"Kalau Uqasha ada pendirian dia (t£kad mahu cerai), saya juga ada pendirian saya (pertah@nkan rumah tangga). Tak tahu nak komen apa. Ini kali pertama saya nak jumpa Uqasha selepas dua bulan.
"Sudah hampir dua bulan tidak berjumpa dengan dia dan hari ini saya pertama kali jumpa. Saya masih tidak dapat berhubung dengan dia. Komunikasi masih lagi melalui surat-menyurat dengan peguam."
Demikian jelas pelakon Kamal Adli, 39, dimana dia tetap dengan pendiriannya untuk mempertah@nkan rumah tangga dengan pelakon Uqasha Senrose, ketika hadir di hari ketiga perbicaraan k£s cerai mereka.
Dalam pada itu, Kamal atau nama penuhnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, memberitahu, sejak berlaku kem£lut rumah tangga, dia masih tidak dapat berhubung dengan Uqasha, dimana sudah hampir dua bulan dia tidak bersemuka dengan isterinya itu.
Klik untuk gambar besar
"Saya sihat hari ini, mohon semua doakan yang terbaik untuk kami. Anak saya perlukan ayah dan ibunya," tuturnya.
Sementara itu, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, yang tiba lima minit awal, hanya memohon agar urusan mereka dipermudahkan ketika ditanya oleh wakil media berkenaan perasaannya yang n£kad mahu bercerai.
"Doakan yang baik-baik sahaja semua," kata Uqasha sambil berjalan ketika tiba di mahkamah, ditemani peguam syarie Muhahmmad Syazmee serta ahli lain termasuk ibu, Rosmizah Mohd Noor dan adiknya iaitu pelakon Nelydia Senrose.
Sebelum ini, Uqasha yang mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu pada 1 Oktober lalu.
Untuk makluman, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.