20 November 2025

DAKWAAN 'BUAT HIDUNG' - ADIRA SUHAIMI TAK NAFI ATAU MENGIYAKAN, AKUI 'INS£CURE' PADA WAJAH : "SAYA TAHU LIMIT DEKAT MANA"



"Dia macam ini, setiap orang ada 'ins£cure' masing-masing dan ada cara untuk menangani 'ins£cure' itu. Saya juga ada 'ins£cure', apa yang korang nampak, apa yang berubah, sikit-sikit je pun.
"Itulah tu. Tapi tidak berlebihan, saya tahu limit dekat mana. Sekiranya nampak saya berubah sikit, saya tak boleh nak kata apa."

Demikian tutur penyanyi Adira Suhaimi menerusi temubual bersama media, dimana dia mengulas mengenai penampilan terbarunya yang menjadi perhatian apabila didakwa 'membuat' hidung bagi tujuan kecantikan.

Kata Adira, setiap individu ada rasa 'ins£cure' pada diri masing-masing termasuk dirinya, namun ada cara untuk tangani dengan tidak berlebihan.

Bagaimanapun, Adira tidak menafikan atau mengiyakan sama ada melakukan pros£dur itu pada bahagian hidungnya serta meminta netizen untuk melihat gambar-gambar lama.

"Saya tidak menafikan atau mengiyakan, pandai-pandai lah korang tengok gambar-gambar lama," ujar ibu tunggal kepada empat orang anak itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: