18 July 2025

LEBIH BAHAGIA HIDUP 'SINGLE - NIKKI PALIKAT DEDAH HUBUNGAN DENGAN JEJAKA PERANCIS SUDAH BERAKHIR



"Kami sudah tidak ada apa-apa hubungan. Saya sudah 'single' tetapi tidak 'available'. Dalam enam bulan juga kami sudah putus hubungan. Inilah kali pertama saya 'single' dalam masa 15 tahun.

"Selama ini memang ada saja (pasangan) jadi saya rasa inilah masanya untuk saya nikmati kehidupan solo," tutur penyanyi Nikki Palikat memaklumkan hubungannya dengan jejaka asal Perancis sudah berakhir kira-kira enam bulan lalu.

Kata Nikki atau nama sebenarnya, Nicollete Louise Palikat, 40, ini merupakan kali pertama dia hidup bersendirian tanpa pasangan dalam tempoh 15 tahun.

Dalam pada itu, Nikki turut berkongsi, dia kini lebih bahagia kerana boleh melakukan apa sahaja tanpa menj£jaskan mas@lah dalam perhubungan, selain mahu mengecapi kehidupan sendiri tanpa memikirkan komitmen bersama teman lelaki atau suami.

"Saya sedar bila dengan diri sendiri, tiada langsung mas@lah. Saya tak cari mas@lah untuk puaskan hati sendiri. Kita miliki 100 peratus rasa aman dan bahagia itu sendiri.

Klik untuk gambar besar

"Macam mana saya tak gembira. Saya baharu sedar yang saya suka hidup sendiri (tanpa pasangan). Sebelum ini apa sahaja yang saya lakukan dengan pasangan rupa-rupanya saya juga boleh buat sendiri. Kenapa tidak?" ujar penyanyi lagu 'Caramu' ini.

Nikki bagaimanapun memberitahu, dia masih terbuka untuk mendirikan rumah tangga sekiranya bertemu dengan lelaki tepat.

"Saya masih terbuka untuk menerima pasangan hidup baharu. Kalau ada lelaki yang sesuai kenapa tidak. Saya ini orangnya romantis, kalau datang peluang untuk bercinta kembali, saya suka sahaja pada perkahwinan.

"Saya rasa boleh jadi seorang isteri yang baik, daripada apa yang saya lalui dalam hidup ini. Tetapi dalam satu hubungan itu perlu ada komitmen daripada dua-dua pasangan (suami dan isteri). Kalau tiada calon (suami) yang sesuai, saya okay sahaja hidup sendiri," katanya.
Pada tahun lalu, Nikki memaklumkan dia sedang menjalin hubungan cinta dengan jejaka Perancis selepas berkenalan sewaktu mendapatkan rawatan kir0praktik daripada jejaka berkenaan yang merupakan pengamal perubatan alternatif.

Kata Nikki, teman lelakinya itu tidak mengetahui dia adalah seorang penyanyi pada awal perkenalan mereka sehinggalah didedahkan oleh kenalan mereka.

Untuk makluman, Nikki sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer Audi Mok pada Jun 2009 namun mengumumkan perceraian pada Jun 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Liam Mok yang kini berusia 15 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: