"Raya pertama saya berada di Kuang, Selangor. Saya sambut raya dengan keluarga ibu mentua saya, keluarga adik ipar saya dan anak-anak saya.
"Pagi raya selepas bersalaman dan sebagainya, kami terus bergerak ke Johor, di mana saya beraya dengan Kak Long saya sampai petang.
"Selepas itu kami pergi kubur arwah mak dan abah. Perasaan saya memang sedih apabila teringatkan kenangan dengan mereka."
Klik untuk gambar besar
Sehari yang cukup bermakna buat Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, apabila dapat merasai pengertian sebenar Syawal, selain mengimbas semula kenangan dulu-dulu.
Tutur Mamat, dia berasa gembira apabila dapat bersama-sama adik-beradiknya termasuk melawat abangnya yang kurang sihat.
"Cuma seorang lagi abang saya tak dapat bersama kami kerana bekerja. Alhamdulillah, dapat jumpa juga sahabat-sahabat handai yang ada di kampung.
"Walaupun saya beraya sekejap saja, satu hari saja di Johor kerana hari ini saya sudah berada di Bentong semula, saya tetap bersyukur.
"Perjalanan untuk raya tahun ni memang baiklah dan memang saya rasa gembira berbanding tahun sebelum ini.
"Alhamdulillah... doakan yang terbaik untuk saya," ujarnya yang kini menjalani pemulihan di Kompleks Pengasih Cinta Manis, Bentong, Pahang.
Selepas hampir dua tahun menjalani proses rawatan dan pemulihan, Mamat menjadi sal@h seorang sukarelawan di kompleks itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!








No comments:
Post a Comment