19 April 2024

S£SAK NAFAS - ALI XPDC DIK£JARKAN KE WAD KECEM4SAN



Sekitar jam 11 pagi semalam, penyanyi Ali XPDC atau nama sebenarnya, Mohd Ali Ismail, 56, telah mengal@mi s£sak nafas di kediamannya di Bandar Baru Salak Tinggi di sini, sebelum dikejarkan ke wad kecem@san, Hospital Serdang, bagi mendapat rawatan.
Berhubung keadaan Ali, isterinya iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned, 52, berkata, suaminya itu mengal@mi s£sak nafas ketika majlis penyerahan sumbangan kerusi roda yang disampaikan Exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Pembangunan Bandar Lestari, Kebudayaan, Adat Istiadat Melayu dan Warisan Selangor, Borhan Aman Shah.

"Selepas majlis penyerahan kerusi roda, suami tiba-tiba mengal@mi s£sak nafas dan suk@r bercakap. Suami memang ada 'anxi£ty' dan mungkin sebab dia tengok ada ramai orang yang datang menziarahinya pagi tadi (semalam)," kata isteri Ali yang turut memaklumkan, suaminya itu berada dalam keadaan sedar dan stabil ketika ini.

"Doktor sudah beri ubat dan hasil pemeriksaan, jantungnya ada mas@lah sedikit dan paru-paru kanannya juga berair. Pihak kami masih tunggu pemeriksaan lanjut dari pakar jantung dan kemungkinan suami akan ditahan di wad dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi," jelasnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai bantuan kerusi roda pula, Sharifah Azuwanna berkata, dia bersyukur kerana suaminya itu mendapat bantuan kerusi roda dari exco berkenaan.

"Bantuan kerusi roda itu dapat memudahkan pergerakannya. Terima kasih kepada pihak exco kerana sanggup menghantar suami ke hospital," ujarnya.

Sementara itu, Borhan pula berkata, pihaknya terpaksa membawa Ali ke hospital menggunakan kereta rasmi kerana melihat keadaannya yang suk@r bernafas dan lem@h ketika menziarahinya.

"Saya terpaksa membawanya ke hospital dengan kereta rasmi kerana melihat keadaannya yang lem@h walau sudah diberi bantuan oks1gen. Saya juga akan minta pihak hospital memantau keadaannya sebaik mungkin," tuturnya.

Pada Mac 2022, penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Bunga Angkasa' itu dikejarkan ke Hospital Ampang apabila didapati tid@k bermaya selepas selesai berlatih di studio pemain bass XPDC, Eddie di Pandan Indah, Ampang.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.