31 December 2016

SELEPAS BERHENTI JADI PRAMUGARA - ZARUL UMBRELLA JADI PELAKON



"Apabila mendapat tawaran untuk berlakon ia adalah rezeki yang tidak dijangka setelah saya membuat keputusan berhenti kerja menjadi anak kapal untuk Malaysia Airlines," demikian kata Zarul Umbrella apabila dirinya itu bakal bergelar seorang pelakon.

Menurut Zarul, beliau akan berlakon untuk sebuah drama bersiri sebanyak 16 episod dan penggambaran akan dimulakan pada bulan depan.

Dalam masa sama, Zarul berkata, dunia lakonan merupakan cabang seni baru yang ingin dicuba selepas mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Gegar Vaganza 3 baru-baru ini.



YASMIN HANI SELAMAT BERSALIN ANAK KEDUA



Alhamdulillah! Tahniah kami ucapkan buat pelakon dan pengacara Yasmin Hani, 37, dan suaminya, Shahrin atas kelahiran bayi kedua mereka baru-baru ini.

Berita gembira ini dikongsikan oleh Yasmin menerusi laman Instagramnya dengan memuatnaik gambar dirinya sedang mendukung bayi lelaki keduanya itu bersama suami dan anak sulung, Noah Ismail Wong yang berusia tiga tahun.

"Alhamdullilah kami dah discharge from hospital. Now the family will be spending the next few weeks at #kimporo at #zellvwellnesshub where I will be receiving my post natal care. Looking forward to ushering 2017 in bed here with the boys," tulis Yasmin.



SEBELUM AJL 31 - HAZAMA & KEKASIH BAKAL NIKAH



Tidak mahu terus diajukan soalan yang sama iaitu berkenaan perkahwinannya, penyanyi Hazama, 32, membayangkan hasrat menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya, Genervie Kam sebelum Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) yang akan berlangsung pada 22 Januari depan.

Namun, penyanyi lagu 'Di Amaran Mama' itu belum mempunyai tarikh sesuai untuk melangsungkan majlis pernikahan.

Hazama sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk bernikah bulan ini namun kerana kesibukan, perkahwinan tersebut ditunda pada bulan Januari 2017.



10 GAMBAR - ADEL AF SELAMAT NIKAH AHLI PERNIAGAAN



Bekas bintang Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Adel telah selamat bernikah semalam dengan ahli perniargaan, Muhammad Affan Jumahat atau dikenali sebagai Affan, sekaligus menamatkan kontroversi yang membelenggu dirinya berkaitan hubungan cinta dengan Affan yang juga duda anak tiga.

Adel atau nama penuhnya Adeline Joyce Masidah, 23, selamat melangsungkan perkahwinan dengan lelaki berusia 29 tahun itu pada jam 11 pagi di rumah keluarga pengantin lelaki di Taman Seri Gaya,.



30 December 2016

ADA KETULAN DI PAHA - NOURUL WAHAB JALANI PEMBEDAHAN



Semalam, penyanyi Nourul Wahab Depp, 38, telah selamat menjalani pembedahan kecil bagi membuang ketulan di paha kanannya di sebuah pusat perubatan.

Nourul atau nama penuhnya Noorul Huda Abdul Wahab berkata, kehadiran ketulan itu disedarinya sejak 18 tahun lalu, namun dibiarkan saja sebelum nekad membuat keputusan untuk membuangnya, baru-baru ini.

Walaupun kehadiran ketulan itu tidak memberikan sebarang tindak balas buruk terhadap tubuhnya, Nourul bagaimanapun, mengambil langkah berjaga-jaga supaya kesihatannya pada masa akan datang tidak terjejas.



7 GAMBAR - SEKITAR PENGEBUMIAN JENAZAH S.M.SALIM



Suasana sedih menyelubungi majlis pengkebumian jenazah bintang legenda, Allahyarham Tan Sri S.M. Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Jenazah Allahyarham sebelum itu dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru selepas solat Jumaat. Solat jenazah diimankan Imam Kedua Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Ab Hamid.



BYE-BYE AWAN BIRU - ZARUL UMBRELLA SAH LETAK JAWATAN



Selepas 17 tahun berkhidmat sebagai pramugara Malaysia Airlines (MAS), penyanyi Zarul Umbrella akhirnya telah membuat keputusan untuk meletak jawatan tersebut untuk fokus kepada bidang nyanyian, setelah populariti beliau mula meningkat semula sejak menyertai program Gegar Vaganza 3.

"Sudah lama saya menimbangkan dilema sama ada ingin terus bekerja dengan Malaysia Airlines atau fokus kepada kerjaya sebagai penyanyi.



5 GAMBAR - NEELOFA DI TANAH SUCI TUNAI UMRAH



Pada 27 Disember lalu, Neelofa bersama keluarga, sepupu dan saudara-mara telah ke berangkat ke Tanah Sicu bagi menunaikan umrah.

Difahamkan, Neelofa yang menggangap ibadah umrah tersebut sebagai pembuka tirai baharu buatnya itu akan pulang ke Kuala Lumpur pada 7 Januari 2017.

Selamat menjalani ibadah umrah dan semoga segalanya dipermudahkan.



11 GAMBAR - BIRTHDAY PERTAMA ANAK HANEZ SURAYA DI JEPUN



Pejam celik... dah setahun rupanya usia anak perempuan pelakon Hanez Suraya dan Romie Razin Adilha yang bernama Putri Aleesya ini.

Baru-baru ini, Hanez Suraya bersama suami serta anak-anak telah terbang ke Jepun untuk bercuti sekaligus menyambut ulangtahun kelahiran pertama Aleesya.



"AYAH PESAN USAH PUTARKAN LAGUNYA" - ANAK S.M. SALIM



Siapa yang tidak pernah mendengar lagu-lagu penyanyi legenda lagu Melayu asli, Allahyarham Tan Sri SM Salim, seperti 'Pantun Budi' yang sering dimainkan di majlis-majlis perkahwinan, apatah lagi lagu 'Apa Nak Jadi' dan lagu 'Pandang-pandang, Jeling-jeling' pasti menghiburkan hati orang ramai.

Anak keenam Allahyarham Tan Sri SM Salim, Sheikh Shamsul Sheikh Salim, 51, berkata bahawa arwah ayahnya pernah berpesan kepadanya supaya semua lagu dan video muzik Allahyarham tidak dimainkan selepas ketiadaannya. Namun jelas Sheikh Shamsul, perkara itu sukar dilakukan.



29 December 2016

AL-FATIHAH - PENYANYI LAGENDA S.M. SALIM KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan buat ahli keluarga penyanyi legenda Tan Sri S.M. Salim, 88, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 5.44 petang tadi di rumah anaknya di Ukay Perdana.

Anak sulungnya, Siti Noraishah, 60, mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anak dan cucu.



ISU RUMAH TANGGA & KEGUGURAN - ISTERI KEDUA ADI PUTRA TAMPIL BERSUARA



Semua mengetahui mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan sehingga hari ini di laman sosial iaitu rumah tangga pelakon Adi Putra, 35, dengan Norshahida Zolkifly, 32, dikatakan sedang bergolak dan juga isteri kedua itu didakwa telah mengalami keguguran.

Enggan isu ini terus berpanjangan serta diperkatakan, Norshahida telah tampil bersuara dengan menafikan bahawa rumah tangganya bersama pelakon kelahiran Singapura itu sedang bergolak.



PENYANYI LAGENDA S.M. SALIM TENAT, TIADA HARAPAN



Penyanyi legenda Tan Sri SM Salim, 88, yang sebelum ini dalam keadaan kritikal akibat sakit tua, dikatakan sudah tenat dan tidak mempunyai harapan lagi.

"Petang tadi, saya dimaklumkan keadaannya sudah tenat dan sudah tiada harapan," demikian kata Jamal Abdillah yang menziarahi lagenda itu di kediamannya di Hulu Kelang.



NIKAH 6 JANUARI - AINAN TASNEEN BAKAL UNDUR DIRI



Pada 6 Januari depan, penyanyi Ainan Tasneem, 24, bakal mengakhiri zaman solonya dengan pilihan hatinya seorang jurutera, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi.

Ainan bakal bernikah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, sementara majlis resepsinya pula juga diadakan di Shah Alam iaitu di sebuah hotel pada keesokan harinya.



28 December 2016

TAHNIAH - AYU RAUDHAH & SUAMI BAKAL TIMANG ANAK KETIGA



Pelakon Ayu Raudhah yang juga adik kepada Rozita Che Wan itu menerusi laman Instagram telah berkongsikan berita gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil anak ketiga dengan memuatnaik gambar beliau menunjukan baby bump.

Menerusi posting itu juga ramai yang mula membanjiri ruangan Ayu Raudhah dengan ucapan tahniah serta gembira mendengar berita kehamilan beliau. Tidak lupa juga ada peminat yang teruja menantikan anak ketiga pasangan ini selepas Ayu hamil buat kali terakhir pada dua tahun lalu.



SELAMAT BERSALIN - YATT HAMZAH & SUAMI DIKURNIAKAN 'BABY GIRL'



Pada jam 9.14 pagi semalam di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju, Yatt Hamzah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan hasil perkongsian hidup dengan juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khiruddin yang dinikahi Februari lalu.

"Jika diikutkan, sejak dua hari lalu Yatt sudah rasa seperti mahu bersalin. Hanya kira-kira jam 4 pagi tadi baru air ketuban pecah.

"Isteri saya dimasukkan hospital sejak semalam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya sendiri menyaksikan perjuangan isteri melahirkan bayi di bilik pembedahan.



LAGENDA 'STAR WARS' MENINGGAL DUNIA



Belum reda kesedihan peminat meratapi kematian penghibur antarabangsa, George Michael yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 53 tahun di kediamannya di England, semalam... hari ini, aktres Hollywood Carrie Fisher, yang melakonkan watak Princess Leia dalam siri filem "Star Wars" pula dilaporkan meninggal dunia.

"Billie Lourd dengan sedih mengesahkan bahawa ibunya tercinta Carrie Fisher meninggal dunia pada 8:55 pagi ini (waktu tempatan)," kata anak perempuannya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap keluarga, Simon Halls.



27 December 2016

3 GAMBAR - SELAMAT BERTUNANG, ANAK JINS SHAMSUDDIN NIKAH APRIL 2017



Putera Hang Nadim, 25, yang merupakan anak bongsu kepada tokoh filem Melayu tersohor, Tan Sri Jins Shamsuddin, 81, meluahkan rasa syukurnya apabila akhirnya bertemu dengan gadis yang memahami keadaan keluarganya.

Ini kerana pada Sabtu lalu, Hang Nadim telah mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Norfarahin Attiqah Nasarudin, 25, di kediaman keluarga perempuan di Senawang, Negeri Sembilan.



5 GAMBAR - DOTTIE SELAMAT NIKAH



Pada 25 Disember, pelakon drama 'Si Montel', Nor Syuhaida Abd Razak atau lebih dikenali sebagai Dottie, 28, telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya Mohd Haffis Abu Hassan, 27.

Pasangan itu dinikahkan adik Dottie, Mohd Safuan Abd Razak dengan sekali lafaz sambil disaksikan keluarga dan rakan-rakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, kira-kira jam 10 pagi, kelmarin.



TAHUN DEPAN - SITI NURHALIZA BAKAL TIMANG CUCU LAGI



Tahniah diucapkan buat Datuk Siti Nurhaliza yang bakal menimang cucu lagi apabila Tya Ariffin iaitu isteri kepada anak tirinya Asyraf Khalid kini sedang hamil anak sulung.

Kedatangan tahun 2017 bakal memberi kegembiraan berganda buat pasangan ini kerana bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.



26 December 2016

ISTERI KEDUA DIDAKWA KEGUGURAN - RUMAH TANGGA ADI PUTRA BERGOLAK?



Sebelum ini, Adi Putra memberitahu bahawa beliau sudah berdebar menanti kelahiran anaknya nanti hasil perkahwinan dengan Norshahida.

Namun baru-baru ini, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja ada satu khabar angin mengatakan isteri kedua Adi itu sebenarnya keguguran ketika usia kandungan beliau mencecah lima minggu. Walaubagaimanapun, perkara ini dirahsiakan sedangkan keguguran itu berlaku beberapa bulan lalu.



13 GAMBAR - SEKITAR 'BABYMOON' PUTERI SARAH LIYANA DI LONDON



Gambar-gambar sekitar 'babymoon' Puteri Sarah Liyana bersama suaminya, Syamsul Yusof di London baru-baru ini.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan oleh pasangan ini menerusi laman Instagram masing-masing, mereka berdua tampak sungguh manis dan cukup bahagia.

Jom tengok!



"TIDAK BENAR" - JULIANA EVANS JAWAB ISU BAKAL KAHWIN TAHUN DEPAN



Beberapa hari lalu, sebuah portal melaporkan pelakon Juliana Evans bakal berkahwin dengan teman lelakinya yang merupakan kerabat diraja Selangor yang dikenali sebagai Tengku A pada tahun depan.

Malah Juliana juga dikatakan tidak ingin mengikat tali pertunangan dan terus bernikah. Laporan itu juga mengatakan pasangan ini telah pun mengedar kain pasang untuk kedua-dua keluarga lelaki dan perempuan bagi tujuan majlis perkahwinan.



HAFIDZ ROSHDI SAHKAN BAKAL BERGELAR AYAH



Tahniah diucapkan kepada pelakon yang cukup popular dengan drama rantaian 'Tundukkan Playboy Itu', Hafidz Roshdi yang bakal bergelar bapa apabila isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 22, disahkan hamil.

Bagaimanapun, Hafidz atau nama penuhnya, Muhammad Hafidz Roshdi, 22, tidak bersedia memperincikan tentang kehamilan tersebut kerana belum mendapat pengesahan daripada doktor.



25 December 2016

3 GAMBAR TERKINI ANAK KEDUA ALMY NADIA & FIZZ FAIRUZ



Gambar-gambar terkini anak kedua kepada pasangan Almy Nadia dan Fizz Fairuz yang lahir pada 26 September lalu.

Sehingga kini, pasangan sama cantik sama padan ini belum lagi mendedahkan wajah penuh kedua mereka.

Menerusi komen di laman Instagram Almy, kami difahamkan bahawa nama anak kedua mereka ini adalah Aurora. Jika benar anak kedua Almy dan Fizz ini Aurora, sedap nama ini.



11 GAMBAR - FATHIA LATIF TUNAI UMRAH BERSAMA KELUARGA



Baru-baru ini, pelakon Fathia Latiff bersama keluarganya telah berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah.

Fathia sebelum ini berkata yang dia akan menggunakan peluang yang diberikan untuk menjadi tetamu Allah pada kali ini sebaiknya untuk mendekatiNya serta melakukan sebanyak mungkin ibadah.

Alhamdulillah... semoga mereka mendapat umrah yang mabrur dan selamat kembali ke tanah air.



24 December 2016

TAHNIAH - LEPAS DATUK, BOY IMAN PEROLEH GELARAN DOKTOR



Pelakon Boy Iman baru-baru ini telah menerima anugerah yang membawa gelaran Doktor pada majlis konvokesyen. Pasti ramai yang tak tahu bahawa Boy Iman sedang menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran.

Menyingkap dengan lebih lanjut mengenai gelaran tersebut, Boy Iman berkata meskipun pernah gagal namun itu bukanlah penghalang.

"Saya memang sudah sambung belajar sejak 2013. Walaupun pernah gagal tetapi saya mesti usaha dalam apa cara sekalipun untuk habiskan pengajian ini. Program yang saya ikuti ini pengajian jarak jauh (PJJ), bagi saya ilmu itu penting untuk masa depan.



UCAPAN NORMAN HAKIM UNTUK MEMEY & ABBY BUAT RAMAI TERSENTUH



Pelakon Norman Hakim semalam telah meluahkan rasa terima kasih terhadap isterinya, Memey Suhaiza dan bekas isterinya, Abby Abadi kerana menjaga anak-anaknya.

Luahan beserta foto yang menunjukkan kedua-dua wanita itu berpelukan sambil tersenyum manis itu dimuatnaik oleh Norman menerusi akaun Instagramnya.



NEELOFA SAMBUT TAHUN 2017 DI TANAH SUCI



"Sebelum ini, saya menunaikan ibadah umrah bersama ibu, ayah dan adik-beradik. Tetapi kali ini berbeza sedikit kerana ditemani dengan sepupu dan saudara-mara yang lain," kata Neelofa yang bakal ditemani dengan sepupu, ibu saudara dan datuk kesayangannya bagi mengubati kerinduannya terhadap Kota Mekah menerusi ziarah kali kedua untuk tahun ini bagi mengerjakan umrah.

Menurut Neelofa, keputusan untuk menunaikan umrah berlaku sekitar dua bulan selepas dia pulang daripada mengerjakan haji pada hujung September lalu. Kini berstatus hajah, Neelofa menjelaskan bahawa keinginannya untuk kembali ke Mekah berlaku dalam situasi yang tidak dirancang.



23 December 2016

ATIKAH SUHAIME, PERSONALITI NO 2 PALING DICARI DI GOOGLE 2016



Gara-gara dakwaan gambar bogel dan video lucah, akhirnya Atikah Suhaime menduduki tangga kedua selepas Donald Trump sebagai individu paling dicari.

Atikah tersenarai dalam 10 personaliti paling banyak dicari pengguna internet Malaysia di Google bagi tahun 2016 mengatasi pelakon Korea, Song Joong-ki dan Dr Zakir Naik.



ALAMI KECEDERAAN LUTUT - AWAL ASHAARI TANGGUH PEMBEDAHAN



"Selepas pulang dari bercuti, saya membuat membuat pemeriksaan di dua hospital berbeza di sini. Hasil pemeriksaan terdapat kesan koyak pada bahagian ACL lutut kanan.

"Jadi doktor mencadangkan saya untuk membuat pembedahan," demikian kata Awal Ashaari, 35, yang mengalami kecederaan di bahagian ligamen (ACL) lutut kanannya selepas terjatuh ketika bermain luncur ais di Sapporo, Jepun ketika bercuti bersama keluarganya minggu lalu.



JADI PEMBACA BERITA - NORISH KARMAN NAFI TIADA TAWARAN BERLAKON



Pelakon Norish Karman yang sudah lama tidak muncul dalam mana-mana drama televisyen kini sudah menjadi penyampai berita di saluran Bernama News Channel.

Mengakui hal itu, Norish atau nama sebenarnya, Nor'asikin Karman, 42, memberitahu dia sudah pun berkhidmat dengan saluran penyiaran tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Pada masa sama, Norish menafikan bahawa keputusan itu dibuat konon kerana dia sudah tidak mendapat tawaran sebaliknya memberitahu, menjadi pembaca berita merupakan minatnya.



FEBRUARI 2017 - FAYE KUSAIRI & AZMI HATTA BAKAL KAHWIN?



Sebelum ini, ada khabar angin yang mengatakan pelakon Faye Kusairi sudah tiada hubungan lagi bersama pengarah, Azmi Hatta gara-gara orang ketiga apabila bekas suami Elly Mazlein itu didakwa ada keluar bersama wanita lain. Bagaimanapun, Faye sendiri telah tampil untuk menafikan tentang gosip berkenaan.

Terkini, Faye dan Azmi dikhabarkan bakal berkahwin tidak lama lagi apabila Elly memuatnaik status di Instagram bahawa bekas suaminya itu bakal berkahwin Februari tahun depan. Status berkenaan telah membuatkan ramai yang ingin tahu adakah perkara itu benar.



22 December 2016

12 FOTO - SUASANA MAJLIS RESEPSI BEKAS HOS HLIVE, SHALMA AINAA



Baru-baru ini, bekas hos saluran h!Live, Shalma Ainaa Bruhanuthen, 25, dan pasangannya, penyanyi baharu Wan Imar Izzat Wan Mohammad Khair-il Anuar, 25, telah diraikan sekali dalam satu majlis resepsi setelah bernikah pada 17 September lalu.

Majlis yang berlangsung secara sederhana itu dihadiri ahli keluarga, saudara-mara serta teman rapat pasangan ini.

Untuk makluman anda, Wan Imar Izzat adalah anak kedua kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid dan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, pada 5 Mei lalu.



DIKECAM NETIZEN ISU JARI: "PEMINAT TANYA, SAYA JAWAB" - AMYRA ROSLI



Baru-baru ini, kecoh di laman sosial berkenaan cerita jari pelakon Amyra Rosli, 25, berdarah akibat kesilapan sendiri ketika membuka pisau yang masih dalam plastik. Gara-gara isu itu, Amyra telah dikecam netizen.

Ditanya mengenai isu ini, Amyra mengakui bahawa dia sangat terkejut kerana cerita tersebut boleh jadi isu besar, sedangkan niatnya itu hanya mahu menjawab pertanyaan peminatnya sahaja.



21 December 2016

21 FOTO - SEKITAR MAJLIS ULANGTAHUN KELAHIRAN ELLY MAZLEIN



Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-36 dalam majlis anjuran peminatnya 'Team Elly Mazlein'.

Majlis yang diadakan di Grand BlueWave Hotel Shah Alam itu berlangsung dengan meriahnya yang turut dihadiri oleh rakan-rakan artis serta teman rapat.

Gambar-gambar sekitar majlis ini telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu s7even.studio.

Jom tengok!



BAKI BAYARAN RUNNING MAN - JI HYO, JONG KOOK DERMA PADA BADAN AMAL



Semua sedia maklum bahawa rancangan realiti korea iaitu Running Man bakal menamatkan siarannya pada Februari 2017.

Berbaki beberapa lagi episod, kedua-dua bintangnya iaitu Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook telah memutuskan untuk melakukan sesuatu yang istimewa sebagai tanda setia kepada program berkenaan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh seorang wakil daripada syarikat penyiaran Seoul Broadcasting System (SBS) dalam satu kenyataan pada 19 Disember lalu.



ZARUL UMBRELLA BAKAL BEHENTI 'TERBANG' DI AWAN BIRU?



Terdahulu, Zarul Umbrella, 43, pernah menyatakan bahawa dirinya itu berbelah-bagi sama ada mahu melepaskan kerjaya tetap sebagai pramugara atau menjadi penyanyi sepenuh masa.

Terkini menerusi ruangan Poklip di Utusan Online, ada sumber yang mengatakan Zarul sebenarnya sudah membuat keputusan iaitu sudah nekad untuk meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi dan mengucapkan selamat tinggal awan biru apabila bakal menghantar surat berhenti kerja pada hujung bulan ini.



20 December 2016

AKHMAL NAZRI: BEBAS DARI NAMA 'JIBAM'- INGIN CUBA SESUATU BARU



Siapa yang tidak kenal dengan watak 'Jibam' yang lurus bendul dan kelam-kabut dalam sitkom popular 'Oh My English!' (OME) cukup sebati dengan diri pelakonnya, Akhmal Nazri sejak dulu.

Menurut Nazri, ke mana saja dia pergi panggilan 'Jibam' terus melekat dengan dirinya hingga sekarang. Maka dari itu, kini Akhmal mahu mengikis nama 'Jibam' dengan dirinya selepas tiga musim bersama program berkenaan.



AL-FATIHAH - BAPA JASMIN HAMID KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah kami ucapkan kepada pelakon, Jasmin Hamid dan ahli keluarganya yang telah kehilangan bapa tercinta kelmarin. Berita sedih ini dimaklumkan oleh Jasmin di laman Instagramnya.

"As Salam... Tanggal 18 Dec 2016 jam 11am, BABA telah di panggil pulang oleh penciptaNYA. Sekali lagi kami sekeluarga kehilangan orang tua kami. BABA mula jatuh sakit selepas pemergian MAMA tercinta kami pada bulan 26 MEI 2016.

"Saya sekeluarga bersyukur pada Allah kerana BABA pergi dengan mudah dan tenang.. Kami redha dengan ketentuan Allah kerana memanggil pulang kedua ibubapa kami dalam tahun yang sama 2016..



8 FOTO - MAJLIS PERKAHWINAN SHEILA ABDULL & PEMAIN GITAR DRAMA BAND



"Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Kami berharap dapat melayari bahtera perkahwinan ini dengan sebaik mungkin. Insya-Allah," kata penyanyi Sheila Abdull, 28, yang telah selamat bergelar isteri kepada pemain gitar Drama Band, Ammar Habir, 27, semalam.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, Abdullah Abdul Rahman, di hadapan jurunikah, Ustaz Abu Bakar Watak, dalam majlis yang diadakan di Dewan Kenangan Kompleks Tan Sri Rahmat, Tampoi.



19 December 2016

KERAP KEGUGURAN - JUE AZIZ DEDAH DIRINYA TERKENA GANGGUAN MISTIK



Pelakon Jue Aziz yang belum mempunyai anak telah mendedahkan bahawa dirinya itu mengalami gangguan mistik dan ia adalah punca beliau sukar untuk mendapatkan zuriat kerana kerap gugur iaitu tiga kali sepanjang tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniels.

Boleh dikatakan, keguguran yang Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 33, alami agak rapat juga jaraknya.



35 GAMBAR - MAJLIS AQIQAH AISY MATEEN, ANAK YANA SAMSUDIN



Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin dan suaminya Fadzil Zahari yang merupakan adik kepada Farid Kamil telah mengadakan majlis aqiqah buat anak sulung mereka, Aisy Mateen yang lahir pada 21 Julai lalu.

Majlis yang berlangsung secara sederhana di Shah Alam itu dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara, teman rapat pasangan ini.

Bercakap mengenai anak, Yana berkata yang dia akan membawa putera sulungnya itu ke mana sahaja dia pergi dan akan sentiasa memastikan Aisy Mateen berada disisinya sama ada ke butik atau ke tempat kerja.



NIKAH KALI KE-2 - RIEZMAN KHUZAIMI BAKAL HONEYMOON DI TANAH SUCI



Pada 15 Disember lalu, pelakon Riezman Khuzaimi, 46, telah menamatkan zaman dudanya apabila selamat menikahi wanita yang mendapat jolokan 'Iron Lady', Datuk Normaziah Sheikh Mohamad, 47, yang merupakan seorang usahawan syarikat gergasi dalam industri peralatan paip serta kosmetik tanah air.

Majlis akad nikah mereka yang diadakan kira-kira jam 2 petang secara kecil-kecilan di Shah Alam, Selangor itu hanya dihadiri kira-kira 40 anggota keluarga terdekat.

Menurut Riezman, pada bulan depan beliau bersama isterinya akan berbulan madu di Tanah Suci Makkah.



SUDAH MERISIK - SHARNAAZ AHMAD NIKAHI NOOR NABILA TAHUN DEPAN



"Alhamdulillah selesai satu majlis bersama Noor Nabila, doakan kami setulus hati.. I lap u very strong," kata pelakon Sharnaaz Ahmad yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi dengan kekasih hatinya pada tahun depan apabila selesai majlis merisik Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa.

Maklum Sharnaaz, keluarganya telah merisik Noor Nabila dalam satu majlis ringkas sekitar jam 11 pagi semalam bertempat di kediaman pihak perempuan.

Katanya lagi, tiada majlis pertunangan yang akan berlangsung dan mereka ingin terus mengadakan akad nikah sebelum tibanya bulan Ramadhan dan Syawal.



18 December 2016

31 GAMBAR - BIRTHDAY PERTAMA ANAK ASHRAF MUSLIM & NOOR DAYANA



Pada 10 Disember lalu, Anas Ashraf, anak lelaki Ashraf Muslim bersama isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman telah genap setahun usianya.

Sempena hari tersebut, Ashraf sekeluarga telah mengadakan majlis sambutan hari lahir yang pertama buat anak lelakinya baru-baru ini.

Majlis yang bertemakan 'Mickey Mouse' itu telah berlangsung dengan meriahnya di Bukit Setiawangsa.



17 FOTO - SHIMA ANUAR SELAMAT BERTUNANG DENGAN DUDA ANAK DUA



Petang semalam, pelakon yang dikenali selepas membintangi filem 'Highland Tower', Shima Anuar atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar, 26, telah selamat mengikat pertunangan dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha, 40, pada majlis yang berlangsung di kediaman keluarganya.

Shima berkata, sikap bertanggungjawab dan keperibadian Mohd Solih membuka hatinya untuk menerima lamaran biarpun hanya mengenali bakal suaminya itu sejak Jun lalu.

"Tempoh perkenalan yang singkat tidak menjadi isu kerana kami cepat serasi. Beliau sangat menghormati saya sebagai wanita, malah hubungannya dengan keluarga saya juga sangat baik.



17 December 2016

MENINGGAL DUNIA - BAPA AZRI AF9 SELAMAT DIKEBUMIKAN



Takziah kami ucapkan kepada bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-9, Azri Abdullah atas pemergian bapanya, Abdullah Mohamad, 69, yang meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang jam 6 pagi semalam.

Azri ketika dihubungi berkata, bapanya yang sebelum ini menghidap Alzheimer mula mengalami batuk teruk sejak dua minggu lalu.



SEMANGAT KUAT - DAHLAN ZAINUDDIN KINI SEMAKIN PULIH



"Alhamdulillah keadaannya menunjukkan perubahan positif walaupun ia agak perlahan kerana faktor usia," kata Datin Effa Rizan, isteri kepada penyanyi era 70-an, Datuk Dahlan Zainuddin mengenai keadaan kesihatan suaminya yang semakin pulih selepas diserang penyakit angin ahmar sejak awal Jun lalu.

Menurut Datin Effa, suaminya itu kini giat menjalani rawatan fisioterapi dua kali seminggu sejak dibenarkan keluar daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Oktober lalu.



FEBRUARI 2017: RUNNING MAN BERAKHIR - JI HYO & JONG KOOK KEKAL BERSAMA



Setelah tujuh tahun rancangan variasi popular Korea, Running Man bersiaran, akhirnya secara rasminya akan berakhir pada Februari 2017.

Ini kerana selepas isu Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook ditendang daripada Running Man, satu mesyuarat tergempar telah diadakan semalam antara pihak produksi dan beberapa bintang Running Man yang masih kekal. Perbincangan itu membawa kepada satu berita sedih buat peminat Running Man.