03 November 2011

BOB LOKMAN SEDIA DITANGKAP


"Saya sedia ditangkap," demikian reaksi Bob Lokman mengenai waran tangkap yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Jumaat lalu.

“Jika mereka hendak tangkap saya, silakan kerana saya akur dengan keputusan mereka yang menganggap saya bersalah.

“Sedangkan saya hanya memberi dakwah tentang apa yang saya fikirkan dan menjelaskan mengapa saya perlu dekatkan diri dengan cara hidup seperti hari ini yang lebih menjurus kepada akidah dan tauhid,” tambahnya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, Bob menolak dakwaan yang dia menyampaikan dakwah di masjid untuk mempengaruhi perkembangan politik negara.

Bob Lokman - klik untuk imej besar...



“Saya tidak mencampurkan urusan politik di dalam masjid kerana saya hanya menyampaikan dakwah.

“Ini bersandarkan kepercayaan saya bahawa orang Islam tahu perkara yang nyata dan benar dalam masjid. Selagi tidak bualkan tentang perkara yang buruk, saya berada di pihak yang benar.

“Saya lakukan ini berlandaskan agama dan kebenaran,” tambahnya lagi.

Bob Lokman yang kini bekerja sebagai pendakwah dan berniaga barangan ibadat dikenakan waran tangkap oleh Jais kerana gagal hadir memberi keterangan. Beliau didakwa memberi ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor pada 10 Oktober lalu.

Siasatan dilakukan di bawah seksyen di bawah Seksyen 119 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, iaitu menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.