"Saya terpaksa gemukkan badan balik sebab ada permintaan untuk berlakon watak komedi, pihak pr0duksi cakap saya nampak lebih kelakar bila gemuk berbanding bertubuh sasa.
"Perancangan asalnya nak jual ubat kurus jadi dah alang-alang dapat tawaran berlakon dan sekarang sertai pr0gram komedi pula jadi teruskan saja badan macam ni.
"Saya ambil masa setahun untuk gemukkan kembali badan ini dan sekarang berat dalam 90 kilogram macam tu daripada 60 kilogram sebelumnya."
Demikian kata Man Raja Lawak, 48, dimana pelawak itu mendedahkan dia terpaksa menaikkan semula berat badannya kepada 90 kilogram selepas menerima tawaran untuk menjayakan watak komedi.
Jelas Man atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Kassim, permintaan itu dibuat oleh pihak pr0duksi yang berpendapat penampilannya akan kelihatan lebih lucu dengan tubuh berisi berbanding badan kurus dan sasa sebelum ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.