18 November 2025

"TAK KOT (TAMBAH CAHAYA MATA)... ALHAMDULILLAH, CUKUP DAH TUJUH INI" - AYU RAUDHAH JAWAB SP£KULASI HAMIL ANAK KELAPAN



"Saya pun tak tahu fasal video itu (sarat hamil), yang mana satu? Taklah, saya tak mengandung. Itu video lama yang tiba-tiba keluar semula."
Demikian kata pelakon Ayu Raudhah, dimana dia hanya mampu ketawa apabila tular sebuah video di media sosial yang memaparkan dirinya seolah-olah sedang sarat hamil anak kelapan.

Ayu atau nama penuhnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan, 40, yang tampil menjelaskan perkara sebenar, men£gaskan video tersebut adalah rakaman lama yang dikongsi semula oleh individu tidak dikenali.

Jelas isteri kepada pemain bola sepak, Zaquan Adha itu lagi, dia tidak merancang untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat.

Klik untuk gambar besar
"Saya pun tak ingat dah tujuh kali mengandung dan mana satu videonya. Tak kot (tambah cahaya mata). Alhamdulillah, cukup dah tujuh ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Ayu berkata, dia akan meneliti akaun tersebut, selain dia juga tidak pasti niat individu yang memuat naik kembali video lamanya itu.

"Saya tak tahu siapa yang buat semua itu. Kalau bukan sebab panggilan ini, saya memang tak tahu langsung. Saya akan tengok dulu video-video itu, kemudian baru saya fikir nak ambil tindakan apa," tuturnya.
Sebelum ini, tular di media sosial rakaman video memaparkan Ayu dilihat sarat mengandung sedang bersiap di dalam kereta sambil ditemani suaminya.

Meninjau ke ruangan komen, video itu dibanjiri dengan pertanyaan netizen sekiranya Ayu yang mendirikan rumah tangga bersama Zaquan pada 21 Januari 2011, sedang hamil anak kelapan.

Untuk makluman, Ayu dan Zaquan dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq, Muhammad Aisy Al Jibreel, Muhammad Aisy Al Qaisy dan Allahyarham Muhammad Aisy Al Raees.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.