"Alhamdulillah, seperti mana yang orang nampak, isteri saya memang sudah hamil lima bulan. Hamil kali kedua ini memang kami ada merancang dan saya bersyukur kerana ia lekat (hamil).
"Watie pun sangat teruja dan berjanji akan menjaga kandungan sebaiknya kerana sebelum ini dia kuat bekerja. Saya sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya kami dikurniakan zuriat bersama. Kami memang mahu membina keluarga yang lengkap."
Itulah kata pelawak dan usahawan Shuib, 41, dimana dia akhirnya mengesahkan isterinya, Watie Hanifiah, 36, kini hamil lima bulan, sekali gus menjawab sp£kulasi netizen sebelum ini.
Dalam pada itu, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana isterinya hamil buat kali kedua selepas keguguran sebelum ini.
Kongsi Shuib yang sudah mempunyai empat anak itu, dia mendapat tahu Watie hamil buat kali pertama ketika mereka berada di Madinah.
Klik untuk gambar besar
"Jadi, bila Watie hamil kali ini, perasaan itu datang semula, ibarat dejavu. Sebenarnya rasa sayu dan t@kut sedikit tetapi kehamilan pertama bukan rezeki kami," tuturnya.
Menurutnya lagi, kehamilan kali kedua ini adalah hasil perancangan bersama, malah mereka benar-benar mengharapkan kehadiran zuriat sebagai pelengkap ikatan perkahwinan, selain turut mengakui, kehadiran cahaya mata ini memberi makna besar buat mereka.
"Sebelum ini, saya sudah ada empat anak, manakala Watie tiada. Kami berharap adanya satu ikatan yang benar-benar menghubungkan kami, iaitu melalui anak.
"Dari awal lagi saya mahu Watie rasa dirinya sebahagian daripada keluarga ini. Dengan adanya anak ini, ada juga dar@h daging saya dengannya. Anak-anak pun faham... bila mereka ada adik, wujud hubungan adik-beradik yang sebenar," ulasnya.
Disamping itu, Shuib berkata, dia tidak berkongsi berita awal kehamilan Watie kepada anak-anak dan ahli keluarga ketika ditanya penerimaan anak-anak pula.
"Kami mengambil keputusan untuk beritahu perkara itu kepada Talita pada malam 'final' pr0gram Talk To My Manager (TTMM).
"Saya juga beritahu Talita dalam bilik persalinan sebelum dia buat persembahan. Sebab itu, dia nampak sangat berseri di pentas, sebab dia sudah tahu 'mummy' (Watie) mengandung," ujarnya yang belum bersedia untuk berkongsi mengenai jantina bayi dalam kandungan isterinya itu.
"Sekarang saya tak kisah sama ada anak lelaki atau perempuan, apa yang penting bayi yang dilahirkan sihat, itu sudah memadai buat kami berdua," jelasnya yang mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023.
Sementara itu, Watie meluahkan rasa syukur apabila kandungannya menunjukkan perkembangan baik, malah dia kini lebih berhati-hati selepas pengalaman keguguran pada Mei lalu.
"Alahan tiada, cuma sebelum ini saya kerap s@kit kepala dan meminta suami tarik rambut. Tetapi beberapa hari kebelakangan ini sudah berkurang. Untuk kandungan kali ini, saya sangat berhati-hati dan menjaganya sebaik mungkin.
"Saya tak kisah jantina, janji bayi sihat. Lelaki atau perempuan masih rahsia... tunggu majlis pengumuman jantina nanti," tuturnya.
Sebelum ini, Shuib memuat naik foto menampakkan perut Watie yang semakin membesar di media sosial miliknya, sekali gus menc£tuskan tanda tanya peminat.
Berhubung itu, Watie memaklumkan, dia belum bersedia untuk memberi sebarang komen mengenai berita kehamilannya seperti dakwaan netizen selepas mengalami keguguran sekitar Mei lalu.
Untuk makluman, Shuib mempunyai empat anak iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan, hasil perkahwinannya bersama arwah isteri, penyanyi Siti Sarah Raissuddin.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment