31 January 2017

18 FOTO - ELLY MAZLEIN ADAKAN MAJLIS CUKUR JAMBUL & MAJLIS KESYUKURAN



Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein berasa gembira dapat merealisasikan majlis cukur jambul serta majlis kesyukuran buat anak perempuannya, Putri Zara Sefhia, 11 bulan, di kediamannya di Cyberjaya. Ini merupakan majlis pertama Sefhia sejak dilahirkan pada 9 Mac tahun lalu.

Sejak akhir tahun lepas, kisahnya marak dibakar sensasi dek perang yang bagaikan tiada berkesudahan dengan bekas suami, Azmi Mohd. Hatta. Hujung minggu lalu pula nama Elly Mazlein kembali panas dengan sebuah cerita baharu.

Menerusi ruangan pojok sebuah akhbar mingguan, namanya tiba-tiba 'dipetik' sebagai sedang menjalin cinta dengan seorang jejaka yang tidak pula dinyatakan sebarang identiti.

Klik gambar untuk besar


"SAYA BUKAN KANSER USUS TAPI KANSER PERITONEAL" - WAFA ABDUL KADIR



Menerusi laporan Berita Harian kelmarin, pelakon popular 90-an Wafa Abdul Kadir, 51, dikhabarkan tidak sihat selepas tersebar berita di laman sosial mengenai dirinya yang menjalani rawatan barah usus, dikatakan makin stabil.

Bagaimanapun melalui laporan baru, Wafa menegaskan khabar angin mengenai keadaannya yang kritikal sehingga ditempatkan di Unit Rawatan rapi (ICU) akibat kanser usus adalah tidak benar.

Wafa berkata, khabar angin itu memberi impak dan kegelisahan buat keluarga serta teman rapatnya berikutan beliau bukan didiagnos barah usus, sebaliknya menghidap kanser peritoneal.

Klik untuk gambar besar


30 January 2017

ANAK KEDUA SELAMAT DILAHIRKAN - LOQUE NAMAKAN 'SEROJA DEWI HARAPAN'



"Saya anggap Seroja anak yang memberi harapan kepada ibu bapa. Ini kerana sejak dalam kandungan lagi, dua kali doktor mengesahkan anak ini sudah tidak bernyawa.

"Sebelum menjalani proses mencuci rahim, doktor mengimbas sekali lagi perut isteri. Tidak disangka-sangka, dia bernyawa. Kuasa Allah semuanya... kami bersyukur," kata penyanyi dan komposer, Loque yang telah menimang cahaya mata keduanya pada 21 Januari lalu.

Klik untuk gambar besar


KANSER USUS: WAFA ABDUL KADIR MAKIN STABIL, SEDANG BEREHAT DI RUMAH



Pelakon popular era 1990-an, Wafa Abdul Kadir, 51, dikatakan makin stabil setelah dikhabarkan tidak sihat selepas tersebar berita di laman sosial mengenai dirinya yang menjalani rawatan barah usus.

Menerusi laporan Berita Harian, sumber memberitahu bahawa keadaan Wafa sudah stabil dan sedang berehat di rumah.

"Minta maaf sangat, dia perlu berehat dulu. Biar dia sendiri yang beritahu (mengenai penyakit yang dihidapi). "Akan tetapi untuk makluman semua, keadaannya sudah stabil. Wafa sedang berehat di rumah.

Klik untuk gambar besar


KONGSI FOTO MESRA - PEMINAT DOAKAN TERBAIK BUAT HANEZ SURAYA & SUAMI



Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita dimana pelakon Hanez Suraya dikatakan bakal bercerai dengan suaminya, Romie Razin Adilha selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Aleesya.

Pelbagai persoalan yang bermain di minda orang ramai kerana Hanez sudah memfailkan tuntutan permohonan fasakh. Namun, menerusi satu kenyataan di akaun Instagramnya, Hanez memberitahu beliau masih bahagia bersama suami dan rumah tangga mereka masih kekal.

Klik untuk gambar besar


29 January 2017

7 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS AQIQAH ANAK HAZIQ AF4



Pada 21 Januari lalu, bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-4, Haziq Rosebi dan isterinya Maisarah Mohd Sidki telah mengadakan majlis aqiqah buat anak lelaki mereka bernama Yusuf Zidane.

"Syurga mama & abah.. Love u so much Yusuf Zidane," kata Haziq di laman Instagramnya.

Untuk makluman, anak sulung pasangan ini dilahirkan secara pembedahan pada 12 September tahun lalu di Hospital Putrajaya.

Klik untuk gambar besar


5 FOTO - SERI IBU MENGANDUNG, MILA JIRIN KINI SEMAKIN COMEL



Sejak berita Mila Jirin disahkan hamil semula setelah keguguran pada bulan puasa tahun lalu, banyak respon positif malah rata-rata mendoakan agar kandungan bekas juara Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5) ini dikurniakan kesihatan dari Maha Esa.

Difahamkan, kandungan Mila kini memasuki 5 bulan dan dijangka melahirkan bayi pertama mereka tidak lama lagi.

Kami mendoakan kebahagiaan pasangan ini bertambah dan semoga segala proses bersalin nanti dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar


28 January 2017

KEITH FOO BAKAL BERGELAR AYAH



Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Keith Foo yang bakal bergelar ayah apabila isterinya, Raymond Kim kini sedang hamil tiga bulan anak sulung mereka.

Bicara tentang kehamilan isterinya, akui Keith ia merupakan berita yang paling menggembirakan sejak berkahwin dua tahun lalu.

Sungguhpun begitu, terdapat perubahan ketara yang berlaku terhadap anak bongsu daripada empat beradik itu, antaranya dia kini menjadi penggemar coklat.

Klik untuk gambar besar


PENERBIT NAFI 'LEBIHKAN' DAYANG NURFAIZAH DI FINAL AJL31



Semua mengetahui bahawa lagu "Lelaki Teragung' nyanyian Dayang Nurfaizah telah diangkat sebagai juara pada pentas akhir Anugerah Juara Lagu yang ke-31 (AJL31).

Namun, ada satu dakwaan mengatakan pihak penerbitan melebihkan persembahan penyanyi tersebut sehingga berjaya dinobatkan sebagai Juara Lagu.

Bagaimanapun, penerbit AJL31, Zamzuri Zaini menafikan tuduhan yang dilemparkan individu tertentu. Ini kerana kata Zamzuri atau lebih dikenali sebagai Ayau, pihaknya tidak pernah bersikap pilih kasih dalam persembahan setiap finalis.

Klik untuk gambar besar


27 January 2017

'I LOVE U' - UCAP SARI YANTI PADA JEP SEPAHTU



Jika sebelum ini Jep Sepahtu dan Sari Yanti selalu berselindung mengenai hubungan mereka meskipun 'sudah terang lagi bersuluh', namun terkini Sari sendiri nampaknya sudah tidak tertahan perasaannya terhadap Jep.

Melalui IG, Sari dilihat tanpa berselindung telah menulis ayat I Love You (Saya Cintakan Awak) menerusi ruangan komen ketika Jep sedang melakukan siaran langsung semalam.



Selain mengungkapkan kata cinta, akaun IG Sari itu dilihat telah menurunkan komen lain seperti Handsomenya (Kacaknya) di paparan skrin komen IG Live Jep.

Cayalah Sari..!



         ________________________





9 GAMBAR - AKSI AINAN TASNEEM & SUAMI DI BALI, INDONESIA



Penyanyi yang popular menerusi lagu 'Aku Suka Dia', Ainan Tasneem bersama suaminya, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi baru-baru ini telah terbang ke Bali, Indonesia bagi menikmati percutian disana.

"Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage," kata Ainan di laman Instagramnya.

Untuk makluman, Ainan berkahwin dengan jurutera pada 6 januari lalu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Klik untuk gambar besar


PELAKON VETERAN ANJANG AKI MASUK HOSPITAL, DIPANTAU DOKTOR



"Selama 12 tahun berkahwin dengannya, inilah kali pertama beliau masuk hospital. Saya harap keadaannya akan beransur pulih seperti sediakala," kata Datin Nazariah Abu Bakar, 62, mengenai suaminya, pelakon veteran Datuk Baharuddin Omar atau Anjang Aki, 81.

Difahamkan, keadaan Anjang Aki kini stabil dan beliau berada dalam pemantauan doktor di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju sejak dimasukkan Selasa lalu.

Kata Datin Nazariah, mereka masih menunggu keputusan lanjut daripada doktor untuk mengetahui punca sebenar penyakit suaminya itu.

Klik untuk gambar besar


'SURGA YANG TAK DIRINDUKAN' KEMBALI GEGAR PAWAGAM



Meskipun di sini tidak ramai yang tahu mengenai filem Indonesia terhebat 2015 iaitu Surga Yang Tak Dirindukan (SYTD) lakonan Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella dan Reline Shah yang pernah meraih 2 juta penonton dan menjadi filem terlaris di negara jiran itu, namun kehangatannya kini bakal melanda negara ini.

Ini kerana, filem yang mengisahkan kontroversi mengenai poligami itu bakal kembali dengan kisah yang lebih menarik melalui Surga Yang Tak Dirindui 2. Ia bakal ditayangkan pada 9 Februari depan di Indonesia dan 16 Februari di Malaysia.



26 January 2017

SAHARUL RIDZWAN NAFI KURUS KERANA SIHIR



Pelakon Saharul Ridzwan yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi menafikan khabar angin bahawa dirinya itu kurus kerana terkena buatan orang.

"Tak adalah benda-benda macam itu minta dijauhkan, kadang-kadang bila selalu sangat bercakap itu akan jadi satu doa. Jadi bagi saya apa yang terjadi adalah dugaan Allah dan maknanya kita perlu dekatkan diri pada Allah.

"Saya ada diet sikit dari 85kg ke 77kg dan sebab kurang rehat," jelas Saharul ketika ditemui media pada majlis sidang media Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017 petang kelmarin.

Klik untuk gambar besar


HANEZ SURAYA: "KAMI BAHAGIA BERSAMA, RUMAH TANGGA MASIH KEKAL"



Sebelum ini, rumah tangga pelakon Hanez Suraya dikatakan sedang bergolak sehingga ada sumber mendakwa beliau menfailkan penceraian terhadap suaminya, Romie Razin Adilha di mahkamah.

Malah satu senarai pasangan suami isteri yang bermasalah di Mahkamah Syariah Shah Alam yang turut terselit nama pasangan ini telah tersebar.

Enggan membenarkan peminat berteka-teki lagi, Hanez Suraya tampil memberikan penjelasan tentang status rumahtanggannya menerusi laman instagramnya.

Klik untuk gambar besar


AL-FATIHAH - PELAKON S ROSLEY KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah kami ucapkan buat keluarga seniman filem Melayu era 1960-an, S Rosley, 74, yang telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 1.40 pagi semalam, akibat serangan jantung.

Memetik kenyataan anaknya, pelakon dan penyanyi Fido Ahdross, 34, Allahyarham dikatakan rebah di bawah kolong blok kediamannya sebelum meninggal dunia di Hospital Besar Changi.

Beliau juga dilaporkan pernah menjalani pembedahan pintasan beberapa tahun lalu. Selain itu, Allahyarham terpaksa menggunakan alat perentak jantung sekitar tiga bulan lalu disebabkan jantungnya yang lemah dan tidak berdegup secara konsisten.

Klik untuk gambar besar


25 January 2017

PENIAGA KOPIAH DAKWA DIAIBKAN - DATO' ALIFF SYUKRI MOHON MAAF



Siapa yang menonton rancangan 'Oh Abang Kosmetik' episod 3 pasti mengetahui mengenai seorang peniaga kopiah yang bersikap agak 'biadap' terhadap pengasas D'Herbs, Dato Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris yang menyamar sebagai seorang pengemis.

Memang sekali tengok dari jauh nampak agak sedih juga Dato Aliff diperlakukan sebegitu oleh peniaga kopiah tersebut, sehinggakan video mengenai kisah itu menjadi viral di laman sosial.

Dek kerana tidak mahu terus dihentam dan dipandang negatif, peniaga kopiah tersebut telah tampil menjelaskan situasi sebenarnya yang berlaku menerusi akaun Facebooknya yang bernama Jebat Derhaka.

Klik untuk gambar besar


RUNNING MAN DITERUSKAN, PEMBATALAN DITARIK BALIK



Peminat rancangan variasi popular Korea, Running Man tidak perlu bersedih lagi apabila program itu tidak jadi ditamatkan, sebaliknya produksi meneruskan penggambaran musim baharu dengan mengekalkan enam anggota asal.

Selain mengesahkan pembatalan program popular itu ditarik balik, stesen penyiaran itu dalam satu kenyataan memberitahu musim terbaharu akan disambung semula dengan menampilkan beberapa wajah baharu bagi menggantikan tiga selebriti yang meninggalkan siri itu sebelum ini.

Klik untuk gambar besar


SERINA REDZUAWAN KE MAHKAMAH SYARIAH UNTUK PROSES CERAI?



Kisah rumah tangga anak kepada Chef Wan, Serina Redzuawan telah kedengaran sejak pertengahan tahun lalu lagi dan kini kembali hangat diperkatakan lagi.

Terbaru, Serina atau lebih dikenali dengan gelaran Serina Chef Wan menjelaskan bahawa dia sudah pun pergi ke mahkamah syariah.

"Ooo…hal tu (pergi mahkamah syariah). Ya. Masih dalam rundingan. Nanti dah tiba waktu saya umumkan. Belum tahu lagi. Doakan yang terbaik," jelas Serina dalam menjawab soalan kepada Media Hiburan melalui Whatsapp.

Klik untuk gambar besar


24 January 2017

HANEZ SURAYA SAH FAILKAN PERMOHONAN TUNTUT FASAKH



Sebelum ini, tiada pengesahan daripada pihak Hanez Suraya dan suaminya, Romie Razin Adilha Abd Rais, 37, mengenai gosip yang mengatakan mereka bakal bercerai.

Terkini menerusi laporan Berita Harian dan Utusan, pelakon tersebut menfailkan permohonan tuntutan fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah semalam. Bagaimanapun, Hanez dikatakan tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguamnya.

Perkara itu disahkan oleh seorang kakitangan mahkamah yang enggan dikenali dan tidak mahu mendedahkan maklumat lanjut mengenai kes tersebut.

Klik untuk gambar besar


GARA-GARA PUKUL CURI, MEKAP ARTIS KOYAK DI KEPALA



Akibat dipukul curi, seorang mekap artis yang dikenali dengan nama Eva Shahrul, menerima 10 jahitan apabila mendakwa dipukul dengan objek keras dibahagian belakang kepalanya.

Tambahnya, dia dipukul di kepala oleh seorang krew ketika sedang menjalani penggambaran milik sebuah syarikat produksi terkenal hanya disebabkan salah faham.



23 January 2017

RUMAH TANGGA HANEZ SURAYA BAKAL TEMUI NOKTAH?



Tiada hujan tiada ribut, tiba-tiba timbul berita yang mengatakan rumah tangga pelakon Hanez Suraya dan suaminya, Romie Razin Adilha bakal menemui noktah.

Ini kerana melalui satu perkongsian gambar di forum CARI, nama Hanez Suraya didakwa tersenarai dalam kes Mal yang terdapat di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

Klik untuk gambar besar


DRAMA '7 HARI MENCINTAIKU' BAWA TUAH BUAT DAYANG NURFAIZAH



Kegilaan penonton terhadap drama bersiri, '7 Hari Mencintaiku' yang telah mencipta sejarah tersendiri apabila ia ditonton lebih 12 juta penonton ternyata memberi impak besar buat semua termasuk pelakon serta penyanyi lagu tema ini.

Malam semalam, lagu tema drama tersebut bertajuk 'Lelaki Teragung' nyanyian Dayang Nurfaizah, komposer Natasyah dan penulis liriknya oleh Iman Imran telah dinobat sebagai juara Anugerah Lagu yang ke-31 (AJL31) di pentas akhir sekali gus menewaskan 11 lagu lain yang bersaing.

Kemenangan tersebut melayakkan Dayang Nurfaizah membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000, trofi AJL31 serta baucar produk Cj Wow Shop dan telefon pintar Samsung Galaxy A dari Samsung.

Klik untuk gambar besar


12 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS RESEPSI AWIE & ISTERI DI IBU KOTA



Majlis resepsi kedua vokalis kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Datuk Ahmad Azhar Othman dan isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin telah berlangsung semalam di Tadom Hill Resorts.

Majlis yang diadakan secara tertutup dan kecil-kecilan itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman-teman rapat.


Klik untuk gambar besar


BERIMEJ BARU - AWEERA MASIH BERJIWA 'ROCK'



Semua mengetahui bahawa Aweera sebelum ini sinonim dengan imej rambut panjang dan kerinting, terkini beliau tampil dengan imej baru iaitu berambut pendek.

Aweera atau nama penuhnya Nasharul Aweera Noriyissham, 26, yang telah sekian lama berambut panjang dan kerinting itu menjelaskan tindakannya memotong rambut pendek baru-baru ini bukan bererti dia tidak lagi berjiwa 'rock'.

Beliau sebaliknya berkata, keputusannya itu dibuat kerana ingin melakukan pembaharuan dari segi imej memandangkan sudah terlalu lama menyimpan rambut panjang sebelum ini.

Klik untuk gambar besar


ANUAR ZAIN 'JADI BISU' TIGA MINGGU



Penyanyi Anuar Zain, 47, sebelum ini dilaporkan kehilangan suara hingga terpaksa membatalkan konsert 'Anuar Zain & You - By The Lake' di Panggung Anniversari yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu lalu.

Difahamkan, Anuar yang masih belum pulih sehingga hari ini tidak dibenarkan oleh doktor untuk bercakap sekurang-kurang bagi tempoh tiga minggu untuk mengembalikan semula suaranya.

Pengurusnya, Nana Ahmad berkata, Anuar mula mengadu mengalami masalah suara sejak pagi Jumaat lalu ketika sesi temu-bual di stesen radio.

Klik untuk gambar besar


22 January 2017

10 GAMBAR - RAGAM TERKINI ANAK ZARINA ANJOULIE



Pasti ramai yang ingin melihat gambar serta ragam terkini anak lelaki kepada pelakon Zarina Anjoulie yang bernama Gabriel Martin Ezra ni.

Melihat gambar yang dikongsikan di Instagram, siapa yang tidak geram dengan telatah dan gelagat anak Zarina yang semakin membesar.

Untuk makluman anda, Zarina selamat melahirkan anak sulungnya itu pada 19 Ogos tahun lalu di sebuah hospital di Brunei.

Klik untuk gambar besar


18 GAMBAR - MAJLIS RESEPSI AINAN TASNEEN & PASANGAN DI PAHANG



Majlis resepsi kedua penyanyi yang popular menerusi lagu 'Aku Suka Dia', Ainan Tasneen dan pasangannya, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi telah berlangsung semalam.

Majlis tersebut yang diadakan di Felda Lepar Utara 3, Jerantut Pahang itu dihadiri ahli keluarga, sanak-saudara dan teman rapat pasangan ini.

Jom tengok!

Klik untuk gambar besar


21 January 2017

8 GAMBAR - AZWAN KOMBOS & ISTERI DI TANAH SUCI



Pelakon Ezzaty Abdullah dalam kenyataannya sebelum ini mengatakan yang dia dan suaminya, Azwan Kombos merancang menunaikan umrah sekaligus ingin menyambung bulan madu. Akhirnya, hasrat pasangan ini tercapai apabila mereka kini berada di Tanah Suci.

"Saya sudah membuat keputusan untuk menunaikan umrah sebelum berkahwin lagi. Malah kami mahu berbulan madu di sana. Bila sudah berbincang, bulan Januari adalah paling sesuai sebab cuaca pun tak panas sangat dan tak ramai orang," ujar Ezzaty sebelum ini.

Alhamdulillah... semoga mereka mendapat umrah yang mabrur dan selamat kembali ke tanah air.

Klik untuk gambar besar


KEHILANGAN SUARA - ANUAR ZAIN BATAL KONSERT DISAAT AKHIR



"Saya memohon maaf kepada semua pihak yang terbabit di atas situasi yang tidak dapat diduga ini. Ia satu keputusan yang amat sukar dilakukan.

"Diharap anda semua dapat mendoakan kesihatan saya," demikian kata penyanyi Anuar Zain yang terpaksa membatalkan persembahannya pada 'Konsert Yonder Music Live Series By The Lake - Anuar Zain & You' yang dijadualkan berlangsung malam ini di Panggung Anniversari, Taman Tasik di Perdana.

Klik untuk gambar besar


20 January 2017

HUJUNG MINGGU INI - AWIE ADAKAN MAJLIS RESEPSI DI IBU KOTA



Vokalis kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Datuk Ahmad Azhar Othman dan isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin bakal bersanding buat kali kedua dalam satu majlis resepsi yang akan diadakan pada hujung minggu ini di sebuah pusat peranginan di pinggir ibu kota.

Awie bagaimanapun memberitahu, majlis tersebut merupakan sebuah acara tertutup dan hanya akan dihadiri oleh keluarga dan teman-teman rapat.


Klik untuk gambar besar


BERDEPAN 4 PENYAKIT - IFA RAZIAH PERLU JALANI PEMBEDAHAN



Petang semalam, artis serba boleh, Ifa Raziah atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 40, telah dimasukkan dan terpaksa ditahan di hospital selepas mengalami sakit perut berterusan.

Ifa ketika dihubungi berkata, selepas melalui beberapa ujian, doktor memberitahu beliau berdepan empat jenis penyakit iaitu bengkak hati, refluks gastroesofageal, hiatus hernia dan fibroid.

"Saya mula mengalami sakit perut yang teruk sejak pulang dari Jakarta, Indonesia, baru-baru ini dan makan pun tidak menentu. Saya memang tidak menyangka sakitnya melarat.

Klik untuk gambar besar


AL-FATIHAH - BAPA MENTUA FAHRIN AHMAD KEMBALI KE RAHMATULLAH



Fahrin Ahmad menerusi laman Instagram memaklumkan bahawa bapa mentuanya, Haji Eleas Hashim telah kembali ke rahmatullah kelmarin. Namun, punca kematian tidak dinyatakan.

Dalam keadaan sedih, Fahrin di Instagram miliknya, turut meluahkan rasa isi hati mengenai arwah yang sempat menghabiskan masa bersama cucunda, Khalifa Fahrel.

"Al Fatihah.. Ayahnda mertuaku.. Haji Eleas Bin Hashim, doaku bersamamu dan semoga roh mu dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang beriman..

Klik untuk gambar besar


19 January 2017

BERI KEJUTAN - GARY KEMBALI DI RUNNING MAN DALAM EPISOD ISTIMEWA



Setelah meninggalkan rancangan variasi popular Korea, Running Man pada episod 324 dan kemudiannya menjadi tetamu di dalam episod 325, Kang Gary bakal membuat pernampilan pertamanya dalam satu episod istimewa yang akan ditayangkan pada 29 Januari ini.

Perkara tersebut didedahkan oleh orang di belakang tabir program ini.

Penampilan Gary ini adalah satu kejutan kepada ahli-ahli Running Man yang lain kerana mereka semua tidak dimaklumkan tentang kehadiran Gary dalam episod tersebut.

Klik untuk gambar besar


ZACK TAIPAN TAK MAMPU LAGI BEKERJA - ISTERI MOHON DOA



Isteri kepada pelakon Zack Taipan, Siti Ajar Amaran, 48, memaklumkan bahawa suaminya yang masih dalam pemulihan akibat serangan angin ahmar itu tidak mampu lagi bekerja dan berharap dapat menyewa rumah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Zack atau nama sebenarnya, Zulkifli Isa, 53, pernah dimasukkan ke hospital Ampang pada Februari tahun lalu untuk menerima rawatan.

Isteri Zack berkata, mereka kini hilang sumber pencarian dan hanya mengharapkan pendapatannya yang tidak seberapa sebagai kerani bagi menyara keluarga.

Klik untuk gambar besar


BERITA KEMATIAN PALSU: "TOLONGLAH KASIHANI IBU SAYA" - LAN PET PET



Baru-baru ini, pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet telah menjadi mangsa berita palsu mengenai kematiannya dan perkara itu dalam masa yang sama turut membuatkan ibunya risau.

Namun pemilik nama sebenar Mazlan Ahmad tenang berhadapan dengan situasi tersebut, cuma berasa terkilan dengan sikap individu yang menyebarkan berita kematiannya sejak beberapa hari lalu.

Klik untuk gambar besar


18 January 2017

"MAHU SUMBANG WANG KEMENANGAN KEPADA RAKYAT SYRIA" - JOHAN



"Saya akan menyumbang sebahagian wang kemenangan dalam program Super Spontan Superstar 2016 kepada mangsa perang Syria," demikian kata pelawak dan penyampai radio, Johan mengenai hasratnya itu.

Akui artis pelbagai bakat ini, penderitaan dihadapi pelarian dari negara bergolak berkenaan, khususnya kanak-kanak, amat menyentuh hatinya membuatkan beliau menyalurkan sebahagian daripada wang kemenangan RM100,000 program itu, Oktober lalu, kepada mereka.

Klik untuk gambar besar


KERAP DITANYA SOAL ZURIAT - AMYRA AKUI TAK TERTEKAN & MARAH



Kita semua sedia maklum bahawa soalan yang biasa yang akan ditanya selepas berkahwin adalah mengenai zuriat, begitu juga dengan pelakon Amyra Rosli apabila dirinya tidak dapat lari daripada soalan tersebut.

Amyra bagaimanapun menjelaskan yang dirinya itu tidak mudah menggelabah dengan pelbagai soalan, mahupun tertekan dengan pertanyaan sebegitu. Ini kerana baginya, perkara itu adalah lumrah bagi setiap pasangan yang baru berkahwin.

Klik untuk gambar besar


TAK KISAH JADI ANDARTU - DINA NADZIR INGIN FOKUS PADA KERJAYA



Meskipun usianya mencecah 32 tahun., penyanyi dan penyampai radio Era FM, Dina Nadzir atau nama sebenarnya, Faradina Mohd Nadzir mengakui masih belum terfikir untuk mencari lelaki sebagai teman hidup.

Kata Dina, banyak lagi komitmen yang perlu diselesaikan pada tahun ini seperti menghasilkan lagu baru, komitmen kerja dan sebagainya.

Klik untuk gambar besar


4 GAMBAR - KHADIJA AZZEHRA, NAMA ANAK KEDUA DIANA AMIR



Diana Amir menerusi laman Instagramnya, secara rasmi telah memberitahu nama anak perempuan keduanya yang lahir pada 4 Januari lalu.

Pemilik nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim, 30, dan suaminya, Mohd Habibbullah A Rahman telah berpakat menamakan cahaya mata kedua mereka dengan nama 'Khadija Azzehra'.

Klik untuk gambar besar


17 January 2017

19 GAMBAR - NEWBORN PHOTOSHOOT ANAK KEDUA YASMIN HANI



Gambar-gambar official 'newborn photoshoot' untuk Eissa Elzander Wong, anak kedua kepada pelakon dan pengacara Yasmin Hani yang dilahirkan pada 27 Disember tahun lalu.

Seperti biasa, team Camora Arts telah terpilih untuk menjadi 'official photographer' bagi photoshoot tersebut.

Klik untuk gambar besar


RASA SUNYI - WAN SHARMILA TERINGIN BERKAHWIN SEMULA



Pelakon drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku, Wan Sharmila Wan Mohamed yang sudah tujuh tahun hidup solo selepas perkahwinannya gagal, mendedahkan bahawa dirinya berasa sunyi dan teringin mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Menurut Wan Sharmila, hasrat itu sentiasa ada namun belum bertemu jodoh sesuai. Ujarnya, keluarganya sentiasa bertanya mengenai perkara itu dan mendoakan dia segera bertemu pasangan serasi.

"Sejujurnya saya kurang selesa hidup seorang diri. Selepas arwah ibu meninggal beberapa tahun lalu, hidup saya semakin sunyi.

Klik untuk gambar besar


KONGSI PERGERAKAN BABY - IDZHAM ISMAIL TERUJA BAKAL BERGELAR BAPA



Tahniah kami ucapkan kepada aktor terkenal drama 'Juvana' iaitu Idzham Ismail kerana bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila usia kandungan isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin (Bella) kini empat bulan.

Teruja bakal bergelar bapa, Idzham telah berkongsi sebuah rakaman video yang memaparkan kandungan isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin (Bella) bergerak menerusi laman Instagramnya.

"Alhamdulillah syukur , pengalaman pertama 'Baby kicking' Sooooo sooo sooo cute anak daddy ni kan. Anak daddy tak sabar nak jumpa daddy dan mummy yea. Hari-hari dengar dua suara ni je kan.

Klik untuk size besar


ABANGNYA, DATUK LAT SEMAKIN STABIL - MAMAT KHALID LUAH RASA SYUKUR



"Syukur Alhamdulillah, abang saya semakin sihat dan dia sedang berehat," kata pengarah filem terkenal, Mamat Khalid mengenai abangnya kartunis negara, Datuk Mohammad Nor Khalid,65, atau lebih dikenali Datuk Lat yang kini berada dalam keadaan stabil.

Mamat Khalid ketika dihubungi berkata, abangnya kini sedang berehat dan semakin stabil.

Difahamkan, kartunis negara tersebut, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pantai Ipoh pada 13 Januari lalu akibat masalah jantung.

Klik untuk gambar besar


16 January 2017

BIARPUN SOLO - NASHA AZIZ AKUI TETAP BAHAGIA



Meskipun sudah berusia 46 tahun, pelakon dan model Nasha Aziz yang jarang muncul di kaca televisyen sehingga kini masih belum bertemu dengan jodoh.

Menurut Nasha, beliau sebenarnya selesa hidup sendirian dan menganggap ia bukanlah satu kekurangan.

"Saya sudah terbiasa dengan soalan mengenai jodoh. Kawan-kawan saya juga selalu bercakap, mereka sentiasa mendoakan saya supaya segera bertemu jodoh. Saya tidak marah pun, malah saya anggap perbuatan mereka itu comel.

Klik untuk gambar besar