjadi lebih geram dan terus mengkritik Nora saat beliau menolak untuk menyanyikan lagu pilihan media iaitu 'All I Ask' nyanyian Adele dan memilih untuk menyanyikan lagu beliau sendiri berjudul 'Sandiwara' pada konsert separuh akhir.



23 November 2016

LAKON BABAK AKSI - TULANG BAHU KIRI SYAMSUL YUSOF PATAH & RETAK



Malang tak berbau!

Demikian halnya dengan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof yang terbabit dalam kemalangan ketika menjayakan babak aksi filem 'Makrifat Cinta'. Akibat kemalangan tersebut, tulang bahu kiri Syamsul telah mengalami patah serta retak.

Kata Syamsul, kejadian kelmarin menyebabkannya terpaksa berehat seketika dan membuat pemeriksaan lanjut di hospital, semalam.



KENA DEMAM PANAS - ISTERI FAD BOCEY DIRAWAT DI HOSPITAL



"Saya tak pernah demam macam ini, selalunya kalau demam tak makan ubat pun memang akan baik. Tapi demam untuk yang kali ini, dah makan ubat pun masih tak kebah-kebah malah makin teruk," kata isteri Fad Bocey, Syaheera Rahman, 22, yang di tahan wad di Kedah Medical Center (KMC) Alor Star, Kedah sejak tiga hari lalu akibat suhu badannya yang terlalu tinggi iaitu mencecah 40 darjah celcius.

Menerusi entri yang dimuatnaik oleh Syaheera atau nama sebenarnya Nur Syahirah A. Rahman di laman Instagram, dia memberitahu 10 botol air (drip) telah dimasukkan ke dalam badan untuk meredakan demam namun suhu badannya masih mencecah 40 darjah celcius.



24 FOTO - KEMESRAAN DIRA & HELMI DI MAJLIS HARI LAHIR ANAK



Walaupun sudah bercerai, Dira Abu Zahar dan bekas suaminya, Helmi Yusof nampaknya masih mengekalkan hubungan baik.

Hujung minggu lalu, Dira dan Helmi telah sama-sama meraikan ulangtahun kelahiran anak Dira, Anggun Deandra yang ke-9. Majlis yang bertemakan 'Suicide Squad' itu berlangsung dengan penuh meriahnya di Avenue K Rooftop.



22 November 2016

DIKECAM NYANYI LAGU SENDIRI - NORA ARIFFIN SUDAH MAAFKAN



Penyanyi Nora Ariffin teruk kena kecam di media sosial apabila beliau bakal menyanyikan lagunya sendiri berjudul 'Sandiwara' pada konsert separuh akhir Gegar Vaganza 3 (GV3). Lagu kedua tersebut diumumkan melalui segmen pilihan media di konsert suku akhir GV3.

Netizen turut mempertikai mengapa lagu yang dimuatkan dalam album sulung Nora itu menjadi pilihan media, sedangkan banyak lagu lain boleh disampaikan penyanyi bersuara nyaring itu serta tidak adil kepada peserta lain.



IMUNITI GV3: "JANGAN KECEWA PEMINATKU" - ELLY MAZLEIN



Kita sedia maklum bahawa penyanyi Gmie Screen telah terpilih sebagai penerima imuniti daripada penaja Gegar Vaganza 3 (GV3), Datuk Seri Vida untuk beraksi ke pentas separuh akhir GV3.

Maka sebab itu, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein berharap peminat-peminatnya tidak terlalu kecewa apabila dia gagal mendapat imuniti pada suku akhir konsert tersebut.



21 November 2016

4 VIDEO - BILA ISTERI SHAHROL SHIRO BUAT 'PREGNANT SURPRISE'



"Alhamdulillah.. Syukur ke atas kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai ini.. just nak share moment wife saya Anna Danisha nak buat pregnant surprise..

"Semoga dilancarkan Segala perjalanan Kami.. Aminnn.. Terima kasih juga team Bushido Production yang merakamkan detik bersejarah Kami ini..," kata Shahrol Shiro yang teruja.



8 FOTO - ANAK DIANA & FARID, AURORA SAMBUT BIRTHDAY PERTAMA



Sedar tak sedar, anak kedua pasangan Diana Danielle dan Farid Kamil yang bernama Nur Aurora ini telah pun genap setahun usianya pada 19 November lalu. Sempena hari istimewa itu, majlis sambutan hari lahir pertama Aurora telah diadakan.

Majlis yang berlangsung secara sederhana itu dihadiri ahli keluarga dan saudara-mara pasangan ini.

Selamat hari lahir kami ucapkan dan semoga aurora menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapa.



KUASA IMUNITI BAWA GMIE SCREEN KE SEPARUH AKHIR GV3



Malam semalam di konsert minggu kelima Gegar Vaganza 3 (GV3) telah menyaksikan dua peserta diumumkan tersingkir iaitu Gmie Screen dan Zur Eda.

Bagaimanapun, Gmie bernasib baik apabila penaja GV3, Datuk Seri Vida telah menggunakan kuasa imunitinya itu sehingga melayakkan Gmie untuk beraksi di separuh akhir GV3.



20 November 2016

6 GAMBAR - GELAGAT ATU ZERO BERSAMA ANAK SULUNGNYA



Pelawak Atu Zero yang bergelar ayah pada 9 November lalu itu dilihat berkongsi beberapa keping gambar anak perempuan sulungnya menerusi laman Instagram.

Melalui perkongsian itu, nampaknya gambar cahaya mata sulung Atu itu turut mendapat pujian daripada pengikut IGnya di mana rata-rata mereka memuji kecomelan anaknya itu disamping mengucapkan tahniah.



SELAMAT BERSALIN - IESYA TOH TIMANG 'BABY BOY'



Tahniah diucapkan buat personaliti RTM, Iesya Toh dan suaminya atas kelahiran anak sulung mereka pada pukul 1.46 pagi semalam di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam.

Iesya atau nama sebenarnya Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 33, berkata, beberapa nama sudah disediakan untuk bayi lelakinya yang dilahirkan secara normal dengan berat 2.92 kilogram itu dan akan dipilih dalam tempoh berkenaan.



43 FOTO - SUASANA MAJLIS BERTANDANG AMYRA ROSLI & AMAR BAHARIN



Malam semalam telah berlangsungnya majlis bertandang bagi pihak pengantin lelaki bagi pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin yang diadakan di Brightstar Banquet Hall, Ampang, Kuala Lumpur.

Dalam yang yang bertemakan klasik traditional itu menyaksikan pasangan merpati dua sejoli ini kelihatan anggun dan segak dengan mengenakan songket berwarna beige.



SYAMSUL YUSOF & ISTERI BAKAL TIMANG ANAK LELAKI



"Sambil membuat pemeriksaan isteri saya turut menjalani ujian imbasan kehamilan. Doktor mengesahkan isteri hamil anak lelaki.

"Saya sangat gembira dan bersyukur. Apatah lagi ini adalah anak pertama kami. Usia kandungan kini mencecah lima bulan dan dilaporkan sihat," demikian kata pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang berkongsi berita gembira itu setelah mengetahuinya ketika membawa isterinya, Puteri Sarah Liyana membuat pemeriksaan kehamilan dua minggu lepas.



19 November 2016

DIRA ABU ZAHAR SAHKAN SUDAH BERCERAI DENGAN HELMI



Pengarah dan pelakon terkenal iaitu Dira Abu Zahar, 32, mengakui bahawa dirinya itu kini sudah tidak lagi menjadi isteri kepada Mohd. Helmi Mohd. Yusof, 38, apabila mereka berdua sah bercerai.

Terdahulu, rumah tangga pasangan ini dikatakan mempunyai krisis, namun Dira yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata itu menjelaskan tiada apa yang berlaku.



ISU CUKAI DIMANIPULASI - NORA DANISH AKAN AMBIL TINDAKAN



"Pada 3 November 2016, saya telah ditemubual oleh Utusan Malaysia. Kenyataan yang telah saya beri dalam temubual tersebut telah disalah tafsir dan dimanipulasi oleh beberapa organisasi media dan portal online.

"Sesi temubual tersebut dan kenyataan-kenyataan saya telah diambil luar daripada konteks dan telah disensasikan oleh beberapa akhbar, blog dan pelbagai media secara amnya, termasuk dan tidak terhad kepada tajuk laporan seperti 'Nora Danish Memohon Agar Artis Diberikan Pengecualian Cukai Untuk Kelihatan Cantik'," kata pelakon, Nora Danish yang terkesan dengan salah faham yang berlaku.



'FATIN', 'REDHA' BOLOT ANUGERAH DRAMA & FILEM TERBAIK ASK 2016



Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu!

Demikianlah halnya dengan drama terbitan Balang Rimbun Sdn Bhd berjudul 'Fatin' yang diiktiraf sebagai Drama Terbaik, manakala karya terbitan Current Pictures Sdn Bhd berjudul 'Redha' pula dinobat sebagai Filem Terbaik, Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016).



TAHNIAH - SHAHROL SHIRO BAKAL TIMANG ANAK KEDUA



Menerusi laman instagram isteri Shahrol Shiro, Anna Danisha telah mengumumkan berita gembira dimana dirinya itu sedang hamil anak pertamanya dan kedua bagi suaminya.

"Alhamdulillah syukur atas rezeki yang Allah berikan. Terima kasih pada suami kerana menjadi seorang suami yang bertanggungjawab. Bertambahlah kekuatan seorang wanita dengan adanya rezeki cahaya mata dan amanah dr ALLAH S.W.T”



18 November 2016

KAHWIN BUKAN LAGI 'KEUTAMAAN' ELLY MAZLIEN



"Jika bercinta nanti memerlukan komitmen yang tinggi dan saya tidak mahu mengabaikan anak.

"Biarlah dahulu lagipun saya pernah merasai perasaan disayangi, bercinta, berkahwin dan bercerai, ia bukan satu keutamaan buat masa ini," ujar Elly Mazlein mengenai isu kahwin lagi.

Elly yang baru-baru ini gemar mengelarkan dirinya 'Kak Lina Pom Pom' menambah, dia sebenarnya masih belum terfikir untuk mencari pengganti bagi mengisi kekosongan hati.



TUNGGU UNTUK BERCERAI - DIRA & SUAMI MASIH BERBAIK



Meskipun tidak tinggal sebumbung bersama Mohd. Helmi Mohd. Yusof, 38, sejak Jun lalu dan bakal bercerai kerana merasakan perpisahan itu merupakan jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak, Dira Abu Zahar berkata yang hubungan beliau dan suaminya itu masih baik.

Mengakui perceraian dengan Helmi masih dalam proses mahkamah, Dira atau nama sebenarnya, Khaidhirah Abu Zahar, 32, berkata kenyataan tersebut terpaksa ditelan meskipun pahit.



SHIDI DATA DIUMUM TERSINGKIR - RAMLI MS RASA RALAT



Penyingkiran Shidi pada minggu kelima Gegar Vaganza 3 (GV3) membuatkan ramai peminat tidak berpuas hati termasuklah juri tetap GV3, Datuk Ramli MS yang berasa ralat.

Ini kerana mereka merasakan persembahan yang diberikan oleh Shidi lebih menarik berbanding persembahan Ameng Spring yang terlupa lirik sewaktu menyanyi.

"Shidi telah memberikan persembahan yang baik di konsert minggu kelima. Namun begitu, saya ralat apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.



"SAYA MASIH WARAS" - AMENG SPRING



"Setiap manusia ada pendapat masing-masing dan apa yang saya katakan adalah pandangan saya. Kalau dia tidak boleh terima, tidak mengapa.

"Apa yang saya tekankan kepada anak-anak adalah berusaha mencari rezeki, tidak kiralah apa jenis pekerjaan sekali pun," kata penyanyi Ameng Spring, 48, yang menegaskan dia sekadar memberikan pendapat berkaitan masa depan anaknya.

Mengenai kenyataan Datuk A Aida semalam, Ameng berkata, dia terkejut apabila bekas isteri yang juga penerbit drama memberikan reaksi negatif.



17 November 2016

"JANGAN TERLALU TAKSUB SAMPAI HIDUP JADI HURU-HARA" - RAMLI MS



Juri tetap Gegar Vaganza musim ketiga (GV3), Datuk Ramli MS atau lebih mesra dipanggil Tok Ram ini telah menyatakan pendapatnya mengenai sesetengah peminat yang terlalu taksub dengan artis kesayangan mereka di laman Instagramnya.

Menerusi status terbaru itu, Ramli MS dilihat menempelak kelompok peminat fanatik selebriti supaya jangan berterusan menghuru-harakan kehidupan sendiri disebabkan isu artis.



NAS ADILA SELAMAT LAHIRKAN 'BABY BOY'



Hari ini Aliff Razali (AF6) telah menerima kehadiran 'orang baru' dalam hidupnya apabila isterinya, Nas Adila (AF7) selamat melahirkan anak lelaki.

Bayi lelaki yang lahir dengan berat 3.39 kg itu dilahirkan pada jam 6.35 pagi tadi di Hospital Selayang.



BAHU TERKEHEL - ISTERI AJAK SHIRO DIRAWAT DI HOSPITAL



Menerusi laman Instagram pelakon dan pelawak Ajak Shiro, isterinya itu telah dimasukkan ke dalam hospital akibat terkehel tulang bahu.

Ajak telah memuatnaik foto isterinya bersama imbasan X-tray bahagian bahu berserta kapsyen berbunyi "Sabar eh sayang… Baba tengok pun dah rasa sakit.. Doakan yang baik2 insyaallah. Afifah Amin.

Selain itu, Ajak juga turut meluahkan rasa kebimbangannya terhadap kecederaan yang dialami oleh isteri kesayangannya.



LAGU MINGGU 'ROCKDUT' - NORA NAFI MINTA DITUKARKAN



Kecoh di laman sosial apabila lagu yang bakal dinyanyikan oleh penyanyi Nora Ariffin pada minggu keenam Gegar Vaganza 3 (GV3) bertemakan Rockdut itu telah ditukarkan.

Nora sepatutnya membawa dangdut iaitu 'Rindu' namun dalam senarai terbaru yang dikeluarkan pula, Nora diberikan lagu lain iaitu lagu rock, 'Bring Me To Life' nyanyian asal Evanescence.



16 November 2016

BANTAH ANAK MENYANYI - A. AIDA ANGGAP SIKAP AMENG KURANG WARAS



Niat penyanyi Ameng yang mahu dua anak perempuan mereka menjadi penyanyi itu telah dibantah keras oleh bekas isterinya, penerbit drama Datuk A. Aida.

Menurut A Aida, perkara itu dianggap kurang waras kerana dia mahu anak-anaknya berjaya dalam bidang pendidikan terlebih dahulu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...