18 July 2025

TAK LARANG MINAT ANAK SEBAGAI PENGACARA - NABIL AHMAD NAFI GUNA 'KABEL', MAHU MIKA UTAMAKAN PELAJARAN DALAM MERASAI SUS4H CARI DUIT



"Saya bersyukur Mika (anak sulung) dipilih, bukan senang nak dapat peluang untuk menjejakkan kaki dalam industri. Kadang-kadang saya simpati juga melihat anak orang lain buat macam-macam untuk rebut peluang masuk ke dalam industri.

"Usaha yang mereka letakkan memang dahsyat. Jadi bila Mika dapat peluang ini, saya bersyukur. Tapi dia tetap kena pergi uji bakat, proses dia sama macam orang lain dan kena masuk kelas bersama Datuk Aznil Nawawi."

Demikian ujar pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, 42, tidak menganggap peluang anak sulungnya iaitu Nayla Mikayla dipilih sebagai 'support sister' dalam program The Chosen One musim ketiga kerana menggunakan pengaruhnya.

Kata Nabil, sebelum terpilih untuk menjadi teman sokongan buat semua peserta, Mikayla atau lebih mesra disapa Mika, terlebih dahulu menjalani sesi uji bakat.

Berasa lega apabila melihat kemampuan Mika mampu melaksanakan tugasan diberi dengan baik, Nabil memberitahu, Mika sebelum ini sudah menunjukkan minat untuk bergelar pengacara dan sebagai bapa, dia sentiasa memberikan sokongan namun mahu anaknya itu belajar bagaimana sus@h untuk mencari duit.

"Walaupun bayaran mungkin tak tinggi, tapi yang penting saya nak dia rasai sendiri pengalaman dan dapat gambaran macam mana sus@h payah saya mencari duit. Saya nak bila dia melangkah ke dunia pekerjaan kelak, dia dah ada pengalaman itu. Jadi banyak lagi cabang yang boleh dia terokai selepas ini," tuturnya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Nabil berkata, dia tidak pernah menghalang Mika menceburkan diri dalam bidang seni itu, namun dia tetap akan memastikan anak perempuannya itu memberikan fokus terhadap pelajaran.

Ini kerana hasrat Nabil untuk melihat Mika memiliki segulung ijazah dan mendapatkan pekerjaan yang baik dan tidak menjadi sepertinya yang tidak berpelajaran dan tidak memperoleh sebarang sijil.

"Bagaimanapun pelajaran tetap nombor satu. Macam mana penat sekalipun bersiaran langsung pada Ahad, keesokan harinya tetap kena pergi sekolah macam biasa.

"Saya tak mahu Mika abaikan pelajaran. Platform ini hanyalah sementara saja untuk bantu Mika supaya menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi dan berani. Saya tak ada pelajaran dan sijil, saya cuma ada kerja ini saja. Jadi saya tak nak dia jadi macam saya.

"Saya nak tengok Mika masuk universiti dan nak dia belajar jadi doktor ataupun jurutera. Industri seni pula hanyalah platform untuk dia belajar mengenai kehidupan," katanya.

Untuk makluman, Nabil mendirikan rumah tangga dengan Nazirah Ayub pada 30 September 2011. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 13, Layla Medyna, 10, dan Mishall Imani yang kini berusia 6 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: