19 November 2025

"PALING MURAH RM20 KONGSI LIMA ORANG..." - CAT FARISH DEDAH PERNAH TERIMA BAYARAN SANGAT RENDAH DI AWAL KERJAYA



"Kita nak jadi penyanyi akan ada benda macam ini, RM500 pun ada. Ini bukan fasal duit tapi berkaitan cari makan. Dunia artis kalau kita baru, memang dulu kita kena bayar RM20 seorang, paling murah RM20 kongsi lima orang masa zaman gig.
"Ketika itu fokusnya menyanyi tetapi bila dah naik atas mulalah harga RM5,000, RM10,000, RM20,000 sampai sekarang RM50,000 untuk persembahan.

"Tapi kalau budak universiti panggil untuk menyanyi bajet ada RM500 hiburkan 1,000 pelajar. Saya akan fikir mereka akan dengar balik lagu saya, itu cara berfikir sebagai orang lama."

Itulah kata penyanyi Cat Farish, dimana dia mendedahkan dirinya pernah menerima bayaran sangat rendah untuk tawaran persembahan ketika di awal kerjayanya dalam dunia seni.

Ujar Cat yang juga ahli kumpulan Ruffedge ini, meskipun menerima bayaran rendah dan pernah dibayar hanya RM20 seorang, namun dia tetap fokus pada kerjaya nyanyian sehingga akhirnya bayaran mula meningkat.

Dalam pada itu, Cat tidak menafikan ada pihak akan mengambil kesempatan dengan tawar bayaran rendah, namun artis perlu tahu tangani situasi berkenaan.

"Ada setengah akan ambil kesempatan seperti persembahan amal. Macam mana nak elak dan jadi bijak? RM1,500 setengah orang rasa sikit, ada yang rasa banyak.

"Bagi saya RM1,500 tulis nama Ruffedge Charity dalam 'check' dan duit itu sebagai t0ken kami datang. Kalau tak nak, cakap tidak boleh.

"Kadang-kadang ada orang ambil kesempatan dan ada yang betul-betul ada RM1,500. Itu contoh bagaimana kami bertah@n," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: