"Terpulanglah pada mereka (orang di luar sana) untuk nak cakap apa sahaja mengenai diri saya. Ini kerana, kalau saya tegakkan atau puas menerangkan pun, mereka tetap akan bercakap yang saya ini pelakon. Mampu untuk berlakon.
"Terpulang sama ada mereka nak percaya atau tidak. Tetapi, hanya orang yang tahu sahaja akan percaya dan saya tidak perlu untuk nak ambil s£rius terhadap apa-apa pandangan dibuat mereka."
Demikian ujar pelakon Azar Azmi, 37, di mana dia enggan membuang masa melayan sp£kulasi neg@tif membabitkan dirinya yang didakwa 'fake' oleh segelintir pihak di media sosial.
Kata Azar atau nama sebenarnya,, Siti Azar Ameerah Azmi, dia tidak mampu untuk menutup mulut orang lain daripada berkata yang bukan-bukan terhadap dirinya dan berhubung itu, terpulang kepada setiap orang untuk menilai mengenai perkara tersebut.
Tuturnya lagi, walaupun dia sudah memberikan pelbagai penjelasan, pandangan setiap individu adalah berbeza-beza.
Dalam pada itu, Azar menyerahkan kepada pasukannya untuk mengurus isu dakwaan hut@ng RM15,000 yang sudah enam tahun masih belum dibayar sebagaimana dituntut oleh individu dikenali Abiejam.
Akui Azar, dia memang mengenali individu terbabit dan memaklumkan biar pasukannya yang mengurus perkara itu kerana mengambil kira ia membawa kepada imp@k p0sitif dan neg@tif.
"Saya tak nak cerita apa-apa fasal benda itu (dakwaan hut@ng RM15,000 tak bayar enam tahun). Sebenarnya, biar pihak 'team' saya yang uruskannya sebab berasa ia boleh membawa kepada p0sitif juga neg@tif.
"Jadi, biar 'team' saya jumpa dulu orang yang sepatutnya dulu. Ya, saya kenal (individu berkenaan)," kata pelakon drama 'Nur 2' dan 'Maaf Tak Indah' itu.
Maklum Azar lagi, sebagaimana kenyataannya sebelum ini, memang dia hendak melangsaikan apa-apa hut@ng walaupun ia mengambil tempoh yang lama untuk diselesaikan.
"Saya tetap akan 'settle' (selesaikan) hut@ng, waima apa sekali pun. Mengambil masa tujuh hingga lapan tahun ke, saya akan tetap 'settle' hut@ng. Sampai kalau boleh saya doa sebelum saya tutup mata.
Klik untuk gambar besar
"Walaupun benda itu (hut@ng berkenaan) bukan saya yang buat. Tapi benda itu (hut@ng tidak dibayar), saya ada di dalam cerita ini. Saya tak nak ada rasa-rasa hati yang tidak 'best'. Kehidupan di belakang yang menyump@h-nyump@h.
"Benda itu semua yang menyempitkan rezeki kita. Tak apa, saya selesaikan," tuturnya yang turut memaklumkan dakwaan enam tahun tidak dapat dihubungi itu sememangnya dia 'menyepi' diri termasuk di platform media sosial.
Tambahnya, nombor-nombor yang sedia ada (telefon) tidak diguna pakai termasuk semua platform media sosialnya seperti Instagram (IG) serta TikT0k tidak dibuka dan sebab itu dia gagal dihubungi.
"Tapi, nak kata tiada siapa yang tak ada nombor (telefon) saya itu menipulah kan? Ahli keluarga ada (nombor telefon itu), tetapi tidak ramai. Kiranya sebelah tangan (lima jari) tak habislah.
"Hanya segelintir sahaja (yang ada nombor telefon Azar) sebab untuk kec£masan," jelasnya yang enggan mengulas lanjut mengapa membuat tindakan sedemikian.
Baru-baru ini, Abiejam atau Mohd Khairul Nizam Wahiddin, membuat pendedahan terhadap Azar yang didakwa berhut@ng RM15,000 kepadanya dan masih belum melunaskan sejak enam tahun lalu.
Abiejam yang juga abang kepada pemp£ngaruh dan usahawan, Siti Jamumall, memberitahu wang itu disalurkan sebagai bantuan kepada Azar bagi memulakan perniagaan, termasuk penyediaan barangan serta sokongan untuk siaran langsung di platform media sosial.
Jelas Abiejam, perkara hut@ng itu juga sudah lama dipendamnya, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas diterima daripada Azar yang mempunyai dua anak lelaki berusia empat dan tiga tahun.
Bagaimanapun, Abiejam men£pis dakwaan pendedahan itu dibuatnya kerana bertujuan mahu menumpang populariti Azar, selain memberitahu, dia tampil memberi penjelasan kerana berasakan ini masa sesuai selepas melihat nama pelakon itu kembali menjadi perhatian.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment