30 April 2017

7 GAMBAR - NIKAH KERABAT RAJA: JULIANA EVANS KINI BERGELAR CHE PUAN



Akhirnya, terlerai sudah persoalan siapakah jejaka yang bertahta di hati Juliana Evans atau Jue, 27, apabila dia selamat mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, 29,

Untuk info, Majlis aktres kacukan Melayu-Inggeris itu telah berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor dengan penuh meriah.



'99 KATA-KATA' PALING POPULAR DI PBAKL - FATTAH AMIN RANCANG TERBIT DRAMA



"Kritikan akan sentiasa ada tetapi itu bukan alasan untuk saya dan pengurusan, Fastyle Asia, berdiam diri.

"Kami sentiasa mencari idea segar dan berbeza hingga tercetus idea untuk menghasilkan novel," kata pelakon Fattah Amin apabila buku penulisan pertamanya itu diangkat sebagai Buku Paling Popular sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017.

Yelah... siapa sangka disebalik kecaman dan sindiran orang ramai mengenai penghasilan buku, 99 Kata-Kata #QalifModen itu kini membuatkan Fattah mampu tersenyum lebar.

Klik untuk gambar besar


DISUNTING UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA - SAHARA RASA SYUKUR & TERHARU



Penyanyi yang mendapat jolokan Tina Turner Malaysia iaitu Sahara Yaacob meluahkan rasa syukur dan terharu apabila impiannya untuk bernaung di bawah syarikat rakaman berpengaruh menjadi kenyataan selepas lebih 40 tahun menjadi anak seni.

Sahara atau nama sebenarnya Zaharah Mohd Yaacob yang disunting Universal Music Malaysia itu mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Fecebook miliknya.

Klik untuk gambar besar


KERETA HONDA CIVIC HILANG - SHEEDA JADI BUNTU



"Selain saya, ada orang lain yang turut mempunyai kunci pendua kereta itu. Pada mulanya, saya cuba bersikap positif dan menaruh harapan kereta itu akan dipulangkan.

"Tetapi sehingga hari ini, penantian itu hampa dan saya ambil keputusan untuk membuat laporan polis," kata penyanyi dangdut era 1990-an, Sheeda yang mengakui buntu apabila kereta Honda Civic kesayangannya hilang sejak malam Rabu lalu.

Sheeda atau nama sebenarnya Rashidah Hamid, berkata dia hanya menyedari kenderaan yang diletakkan di parkir kondominium penginapannya di Setapak, hilang pada pagi Khamis namun masih positif dan menganggap ia mungkin dipinjam ahli keluarganya.

Klik untuk gambar besar


SUFIAN SUHAIMI AKUI ELFIRA LOY TEMPAT LUAH PERASAAN & MASALAH



Pelakon Elfira Loy sebelum ini memberitahu bahawa beliau dan penyanyi Sufian Suhaimi hanya sekadar teman biasa dan hubungan mereka tidaklah serapat mana.

Bagaimanapun, bagi Sufian pula, Elfira antara wanita yang paling rapat dalam hidupnya sekarang dan tidak menafikan kontroversi cinta antara mereka sedikit sebanyak merapatkan lagi hubungan persahabatan mereka.

Malah hubungan baik Sufian dengan ibu Elfira juga seolah merestui persahabatan itu.

Klik untuk gambar besar


29 April 2017

"SAYA BELUM TERIMA SURAT SAMAN" - ZIELA JALIL



Enggan mengulas lanjut isu disaman RM10 juta daripada penulis novel 7 Hari Mencintaiku iaitu Siti Rosmizah Semail, penerbit Datuk Ziela Jalil menyerahkan segala urusan kepada peguamnya memandangkan ia kini menjadi kes mahkamah.

Dalam masa sama, Ziela mmeberitahu bahawa beliau masih belum menerima surat saman tersebut.

"Saya mendapat nasihat daripada peguam untuk tidak memberikan sebarang komen dan maklum balas. Jadi tunggu saja perkembangan kes ini.

Klik untuk gambar besar


TERIMA GEMPAK MAN OF MATCH - ABAM BOCEY AKUI CUAK



Semua mengetahui bahawa Abam dari kumpulan Bocey diumumkan sebagai peserta yang merangkul trofi Gempak Man of The Match (GMOTM) di minggu ke-11 Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017).

Ketika namanya disebut penerima trofi tersebut, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd, 29, akui dirinya itu berasa risau.

Menurut Abam, dia menjadi takut kerana risau jika kumpulan Bocey akan disingkirkan dan tidak layak menjejakkan kaki ke final MLM 2017.

Klik untuk gambar besar


25 GAMBAR - MALAM BERINAI JOY REVFA, BAKAL ISTERI HAFIZ HAMIDUN



Sederhana tapi meriah!

Itulah gambaran majlis malam berinai bakal isteri Hafiz Hamidun, Joy Revfa Sofia yang diadakan semalam di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur. Majlis tersebut dihadiri oleh kaum keluarga serta teman rapat Joy.

Untuk info, Hafiz dan pasangannya, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin bakal disatukan pada 1 Mei ini.

Jom tengok!

Klik untuk gambar besar


28 April 2017

33 FOTO - SUASANA 'THE BRIDESMAIDS LUNCHEON' BAKAL ISTERI HAFIZ HAMIDUN



Tinggal hanya tiga hari sahaja lagi menjelang hari pernikahan penyanyi Hafiz Hamidun dan pasangan, Joy Revfa Sofia iaitu pada 1 Mei ini.

Sebelum tiba hari bahagia itu, bakal isteri Hafiz telah mengadakan 'The Bridesmaids Luncheon' pada 25 April lalu dengan memilih tema 'Snow White'.

Menerusi Instagram Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, beliau kelihatan cantik dan anggun dengan mengayakan busana seperti 'Snow White'.

Klik untuk gambar besar


BERHADAPAN SAMAN 1.5 JUTA - AZREL ISMAIL NAFI DAKWAAN, TAMPIL JELASKAN



Semalam pelakon Azrel Ismail dan Risteena Munim dilaporkan bakal berhadapan tuntutan saman RM1.5 juta selepas didakwa melanggar kontrak perjanjian menerusi drama 'Yes Sir Nak Pergi Mana'.

Dalam laporan tersebut, wakil peguam JNI Creative Sdn Bhd, Mohd Fadly Hashim, berkata, tuntutan itu dikeluarkan selepas kedua-dua pelakon itu enggan menyelesaikan penggambaran sebuah drama yang berbaki 17 episod lagi sehingga menyebabkan produksi mengalami kerugian.

Selain itu artis terbabit juga didakwa telah mengeluarkan kenyataan tidak benar kepada pihak media.

Klik untuk gambar besar


BENJY AKUI JUAL DADAH UNTUK BIAYA RAWATAN KANSER IBU



Sedia sedia maklum bahawa Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim baru-baru ini ditangkap oleh pihak polis Indonesia atas dakwaan menyorokkan dadah jenis syabu di dalam duburnya. Sehingga kini, pelakon itu masih lagi ditahan di Indonesia.

Menerusi satu kenyataan yang dipetik daripada Merdeka.com, Benjy akui mula terjebak dengan penjualan dadah demi membiayai rawatan kanser ibunya, Azean Irdawaty.

"Pernah, enggak racik sendiri untuk pakai, tetapi untuk biayai (pengobatan) kanker ibu saya. Anak jantan mana boleh lihat ibunya sakit," jelas Benjy.

Klik untuk gambar besar


27 April 2017

ESMA DANIEL AKUI SUDAH BERCERAI DENGAN NITRA SARI NOVEMBER LALU



"Ini adalah kali kedua saya gagal dalam perkahwinan dan pastinya ia satu perkara sukar untuk saya terima. Namun, saya perlu akur apabila kami sudah tiada jodoh untuk bersama.

"Bekas isteri kini menetap di Johor Bahru bersama enam anak kami. Saya tak nafikan, jarak yang jauh dan sibuk dengan pekerjaan antara punca perpisahan ini," akui pelakon Esma Daniel, 48, mengenai rumah tangganya bersama Nitra Sari Omar yang sudah menemui noktah sejak November tahun lalu.

Kata Esma, beliau perlu mengambil masa agak lama untuk membuat pengakuan berikutan perlu mengumpul semula semangat dan kekuatan.

Klik untuk gambar besar


TARIKH DIPERCEPATKAN - NADYA SYAHERA & SUAMI BERSANDING 1 MEI INI



Pelakon Nadya Syahera Rosli, 24, memberitahu bahawa majlis persandingan bersama suaminya, Fizul Nawi, 25, yang akan diadakan pada 20 Mei depan dipercepatkan kepada 1 Mei ini.

Kata Nadya, ia dipercepatkan kerana pada tarikh berkenaan majlis bertandang akan diadakan di sebelah pihak suaminya di Kelantan.

Difahamkan, majlis perkahwinan sebelah Nadya yang akan diadakan di kampung halamannya di Kuala Nerang, Kedah itu berlangsung sehari selepas majlis berendoi anak sulung mereka, Aleena Rose yang dilahirkan pada 1 Mac lalu.

Klik untuk gambar besar


DATO' SERI VIDA INGIN BERGELAR PENYANYI & 'SENSASI' SEPERTI PIKOTARO (PPAP)



Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida memberitahu hasratnya yang ingin menjadi penyanyi terkenal seperti penyanyi Jepun, Pikotaro yang viral dengan lagu PPAP (Pen Pineapple Apple Pen).

Malah, beliau kini sedang berusaha untuk mendapatkan penerbit serta penulis lirik untuk lagunya. Vida mahu jadi terkenal seperti penyanyi Jepun, Pikotaro yang viral dengan lagu Pen Pineapple Apple Pen.

Klik untuk gambar besar


ISU ANUGERAH - AFDLIN SHAUKI LUAHKAN PENDAPAT



Semua pasti sedar bahawa kebanyakan anugerah-anugerah selalunya berdasarkan undian bukan? Malah, peminat tegar mereka sanggup habis ribuan ringgit untuk memastikan artis kesayangan mereka menang dan tentu sekali seseorang artis itu juga harus popular untuk meraih undian.

Isu ini mendapat perhatian pelakon Afdlin Shauki apabila beliau meluahkan pendapatnya mengenai anugerah menerusi laman Instagramnya.

Menurut Afdlin, masalah utama anugerah seperti ini bukan kerana ia anugerah syok sendiri tetapi anugerah tersebut boleh dimanipulasi undinya oleh sesetengah individu ataupun korporat-korporat yang mahu memanfaatkan peluang yang ada dengan menaikkan nama artis yang menjadi duta produk mereka.

Klik untuk gambar besar


26 April 2017

17 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN HANG NADIM, ANAK JINS SHAMSUDDIN



Anak bongsu kepada tokoh filem Melayu tersohor, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Putera Hang Nadim telah selamat disatukan dengan pasangannya, Norfarahin Attiqah Nasarudin sebagai suami isteri pada 31 Mac lalu.

Sebelum majlis pernikahan berlangsung, Hang Nadim telah terlibat dalam satu kemalangan kecil yang menyebabkannya mengalami kecederaan ringan di bahagian kiri badannya.

Terdahulu, Hang Nadim selamat mengikat tali pertunangan dengan Norfarahin pada 24 Disember tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


5 GAMBAR - AKSI TERKINI NUR AISHA, ANAK KEDUA ERIN MALEK



Gambar terkini anak kedua Erin Malek dan Farriz Fauzy iaitu Nur Aisha yang kini berusia dua bulan lebih.

Untuk rekod, Erin selamat melahirkan anak keduanya itu pada 10 Februari lalu.

Erin dan Farriz sebelum ini telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamed Faliq yang kini berusia setahun lebih.

Jom tengok!

Klik untuk gambar besar


ADIB KHALID SAHKAN BAKAL NIKAHI IZARA AISHAH TAHUN INI



"Ya, kami akan berkahwin tahun ini," kata anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid yang enggan berselindung mengenai perancangan perkahwinan bersama pelakon Izara Aishah.

Adib yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios itu bagaimanapun belum bersedia berkongsi tarikh dan butiran majlis perkahwinan mereka.

"Cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi lebih lanjut. Insya-Allah kalau sudah ada keputusan muktamad dibuat, saya akan menghebahkannya kepada semua," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


25 April 2017

26 GAMBAR - SUASANA BIRTHDAY PERTAMA ANAK LINDA RAFAR & SYED AIMAN



Pejam celik... dah setahun rupanya usia Syed Rezaliif, anak kepada Linda Rafar dan Syed Aiman ini. Untuk makluman, anak ketiga pasangan ini dilahirkan pada 8 April lalu melalui pembedahan.

Sempena hari istimewa tersebut, Linda sekeluarga telah mengadakan majlis sambutan hari lahir yang pertama buat anak lelakinya baru-baru ini.

Majlis yang bertemakan 'Sesame Street' itu telah berlangsung secara sederhana di tepi pantai.

Selamat hari lahir kami ucapkan dan semoga Faliq menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapa.

Klik untuk gambar besar


LUAH RASA SEDIH - PENGIKUT IG RISAU KEADAAN KESIHATAN DATO' SERI VIDA



Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Dato' Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato' Seri Vida, 46, tidak dapat menahan sebak dan perasaan telah meluahkannya di laman Instagram berhubung tindakan satu program di stesen televisyen.

Ini kerana program tersebut hanya beberapa kali saja menyebut produknya sedangkan program tersebut adalah di bahawa tajaan usahawan wanita itu.

Selain itu, Dato' Seri Vida juga turut menyatakan tekanan darahnya meningkat sekaligus membuatkan pengikutnya di Instagram risau dan menasihatkan agar dia berehat dan menenangkan fikiran.

Klik untuk gambar besar


BAJU AME 2017 DIKECAM - "SAYA SUKA, IA MENEPATI" - NEELOFA



Pengacara dan pelakon Noor Neelofa sering menjadi perhatian dalam mana-mana majlis apabila mengenakan pakaian yang lain dari yang lain. Ramai yang berpendapat Neelofa yang juga seorang usahawan itu seorang fashionable.

Namun kemunculannya pada Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME 2017), pada 23 April lalu telah membuatkan ramai keliru dengan pakaian yang digayakan Neelofa. Ada yang berpendapat, padanan T-Shirt dan skirt labuh itu nampak serba tidak kena.

Neelofa yang ditemui selesai majlis berkenaan menjelaskan busana rekaan Fizi Woo yang bertemakan 'young and chic' ini adalah kemahuannya sendiri.

Klik untuk gambar besar


24 April 2017

29 FOTO - SEKITAR MAJLIS KESYUKURAN & CUKUR JAMBUL ANAK SHAHROL SHIRO



Shahrol Shiro dan isterinya, Anna Danisha atau nama sebenarnya Nor Farhanah Syamimi, 27, kelmarin telah mengadakan majlis kesyukuran dan cukur jambul buat anak mereka, Iskandar Rizqi.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu telah dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat pasangan ini.

Gambar-gambar sekitar majlis tersebut telah dirakam oleh jurugambar rasmi mereka iaitu Bushido Production.

Klik untuk gambar besar


ISU HINA MENDIANG BAPA WATSON NYAMBEK - 'SUKAN TAK SENTRAL' MOHON MAAF



Baru-baru ini, program komedi 'Sukan Tak Sentral' dikatakan telah mempersendakan nama bapa bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.

Watson Nyambek yang juga bekas pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter, kecewa dan berang apabila stesen televisyen itu menyamakan bapanya yang meninggal dunia tiga tahun lalu dengan binatang.

Bagaimanapun, Syarikat penerbit rancangan tersebut dan juga pengacaranya, Ammar Titan dan Marsha Milan telah tampil memohon maaf kepada Watson Nyambek kerana mempersenda nama mendiang bapanya.

Klik untuk gambar besar


DIKECAM BUKA TUDUNG: "SAYA ENGGAN HIDUP BERPURA-PURA LAGI" - TEGAS SARA ALI



Pelakon Sara Ali sebelum ini membuat pengakuan eksklusif dimana dirinya itu sudah membuka tudung menerusi facebook live.

Sara atau nama sebenarnya Siti Sarah Hairi Ali mengakui keputusan yang diambil untuk tidak bertudung kerana enggan menjadi hipokrit.

Jelas Sara dalam rakaman 23 minit 44 saat itu, tindakan bertudung dibuat bukan kerana diri sendiri atau kerana Allah tetapi kerana sesuatu

Klik untuk gambar besar


23 April 2017

DOA HAIRUL AZREEN BUAT RAMAI TERSENTUH & SEBAK



Pelakon Hairul Azreen baru-baru ini telah berkongsi satu video beserta kapsyen yang menyentuh perasaan melalui akaun Instagram anaknya, Yusuf Iskandar.

Malah ada di antara ribuan komen yang hadir di situ berkongsi perasaan yang sama seperti apa yang diluahkan oleh Hairul.

Wajah Yusuf Iskandar seringkali menjadi penyeri di laman sosial Instagram mahupun di Facebook. Ada yang sangat menyenangi kehadiran cahaya mata pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini dan ada juga yang sebaliknya.

Klik untuk gambar besar


ANAK KEDUA SELAMAT DILAHIRKAN - LISA & YUSRY TIMANG 'BABY BOY'



"Alhamdulillah. Lisa dah selamat melahirkan baby boy pagi tadi. Syukur Alhamdulillah," demikian kata Yusry KRU mengenai isterinya, Lisa Surihani yang telah selamat melahirkan anak kedua mereka hari ini (23 April 2017).

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Yusry atau nama penuhnya Yusry Abdul Halim menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.

Klik untuk gambar besar


KENA WARAN TANGKAP - NELYDIA SENROSE KONGSI BUKTI BAYARAN CUKAI LHDN



Semua mengetahui mengenai berita dimana pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Nelydia Senrose kelmarin.

Dek kerana tidak senang, Nelydia yang kini berada di kota London itu telah berkongsi gambar resit pembayaran LHDN yang bertarikh 4 April 2017 untuk tahun taksiran 2013, sejurus selepas berita itu tersebar di laman sosial sebagai bukti cukai tersebut telah dijelaskan.

Klik untuk gambar besar


22 April 2017

12 FOTO - SEKITAR SESI NEWBORN PHOTOSHOOT ESHAAL, ANAK AKIM & STACY



Aksi Eshaal, anak kepada pasangan Akim Ahmad & Ummu Shaikhah Stacy Anam ketika sesi newborn photoshoot.

Seperti biasa, team The Photolicious telah terpilih untuk menjadi 'official photographer' bagi photoshoot tersebut.

Untuk makluman anda, Eshaal dilahirkan pada 17 Februari lalu.

Jom tengok!

Klik untuk gambar besar


AMBIL MASA 6 BULAN - 'YANG TERINDAH' HADIAH ACHEY BUAT ISTERI



Sempena ulangtahun kelahiran yang ke-27 isterinya, Nor Hasanah Yahaya, pelawak Achey telah menghadiahkan sebuah lagu pertama yang dicipta khas yang mengambil masa enam bulan untuk menyiapkannya.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 31, berkata, lagu berkenaan adalah cara istimewa untuk dia meluahkan rasa cinta dan terima kasih terhadap isterinya itu.

"Saya tidak ada pengetahuan langsung berkenaan muzik tapi melodi ini bermain-main di fikiran saya sejak enam bulan lalu.

Klik untuk gambar besar


MASUK ICU - MAMAT KHALID KINI STABIL, DIPANTAU DOKTOR



"Tekanan darah dia tinggi dan bimbang dia mendapat serangan jantung, namun Alhamdulillah, sekarang sudah semakin baik berbanding pagi tadi (semalam).

"Dia (Mamat) mahu keluar dari ICU dan duduk di wad biasa tapi doktor tidak benarkan. Mereka bimbang apa-apa berlaku terhadapnya jika berseorangan, kalau di ICU ramai yang jaga," ujar Hasmah Hassan, 54, isteri kepada pengarah filem, Mamat Khalid, mengenai keadaan suaminya itu.

Hasmah berkata, setakat ini doktor masih lagi membuat pemantauan terhadap kesihatan suaminya dari semasa ke semasa.

Klik untuk gambar besar


21 April 2017

WARAN TANGKAP - NELYDIA SENROSE BERHADAPAN DENDA, HUKUMAN PENJARA



Disebabkan tidak hadir memberi maklumat cukai, Nelydia Senrose akhirnya diberi waran tangkap oleh mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor kerana tidak hadir bagi menghadapi tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).



"SAYA BELUM SEDIA TUTUP AURAT" - RUHAINIES



Pelakon Ruhainies, 25, memberitahu bahawa dirinya itu masih belum bersedia untuk menutup aurat biarpun sudah mengerjakan ibadah umrah pada Febuari lalu.

Walaupun ramai yang berharap pelakon itu mula berhijab namun bagi Ruhainies, biarlah hidayah itu dapat sendirinya tanpa dipaksa.

Dalam masa sama, Ruhainies berkata yang isu menutup aurat agak sensitif untuk diperkatakan namun sedia berubah ke arah kebaikan apabila menerima hidayah Tuhan.

Klik untuk gambar besar


KESAL BUKA TUDUNG - ZARINA ZAINUDDIN TARIK DIRI DALAM 'DENDAM AURORA'



"Kak Ina sudah berbincang dengan penerbit dan Alhamdulilah, kakak tak jadi teruskan ambil watak tersebut. Kakak tolak cara baik dan terangkan pada penerbit. Penerbit pun faham situasi yang Kak Ina lalui sekarang ini.

"Berkenaan dengan babak yang dah shoot tu, mereka akan reshoot semula dan watak akak akan digantikan dengan orang lain," kata pelakon Zarina Zainuddin yang kesal membuka tudung untuk menjayakan watak di dalam drama 'Dendam Aurora'.

Tindakan Zarina yang membuka tudung dalam drama tersebut telah mengundang kritikan netizen beberapa hari lepas yang mempersoalkan tentang penghijrahannya.

Klik untuk gambar besar


3 FOTO - AKSI DATUK YUSOF HASLAM & ISTERI BERSAMA CUCU, 'SYAIKHUL ISLAM'



Semua sedia maklum bahawa anak kepada Datuk Yusof Haslam, iaitu Syamsul Yusof telah menimang cahaya mata pertama pada 19 April lalu (Rabu) apabila isterinya, Puteri Sarah Liyana selamat melahirkannya.

Dengan kehadiran cucu baru itu, isteri Yusof, Datin Fatimah Ismail nampaknya tak menang tangan melayan cucunya yang comel itu.

Untuk makluman anda, anak Syamsul dan Sarah telah diberi nama Syaikhul Islam.

Klik untuk gambar besar


ISU ANAK DITAHAN DI INDONESIA: "UNTUK APA KE SANA" - BAPA BENJY



"Saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk ke Indonesia kerana tidak mampu, lagi pun untuk apa saya ke sana?" kata bapa kepada pelakon Benjy, Khairil Anwar ZM Rashidi, 65, berhubung anaknya yang ditahan di Indonesia atas dakwaan mengedar dadah.

Ini kerana kata Khairil, beliau tidak mampu untuk ke negara itu bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan anaknya yang ditahan berhubung kes dadah di Medan, Indonesia.

Khairil atau juga dikenali sebagai Karl diminta mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu.

Klik untuk gambar besar


20 April 2017

SOROK DADAH DALAM DUBUR, BENJY DITAHAN LAGI



Bagai tidak serik!

Begitulah halnya dengan pelakon dan juga anak kepada Allahyarhamah seniwati Azean Irdawaty, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim yang ditangkap sekali lagi atas dakwaan mengedar dadah. Apa yang menyedihkan, kali ini dia diberkas di Indonesia pula.



ANZALNA CARI DUIT SENDIRI, BIMBANG 'DITENDANG' SUAMI



"Lelaki boleh berubah tiba-tiba. Walaupun saya nampak Hanif sangat sempurna dan tidak buat masalah langsung. Saya seperti wanita terbahagia di dunia.

"Bagaimana jika suami kita meninggal dunia. Perlu ada duit dan harta sendiri seperti rumah dan kereta atas nama kita.

"Supaya, bila ditendang suami, kita ada tempat berteduh. Saya bekerja untuk duit saya membeli belah.

Klik untuk gambar besar


HUBUNGAN AYDA DENGAN REDZA: "TAK KECEWA, TAK BERKECIL HATI" - RADIN ERA FM



Semua mengetahui mengenai keintiman hubungan di antara Ayda Jebat dan Redza Rosli baru-baru ini. Malah Ayda sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak menolak jika ada jodoh dengan Redza.

Namun begitu, hubungan tersebut sedikit sebanyak membuatkan ramai tertanya mengenai status Ayda dan Radin yang suatu ketika dulu pernah dikatakan bercinta.

Bagaimanapun, Raden tampil menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berasa kecewa dengan perkara itu malah tidak perlu bersimpati terhadapnya.

Klik untuk gambar besar


DIANGGAP SOMBONG - FARAHDHIYA AKUI DIRINYA DILAHIRKAN RUPA PARAS BEGINI



"Itu sebenarnya masalah dihadapi oleh saya kerana ramai beranggapan bahawa diri saya ini sebagai seorang yang sombong. Saya memang dilahirkan mempunyai rupa paras begini dan nampak seperti sombong.

"Takkan saya harus lakukan pembedahan plastik untuk menjadikan muka saya sentiasa tersenyum," kata penyanyi dan pelakon Farahdhiya mengenai tanggapan ramai yang menyangka dirinya seorang yang sombong dan sukar untuk menawan hati orang.

Dalam masa sama, Farahdhiya juga akui beliau sebenarnya seorang yang berperangai gila-gila. Cubalah untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

Klik untuk gambar besar


TAKUT SAKIT - AZNIL LEBIH BERHATI-HATI, SENTIASA LAKUKAN PEMERIKSAAN



Meskipun berusia 55 tahun, Datuk Aznil Nawawi atau terkenal dengan panggilan Pak Nil berjaya membuktikan bahawa usia hanyalah sekadar angka apabila sehingga kini masih aktif dalam pengacaraan dan semakin melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa.

Namun di sebalik kesibukan kerjayanya, ternyata Aznil perlu lebih berhati-hati terutama melibatkan kesihatan.

"Saya memang takut sakit, sebab itu saya mengambil langkah awal untuk sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan.

Klik untuk gambar besar


19 April 2017

"TIADA MASA, SELESA BERSENDIRIAN" - DATO' VIDA AKUI RAMAI INGIN BERKENALAN



Dek kerana dirinya yang sudah kembali bergelar ibu tunggal, pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Vida akui bahawa banyak pihak cuba mengambil kesempatan mengenalinya dengan lebih rapat.

Dato' Seri Vida atau nama sebenarnya Dato' Seri Dr Hasmiza Othman berkata yang beliau berasa kesal dan bosan apabila ramai yang menghantar mesej mahu berkenalan di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

"Buat masa ini, pintu hati saya belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidup dan lebih selesa bersendirian. Jika ada sekalipun biarlah individu itu sanggup hidup susah dan senang bersama saya.

Klik untuk gambar besar


SELAMAT DILAHIRKAN - 'SYAIKHUL ISLAM', NAMA ANAK SYAMSUL YUSOF & ISTERI



Setelah menunggu untuk sekian lamanya, akhirnya pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana kini bergelar ibu bapa apabila anak sulung lelaki mereka selamat dilahirkan kira-kira pukul 6.30 pagi tadi (Rabu).

Berita gembira ini dikongsikan oleh Syamsul sendiri menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

Syamsul memuatnaik gambar anaknya yang diberikan nama 'Syaikhul Islam' dengan kapsyen meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang sudah bertarung nyawa untuk melahirkan anak mereka.

Klik untuk gambar besar


ISTERI BAKAL BERSALIN MEI - NUBHAN BELAJAR CARA MENGURUS BAYI



"Saya mengikuti kelas menguruskan bayi itu di sebuah hospital swasta di Seremban dan sebenarnya ia sangat membantu untuk mereka yang pertama kali bergelar ibu-bapa.

"Dalam kelas sehari itu, saya banyak didedahkan tentang bagaimana untuk memberi sokongan moral kepada isteri semasa proses kelahiran dan penjagaan bayi yang masih kecil.

"Selepas mengikuti kursus pengurusan bayi itu saya jadi lebih teruja dan tak sabar untuk menunggu kelahiran bayi pertama kami," kata penyanyi Nubhan yang mengambil inisiatif menghadiri kursus penjagaan bayi sebagai persediaan menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Klik untuk gambar besar


KES DERA ANAK: "TAKKAN SAYA NAK BIAR" - SALMA MENTOR



Berita bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9), Azri atau nama sebenarnya Mohammad Azri Abdullah, 30, yang di hadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan mendera anak tirinya, Putri Nurul Huda, 10, itu hangat diperkatakan sejak akhir-akhir di media sosial.

Azri didakwa telah mencelup kedua-dua belah tangan mangsa ke dalam air panas di sebuah pangsapuri, Jalan Putra Indah, 9/1C, Seksyen 9, Subang Jaya , kira-kira pukul 8 pagi, 5 Mei tahun lalu.

Tatkala ditanya tentang perasaannya berkenaan kes dera itu, Salma yang merupakan bekas juara program Mentor musim ke-5 itu berkata sebagai ibu tidak akan mungkin sanggup melihat anaknya didera.

Klik untuk gambar besar


18 April 2017

BERANG DENGAN SPAMMERS - CHEF WAN TUNJUK JARI TENGAH



Selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau dikenali sebagai Chef Wan baru-baru ini telah meluahkan rasa berang apabila ada yang ambil kesempatan untuk spam perniagaan mereka di post yang dikongsinya mengenai kesedihan dan kekecewaan berhubung isu rumahtangga anaknya, Serina Redzuawan.

Chef Wan telah memuatnaik gambar dirinya menunjukkan jari tengah dengan kapsyen panjang lebar. Dalam kasyen itu, Chef wan lahar spammers yang bagi dirinya hanya mementingkan diri sendiri serta tamak dan mengganggu privasi diri dengan menjual di situ.

Mengakui tidak ada cara jalan penyelesaian yang lebih baik untuk memberitahu kepada mereka yang tidak reti menghormati hak privasi individu, Chef Wan mengakui dengan cara ini adalah lebih layak buat mereka.

Klik untuk gambar besar


"DATO SAYA SAH & STATUS DOKTOR SUDAH MASUK IC" - TEGAS BOY IMAN



Semua mengetahui bahawa pelakon Boy Iman atau nama penuhnya Norul Iman Abd Rahman telah mendapat gelaran 'Dato' dan juga 'Doktor'.

Ada dikalangan mereka mendakwa Boy Iman membeli gelaran 'Dato' daripada kerabat Naning. Bukan itu sahaja, status 'Doktor' turut dipertikaikan.

Akui Boy Iman, adakala tindakannya itu tidak disukai orang.

Klik untuk gambar besar


6 FOTO - SHIDI DATA & ISTERI KINI TUNAI UMRAH, HADIAH DATO' VIDA



"Alhamdulillah syukur... baru saja selesai menziarah makam Rasulullah saw... sayu dan sebak tu masih lagi terasa... sukar untuk saya gambarkan perasaan tu...

"Diharap semoga diberi kesempatan lagi untuk ke sini... dan semoga anda semua diberi rezeki untuk ke sini juga...amin...," kata Shidi Data yang diberi kesempatan untuk menunaikan umrah bersama isterinya, Zaira Ezara.

Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata wajah keriangan penyanyi tersebut apabila berpeluang mengerjakan ibadah umrah bersama isteri tercinta buat kali pertama.

Klik untuk gambar besar


MENANTU CHEF WAN NAFI ABAIKAN NAFKAH, MAHU IA SELESAI SECARA DIAM



Sebelum ini, bapa kepada Serina Redzuawan iaitu Chef Wan telah mengulas secara terbuka mengenai kedudukan rumah tangga anak perempuannya itu menerusi laman Instagram.

Dalam kenyataan Chef Wan itu, beliau berkata keretakan rumah tangga Serina berpunca daripada sifat kedekut menantunya, Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar dalam memberi nafkah dan enggan menerima nasihatnya supaya berubah.

Bukan itu sahaja, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail, turut mendedahkan rumah tangga anak perempuannya dengan suami tidak bahagia dan menyebabkan Serina tuntut cerai.

Klik untuk gambar besar


17 April 2017

SARAT MENGANDUNG - SHARIFAH SAKINAH MASIH TETAP BERLAKON



"Sepatutnya penggambaran dilakukan lebih awal. Tetapi disebabkan Aiman terikat dengan kerja lain termasuk promosi filem 'Kimchi Untuk Awak', penggambaran hanya dapat dilakukan sekarang.

"Sudah seminggu penggambaran bermula... mujur watak saya dalam cerita ini menjadi wanita mengandung," kata pelakon Sharifah Sakinah yang tetap menyempurnakan komitmen menghabiskan penggambaran telefilem, meskipun sedang sarat mengandung dan menunggu detik melahirkan bayi sulung.

Sakinah yang bergandingan dengan pelakon Aiman Hakim Ridza itu memegang watak Munirah seorang wanita hamil dalam telefilem berjudul 'Dengan Beetle Kami Beraya Lagi' terbitan Dark Wave Pictures.

Klik untuk gambar besar


BUAT VIDEO ANNIVERSARY KE-11 - PEMINAT DOAKAN TERBAIK BUAT ADI PUTRA & AIDA



Semua sedia maklum bahawa Adi Putra sudah tiada kaitan dengan kedua-dua isterinya apabila pelakon tersebut mengesahkannya di laman Instagram.

Namun menerusi status baru-baru ini di IG, Adi telah memuatnaik satu video yang dibuatnya sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-11 dengan isteri pertama, Aida Yusof.

Pengikut IG Adi yang melihat video tersebut berasa sebak dan turut mendoakan agar pasangan ini dapat bersatu kembali.

Klik untuk gambar besar