30 June 2017

KEHARMONIAN SYAWAL KELUARGA ASHRAF MUSLIM



"Alhamdulillah sekarang saya merasai nikmat hidup berpoligami apabila sabar dalam mendidik kedua-dua isteri.

"Inilah kesannya jika kita buat apa yang Allah suka. Keluarga saya sangat harmoni dan kedua-dua isteri semakin serasi serta saling bertolak ansur.

"Bohonglah jika saya kata tiada masalah. Dalam setiap perkahwinan pasti ada masalah, itulah yang menyerikan lagi kehidupan kita.



AKSI KANG GARY DI PENANG CUIT HATI PEMINAT



Selepas beberapa insiden dan kontroversi mengenai dirinya diperkatakan media massa, bekas ahli program Running Man iaitu Kang Gary membiarkan akaun Instagram kosong tanpa sebarang entri.

Sehinggalah pada tanggal 19 Jun, Kang Gary kembali memuatnaik sekeping gambar berlatar panaroma pantai di Hawaii yang sekaligus pasti menggembirakan hati 3.1 juta pengikutnya.

Terbaru sejak Isnin, figura tersohor ini kini berada Pulau Pinang, Malaysia dalam usaha mempromosikan misi konsert solo pertamanya di Malaysia pada tarikh yang belum dinyatakan selepas pembatalan konsert tersebut yang sepatutnya berlangsung pada 21 Mei lepas.



KAD KAHWIN HITAM PUTIH UMMI NAZEERA TARIK PERHATIAN



Hari bahagia semakin dekat iaitu lebih kurang sebulan lebih, pelakon Ummi Nazeera, 27, sudah mula mengedarkan kad undangan perkahwinannya kepada saudara mara dan rakan terdekatnya.

Ummi dan tunangnya, Dr. Mohd Izzar Anwari bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 3 Ogos depan.

Kad undangan itu juga menjadi perhatian peminat yang memuji reka bentuknya yang cukup istimewa dan eksklusif iaitu dari warna putih dan hitam, selain edisi berwarna emas serta corak bunga mawar dari rona sama.



29 June 2017

SEBULAN LEBIH DI HOSPITAL - BABY GIRL IDZHAM ISMAIL DIBENAR PULANG



Selepas lebih sebulan 'berkampung' di hospital, akhirnya anak perempuan kepada pelakon Idzham Ismail, Nur Inara Sofia yang menghidap komplikasi jantung dibenarkan pulang.

Tiada apa yang dapat diluahkan selain lafaz kesyukuran, Idzham berkata yang anak sulung itu semakin stabil selepas menjalani pembedahan injap utama jantung pada 19 Jun lalu.

"Tiada apa yang boleh saya ucapkan selain kalimah syukur kerana mengikut kata doktor, bayi saya semakin stabil dan tidak perlu membuat rawatan susulan secara kerap.



BAJU RAYA DIKRITIK, JADI TROLL: "MEREKA MEMANG KREATIF" - NORA DANISH



"Kain tu tak seksi pun. Lagi pula kain renda itu tebal dan tidak jarang. Malah kain dalam (lining) pun sampai paras lutut.

"Lain kalau saya bertudung dan dipadankan dengan kain itu, sesuailah kalau tular.

"Saya anggap mereka tak ada kerja," kata pelakon Nora Danish, 35, yang mempertahankan tindakannya memakai pakaian itu meskipun dianggap seksi oleh peminat.



CHEF WAN TEGUR 'PERANGAI' TETAMU BERAYA DI RUMAH ORANG



Bila tiba Hari Raya, pastinya rumah kita menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu. Seronok sekali sekala dapat berjumpa saudara mara dan kawan-kawan lama. Berborak sambil makan kuih raya.

Namun sudah tentu, kehadiran kanak-kanak kecil yang tidak dikawal oleh ibu bapa dan ada sesetengah tetamu yang mempunyai 'perangai' sedikit sebanyak mencacatkan kemeriahan Aidilfitri.

Terbaru, Chef Wan menerusi akaun Instagramnya telah menegur tetamu yang berkunjung serta ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak mereka menjaga adab ketika bertandang ke rumah orang.



28 June 2017

8 FOTO - INARA DIPINDAH KE WAD, IDZHAM ISMAIL & KELUARGA BERAYA DI IJN



"Ya Allah tahun ini Syawal saya dapat kurniaan paling berharga. Allah hold sekejap dan gantikan dengan dugaan sepanjang Ramadhan sebabkan seorang insan bernama Nur Sofea Inara.

"Yeayy dapat raya dengan princess Daddy. Thank you semua yang mendoakan untuk princess.

"Tak tergambar perasaan bila tengok isteri dukung anak. Kami selalu bertanya sesama sendiri "kita dah ada anak kan".



SYAWAL PERTAMA TANPA SYAHID - BAZLI UNIC ANGGAP IA KASIH SAYANG ALLAH



Anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan Che Osman reda meneruskan kehidupan bersama isteri, Asiah Abu Bakar dan seorang lagi anak mereka, Muhammad Affan berusia satu tahun.

Bagi Bazli sambutan Syawal tahun ini membawa seribu satu perubahan dalam keluarganya selepas diuji dengan pemergian anak kesayangan, Muhammad Syahid pada 12 Ramadan lalu akibat kanser limfoma.



ALIF SATAR RANCANG BAWA KELUARGA BERPINDAH KE SABAH



"Sebelum ini saya selalu mengunjungi Sabah kerana atas tuntutan kerja dan sebagainya. Setelah sering kali ke sana, bagi saya Sabah adalah negeri yang menyenangkan untuk saya tinggal dan bawa keluarga saya.

"Tak tahu nak cakap macam mana tapi apa yang boleh saya katakan saya sudah jatuh cinta dengan Sabah. Sekarang saya sudah mempunyai sebuah restoran di sana dan sebab itu juga membuatkan saya mahu menetap di sana.



27 June 2017

8 GAMBAR - AKSI AYU RAUDHAH BERAYA DALAM PANTANG



Pada 12 Jun lalu iaitu pada ramadan ke-17, isteri kepada Zaquan Adha, Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketiga yang diberi nama Laura Zuleykha.

Jadi, di hari lebaran ini, Ayu nampaknya terpaksa telan air liur melihat pelbagai hidangan menyelerakan yang terhidang depan mata. Heh!

"Raya nanti pun orang sibuk makan rendang saya makan sup ikan sahajalah, berpantang, kan," kata Ayu sebelum ini.

Untuk makluman, hari ini merupakan pantang ke-16 bagi Ayu.



9 GAMBAR - KEMERIAHAN RAYA JEP SEPAHTU & SARI YANTI



"Malu malu daun semalu, untung dapat si Pemalu. - I ❤ You @jepsepahtu," ujar Sari Yanti mengenai suaminya, Jep Sepahtu.

Melihat pada gambar dan video yang dimuatnaik pasangan ini, amboii... bukan main meriahnya sambutan Hari Raya Aidilfitri keluarga Jep daan isterinya. Siap ada bunga api lagi. Heh!

"Marathon raya harini ????. Baru ade masa nak up gambo. Selamat hari raya Maaf zahir batin semua.. #Thisisjoho #Family #kampung," kata Jep di IGnya.



RAYA TAHUN INI - CHEF WAN LUAH PERASAAN LAGI DI IG



Masihkah anda ingat lagi tahun lepas (2016) yang menyaksikan Chef Wan mengamuk dan menyuarakan isi hatinya terhadap segelintir perangai ahli keluarganya yang didakwa tidak membantu dalam membuat persiapan raya di kampung.

Ternyata sekali perkara tersebut turut memberi kesan kepada mereka yang terlibat dan pada tahun ini, chef selebriti tersebut turut meluahkan perasaannya di laman Instagram (IG).



26 June 2017

13 GAMBAR - AKSI ARTIS & SELEBRITI SEDONDON BERSAMA KELUARGA



Kami kongsikan beberapa keluarga artis dan selebriti yang masih memilih warna sedondon sempena Syawal tahun ini.

Ketibaan Syawal tahun ini diraikan penuh kesyukuran dan kemeriahan.

Jom tengok gaya artis dan selebriti manakah yang menjadi pilihan anda?

1. Norman Hakim & Memey Suhaiza
Pasangan selebriti ini juga memilih rona hijau sempena sambutan 1 Syawal. Malah, Aidilfitri tahun ini lebih meriah apabila pasangan itu turut meraikan bersama Abby Abadi dan suaminya yang juga memilih warna hijau sebagai warna tema. Sejuk mata memandang!



REZEKI AIDILFITRI - ANAK ELLY MAZLEIN DAPAT DUIT RAYA RM3,000



"Persiapan Sefhia cukup meriah sebab seronok. Raya tahun ini dia sudah besar dan faham. Dia sudah pandai tengok orang main mercun dan bunga api.

"Orang-orang di sekeliling pun rasa kasihan tengok dia yang tak tahu apa-apa," kata penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, 37, yang teruja meraikan hari mulia bersama puteri kesayangan, Putri Sara Sefhia.

Akui tiada yang lebih membahagiakan apabila dapat menyiapkan keperluan anak dalam menyambut Aidilfitri, Elly memberitahu yang beliau menyediakan 10 pasang baju baharu untuk anaknya yang baru berusia setahun.



KEMBALI BERLAKON - SHAMSUL GHAU GHAU MINTA AMPUN MALAM



Pelakon dan pelawak Shamsul Ghau Ghau sudah lama tidak muncul dalam mana-mana drama sejak mula mendalami ilmu Islam pada 2013. Dek kerana itu, ada pihak yang membuat spekulasi beliau sudah meninggalkan industri seni.

Namun, Shamsul atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin, 49, memberitahu pada tahun ini dia baharu diberi peluang untuk kembali aktif dalam dunia lakonan.

"Selepas saya mengambil keputusan untuk mendalami ilmu Islam, saya tidak mempunyai kerja dan hanya fokus kepada kelas-kelas agama sahaja selama lima tahun.



25 June 2017

11 GAMBAR - RAGAM SHUIB SEPAHTU SEKELUARGA BERAYA



Alahai ... bukan main 'berposing' keluarga Shuib Sepahtu & Siti Sarah Raissuddin ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi laman Instagram, pasangan ini telah berkongsi beberapa keping gambar ragam mereka sekeluarga menyambut hari raya pertama.

Untuk makluman, Shuib sebelum ini telah memberitahu bahawa dia disahkan dijangkiti demam campak selepas membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik sebelum hari raya tiba.

Dalam pada itu, ramai pengikut Instagram Shuib berharap agar dirinya itu segera sembuh.



2 TAHUN TAK BERAYA - SALMA MENTOR RINDU JUADAH SABAH



Tahun ini merupakan tahun kedua bekas juara program Mentor musim ke-5, Salma Andi-Asis tidak dapat menyambut Aidilfitri di kampung halamannya di Sabah.

Salma yang tidak dapat pulang berhari raya di Sabah atas sebab-sebab tertentu itu berkata yang beliau merindui suasana Syawal di sana.

"Kalau diikutkan hati memang hendak balik ke Sabah sebab sudah dua tahun tidak pulang berhari raya bersama keluarga.



5 GAMBAR - FIZZ FAIRUZ KONGSI WAJAH TERKINI ANAK KEDUA, AURORA



"Selamat hari raya... hahahahahahah perut sakit.... 😭😭😭😭😭😭😭," demikian kata pelakon Fizz Fairuz mengenai ragam dirinya di pagi raya pertama.

Dalam pada itu, Fizz turut berkongsi wajah terkini anak keduanya, Aurora yang lahir 26 September 2016.

"Pada yang bertanya napa muka baby Aurora berstiker, sabaq na.. nanti masa raya kami tunjuk anak kami," ujar isteri Fizz, Almy Nadia sebelum ini di IGnya.

Melihat pada ruangan komen, ramai yang mengatakan wajah anak kedua pasangan ini lebih mirip ibunya.



24 June 2017

DIDAKWA JADI PENGACAU RUMAH TANGGA NORMAN - ABBY 'BIDAS' HATERS



"Bahagia sangat ke sampai cari salah orang, lepas bercerai saya tak pernah kacau Norman"

Demikian bidas bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi yang meluahkan rasa kesal terhadap komen negatif yang diberikan terhadap hubungan baiknya bersama bekas suaminya, Norman Hakim.

Menurut Abby, dia menganggap dakwaan mengatakan dirinya masih lagi tidak boleh melupakan Norman dan menjadi pengacau rumahtangga pelakon itu sememangnya biadap.



BAZLI UNIC BAWA KELUARGA KUMPUL SEMULA SEMANGAT DI LUAR KOTA



Bagi menenangkan fikiran sempena menyambut Aidilfitri tahun ini, anggota kumpulan UNIC, Bazli Hazwan Che Osman berhasrat membawa keluarganya bercuti dan keluar daripada hiruk-pikuk ibu kota

Bazli berkata, beliau dan isteri juga sudah memilih tema warna coklat untuk digayakan mereka sekeluarga di Hospital Kuala Lumpur (HKL), namun akur dengan suratan takdir anak lelakinya, Muhammad Syahid terlebih dulu pergi menghadap Ilahi.

Adik Syahid berusia 4 tahun meninggal dunia pada 7 Jun lalu selepas bertarung dengan barah Lymphoma sejak Disember 2016.



NAMA 'SYERIV SAMHEIZY' DIPERTIKAIKAN: "KAMI ADA HAK" - SYATILLA MELVIN



"Saya dan suami menganggap perbuatan mereka itu lucu.Kenapa mereka perlu bertelagah pendapat mengenai nama anak kami?

"Sebagai ibu bapa kandung, kami ada hak untuk menamakan anak kami dengan nama apa pun yang kami mahu," kata isteri kepada Shaheizy Sam, Syatilla Melvin mengenai nama anaknya yang dipertikaikan.

Ini kerana sejak nama anak lelakinya, 'Syeriv Samheizy' yang kini berusia 46 hari didedahkan, ramai pihak mempertikaikan nama yang diberikan pasangan ini.



23 June 2017

IKATAN PERTUNANGAN - INDAH AKUI SUDAH PUTUS SEJAK 3 BULAN LALU



Setelah lama mendiamkan diri berhubung ikatan pertunangannya, akhirnya penyanyi Indah Ruhaila, 29, mengakui bahawa beliau sudah putus tunang sejak tiga bulan lalu dengan jejaka yang hanya dikenali sebagai Mr R.

Pengakuan tersebut dibuat Indah menerusi akaun media sosial Instagram miliknya, dengan memuatnaik gambar kenyataan mengenai ikatan pertunangannya yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Dalam kenyataan itu, Indah mendedahkan dirinya dan bekas tunang masing-masing ada melakukan kesilapan sepanjang perhubungan mereka.



TERLIBAT KEMALANGAN - PA ALIFF SYUKRI KINI STABIL



"Dugaan bulan ramdhan.. hidup ini macam roda.. kadang-kadang kala kita happy dan kadang kala kita sedih tanpa disangka...

"Alhamdulilah setelah menanti selepas 11 jam di bilik operasi, Ikbal selamat dan sudah sedar.. Terima kasih Allah..," demikian kata Datuk Aliff Syukri Kamarzaman atau Abang Terlajak Laris mengenai perbantu peribadinya (PA), Muhd Iqbal Sani.

Difahamkan, PA Datuk Aliff yang terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini telah dimasukkan ke Hospital Sunway Medical Centre.



USIK-MENGUSIK DI IG - NETIZEN KAGUM DENGAN KEMESRAAN NORMAN & ABBY



Meskipun sudah tiada lagi ikatan rasmi (suami isteri), Norman Hakim dan Abby Abadi masih mengekalkan hubungan yang baik antara satu sama lain, apatah lagi mereka berkongsi tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka dahulu.

Ini terbukti apabila Norman dan Abby saling berbalas-balas komen mengusik satu sama lain di media sosial, terutama sekali posting yang berkenaan dengan anak-anak mereka.

Baru-baru ini, Norman telah memuatnaik gambar dua anaknya iaitu Mohammad Danish Hakim dan Marissa Damia Hakim.



AKUI TAK CEREWET - FAHRIN AHMAD SERAH PERSIAPAN RAYA PADA ISTERI



Menyerahkan segala persiapan raya pada isterinya, Elena Eleas, pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad tidak kisah mengenai pemilihan tema warna pakaian raya sama ada sedondon ataupun tidak.

"Saya bukanlah seorang lelaki yang cerewet jadi saya tak kisah pun tentang pilihan warna asalkan isteri saya suka.

"Tentang persiapan, saya rasa biarlah isteri yang tentukan kerana dia lebih tahu apa yang terbaik untuk saya dan anak.



BELAJAR MENGAJI DI USIA 30 - "TIADA ISTILAH TERLAMBAT" - MIZZ NINA



"Saya sendiri belajar Alif Ba Ta dan al-Quran pada usia 30 tahun. Saya juga usaha baiki solat.

"Tampung yang mana lompong selain sering diingatkan kepentingan memelihara solat," kata Mizz Nina yang berusaha memperbaiki diri selain bersikap positif demi membentuk keperibadian lebih baik pada masa depan.

Dalam masa sama, isteri kepada Noh Hujan ini juga mengakui, tiada istilah terlambat dalam mengenali Allah SWT seterusnya memulakan kehidupan baru yang lebih bermanfaat.



22 June 2017

11 GAMBAR - SEKITAR UMRAH SITI NURHALIZA & SUAMI



Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa (Datuk K) ketika ini sedang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci pada 10 malam terakhir Ramadan.

Apa yang menariknya, Siti dan suaminya telah bertemu dengan Dr Zakir Naik serta Nabil Ahmad bersama isterinya, Nazirah Ayub ketika di Tanah Suci.



KENA DEMAM CAMPAK - ANAK SYAMSUL & PUTERI SARAH KINI SEMAKIN PULIH



"Alhamdulillah Syaikhul Islam is getting better now 😊. Blisters pun dah kering cuma nak keluar je kuping-kuping tu and ada fever sikit.

"Thank you for all the doa's from all ❤️❤️," kata Puteri Sarah Liyana mengenai anak sulung, Syaikhul Islam yang semakin pulih dari demam campak.

Menerusi entri sebelum ini di laman Instagram, isteri kepada pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof ini memberitahu bahawa anak lelakinya yang kini berusia dua bulan terkena demam campak.



MULA PROSES PANTANG TANPA BABY - RAJA FARAH TABAHKAN DIRI



Kita semua sedia maklum mengenai pelakon Raja Farah Raja Aziz yang mengalami keguguran ketika kandugannya berusia dua bulan.

Menerusi laman Instagram, Raja Farah telah meluahkan rasa sayu setelah mengalami keguguran beberapa hari sebelum menyambut Syawal.

"Bermulalah proses berpantang untuk saya.. tapi kali ni tanpa baby...😔.. Sedih... memang Amat sedih... tapi saya kena tabah.. Allah dah merancang sebaik-baiknya untuk saya....," tulisnya sayu.



21 June 2017

KALI PERTAMA BERAYA SEBAGAI SUAMI - MAT DAN RASA TERUJA



"Sejak memeluk Islam sekitar tujuh tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, saya hanya beraya bersama sahabat handai, manakala persiapan raya pula tidaklah semeriah kali ini.

"Bagaimanapun, bagi menyambut Syawal tahun ini, saya dan isteri sudah menempah empat pasang baju untuk dipakai sepanjang Aidilfitri.

"Saya sendiri tidak sabar untuk menikmati juadah raya seperti lemang dan rendang yang disediakan oleh isteri," kata personaliti televisyen, Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Danial, 28.



ALAMI KEGUGURAN SEBELUM MENJELANG AIDILFITRI - RAJA FARAH REDHA



Tiada rezeki!

Demikian halnya yang terjadi kepada pelakon dan pengacara, Raja Farah Raja Aziz apabila kandungan beliau berusia dua bulan mengalami keguguran hanya beberapa hari sebelum umat Islam menyambut kedatangan 1 Syawal.

Menurut Ibu kepada seorang cahaya mata itu, kejadian berkenaan berlaku selepas waktu berbuka malam semalam, ketika dirinya sedang berniaga di sebuah karnival di Kuala Selangor.



"ITU ANAK ANGKAT SAYA" - HAEL HUSSAINI NAFI SUDAH KAHWIN



"Alhamdulillah, saya anggap Allah beri rezeki terhadap sambutan lagu Jampi bersama satu lagi rezeki lain yang sangat berharga iaitu seorang anak angkat," jelas penyanyi Hael Hussaini apabila peminatnya menyangka dirinya itu sudah pun berkahwin dan bergelar bapa.

Ini kerana sejak kebelakangan ini, penyanyi Hael sering memuatnaik beberapa keping gambar bayi di laman sosial Instagramnya sehingga menimbulkan tanda tanya peminat.

Hael ketika ditemui media pada majlis berbuka bersama peminatnya Ahad lalu, menjelaskan bahawa bayi perempuan tersebut merupakan anak angkat yang diterimanya daripada sebuah keluarga pada bulan lalu.



10 GAMBAR - KEITH FOO & ISTERI DEDAH WAJAH ANAK, SKYLAR RAYMOND-FOO



Pada 30 Mei lalu, pelakon Keith Foo dan isterinya, Kim Raymond telah menimang cahaya mata pertama iaitu seorang bayi perempuan yang diberi nama Skykar Raymond-Foo.

Menerusi muatnaik terkini di laman Instagram, pasangan ini telah mendedahkan wajah anak perempuan mereka itu.



KOMPLIKASI JANTUNG (TGA) - BABY GIRL IDZHAM ISMAIL SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN



"Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT. Operation keatas princess Inara berjaya dilakukan dengan sempurna oleh doctor pakar bedah dari IJN.

"Setelah menunggu 7 jam akhirnya berita gembira dari doctor sampai ke telinga kami berdua.

"Sekali lagi kami ingin berterima kasih yang tak putus-putus doa untuk Princess Nur Sofea Inara," kata pelakon 'Juvana', Idzham Ismail mengenai perkembangan terkini anak sulung, Nur Sofia Inara.

Dalam masa sama, Idhzam telah menjawab segala persoalan peminatnya yang tertanya-tanya mengenai anak perempuan itu.



20 June 2017

6 GAMBAR - 'LAURA ZULEYKHA', NAMA ANAK KETIGA AYU RAUDHAH & ZAQUAN ADHA



Menerusi laman Instagramn milik suami kepada Ayu Raudhah iaitu Zaquan Adha, beliau secara rasmi telah memberitahu nama anak ketiganya yang lahir pada 12 Jun lalu.

Zaquan dan isterinya itu telah berpakat menamakan puteri sulung mereka dengan nama 'Laura Zuleykha'.

Selain Laura, pasangan yang berkahwin pada 21 Januari 2011 itu sebelum ini telah dikuniakan dua cahaya mata lelaki bernama Muhammad Aisy Qaiser, 4, dan Muhammad Aisy Aryann, 3.



MASIH TUNANGAN NADIA - TAUKE HARAP HASRAT KAHWIN TAK TERTANGGUH LAGI



"Ikatan pertunangan kami masih lagi terjalin dengan baik, jadi berita mengatakan kami sudah putus adalah tidak benar," kata pelawak Tauke yang menegaskan ikatan pertunangan bersama wanita pilihannya yang dikenali sebagai Nadia sejak Disember 2015 masih utuh.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria menjelaskan, banyak faktor dalaman menyebabkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga tertangguh, namun beliau tetap berharap dapat mengakhiri zaman dudanya pada tahun ini juga.

"Kalau boleh, semestinya saya ingin semua urusan dipercepat dan dipermudahkan, namun kita hanya mampu merancang.



TANGKAP BIBIK PENCURI - ALIFF SYUKRI TAWAR GANJARAN RM5,000



Salurkan maklumat dan tangkap bibik pencuri dapat ganjaran RM5,000!

Demikian tawaran jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman atau Abang Terlajak Laris kepada sesiapa yang berjaya.

Sebelum ini, Datuk Aliff ada berkongsi tragedi malang orang gajinya mencuri Live di Facebook. Tetapi kerana tidak sampai hati, Aliff tidak melaporkan kejadian itu kepada polis.



MUKA ANAK LUKA, LEBAM - FASHA SANDHA LUAH RASA KECEWA & KESAL



Semalam pelakon Fasha Sandha telah meluahkan rasa kecewa dan kekesalan selepas mendapati wajah anak perempuannya, Puteri Raysha Jemyma, 2, mempunyai kesan luka dan lebam pada bahagian tepi matanya.

Menerusi dua entri terbaru itu di laman Instagram miliknya, Fasha bercerita mengenai kejadian tersebut dan beliau memang sangat kecewa dan tertanya apakah yang berlaku kepada anaknya itu.



19 June 2017

TARIKH NIKAH - REMY ISHAK AKUI BELUM DITETAPKAN



Sekitar bulan Mei lalu, pelakon Remy Ishak telah mengejutkan peminatnya apabila beliau selamat mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, Ezza Yusof.

Iyalah, tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja gambar pertunangan mereka tersebar di media sosial.

Menurut Remy, beliau mempunyai alasan tesendiri untuk tidak mengumumkan perkara tersebut.



6 GAMBAR - SEKITAR 'BACHELORETTE PARTY ' ANIS AL-IDRUS



Bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Aiman Rafzan, 35, pada 7 Julai depan, rakan-rakan kepada pelakon dan pengacara Anis Al-Idrus , 29, telah mengadakan 'Bachelorette Party' buatnya yang berlangsung baru-baru ini.

Anis ketika ditemubual berkata, dia hanya memikirkan kerja dan persiapan kahwin berbanding untuk sambutan hari raya.



ISU DATUK RED 'KANTOI': DIKRITIK 'PADAN MUKA' - ADIRA LUAH RASA TERKILAN



Dek kerana 'screenshot' perbualan antara suaminya, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu bersama seorang gadis di Instagram tersebar di Internet, penyanyi Adira Suhaimi akui dirinya turut terkena tempiasnya.

Menurut Adira, beliau telah dikritik oleh sesetengah netizen yang menyatakan ia adalah karma buatnya yang 'merampas' suami orang.

Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi berkata yang beliau terkilan dengan komen-komen negatif yang diterima.



BERAYA DI THAILAND BERSAMA ISTERI - AWIE HARAP DILIMPAHI KEBERKATAN



"Inilah takdir hidup saya untuk beraya bersama isteri baharu. Semoga Syawal kali ini bakal memberikan kebahagiaan dan detik penuh pengertian untuk kami, saat meneruskan kehidupan yang masih bersisa.

"Tahun ini, saya akan beraya di Siam. Anak pula kemungkinan balik beraya dengan ibu mereka. Saya sendiri sudah lama tidak berjumpa dengan anak daripada perkahwinan kedua saya.

"Cuma abang mereka, Putra Ahmad Merrah, yang tinggal bersama saya," kata penyanyi, Datuk Awie mengenai perancangan yang mahu meraikan Aidilfitri kali ini bersama isteri baharunya, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin di Thailand.



18 June 2017

TAK MAHU BERGADUH - ADIRA BERAYA BERSAMA ANAK DI RANAU



"Sebagai isteri, saya lebih senang meletakkan keputusan itu kepada suami. Ia lebih baik daripada kita mahu bergaduh hingga mengganggu-gugat keharmonian rumah tangga juga hubungan kekeluargaan dengan isteri pertama.

"Bukankah suami itu ketua keluarga, jadi saya percaya apa juga keputusan diambil adalah yang terbaik untuk kedua-dua pihak," kata penyanyi Adira Suhaimi, 25, yang meletakkan keputusan balik raya ini sepenuhnya kepada suami.

Bagi Adira yang berkahwin dengan ahli perniagaan hartanah, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red pada 3 Disember 2015, perkara itu langsung tidak menjadi masalah baginya.



ALMY NADIA TERHARU SUAMI HADIAHKAN KERETA TOYOTA VELLFIRE



Amboiii... sweetnya Fizz Fairuz apabila menghadiahkan isterinya, Almy Nadia sebuah kereta Toyota Vellfire.

Menurut Almy, suaminya itu menghadiahkannya kereta itu sempena ulangtahun kelahirannya yang telah pun berlalu.

Namun, Fizz membuat keputusan untuk memberikan kejutan buat isterinya apabila memberitahu kereta itu miliknya. Rata-rata peminat turut tumpang gembira melihat keluarga bahagia ini.



SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN NAMAKAN ANAK 'SYERIV SAMHEIZY'



"Yeay tak sabar mahu pulang, haa hampa nak tau sangat nama baby boy. Nah itu pergi eja sendiri @syerivsamheizy," tulis isteri Shaheizy Sam, Syatilla Melvin di laman Instagram miliknya.

Nama unik bayi lelaki yang dilahirkan pada 9 Mei lalu itu diumumkan oleh pasangan ini menerusi laman Instagram masing-masing semalam beserta gambar sebuah katil bayi.

Melihat pada Instagram Shaheizy, beliau telah menyatakan perasaan terujanya.



17 June 2017

VIDEO - LAUNGAN AZAN ALIF SATAR CAIRKAN HATI PEMINAT



Penyanyi dan pelakon Alif Satar malam semalam telah mencairkan semua hati peminatnya, dek kemerduan suaranya ketika sedang melaungkan azan di sebuah majlis.

Melihat komen video tersebut yang dikongsikan oleh pelakon Hairul Azreen di laman Instagramnya, ramai pengguna sosial media memuji kelunakan suara serta mengagumi dengan bakat dan kebolehan yang ada pada pengacara tersebut.

Aliff yang berbaju kemeja putih kelihatan sungguh yakin dan lancar seperti sudah biasa melakukannya.



DIKASARI 2 PEMUDA KETIKA MENYAMAR - SHAHROL SHIRO RASA KESAL & KECEWA



"Kami tidak buat apa-apa tetapi mereka datang tiba-tiba dan halau. Saya minta mereka bertenang tetapi rayuan kami tidak diendahkan.

"Mereka berkasar dengan kami, mencekik leher dan menolak saya sehingga terjatuh," demikian kata pelawak Shahrol Shiro mengenai dirinya yang dikasari dua pemuda ketika sedang menyamar sebagai gelandangan.

Menerusi video yang telah tular di media sosial Facebook (FB), sejak kelmarin, Shahrol yang sedang berehat di kawasan berhampiran Dataran Merdeka bersama seorang krew MaxMan TV, telah dihalau dua lelaki tersebut.



ZIZAN BOTAKKAN KEPALA - PEMINAT SAMAKAN MACAM SIVAJI THE BOSS, PITBULL



Pelawak, pelakon dan pengacara Zizan Razak telah selamat berangkat ke Tanah Suci baru-baru ini dan kini sedang menunaikan ibadah Umrah.

Ketika menunaikan ibadah umrah, pelakon filem 'Polis Evo' itu memuatnaik gambar yang menampilkan imej terbarunya yang berkepala botak menerusi laman Instagramnya.



16 June 2017

ISU 'KANTOI MENGORAT' - DATUK RED TAMPIL BERI PERJELASAN



"Itulah, salah seorang staff saya ada tunjukan screenshot pasal cerita tu. Apa yang boleh saya katakan cerita itu memang benar terjadi. Saya percaya, ini mesti kerja-kerja 'nakal' staff saya.

"Buat pengetahuan ada dua orang staff yang memang tahu kata laluan akaun Instagram dan Facebook saya. Biasalah lelaki memang gatal, saya faham, ada masa mereka ni memang nakal sikit.

"Tetapi setelah gadis tersebut berikan gambarnya dan kami rasa ia agak tidak ada apa yang menarik jadi kami pun tidaklah panjangkan cerita dan habiskan di situ sahaja," jawab suami kepada Datin Red dan penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red dengan cukup tenang.



BAYI PEREMPUAN IDZHAM ISMAIL MASIH DI NICU



Semua sedia maklum mengenai kisah Nur Sofia Inara, anak sulung pelakon 'Juvana', Idzham Ismail dan isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin yang dikongsikan pasangan ini menerusi laman Instagram.

Idzahm ketika ditemubual bagi bertanya mengenai perkembangan tekini bayi perempuanya itu berkata sehingga kini Inara masih lagi berada di NICU Hospital Shah Alam sejak dilahirkan 24 Mei lalu.

"Ya, masih lagi di NICU. Insya-ALLAH, akan dibenarkan pulang tidak lama lagi. Harap-harapnya begitulah sebab setakat ini perkembangan bayi Alhamdulillah sangat baik dan positif," ujar Idzham.