02 March 2016

MASIH MENUNGGU - SUAMI 'MENGIDAM' NAD ZAINAL HAMIL



"Pasangan mana yang tidak mahukan zuriat dan sebagai suami, saya sentiasa tertunggu- tunggu bila isteri saya nak minta makan yang bukan-bukan.

"Bukan apa, itu tanda mengidam wanita hamil. Tetapi sehingga saat ini, tiada apa pula. Apa pun kami tetap berusaha ke arah itu," ujar suami Nad Zainal, Muhammad Faliq, yang sentiasa menunggu khabar gembira meskipun rezeki masih belum berpihak kepada mereka.





Malah dakwaan yang mengatakan Nad kini sedang berbadan dua adalah tidak benar sebaliknya ia hanya ramalan rambang peminat yang berharap ada khabar gembira tentang diri pelakon itu.

Mengulas lebih lanjut, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 26, berkata, dia dan suaminya, Faliq tidak merancang soal anak sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada rezeki.



"Hamil? Tidaklah.. masih belum ada rezeki dan kami masih mencuba ke arah itu. Saya dan suami sebenarnya tidak pernah merancang soal anak, namun jika rezeki itu datang cepat, alhamdullillah kami terima dengan hati terbuka.

"Soal yang kata nampak seri ibu hamil, saya tak tolak kemungkinan ini mungkin kesan pengambilan produk keluaran saya iaitu Audela," ujar Nad ketika ditemui media pada majlis pelancaran produk berkenaan di Hotel JW Marriot, semalam.

Untuk rekod, Nad dan Faliq, 28, bernikah pada 18 Disember 2015 dalam satu majlis yang diadakan di The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.


Sumber: Mstar



         ________________________





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.