Wahh... Makin slim dan sasa Shaheizy Sam di Hari Raya bersama keluarga. Iyalah, jadi hero semula dalam filem Polis Evo 3 kan?
________________________

"Tak dinafikan, apabila mempunyai anak-anak masih kecil perbelanjaan keperluan mereka seperti pakaian boleh tahan besar juga. Namun, saya bersyukur anak-anak saya rezeki mereka sangat murah. Cuma Azura, sekolah dia yang saya masukkan sekarang adalah sekolah terbaik. Namun, ia memerlukan perbelanjaan yang besar.
"Jadi, saya tiada masalah dan menjadi halangan kerana saya cari rezeki pun untuk mereka," itulah kata penghibur legenda, Datuk Jamal Abdillah, 63, yang tidak kisah apabila perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk pendidikan anak-anaknya, asalkan mereka dapat menimba ilmu di sekolah terbaik dan kesihatan mereka sentiasa terjaga serta membesar dengan baik.
"Kesihatan lain tiada masalah, cuma kaki saya belum cukup kuat lagi. Sebab itu, saya masih menggunakan tongkat. Jika permukaan jalan tak rata, saya takut terutamanya jika di kawasan menurun. Saya belum kuat tanpa bantuan tongkat.
"Kekuatan itu nak bergerak masih agak susah. Kalau dalam rumah, sudah boleh cuba lepaskan. Boleh jalan perlahan-lahan. Tapi kalau kat luar tak sesuai sebab saya jalan agak lambat kalau tak disokong tongkat. Kalau jalan tak rata, agak susah.
Meskipun berdepan dengan masalah rumah tangga, pelakon dan pengarah Farid Kamil tetap meraikan hari raya dengan penuh makna.
Ini kerana Farid hanya dapat membawa anak sulungnya, Muhammad beraya di Alor Setar, Kedah, bersamanya.
"Iya, Mama tidak lagi bergantung kepada tiup pernafasan serta sudah boleh bercakap, cuma, keadaannya lemah," jelas anak bongsu kepada penyanyi era 1980-an, Rohana Jalil iaitu pelakon dan penyanyi Kilafairy mengenai keadaan terkini ibunya yang masih kritikal, namun keadaannya lebih baik berbanding sebelum ini.
Rohana yang sebelum ini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, sejak Selasa lalu, dilaporkan kini sudah dipindahkan ke unit dependensi tinggi (HDU).
Pelakon Alya Iman, 22, tidak ketinggalan berkongsi foto syawal pertamanya di media sosial.
Namun perkongsian foto terbabit telah menarik perhatian ramai apabila dia tampil tanpa mengenang hijab seperti sebelumnya.
"Saya dan isteri sama-sama berasal dari Pulau Pinang. Biasanya, kami akan pergi ke rumah adik-beradik isteri di Balik Pulau. Kampung saya pula di Kampung Kebun Lama.
"Adik beradik saya tiga orang sahaja di mana saya anak kedua. Kakak sulung sudah meninggal dunia, yang tinggal hanyalah adik perempuan.
Ketika orang ramai sedang bergembira menyambut hari raya, timbul pula spekulasi dalam rumah tangga penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli, 24, apabila isterinya, Anis Sofea, 21, mencetuskan tanda tanya selepas tindakannya meninggalkan tiga hantaran gambarnya di laman Instagram, selain tiada lagi gambar bersama suami dimana dipercayai sudah dipadam.
Bukan itu sahaja, malah isteri Haqiem itu juga membayangkan dirinya seakan tidak berhijab lagi kerana dilihat sekadar mengenakan selendang di kepala yang menampakkan bahagian rambutnya dengan disertakan kapsyen, 'SHR!!' yang mungkin membawa maksud 'Selamat Hari Raya'. Anis bagaimanapun bertindak menutup bahagian komen.
"Wuhhh rasmi...sedondon sudah. Selamat pengantin baru in advance, finally Shuib find his happiness," tulis netizen yang melawat ig pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib Sepahtu, 39.
Ia berikutan pelawak itu mengotakan janji untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri dengan membawa bakal isterinya, Watie Hanifiah bertemu keluarga buat kali pertama.
Untuk info, Shuib juga pernah mengumumkan dia bercadang bernikah dengan wanita pilihannya itu yang juga seorang usahawan pada Jun depan.
"Kerana kamu risaukan nusyuz tu Sarah saya tahu, kerana di dalamnya ada bukti kamu buat hubungan dengan suami orang sejak dari awal perkahwinan kita.Jadi habislah imej 'isteri teraniaya' yang awak potreykan pada umum selama ini, itu yang kamu risau.
"Tidak cukup dengan itu, sekarang pun kamu dah mengaku ada hubungan dengan lelaki lain sedangkan kamu masih bersuami, kamu sendiri yang beritahu saya hari itu masa kita berjumpa. Siap cakap "jangan beritahu orang okay".Tiba-tiba ugut suami minta jutaan ringgit, bila suami tidak setuju mahu dicanang video suami pula. Baiklah tapi bagaimana dengan bukti yang ada pada suami orang itu pula ya Sarah? Cukup sampai situ. Ya di mahkamah sahaja kita selesaikannya.
Pelawak dan pelakon, Zizan Razak, 38, akui dia tidak lagi pulang ke kampungnya di Dungun, Terengganu untuk menyambut Aidilfitri sejak neneknya, Zainoon Abdullah meninggal dunia pada 2020 akibat kanser, kerana katanya, dia jadi tidak selesa untuk beraya di sana kerana merindui neneknya itu.
"Saya akan tetap pulang ke kampung, tetapi buat masa sekarang saya memilih untuk beraya di Kuala Lumpur. Raya kedua atau ketiga mungkin saya akan balik sekejap jumpa abah. Selebihnya akan berada Kuala Lumpur," jelasnya.
Bekas penyanyi kumpulan Pearl, Mohd Amir Esa telah terlibat kemalangan motosikal di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) berhampiran pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya, semalam, sehingga mengakibatkan patah lapan bahagian di tulang rusuk kanan, retak tulang bahu, retak kecil di bahagian leher dan sedikit pendarahan di otak.
Pengurus artis, Aalan Ahmad memberitahu, ketika kejadian Amir yang tinggal di Cyberjaya keluar untuk mengambil barang di IOI City Mall sebelum mahu pulang ke rumah.
Penyanyi Rohana Jalil, 68, yang sebelum ini dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak semalam itu difahamkan mengalami masalah kebocoran usus sehingga menyebabkan penyanyi itu tidak boleh makan dan minum.
Memetik Harian Metro, hari ini Rohana menjalani pembedahan untuk menutup kebocoran di ususnya. Pembantu peribadi Rohana iaitu Suzie ketika dihubungi memaklumkan, usus penyanyi itu bocor disebabkan ulser perut dan gastrik.
"Mungkin dah sampai jodoh. Kami selamat disatukan pada 18 April lalu di Jabatan Agama Islam Kuantan, Pahang dengan mas kahwin RM22.50. Untuk hantaran semua biar kami berdua sahaja yang tahu. Saya juga bersyukur apabila anak-anak kami menerima baik keputusan kami," itulah kata penyanyi popular era 1980-an, Datuk Siti Fairuz, 59, telah mengambil barakah bulan Ramadan untuk kembali bergelar isterinya semalam dengan memilih peminat setia yang juga seorang usahawan, Syed Mohamed Syed Ismail, 72, sebagai suaminya.
Penyanyi yang popular dengan lagu 'Bila Rindu Ku Sebut Namamu' ini menjelaskan, dia berkahwin bukan kerana nafsu sebaliknya sebagai peneman hidup, aktiviti seni dan sebagainya. Malah sebagai wanita, katanya, kehadiran lelaki bernama suami amat diperlukan untuknya bergerak ke sana sini. Menurutnya lagi, perkenalan lebih kurang enam bulan di rumah kakak angkat menjadi titik tolak kepada perkahwinan mereka.
Tahniah diucapkan kepada pelakon Badrul Muhayat yang akhirnya selamat bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Norhayati Zulkapli yang merupakan bekas graduan Universiti Liverpool England pada Selasa.
Tarikh pernikahan 18 April itu diambil sempena memperingati tarikh ulang tahun kelahirannya, Badrul atau nama penuhnya, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 55, bagaimanapun enggan berkongsi lebih terperinci mengenai wanita pilihannya itu, sebaliknya berkata, mereka telah berkenalan selama empat bulan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
"Semalam, saya mendapat khabar keadaan Rohana kritikal dalam ICU dengan penyakit yang belum diketahui," itulah kata penyanyi Datin Salwa Abdul Rahman yang mengesahkan rakan baiknya, penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, kini dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tanpa diketahui penyakit, sejak semalam.
Menerusi laporan Harian Metro, Salwa berkata, dia terkejut diberitahu juara Bintang RTM 1980 itu berada dalam kritikal di ICU sejak semalam. Namun, jelasnya lagi, doktor masih melakukan pemeriksaan dan pemantauan mengenai penyakit dihidapi Rohana memandangkan penyanyi lagu 'Rayuanku' itu tidak pernah alami penyakit serius sebelum ini.
"Ramai yang tanya apa telah berlaku dan pelbagai spekulasi berterbangan. Pertama sekali, saya memang minta maaf tetapi saya tak sesuai untuk perjelaskan apa yang berlaku. Saya dan team tengah merangkakan satu kenyataan untuk kita pencerahan apa yang berlaku.Banyak sangat komen yang dilontarkan... pada saya, saya rasa ralat la.
"Sebab ini memang bukan, sebahagian daripada marketing. Sejujurnya, saya cakap Sweet dan Adam memang datang ke Alaqsa Carpets untuk mencari karpet dan melakukan sedikit ulasan untuk kami.Sebab itu memperjelaskan kenapa ada mikrofon di badannya. Tapi apa yang berlaku yang anda
tonton dalam video itu tak ada kena mengena langsung dengan marketing daripada kami," kata pelakon Dazrin Kamarudinyang tampil menegaskan apa yang terjadi itu bukanlah semata-mata gimik untuk promosi kedainya.
Rezeki menjelang hari raya... demikianlah yang diperolehi seorang penunggang motosikal, Ahmad Zakir Zainuddin, 29, apabila dihadiahkan sepasang bajuMelayu berserta sampul berisi duit raya sebagai tanda terima kasih daripada penyanyi dan pelakon Nabila Razali yang berasa terharu atas sikap prihatinnya dan bantuan diberikan.
"Dari kejauhan saya nampak ada tangan melambai dari dalam kereta. Saya berhenti sebab sangka kenderaan itu rosak... rupa-rupanya Nabila Razali minta tumpang sebab dia sudah lambat menghadiri sebuah acara.Saya pada awalnya tolak permintaan Nabila membonceng motosikal saya kerana motor kecil namun pengurusnya tetap meminta bantuan dan saya setuju.
"Dalam kehidupan kita tak boleh memiliki kesemuanya. Sekuat mana kita genggam, sekuat mana kita cuba tahan bila sampai masanya Allah nak kita lepaskan, kita kena lepaskan. Banyak hal yang kita tak boleh nak memiliki dalam masa yang panjang sebab fitrah duniawi memang datang dan pergi.
"Bila kita yakin yang Allah dah aturkan yang terbaik maka kita kena redha dan ikhlaskan. Meski memakan banyak masa, tak mengapa asalkan kita ajar diri dan didik diri untuk lebih bersikap terbuka.
"Saya tarik balik kenyataan saya mengenai soalan dari wartawan berkaitan pihak ketiga.
"Saya dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka kepada ibu mentua, Norsiah Ramli dan isteri, Diana Danielle atas kenyataan saya pagi tadi (semalam).
"Sekali lagi, pada bulan Ramadan yang mulia ini, saya mohon dimaafkan kekhilafan yang terjadi," tulis pelakon Farid Kamil, 42, menerusi Instagram Story miliknya.
Malang tak berbau... Demikian yang dihadapi pelakon Shahronizam Noor, 51, apabila jari kelingkingnya putus dan terkulai selepas pisau terlepas daripada pegangan ketika memotong ayam di rumahnya, semalam, sebelum suami kepada penyanyi Safura Yaacob itu dikejarkan ke Hospital Ampang, bagi menerima rawatan.
Menerusi laporan Berita Harian, anak tiri Shahronizam iaitu Daniel Hairi mengesahkan insiden malang itu dengan berkongsi, kejadian berlaku selepas mereka sekeluarga berbuka puasa di rumah.
"Tahun lepas birthday mommy, Ryan bagi hadiah dapat tempatkan diri di MRSM... tahun ni Ryan bagi hadiah lagi dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tinggi... syukur Alhamdulillah...
"Mommy tak mintak lebih cuma mommy nak anak-anak mommy buktikan pada diri sendiri dan kepada orang di luar sana yang kita mampu berjaya... peduli kan cemuhan dan kejian manusia kerana ALLAH sentiasa ada utk kita 😌...
"Sebenarnya sudah lama saya tak dapat hubungi Mama (Norsiah) kerana setahu saya dia sudah dihalau Diana keluar dari rumah kami sejak tahun 2019. Tapi tiba-tiba pada tahun 2023 Mama muncul di sini (mahkamah baru-baru ini) bersama Diana, itu benar-benar mengejutkan saya," demikian ujar pelakon dan pengarah Farid Kamil, 42, yang berasa musykil apabila isterinya, Diana Danielle, 32, kini sudah berbaik semula dengan ibu kandungnya, Norsiah Ramli.
Farid berkata demikian ditanya mengenai hubungannya dengan ibu mentua selepas mendakwa sukar mencari Diana dan anak-anak yang kini tidak lagi tinggal sebumbung dengannya.
"Sebenarnya, cincin perkahwinan yang saya berikan itu dipakai Diana. Ketika melahirkan Aurora secara kelahiran dalam air (water birth) di Bangsar, dia salah letak memandangkan semua aksesori termasuklah barang kemas perlu ditanggalkan. Jadi, dia buka dan simpan dalam beg. Namun, selepas selesai proses bersalin, kami mencari cincin itu tapi tak jumpa.
"Bila kami gagal, Diana bersedih dan menangis. Untuk menghalangnya daripada terus bersedih di samping anak kedua kami, saya jelaskan kepadanya bahawa cincin itu bukanlah keutamaan jika dibandingkan dengan kegembiraan (menyambut cahaya mata) kami pada ketika itu memandangkan ia dapat dibeli. Saya tak sangka pula benda ini boleh menjadi satu perkara besar.
"Saya tidak merajuk dan masih sayangkan karier lakonan ini kerana sudah sebati dengan diri. Tapi, bila fikirkan bayaran tidak setimpal dan amat rendah, lebih baiklah saya duduk di rumah dan berehat. Rezeki Allah itu luas dan ada di mana-mana. Cuma, rasa sedih itu membuat hati saya sebak mengenangkan RM200 saja ditawarkan untuk berlakon sebuah telefilem.
"Jumlah babak mesti banyak dan sudah tentu memenatkan. Tapi, tak apalah memang bukan rezeki saya," tutur pelakon veteran, Wan Maimunah, 65, yang memberitahu, isu bayaran rendah kepada pelakon veteran sebenarnya sering diluahkan pelakon lain dan sudah lama, namun sehingga sekarang masih belum ada jalan penyelesaian yang dicapai.
Ewahhh... Cincin Diana Danielle yang hilang digantikan oleh Farid Kamil dengan enam cincin dan dua rantai. 🤗
Dengarnya ia adalah usaha untuk mengambil hati isteri tercinta. Mari doakan moga dipermudahkan urusan tersebut. 😍
"Benar, saya hamil. Alhamdulillah, sepanjang mengandung, saya tidak mengalami alahan teruk. Disebabkan saya dan suami berjauhan, memang ada masanya sedikit emosional apabila terpaksa menjalani pemeriksaan sendirian dengan ditemani ibu.
"Setakat ini, di mana saya akan bersalin dan berpantang masih belum diputuskan," demikian dedah penyanyi lagu 'Menahan Rindu', Wany Hasrita yang mengesahkan dirinya berbadan dua selepas berteka-teki mengenai kehamilan dan kini kandungannya mencecah enam bulan.
"Alhamdulilah untuk semua doa.. @kamaladli strong ❤️.. syukur keatas Mu Ya Allah 🙏🏻, " tulis pelakon Uqasha Senrose yang turut menyertakan tanda pagar 'suami saya dah sihat' menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Selepas hampir sebulan insiden diserang individu tidak dikenali berlaku, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen, telah berkongsi perkembangan terkini mengenai kesihatan suaminya, pelakon Kamal Adli.
“Waktu keluarga saya rakam, saya langsung tidak bertujuan untuk muat naik ke media sosial.
“Gurauan ini adalah diri saya yang sebenar ketika bersama keluarga. Sejak dulu, orang sekeliling tidak kering gusi gelak jika ada,” kongsi usahawan Iqbal Zulkefli, yang teruk dikecam kerana video bertelekong dan seolah menyusukan baby.
"Alhamdulillah ya الله✨. Setelah 3 tahun saya berjuang membersihkan nama, maruah & keluarga saya . Harini tepat 19 Ramadhan, saya dilepaskan & dibebaskan dari pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
"Benarlah 'Air hujan yg jernih turun dari awan yg gelap .." demikian luah pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor.
"Kami sudah berbincang, Syamsul akan menarik semula tuntutan nusyuz. Saya juga tidak akan memfailkan nusyuz. Insya Allah, semua tuntutan akan selesai termasuk hak penjagaan anak-anak. Kami akan selesaikan syarat seperti hadanah (hak jagaan anak), nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian. Saya sudah memberitahu Syamsul, dia okay sahaja, Alhamdulillah."
Itulah jelas pelakon Puteri Sarah Liyana yang memaklumkan, dia dan suaminya, pengarah sensasi Syamsul Yusof, 39, sepakat untuk menariknya semula semua tuntutan termasuklah nusyuz yang difailkan pada 21 Mac lalu selepas perbincangan demi memudahkan serta menyelesaikan secara baik proses perceraian mereka.
Meraih rezeki yang tidak terduga... Demikian yang diperoleh penyanyi Tomok yang meluahkan rasa syukur apabila insiden anak perempuannya tertumpah pengilat kuku atau qutex pada pakaian berjenama, membuka peluang pekerjaannya, malah turut dipanggil untuk membuat persembahan di negara jiran.
"Selepas kejadian, orang panggil saya untuk buat persembahan di Singapura, Kedah dan beberapa lokasi lain lagi. Saya dapat rezeki yang tidak disangka-sangka dan yang penting tawaran tersebut bayarannya lebih daripada kerugian yang saya hadapi.
Penyanyi Bad Indigo atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, tampil bertegas menafikan dia mereka-reka cerita berkenaan kewujudan kekasih barunya, selain menjelaskan, ia menjadi haknya untuk menyimpan sendiri atau berkongsi perkara ini dengan orang lain.
"Kenapa... pasal kekasih saya yang dikatakan hanya ilusi? Ini rakan sekerja saya. Dia dah pernah tengok kekasih saya. Kita kongsi untuk kawan-kawan dalam media sosial. Saya pun ada pengikut juga. Tapi kenapa yang warganet tak puas hati dan nak bahankan saya sangat. Bila saya semak detail profil mereka, seakan-akan akaun palsu.
"Mungkin saya rasa ini lebih kepada hiburan dan bergurau senda. Saya pun melayan saja Datuk Aliff Syukri tu.Saya tahu dia pun sebenarnya saja. Tak perlu kita ambil serius sangat. Peminat pula janganlah bergaduh. Kita ni memang bergurau begitulah. Saya percaya peminat sayapun faham apa yang diguraukan ini.
"Jadi cool, chill!" ujar penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mengulas mengenai kenyataan viralusahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang melabelkan dirinya adalah 'penyanyi nombor satu Malaysia' yang kemudiannya 'dipersetujui' oleh Siti sendiri menerusi ruangan komen dan sesi siaran langsung media sosial beliau.
"Syukur Alhamdulillah sebab kami sudah berjumpa bincang semua terma dan syarat. Pasal apa saya nak, dia nak, nafkah anak-anak, semua memang diselesaikanlah semalam. Hari ini pun semua dipermudahkan dan kami boleh 'move on' dengan kehidupan masing-masing dengan tenang.
"Akhirnya semua muktamad, tak payah pening-pening sudah. Saya pun sudah tahu apa saya nak, apa dia nak, cuma tunggu peguam buatkan kontrak persetujuan untuk ditanda tangan. Apa yang penting, saya tidak mahu bermusuh dan berdendam, itu sahaja. Sebelum ini, banyak perkara yang tidak terjawab.
"He's here. 7th April 2023. 3.2kgs emergency c-section.Alhamdulilah semuanya berada dalam keadaan baik saya hanya mahu sedikit masa untuk pulih.
"Terima kasih semua untuk semua doa dan bantuan. Saya bersyukur kerana diberi sistem sokonganyang cukup," itulah tulis pelakon yang mula popular dari filem 'Mukhsin' satu ketika dulu, Sharifah Aryana, dimana dia kini telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 7 April lalu.
Pelakon Johan As'ari mendedahkan dirinya sedang menjalani hubungan cinta dengan seorang usahawan hartanah yang dikenalinya sejak empat tahun lalu dan merancang untuk menamatkan zaman bujang hujung tahun ini.
"Kami sudah kenal lebih empat tahun bermula dengan percintaan jarak jauh kerana sebelum ini dia belajar di London dan sekarang tinggal di Perlis. Selepas mengenali hati budi, kami ada perancangan untuk berkahwin. Andai dia memang jodoh saya, paling cepat hujung tahun ini," jelasnya.
Penerbit Datuk Yusof Haslam, 63, akui beliau dan isterinya, Datin Patimah Ismail menyerahkan segalanya kepada anaknya, Syamsul Yusof dan menantu, Puteri Sarah Liyana untuk menyelesaikan masalah rumah tangga itu dengan keputusan sudah dicapai mereka.
"Saya dan isteri, mendoakan yang baik-baik saja buat Syamsul dan menantu kami, Puteri Sarah untuk keputusan esok. Kami reda dengan apa saja keputusannya. Semoga keputusan itu baik untuk kedua-dua belah pihak. Kami reda dengan apa saja keputusan esok. Semuanya adalah ketentuan daripada Allah.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu penyanyi Syada Amzah telah meluahkan isi hati dan ucapan bersempena ulang tahun kelahiran bapanya, Datuk ND Lala selepas tidak dapat menghubungi bapanya.
"Ayah, bermula hari ini, takkan ada lagi gambar ayah. Ini adalah surat terbuka sebab tak ada sesiapa yang ada akses untuk bercakap dengan ayah. Pertama sekali, selamat hari jadi yang ke-62.
"Sha (panggilan untuk Shila Amzah) duduk seorang diri. Cuma, kadang-kadang saya ajak kawan-kawan untuk berbuka puasa atau moreh di rumahnya. Nak cakap duduk serumah tu jauh sekali. Apatah lagi, mak saya pun kurang sihat, jadi fokus diberikan buat mak saya.
"Boleh dikatakan setiap kali 'live' TikTok pasti ada yang mengajukan sama ada kami tinggal serumah. Kami pun dah lali sering kali soalan yang sama saja. Namun kebanyakannya adalah akaun palsu.
Suasana paling meriah ketika bulan Ramadan apabila kita berkumpul bersama ahli keluarga untuk berbuka puasa sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Begitu juga dengan pelakon Azhar Sulaiman apabila dia berkongsikan video di laman Instagram miliknya, menceritakan keseronokan apabila mempunyai adik-beradik yang tinggal berdekatan, apabila mudah untuk mereka semua berkumpul dan membuat aktiviti bersama-sama.
"Saya tak mahu mengeruhkan lagi keadaan dengan mencampuri pertikaian membabitkan Syamsul dengan Aaron. Saya juga tidak berminat untuk ambil peduli mengenai isu. Ada baiknya saya teruskan penggambaran seperti diminta pihak produksi.
"Ketika bekerja saya tidak ambil tahu hal orang lain. Bila sampai dekat set penggambaran saya akan berlakon, jadi apa yang terjadi atau ada dengar-dengar mengenai perkara lain saya tidak peduli. Saya tidak mahu campur-adukkan kerja saya dengan masalah-masalah produksi.
Penyanyi Bad Indigo atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, mengakui rindu menjejak kaki ke bazar Ramadan selepas dua tahun tidak mengunjunginya, namun terpaksa melupakan hasrat itu kerana tiada kemudahan tempat letak kereta bagi Orang Kurang Upaya (OKU) disediakan di kawasan berkenaan.
"Saya cuma rindu suasana nak ke bazar Ramadan kerana dengan keadaan saya sekarang, memang susah nak jejak ke bazar kerana tiada kemudahan parking OKU. Kalau kena parking jauh, saya memang tak larat nak jalan. Lagi pun, saya pakai walker, jadi agak susah. Bukannya apa, kadang tengok orang muat naik gambar pergi bazar, timbul pula rasa rindu nak ke sana," kata Bad.
"Sebelum ini isteri pernah gugur dan nak dapatkan anak yang ini pun bukan mudah. Jadi saya memang agak trauma bila anak masuk hospital.
"Baru sahaja nak rasa perasaan gembira dapat cahaya mata, tetapi diberi ujian sebegini pula. Nak dekat dengan baby pun tak boleh," ujar pelakon Safwan Nazri apabila berdepan ujian dimana anaknya yang baru berusia 26 hari terpaksa dimasukkan ke Hospital Putrajaya akibat jangkitan kuman pada paru-paru.