Sebelum ini, ibu mentua kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah iaitu Siti Hafiza telah menitipkan ucapan sempena hari lahir (birthday) kedua-dua cucunya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Dalam ucapan itu, Hafizah menulis, meskipun terpisah jauh, namun mereka sentiasa mengingati Ayden dan Ara kerana rasa kasih kepada cucunya tidak pernah pudar.
Ditanya mengenai hantaran itu, Bella berkata, dia tidak perasan dan hanya menyedari ucapan itu selepas ramai yang memperkatakan tentangnya.
"Saya tidak perasan, tetapi, nampaklah ada orang bercakap mengenainya. Saya cuma hendak minta doa yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak," jelasnya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan dia tidak membenarkan keluarga bekas suaminya, Aliff Aziz, bertemu dengan kedua-dua anaknya, Bella berkata, dia lebih selesa memilih untuk tidak mengulas lanjut kerana bimbang tersal@h fakta.
Disamping itu, mengulas pula adakah keluarga bekas suami menunjukkan usaha menghubunginya untuk bertemu anak-anak, Bella memberitahu, dia tidak berkesempatan bertanya ibu mengenai perkara berkenaan.
"Kalau saya cakap ada, t@kut tersal@h cakap. Kalau saya cakap tidak ada pun, bimbang sal@h juga. Jadi, saya tidak berani komen mengenai itu.
"Bagaimanapun, saya minta semua peminat yang ambil berat mengenai anak-anak saya agar doakan yang terbaik buat keluarga kami," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.