"Semuanya bermula dengan video saya kat balkoni pada tahun baru. Saya buat kandungan komedi minta dapat jodoh tahun ini. Kalau tak dapat suami tak mengapa, tapi bagi teman lelaki 'extra' pun bolehlah.
"Simon nampak video itu dan ingat saya duduk di Filipina. Dia DM saya nak hantar ayam yang diusahakan keluarganya. Bila saya cakap saya dari Malaysia, dia kata kalau datang Manila nanti, dia nak belanja. Lepas itu kami selalu berborak di media sosial dan dia ada bertanya bila saya rancang ke Manila.
"Beberapa minggu kemudian, Simon muat naik Instastory cari orang nak bekerjasama di media sosial. Saya balas dan terima kolaborasi itu. Tak sangka perkenalan yang bermula untuk urusan kerja, kini jadi pasangan kekasih."
Itulah kata penyanyi Yazmin Aziz, 24, dimana dia kini kembali menemui cinta baharu apabila sedang menjalin hubungan asmara bersama pemp£ngaruh media sosial dari Filipina iaitu Simon Joseph Javier
Kongsi Yazmin, perkenalan mereka bermula apabila Simon menyedari video dia berdoa mencari jodoh yang dimuat naiknya dan selepas itu, mereka mula berhubung menerusi media sosial dan menjadi semakin akrab.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Yazmin memberitahu, pada mulanya dia berhasrat untuk menyembunyikan hubungan, namun dia akhirnya terbuka untuk berkongsi secara umum, memandangkan kedua-dua mereka merupakan pemp£ngaruh.
"Sejujurnya, saya memang niat nak simpan hal ini secara peribadi. Tapi lama-kelamaan, saya sedar tak ada beza pun sama ada orang tahu atau tidak.
"Kami berdua memang pembikin kandungan. Kami suka berkarya. Itu dah memang sebahagian daripada hidup kami. Kongsi momen secara online pun rasa macam simpan diari digital, boleh buat kenangan.
"Lagipun, soal jodoh, hanya Tuhan yang tahu. Kalau memang dah tertulis, kita takkan dapat elak. Kalau bukan, kita tak boleh paksa," ujarnya yang turut memberitahu, dia terpikat dengan sikap penyayang yang dimiliki kekasih ketika ditanya tentang keperibadian Simon yang berjaya menawan hatinya.
Tambah penyanyi lagu 'Pencur1 Hati' ini lagi, dia juga tidak sangka dilamar sebagai kekasih dengan sebentuk cincin yang diidamkan sebelum ini.
"Bagi saya, bahasa cinta yang ditunjukkan Simon adalah daripada tindakannya sendiri. Paling penting, kami boleh berkomunikasi dengan baik dan dia sentiasa ada di waktu sus@h senang.
"Masa kami keluar, saya ternampak cincin yang saya suka. Tapi saya tengah berjimat sebab baru beli barang lain. Rupanya, dia pergi beli cincin itu. Dia berlutut, keluarkan cincin kemudian melamar saya. Will you be my girlfriend? saya terkesima tapi bagi saya, ia sangat romantis," tuturnya.
Pada Oktober tahun lalu, Yazmin mendedahkan kisah percintaannya dengan atlet bola keranjang Hong Kong itu sudah pun berakhir, selain menjelaskan, hubungan jarak jauh menjadi sal@h satu punca mereka menamatkan ikatan cinta yang terjalin.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment