02 August 2026

BERSYUKUR KERINDUAN KEMBALI BERLAKON TERCAPAI - SHAHRIZA MASIH MENANTI TAWARAN LAIN, AKUI MASIH BERNIAGA : "KALAU ADA 'JOB', BOLEHLAH BAYAR HUT4NG SIKIT-SIKIT"



"Wataknya agak mudah di mana saya jadi Mak Cah seorang perempuan 'kep0ci' yang tinggal di sebuah flat. Apa saja yang orang buat, dia nak ambil tahu.
"Pelakon lain ialah Hasnul Rahmat, Amar Baharin dan ramai lagi. Saya berlakon sambil menggunakan tongkat. Cakap pasal kepuasan, untuk dua hari sh00ting itu, bolehlah.

"Tapi karakternya 'straight forward', tak ada permainan. Maksudnya tak ada warna-warni. Apa pun saya tetap bersyukur diberi peluang berlakon."

Demikian ujar pelakon Shahriza Mahmud, 60, di mana kerinduannya untuk kembali beraksi di kaca televisyen tercapai apabila ditawarkan membintangi sebuah telefilem selepas Aidilfitri lalu.

Kata Shahriza yang popular menerusi siri 'Pendekar' pada era 1990-an itu, walaupun hanya terbabit dalam 10 babak, dia bersyukur apabila impiannya untuk kembali berlakon akhirnya menjadi kenyataan.

Disamping itu, tuturnya lagi, ketika ini, dia masih menanti tawaran seterusnya daripada pr0duksi yang sudi menawarkan peluang.

"Sekarang saya hanya duduk saja dan risau juga sebab saya nak cari pendapatan. Saya bimbang tawaran hanya datang sekali lepas itu tak ada lagi, tak tahulah.

"Saya nak tanya-tanya peluang lagi pun, ramai pelakon lain pun sibuk bertanya juga. Kalau ada 'job', bolehlah bayar hut@ng sikit-sikit.

"Untuk 'tender' (projek) drama baru pun saya tak tahu sama ada nama saya ada tersenarai atau tidak. Tak tahulah orang cadang nama kita ke tak?" ulasnya.

Dalam pada itu, Shahriza memaklumkan, dia dan suaminya iaitu Saddiq Rafali masih berniaga seperti biasa bagi mengisi masa terluang, namun pendapatan pula tidak menentu.

"Hari itu berniaga di Chow Kit selama tiga hari, satu jualan pun tak ada. Tahun lepas kami masuk berniaga di situ okay, tapi kali ini t£ruk juga.

"Mulanya lima peniaga saja, hari kedua tinggal tiga peniaga dan hari akhir semua tak berniaga sebab tak ada untung langsung," kongsinya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: