Pelakon Nadzmi Adhwa, 34, akui tidak berk£cil hati dengan dakwaan segelintir pihak yang menuduh dirinya hanya 'menumpang' populariti isterinya yang juga pelakon, Ardell Aryana, selain juga faham jika ada netizen yang kurang mengenalinya.
"Saya tak boleh nak salahkan mereka. Lagipun, isteri saya lebih banyak ke hadapan terutama menerusi bantuan kemanusiaan. Jadi, 'hype' dia lebih banyak."
"Mungkin mereka tak berapa kenal atau tak tengok saya, padahal saya sudah 12 tahun berada dalam industri hiburan. Sebenarnya saya ada sahaja di sini.
"Tapi tak mengapalah, saya tak boleh nak tutup mulut orang. Sebab itu jika ada peluang untuk kembali berlakon, saya sentiasa terbuka dan berlapang dada," katanya.
Klik untuk gambar besar
Jelasnya lagi, timbul isu sal@h pengurusan dan fitn@h sehingga menyebabkan dirinya pernah 'dib0ikot' dan tidak menerima sebarang tawaran lakonan.
"Saya bangkit pun sebab isteri. Dia yang tolong saya keluar dari titik hitam itu. Saya pernah kena g@m (b@nned) disebabkan mulut-mulut orang yang bercakap tidak betul hingga langsung tiada tawaran berlakon.
"Sebab itu saya mula menceburi bidang perniagaan mi demi meneruskan hidup dan cari makan. Alhamdulillah, Allah beri isteri yang sangat memahami," tuturnya.
Ujarnya lagi, kehidupan selepas berkahwin membuktikan bahawa pintu rezeki Allah itu sangat luas dan tidak terhad dalam bidang seni semata-mata.
Untuk makluman, Nadzmi dan Ardell berkahwin pada 1 September 2019 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arwa Malaikha Urwa, 6, dan Arwa Uthman Affan, 3.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment