31 July 2017

20 GAMBAR - SUASANA MAJLIS RESEPSI SITI SALEHA & SUAMI


Pada malam Sabtu lalu, majlis resepsi pelakon drama '7 Hari Mencintaiku', Siti Saleha, 27, dan pasangan, Ahmad Lutfi Azhar 31, telah berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

Majlis resepsi sebelah pihak perempuan ini dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga, saudara-mara, teman rapat serta rakan-rakan artis.



ISU MAKAN TEPI JALAN - ISTERI ALIFF SYUKRI TAMPIL BERSUARA


"Isu makan tepi jalan pun nak kecoh...bukan buat dosa atau makan makanan x halal... mmg ada restoran halal.. tapi tau tak masa tu kita org dr mana nak kemana?...

"Perjalanan satu tempat ke satu tempat ambik masa 3-4 jam...kami berpindah hotel selalu sbb kita menyusuri tempat2 cantik seluruh negara tu... mmg saya masak sendiri sbb anak saya suka makan nasi...

"So apa masalah korang yg x berhenti nak mengeji... utk pengetahuan korang kat situ x ada org lalu pun waktu kita org makan jadi nak malu sbb apa... saya lagi malu kalau mengutuk org tanpa tahu hal sebenar.....



KEKASIH AFIFAH 'MASIH SETIA' - ALIFF AZIZ & BELLA 'BERDAMAI'


Dibebaskan daripada tahanan kelmarin atas jaminan polis, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mengesahkan yang beliau sudah berdamai dengan isterinya selepas apa yang terjadi selain bersyukur sudah dibebaskan pihak polis.

Dalam masa sama, beliau yang berasal dari Singapura itu memberitahu bahawa isterinya itu sudah memaafkannya.

"Setiap manusia pasti buat salah. Saya dah mulakan hidup baru. Apa orang nak cakap sekalipun, saya terima dan kena hadap.



30 July 2017

27 GAMBAR - SELAMAT NIKAH, NINA AF KINI ISTERI ARKITEK


Tahniah diucapkan kepada bintang program realiti Akademi Fantasia (AF) 2014, Nina Nadira apabila sah menjadi isteri seorang arkitek, Ahmad Farhan Rusman dengan dua kali lafaz semalam.

"Alhamdulillah, selesai sudah majlis nikah. Semoga permulaan kehidupan kami akan diberkati dan dipermudahkan... Insya-Allah," kata Nina.

Pasangan yang masing-masing berusia 25 tahun itu dinikahkan bapa Nina, Naharuddin Nordin, sambil disaksikan kira-kira 100 tetamu dalam satu majlis ringkas di sebuah hotel, kira-kira 11.30 pagi.



PRODUKSI NAFI ADA URUSAN - BELLA ASTILLAH ENGGAN BERPISAH


"Kalau tanya soal hati, memang saya begitu terluka. Namun, saya melahirkan zuriatnya. Saya enggan terlalu dibuai emosi kerana tak mahu anak ini hidup tidak berbapa jika terlalu menurutkan rasa amarah.

"Rumah tangga kami pun masih baru dibina. Saya harap ada jalan penyelesaian terbaik dalam hal ini.

"Selagi boleh dipertahankan, akan saya lakukan," kata isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Bella Astillah yang enggan berpisah demi anaknya, Mohamad Ayden Adrean yang dilahirkan pada 8 Julai lalu.



WANITA BUAT LAPORAN POLIS - IKA NABELLA BAKAL AMBIL TINDAKAN SIVIL


Sebelum ini, pelakon dan penyanyi Ika Nabella, 28, menerusi laman Instagramnya telah berkongsi 'mesej panas' seorang wanita yang cuba menyerangnya dengan mengeluarkan kata-kata kesat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) Isnin lalu.

Bagaimanapun, kenyataan Ika telah dinafikan oleh wanita terbabit yang dikenali Needa Abdullah sekaligus beliau nekad untuk membuat laporan polis terhadap aktres itu.

Needa ketika dihubungi berkata, dia berasa teraniaya apabila Ika mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai insiden berkenaan.



29 July 2017

TAHNIAH - SHEIKH MUSZAPHAR SAMBUT KEMBAR LELAKI DI HARI LAHIRNYA


Dahlah kembar, kongsi tarikh lahir sama pula tu....

Demikian halnya dengan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar apabila mendapat hadiah paling berharga di hari lahirnya yang ke-45 apabila isterinya, Datin Dr. Halina Mohd. Yunos, 35, selamat melahirkan bayi kembar lelaki kelmarin (27 Julai 2017).

Pastinya kelahiran cahaya mata kali ini merupakan saat paling manis buat Sheikh Muszaphar dan isteri kerana pertama kali menyambut kelahiran bayi kembar.



VIDEO - BILA ALIFF AZIZ, ADIK ANZALNA 'MESRA BERPIMPIN TANGAN'


Isu penyanyi dan pelakon yang berasal dari Singapura, Aliff Aziz yang memukul isterinya, Bella Astillah di pusat hiburan kerana setelah isterinya menyerbu lokasi berkenaan masih belum reda.

Malah tambah hangat lagi apabila kini tersebar pula video di laman sosial yang menunjukkan susuk tubuh lelaki, wanita berpegangan tangan dan juga video pendek pertelingkahan yang berlaku.

Menurut komentar dari netizen, ramai yang mendakwa lelaki dan wanita tersebut adalah Aliff dan adik Anzalna Nasir, Afifah Nasir.

Namun ia tidak dapat dipastikan kerana kualiti CCTV yang kurang memberangsangkan.



MAKAN TEPI JALAN DI LUAR NEGARA - ALIFF SYUKRI DITEGUR CHEF WAN


"You pun satu, mana satu restaurant yang kasi orang guna tempat mereka untuk makan dan beli air saja. Depa (mereka) berniaga macam you pasti la need the table for the guests. Why la makan anak beranak tepi jalan mcm tu.

"There so many park where you can find table to eat when u travel all over Switzerland. Saya pun dah berpuluh kali di sana….Aliff..Aliff!. It’s not good image to eat in public macam ni for Malaysia tau.



28 July 2017

17 GAMBAR - SEKALI LAFAZ, SITI SALEHA KINI SAH BERGELAR ISTERI


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon drama '7 Hari Mencintaiku', Siti Saleha, 27, yang telah sah bergelar isteri Ahmad Lutfi Azhar 31, yang merupakan seorang pegawai kerajaan.

Pasangan yang mulai rapat sejak setahun lalu itu selamat dinikahkan oleh bapa artis wanita terbabit, Mohd Baharum Abdul Rahman, di hadapan Imam Masjid Taqwa TTDI Jaya, Ustaz Mohd Fadlullah Md Noor, kira-kira jam 3.40 petang tadi.

Kelihatan tenang ketika majlis berlangsung, Saleha atau nama penuhnya Siti Saleha Mohd Baharum, bagaimanapun menitiskan air mata sebaik saja mereka disahkan sebagai suami isteri.



ALIFF AZIZ DITAHAN CEDERAKAN ISTERI: "APA PATUT KITA BUAT" - ANZALNA


"Helooo sabar ye aunty ni tengah tolong siasat untuk korang. Kalau @afifahnasir93 bersalah maka haruslah bertaubat dan minta maaf. Tapi sekiranya kalau pihak sana bersalah apa patut kita buat.

"Makcik tolong selesai masalah i. Penat dah diorang type tu.... Masing-masing tak sabar nak tau kebenaran.. termasuk la i!

"Hahahhahahahahahaha #jangandengarsebelahpihaksahaja," tulis pelakon Anzalna Nasir di laman Instagram selepas menerima kecaman berhubung isu adiknya, Afifah Nasir yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumahtangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.



KELUARGA MASIH TRAUMA - ACAPPAN AKUI BELUM SEDIA, PERLU MASA


Pelakon dan pelawak Acappan mengakui keluarganya masih trauma dengan kontroversi beliau yang dikatakan memeluk Islam sekaligus menggemparkan industri hiburan tempatan, biarpun sudah setahun berlalu.

Beliau yang berusia 59 tahun itu masih dalam usaha untuk mengembalikan semula keyakinan ahli keluarga terhadap dirinya.

"Saya akui keluarga saya masih lagi trauma dengan peristiwa itu dan saya mengambil masa untuk meyakinkan mereka untuk mempercayai saya.



NAMA ANAK 'ALI' DIKATA 'KUNO' - ISTERI SAHARUL TAMPIL JELASKAN



Kita semua sedia maklum mengenai anak sulung kepada pasangan Saharul Ridzwan dan Qaabila Deena Emir yang diberi nama 'Muhammad Luth Ali'.

Namun begitu, ada netizen yang meninggalkan komen dengan mengatakan nama 'Ali' yang diberikan kepada anak Saharul dan Deena ini adalah 'kuno'.

"@saharulridzwan Ali? hhahaa kuno nye nama, naseb papa hensem," komen netizen itu pada sebuah gambar dua pasangan kasut kepunyaan Saharul dan Ali.



BERANG DENGAN 'MAKCIK' - IKA NABELLA KONGSI 'MESEJ PANAS' DI IG



Pelakon dan penyanyi Ika Nabella, 28, menerusi laman Instagramnya semalam telah berkongsi 'mesej panas' seorang wanita yang cuba menyerangnya dengan mengeluarkan kata-kata kesat.

Menurut Ika, ia berpunca apabila dia dituduh melanggar seorang wanita berusia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) Isnin lalu yang tiba-tiba naik hantu dan hilang pertimbangan apabila memaki hamunnya di khalayak.

"Kami dari Surabaya menaiki penerbangan yang sama. Bila sampai di KLIA 2 kira-kira pukul 2.30 pagi, makcik itu dan seorang lagi rakannya menghalang pengguna eskalator yang ingin berjalan cepat.



27 July 2017

BUANG APENDIKS - DAYANA ROZA KINI MAKIN PULIH



Jika sebelum ini, pelawak dan aktres Jihan Muse menjalani pembedahan membuang apendiks, terkini giliran pelakon Dayana Roza apabila memuatnaik gambar di Instagram dalam keadaan terlantar di katil hospital.

Menerusi perkongsian mengenai keadaan kesihatannya, Dayana atau nama penuhnya Nur Dayana Kamsun Baharin ini berkata, ia pengalaman pertama dia masuk ke bilik pembedahan.



LIYANA JASMAY SAHKAN MULA BERHIJAB SEJAK SEMALAM



Menerusi kemas kini Instagram, pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 29, telah memuatnaik sekeping gambarnya mengenakan hijab.

Dalam masa sama, jurusolek selebriti, Ary Muzamer juga turut memuatnaik sekeping gambar Liyana tampil berhijab dengan kapsyen yang berbunyi 'Semoga terus istiqamah... Amin.'

Enggan perkara tersebut terus menjadi teka teki banyak pihak, empunya badan telah ditanya mengenai perkara ini dan telah mengesahkan bahawa dirinya itu kini mula tampil berhijab.



MAKLUMAT PERIBADI 'TERBONGKAR': "KREATIF SUNTING NAMA" - SAJAT



"Ini bukan kali pertama saya mengalaminya. Sebenarnya mereka ini tak ada kerja dan terlalu ‘kreatif’ hingga sanggup menyunting nama.

"Bagi saya tindakan mereka seperti tak ada kemajuan dalam diri. Biarlah mereka terus berkata, saya malas nak ambil peduli.

"Bagi saya, setiap yang positif saya ambil untuk memotivasikan diri saya dan terus menjadi lebih baik.



26 July 2017

ISU SITI NURHALIZA 'HAMIL LAGI': "DOAKAN AGAR JADI KENYATAAN" - SUAMI



Jika sekitar bulan Disember 2015, penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin telah mengalamai keguguran ketika usia kandungannya 2 bulan, terkini Siti dikhabarkan telah hamil lagi.

Sekiranya benar, impian Siti bersama suami­nya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa (Datuk K) untuk menimang cahaya mata bakal menjadi kenya­taan.



8 GAMBAR - BILA ZAHIDA RAFIK KINI 'BERBADAN SADO'



Sudah lama kita tak dengar cerita pelakon kacukan Melayu dan Pakistan, Zahida Mohamed Rafik yang pernah membintangi lebih daripada enam buah filem antaranya 'Senario', 'Mami Jarum', 'Mami Jarum Jr', 'Anak Mami The Movie' dan 'Kuliah Cinta' ini.

Menerusi laman Instagram, pelakon yang kurang aktif dalam bidang lakonan ini nampaknya lebih banyak meluangkan masa bersama teman-teman dan melakukan aktiviti senaman di Gym.



DI USIA 57 TAHUN - IMUDA TIMANG ANAK KEEMPAT



"Alhamdulillah pada usia begini saya masih berpeluang menimang zuriat. Ini rezeki daripada Allah SWT. Mungkin ada yang bertanya dan mempertikaikan usia saya.

"Bagi saya, tidak salah dapat anak lagi pada usia ini apatah lagi isteri saya masih 30-an," kata pelakon dan pelawak Imuda yang menimang cahaya mata keempat pada usianya 57 tahun.



NORLIA GHANI NAFI DAH TUA 'TAK INGAT TUHAN'



Gara-gara segelintir netizen menasihati Norlia Ghani, 69, agar ke masjid dan mengingati Tuhan dalam usia senja, pelakon veteran itu sebaliknya berkata dia sentiasa bersyukur dengan kehidupannya hari ini dan menafikan semua tomahan yang dilemparkan.

"Alhamdulillah... pada usia sekarang saya masih sihat, kuat. Saya bersyukur banyak-banyak dan soal rezeki juga saya serahkan kepada Tuhan. Pada usia sebegini jangan ingat saya tak fikir ‘di sana’ (kematian) tetapi rezeki, tetap perlu dicari," ujar Norlia dipetik sebagai berkata.



25 July 2017

BUDAK 16 TAHUN HANTAR FOTO LUCAH - FARAHDHIYA BERANG



Penyanyi dan pelakon Farahdhiya tidak dapat menahan amarahnya apabila ada juga remaja bawah umur yang masih lagi bersekolah sudah berani untuk menghantar foto lucah kepadanya menerusi akaun Instagram.

Malah, remaja itu mengulangi perbuatan tidak senonoh itu beberapa kali sehingga Farahdhiya terpaksa menyekat individu sebegitu daripada terus mengganggunya.

Bukan itu sahaja, sebelum ini penyanyi lagu 'Bertakhta Di Hati' ini pernah menerima pelbagai mesej berbaur lucah daripada lelaki berhidung belang menerusi akaun Instagramnya.



ISU TAYANG BADAN DI IG - AEDY ASHRAF MAHU JADI DIRI SENDIRI



Gara-gara tindakannya memuatnaik gambar dan video yang menampakkan susuk tubuh di Instagram, pelakon yang menceburi dunia lakonan sedari usia lapan tahun, Aedy Ashraf telah dikritik sesetengah pihak.

Tidak terkecuali, tindakan pelakon yang bakal muncul menerusi filem 'Blok 404' itu juga turut menjadi pendebatan hebat netizen.

Aedy ditanya mengenai perkara ini berkata yang dia bukan sengaja mahu mencetus kontroversi sebaliknya hanya menjadi diri sendiri.



"ITU IG SAYA, TAK SUKA UNFOLLOW" - FASHA SANDHA



"Itu Instagram saya, jadi terpulang kepada saya untuk menulis apa sahaja yang saya rasa dan kalau ada tidak boleh terima boleh unfollow!

"Pada saya ia tidak menjadi kesalahan untuk meluahkan perasaan kita di laman sosial dan bukannya hanya menunjukkan perkara yang baik sahaja kerana saya juga manusia biasa.

"Ada harinya kehidupan saya penuh dengan kegembiraan dan kebahagian dan sebaliknya," kata pelakon Fasha Sandha yang mengakui lali dengan cakap-cakap negatif tentang dirinya.



TIADA MASALAH DENGAN GADIS BERTUDUNG - UQASHA AKUI KESAL



Semua pasti mengetahui mengenai situasi dimana pelakon Uqasha Senrose berdepan dengan gadis bertudung labuh dalam sebuah video yang dimuatnaik sebelum ia dipadam.

Susulan video yang sedang hangat diperkatakan, Uqasha telah dihubungi bagi bertanya apakah yang telah terjadi sebenarnya.

Bertanya, apa yang menyebabkan pelakon 'Hero Seorang Cinderella' ini memuatnaik video tersebut, Uqasha menjawab dengan sungguh jelas.



"DICIPTA BERSAMA, PINJAM DULU SEBAB MEMEY KECIL LAGI" - ABBY ABADI



Baru-baru ini, pelakon Norman Hakim bersama isteri, Memey Suhaiza telah membuat kejutan buat Abby Abadi sempena ulangtahun perkahwinan bekas isterinya dan suami, Muhammad Faizal Zakaria atau lebih dikenali Jai Ezzany di kediaman mereka.

Menerusi Instagram, Abby telah berkongsikan video dimana Norman hadir bersama isteri sambil membawa sebiji kek dan membuat kejutan itu sekaligus meraikan ulangtahun perkahwinan kali ke-2 mereka.

Apa yang menarik perhatian adalah ucapan Abby buat bekas suaminya.



24 July 2017

BERSELUAR JEANS KOYAK - NORA DANISH DIKECAM



Memuatnaik gambar beliau memakai seluar jeans yang koyak di bahagian lutut serta peha, pelakon Nora Danish telah menerima kecaman daripada netizen.

Rata-ratanya netizen menyatakan bahawa jeans yang dipakai oleh Nora itu kelihatan pelik dan ia agak seksi.



"PAKAI TUDUNG LABUH, TUNJUK PENUMBUK" - UQASHA



Pelakon Uqasha Senrose baru-baru ini telah bekongsi video mengenai situasi dirinya berdepan dengan wanita bertudung labuh. Bagaimanapun, video telah pun dipadam.

Dalam perkongsian video pendek tersebut, Uqasha menyatakan bahawa dia dalam perjalanan untuk balik ke kampungnya di Kelantan dan dalam perjalanan tersebut, Uqasha telah berhenti di sebuah stesen minyak.



36 FOTO - SEKITAR BIRTHDAY KE-3 LARA ALANA & RUMAH TERBUKA SCHAWAL



Semalam pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah mengadakan majlis rumah terbuka serta sambutan hari lahir ke-3 buat anak mereka, Lara Alana.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu dihadiri oleh ahli keluarga, teman rapat dan rakan-rakan artis.

Jom tengok!



JIHAN MUSE MASUK HOSPITAL, BUANG APENDIKS



"Penangan trending #1 terus masuk hospital operate appendix kesiannya akak Jihan Muse... Semoga cepat sembuh ya..." tulis penolong penerbit untuk progran MeleTop, Muhamad Nor Hisyamuddin Sahak mengenai pelawak dan aktres, Jihan Muse.

Baru-baru ini, isteri kepada pelakon Ungku Hariz ini telah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang apendiks.



"GURAU PASAL JAM ROLEX PUN JADI ISU" - ALIFF SYUKRI



Dek kerana memuatnaik video sedang makan ditengah-tengah kawasan lapang di Switzerland sambil menunjukkan jam tangan Rolex yang baru sahaja beliau beli, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menerima kecaman daripada netizen.

Menerusi Instagram, Aliff sempat meluahkan rasa sedih kerana dikritik gara-gara bergurau beliau mempunyai jam tangan mahal berjenama Rolex tempoh hari.

"Kenapalah orang melayu ni suka mengutuk. Saya bergurau saja pasal jam rolex tu pun boleh jadi isu gara-gara makan di lantai cuba tengok balik video tu. Kalau korang tau dan biasa ke oversea tau lah kenapa saya buat macam ni.



23 July 2017

14 GAMBAR - RAGAM & WAJAH TERKINI INARA, ANAK IDZHAM ISMAIL



"Bersyukur sangat sebab Inara dah selesai melakukan pembedahan dan semakin sihat.

"Seawal kelahiran Inara, daddy asyik tengok Inara dari jauh, tak dapat pegang, tak dapat peluk macam orang lain peluk anak dia.

"Pernah daddy tanya "kenapa Inara yang dipilih" hampir jatuh daddy masa tu bila dapat tahu Inara sakit, hampir mengalah daddy bila buntu untuk cari jalan untuk operation Inara.



AKSI 'MANJA' SYAFIQ KYLE & HANNAH DELISHA DIKECAM



Gara-gara babak 'manja' pelakon Syafiq Kyle dengan pelakon Hannah Delisha, drama 'Mencintaimu Mr Photographer' yang sebelum ini mendapat sambutan yang agak baik daripada penonton itu kini bertukar menjadi kecaman netizen

Rata-rata menyifatkan 'Mencintaimu Mr Photoghrapher' adalah sebuah drama yang sanggup mengabaikan nilai sensitiviti masyarakat beragama Islam apabila terdapat adegan yang tidak sepatutnya disiarkan.

Antara yang menjadi perhatian apabila babak Syafiq yang dilihat memeluk sambil menyandarkan kepalanya pada bahagian atas dada Hannah.



LORI LANGGAR LARI - KAMAL ADLI SYUKUR TAK CEDERA PARAH



Minggu lalu, pelakon Kamal Adli telah menjadi mangsa langgar lari apabila motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Kamal bagaimanapun bersyukur apabila beliau tidak mengalami kecederaan parah dalam insiden yang boleh meragut nyawa itu.

"Kejadian berlaku ketika saya pulang daripada bermain bola, sekitar jam 2 pagi di MRR2. Secara tiba-tiba sebuah lori memotong laluan dengan laju tanpa menyalakan lampu amaran terlebih dulu.



22 July 2017

DIBANDING DENGAN SAJAT - EINA AZMAN RASA BENGANG



Siapa yang tidak kenal dengan pelakon putih gebu, Datin Paduka Eina Azman yang sering menjadi perhatian dan mempunyai pengikut yang ramai.

Bukan itu sahaja, malah anak kembar comelnya turut menerima tempias populariti.

Apa yang pasti, ramai wanita cemburu melihat tubuh langsing Eina walaupun sudah mempunyai dua orang anak.



BELUM BERSARA - ZALEHA TERINGIN RAKAM 'SINGLE' BARU



Tahukah anda siapa yang lebih dulu mendominasikan lagu dangdut di Malaysia sebelum datangnya Amelina, Mas Idayu, Sheeda atau Ifa Raziah?

Untuk pengetahuan anda, orang itu ialah Zaleha Hamid yang bukan saja handal dalam genre dangdut, sebaliknya juga lagu berirama Hindustan dan Melayu Deli.

Antara lagunya popularnya adalah 'Jangan Segan Segan', 'Jangan Kau Tangiskan', 'Nasib Janda', 'Sesejuk Airmata Ibu', 'Dangdut Reggae' serta lagu duet termasuk 'Inang Aidilfitri' bersama Allahyarham Datuk Sudirman, 'Sesuci Kasihku Semurni Cintamu' (Aziz Ahmad) dan 'Joget Burung Merpati' (Herman Tino).



7 GAMBAR - WAJAH & GELAGAT ANAK SAHARUL RIDZWAN



Pada 6 Jun lalu, pelakon Saharul Ridzwan dan isterinya, Qaabila Deena Emir telah menimang cahaya mata pertama iaitu seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Luth Ali.

Menerusi muatnaik terkini di laman Instagram, pasangan yang bernikah pada 16 September 2016 itu telah mendedahkan wajah anak sulung mereka itu.



21 July 2017

"YANG KUTUK TU, ADA TAK JAM ROLEX?" - GURAU DATUK ALIFF



Pengasas produk D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman sebelum ini pernah makan bersila di lapangan terbang sehingga ada yang mengkritik tindakan beliau.

Terkini, jutawan kosmetik tersebut sekali lagi berkongsi video perkara yang lebih kurang sama ketika dia bercuti di Switzerland baru-baru ini.

Melihat pada video tersebut, terliur jugalah tengok bekal yang dibawa Datuk Aliff sekeluarga di Switzerland. Katanya, hidangan yang ada di depan mereka adalah air tangan dia dan juga isteri.



DIPERSOAL KAHWIN DENGAN SUFIAN - ELFIRA LOY AKUI TAK FAHAM



"Kenapa perlu lengahkan sesuatu perhubungan apabila kedua-dua pihak berasa selesa dan keluarga pun merestui?

"Saya rasa sudah tiba masanya untuk melanjutkan hubungan ini daripada bercinta lima hingga enam tahun dan apa-apa boleh berlaku ketika itu.

"Saya sudah bersedia dan sepatutnya semua wanita pun perlu berbuat demikian apabila tiba masanya," kata pelakon Elfira Loy, 23, yang tidak faham dengan tindakan segelintir netizen yang mempersoalkan keputusannya memilih penyanyi Sufian Suhaimi, 25, sebagai calon suami.



"KENA JUAL MAHAL SIKIT" - FASHA SANDHA



Kita semua sedia maklum mengenai hubungan rapat pelakon Fasha Sandha, 33, dengan seorang jejaka yang dikenalinya beberapa bulan lalu.

Fasha yang masih merahsiakan identiti jejaka tersebut kini semakin terbuka berbicara soal hati apabila memberi petanda hubungan dengan 'si dia' sudah memasuki fasa rindu.

Akui Fasha, jika sebelum ini mereka hanya mengucapkan selamat pagi dan malam, kini keadaan lebih intim biarpun dirinya tidak memberi balasan apabila 'si dia' mengungkapkan kata rindu.



20 July 2017

3 BULAN 'DIGANTUNG' - AMMAR TITAN BAKAL BUKA KAFE KUCING



"Alhamdulillah, saya semakin matang dan positif selepas apa yang berlaku. Kita tidak boleh pandang ke belakang dan kena teruskan hidup walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran.

"Sepanjang tiga bulan ini saya sibuk nak uruskan proses membuka kafe yang turut mempunyai kucing," jelas Ammar Titan yang kini sibuk menguruskan proses untuk membuka sebuah kafe yang turut mempunyai koleksi kucing.

Selepas tiga bulan digantung tugas gara-gara isu menghina bapa Watson Nyambek, pemilik nama Azizul Ammar Abu Hassan, 30, berhasrat membuka sebuah restoran yang dikenali sebagai kafe kucing.



TAHNIAH - RICH & VELVET TIMANG ANAK KEEMPAT



Pada 16 Julai lalu, pasangan kelahiran Akademi Fantasia musim ke-4 iaitu Richael Lawrence Gimbang, 35, dan Velvet Lawrence Aduk, 30, telah menerima kehadiran 'orang baru' apabila cahaya mata keempat mereka itu selamat dilahirkan.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh vokalis kumpulan Estranged itu menerusi laman Instagramnya baru-baru ini.



RUMAH SEMENTARA 'AZAB' - DATUK ALIFF DIKECAM



"Azab sangat rasanya..."

Demikian kata pengasas produk D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengenai kediaman sementara yang didudukinya sekarang sebelum rumah barunya itu siap dibina.

Dato Aliff menerusi laman Instagramnya telah memuatnaik gambar rumah banglo miliknya yang mempunyai 30 bilik dengan kapsyen yang mengundang kecaman.



19 July 2017

DRAMA 'COFFEE PRINCE': "TAK TAHU ADA PETISYEN BANTAH" - FATTAH AMIN



Baru-baru ini, ada petisyen bantahan yang diwujudkan peminat pelakon Korea Selatan, Gong Yoo di Malaysia terhadap syarikat produksi Cube Film Sdn Bhd bagi mengambil Fattah Amin sebagai watak hero menerusi drama 'remake' Coffee Prince versi Malaysia

Fattah ketika ditanya mengenai hal ini memberitahu bahawa beliau dia tidak mengetahui bahawa dirinya mendapat bantahan dari peminat tegar drama tersebut untuk membawa watak hero.

Jelasnya, beliau hanya mengetahui perkara itu kelmarin selepas pulang menjalani rakaman program TV di Hutan Belum, Perak.



ANAK BACA HAFAZAN QURAN 28 JUZUK - NORMAN HAKIM MEREMANG BULU ROMA



"Saya pernah diminta Danish untuk mengujinya dalam hafazan al-Quran kerana mahu berlatih sebelum menduduki peperiksaan di sekolah.

"Saya hanya baca mana-mana ayat secara rawak di dalam al-Quran tanpa dilihatnya dan dia dengan cekap menyambungnya selepas saya berhenti membaca.

"Meremang bulu roma saat saya lihat dia menghafaz ayat al-Quran itu dengan tepat sekali.



KERINDUAN ISTERI MENDENGAR SUARA MUS MAY TERUBAT



Hampir dua minggu berada dalam keadaan koma, akhirnya vokalis kumpulan May, Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din bersuara.

Perkara tersebut telah mengubat rasa rindu isterinya, Suraya Bahari untuk mendengar suara suaminya selepas sekian lama.

Suraya memberitahu walaupun butiran percakapan Mus masih belum jelas namun dia sangat bersyukur.



RAMBUT PANJANG ANAK DIKRITIK - RITA RUDAINI LUAH RASA BENGANG



Kita semua mengetahui bahawa anak bongsu pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Qaqa Arjuna sememangnya mempunyai rambut yang panjang.

Bagaimanapun, baru-baru ini ada seorang pengguna laman media sosial yang memberi komen mengkritik rambut Arjuna yang panjang itu.

"Kenapa rambut macam pompuan? Kalau boy buat cara boy. Ni dah dididik jadi girl, esok jadi nursajat padan muka," komen individu tersebut.



7 GAMBAR - ENGKU EMRAN BAWA LAUDYA (SYTD) BERAYA DI RUMAH AMY SEARCH



Sebelum ini, bekas suami Erra Fazira, Engku Emran dan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella dilihat bersama-sama di Jakarta, Indonesia.

Terkini, Engku Emran dilihat sempat untuk membawa Bella merasai suasana menyambut lebaran di Malaysia, dengan membawa kekasih hatinya itu beraya di rumah penyanyi rock legenda, Amy Search.

"Tetamu jauh dari seberang. Terima kasih kerana mengunjungi rumah saya. @laudyacynthiabella @iamkumbre 🙏😊 I hope u love the Mee Bandung, the Durian and the Phewiiit Coffee," kata Amy Search.



18 July 2017

HAMIL 8 BULAN - DIANA RAFAR BERHARAP DIKURNIAKAN 'BABY GIRL'



"Sebenarnya, suami kalau boleh tidak mahu tahu jantina anak kami. Dia mahu perkara itu menjadi kejutan buat kami berdua sehingga bersalin.

"Jadi setiap kali menjalani ujian imbasan kehamilan, dia meminta doktor tidak memberitahu jantina anak. Dalam soal ini, kami tidak kisah. Asal saja anak yang bakal lahir sihat dan sempurna.

"Cuma saya berharap kalau dapat anak perempuan mesti seronok. Cukup sepasang anak kami. Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu berharap.



4 GAMBAR - BILA ZILA SEERON TAMPIL DENGAN GAYA TERBARU



Melihat pada Instagram Zila Seeron, bekas isteri Along Cham ini dilihat telah tampil dengan gaya terbaru iaitu rambut ala boycut berwarna biru kehijauan.

Sementara itu, dengarnya Zila pun dah mula bekerja di salon tempat dirinya membuat gaya tersebut menerusi beberapa gambar yang dimuatnaik.

Baguslah tu, nampaknya Zila dah mula membuka lembaran baru selepas melalui episod duka satu masa dulu.