31 May 2017

TAHNIAH - LUFYA OMAR SAH HAMIL 4 BULAN



"Alhamdulillah, usia kehamilan saya kini mencecah empat bulan," demikian kata penyanyi dan pelakon, Lufya Omar mengenai dirinya yang kini berbadan dua setelah tujuh bulan melayari bahtera rumah tangga bersama seorang doktor.

Berita gembira tersebut turut dikongsikan oleh Lufya menerusi laman Instagram semalam.

"Terima kasih di atas ucapan yang dikirimkan di laman Instagram setelah saya mula memuatnaik sekeping gambar memaklumkan hal ini semalam.



10 HARI TERAKHIR RAMADAN - SITI NURHALIZA & SUAMI BAKAL TUNAI UMRAH



Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa bakal menjejakkan kakinya sekali di Tanah Suci pada 10 malam terakhir Ramadan nanti.

Difahamkan, Siti dan suaminya itu bakal mengerjakan ibadah umrah sekaligus menyambut 10 terakhir Ramadan.

Dalam pada itu, sama seperti tahun-tahun terdahulu, Siti mengambil keputusan untuk menghadkan aktiviti seninya sepanjang bulan ini bagi memberi tumpuan terhadap amal ibadah serta kerja-kerja kebajikan.



IMPIAN JADI KENYATAAN - FIZO OMAR & ISTERI BAKAL TIMANG CAHAYA MATA



Alhamdullillah... tahniah kami ucapkan kepada Fizo Omar, 32, dan isterinya, Mawar Abdul Karim, 28, apabila mereka akhirnya dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata setelah hampir empat tahun mendirikan rumah tangga.

Berita gembira itu diumumkan oleh pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat menerusi akaun Facebooknya.



EZLYNN FAILKAN PERMOHONAN CERAI - SUAMI ENGGAN 'LEPASKAN'



Pergolakan rumah tangga penyanyi yang pernah popular dengan lagu 'Hi Hi Bye Bye' iaitu Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 35, ak­hirnya terjawab apabila beliau memfail­kan permohonan ce­­­rai terhadap suami­nya, Adam Fahmy Shamsudin di Mahkamah Ren­dah Syariah.

Bagaimanpun, Adam Fahmy selaku defendan tidak bersetuju dengan perceraian yang difailkan oleh Ezlynn pada Januari lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.



30 May 2017

13 GAMBAR - GELAGAT TERKINI EISSA ELZANDER WONG, ANAK KEDUA YASMIN HANI



Pasti ramai yang ingin melihat perkembangan terkini anak kedua kepada Yasmin Hani dan Shahrin yang kini sudah memasuki usia lima bulan.

Siapa yang tidak geram dengan telatah dan gelagat anak kedua pasangan ini yang diberi nama Eissa Elzander Wong ni.

Untuk makluman anda, Yasmin Hani selamat melahirkan anak keduanya secara pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court pada 27 Disember lalu.



FAIZAL TAHIR MAHU ANAK RASAI SUASANA PUASA & RAYA DI LUAR NEGARA



Pernah merasai bagaimana suasana berpuasa dan beraya di luar negara sewaktu kecil dulu, kini penyanyi Faizal Tahir merancang untuk memberi anak-anaknya pula mempunyai pengalaman tersebut.

"Saya rancang bersama isteri, tahun ini kami sekeluarga hendak menjalani ibadah puasa dan menyambut raya di luar Malaysia. Tapi buat masa ini belum tahu lagi di negara mana. Mekah, mungkin tapi tak pasti lagi.



HAMIL 4 BULAN - ALAHAN TAK HALANG AMYRA ROSLI BERPUASA



Pelakon Amyra Rosli, 26, yang kini sedang hamil empat bulan memberitahu bahawa cubaan pertamanya berpuasa penuh pada Ramadan pertama berjaya, namun disebabkan kerap muntah, dia tidak dapat meneruskannya pada Ramadan kedua.

Meskipun begitu, isteri kepada Amar Baharin ini berkata faktor alahan tersebut tidak menghalang dirinya untuk menunaikan ibadat puasa.

"Alhamdulillah, saya dan bayi dikandung sihat. Doktor galakkan berpuasa malah ada ubat-ubatan yang perlu saya ambil.



29 May 2017

KESAKITAN DI TENGKUK - AARON AZIZ AKUI MASIH RASAI SEHINGGA SEKARANG



"Sekarang masih sakit," demikian kata pelakon Aaron Aziz, 41, mengenai kecederaan sendi tengkuk yang dialaminya sejak empat tahun lalu yang masih belum pulih dan ia terus mengganggu kehidupannya.

Berpunca daripada kemalangan yang menimpa dirinya pada tahun 2013 ketika menjayakan penggambaran Fear Factor Malaysia di Afrika Selatan, sehingga kini Aaron terpaksa menahan sakit akibat daripada peristiwa tersebut.

Selain kerap dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan suntikan, kedatangan Ramadan kali ini terus memaksa Aaron untuk berehat.



DUGAAN RAMADAN - BILA MATA AKIM AHMAD KENA SENGAT PENYENGAT



Vokalis kumpulan Akim & The Majistret iaitu Akim Ahmad yang kini sedang bercuti di kampung halaman isterinya, Ummu Shaikhah Stacy Anam di Penampang, Sabah, telah berkongsi gambar keadaan mata sebelah kanannya yang mengalami bengkak dipercayai disengat penyengat.

Perkongsian keadaan matanya yang dimuatnaik menerusi laman Instagram itu telah mendapat perhatian netizen.



1 RAMADAN LALU - FEDTRI MHI BERDEBAR SAMBUT ANAK KETIGA



"Memang saya sedikit cemas dan bimbang, apatah lagi isteri pernah dua kali keguguran sebelum kami menyambut kelahiran anak ketiga ini.

"Ketika kandungan memasuki minggu ke-32, dia turut mengalami pendarahan dan beberapa kali dimasukkan ke hospital.

"Manakala ketika itu saya sibuk menjalani penggambaran program Ramadan TV3 berjudul Madrasah di beberapa negara seperti Kemboja, Thailand, Indonesia dan China.



28 May 2017

16 GAMBAR - AKSI COMEL AAFIYA, BABY GIRL NUBHAN & ISTERI



Pasti yang ramai yang ingin melihat perkembangan terkini anak pertama Nubhan AF6 dan Afifah Hidayah Tawfek yang bernama Aafiya.

Disini kami kongsikan beberapa aksi comel Aafiya yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.

Jom tengok!



5 GAMBAR - ANAK KETIGA SHUIB & SITI SARAH KENA DEMAM CAMPAK



"Kesian anak didi ni, kena campak pulak.... doakan cepat elok ye campak anak saya ni. Cepat sihat ye anak," demikian kata Shuib Sepahtu mengenai anak ketiganya, Ariq Matin, 1, yang kena demam campak.

Shuib menerusi laman Instagramnya telah berkongsi gambar anak ketiganya yang disapu ubat demam campak.

Kita doakan semoga anak Shuib dan Siti Sarah Raissuddin ini cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.



SAMBUT RAMADHAN TANPA SUAMI: "CUBA TIDAK MENITIS AIR MATA" - NORA ARIFFIN



Kita semua sedia maklum bahawa penyanyi Nora Ariffin telah kehilangan suami tercinta, Johan Nawawi, pada Mac lalu.

Selepas permegian suami tercinta, Nora kerap dilihat meluahkan serta berkongsi perasaannya menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi status terbaru, Nora mengakui bahawa beliau perlu mencari kekuatan meraikan kedatangan Ramadhan yang kali pertama disambut tanpa suami disisi.

Penyanyi lagu 'Sandiwara' dan 'Hanya Satu' itu berkata, dirinya mencuba sedaya upaya untuk tidak menitiskan air mata terutama apabila anak bongsunya, Putri Nur Fatehah, 5, meluahkan kerinduan terhadap arwah papanya.



27 May 2017

DAPAT PELUANG TERIMA ANAK ANGKAT LAGI - AZHARINA AKUI BELUM BERSEDIA



"Alhamdulillah, ia rezeki Allah, ada orang yang tunggu bertahun-tahun untuk terima anak angkat. Tapi saya ramai pula yang bertanya untuk beri anak kepada saya.

"Saya memang terbuka untuk mengambil anak angkat tapi bukan sekarang, saya masih lagi rasa sedih dengan kehilangan Rizqie.

"Begitu juga anak angkat pertama saya Rahmat yang masih bertanya tentang adiknya," kata penyanyi Azharina yang memberitahu bahawa beliau banyak mendapat peluang untuk memperoleh anak angkat baharu.



KENA JANGKITAN DEMAM VIRAL - EZLYNN HARAP DAPAT CEPAT PULIH



Pada pagi Khamis lalu, penyanyi Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 35, telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court selepas mengalami demam panas dan sesak nafas.

Menurut Ezlynn, doktor mengesahkan bahawa dia terkena jangkitan demam viral yang turut membawa kepada penyakit lain seperti asma dan masalah pada buah pinggang.

"Semalam saya minta ahli keluarga datang ke rumah dan bawa saya ke hospital kerana demam panas dua hari, saya juga tidak boleh bangun dan sesak nafas.



11 GAMBAR - WAJAH 'ANAIS ADHA', BABY GIRL SHARIFAH SAKINAH



Alahai comelnya baby girl Sharifah Sakinah dan Aliff Adha yang bernama Anais Adha ni...

Yelah siapa yang tidak geram melihat wajah comel anak pasangan ini yang dimuatnaik menerusi laman Instagram.

Dalam pada itu, Sakinah menerusi IGnya telah meluahkan rasa marah apabila banyak akaun palsu yang dibuatkan atas nama anaknya itu.



26 May 2017

'KAYU PALING POPULAR' VIRAL: "TAK RASA TERKILAN, MALAH GELAK BESAR" - FATTAH AMIN



Pelakon Fattah Amin memberitahu bahawa beliau tidak kecil hati dengan gelaran 'Kayu Paling Popular' yang diterimanya, malah menganggap ia sebagai lucu.

Ini kerana gelaran 'Pelakon Kayu' bagi Fattah bukanlah asing walaupun beliau sudah menang besar di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru baru ini.

"Saya ada cakap kayu pun boleh popular ketika menerima trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru-baru ini.



23 FOTO - SEKITAR MAJLIS AQIQAH, KESYUKURAN & CUKUR JAMBUL 'SYAIKHUL ISLAM'



Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana semalam telah mengadakan majlis aqiqah, kesyukuran dan cukur jambul buat anak mereka, Syaikhul Islam.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu telah dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat pasangan ini.

Untuk rekod, Syamsul bernikah dengan Sarah pada 8 Mac 2014 di Masjid Sri Damansara, Petaling, Selangor. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak sulung lelaki yang dilahirkan pada 19 April lalu



BELUM SEDIA DEDAHKAN - SHAHEIZY SAM AKUI JADI ANGAU SELEPAS DAPAT ANAK



"Alhamdulillah kehidupan saya kini telah berubah kerana sebelum ini cuma berdua bersama isteri namun sekarang ini kami telah bertiga.

"Tidak dinafikan banyak perkara baru yang saya telah pelajari dan perkara itu membuatkan saya menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.

"Saya juga jadi seperti angau selepas mendapat anak ini kerana bila habis waktu kerja saya akan terus pulang awal untuk melihat anak di rumah.



25 May 2017

TIMANG 'BABY 'BOY' - MAULANA AF & ISTERI NAMAKAN 'AQSA MAINAKHA'



"Alhamdulillah, pada jam 5.45 ptg pada 20 Mei 2017, isteri saya selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Aqsa Mainakha.

"Isteri saya bertarung nyawa selama 16 jam 45 minit di Labour Room ditemani saya. Pada jam 5 petang doktor minta saya solat hajat dan doktor cakap kalau jam 6 still bukaan x sampai 9cm mereka terpaksa lakukan proses caesar.

"Pada jam 5.30ptg doktor ambil keputusan untuk lakukan proses vacuum sebab bukaan masih lagi 8cm. Tepat jam 5.45ptg lahirlah seorang khalifah yang beratnya 3.75kg.



MAHKAMAH BENARKAN LHDN TARIK BALIK KES TERHADAP NELYDIA SENROSE



Semalam Mahkamah Majistret telah membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menarik balik kes terhadap pelakon Nelydia Senrose yang didakwa gagal mengemukakan borang cukai pendapatan.

Majistret P. Sarulatha memutuskan perkara itu selepas peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya memaklumkan bahawa pelakon itu atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 23, telahpun membuat pembayaran cukai pendapatan.



ARTIS KAMPUNG? SAYA TAK KISAH - WANY HASRITA



"Saya tidak kisah apapun gelaran yang ingin diberikan," demikian kata Wany Hasrita, 25, yang dilabel oleh segelintir pihak sebagai artis kampung gara-gara penampilan bertudungnya.

Tambah penyanyi itu, dia sedikitpun tidak terkesan dengan gelaran itu malah menasihatkan masyarakat agar lebih terbuka bagi menghakis pemikiran skeptikal seperti itu.



SELAMAT BERSALIN - SHARIFAH SAKINAH KINI BERGELAR IBU



Meskipun telah lewat dua minggu dari tarikh jangkaan, pelakon Sharifah Sakinah, 27, telah selamat melahirkan anak sulungnya secara pembedahan kira-kira jam 9 pagi semalam di sebuah hospital swasta.

Difahamkan, Sakinah dan suaminya, Aliff Adha yang menyambut kelahiran bayi perempuan itu telah memberi nama 'Anais Adha' buat puteri mereka.

Kelahiran anak pertama Sakinah itu dimaklumkan oleh kakaknya, Sharifah Shahira atau mesra dengan panggilan Shiera, menerusi laman Instagram.



24 May 2017

ISU CUKAI DENGAN LHDN - NELYDIA SENROSE ANGGAP SELESAI



"Saya anggap perkara itu sudah selesai dan tak perlu dipanjangkan. Ada salah faham antara saya dan LHDN. Saya mengaku khilaf disebabkan ada perkara yang terlepas pandang.

"Saya patut lihat hal ini dengan lebih mendalam dan teliti," jelas pelakon Nelydia Senrose yang mendakwa sudah menyelesaikan masalah cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kata Nelydia, isu cukai pendapatan berkenaan diselesaikan sekembalinya ke tanah air selepas bercuti baru-baru ini.



NIKAH 7 JULAI DEPAN: "SAYA TAK KISAH STATUS DIA" - ANIS AL IDRUS



Aktres Anis Al-Idrus, 29, dalam satu majlis sidang media pengumuman tarikh perkahwinannya yang berlangsung di De'Laman Event Space, semalam memberitahu bahawa beliau tidak kisah mengenai status duda anak satu bakal suaminya, Aiman Rafzan.

Dalam masa sama, Anis berkata, dia sendiri sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai ibu segera kepada anak lelaki Aiman atau nama sebenarnya Mohd Rafzan Nuhikmal Abdul Halim, 35, yang kini sudah berusia 10 tahun.

"Saya tidak kisah dengan status dia sebagai duda dan sudah mempunyai seorang anak, malah anak dia juga sudah boleh menerima saya sebagai ibu.



SAH HAMIL ANAK PEREMPUAN - AYU RAUDHAH & SUAMI RASA TERUJA & SYUKUR



"Alhamdulillah menerusi imbasan yang dilakukan, doktor sudah beritahu kali ini saya mengandung anak perempuan.

"Zaquan juga sangat teruja kerana dia dah lama mengimpikan anak perempuan," kata pelakon Ayu Raudhah apabila impian serta doa mereka suami isteri untuk mendapat anak perempuan sudah dimakbulkan.

Ayu yang sedang hamil anak ketiga hasil perkahwinan dengan suaminya, Zaquan Adha itu pada masa sama meluahkan rasa teruja serta syukur apabila bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.



23 May 2017

TAHNIAH - AKHIRNYA JAMAL ABDILLAH NIKAH KALI KEEMPAT



"YA, saya sudah bernikah," demikian pengakuan Datuk Jamal Abdillah, 58, mengenai berita tersebut melalui Whatsapp hari ini.

Difahamkan, Jamal melangsungkan pernikahan kira-kira dua bulan lalu dengan gadis berusia 23 tahun berasal dari Kulim, Kedah.



IMPIAN TERMAKBUL - NEELOFA BAKAL BERPUASA & BERAYA DI MEKAH



"Insya-Allah saya akan bertolak ke Mekah pada 8 Jun ini. Selain menunaikan ibadah umrah, saya juga akan merakamkan sebuah program travelog untuk siaran TV.

"Peggambaran ini akan tamat pada 20 Jun dan saya mengambil keputusan untuk terus berada di sana sehinggalah raya kedua.

"Sudah lama saya impikan untuk berpuasa dan menyambut Aidilfitri di sana dan saya bersyukur impian itu dimakbulkan Tuhan," kata pelakon, pengacara dan usahwan Noor Neelofa.



25 FOTO - MAJLIS CUKUR JAMBUL & TAHNIK ANAK ASYRAF KHALID & TYA ARIFIN



Baru-baru ini, anak tiri Dato' Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Arifin telah mengadakan majlis cukur jambul buat anak mereka yang bernama Arif Jiwa.

Majlis yang diadakan secara sederhana oleh mereka ini telah dihadiri ahli keluarga, saudara terdekat & teman rapat pasangan ini.

Untuk makluaman, anak sulung pasangan ini dilahirkan secara normal pada 31 Mac lalu di Hospital Ampang Puteri, Ampang.



UNIC JUARA GGV - BAZLI SIFATKAN KEMENANGAN SEBAGAI REZEKI ANAK



"Perjuangan anak saya dalam melawan sakit kanser menjadi inspirasi. Saya sendiri berazam untuk cemerlang dalam kerjaya saya sebagai penyanyi nasyid dan pada masa yang sama, menjadi seorang bapa terbaik untuk anak.

"Ketika diuji dengan musibah, kita tidak seharusnya rasa kecewa. Tuhan sayangkan kita dan Tuhan memberikan kita ujian. Hidup mesti diteruskan, jangan down.

"Alhamdulillah, saya bersama Fakhrul dan Najdi berjaya menyandang gelaran juara GGV. Ini mungkin rezeki anak saya.



SOAL KAHWIN DENGAN SHAHIR AF - ERRA FAZIRA SERAH PADA ALLAH



Semua sedia maklum mengenai kenyataan bekas juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Shahir Zawawi yang membuat pengakuan bahawa beliau serius berkawan dengan Erra Fazira dan sudah bersedia untuk ke fasa yang seterusnya (berkahwin) dengan wanita tersebut.

Menurut Shahir, beliau tampil memberikan penjelasan kerana bersimpati dengan Erra yang selama ini menjawab pelbagai persoalan serta kontroversi mengenai status hubungan mereka.



22 May 2017

AKUI SERIUS DENGAN ERRA FAZIRA, SHAHIR AF MOHON DOA



"Saya memang serius berkawan dengan Erra. Saya juga bersedia untuk ke peringkat seterusnya. Bila tiba masa yang sesuai dan semuanya sudah pasti, saya tidak akan keberatan untuk berkongsi.

"Saya memohon semua peminat agar mendoakan hubungan kami. Insya-Allah, sampai waktu yang sesuai, akan ada berita baik," kata bekas juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Shahir Zawawi.

Ditanya mengenai pendiriannya yang enggan membuka mulut mengenai kesahihan hubungannya dengan Erra sebelum ini, Shahir berkata dia berasa malu untuk berkongsi kisah peribadi.



ISU SAMAN: "BUKAN CARI GADUH, TAPI TAMATKAN PERSELISIHAN FAHAM" - NORA DANISH



Pelakon Nora Danish yang mengambil tindakan untuk menyaman Fasha Sandha gara-gara statusnya di media sosial yang didakwa mencetuskan salah faham itu telah tampil menjelaskan sebab mengapa beliau menyaman aktres tersebut.

Menurut Nora, apa yang beliau lakukan itu bukanlah untuk mencari gaduh sebaliknya ingin menamatkan setiap perselisihan faham mereka berdua yang tidak berkesudahan selama beberapa tahun.



GGV: UNIC MUNCUL JUARA, BOLOT RM100,000



Syahid... ayah menang!!!

Itulah kata-kata Bazli Hazwan Che Osman apabila kumpulannya UNIC diumumkan sebagai juara Gema Gegar Vaganza (GGV) bagi edisi pertama.

Menewaskan lima bintang lain, UNIC yang mencipta sejarah itu berjaya merangkul wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi sumbangan Astro



21 May 2017

36 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS AQIQAH ESHAAL, ANAK AKIM & STACY



Pasangan penyanyi Akim Ahmad dan Ummu Shaikhah Stacy Anam semalam telah mengadakan majlis aqiqah buat anak mereka, Eshaal yang lahir pada 17 Februari lalu.

Dalam masa sama, pasangan Akademi Fantasia ini juga turut mengadakan majlis bacaan yaasin, tahlil arwah dan doa selamat.

Selain Eshaal, Akim dan Stacy turut mempunyai anak angka bernama Bella De Luna Valentina, yang kini berusia lima tahun



DIGUGURKAN DARIPADA SABITAN KES DADAH - AIDIL AZIZ RASA LEGA & BERSYUKUR



"Alhamdulillah, saya sudah boleh menarik nafas lega dan bersyukur atas keputusan ini. Sekarang saya sudah boleh kembali fokus kepada kerjaya seni dan perniagaan saya memandangkan siasatan pihak berkuasa pun sudah selesai.

"Kebenaran akan terbukti sama ada cepat atau lambat," demikian kata pelakon Aidil Aziz apabila dirinya itu akhirnya disahkan bebas daripada pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 456 gram selepas sembilan bulan.



RENUNGAN, PERNAMPILAN DIPERTIKAI: "CERMIN DOSA SENDIRI DULU" - ISTERI HAFIZ HAMIDUN



Pengasas kepada MERVE Group Holdings Berhad, Joy Revfa Sofia yang tampil sebagai isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun bukanlah mudah buatnya apabila ada saja mata yang perhati.

Biarpun Joy nampak seperti wanita biasa yang lain, ada juga yang tidak senang dengannya, sampaikan gaya senyuman juga dipersoalkan.



20 May 2017

ISU TAMPAR DI DEPAN PM - ZED ZAIDI TELAH AMBIL TINDAKAN 'ON THE SPOT'



"Semua sudah diselesaikan on the spot. Mereka sudah meminta maaf dan memaafkan antara satu sama lain. Semuanya happy ending. Orang yang tidak datang memanglah tidak nampak.

"Semasa kejadian itu saya duduk di belakang dan menenangkan Mat Over dan David Teo. Saya sejukkan hati Mat Over dengan beri dia minum air sirap banyak-banyak, lepas tu saya pergi jumpa David yang ketika itu di tandas dan minta dia bersabar.

"David memang cara dia bercakap begitu, namun orang luar yang tidak rapat dengannya tidak tahu cara dia," demikian kata Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil berhubung isu ini.



JULAI DEPAN - ANIS AL IDRUS AKHIRI ZAMAN SOLO



Pelakon Anis Al-Idrus, 29, yang sebelum ini pernah gagal sebanyak dua kali dalam percintaannya dengan selebriti, akhirnya mengumumkan bakal berkahwin dengan Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim pada Julai depan.

Menurut Anis, perkenalan mereka sejak Januari lalu telah memberi keyakinan kepadanya menerima lamaran dan menjadi suri hati lelaki berusia 35 tahun itu.

Pemilik nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal ini berkata yang mereka sudah mengikat tali pertunangan pada Mac lalu dalam sebuah majlis sederhana.



TAK BOLEH HAMIL LAGI - ELYANA TEKAD MAHU CARI ANAK ANGKAT



Penyanyi Elyana yang sebelum ini mengalami komplikasi semasa mengandung telah menyebabkannya tidak dapat lagi untuk hamil.

Dek kerana itu, Elyana memberitahu yang beliau berhasrat untuk mengambil anak angkat dan jika ada peluang, beliau mahu mencari keluarga susah yang tidak mampu unutk menjaga bayi mereka untuk di ambil sebagai anak angkat.

"Saya nak mengandung tapi tak boleh dah. Saya sekarang nak cari anak angkat, sebab saya dah buang sebelah. Baru-baru ini saya gugur, bayi tersekat dalam tiub. Jadi Doktor buang tahun lepas.



19 May 2017

"PALING BERSALAH MODERATOR, TAK KAWAL KEADAAN DENGAN BAIK" - AFDLIN SHAUKI



Pelawak dan pengarah, Afdlin Shauki menerusi laman Facebook serta Instagram miliknya telah memuatnaik status mempersoalkan tindakan moderator iaitu Datuk Rosyam Nor.

Menurut Afdlin dalam status itu, Rosyam yang memburukkan keadaan dengan kenyataan "dia ni memang kurang ajar" yang merujuk kepada penerbit filem, Datuk David Teo yang ditampar pelakon veteran, Sulaiman Yassin atau Mat Over.

Dalam masa sama, Afdlin menganggap Rosyam gagal untuk mengawal keadaan dengan baik apabila kekecohan tersebut berlaku.



BILA NASSIER WAHAB DAPAT BANGLO SELEPAS GELARAN DATUK



Bagai mendapat durian runtuh!

Demikian kisah penyanyi Nassier Wahab yang mengakui terkejut apabila menerima dua kejutan pada tahun ini iaitu dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk dan dihadiahkan sebuah banglo.

Menurut Nassier, dia dihadiahkan banglo tersebut kerana menjadi duta sebuah syarikat hartanah yang diterajui pelakon dan ahli perniagaan, Boy Iman.



DIMINTA MOHON MAAF SECARA TERBUKA: "SAYA TAK BIADAP" - DAVID TEO



"Kita menggesa David supaya memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia kerana telah bersikap biadab di dalam program Perdana Menteri.

"Permohonan maaf ini perlu dilakukannya dalam tempoh tiga hari," kata Presiden Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara, Mejar (B) Razali Zakaria.

Jelasnya, tindakan penerbit filem, David Teo malam kelmarin jelas tidak menghormati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menganjurkan program untuk penggiat seni di kediamannya.



FOUZIAH GOUS & SUAMI BAKAL TIMANG ANAK KEDUA



Mimpi jadi kenyataan!

Demikian halnya dengan pelakon Fouziah Gous, 35, yang tidak menyangka mimpi suaminya, Zhafran Yusof yang melihat dirinya mengandung rupanya memberi petanda sekaligus berita gembira apabila disahkan doktor bahawa dia betul-betul berbadan dua.

Menurut Fouziah, pada mulanya dia tidak mengambil serius apabila suami bercerita tentang mimpi tersebut. Malah dia sendiri sejak kebelakangan ini ada bermimpi perkara yang pelik-pelik. Namun menganggap perkara itu sekadar mainan tidur.



18 May 2017

33 GAMBAR - AKSI HAFIZ HAMIDUN & ISTERI HONEYMOON DI TAIPEI



Baru-baru ini, pasangan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa Sofia atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin telah terbang ke Taipei bagi menikmati bulan madu mereka.

Untuk info, selain bercuti dan meluangkan masa berdua, mereka sebenarnya turut merakamkan saat-saat manis tersebut untuk sebuah program terbitan Astro berjudul 'Romantika'.

Hafiz yang merupakan finalis Gema Gegar Vaganza (GGV) itu berkahwin dengan Joy pada 1 Mei lalu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.



HUBUNGAN AQASHA & ISTERI BAIK - TAK TERJEJAS DENGAN SPEKULASI & TUDUHAN



Sebelum ini, isteri kepada Aqasha iaitu Baizura telah membuat pendedahan dimana beliau mendakwa seorang pelakon wanita terkenal bermain cinta bersama suaminya.

Baizura memuatnaik perbualan mesra antara pelakon wanita tersebut bersama suaminya itu di laman Instagramnya. Pelakon wanita yang dikaitkan dalam isu ini ialah Rita Rudaini.

Hanya berdiam diri sebelum ini, Aqasha akhirnya tampil membuka mulut dan mengesahkan rumah tangga serta hubungannya dengan isteri berada dalam keadaan baik.



ISU TAMPAR DAVID TEO DI HADAPAN PM: "SAYA TAK MENYESALI TINDAKAN INI" - MAT OVER



"Saya tidak fikir apa yang saya lakukan keterlaluan kerana tindakan saya hanya untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin negara yang dihormati. Perdana Menteri menjadi tuan rumah acara ini.

"Saya tidak menyesali tindakan ini kerana bagi saya kerana Teo tidak menghormati kedudukan Rosyam bersama Perdana Menteri.

"Kita seharusnya sebagai rakyat Malaysia harus bersifat saling menghormati dan beradab," kata pelakon veteran dan pelawak, Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over yang turut menjelaskan bahawa beliau berfikir terlebih dulu sebelum menampar penerbit filem, David Teo.



17 May 2017

AZRINAZ BAKAL JADI KOLUMNIS AKHBAR TEMPATAN



Bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, 37, yang sudah lama menyepikan diri dari dunia penyiaran ini bakal kembali menempatkan namanya dalam bidang kewartawanan sebagai kolumnis akhbar tempatan.

Ini kerana akui Azrinaz, dunia kewartawanan dan penulisan tidak pernah pudar dalam jiwanya.

Biarpun tidak lagi aktif dalam bidang penyiaran, beliau turut meluahkan bahawa kerinduannya untuk beraksi di depan kamera sebagai wartawan tidak pernah luntur.



BIMBANG TAK DAPAT BERI KOMITMEN - ISMAIL IZZANI BELAJAR SECARA 'HOME SCHOOLING'



"Sebelum saya tampil dengan 'Sabar' saya sudah berbincang dengan ibu-bapa tentang pembelajaran saya dan home schooling adalah jalan terbaik," kata penyanyi baharu, Ismail Izza mengenai dirinya yang belajar secara home schooling sejak pertengahan tahun lalu.

Menurut Ismail, rutin hariannya mula padat dengan undangan nyanyian dan pada masa sama perlu memberi tumpuan kepada pelajaran.

Katanya lagi, beliau memilih untuk belajar dari rumah adalah kerana dirinya itu bimbang menimbulkan masalah seperti isu disiplin dan hilang tumpuan ketika belajar.



ABPBH 3.0: "PULANG AWAL ELAK 'DRAMA' " - NEELOFA NAFI KECEWA



Ramai tertanya adakah pelakon dan pengacara, Neelofa yang pulang lebih awal sebelum malam kemuncak ABPBH berakhir Ahad lalu itu sebenarnya kecewa dek kerana gagal mendapat gelaran 'Bintang Paling Popular' yang pernah dimenanginya pada tahun 2016.

Tidak mahu segala spekulasi liar mengenai isu tersebut, pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor memberitahu tindakan beliau untuk meninggalkan majlis tersebut dengan lebih awal kerana ingin mengelakkan 'drama', sekali gus mencetuskan situasi kurang enak pada majlis berkenaan.